
kesedaran terhadap keperluan Islam, untuk menyelamatkan keadaan manusia hari ini...
Kita telah lalui dua bab besar, di bawah entry Islam di Langit Ilahi. Yang pertama adalah Islam Sebagai Penyelesaian, dan yang kedua adalah Ar-Rasul Qudwatuna.
Mulai minggu ini, entry Islam akan masuk pula pada bab besar yang ketiga:Ke Arah Kesedaran Islam. Bab ini akan membawa kita semua untuk menyedari kenapa kita perlu mempunyai kesedaran Islam.
Adakah kesedaran Islam ini hanya perlu ada pada beberapa individu tertentu? Atau ia tanggungjawab semua orang Islam? Apakah kesedaran Islam itu masih relevan dan diperlukan sekarang? Atau sebenarnya kesedaran Islam adalah satu ideologi yang tidak membawa manusia ke mana-mana?
Di dalam bab ini, saya cuba membawa pembaca mendalami, kenapa perlunya manusia kepada kesedaran Islam yang sebenar.
Perkembangan yang membahayakan
Saya suka agar para pembaca memandang sekeliling anda. Maksud sekeliling, bukanlah sekeliling semasa anda membaca artikel saya ini. Maksud saya sekeliling, adalah kehidupan masyarakat hari ini, yang hidup di sekeliling anda. Apa yang anda lihat?
Kalau saya di tanah arab, saya melihat masyarakat yang terumbang ambing. Sedikit yang mengamalkan Islam, tetapi ramai pula yang meninggalkannya. Saya melihat perempuan-perempuan lebih ramai yang mendedahkan aurat mereka, berbanding yang bersungguh-sungguh menjaganya. Saya nampak lelaki-lelaki menghabiskan masa, menghisap syisya, bergaduhan di jalanan, berpesta semasa malam dan melakukan banyak lagi yang bukan sahaja dilarang Allah, malah tidak memberikan apa-apa makna kepada pembangunan masa hadapan diri dan juga negara.
Bagaimana keadaannya di Malaysia?
Kita diserang dari pelbagai segi. Usah kita cerita Islam yang dipinggirkan, kita lihat sendiri adat kesopanan melayu yang selama ini mengalir dalam kehidupan kita, telah semakin lama semakin terhakis. Gadis melayu yang selama ini sopan, ayu terjaga, kini berpakaian lengan pendek menampakkan lengan, seluar ketat menunjukkan bentuk pinggul. Lelaki melayu yang selama ini tangkas, cergas, cerdas, cekal, tabah, anak keturunan pendekar, kini menjadi lemah, tiada makna, hanya tahu berseronok, dan tidak mampu pun untuk menggantikan kepimpinan hari ini dengan baik.
Apakah puncanya? Di seluruh dunia, puncanya sama. Yakni pengaruh sekularisma, dan penyebaran ideologi bahawa kehidupan di dunia tiada kaitan dengan agama, yang dibawa oleh musuh-musuh kita di atas muka bumi ini.
Dari zaman renaissance, pengaruh sekularisma diluaskan sehingga menjajah pemerintahan Daulah Khilafah Othmaniah.
Akhirnya ummat sakit, cedera, lumpuh, kerana disuntik virus merbahaya. Ibarat dadah, dirasakan senang dan lapang, sebenarnya perlahan-lahan tubuh dihancdurkan dari dalam hingga berlompang-lompang.
Kejahilan berkenaan Islam yang berleluasa.
Menurut Asy-Syahid Dr. Abdul Qadir ‘Audah di dalam kitabnya, Al-Islam Wa Audha’una as-Siyasiyyah, bahawa semua orang Islam di dunia ini mengaku beragama Islam dan kebanyakan mereka berbangga dengan nama tersebut. Tetapi dukacita sekali kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat Islam yang sebenarnya. Islam tidak ada hubungan dengan hati mereka meskipun ada hubungan dengan tutur kata mereka.
Kejahilan dengan Islam telah membawa mereka jauh daripada hukum-hukum Islam .Mereka menolak hukum-hakamnya menyebabkan berlaku keruntuhan umat Islam itu sendiri.
Sebenarnya Islam adalah satu sistem hidup pilihan Allah S.W.T. Ini telah ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam firmanNya :
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat HisabNya. “ (Surah ali ‘Imran ayat 19)
“Pada hari ini Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Ku redhai Islam itu menjadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pegampun lagi Maha Penyayang.”(Surah al Maa-idah ayat 3)
Allah S.W.T. sama sekali tidak menerima sistem hidup yang lain daripada sistem hidup Islam. Hal ini telah diterangkan oleh Allah S.W.T. dalam firmanNya :
“Sesiapa yang mencari selain daripada al-Islam sebagai Din (cara hidup), maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak terdiri daripada golongan orang yang rugi.”(Surah Ali ‘Imran: ayat 85).
” Maka (Zat yang demikian) itulah Allah Tuhan kamu yang sebenarnya; maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran) ?“ (Surah Yunus: ayat 32).
Allah S.W.T. juga tidak mengutuskan seseorang rasulNya melainkan dengan kebenaran dan al-Kitab . Firman Allah S.W.T.:
“ Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang(orang-orang yang tidak bersalah) , kerena (membela) orang-orang yang khianat” (Surah An Nisaa’ ayat 105)
“Dialah yang mengutuskan RasulNya (dengan membawa) pertunjuk (al Quran) dan dengan Din yang benar untuk dimenangkan Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai” (Surah at-Taubah: ayat 33.)
Jika demikian sifat Islam maka mengapa masih kedapatan ramai yang masih mencari-cari sistem yang lain daripada sistem Islam? Sesungguhnya mereka yang menolak sistem Islam yang merupakan jalan menuju Allah S.W.T., menolak al-Quran dan menukar gantinya dengan ideologi-ideologi yang lain, maka mereka sebenarnya telah diselaputi dengan kegelapan dan kesesatan.
Mereka jahil terhadap hakikat Islam itu sendiri. Kejahilan itu membawa mereka yakin terhadap ideologi-ideologi seperti demokrasi , kapitalisme barat, yakin komunisme dan sosialime Timur,meskipun mereka mengaku percaya kepada Allah S.W.T.
Mereka kata bahawa Allah SWT adalah TUHAN mereka, tetapi mereka menolak sistem Allah SWT, dan mengambil sistem lain sebagai TUHAN mereka. Apakah maknanya, seseorang yang berkata bahawa Allah SWT adalah TUHANnya, tetapi dia kemudiannya menyatakan bahawa:
“Hukum Islam hari ini sudah tidak lagi relevan”
Kenapa boleh keluar dari mulut manusia kata-kata sedemikian rupa?
Mudah. Kerana dia jahil akan hakikat Islam yang sebenarnya.
Penutup: Justeru, apakah penyelesaiannya?
Kabut kekacauan ini, bagaimana sepatutnya kita perlu bertindak untuk berurusan dengannya?
Adakah dengan hanya berfikir kreatif semata-mata? Atau kita perlu mengambil contoh orang yang pernah melalui keadaan yang sama seperti kita hari ini?
Dunia perlahan-lahan diseret menuju kepada kerosakan. Kita boleh lihat kerosakan-kerosakan ini semakin membesar dalam masyarakat kita. Kita boleh lihat, apa filem-filem dan drama melayu hari ini sajikan. Cerita-cerita tidak bermoral lebih banyak dari yang mebmberikan pengajaran. Ini hakikatnya menjadi petunjuk bahawa keadaan masyarakat kita semakin rosak.
Kita lihat bagaimana artis-artis kita hari ini, pakaian mereka, cara mereka bercakap, gaya hidup mereka. Bagaimana?
Lihat pula pada diri kita. Apakah kita mengamalkan Islam dalam keadaan sebenarnya?
Kacau bilau. Kita kehilangan arah. Serangan demi serangan terus dilancarkan musuh-musuh kita, yang tidak mahu hidayah Allah tersebar, melalui TV, Radio, Internet. Dari segala arah, ideologi yang merosakkan manusia ini tersebar.
Bayangkan, hingga satu tahap, hubungan seks bebas adalah perkara biasa dalam masyarakat melayu? Dahulu, mungkin tiada siapa menjangka itu akan menjadi budaya kita. Tapi hari ini? Jangan bohong pada saya bahawa melayu tidak melakukan perkara sedemikian. Perkara itu telah berleluasa pada masyarakat kita.
Justeru, apa penyelesaiannya?
Apa yang perlu kita lakukan?
Persoalan-persoalan ini, akan saya bawa untuk kita bincangkan pada sambungan seterusnya.
Nantikan ya…





Salam.
Ana nk bertanye. Maaf kalau soalan ini tak kena.
Berkenaan sstgh org yg x mahu atau tak tahu kehidupan cara Islam yg sbnrnya.. adakah mrk sdiri tidak mahu ataupun mungkin Allah tidak bukakan pintu hati mereka utk mahu? Kita tahu bhw Allahlah pemegang hati2 kita. dan Dia berkuasa atas segala2, yg kecil mahupun yg besar..
[Reply]
definitely agree…mcm mane pula islam Hadhari ye?
[Reply]
salam..
reflek salah satu pemerintahan berdasarkan sistem Islam yg sebenar2nya pada zaman dahulu,
iaitu zaman khalifah Umar Ibnu Aziz,
pemerintahan dijalankan seadil2nya sehingga zakat terlebih2(sudah tiada org miskin) malah serigala dan kambing boleh diternak bersama2,serigala tak pula memakan kambing..
sehingga dikatakan apabila serigala menerkam kambing,menandakan khalifah Umar sudah meninggal dunia
sekarang ni,pelbagai kerosakan dek tangan manusia berleluasa dan ditambah pula dgn bencana alam,
mungkinkah alam memberi reaksi negatif pada dunia kini?dunia yg tidak tertegaknya sistem Islam.. dunia yg hanya Islam pada nama/keturunan sahaja..islam tak keseluruhan..
[Reply]
Let us put our heads together…..
A closed heart will not capture any light….
[Reply]
kesedaran islam,
berdasarkn pengalaman ana,sebenarnya ramai yg mendambakn kefahamn islam..cuma xtahu cara DAN di mana boleh dcari..
nk cari sorang2 memang mustahil…
Islam yg ddapati skrg mempunyai pelbagai warna…
cari yg asli, ouwhh payah nk crita…masih terkeliru..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada hambamencari
itu semua dalam ilmu Allah. Sama ada Allah buka hati mereka, atau mentakdirkan hati mereka ditutup, semua itu adalah rahsia Dia. Manusia, tugasnya usaha.
Jadi, kita usaha mengajak manusia ke arah kebenaran, memproses diri kita dan mereka untuk menjadi hamba yang soleh.
Kita tengok Rasulullah SAW, dia tetap terus berdakwah kepada Abu Jahal.
Kita? tetap kena terus sebarkan kebaikan dan kefahaman Islam. Jangan sesekali keluar dari mulut kita: “Dia tak dapat hidayah. Allah tutup pintu hati dia”
siapalah kita yang tahu benda tu?
- kepada nureins
Islam hadhari?
Kita tengok la, apa Islam Hadhari tu? Prinsip-prinsip dia, perlaksanaan dia. Samakah dengan apa yang Allah nak manusia faham? Atau Islam Hadhari ini hanya sekadar taktik politik bertujuan nak kaut undi?
Sebenarnya, Islam Hadhari ni apa? siapa boleh jelaskan?
Kenapa kena ada Islam Hadhari?
Saya suka kalau soalan saya ni, ada yang jawab.
- kepada musafir
ya, nak bina kerajaan Islam macam zaman Umar Abdul Aziz, kena la bermula dengan proses membina peribadi Umar Abdul Aziz. Bukan sebarang orang boleh memegang kerajaan. Peribadinya perlu solid.
Sebab itu, kita ambil dakwah dan trbiyah sebagai jalan kita. Sebab itu, kita selesaikan keimanan, akar kepada kehdiupan kita.
Sebab hanya peribadi macam peribadi yang melalui madrasah Rasulullah SAW sahajalah yang mampu memegang dunia ini dengan baik.
- kepada dae_meen
You are right…
- kepada iijr
Sebab tu wujudnya orang macam kita, untuk mencari pula orang-orang yang tak faham agar boleh kita berkongsi kefahaman…
Kita nak orang ambil Islam dalam bentuknya yang Asli, bukan yang telah diubah2
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
Assalamu alaikum,
Nice blog, the content in this blog is very useful to the people who are looking out for islamic knowledge.
[Reply]