Dalam post Islam yang lepas, kita telah membincangkan mukaddimah kepada taqwa, pengertiannya, pengisiannya, dan ia terbina daripada apa.
Akhirnya kita mampu melihat bahawa taqwa adalah satu bentuk sistem pengawasan diri, agar kita terus kekal taat kepada Allah SWT. Taqwa terbina daripada dua asas, yakni takut dan mengharap. Takut dan mengharap itu pula teerbangun atas satu dasar – keimanan kepada Allah SWT.
Di dalam bab ini, saya ingin membawa pembaca kepada kepentingan dan kesan taqwa.
Yang kita pandang enteng selama ini, hakikatnya adalah satu perkara yang sangat besar.
Taqwa, satu defensive system
Taqwa hakikatnya beertindak sebagai satu defensive system dalam hayat insan. Apabila diri rasa takut dan mengharap kepada Allah semata-mata, maka diri aakan berusaha bergerak hanya ke arah redha-Nya, diri akan berusaha meminggir dari apa yang Dia murka kepadanya.
Kewujudan taqwa ini, membuatkan manusia mampu memperingatkan dirinya sepanjang masa, seterusnya menjaga dirinya dari kerosakan dan godaan syaitan serta manusia.
Apabila taqwa bersemi di dalam hati, seorang insan itu akan mampu melakukan Uzlah Syu’uriah Tammah(pengasingan diri secara total) di tengah masyarakat. Bukanlah dia mengasingkan diri dengan duduk di dalam gua. Tetapi dia berjaya mengasingkan dirinya dari larut di tengah kerosakan masyarakat walaupun dia kekal hidup di tengah mereka.
Dengan taqwa, manusia akan mencapai satu level baru, level ketaatan yang tinggi.
Bila wujudnya taqwa ini, andai diri melakukan dosa, maka diri tidak akan rasa senang dan lapang. Diri akan rasa sempit dan sukar. Maka diri akan segera pulang, mencari jalan untuk bertaubat. Rasa ketergesaan untuk bertaubat, rasa bersalah ini datangnya daripada takut dan pengharapan kita kepada Allah SWT.
Kepentingannya diangkat tinggi
Nak lihat penting atau tidak penting taqwa, kita lihat bagaimana Allah SWT menggesa kita untuk mencapai ketaqwaan. Sedar atau tidak, Allah SWT menyediakan kepada kita waktu khas yang amat panjang untuk bertapa menggapai taqwa.
Itulah dia Ramadhan. Allah SWT berfirman:
“Wahai orang yang beriman, difardhukan ke atas kamu puasa sebagaimana orang yang terdahulu sebelum kamu, moga-moga kamu beroleh ketaqwaan”
Sebulan disediakan khas agar manusia terdidik dan mendapat taqwa.
Kenapa? Kerana macam saya terangkan, taqwa adalah amat penting. Ia satu defensive system untuk menjaga kehidupan manusia dari tersasar jauh. Ia satu sistem pengawasan agar manusia berhati-hati dengan apa sahaja yang Allah larang. Sebab itu, sebulan daripada 12 bulan yang ada di dalam kehidupan manusia, Allah khaskan untuk menggapai taqwa.
Akhirnya kita lihat, Allah SWT sendiri berfirman:
“Dan berbekal lah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa”
Jalan kehidupan kita yang panjang, penuh pancaroba, penuh halangan dan cabaran ini, hanya mampu kita harungi dengan menggendong taqwa di dalam diri. Tanpa takut dan berharap kepada Allah SWT, mustahil kita mampu merentas kehidupan di dunia, selamat daripada azab neraka, lalu dimasukkan ke dalam syurga.
Taqwa, asas kepada praktis
Orang selalu bertanya, kenapa dirinya rasa tidak terpanggil untuk melakukan kebaikan. Kenapa dirinya asyik berbuat jahat. Kenapa dirinya bila membaca AL-Quran tidak merasa. Malah, ada yang langsung tidak membaca Al-Quran di dalam kehidupannya dan dia tidak rasa hendak membaca kalam Allah itu.
Jawapannya hanya satu – Taqwanya amat tipis.
Hakikatnya, perintah-perintah Allah SWT hanya mampu direspon oleh hati yang tersemat di dalam ketaqwaan. Seburuk mana pun seseorang itu, andai dia mempunyai ketaqwaan, ketahuilah bahawa dia akan cuba mendaki gunung keredhaan Allah SWT walaupun dengan merangkak.
Kita lihat, betapa banyaknya seruan AllahSWT kepada orang-orang yang bertaqwa:
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: “(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.“ Al-Baqarah ayat 189
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” Ali-Imran ayat 102.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” Surah Al-Maidah ayat 35.
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara)” Surah Al-Ahzaab ayat 70.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.” Surah Al-Hasyr ayat 18.
Ini hanya sebahagian ayat yang menunjukkan betapa taqwa adalah pemula kepada amal.
Hanya dengan kewujudan taqwa, barulah insan mampu membumikan semua arahan Allah SWT. Ketaqwaan akan menyebabkan kita peka dan rasa sensitif dengan apa sahaja arahan Allah SWT. Hati, akan ras agundah jika tidak melaksanakannya. Hati, akan rasa lapang selepas menunaikannya.
Penutup: Taqwa itu, binalah
Kita jangan paandang taqwa adalah satu perkara abstrak yang enteng dan jauh untuk dicapai. Tiadalah apa yang Allah suruh itu melainkan di dalam kemampuan kita.
Jangan kita sangka taqwa ini adalah untuk level kesufian sahaja. Budak pengembala kabing di zaman Saidina Umar Al-Khattab pun mempunyai taqwa. Apabila diminta memberikan kambingnya kepada Saidina Umar, dan Saidina Umar mengatakan bahawa khalifah Umar tidak melihat, budak itu menjawab:
“Tetapi Tuhan kepada Umar melihat”
Ini adalah hasil daripada taqwa. Takut, dan mengharap kepada Allah, menimbulkan pengawasan yang tinggi. Sebab itu, Allah mau semua manusia mempunyai ketaqwaan ini. Disediakan kita sebulan waktu penuh untuk menggapainya. Malah, sebulan itu diberikan pula kondisi terbaik dengan dikurangnya rasa hendak berbuat kejahatan dan diperbanyakkannya rasa hendak berbuat kebaikan.
Namun sejauh mana kita berusaha menggapai taqwa? Membinanya dalam diri kita? Dan menyebarkannya kepada orang sekeliling kita?
Ini, kita perlu lihat semula.
Manusia tanpa taqwa, ibarat burung tanpa sayap. Tidak akan ke mana, melainkan kehaancuran.






salam hilal asyraf,
macam mana nak tebalkan taqwa.
saya tertarik dengan ayat,
kadang2 baca alquran tapi tak merasa.
macam mana nak tebalkan ketaqwaaan?
[Reply]
salam,
nak respon ttg soalan “sedang mencari”..
pada saya…time solat, baca al quran dan berdoa..kite mesti faham makna…
bile kite berusaha untuk faham dan menghayatinya…
contoh bacaan al fatihah dalam solat…”kepada engkau kami sembah dan kepada engkau kami memohon pertolongan”.. (cz actually HANYA Allah je yang boleh tolong kite, kawan, sahabat dll tu cume wasilah je) memang boleh mengalir air mata.
base pengalaman peribadi, kadang2 bila saya buat perkara buruk (mengumpat, kedekut, lawan cakap mak ayah dll)..tiba2 hari tu juga bila baca al quran+terjemahan..terbaca firman Allah yang tegur perbuatan tu (rasa mcm Allah tegur kite on the spot/time tu juga lah)…hu3…Alhamdulillah..(harap saya dapat nasihat Allah sentiasa)
so, try la ye…Insya Allah, DIA akan bantu kite
[Reply]
iman..terima kasih..saya cuba..sama2 mencari redha Allah.
[Reply]
assalamualaikum saudara hilal,
bila membaca entry saudara ini, hati sy tertanya2, dimanakah tahap ketaqwaan dalam diri sy.. bagaiman hendak mempertingkatkan taqwa dalam diri sy.. mampukah sy berlari keluar dr gaung dosa..
sebagaimana y saudara sendiri katakan,
kita hanya manusia biasa, saudara merka dan juga saya,
adat manusia melakukan kesalahan,
dan cara terbaik adalah taubat untuk menghapus kan dosa,
saudara pernah menulis dlm buku saudara,
kita harus menjaga qalb kita,
kerana ia adalah organ terpenting untuk keimanan kita,
perkara basic adalah dengan melakukan amal y mudah,
seperti senyum, baca al-quran etc..
dan mengelakkan penyakit hati seperti marah, dengki, iri hati, etc..
kerana ia boleh mengotorkan qalb,
tetapi seringkali sy tewas kpd sifat mrh dan kurang sabar,
saudara juga pernah menulis bahawa dahulu nya saudara merupakan seorg y panas baran,
jadi apakah y saudara lakukan untuk mengurangkan sifat itu, malah menghapuskannya terus dr hati saudara??
salam,
serikandi
[Reply]
Salam..
Taqwa juga amat saling berkait dengan rasa IHSAN..
Ihsan menjadikan seseorang berasa Allah melihat dia dalam semua keadaan..
Oleh itu menjadikan dia takut untuk melakukan kemungkaran dan maksiat..
~Betulkan jika ana tersilap..Syukran
[Reply]
Perkongsian bacaan dan ilmu:
Siapakah org2 yg Allah beri nikmat ke atas mereka?
(4:69) Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
Kenapa kita kena taat?
(49.1) Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Mentaati Allah adalah merupakan jalan yg membawa kejayaan kepada orang-orang yang beriman..
Siapakah orang yg beriman?
Sesungguhnya Orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang mengikut quran dan orang-orang yang tidak membelakangkan Allah dan rasulullah dalam setiap tindak-tanduknya.
Ya Rahman..bantulah kami dalam mengingatimu..mensyukuri nikmatmu dan dalam mengerjakan ibadah yg terbaik
Ya muqallibal qulub..thabit qulubana a’la deenika wa’ala to’atika
Jauhi lah kami dari azab api neraka..
[Reply]
alhamdulillah diberi kesempatan untuk bertandang di sini setelah sekian lama.
nak tak nak saya kena link kan blog saudara hilal untuk menjadi tamu usrah maya di sini
entri yang baik kerana taqwa merupakan aset penting diri…betapa hebatnya orang bertaqwa sehingga sinaran hati muttaqin menyilaukan pandangan mata syaitan sehingga syaitan lari daripada menggodanya.
terima kasih atas tulisan yang baik ini.
[Reply]
bismillah..
sekadar perkongsian sedikit kefahaman…
mungkin ada yang telah disentuh oleh penulis dan pembaca yang merespon..
bagaimana untuk kita tidak merasakan taqwa hanyalah perkataan yang bermain di bibir tanpa kita fahami maksudnya..
pertamanya..tak kenal maka tak cinta..
mula-mula fahami definisi taqwa..
menurut post sebelum ini..
taqwa adalah rasa berhati-hati dengan menjauhkan diri dari apa yang Allah larang.
Sedangkan Imam An-Nawawi mendenifisikan taqwa dgn Mentaati perintah dan laranganNya. Maksud menjaga diri dari kemurkaan dan adzab Allah Subhanahu wa Ta’ala [Tahriru AlFazhil Tanbih, hal 322]. Hal itu sebagaimana didefinisikan oleh Imam Al-Jurjani Taqwa yaitu menjaga diri dari siksa Allah dgn mentaatiNya. Yakni menjaga diri dari pekerjaan yg mengakibatkan siksa, baik dgn melakukan peruntukan atau meninggalkannya [Kitabut Ta'rifat, hl.68]
kita perlu ingat taqwa adalah amat berkait rapat dengan iman. malah tingkatan taqwa adalah lebih tinggi dari tingkatan iman
‘“Wahai orang yang beriman, difardhukan ke atas kamu puasa sebagaimana orang yang terdahulu sebelum kamu, moga-moga kamu beroleh ketaqwaan” (2:183)
moga-moga orang beriman itu memperoleh darjat taqwa..
apakah dan siapakah orang-orang yang beriman?
terlalu banyak yang Allah tunjukkan kepada umat manusia melalui KalamNya..
sebagai contoh dalam surah al mukminun surah ke 23 ayat 1-9
1. Sesungguhnya berjayalah org2 yang beriman,
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya,
3. dan merekayang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia,
4. dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)
5. dan mereka yang menjaga kehormatanya,
6. kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela
7. Kemudian,sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah org2 yang melampaui batas,
8. dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya,
9. dan mereka yang tetap memelihara sembahyang nya,
marilah kita menjengah iman kita sebelum kita mengatakan tentang taqwa..
yang paling utama adalah kita mampu meralisasikan dalam kehidupan bagi membuktikan kita telah beriman kepada Allah..
sebagai contoh aplikasi dalam kehidupan (saya)
-sudahkah khusyuk dalam solat?
adakah solat saya mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar?sudahkah saya memahami setiap bacaan solat?adakah saya mampu merasai Allah sedang melihat saya dalam solat?adakah saya masih mengingati perkara lain dalam solat saya?pernahke saya lupa saya ni tengah rakaat ke berapa?adakah saya mampu menaangis kerana takutkan Allah dalam solat saya?
-sudahkah berjaya meninggalkan perbuatan dan perkataan yang sia-sia.. seperti banyak menonton tv yang membuatkan kita melihat aurat orang lain, terlalu banyak mendengar lagu yang melalaikan, banyaknya tidur, terlalu banyak bercakap benda yang tidak berfaedah, jalan-jalan di shopping komplex ~saja lepak-lepak habiskan masa, banyaknya makan, membazirkan makanan, dan sebagainya..
-sudahkah membersihkan harta saya?
zakat itu sudah pasti.bagaimana dengan infak mingguan infak bulanan ataupun apa saja infak..adakah saya sentiasa melakukannya?
-sudahkah saya menjaga kehormatan saya?
menutup aurat mengikut hukum syara’. tidak tergedik-gedik dihadapan bukan mahram bagi yang perempuan. menjaga diri dari tidak bercouple dan menjauhkan diri dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
dan seterusnya..mungkin terlalu panjang untuk dihuraikan.
jika kita mampu mengaplikasikan ciri-ciri orang yang beriman dalam diri kita..pastinya kita mudah dalam menggapai darjat taqwa. menjauhkan diri dari segala yang Allah larang dan melakukan perintahNya..
-yang paling penting adalah amal yang ikhlas dan mengikut syariat-
wallahu’alam.
[Reply]
salam lobak hijau…
terima kasih di atas perkongsian anta,
sungguh memberi impak y besar pd pengetahuan ana,
alhamdulillah,
ana akan gunakan apa y telah saudara nyatakan dia atas sbg garis panduan bt ana dalam menjadi seorg hamba y lebih baik lg…
syukran,
serikandi
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada sedang mencari
Taqwa ni datang selepas kita mengenali Allah SWT.
Dengan kita mengenali Allah SWT, baru kita tahu apa yang Dia arahkan, apa yang Dia tegahkan.
Apabila kita beriman akan perkara ini, di situlah wujudnya taqwa.
Menebalkan taqwa, kita perlu meningkatkan keimanan terlebih dahulu.
Maka, hendak meningkatkan keimanan, kita kena banyak tadabbur, muhasabah akan kekuasaan Allah SWT.
- kepada iman
Terima kasih atas perkongsian kamu iman. kamu memang iman. hu3…
Betul apa yang dikatakan oleh iman itu.
Kita perlu bergerak sendiri seperti solat, baca Al-Quran untuk menebalkan ketaqwaan. Menjauhi apa yang Allah larang juga satu proses penebalan taqwa.
Nak tebalkan taqwa bukan senang ya. Kena ambil masa. Lakukan dengan istiqomah.
- kepada jadikan aku serikandi
Apa yang saya lakukan?
Saya banyak berfikir apa yang saya dapat apabila saya marah. Di situ, saya terdidik untuk mengawal amarah saya.
Bukan boleh buang semua sekaligus. Sikit-sikit la. Perlahan-lahan.
Kena banyak belajar rasional kan diri.
Nak ukur sejauh mana taqwa kita, kena tengoklah sejauh mana kita dapat mengawal diri kita dalam melaksanakan apa yang Allah suruh, meninggalkan apa yang Allah larang.
- kepada Hanan
Ya, perkongsian kamu benar.
- kepada naml.ahmar
Alhamdulillah. Kita harap, perkongsian kamu memberikan kesan di dalam hati kita.
- kepada solah
Solah, kita sama-sama lengkap melengkapi sebenarnya…
- kepada lobak hijau
Terima kasih kepada lobak hijau atas perkongsian, penerangan yang panjang lebar. Saya amat hargai.
Semoga Allah redha dengan kamu.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
Assalamu’alaikum.
Terima kasih, berkongsi bahan bacaan mengenai taqwa.
[Reply]
salam,
sy seorg yg suka mbaca berulang2..alhamdulillah bagus jg yeh,bukan hanya bahan tulisan penulis yg menyentuh hati tetapi pembaca/pemberi komen jg saling nasihat menasihati bahkn dpt menambah ilmu dr mereka…mmg bila kita membaca al-quran byk sekali Allah tekankn mgenai taqwa,sesungguhnya skg taqwa makin dilupai,termaksud diri ni…bila sy bc pegertian taqwa bru sy sedar taqwa penting dijaga…sekadar luahan shj
wassalam
[Reply]