Langit Ilahi Rotating Header Image

Istimewa: Afifah Solihah.

Afifah dan abinya. Cute Afifah. Pakcik sayang kamu.

Afifah dan abinya. Cute Afifah. Pakcik sayang kamu.

Hari ini saya gembira. Gembira sangat-sangat. Hal ini kerana Allah telah mengizinkan saya untuk menatap wajah Afifah Solihah.

Dia ini, punya ikatan kuat dengan saya.

Hal ini kerana, saya yang mencadangkan namanya kepada bapanya.

Bapanya, Zulkifli, merupakan sahabat saya atas keimanan kepada Allah SWT.

Lama saya menanti untuk menatap wajah Afifah.

Akhirnya, Allah perkenankan saya untuk melihatnya.

Dalam post ini, saya kongsikan sedikit kisah saya dan bapanya.

Sahabat atas keimanan, tiada hubungan yang mampu menewaskan keindahannya.

Pertemuan hanya sekali

Saya dengan Zulkifli, hanya bertemu muka dengan muka sekali sahaja. Semenjak itu, kami tidak perna berjumpa lagi.

Pertemuan yang Allah susun dengan cantik, saya diajak mengikuti seorang guru saya yang perlu memberikan kursus kepimpinan kepada pelajar Kolej Teknologi Darulnaim(KTD) di Kelantan.

Di dalam kursus itu, saya bertemu dengan Zulkifli yang ketika itu.

Perkenalan kami singkat. Hanya seputar kem itu sahaja.

Tetapi tali keimanan yang menghubungkan ukhuwwah kami, membuahkan kemesraan yang kukuh.

Walau satu pertemuan, dan kemudiannya tidak pernah bertemu sampai hari ini, Zulkifli dengan saya sudah ibarat keluarga.

Keluarga yang hubungannya bukan darah, tetapi ikatan mahabbah kerana Allah.

Satu perbualan

Bertemu hanya sekali, berhubungan banyak kali. Begitulah saya dengan Zulkifli. Kami kadangkala bersembang di dalam YM.

Satu hari, Zulkifli bersembang dengan saya, berkenaan isterinya yang mengandung.

“Ana insyaAllah nak dapat anak ni Hilal”

Saya gembira. Tambah cemburu. Dia kahwin awal. Hu3… Seronok betul.

“Ana nak namakan anak ana ni.” Dia kata.

Saya cepat-cepat memotong: “Kalau lelaki, biar dia pakai nama ana, Hilal”

Zulkifli bertanya: “Tapi, besar kemungkinan anak ana ni perempuan”

Saya pun fikir sekejap. Kemudian ada satu nama muncul.

“Namakan dia Afifah Solihah”

Dan bila anak perempuan yang dikasihi Allah itu lahir, Zulkifli menghubungi saya.

“Anak ana dah selamat dilahirkan, nama dia Afifah Solihah”

Saya tersenyum senang.

Pertama kali menamakan anak.

Alhamdulillah. Allah Maha Besar.

Dapat saya anak saudara seorang. Hu3..

Apa ada dengan nama Afifah Solihah?

Ada apa ya dengan nama Afifah Solihah? Kenapa muncul nama itu bila saya nak menamakan anak saudara saya yang seorang nih?

Pertamanya, maksud kepada Afifah Solihah adalah perempuan yang lembut yang solehah. Di dalam nama itu ada ketenangan, dan mendamaikan.

Kedua, Afifah Solihah adalah gelaran kepada Siti Khadijah, isteri Rasulullah SAW.

Ketiga, ummi saya ada kawan. Kawan dia ada anak. Anak kawan dia namanya Afeefah Soolihah. Tua setahun daripada saya. Sangat cantik. Baik. Lembut. Sopan. Walaupun saya terlihat dia beberapa kali aja, tapi ummi saya asyik sebut aja Kak Afeefah ni. Nak kata baik habis la Kak Afeefah ni.

Maka, tiga reason ini menyebabkan saya amat menyukai nama Afifah Solihah.

Sebab itu, anak saudara saya ini, anak kepada sahabat yang saya bina atas keimanan ini, saya namakan dia Afifah Solihah.

Moga-moga, Afifah Solihah binti Zulkifli ini membesar memenuhi tiga sebab yang saya namakan dia. Moga dia menjadi seorang perempuan yang lembut dan solehah, menenangkan dan mendamaikan. Moga dia membesar menjadi seperti Siti Khadijah RH. Moga dia mencontohi juga Kak Afeefah yang pada saya berjaya membumikan nama itu.

Saya jadi sangat-sangat sayang dengan anak saudara saya ini.

Cute betul. Hu3..

Moga membesar menjadi perempuan yang sangat-sangat cantik dan menawan.

Tak sabar ingin bertemu

Saya akan tamat pengajian pada 2012. Waktu itu, Afifah mungkin telah berumur 3 tahun. Pastinya dia sudah boleh berbicara sedikit ketika itu.

Saya nak dengar dia panggil saya pakcik.

Hu3…

Saya nak belajar sungguh-sungguh, habis cepat-cepat, lepas tu balik Malaysia dan singgah terus ke rumah Zulkifli. Melepas rindu dengan Zulkifli, dan hendak bertemu dengan anak saudara saya yang sangat cute ini.

Saya nak belikan dia hadiah banyak-banyak.

Zul, enta boleh list anak enta nak apa.

Tak apa, apa-apa pun boleh insyaAllah. Ana akan usahakan untuk anak saudara ana itu.

Penutup: Membesarlah Afifah, dalam keredhaan-Nya

Semoga Allah izinkan Afifah membesar dengan baik. Kekal teguh menadi srikandi yang diredhai-Nya. Menyenangkan mata memandang dengan adabnya. Mahal dengan sopan santunya.

Zul, enta tarbiyah anak enta ni baik-baik ya.

Ana kahwin lewat daripada enta. Kalau kahwin dekat-dekat, boleh la kut kalau dapat anak lelaki nak kenenkan dengan Afifah. Hu3..

Tak mengapa, susunan Allah itu lebih cantik.

Akhirnya, dapat juga mengusap Afifah dengan pandangan mata ini.

Membesarlah Afifah.

Pakcik Hilal sentiasa mendoakan kamu.

Jadi perempuan solehah ya.

Semoga Allah redha kamu.

Kamu adalah bukti kasih sayang pakcik dengan ayah kamu. Hubungan yang terbina atas keimanan. Menghasilkan ukhuwwah yang luar biasa.

Ps: Zul, Afifah cute. Bangga betul ana. Akhirnya, Allah izinkan gak nak tengok dia.

Print This Post Print This Post

36 Comments

  1. ~dae_meen~ says:

    Ya…Bukan anta shj yg suka nama itu…

    Hilal, anta nak namakan anak perempuan anta pertama apa?

    [Reply]

  2. nice name. smoha menjadi solehah seindah namanya

    [Reply]

  3. humaira' says:

    Benar! cute sgt2.. sy yg dok 1 kolej ngn abg zul ni pn x pnah tgk afifah 2 lg.. moga dia mmbesar dgn Islam dan dpt bbakti utk Islam..

    [Reply]

  4. CimOK KerTO says:

    tak tahu mengapa aku tersenyum-senyum, tertawa-tawa kecil baca post hang kali ni…
    tapi, rasa cam semangatlah pula…
    haha…
    terbaiklah pakcik hilal~

    [Reply]

  5. wani says:

    comel sgt3….tgk muka afifah pun sgt2 lembut dan ada ketenangan… mmg comel sgt2… bertuah afifah mempunyai pak cik seperti awak, hilal….=)

    [Reply]

  6. atiqah says:

    Afeefah Saalihah itu sahabat baik sy..ya, seorg wanita yg lemah lembut dan sangat baik..juga sgt cantik

    [Reply]

  7. ice says:

    tahniah..
    adik sepupu saya juga afifah namanya.. :)
    http://checool.blogspot.com/2010/03/anak-angkat.html

    [Reply]

  8. aina says:

    memandang wajah anak2 kecil memang menenangkan jiwa..
    rindu dgn anak buah bila baca post ni ^_^

    [Reply]

  9. anainsan says:

    subhanallah, comel sungguh afifah solihah ini.wajah kanak2 yg suci dari dosa memberi ketenangan pada jiwa yang memandang..

    [Reply]

  10. rindukan anak buah juga~yg bernama Nur Qhadija~hehehe~afifah…nak cilok gak name tu la~mudah2an semakin ramai pejuang2 islam dilahirkan ke bumi ni n selamatkan penganut2 islam yg hampir tumbang……..
    (risau sgt tgk anak2 muda zmn skrg)

    [Reply]

  11. ana says:

    insyaAllah..:)..doakan yang terbaik buat afifah solihah..

    [Reply]

  12. Sekeping Hati Di Bawa Berlari says:

    nama yg sgt indah~seindah ciptaanNya. Alhamdulillah

    [Reply]

  13. ikhwana says:

    kiutnyer dia….. “semoga jadi anak yang solehah..seperti namanya” :)

    [Reply]

  14. eiza says:

    Cantik sangat nama 2.. Harap2 adik afifah akan membesar seindah nama tu..perempuan yang lembut dan solehah~hehe…klo ada anak, nak namakan anak ngan nama 2 gak la..bley ke Hilal? :razz:

    [Reply]

  15. nur_cahaya says:

    comelnya..senyumannya yg menawan..sejuk mata yg memndang..mudh2an mjd ank yg soleha persis namanya…

    [Reply]

  16. kaZe says:

    aduh..pakcik masukkan gambar afeefah ngan abi kat facebook je..
    pakcik hilal masuk kan gambar afeefah kat langit ilahi..
    siap ada entry khas lagi ntuk afeefah..
    pakcik syg afeefah mcm pakcik syg abi afeefah..
    akh A.I.E..
    didik afeefah dengan pendidikan terbaik yakni “tarbiyah islamiyah” :smile:
    cemburu sungguh ngan pakcik hilal..
    tunngu pakcik balik dari uk ye afeefah :smile:

    [Reply]

  17. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada ~dae_meen~

    hu3.. Amin buat syok lebih plak.
    Anak perempuan pertama ana?
    Discuss dengan isteri kut. Ana suka nama Hikari. Pastu belakang Hikari, letak nama isteri ana.

    Amacam? best?

    Hikari maksudnya cahaya. Dalam bahasa jepun.

    - kepada
    راتو شهادة

    Amiiin…

    - kepada humaira’

    Hu3.. Semoga Afifah membesar dengan baik dalam redha-Nya.

    - kepada CimOK KerTO

    Ha3.. Alhamdulillah. Kau boleh cerita apa yang kau tersenyum2 tu Fadhil masa kau jumpa aku nanti2. hu3…

    - kepada wani

    Alhamdulillah. Saya yang beruntung sebenarnya, sebab ada anak saudara macam Afifah. hi3…

    - kepada atiqah

    Ya, Kak Afeefah memang baik.
    Penat dengar Ummi cerita fasal dia ulang2 kat rumah.
    hu3…

    - kepada ice

    Alhamdulillah. Moga membesar seindah namanya.

    - kepada aina

    Moga rindu itu berselirat kasih sayang kerana Allah.

    - kepada anainsan

    Semestinya. Semoga Allah memberikan kita peluang untuk mengampunkan dosa kita.

    - kepada maryam dzulkifli

    Nama, perlu seiring dengan proses tarbiyah sepanjang tumbesaran si bayi.
    Baru nama itu dapat dibumikannya.

    - kepada ana

    Ya. Terbaik untuk anak saudaraku yang cute ini… hi3

    - kepada Sekeping Hati Di Bawa Berlari

    Alhamdulillah.

    - kepada ikhwana

    Amiiin…

    - kepada eiza

    Boleh. nama yang baik itu memang hak semua bayi yang lahir.

    - kepada nur_cahaya

    Amiiin…

    - kepada kaZe

    Ha3.. kita lumba r.
    hi3..
    Tengok Afifah sayang siapa lebih.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  18. ummu bashir says:

    Salam ukhuwah..hilal
    Akak tertarik dgn post hilal ni..seronok membacanya. bertambah rindu akak pd si kecil itu juga pd uminya yg ukhuwah kami jga terjalin kerana Allah. setiap detik merindui saat brsama beliau wlau seketika. akak juga belum lg sempat brtemu dgn afifah ini. gmbr ini la dpt kenalkan akak dgnnya. ukhwah akak dgn umi afifah terjalin ketika akak mula bekerja bsama beliau. ptama kali bertemu ibarat sudah bthn kemesraan kami. takdir Allah mnentukan kami hnya dpt bkerja bsama hnya lbh kurang 3 lbn. ttp bila sama2 myiapkan sgl kerja bsama kami spt sudh lama bknalan. berukhuwah jga dgn keluarga beliau byk memberi akak pgajaran dn pgalaman yg berharga..sggh indah kenangan tu..dn secara kbtulan nama anak kami lbh kurang sama Bashir Solihin — Afifah Solihah. insya Allah smoga pewaris2 ini mjadi anak2 yg soleh…skdr prkongsian =) jzklh..

    [Reply]

  19. sinar says:

    Baca entri ni terkenang sahibah2 gen11…
    Mabruk dapat anak sedara…tapi…
    kalau ana, ana tak sabar nak tunggu pewaris langit illahi…
    bila ana blh dapat anak sedara ni hilal..?

    [Reply]

  20. Udin says:

    erm..asyik puji kat afifah solihah je..

    puji la abi die plak..he3…

    Abg Zul hensem..kacak..baik hati..

    moga anta bersama zaujah mendidik afifah solihah menjadi insan yg solehah dan bermanfaat untuk orang lain…

    [Reply]

  21. BroHamzah says:

    Salam, pagi ini ana tunjuk post ini kat Zul. Dia gelak dan tersenyum saja. Katanya : ” Doakan untuk anak ana ini.”

    [Reply]

  22. MuNsYi~SaMa says:

    Ana nk dpt anak cute mcm ni jgak hilal. mmg sedap name ni. Kalo anak lelaki, mughirah shu’bah pon sedap. :cool:

    nk bg anta privilege bg name utk ana ana gak tp nta kna cr zaujah utk ana dulu la. hehe.

    [Reply]

  23. wahhh! comelnya dia! suka sgt tengok muka dia…weee
    sr0nokkan dpt namakan anak orang walaupun bkn anak sendiri? sy pernah jugak suggestkan nama anak pakcik saya, Nabilah nama dia, xsangka dia ambil jugak nama tu. Dh 6tahun dah sekarang ni :lol:

    [Reply]

  24. Afandi says:

    Salam Hilal,

    Nama yang cantik, anak yang cute.

    Anak saudara saya namanya Atikah Solihah, pun cute jugak.

    Apa maknanya Atikah?

    Terima kasih…

    [Reply]

  25. fa says:

    salam sedara hilal,baca artikel sedara ni buat saya tersenyum sorang2.hehe apapun sebabnya taktahu pula.tapi bestla artikel ni semangat saya membacanya. :grin:

    [Reply]

  26. Naemah says:

    Like it… mmg nama yg baik itu penting… baca sirah Rasulullah ttg ni… Nama yg baik memberi impak kpd empunya diri… macam saya… dulu nak glamer, kawan2 pggil IM je… xde makna… bila orang pggil Naemah… rezeki sy sentiasa ada. Naemah - nikmat kalau x salah ( bnyk makna lain tp x ingat)…

    Saya suka baby… cute, suci, menenangkan, mengembirakan ( kecuali time depa mengamuk… hi3)!

    [Reply]

  27. mujahidah cinta Ilahi says:

    Assalamu’alaikum,,,

    Alhamdulillah, nama yang penuh barakah.

    Tahniah buat enta kerana berjaya menawan hati abi nya dengan kasih sayang kerana Allah.

    Bila baca post enta kali ini, ana rasa enta ni semestinya sangat seronok dan seronok enta ni seronok menyenangkan mampu melingkari sesiapa yang datang di sini.

    Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati setiap hambaNya.

    [Reply]

  28. simple-shida says:

    salam..
    aiwah.. cute adik kecil ni..;)
    maknanya pun cantik ..masyaAllah..

    ana terigt shbt-shbt yg ana kenal dlm jejak alam maya..
    betapa syukur sgt kerna Allah temukan ana dgn shbt-shbt yg
    bgus akhlak. indah perilaku. sentiasa pesan-memesan
    dan yg baiknye kita dpt sarung jubah..yakni pakaian dia..
    ( mksud ana kita ikut cth qudwah hasanahnye ;)

    subhanALlah.. itulah indah namanya Ukkhuwwah..
    bilamana bertemu dan berpisah keranaNya..
    betulkn NIat kita..
    IKhlas keranaNya.. pasti merasai tautan mahabbah itu..
    andai sebaliknya terjadi, akan terpalit rasa masam..masin..
    juga tempang bakhtera yg dilayarkan itu..

    arakiannye… jalin gabunglah seramai sebanyak mungkin sahabat…
    moge kita semua ketemu dgn shbt yg sama-sama meniti ke pintu jannatul firdaus…ameeen =D

    [Reply]

  29. amatullah says:

    Sahabat atas keimanan,hurm :0
    Masya Allah, Afifah. Moga jadi wanita solehah.amin ya Rab

    [Reply]

  30. srikandi dataran syam says:

    salam,btol jgak ckp sinar tu..baca entry nie buat akk rndu sgt2 dgn gen 11 matri..tp mmg x sabar nk dpt anak sedara dr hilal..hehehe…ble agak2nya hilal..x sabar akk nk tgk sapa bakal jd bidadari hilal…

    [Reply]

  31. Afifah says:

    :razz: comel sungguh si kecil ini.
    nme kite same dieq~
    =)

    [Reply]

  32. gadistibb says:

    Salam

    ini suatu perkongsian daripada saya
    kerana sy pernah terbaca artikel dari seorg ustaz
    yg sedang mengambil Master, dari Mansourah, Mesir

    artikel ini ada benarnya,
    artikel tentang pemberian nama anak dalam Islam
    dari sudut yang kita TIDAK pernah terfikir pun…
    untuk perkongsian kita bersama….

    http://akhisalman.blogspot.com/2010/02/cara-memberi-nama-mengikut-quran-dan.html

    :wink:

    [Reply]

  33. sarahamizah says:

    habisla lepas ni semua orang duk pakat pakat letak nama anak sendiri afifah solehah. :grin:

    [Reply]

  34. nur awatif says:

    geram ny tgk budak ni… :lol: nk cubit2 je

    [Reply]

  35. maryam says:

    Assalam alaik,

    comel nye afifah solihah nie,,geram tgk muka die,,rse nk peluk cium jer..
    tak lame lg sy pun nk dpt anak sedara pertama..anak abg sy..sy tgh mencari nama yang baik utk nya..jadi afifah solihah akan masuk dlm list nama tu,,he3

    [Reply]

  36. ummu says:

    masyaAllah. comel awi afifah solihah.

    [Reply]

Leave a Reply