Batch 15 MATRI. Mereka akan mengambil keputusan SPM mereka hari ini(waktu Malaysia, 11 Mac).
Sebahagian daripada mereka menghubungi saya memohon doa. Meninggalkan pesan agar saya tidak lupa untuk meminta kepada Rabbul ‘Izzah agar mengasihani mereka dan memberikan mereka kecemerlangan yang diharapkan.
Saya jujurnya, tidak pernah sesaat pun melupakan mereka.
Dalam banyak junior-junior saya, belum ada lagi generasi yang mampu menyenangkan hati saya sebagaimana generasi Batch 15 MATRI.
Sesungguhnya, saya mencintai mereka, melebihi cinta saya pada diri saya.
Bukan kebetulan. Hubungan kami sudah ditentukan.
Semasa saya tingkatan satu, seorang adik sahabat saya bernama Ahmad Azhar, yang ketika itu hanya merupakan pelajar darjah 4. Ahmad Azhar ini menetap di asrama sama dengan saya, walaupun dia baru berumur 10 tahun.
Dia amat rapat dengan saya. Semasa saya tingkatan dua, dia sering saya bawa bersama ahli usrah saya untuk makan di luar. Dan apabila dia memasuki tingkatan satu, dia merupakan antara ahli Batch 15.
Hubungan saya dengan Batch 15, memang telah ditentukan.
Bukan kebetulan.
Perubahan diri, kehadiran mereka.
Saya bukanlah seseorang yang pandai menyayangi. Sentiasanya teramat tegas. Selalunya teramat kasar. Saya tidak pernah peduli apa orang kata. Saya tidak pernah sabar dengan apa yang orang lakukan. Saya sentiasa yakin pada diri saya, dan saya langsung tidak pernah percaya pada orang lain.
Tetapi semuanya berubah pada tahun 2005. Batch 15 MATRI memunculkan diri mereka. Datang ketika saya baru memulakan Tingkatan 4 di MATRI.
Walaupun awalnya saya langsung tidak kisah dengan mereka, tetapi takdir Allah SWT telah menyusun bahawa mereka adalah yang akan mentarbiyah saya ke arah apa yang saya jadi pada hari ini.
Pada suku perjalanan tahun 2005, Allah memberikan saya lima orang adik usrah yang sehingga hari ini, saya amat cintai.
Salim Rushdan, Shaheran Shafiq, Saiful Islam, Tengku Syakir, Aizat.
Lima orang ini merapatkan hubungan saya dengan batch 15 MATRI.
Mengajar saya bertanggungjawab, mengambil berat, berkasih sayang, dan memandang jauh ke hadapan.
Mereka yang menyenangkan jiwa
Sikap mereka gila-gila. Kemudian mereka sangat rapat sesama mereka. Kadangkala sering merasakan bahawa mereka betul. Batch yang suka buat kerja sendiri memandangkan mereka merasakan bahawa mereka mempunyai hubungan yang kuat. Dan pada saya, mereka adalah batch yang menyenangkan.
Pernah satu ketika, ada pelajar dari batch lain bertemu dan berkata pada saya:
“Ana tengok, enta ni lebihkan sangat batch budak-budak tu.”
Saya tersengih. “Mereka menyenangkan ana. Enta menyenangkan ana kah?”
Dan yang bertanya terdiam.
Saya banyak meluangkan masa dengan mereka, walaupun bukanlah banyak sangat mereka melayan saya. Mereka lebih dengan batch mereka sendiri. Tetapi saya tetap senang dengan ulah mereka, gelak tawa mereka dan kemesraan sesama mereka.
Duduk-duduk dengan mereka, bersembang sekali sekala, melawat kelas mereka, belanja sebahagian mereka makan, bercanda dan bergurau senda dengan mereka, berjalan-jalan dengan mereka, buat program dengan mereka, hatta melihat wajah mereka sahaja sudah menyenangkan jiwa saya.
Saya tidak rapat dengan kesemua mereka. Dan saya tahu saya bukan senior fevret mereka. Tetapi saya tidak kira itu sebagai sebab untuk saya menjauhkan diri dari mereka. Saya yakin dengan apa yang saya rasa. Saya rasa sayang pada mereka. Jadi, kalau mereka mencampakkan saya hingga ke hujung dunia, saya tetap sayangkan mereka.
Sehingga hari ini, perasaan itu tidak pernah berubah.
Saya kekal menembak doa untuk mereka
Bila mereka tamat SPM tempoh hari, ramai kalangan mereka mengambil peluang berhubungan dengan saya. Ada yang bertanya berkenaan sambung belajar ke Jordan, dan tak kurang juga yang bertukar khabar. Setahun saya tidak berhubungan dengan kebanyakan mereka kerana mereka di asrama. Tetapi ternyata, hubungan yang wujud dan terbina atas dasar keimanan, tidak akan mudah hilang dan rosak.
Hari ini, mereka hendak mengambil keputusan SPM.
Dan saya tidak pernah lupa.
Saya kekal menembak doa untuk mereka.
Semoga Allah berikan mereka kejayaan.
Dunia dan akhirat.
Penutup: Membesarlah, bertebaranlah dalam keimanan
Suka saya berpesan kepada mereka, agar membesar dengan baik dan menimba pengalaman yang banyak serta bersungguh-sungguh belajar daripadanya.
Semoga Batch 15 MATRI ini, bertebaran ke seluruh dunia dalam keadaan beriman kepada Allah SWT, dan meluaskan lagi teritori dakwah dan tarbiyah.
Mereka itu punya potensi yang besar. Kalau mereka adalah askar, saya yakin mereka mampu menawan sebuah negara tanpa masalah. Tetapi saya suka kalau mereka menjadi da’ie. Saya yakin mereka akan mampu membina satu gelombang pengislahan dengan lebih lancar.
Doa saya kekal bersama mereka.
Ya Allah, cintailah mereka melebihi kecintaan aku pada mereka.
Cemerlangkan mereka melebihi kecemerlangan yang Kau berikan kepada diriku.
Sesungguhnya aku redha degan mereka. Maka Ya Allah, redhailah mereka.










orang-orang yang menumpahkan usahanya di jalan Allah,moga tidak dipersiakan.
insyaAllah..
[Reply]
salam,
trharu dgn gen mereka..
spya gen ana juga gen terbaik..huhu..
Insya’allah, Ameen..
[Reply]
sumer gmbar anta nyibuk2..
di situ tlah nmpak,anta sgt akrab ngn mreka…
ukhwah bukan pada indahnya pertemuan.
tapi pada ingatan seseorang di dalam doanya…
[Reply]
Salam, batch ini juga akan keluar untuk mengegarkan DUNIA.Ana yakin!
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada naimul firdaus
Amiiin…
- kepada ariffah9
Amiiin….
- kepada hamba Allah
Ya. Alhamdulillah…
- kepada BroHamzah
Kita mengharapkan yang sedemikian.
~seoorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
smoga Allah rahmati….
.:spikerkapas:.
[Reply]
ana rse nta patut tlis novel psal pmbunuhan bru best…detektif menyelesaikan kes pembunuhan terancang yang melibatkan dunia….novel vt x brape best tapi knape ramai owg beli….mesti sbb knal anta jer die bli kn….
[Reply]
assalamualikum…
bg ana,ana mmg ske bku vt..
jln pnceritaan de.. mngajr kte erti prsahabatn..
semangat dlm pasukn…ksbran…
tp terplang la kpd ‘leader 15′..
msing2 de pndpat mereka yang tersendiri..
tp kpd hilal..
nta troskan kn perjuangan nta..
dlm mghsilkan karya brbntuk islamik..
[Reply]
alhamdulillah….bersyukur sngt allah aturkan pertemuan itu.. m oga persahabatan lillah insya-allah menjadi saksi d hdpn allah kelak, ana pon teringin nk rasai kemanisan ukhwah g2 gok..walau ana x study d matri,.. ana dpt rasai jgk d skolah ana…
[Reply]
leader15,
bunyi cam melodi buruk sangka….maaf.mgkn sy yg bbruk sgka.. pasal VT,mgkn mrk bli krn pgisian tarbawi kt lam tu.. yg x knal H.Asyraf pon bli………{{{{??????}}}}nk cri idayah..
[Reply]
sronok x sgka bdk2 15gen tu….
[Reply]