Langit Ilahi Rotating Header Image

Istimewa: Buat kamu yang mengambil keputusan esok.

Semoga redha semuanya.

Semoga redha semuanya.

SPM. STAM. Esok adalah hari keluarnya keputusan. Calon-calon peperiksaan tahun 2009 ini, pastinya sedang kecut perut bergedup jantung, mungkin ada yang sedang berteleku di atas sejadah berdoa, mungkin ada juga yang tidak kisah kerana yakin 100% dia berjaya.

Maka saya ingin kongsikan di dalam artikel ini beberapa pesanan untuk calon-calon SPM dan STAM. Untuk muhasabah diri, juga mempersiapkan hati agar redha dan bersyukur dengan segala keputusan.

Maka, ini perkongsianna.

Istimewa buat kamu yang mengambil keputusan esok.

Hari pelbagai rasa

Hari mengambil keputusan, cuacanya adalah warna warni. Ada yang cuacanya mendung dengan kekecewaan, ada yang cuacanya hujan dengan tangisan, ada yang cuacanya mentari cerah dengan kecemerlangan, ada yang juga yang mempunyai cuaca terik kerana ujub dan riyak dengan kecemerlangannya.

Hari mengambil keputusan, hari pelbagai rasa.

Berada di tengah-tengah kekalutan suasana itu, kita akan jadi tidak keruan. Kadangkala hilang arah. Yang keputusannya buruk mungkin akan rasa sangat rendah diri, lantas kecewa tidak bertepi seakan esok tiada lagi untuk diri. Yang keputusannya bagus, cemerlang mungkin akan rasa sangat gembira, kadangkala sehingga telupa kejayaan itu diberikan oleh-Nya, lantas ujub, riya’, takabbur seakan-akan dia akan berjaya hingga ke akhirat sana.

Bagi yang studi penat lelah kemudian berjaya dengan jayanya.

Pada hari mengambil keputusan, yang paling kuat tangisannya adalah mereka yang telah bergadang untuk berjaya. Mereka studi hingga lewat malam, kurang tidur, kurang main, dan mengorbankan banyak kelapangannya untuk studi. Bila berjaya, dia rasa jiwanya sangat lapang dan dirinya seakan terawang ke langit.

Pada orang begini, saya ingin berpesan, segera kembalikan kegembiraan kamu itu kepada Allah SWT. Sesungguhnya, studi penat lelah kamu tidak lain hanyalah usaha. Allah jugalah yang memberikannya. Pantaslah kamu bersyukur, agar nanti Allah menambahkan kejayaan buat kamu di masa hadapan.

Dan sekiranya kamu bersyukur, maka Aku akan tambahkan(nikmatKu)…” Surah Ibrahim ayat 7.

Jangan sesekali kalian kufur dan takbur dengan menyatakan: “Inilah hasil usaha aku. Aku memang berhak ke atas ini”

“Dan sekiranya kamu kufur(tidak bersyukur), sesungguhnya AzabKu amatlah pedih” Surah Ibrahim ayat 7(sambungan ayat tadi).

Bagi yang studi penat lelah, tetapi akhirnya keputusannya tidak cemerlang

Akan wujud juga, manusia-manusia yang telah berkorban pelbagai perkara, berhabis duit ke kelas tuisyen, bergadang studi menghafal formula, tetapi keputusan peperiksaannya tidak cemerlang. Malah mungkin jatuh merudum ke tahap yang dia juga tidak sangka akan begitu keputusannya.

Pada orang sebegini, saya suka mengingatkan bahawa, Allah SWT mengarahkan manusia hanya untuk berusaha. Natijah, keputusan itu adalah kerja Allah SWT. Maka hakikatnya kamu tidak gagal. Bahkan kamu berjaya kerana telah berusaha dengan penuh kesungguhan. Yakinlah bahawa, keputusan kamu yang teruk selepas kamu usaha keras itu, adalah perjalanan yang Allah SWT susunkan untuk kamu menjadi lebih hebat pada masa hadapan. Bukannya untuk kamu kecewa dan jatuh tidak ke mana.

“Dan boleh jadi apa yang kamu tidak sukai itu baik bagi kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu buruk buat kamu, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan kamu langsung tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah ayat 216.

Jangan sangka buruk dengan Allah. Luruskan tubuhmu, bergeraklah menerobos kehidupan penuh liku.

Yang tidak studi sungguh-sungguh, tetapi berjaya dengan cemerlang

Akan ada juga orang yang terkejut.

“Eh, aku dapat 10A seh. Tak sangka gila. Aku dah la tak studi. Main je banyak. Hu3.. mantap gila aku ni”

Dan ayat-ayat yang lebih kurang terkeluar dari mulutnya. Dia terkejut kerana dia tidak bersungguh-sungguh. Studinya ala kadar. Dia juga tidak hormat gurunya. Dia juga tidak menjalankan amanah Allah. Tidak berdoa, tidak susah-susah qiamullail bersolat hajat. Tetapi dia berjaya.

Pada orang begini, suka saya ingatkan. Jangan sesekali anda rasa ajaib dengan diri anda. Tiada yang istimewanya. Sepatutnya anda berterima kasih kepada Allah yang menyelamatkan anda dari kekecewaan dan malu. Walaupun anda tidak berusaha keras, Allah masih melimpahkan kasih sayangnya dengan mencemerlangkan anda. Jangan rasa ini sesuatu yang hebat. Malah rasailah diri itu dihargai oleh Allah SWT. Jangan biarkan nikmat ini bertukar menjadi istidraj(Allah beri nikmat untuk diri makin lupa dan jauh pada Allah).

Sesungguhnya, kejadian ini adalah teguran indah daripada Allah untuk anda. Dia menyelamatkan anda, dan mengajak anda berfikir bahawa manusia tidak akan selamanya bernasib baik.

Maka kembalikan segala rasa ajaib tadi, kepada Allah SWT.

“Sesungguhnya Allah itu memberikan rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki tanpa berkira-kira(tanpa perlukan sebab dan alasan)” Surah Ali Imran ayat 37.

“Ingatilah Aku, maka Aku akan mengingati kamu. Dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu kufur(tidak bersyukur)” Surah Al-Baqarah ayat 152.

Dan belajarlah untuk berusaha keras. Sesungguhnya anda telah diselamatkan.

Yang tidak studi sungguh, dan keputusannya teruk.

Ada golongan yang akan merasakan penyesalan yang teramat sangat. Dia mula melihat betapa kebodohannya dengan tidak studi selama ini, memberikannya keputusan yang sangat hodoh dan menyesakkan. Dia mula melihat masa hadapannya gelap dan memandang dirinya tidak bermakna.

Kepada orang sebegini, saya hendak berpesan. Inilah dia teguran Allah SWT. Sepatutnya anda menggunakan titik ini sebagai stesen muhasabah. SPM/STAM bukan segala-galanya. Hidup tidak berakhir dengan SPM/STAM. Tanyalah pada diri, apakah kepahitan keputusan teruk ini ingin anda ulangi pada bahagian kehidupan anda di masa hadapan?

Sesungguhnya, Allah masih mengurniakan kamu nyawa, masa, dan kehidupan untuk kamu terus berusaha.

Sepatutnya kamu bersyukur, Allah memberikan pengajaran yang hebat dan besar kepada kamu. Jauhilah putus asa. Kegagalan hanyalah batu loncatan, untuk mereka yang sedar dan memikirkan.

Rasulullah SAW bersabda: “Setiap anak adam melakukan kesalahan, tetapi sebaik-baik pelaku kesalahan adalah mereka yang sering bertaubat” Hadith riwayat Tirmidzi no 2499.

“Sesungguhnya Allah itu amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.

“Sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dahulu apa yang ada dalam diri mereka” Surah Ar-Ra’d ayat 11.

Maka, apa yang anda tunggu dalam kekecewaan?

Keluarlah dari selaput kehinaan. Ubah diri. Belajar dari kegagalan.

Ini pesananku. Manifestasi cintaku kepada kamu

Saya amat menghargai generasi muda. Tidak saya pandang rendah pada mereka sebagaimana sebahagian orang tua memandang rendah kepada saya. Sebab generasi muda adala yang akan menerus dan menyambung perjalanan perjuangan saya.

Maka, saya suka generasi muda untuk berfikiran luas, dan berjaga-jaga dalam segenap perkara. Perlu sedar betapa hidup ini hanya untuk mendapat redha Allah SWT. SPM dan STAM juga adalah medan untuk mendapat redha Allah SWT.

“Serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.” Surah At-Taubah ayat 72.

Maka hadamilah pesanan-pesanan saya ini.

Jangan anda tertipu dengan kejayaan dan kegagalan anda. Ini hanyalah satu stesen dari stesen-stesen kehidupan. Ada banyak lagi stesen yang perlu kita lalui dalam keadaan berjaga-jaga jika ingin selamat.

Penutup: Kita hakikatnya mengejar kejayaan yang sebenar. Selamat berjaya!

Saya tidak memandang kejayaan dengan neraca manusia. Ada sahaja yang cemerlang SPM/STAM tetapi gagal di universiti. Ada sahaja yang dikatakan berjaya di medan kerjaya tetapi rosak di bahagian lain.

Sebab itu, saya memakai neraca kejayaan yang Allah beri. Apa dia?

Allah SWT berfirman:

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” Surah Ali Imran ayat 185.

Ya… itulah dia kejayaan.

Semoga, anda semua berjaya. Di dunia dan di akhirat.

Saya doakan yang terbaik untuk kalian buat esok hari.

Semoga semua keputusan diterima dengan baik.

Hal ini kerana, segala keputusan adalah yang terbaik daripada Allah SWT.

Print This Post Print This Post

35 Comments

  1. solehah says:

    salam..sy akn mgambil rsult spm esok..tp sy msih rgu2 akn dri sndiri..tkut utk mghadapi hari esok..sy tkut utk trima knyataan..walaupun sy thu,stiap pkara itu ada hkmahnya…syukran atas peringatan anta mlalui post ini.. :neutral:

    [Reply]

  2. Fatimah says:

    syukran akh hilal. pas bce, jd pembakar smgt sikit.
    x smpai 24 jam lg ni, dan ni la mase yg ad untuk berserah dan memohon segala2nya.
    so lani kene menyiapkan diri fizikal dan mental, utk tabah mghadapi ape y tertulis dan esk lah harinya.
    kecut perut ke, result ttp kua esk. he he he

    [Reply]

  3. syukran ya akh Hilal. saya juga esok. kan ambil result. tak lena tidur, pening kepala…resah gelisah. jujur, saya takut.

    entri ni bagus, saya ambil semua itu sbgai nasihat utk meniti hari esok. doakan saya juga..

    [Reply]

  4. busyra says:

    slm,thnx a lot..dis really help..huu…sgt takuut.. :???:

    [Reply]

  5. nur syafiqah says:

    salam. syukran ya akh Hilal. saya slh seorang calon spm09.. ya,x dnafikan, agak bdebar2 gak nak mbik result nih. apa2pun, semuanya telah ditakdirkan oleh Allah SWT kepada kita.. setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..kan?? terima kasih banyak2 kerana tlh mmberi sedikit sebanyak kata2 pembakar semangat utk terus maju kehadapan.. doakan kejayaan kami~~ :smile:

    assalamualaikum wbt

    [Reply]

  6. calm shine says:

    BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM YA ALLAH BERIKANLH AKU KESEMPATAN WAKTU UTK MEMOHON DRI MU ANUGRHKNLH AKU KEJAYAAN DLM PEPERIKSAAN SPM KU INI ANUGRHKN KEJAYAAN KPD SEMUA TEMAN2 KU JGN ADA ANTARA KAMI YG SEDIHNYA SENDIRIAN DAN JUGA KPD KU ANDAI TLH TERTULIS DI LUH MAHFUZ AKN KEGAGALAN KU MAKA UBAH LAH IA MNJADI KEJAYAAN ENGKAU YG MAHA AGUNG MUDAH MUDAHAN A+ UTK SEMUA SUBJEK MNJADI MILIK KAMI AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN

    [Reply]

  7. humayra says:

    salam akh hilal, nice entri..takut sangat, tinggal beberape jam jer.. :roll: tapi nak tk nak result kwa jgk esok. akh doakan kami semua ye~ thanks!

    [Reply]

  8. lepasan spm09 says:

    assalamualaikum ya akh hilal. :grin: Pada mulanya, macam2 perasaan yg ada. nervous sampai nak terdemam. tp, lepas baca ni, hati tiba2 jadi tenteram dan artikel ni telah membakar semangat utk terus mara! syukran ya akh..bagi yg cemerlang..bersyukurlah…kerana ini dr Allah.. bagi yg gagal..bersyukurlah dan jgn putus asa..sesungguhnya Allah maha mengetahui. teringat pulak dgn firman Allah, tp sy x pasti the exact one…..” dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui , sedang kamu tidak mengetahuinya” kalau salah, tolong betulkan…btw, doakan kejayaan kami ya…salam ukhuwwah~~ :wink:

    [Reply]

  9. pengiran92 says:

    assalamualaikum akhi.. jazakallah sbb bagi input u kami terutamanya diri ana yang agak jauh dari biah solehah. Mudah2 Allah kurnaikan yang TERBAIK untuk kami semua. Amin Ya Allah. Andaikata Kecemerlangan itu bukan milik ana, ana akan cuba sedaya upaya redha dengan pemberian-NYA kerana ana tau itulah yang TERBAIK untuk ana dalam hidup ni. Mungkin Allah nak tangguh kejayaan org yang menghadapi situasi seperti y ana katakan tadi. ana minta maaf pada semua dan ana maafkan semua kesalahan sahabat2 dan anda yang sedang membaca hingga hari akhirat sana :wink: . semoga Allah berkati insan yang kerap melakukan dosa ini.. wallahualam.

    [Reply]

  10. Diyanah says:

    terima kasih..saya nak ambil result spm esok dan kerisauan dihati sedikit terubat bila membaca artikel ni.

    [Reply]

  11. laila says:

    :grin:
    thanks..

    [Reply]

  12. siti a'isyah basir says:

    very good one.
    it makes me feel much better now.
    whatever comes out in my certificate, i’ll try my best to accept it with redha.
    thankyou so muchh.n do pray fr us, please (:

    [Reply]

  13. syth says:

    “kita sebenarnya megejar kejayaan yang sebenar iaitu syurga.”
    insyaAllah.
    semoga berjaya juga kepada akh.

    [Reply]

  14. zida says:

    thanks for remembering and sharing this.
    semoga usaha kami selama ini tidak sia-sia.
    dan.
    semoga kami tetap tabah dan ikhlas menerima segala keputusan yang akan diberikan.

    [Reply]

  15. nooraini lai says:

    :smile: trima kasih kepada penulis kerana tlh menge-post kan artikel ini..mudh2an saya dan kpda rakan2 yg lain mendpt keputsan yg elok dlm SPM 2009 dgn penuh rasa syukur….dan plg penting skli redha…amin..:) doa::jauhilah kami semua dr sifat takbue ya Allah…

    [Reply]

  16. nooraini lai says:

    spelling error *takbur

    [Reply]

  17. Qubezo says:

    Terima kasih atas penerangan ringkas tetap mendalam ini. Sesungguhnya hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah dan kejayaan itu milik Mu. Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang berjaya.

    [Reply]

  18. alin alin says:

    salam…

    terima kasih atas peringatan serta dorongan dan juga nasihat…

    semoga Allah redha

    [Reply]

  19. harishah says:

    assalamualaikum. terima kasih atas pesanan2 akhi. rasa lega sikit debaran ini. semoga kita semua berjaya dunia, juga akhirat, pastinya. :wink:

    [Reply]

  20. fat_tia says:

    thanx..xde pe ag bley ku ucapkn..sume nye byk mmbntu..terima kasih :mrgreen:

    [Reply]

  21. zusai says:

    syukran jazilan ..
    kurg skit rse takut ni..tapi, susah nk ilgkan kcuali mse tgh tido je kan?
    hahahaah..moga kita smua berjaya …
    dan terima apa2 je keputusan dengan redha..

    [Reply]

  22. safiyyah says:

    kepada adik2 spm smuge kejayaan menjadi milikmu
    terima dgn redha apa yg akan dapat esok

    [Reply]

  23. fathihi al-malizi says:

    assalamualaikum..
    subhanallah,maha hebat Allah dlm perancangan-NYA..
    jazakallah ya akhi ,kerna ssgghnya,enta tlh menyedarkan ana..
    Allah jualah yg menentukan segalanya.. wlaupon segalanya
    tlh ana curahkan,jiddiah,pengorbanan.. hakikatnya,segalanya dtg
    dr al-malik.. alhamdulillah,dgn izin Allah,sedikit sebyk artikel ni
    tlh memadamkn bara ketakutan sy bg menghadapi hari esok..
    jzk :cry:

    [Reply]

  24. alhamdulillah…thanks for this post.
    siang tadi kami baru lps dapat result final 2nd sem thun kedua,
    alhamdulillah stlh membaca title post hari ni, dapat memotivasikan diri ini serba sedikit…=)

    [Reply]

  25. Na says:

    thanks 4 this entri..mknan jiwa y sgt dperlukn bwat wktu2 mcm nie.. :???:

    [Reply]

  26. thanks for this post…
    alhamdulillah~~~ :smile:

    [Reply]

  27. budak spm 09 says:

    huhu..sedih baca article ni encik Hilal..sangat2 terharu..

    mungkin sy tergolong dalam golongan yang berusaha keras, tapi..dot..dot…

    saya tahu..Allah tak pernah letakkan saya di tempat yang buruk.

    sekali lagi..Syukran Encik Hilal…

    [Reply]

  28. mivida says:

    salam..moga berjaya kepada semua yg bakal amek result esok..dan dapat teruskan impian masing2 ke langkah berikutnya :)

    [Reply]

  29. spm leaver says:

    insyaALLAH pesanan ni akn dpegang.
    insyaallah.
    ALLAH knows da best 4 us. :smile:

    [Reply]

  30. khuza says:

    :?: YA ALLAH….JIKA KEPUTUSAN SPM KU INI TIDAK SEBAIK Y AKU HARAPKAN,MAKA BANTU LAH AKU UNTUK MEREDHAINYA DAN TABAH MHADAPINYA…..SEKIRANYA KEPUTUSAN SPM KU LEBIH BAIK DRPD APA Y AKU HARAPKAN…MAKA JAUHKAN LAH AKU DRPD PERSAAN RIAK AN UJUB………………..SESUNGGUHNYA ENGKAU AMAT MENGETAHUI APA YANG TBAEK UNTUK KU…ENGKAU MENGETAHUI APA Y AKU TIDAK TAHU…ENGKAU MPUNYAI KUDRAT Y AKU TIDAK ADA….MAKA YA ALLAH BANTULAH AKU DLM STIAP PERKARA Y AKU LAKUKAN….AMEENN

    [Reply]

  31. fiFy says:

    alhamdullilah…. :arrow: dis artyicle… really2 help me to face all the reality…. i’ve tooo… even its hard for me to accept it… n i hope for the best… and i want to wish the best af luck to all attentive reader… amin…

    [Reply]

  32. faatihah says:

    terima kasih,,
    ade sejam lagii.
    semoga hati ini tabah menghadapinya~

    [Reply]

  33. siety says:

    thankz….artyicle nie bnyk mmbri kata2 smgat utk sy…smoga dgan izin allah dpt tbahkan hati untuk terima apa2 kptusan dengan redha…. :neutral:

    [Reply]

  34. didie.. says:

    salam.. ana ni ble diketegorikan untuk golongn pelajar yg ter akhir dlm article di atas..mmg betul ape yg nta tulis..kne batng hdung..hmmm..skrg amt2 memerlukn kte2 semgt..so ana pon mrajinkn dri dtng bace artcle kat cni..jazakallah khiran jaza..amat mmbantu mnjadi lbeh redha dan enshaallh akn mngubah dri kpd yg lbih baik.. semg allh kurniakan nta keikhlasan dlm beramal yg akn mnjadi pmberat da ats mizan hasanat kelak..ameeeeeeeen~

    [Reply]

  35. tetap tabah says:

    orang kata,langit tak selalunya cerah, hidup tak selalu indah..kadang-kadang ujian Allah datang menimpa jua, menguji iman hamba-hamba yang dikasihiNya.Semoga Allah tabahkan hatiku dan kuatkan imanku..

    [Reply]

Leave a Reply