Ironinya, sahabat terbaik saya, Tengku Muhammad Fahmi bin Tengku Paris, tarikh lahirnya adalah berjiran dengan ibu saya. Ya, 12hb Mac 2010, dia menginjak 20.
Semenjak rapat dengannya, saya tidak pernah lupa akan tarikh lahirnya. Saban tahun menyambut. Namun belum pernah lagi dapat menyambut dengan bersungguh-sungguh, belanja dia makan dan beri dia hadiah yang menyeronokkan. Saya harap, Allah akan izinkan saya untuk mempunyai peluang bagi menyambut hari lahirnya dengan hangat.
Saya sangat sayang Fahmi.
Semoga Allah redha dengan dia.
Cerita baru, banyak tak boleh kongsi
Saya banyak cerita dengan Fahmi. Kami berdua selalu sahaja berhubungan. Tetapi, banyak cerita masuk bab peribadi. Kami kongsi dua orang sahaja. Saya pun tak pernah kongsi apa-apa yang kami cerita dengan orang lain.
Jadi, rasanya tidak banyak boleh kongsi pada pembaca di Langit Ilahi.
Cuma, yang saya boleh katakan adalah, sepanjang persahabatan saya dengan dia, dia sentiasa membahagiakan saya.
Ya, kami sama-sama manusia. Ada masa saya terkurang, ada masa dia pula terkurang. Tetapi saya yakin, kami akan terus lengkap melengkapi, agar yang terkurang itu mampu dipenuhi dan dilengkapi.
Sahabat, sepatutnya dihargai dan dicintai
Saya hakikatnya, rasa beruntung kerana Allah kurniakan saya Fahmi dalam hidup saya. Setakat saya hidup sehingga hari ini, Fahmi adalah pelengkap kepada kehidupan saya.
Tambahan, dia adalah antara orang yang pertama, yang saya usahakan untuk membangunkan ukhuwwah atas dasar keimanan kepada Allah SWT. Saya belajar banyak perkara dalam jatuh bangun perjalanan persahabatan kami berdua. Dan setiap sesuatu, ia meningkatkan saya.
Uhibbukafillah. Itu ayat yang saya suka cakap pada dia. Juga pada sahabat-sahabat yang saya cintai. Dan Fahmi adalah orang kedua mengucapkan Uhibbukafillah kepada saya, selepas senior saya bernama Ali Irfan.
Saya berjanji pada diri saya. Saya akan mencintai seorang Tengku Muhammad Fahmi, hingga ke syurga sana.
Kalau dia terjatuh, saya akan hulurkan tangan. Kalau saya terjatuh, saya tak akan bawa dia bersama dalam kehancuran.
Sebab saya cintakan dia.
Adakah wujud cinta sebenar yang membawa ke neraka?
Walaupun jarak jauh terpisah…
Saya di Jordan. Fahmi di Korea. Kadang-kadang saya fikir, menyesal juga tak belajar sains betul-betul dulu. Kalau tak, mungkin boleh teman Fahmi di Korea. Tetapi, kalau tak datang Jordan, tak jadilah macam hari ini. Ternyata, susunan Allah itu semuanya terbaik.
Walaupun jarak jauh terpisah. Saya di Asia Tengah dan dia di Asia Timur, namun saya sentiasa rasa Fahmi dekat dengan saya.
Kami selalu berhubung dan berkongsi cerita. Bertanya khabar dan berkongsi apa-apa perkara baru dalam kehidupan kami.
Anehnya hubungan yang terbina atas keimanan ini, ia membuahkan ketenangan.
Saya sentiasa lapang bila berhubungan dengan dia.
Formula saya dengan dia.
Hubungan saya terhadap Fahmi, mudah.
Formulanya hanyalah:
Saya—————-Allah—————-Fahmi
InsyaAllah, dalam hubungan ini, tiada ism-ism lain yang wujud. Saya tak kawan dia sebab dia hensem, dia pun tak bersahabat dengan saya sebab saya popular. Saya tak rapat dengan dia sebab dia satu batch dengan adik saya, dan dia pun tak rapat dengan saya sebab saya kamcing dengan batch abang dia. Kami juga tidak rapat hanya kerana kami berdua adalah pelajar MATRI.
Bahkan, kami berdua adalah dua personaliti yang langsung berbeza. Dia jurusan sains, saya jurusan agama. Dia Korea, saya Jordan. Dia KL, saya Johor. Dia kulit cerah, saya kulit gelap sikit. Dia suara sedap, saya suara ala kadar aja. Dia tak menulis buku, saya menulis buku. Dia orangnya penyegan-penyegan sikit, saya jenis pakai hentam aja selagi tak haram. Dia kurang cakap, saya banyak cakap. Dia tinggi, saya rendah sikit.
Yang sama pada kami adalah, keimanan kepada Allah SWT. Rasa hendak hidup dalam Islam.
Keimanan dan Islam itu, adalah paksi kepada hubungan kami.
Allah adalah matlamat ukhuwwah kami.
Sahabat, adalah saham akhirat kita
Ada satu hadith sohih riwayat Bukhari&Muslim telah membuatkan saya menjadi bersemangat dalam menjaga persahabatan ini.
Rasulullah SAW bersabda:
“Tujuh golongan yang akan diaungi oleh Allah pada hari tiada naungan selain naungan-Nya adalah: 1) Pemimpin yang adil, 2) pemuda yang kehidupannya sentiasa beribadah kepada Allah, 3) seorang lelaki yang hatinya bertautan dengan masjid, 4) dua lelaki yang saling cinta mencintai hanya kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya, 5) seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan kaya lagi cantik untuk berzina, kemudian dia berkata: Sesungguhnya Aku takutkan Allah, 6) seorang yang mengeluarkan sedekah secara sembunyi(ikhlas) sehingga tangan kirinya tidak mengetahui, 7) seorang yang bermunajat kepada Allah di tempat sunyi sehingga mengalir air matanya” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.
Ya. Sekiranya benar-benar kita bina hubungan kita dengan sahabat kita kerana Allah SWT. Maka Allah akan melindungi kita di akhirat kelak.
Bersahabat atas keimanan, memang indah bukan?
Penutup: Selamat Hari Lahir Fahmi. Semoga kekal dalam keimanan.
So…
Selamat Hari Lahir Fahmi. Semoga Allah redha dengan enta, megurniakan rahmat yang luas buat enta, membuka pintu-pintu rezeki enta, mengurniakan kecemerlangan kepada enta, dan menggolongkan enta dalam kalangan yang beriman kepada-Nya.
Sentiasa ana tembakkan doa berdas-das tanpa lupa buat enta. Tidak pernah melupakan enta dalam gerak perjuangan. Sentiasa mengharapkan agar Allah redha dengan ukhuwwah ini, dan moga-moga ukhuwwah ini memberikan kesan yang mendalam kepada diri kita, dan masyarakat.
Sesungguhnya, ana mencintai enta, melebihi diri ana sendiri.
Uhibbukafillah.
Happy Birthday naa..
Saranghaeyo.





syahdu.
betul3. sokong dengan “ukhuwah atas keimanan” membuahkan ketenangan.
[Reply]
selamat maju jaya..teruskan menulis..!
[Reply]
slmt hari lahir Teng…ana lmbt lg….
[Reply]
tahniah kepada yang berkenaan.semoga panjang umur
[Reply]
Aslmkm. Pakcik terharu membaca post di atas kerana kebetulan pakcik sahabat baik ayahnya, pakcik Tengku Paris. Lebih terharu sebab pakcik adalah antara pakcik2 yang menjalankan program aulad di Gombak yg mana Tg Fahmi adalah antara anak2 pakcik2 Gombak yg nakal. biasalah anak2. Teringat semasa program di Templer Park, Fahmi tak mau naik dari dalam sungai sebab terlalu seronok mandi sungai. Itulah Fahmi yang kini telah dewasa, membesar dalam tarbiyah, alhamduliLlah.
Salam ukhuwwah,
Shahkirin
[Reply]
laaa.org msia upeny ingatkan org korea mane td….hheeeh….
lau persahbtan dbina kerana allah kite akn dpt rase kmanisan pershabtan 2 itu…
amt2 berbeza pershbtan kerana allah dengan yg x
[Reply]
subhanallah.. kagum dngn ukhuwah hilan n fahmi.. Mg Allah redha kalian..
[Reply]
smga Allah memberkati Tengku…
smg ukhwah antra kalian berkekaln slmnya…
SELAMAT HARI LAHIR TENGKU…(”,)
[Reply]
salam,
wah3.. jeles.
Alhamdulillah, ukhwah se istimewa mcm ni~
huhuhu…
[Reply]
smuanya indah kalau ia keranaNya
[Reply]
[Reply]
mane tengku fahmi utk bg ucapan cket??huhuhu
[Reply]
alhamdulillah..bahagia kalau semuanya lillahi ta’ala..moga kami semua juga camtu..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada everjihad
Semoga Allah redha degan ukhuwwah kami ini…
- kepada kak nad
Terima kasih.. Semoga Allah redha…
- kepada iijr
Iya.. Selamat Hari Lahir buat Fahmi…
- kepada naimul firdaus
Amiin…
- kepada Pakcik Shahkirin
Hu3..
Fahmi mesti segan.
Semoga Allah redha dengan kematangannya.
- kepada sky
Semestinya…
- kepada mutiara solehah
Semoga Allah berikan kemanisan dalam ukhuwwah ini, dan ianya tersebar dalam kehidupan insan…
- nur_cahaya
Amiin…
- kepada ariffah9
Moga kamu dapat membinanya…
- kepada q.a
Sememangnya…
- kepada aurorablade
Amiiin….
- kepada dorabear
Dia pemalu. Saya dah minta, tapi dia segan rasanya…
- kepada wardah
Amiin.. Moga Allah makbulkan…
~seorang hamba..
Hilal Asyraf
[Reply]
assalammu’alaikum,
benarlah kata yg lahirnya dr nubari natijahnya menyentak sang hati,
jazakalLahu khair adikku,
akak mintak izin copy, buat antapan ank-anak murid yang gemar benar berkelahi…
Allahuyubariklaka!. Amin.
[Reply]
assalamualaikum..hmm..cmne nk mula ek..sy rse sy nk bkenalan dgn Tengku Muhammad fahmi ni..bkn utk bersuka ria..tp kalau btl la die ni blh menenangkan jiwa, sy nk sgt bjmpa dgn die..sbb sy rsa xtenang sgt..sy perlukn ktenangan hidup..e2 shj yg boleh sy ckp dcni..tlg lah..sy perlukn bantuan..salam..
[Reply]
Hilal Asyraf Reply:
May 10th, 2010 at 12:44 pm
Darliela Daniella,
Tengku Muhammad Fahmi bukan pemberikan ketenangan. Pemberi ketenangan itu hanyalah Allah SWT. Cuma, bila hubungan saya dan dia dibina atas hubungan kepada Allah, di situlah antara kami munculnya ketenangan.
[Reply]