Langit Ilahi Rotating Header Image

Istimewa: Hari Lahir Langit Ilahi.

Langit Ilahi ~ Mari Menjadi Hamba

Langit Ilahi ~ Mari Menjadi Hamba

Selamat hari lahir. Selamat hari lahir. Selamat Hari lahir. Hari ini 6hb Mac. Cukup setahun sudah website Langit Ilahi beroperasi. Seakan waktu bergerak sepantas kilat, kini Langit Ilahi sudah sampai pada hari ini.

Sebentarnya waktu tidak bermakna sekejapnya perjalanan. Panjang juga setahun ini. 1001 macam cabaran dan dugaan yang menimpa saya. Namun dengan rahmat dan kasih sayang Allah, saban hari Langit Ilahi bertambah pengunjungnya, semain luas sebaran dakwahnya.

Secara jujurnya, saya tidak pernah membayangkan, selepas setahun Langit Ilahi akan menjadi seperti hari ini.

Medan Penghubung

Selama setahun, website Langit Ilahi telah menjadi medan kepada perhubungan serta komunikasi saya dengan pembaca-pembaca buku saya.

Keeratan hubungan saya dengan pembaca, berputik di Langit Ilahi kebanyakannya. Langit Ilahi juga membantu saya memperkenalkan karya saya yang baru dan memberi ruang kepada pembaca untuk mengkritiknya. Ini banyak membantu saya melihat citarasa masyarakat atas karya yang akan saya terbitkan.

Kewujudan Langit Ilahi, ibarat jambatan antara saya dengan pembaca-pembaca yang tidak pernah bertemu dengan saya.

Di Langit Ilahi, saya mendapat keluarga yang sangat besar dan saya sangat sayang.

Itulah dia pembaca saya.

Medan Meningkatkan Kualiti

Ramai tertanya-tanya kenapa saya menulis Langit Ilahi setiap hari. Hari ini saya akan menjawabnya. Saya menulis di Langit Ilahi adalah untuk meningkatkan skill penulisan saya. Dengan menulis setiap hari, akal saya jadi terlatih dan mampu mencerna idea dengan pantas.

Bahasa dan gaya penulisan saya juga akan tertingkat dari masa ke semasa.

Langit Ilahi yang saban hari dilawati oleh pembaca-pembaca yang tidak kurang hebatnya juga, menjadi medan perkongsian dan percambahan idea antara saya dengan pembaca-pembaca. Di sini, secara tidak langsung, cara berfikir saya terbentuk dan cara saya memandang masyarakat juga terpupuk.

Di Langit Ilahi saya berurusan dengan 1001 macam orang. Dengan itu, saya secara tidak langsung menajdi murid kepada masyarakat, dalam persediaan saya untuk mengubah suasana masyarakat kita hari ini.

Pendek kata, hidup saya banyak terkesan dengan perjalanan Langit Ilahi.

Sampai satu waktu, tulisan saya yang dahulu menjadi penegur kepada diri saya yang sekarang.

Seakan-akan Langit Ilahi adalah manusia, yang menegur saya agar tidak lupa kepada-Nya.

Masih banyak kelemahan

Jujurnya, Langit Ilahi masih banyak kekurangan. Saya bukan manusia kamil yang mampu menggerakkan website berharga ini dalam keadaan 100%. Ditambah dengan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar, sahabat, ahli persatuan dan hamba Allah SWT.

Namun saya tidak pernah redha dengan kelemahan. Saban hari saya berusaha meninggalkan kelemahan-kelemahan saya. Walaupun saya tahu manusia itu tidak akan mencapai kesempurnaan, saya tahu manusia itu diberikan sesuatu oleh Allah SWT yang dipanggil USAHA. Sekurang-kurangnya saya berUSAHA.

Kadangkala, kebanyakan kelemahan di Langit Ilahi ini, tertutup oleh komitmen pembacanya, yakni anda semua. Ada juga kelemahan yang hanya akan saya perasaan apabila ditegur oleh pembaca. Justeru, pembaca sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam perjalanan Langit Ilahi.

Terus melangkah

Di bulan pertama penubuhannya, Langit Ilahi hanya didatangi 12,846 orang sebulan. Kemudian setiap bulan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai 31,081 orang sebulan pada bulan September 2009. Kemudian berlaku peningkatan drastik pada bulan Oktober 2009 dengan 45, 976 orang sebulan. Kemudian Langit Ilahi terus meningkat dan meningkat bilangan pelawatnya sehingga pada Bulan Februari 2010, dicatatkan bahawa pelawatnya adalah seramai 67,956 sebulan. Setakat ini, hit counter Langit Ilahi menunjukkan, Langit Ilahi sudah dilawati sebanyak 601,908 orang dalam masa setahun.

Bilangan pelawat yang banyak ini menyebabkan Langit Ilahi dan nama Hilal Asyraf akhirnya muncul dalam suggestion di google. Kalau ditulis Langit, sudah akan ada suggestion Langit Ilahi. Kalau ditulis Hilal, sudah ada suggestion Hilal Asyraf. Ini satu moral untuk perjuangan menyebarkan kebenaran.

Langit Ilahi akan terus bergerak, melangkah ke arah kejayaan, kecemerlangan dalam mendidik pengendalinya dan diri masyarakat, agar kembali kepada Allah SWT. Dibina Langit Ilahi ini bukan untuk populariti, bukan juga untuk mengaut wang, jauh sekali mengajak ke arah kemungkaran. Langit Ilahi dibangunkan untuk kita bergerak menjadi hamba kepada Allah SWT.

Moga Allah SWT mengizinkan saya istiqomah atas jalan ini, dan melimpahkan kurnia-Nya kepada kita semua, dengan memberikan kita kekuatan untuk kekal di dalam Islam.

Moga Langit Ilahi, mampu menjadi contoh kepada blogger lain yang ingin menjadi agen perubahan ke arah kebaikan dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Penutup: Mari Menjadi Hamba

Selamat Hari Lahir Langit Ilahi.

Di kesempatan ini juga saya ingin layangkan ucapan terima kasih saya kepada anda semua yang selama ini memberikan sokongan. Saya tidak tahu hendak membalas jasa anda dengan apa melainkan doa yang tidak putus-putus.

Saya masih ingat beberapa orang yang sentiasa memberikan inspirasi pada saya, sedari awal penubuhan website ini, terutama Ihsan Berahim yang banyak membantu saya dalam mengendalikan website ini, malah dialah yang mencadangkan saya agar memulakan penulisan di dalam blogspot dahulu.

Saya kira, perjalanan Langit Ilahi yang mencapai tahap hari ini, adalah daripada berkat doa pelawat-pelawat dan pembaca-pembaca.

Saya berharap, kita tidak sekadar berseronok di dalam website ini, tidak sekadar rasa senang hati melihat pengisian di dalam website ini, tidak sekadar meluangkan masa melapangkan waktu, tetapi saya berharap agar website ini benar-benar ada manfaatnya dalam kehidupan kita, dan dibuahkan manfaat itu dalam bentuk amalan dalam kehidupan.

Menjadi hamba yang Allah redha.

Itu tujuannya diwujudkan website ini.

Sama-samalah kita bergerak memperbaiki diri, mengkoreksi hati, untuk menjadi hamba kepada Ilahi.

Terus menembak doa…

Print This Post Print This Post

29 Comments

  1. salam. truskan pnulisan. kami readers sntiasa menyokong. smoga sntiasa dlm redha Ilahi..

    [Reply]

  2. lutfihafifi says:

    Selamat hari lahir “LANGITILAHI.COM” …
    semoga terus mendidik manusia..

    [Reply]

  3. nur_cahaya says:

    Assalamualaikum…
    tahniah dan syabas..
    sy gemr mbc pgisian saudra..
    byk nsiht yg mbimbing kearah kesedaran..
    smg Allah terus mbrikan kekuatan kpd saudra untk mneruskan dkwh..
    InsyaAllah..(”,)
    wassalam..

    [Reply]

  4. nur_cahaya says:

    Selamat Ulang Tahun Kelahiran yg Pertama untk Langit Ilahi..
    Semoga terus maju dan berkekalan dlm mencari Redha Allah..

    [Reply]

  5. hanis says:

    salam hlal..

    “selamat ulang thun buat langit ilahi”…semoga terus dan semakin tersebar luas lah niat murni langit ilahi…amin 3x.

    buat pengetahuan hilal…blog hilal dh jdi fav. list kak..hampir setiap hari akak mengikut perkembangan langit ilahi..surat khabar pun tak jadi kemestian bgi kak spt langit ilahi..:)

    [Reply]

  6. mabruk.semoga Allah menetapkan kita semua atas jalan taat kepada-Nya

    [Reply]

  7. budak bilik sebelah says:

    smart la…birthday langit ilahi….malam ni blh la italiano pizza ke,papajones ke haha

    [Reply]

  8. aimnjannah says:

    prjalanan kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini sama ada belajar atau mengajar..kelak ilmu yg diperolehi akan ditanya sama ada ilmu itu dimanfaatkan atau tidak oleh Sang Pencipta Cinta..titian perjalanan mdewasakan dan mmatangkan diri,mngajar menelusi kpahitan dan kmanisan pengalaman..timbal balik pkongsian dr saudara hilal dan pembaca,moga kdua-duanya mendapat manfaat di dunia dan akhirat..moga bekalan ilmu yg diperolehi dr pngalaman enta akan trus dikongsi dlm tinta mahupun bicara..telusi sepanjang masa harus mperbaiki niat agar tak lari dari landasan yg diredhai..setiap amalan dimulai niat..

    [Reply]

  9. syaNa_san says:

    tahniah Langit Ilahi..
    dan terima kasih..
    anda telah banyak membantu saya dlm mencari ketenangan hidup..
    moga anda akan terus manjadi penyuap makanan untuk iman2 mereka di luar sana

    [Reply]

  10. Sekeping Hati Dibawa Berlari says:

    selamat ulang tahun pertama Langit Ilahi.. semoga ianya akan terus berkembang dalam memberi peringatan kepada kita (terutamanya diri sendiri) yang sentiasa lupa…

    [Reply]

  11. nur says:

    selamat ulang tahun langit illahi:)
    website ini telah banyak membantu diri saya.banyak ilmu yang saya dapat dari website ini.saya ucapkan terima kasih kepada hilal atas perkongsianya
    saya juga doakan semoga kamu akan terus menulis dan berjaya dunia dan akhirat.

    [Reply]

  12. wahida says:

    salam…
    tahniah, setahun Langit Ilahi…
    moga Tuhan berkati…
    ameen!

    [Reply]

  13. wany says:

    salam….
    tahniah…smg sentiasa thabat dlm usaha ini…
    barakallahu fik….:)

    [Reply]

  14. zusai says:

    wah! selamat hari lahir Langit Ilahi…!
    teruskan penulisan…….. :smile:

    [Reply]

  15. auniazita says:

    Selamat hari lahir kesetahun…maju..terus maju…idea2 yang bernas dan penuh dengan keinsafan..

    [Reply]

  16. aqmar says:

    alhmdulillah….selmt ulng thun langit ilahii…..truskn menyebr dakwh islam….

    [Reply]

  17. tulipdesa says:

    salam..mabruk HILAL ASYRAF..slamat ulang tahun buat LANGIT ILAHI..moga trus maju dn moga usaha dakwh ini diredhai Allah..trus menyeru manusia menjadi HAMBANYA..allahua’lam.. :smile:

    [Reply]

  18. faresgas says:

    sirru ala barokatillah ya akhi

    [Reply]

  19. baru kenal says:

    ana mula mengenali akh hilal melalui buku Langit Ilahi, kemudian berinjak ke wbsite ini. Jazak Allah ya ahkhi,moga terus istiqamah. melalui wbsite ini, hati ini semakin bergerak, berarak menuju Ilahi…

    [Reply]

  20. mael says:

    Alhamdulillah…baru beli buku Langit Ilahi semalam dan x sangka ianya juga sama dgn ulangtahun langitilahi.com

    Yang pasti belum terlewat untuk kita sama2 bergerak menuju tujuan yg satu.

    Jom Kita!
    mael.

    [Reply]

  21. meniti usia mematangkan diri,walau sekadar tulisan di alam maya…

    Selamat berjuang akhi!

    p/s:saya tak punya blog personal,menyumbang di blog orang :razz:

    [Reply]

  22. mumtaz says:

    semoga terus cemerlang saudara hilal.

    [Reply]

  23. LittleCaliph says:

    mendamba jejak saint saladin~

    [Reply]

  24. SuMie says:

    Tahniah dan terima kasih untuk Langit Ilahi. Alhamdulillah….

    [Reply]

  25. Cik Nor says:

    Semuga angka 1 akan bertambah kosong dan kosong dihujungnya.
    Teruskan Hilal , hanya doa mengiringi agar usaha ini berterusan.

    [Reply]

  26. bintangmalam says:

    Selamat ulang tahun.semoga setiap detik yang pergi menjanjikan sebuah kematangan dan sebuah kedewasaan.tahniah di atas kesungguhan langitilahi…semoga sentiasa didalam rahmat ilahi…..

    [Reply]

  27. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada
    راتو شهادة

    Amiin…
    Terima kasih atas sokongan hangatnya.

    - kepada lutfihafifi

    Thanks bro. Moga Allah redha.

    - kepada nur_cahaya

    Amiin. Terima kasih atas doanya yang hangat.

    - kepada nur_cahaya

    Amiiin. Moga Allah panjangkan amanah-Nya melalui wasilah kita, agar kita punya saham.

    - kepada hanis

    Alhamdulillah. Terima kasih akak.
    Semoga sokongan hangat akak akan membarakan arang kekuatan saya.
    Semoga Allah redha.

    - kepada naimul firdaus

    Amiiin…

    - kepada budak bilik sebelah

    Sori. Langit Ilahi bukan orang. ha3..

    - kepada aimnjannah

    Terima kasih atas ingatannya.

    - kepada syaNa_san

    Alhamdulillah. Allah itu jugalah yang memberikan hidayah. Manusia hanya berusaha sahaja.

    - kepada Sekeping Hati Dibawa Berlari

    Amiiin…

    - kepada nur

    Amiiin. Terima kasih.

    - kepada wahida

    semoga Allah terus berikan kekuatan. TErima kasih atas sokongannya.

    - kepada wany

    Alhamdulillah.

    - kepada zusai

    Terima kasih.

    - kepada auniazita

    Moga Allah benarkan kita untuk istiqomah.

    - kepada aqmar

    Semoga Allah izinkan. Kita hanya berusaha.

    - kepada tulipdesa

    Amiiin. Terima kasih atas doanya.

    - kepada faresgas

    Amiin…

    - kepada baru kenal

    Semoga Allah beriikan kekuatan kepada kita untuk istiqomah dan mengamalkan apa yang Dia suruh.

    - kepada mael

    Tiada pernah terlewat untuk seseorang itu bergerak ke arah kebaikan. Selain mati dan matahari terbit dari barat.

    - kepada muhammad fakhruddin

    Terima kasih atas sokongan.

    Dan sedikit pesanan saya kepada anda.

    Tak perlulah mention enta menumpang blog orang. hu3…

    - kepada mumtaz

    Amiiin…

    - kepada LittleCaliph

    Mendamba jejak Saladin. Dia lebi afdhal diikuti.

    - kepada SuMie

    Alhamdulillah. Sama-sama.

    - kepada Cik Nor

    Amiin…

    - kepada bintangmalam

    Amiin. Semoga Allah redha dan menjadikan usaha ini sebagai saham akhirat kita.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  28. pendekarsuluk says:

    “janganlah kamu menghancurkan sahabat kamu dengan pujian”

    [Reply]

  29. im says:

    sudah lebih setahun rupanya website langitilahi ni beroperasi..tetapi,baru hari ini(sehari) saya ‘ditemukan’ dengan laman web ini..sungguh cantik aturan Allah..alhamdulillah..lambat/cepat bukanlah menjadi ukuran..moga setiap apa yang saudara hilal cuba sampaikan mampu difahami dan diamalkan oleh semua pembaca..tahniah!..ayuh!teruskan menjadi hamba.

    [Reply]

Leave a Reply