11 Mac. Orang lain sibuk nak ambil keputusan SPM dan STAM. Saya sibuk terkenangkan ummi saya.
Hari ini hari lahir dia. Hari lahir manusia yang sudah susah payah membesarkan saya.
Walaupun saya tidak tinggal lama dengan Ummi, tetapi Ummi tetap Ummi saya. Tidak mungkin boleh ada dua atau lebih perempuan yang melahirkan saya. Saya hanya ada seorang sahaja perempuan yang lahirkan saya.
Maka pada hari ini, saya berdoa kepada Allah agar dirahmati-Nya ummi saya.
Tidak banyak yang boleh dikongsi
Saya ada banyak cerita dengan Ummi saya. Tetapi, dukacitanya saya tidak boleh kongsikan dengan anda.
Sebab tidak banyak yang boleh saya kongsikan.
Banyaknya saya simpan sebagai ingatan dan kenangan diri.
Tak akan mampu membalas jasa
Itu semestinya. Antara cita-cita saya adalah membalas jasa kedua ibu bapa saya. Saya beritahu Abah saya, bahawa saya menerima semua perkara dari mereka dengan hutang. Saya akan kerja keras untuk membayar segala apa yang pernah mereka berikan pada saya.
Duit akan saya bayar. Kasih sayang akan saya ganti dengan menjaga mereka bila tua nanti. Doa akan saya balas dengan doa. Kalau doa ibu bapa adalah mustajab, maka doa anak yang soleh juga adalah mustajab buat kedua ibu bapanya.
Tetapi, dalam kekerasan usaha saya membalas jasa Ummi, saya faham betapa saya tidak akan mampu membalas kasih sayang dan segala penat lelahnya.
Sekurang-kurangnya, saya fikir, biarlah saya hidup dengan menjaganya.
Itu usaha saya yang paling kuat yang boleh saya lakukan.
Saya tak akan menangis sendirian
Saya tak lama duduk dengan Ummi. Masa saya kecil, waktu siang saya habis di rumah keluarga angkat. Bila saya menginjak ke zaman nurseri, waktu siang saya habis di sana. Bila saya masuk tadika juga sama. Bila saya di sekolah rendah juga sama. Bila masuk ke sekolah menengah, saya jadi lebih sikit duduk di rumah. Sepanjang tahun, hanya dua bulan sahaja saya berada di rumah. Itupun, waktu cuti saya penuh dengan program membuatkan waktu saya bersama Ummi sangat sedikit. Dan bila saya terbang ke Jordan, saya langsung tidak duduk di rumah.
Seorang pakcik yang melihat kehidupan saya pernah berkata kepada saya:
“Nanti enta dah besar, enta nangis seorang diri”
Saya hairan. Apa maksud pakcik itu? Saya fikir panjang, dan akhirnya saya sedar. Maksud bicaranya adalah, nanti bila Ummi Abah saya meninggal dunia, baru saya menyesal tak luang banyak masa dengan mereka.
Ya, saya sedar benda ini bila sudah berada di Jordan. Terlewat bukan?
Sebab itu, saya janji pada diri saya, saya akan usaha untuk tidak menangis sendirian. Selepas tamat pengajian di Jordan, saya akan luang masa yang sangat banyak untuk bersama mereka.
Sehingga ke akhirnya.
Penutup: Selamat Hari Lahir Ummi. Moga terus dalam ketaatan.
Siapa boleh tandingi seorang Ummi? Tiada. Pada saya langsung tiada.
Kalau saya kena bagi level, maka Ummi adalah perempuan yang duduk di atas sekali. Ibu mertua dan isteri saya akan duduk di aras yang sama pada tempat kedua. Tapi dalam hal kasih sayang, mana mungkin boleh kita beri level sedemikian. Tiada ‘sama rata’ dalam kasih sayang. Yang ada hanyalah ‘adil’, yakni memberikan mereka apa yang mereka berhak.
Saya ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Ummi saya, Puan Hajah Sophia bte Hj Salleh. Maaf, tiada hadiah, melainkan doa dan kejayaan demi kejayaan yang telah seorang Hilal Asyraf capai dalam kehidupannya. Mungkin, walaupun agak terlambat, 19hb Mac 2010 di PWTC boleh dijadikan hadiah kepada Ummi saya.
Anda boleh bertemu dengan Ummi saya ini, berkenalan dengan dia, bersembang dengan dia, mungkin meminta tanda tangannya di Pesta Buku nanti. Sekurang-kurangnya, saya adalah daripada Ummi saya. Maka, saya tidak nampak kekurangan tandatangan Ummi saya dengan saya. Malah, saya kira, tandatangan Ummi saya lebih berharga.
InsyaAllah, Ummi saya akan ada di PWTC semasa Pesta Buku nanti.
Semoga Allah redha dengan Ummi saya, dan menetapkannya di atas jalan kebenaran, memudahkannya untuk taat, dan menggolongkannya dalam kalangan wanita solehah yang beriman.
ps: saya kira, saya tak boleh tak balik sampai habis belajar. Saya kena balik juga. Luang sikit masa dengan Ummi. Tapi balik bila… rahsia.






Semoga Allah berkati setiap detik usia ibu kamu.
Kasih dan pengorbanan seorang ibu tiada tandingnya T_T
[Reply]
barokillah dengan usianya…
moga Allah selalu meridhoi langkah beliau
[Reply]
syukran jazilan…
[Reply]
umi adalah ibu yg sgt2 bmakna dn sgt2 brharga. Tiada yg blh mndingi kasih umi. saya juga punya umi! dan beliau adalh tbaik. saya pcaya semua insan sgt mncintai uminya!
[Reply]
moga masa2 dan detik2 yang masih ada ini dapat digunakan sebaiknya..
sedih bila baca tentang tulisan mengenai seorang ibu..
semoga Allah merahmati ibu saya di sana..
ibu sudah tiada,namun kasih sayangnya masih dirasai..:’(
[Reply]
Rasanya inilah kali pertama membaca tulisan Hilal ttg ibunya… Maaf kalau sebelum ni ada…, sbb sy belum habis membaca tulisan Hilal di blog ini… terlalu bnyk!
Memang ini yang saya tunggu dari Hilal… bicara ttg ketaatan dan kasih sayang kepada kedua ibu bapa kita… Lama menyampaikannya dgn telepati… alhamdulillah, tercapai juga hasrat sy…
Pedih bila berbicara ttg mak… sbb dia dah tiada (Moga Allah merahmatinya selalu, amin!) dan saya…, belum menjadi anaknya yang terbaik hingga kini… Sungguh, sekuat mana pun kita berusaha, jasa ibu bapa xkan pernah mampu dibalas…
Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kami semasa kami kecil, amin ya Allah ya rahman ya rahim!
…aku tahu kau pengasih, kerna itu aku merasa sedih bila x mampu membalas kasih sebanyak kasihmu… mak!
Alhamdulillah ya Allah… Terima kasih Hilal, kerana memenuhi keperluan rohani saya! Moga Allah merahmati Hilal selalu, amin! Semoga dirahmati Allah selalu, Pn. Sophia! Amin…..
[Reply]
salam. smoga ibu anda sntiasa d dlm rdha Ilahi, di panjangkan umor, dpermudahkan rzeki. smoga Allah mengurniakan sakinah, mawaddah & rahmah. bertuahnya dia krn memiliki anak lelaki bernama hilal asyraf.
[Reply]
trima kasih ats post ini…
terharu…
t’ingt pada ibu yg jauh di selatan semennjung..
Ya Allah beriknlah kesihatn pd ibuku dan rhmatinya agr terus dlm ketaatn..
Ampunkn dosa2 kami dan kdua ibu bapa kami…
tmpat jg abah di dlm golongn yg beriman..
Selamat ulang tahun buat Ummi Hajah Sophia smg terus brd dlm ketaatn dan redha Allah…….Amin…
[Reply]
[Reply]
kenapa banyak manusia hari ini x menyayangi mereka yang patut kita sayang…..umi…..seorang insan yg x akan ana lupakan!!!
[Reply]
salam.bila baca entri kali ini, terus ingat ibu kat umah.
terlalu besar pengorbanannya membesarkan kami adik beradik tanpa abah disisi.seorang ibu boleh menjaga kesemua anaknya dengan baik sekali, namun seorang anak belum tentu dapat menjaganya dengan sempurna. semoga Allah tetap memberi kita kekuatan dan semangat untuk kita terus setia mengasihi ibu kita hingga ke akhir hayat.
[Reply]
terima kasih sauadara hilal asyraf, apabila anda mengepost entry ini, terus saja beribu.linangagn air mata mengalir dari kelopak mata ini..Ibu dan aya adalah orang y sangt mmberi kita kasih sayang walaupun secara nampak atau tidak nampak. perasan atau tidak perasan…
aku rindu pada ibuku, aku rindu pada ayahku. aku rindukan mereka kerana uasah membesarkan kita sejak lahir lagi..
Ibu dan ayah tidak boleh dipisahkan dari hidup….ibu melahirkan , ayah mengazankan ke telinga kita…
aku selalu menzalimi diri mereka aku buat apa yang mereka senangi, aku buat dosa yang mereka tidak tahu, aku membohongi mereka, tidak kurang aku menyakiti hati mereka, …aku merobek jiwa mereka dengan perlakuan ku..dengan egoku.. dengan arahan syaitan yang sering menolak2ku u u melakukan perkara yang aku tahu mereka akan sakit apabila mendengarnya.
aku tidak pernah terfikir , keadaan mereka, aku sudah berjaya dalam hidupku, hidupku dijulang tinggi, aku tidak terfikir betapa gembiranya ayah dan ibuku menyambut ku di waktu kelahiranku, takpernah terfikir mereka bersusah payah mencari rezeki…..
aku takut MENANGIS seorang diriku….aku tk nak mereka pergi dengan hati yang sakit…walauapun kekadang hatiku dirobek ole syaitan yang sering meninngikan amarah ku…aku akan cuba menggembirakan hati mereka…aku sayang mereka…aku sayang mereka…aku sayang mereka…!!!!!
YA ALLAH!!!
andai syaitan menghasutku u zalim kpd mereka berdua, tolong ya allah ..agar aku tidak terperdaya. sesunggunya, syaitan sangat sulit caranya u menyesatkan kita, memuaskan hati kita dengan andaian tipuan belaka..
wahai syaitan durjana….jangan kau cuba pisahkan diriku dengan Allah, malaikat, nabi dan juga kedua ibu bapaku!!!!!!!!!!!!!!!!!
bantuku lah ya ALLAH…aku insan yang sangat lemah….sangat lemah jiwa nya..sangat lemah apblia dihasut…
Terimakasih sauadara hilal asyraf..teruskan penulisanmu..agar kamu dapat menyentuh hati2 manusia yang sering dihasut syaitan durjana supaya membenci dan berasa tidak puas menyakiti ibu bapa mereka.
semoga ALLAH merahmati anda dunia dan akhirat.
maaf agak sensitif dengan kesalahanku..izinkan aku meluahkannya.
[Reply]
Salam,
Ummi Hilal adalah antara insan bertuah dikalangan ibu-ibu kerana telah lahir seorang dai muda dari rahimnya.
[Reply]
11 hb mac… selamat ulang tahun ke 25 pd kakak sy jgk
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada Faizatul Ema
Amiin….
- kepada ice
Amiiin…
- kepada Nadiah
Sama-sama…
- kepada wardatul husna
Masalahnya, ada juga yang tidak menghargai.
- kepada ana
Amiiin…
Semoga ibu kamu tergolong dalam kalangan manusia yang diredhai-Nya
- kepada Naemah
Terima kasih.
Semoga Allah redha dengan doa kamu.
Ummi saya mesti gembira.
- kepada
راتو شهادة
Amiiin…
Saya yang hakikatnya bertuah mempunyai ibu sepertinya.
- kepada nur_cahaya
Amiiin…
- kepada Muhd Mukmin
Semestinya. Moga kekal istiqomah.
- kepada aisha
Sebab manusia tidak memahami tanggungjawab mereka.
- kepada aishairdina
Semoga Allah redha…
- kepada kamil adli
Semoga Allah menjaga anda…
- kepada Cik Nor
Saya yang bertuah kerana terpilih lahir daripada perutnya…
Ummi saya sentiasa lebih mulia.
- kepada nur awatif
Semoga dia dipanjangkan umurnya dalam ketaatan dan keimanan.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
saudara hilal ade kluarga angkat?
[Reply]
huhuhu sedih pulak bace entri ni….
[Reply]