Langit Ilahi Rotating Header Image

Istimewa: Selamat Menyelami Erti Pengorbanan

pengorbanan itu dipeerlukan, namun tiada siapa yang berusaha memahamkan

pengorbanan itu dipeerlukan, namun tiada siapa yang berusaha memahamkan

Hari Raya Korban sudah tiba. Dan saya faham kalau rating Langit Ilahi hari ini jatuh mendadak sebagaimana 1 Syawal tempoh hari. Semua orang balik kampung, sibuk berhari raya, bermesra bersama keluarga, menyembelih haiwan korban dan melapah daging.

Saya, dari lubuk terdalam mengucapkan Selamat Menyelami Erti Perngorbanan pada tahun ini.

Sesungguhnya, saya tidak pernah merasakan bahawa Aidil Adha 1430 ini patut kita lalui dengan sia-sia sahaja. Sepatutnya, checpoint ini perlu kita lalui dengan kefahaman yang sebenarnya.

Ucapan

Saya tujukan khas salam perantauan saya kepada keluarga, seluruh ahli keluarga saya. Terdahulu yang dimuliakan adalah Ummi dan Abah, seterusnya Hilmi, Mus’ab dan Nusaibah.

Seterusnya kepada Ibu dan ayah. Hanya ibu dan ayah sahaja yang tahu mereka adalah ibu dan ayah saya. Nak sebut terang-terang di sini, Hilal segan dan taakut timbul konsikuensi yang kurang enak. Moga ibu dan ayah selamat berhari raya bersama keluarga.

Tidak lupa kepada seluruh kaaum kerabat besar yang sudah seperti adik beradik kandung sendiri, yakni sepupu-sepapat, pakcik makcik dan anak-anak saudara semua. Hilal tak pernah lupa korang. Harap diri ini juga tidak dilupakan.

Kepada guru-guru di Hidayah dan di MATRI, semoga bergembira dan senang hendaknya.

Kepada sahabat-sahabat karib dan kenalan di Hidayah dan di MATRI, ana ucapkan selamat. Semoga hari raya ini memberikan makna yang mampu menyumbang peningkatan kepada diri kita semua.

Akhirnya sekali, namun bukan yang terbawah, kepada semua pembaca Langit Ilahi, baik yang lama mahupun yang baru, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidul Adha, dan selamat menyelami erti pengorbanan. Semoga, selepas kita lalui titik muhasabah ini, kita mampu mempertingkatkan diri kita dengan lebih baik lagi.

Selamat Hari Raya Aidul Adha, salah silap saya mohon maaf, dan yang lebih penting, saya mengajak kita semua mencari dan menghayati makna pengorbanan, seiring dengan itu menterjemahkannya di dalam kehidupan.

Penutup: Lontaran buah fikiran

Saya sebenarnya, tidak merasakan Aidul Adha ini, Allah ciptakan semata—mata untuk kita bergembira atau berpesta. Allah, tidak pernah menciptaakan sesuatu itu dengan sia-sia, melainkan ada hikmahnya.

“Apakah kamu mengira Kami menciptakan kamu dengan sia-sia, dan kamu kepada Kami tidak akan dikembalikan?”

Justeru saya tidak rasa Aidil Adha, ibadah korban, haji yang kkita lakukan adalah satu rutin tradisi warisan semata-mata. Semestinya, ada makna mendalam di dalam pengorbanan ini, yang membuatkan Allah mengangkatnya penting, hingga membuatkan kita perlu merayakan hari raya korban ini.

Saya tinggalkan anda dengan persoalan ini.

Sekali lagi, Selamat Menyelami Erti Pengorbanan, daripada saya –

~saudara kamu,

Hilal Asyraf

Print This Post Print This Post

9 Comments

  1. miss BazLa' says:

    Salam Aidiladha jugak!

    (saya pembaca baru kot :shock: )

    Salam

    [Reply]

  2. mAsih_mEncAri says:

    salam.
    syukran.

    [Reply]

  3. Nabila_H says:

    salam eidul adha…
    salam perantauan…

    [Reply]

  4. SolaHusna says:

    slmt hari raya..

    [Reply]

  5. ice says:

    salam aidiladha :smile:

    [Reply]

  6. azahra anazays says:

    selamat hari raya…. :neutral:

    [Reply]

  7. ♥airkoS0ng~ says:

    salam ry u hilal n
    semua kwn2 pmbaca y lain ^^

    [Reply]

  8. Hilal Asyraf laksamana says:

    Selamat Menyelami Erti Pengorbanan…

    Semoga Allah redha dengan kita semua…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  9. salam aiduladha juga kpd saudara hilal….

    [Reply]

Leave a Reply