Langit Ilahi Rotating Header Image

Lamanya…

Dalam perjalanan pulang... kepala sudah botak...

Dalam perjalanan pulang... kepala sudah botak...

Bila memasuki sahaja sempadan Jordan, hati terasa riang. Macam hendak balik Malaysia pula rasanya. Ternyata Irbid sudah dianggap seperti rumah sendiri. Terbayang-bayangkan rumah sewa menanti.

Letih. Agak letih. Namun keletihan itu tidak bergabung dengan penat. Tetapi keletihan itu bergabung dengan rasa puas dan kegembiraan yang teramat sangat. Sebaik sahaja menjejak tanah Irbid, diri macam menjejak langit. Wah, indahnya udara Jordan. Jika hendak dibandingkan udara berhabuk di Makkah akibat pembangunan, dan cuaca panas membahang di Haramain, sememangnya Jordan ibarat Syurga.

Oh, saya sudah pulang.

Lama rasanya berpergian.

Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan ALLAH. Walaupun terdapat beberapa masalah, ada masalah di sempadan, ada masalah pada bas, ada masalah pada duit, tetapi semuanya dipermudahkan ALLAH SWT.

Kehadiran diri di Haramain ternyata seperti percutian yang dinanti-nantikan hati ini. Mungkin hati ini penat diasak itu dan ini sepanjang kehidupan di dunia. 8 hari di Haramain membuai damai segumpal darah bernama hati ini.

8 hari ini adalah hadiah ALLAH yang paling mahal. Alhamdulillah. Entah kalimah apa yang lebih tinggi dari itu untuk saya ungkapkan syukur saya kepadaNya. Kemungkinan, doa-doa daripada keluarga, sahabat-sahabat, dan juga para pembaca semua telah ALLAH perkenankan, lantas segala urusan saya dipermudahkan dan saya telah mendapat pelbagai makna di dalam perjalanan saya ini.

Pelbagai perkara saya dapat, pelbagai idea mencurah, dan pelbagai sudut diri dapat dimuhasabah untuk dirujuk baiki. Alhamdulillah. ALLAH Maha Pengasih. Kasih-sayangNya inilah yang kita tidak sepatutnya bazirkan.

8 hari penuh pengalaman, insyaALLAH akan saya kongsikan nanti. Post ini sekadar untuk menyatakan kepulangan saya. 10 hari tidak menyentuh papan kekunci, ada rasa sedikit kekok bila menulis. Mungkin jemari ini perlukan beberapa riadhah ringkas sebelum memulakan tugasannya semula, menari pantas di atas lap top lusuh untuk mengajak diri dan ummah mempertingkatkan hubungan dengan ALLAH SWT.

Sebelum saya menutup post ini dengan kalam akhir, izinkan saya mengucapkan takziah kepada keluarga sahabat karib saya, Ammar bin Zulkifli. Sahabat karib saya itu telah dipanggil pulang oleh ALLAH SWT sebaik sahaja saya selesai menunaikan umrah di Makkah. Habis sahaja bertahallul, dan pulang ke hotel, saya mendapat berita kematiannya dalam kemalangan. Alhamdulillah, ALLAH amat sayangkan beliau, lebih lagi dari saya menyayangi beliau. InsyaALLAH Ammar, ana dan sahabat-sahabat lain pun akan ke mengekori juga, harapnya, tempat pertemuan kita seterusnya adalah syurga.

Saya masih keletihan. Sekadar teringat kepada para pebaca, itu yang membuatkan saya menggagahkan diri menulis. Teacher Xyna, salah seorang pembaca saya nampaknya ada buat request untuk saya kongsikan pengalaman saya di sana. InsyaALLAH, saya ada buat diari sepanjang 10 hari kembara saya. Saya akan kongsikan dalam post seterusnya untuk sama-sama kita ambil manfaat.

Satu yang saya hendak kongsikan berkenaan perasaan ketika pertama kali bertawaf di sekeliling Kaabah. Tapi saya takkan kongsikan ketika ini dengan ayat saya. Izinkan saya meminjamkan rangkap pertama dalam lagu Beyond Words dendangan Outlandish.

With my right foot first

I stepped into the holy mosque

Upon the cold white marble

Where day and night people sat worshippin’, praying

Right and left the mosque being cleaned

Shinin’ not a particle of dust

The carvings of marble, the plates of gold

The symmetry of the whole mosque

Yeah the largest of it all

The came the grandest of the whole

The big beautiful house of Allah

Covered with black cloth and gold leaf writin’

My life flashed passed me, the good and the bad

Such a feeling my brother, never ever felt I had

A special bondage to the almighty

A sudden chill in me

Lookin’ around the large floor was filled with unity

Circling the beautiful house

Chanting, people sitting, prayin’ for forgiveness

Prayin’ to do better I witnessed

Takin’ a deep breath, tears was runnin’

I ran around the black house, the ancient black house

Built by Ibrahim, peace be upon him, circlin’ 24 no doubt

I got closer, as did my heart, as did my soul, amazing

How everyone had their attention only on worshippin’

All concerns forgotten, focused on prayin’

Forgettin’ everything matters and happenings just giving

I looked up in the sky thanking Allah for this journey

Sayin’: I swear I didn’t schedule to be here this early

I thought I’d come here like pops in my forties and fifties

And the doe I paid for the ticket, was meant for some hobby

But who am I to say if I will be alive tomorrow

Or 20 years from now, will my health be able to follow

For a moment I pictured my self 6 feet deep

In the cemetery, my corps in the same white sheets

Allah holds the master plan and it’s already written

The pens are withdrawn, the pages are dry… it’s written!

Akhir kata untuk post ini, Saya mengucapkan terima kasih kepada yang mengutuskan doa. Ketahuilah, saya tidak melepaskan kalian dalam doa saya di sana. Semoga kita semua berada di bawah lembayung rahmat dan maghfirah ALLAH SWT sentiasa, dalam usaha kita menjadi hamba kepadaNya.

Esok, Langit Ilahi akan mula bergerak seperti biasa, kalau ALLAH masih memberikan peluang, memanjangkan umur, terus melewatkan waktu untuk kita terus berkejaran mengambil peluang menjadi hambaNya yang terbaik insyaALLAH…

Syukur alhamdulillah…

Print This Post Print This Post

17 Comments

  1. +fobia+ says:

    wahaa.da balik seh.selamat pulang.

    [Reply]

  2. Iman Aisyah says:

    salam,
    selamat pulang kembali~

    entry pengalaman di tanah suci!menarik :smile:

    Jazzakallah akhi.

    [Reply]

  3. imansyauqina imansyauqina says:

    assalamualaikum

    kepulangan yang dinanti..

    [Reply]

  4. hatimzikri hatimzikri says:

    Salam,
    Alhamdulillah selamat smpi

    [Reply]

  5. nur_87 says:

    assalamualaikum

    [Reply]

  6. alhamdulillah,
    entry seterusnya, amat dinantikan (:

    [Reply]

  7. -insan- says:

    assalamualaikum

    sebenarnya saya baru baca pasal allayarham ammar dari link yang terdapat di blog saifulislam..dan bila dapat tahu ammar salah seorang student matri, terasa seperti matri dekat di hati..mungkin melalui pembacaan di blog akh yang banyak menyebut tentang matri..meskipon saya bukanlah warga matri, namun pemergian beliau terasa dekat sekali..saudara seakidah barangkali menyebabkan hati ini begitu tersentuh

    kemudian terdetik untuk membuka blog akh..dan pemergian enta untuk menunaikan umrah di kala masih muda membuatkan saya semakin teringin untuk pergi ke sana juga..sudah lama sebenarnya ingin ke sana..begitu juga perasaan untuk lebih serius dalam dakwah fisabilillah..moga2 saya masih punya kesempatan untuk ke sana dan juga membaiki diri dari semasa ke semasa..harap akh dan pembaca2 lain dapat doakan saya juga

    rindu padaNya,
    -insan-

    [Reply]

  8. ^cahaya hidup^ says:

    Salam…

    Alhamdulillah..selamat pulang sudah..

    And I cant wait for your next post! :smile:

    [Reply]

  9. Hisham says:

    selamat kembali dari tanah haramain.

    [Reply]

  10. munawwar says:

    Salam hilal..

    wah,seronok ana dengar pengalaman orang balik umrah.diri ini je belum ade rezeki nak pergi lagi.

    [Reply]

  11. sinar says:

    Salam
    Selamat kembali..
    Alhamdulillah permusafiran jiwa yg mendamaikn ana kira..
    cemburu pula bila insan2 mneghadap Illahi..dekat dgn baitullah

    [Reply]

  12. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    kepada Fobia,

    terima kasih. Terima kasih juga kerana jadi orang pertama sapa ana bila ana balik. Enta memang sahabat ana yang baik Asyraf.

    kepada Iman Aisyah,

    em. Terima kasih. Harap boleh enjoy entry fasal kembara hati.

    kepada ImanSyauqina,

    Alhamdulillah. Semoga ALLAH tambah lagi kekuatan.

    kepada Hatimzikri,

    terima kasih kerana mendoakan.

    kepada nu87,

    Waalaikumussalam. kamu ada hal apa-apa kah? JIka ada hajat, boleh suarakan.

    kepada Fatimah2Zahra,

    Semoga ALLAH terima segala amal. Bacalah entry kembara hati. Semoga mendapat manfaat.

    kepada insan,

    sisipkan niat, tetapkan matlamat, lakarlah perancangan, dan usaha….

    InsyaALLAH, dari niat yang baik, ALLAH akan berikan sesuatu yang baik.

    Percayalah.

    kepada Cahaya Hidup,

    Sudah ada post terbaru. Enjoy it. Semoga ALLAH redha.

    kepada Hisham,

    terima kasih. Alhamdulillah selamat kembali.

    kepada Munawwar,

    insyaALLAH, masa enta akan tiba juga nawar. Tunggu….

    kepada Sinar,

    alhamdulillah, memang mendamaikan. Harapnya kedamaian itu ALLAH kira.

    Cemburu jangan cemburu sahaja. Cemburulah bersama usaha. InsyaALLAH cemburu itu cemburu yang bermakna.

    terima kasih semua kerana menyambut saya dengan sambutan yang hangat. Semoga ALLAH redha kalian. Saya tidak pernah melupakan pembaca-pembaca Langit Ilahi ketika di sana. Kalian semua dalam tembakan doa saya.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  13. sinar says:

    Akan digenggam kemas cemburu itu dgn niat yg kemas…
    kuasa niat :)

    [Reply]

  14. Hilal Asyraf laksamana says:

    assalamu’alaikum,

    kepada sinar,

    silakan.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  15. Nurun Nazifah says:

    subhanallah..alhamdulillah…

    [Reply]

  16. kiraryuk says:

    salam saudara hilal..
    melalui pembacaan sy,sy lihat saudara hilal bnyk menyatakan ‘outlandish’
    apa yg sy fhm drpd penulisan saudara outlandish ni sebuah kumpulan yg menyanyikan lagu2 islamic..tp bru shj sy mencari lagu yg saudar postkn di sini..
    mata terus melihat gmbr ahli kumpulan outlandish..hati trdetik:knp yg seorang ini memakai tanda salib?:
    http://w.l.s.f.aimini.net/file/image/?fid=FSLwKugSm1d1KYeZy3cb

    btulkan sy sekiranya salah..

    [Reply]

  17. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    kepada Nurun Nazifah,

    Alhamdulillah…

    kepada KiraRyuk,

    sememangnya, salah seorang dari tiga orang itu, yang bernama Lenny Martinez, adalah beragama Kristian. Namun, dia bersama-sama dengan dua orang lagi yang merupakan muslim, Issam Bachiri dan Waqqas Ali Qadri, sama-sama menyanyikan lagu-lagu dunia bermesejkan kebaikan.

    Mereka sendiri tidak pernah menyatakan yang mereka ini kumpulan islamic atau berniat membawa tema nasyid. Namun, mereka adalah kumpulan yang aktif dalam mengikuti aktiviti-aktiviti islamic, dan turut menyertai penasyid-penasyid eropah dalam banyak persembahan.

    Mereka pada saya, adalah kumpulan yang sederhana.

    Saya suka akan mereka, kerana kesederhanaan mereka itu, dan tertarik dengan kesatuan mereka. Tambahan, lirik2 mereka amat halus.

    Itu untuk pengetahuan kamu KiraRyuk.

    [Reply]

Leave a Reply