Saya tak mampu melupai hari semalam. Juga saya tak mampu melupai hari semalam punya semalam. Begitulah juga saya tidak dapat melupakan hari-hari yang sebelumnya.
Kalau dikira, hari-hari gembira saya amat sedikit. Kalau dihisab, tindakan-tindakan bijak saya hanya boleh dibilang dengan jari.
Sedar-sedar, saya sudah di sini, begini, seperti hari ini.
Seperti hari ini.
Ah…
Keluarga
Saya ada keluarga.
Keluarga saya manusia. Mereka bukan malaikat. Bapa saya bukanlah Rasul, ibu saya bukan UmmulMukminin dan tidaklah adik beradik saya merupakan para sahabat ridhwabullahi’alaihim. Jadi mereka hidup sebagaimana manusia biasa hidup. Ada salah silap di sana sini.
Tapi saya yakin, mereka orang baik. Mereka belajar dari kesilapan mereka. Dan mengakuinya walau tidak mengisytiharkannya.
Dan kebaikan mereka, jasa mereka, mungkin tidak terbayar dengan apa yang saya ada di dalam dunia.
Guru-guru
Saya ada guru-guru.
Dari nurseri, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke Universiti.
Guru-guru saya tidaklah semukhtabar Imam Bukhari dan Muslim yang mana hadith sohih mereka berdua langsung tidak diragui malah diangkat kedua terpercaya selepas Al-Quran. Walaupun Imam Bukhari dan Muslim juga manusia, tetapi tiada guru-guru saya dalam sejarah hidup ini akan mampu menyaingi dua imam itu. Imam Bukhari dan Muslim, ternyata berada di level lain, dan guru-guru saya di level lain. Jadi guru-guru saya juga manusia biasa. Mereka ada salah silap di sana sini.
Tapi saya yakin, guru-guru saya adalah orang yang baik. Mereka belajar dari pengalaman kehidupan mereka. Dan mengakui silap mereka, walau tidak mengisytiharkannya.
Dan kebaikan mereka, kesungguhan dan ketabahan mereka, langsung tidak akan mampu saya bayar dengan apa yang saya ada.
Sahabat-sahabat
Saya ada sahabat-sahabat.
Sepanjang hidup saya, saya kenal dengan ramai orang. Dalam ramai orang, sebahagian menjadi sahabat saya. Di sini saya bicara berkenaa sahabat secara umum. Andai saya khususkan, pastinya tinggal dua-tiga sahaja.
Sahabat-sahabat saya tidaklah seperti Sa’ad bin Muaz kepada Abdurrahman bin Auf RA. Sa’ad bin Muaz sanggup mengorbankan separuh hartanya dan memberikannya secara percuma kepada Abdurrahman bin Auf RA. Malah, dia sanggup menceraikan salah satu dari dua isterinya untuk diberikan kepada Abdurrahman. Tidaklah pula sahabat saya setaraf dengan Abu Dzar Al-Ghiffari yang terus tersedar apabila Rasulullah SAW menegur, tika dia mengutuk Bilal bin Rabah RA dengan gelaran “Hei Anak hitam”. Tika itu, Abu Dzar sanggup meletakkan kepalanya ke tanah dan meminta Bilal memijaknya, kerana amat terasa dengan kata-kata Rasulullah SAW: “Wahai Abu Dzar, aku lihat di dalam dirimu masih ada cebisan Jahiliyyah”. Maka sahabat-sahabat saya manusia biasa. Mereka ada silap di sana sini.
Tapi saya yakin. Semua yang saya panggil sahabat itu, ada usaha memperbaiki diri. Mereka akan menyedari mereka melakukan kesilapan selepas mereka memahami apa itu kesilapan. Walaupun kebanyakan mereka segan mengisytiharkan kesilapan mereka.
Dan kebaikan mereka, keeratan hubungan mereka terhadap saya, doa-doa mereka kepada saya, tidak akan mampu saya balas walau saya gadaikan apa sahaja di atas dunia ini.
Orang yang tak suka saya
Saya ada orang yang tak suka saya.
Ada yang saya kenal. Ada yang saya tak kenal. Ada yang memunculkan diri. Ada yang tikam dari belakang. Ada pula sekadar melempar batu dari kejauhan. Ada yang diam.
Tetapi tidaklah orang yang memusuhi saya dalam hidup saya ini, seperti Abu Jahal memusuhi Rasulullah SAW, tidaklah pula seperti Firaun memusuhi Musa AS, jauh sekali seperti Syaitan memusuhi Adam AS. Pendek kata, mereka tidak sejahat kuffar dalam sejarah itu, dan saya pula tidak semulia anbiya alaihissalam.
Orang yang tak suka saya juga manusia biasa. Ada salah silap sana sini.
Tapi saya yakin, tidak ada manusia yang hatinya hitam 100%. Semua manusia masih ada cahaya di dalam hatinya. Sebab itu ia kekal sebagai manusia. Pasti, di dalam hati mereka ada rasa bersalah, walau mereka tidak pernah mengisytiharkannya.
Mereka ini juga ada buat baik. Dengan kritikan, teguran, dan kadangkala pengkhianatan yang mereka lakukan, saya belajar banyak perkara. Di situ adalah ‘bantuan’ mereka kepada saya. Mereka mengajar saya beringat, mereka mengajar saya berhati-hati, dan mereka mengajar saya agar lebih tabah menghadapi hari nanti. Dan ‘sumbangan-sumbangan’ mereka ini, kalau hendak digadai dengan diri saya sendiri, belum tentu diri saya mampu menebus ‘sumbangan-sumbangan’ mereka ini.
Saya
Saya ada diri saya.
Saya sentiasa bersembang dengan diri sendiri. Membenci salah silap yang saya buat. Senang hati dengan kebaikan yang dapat saya buat.
Saya sedar saya tidaklah sehebat Hassan Al-Banna, tidak pula setabah Syed Qutb, jauh sekali berusaha kuat seperti Abbas As-Sisy. Orang macam saya, entah ketinggalan berapa ratus kilometer di belakang kafilah para sahabat Awwalin. Alangkan bau tabi’in belum tentu dapat saya hidu, lagikan hendak bergandingan dengan Rasulullah SAW di akhirat nanti.
Saya juga manusia biasa. Banyak salah dan silapnya. Lompong di sana sini. Cacat tempang sukar berdiri.
Tapi saya yakin bahawa saya ada rasa nak jadi baik. Saya ada usaha untuk pertingkatkan diri. Saya cuba baiki diri dan berusaha buat perubahan. Saya sedar saya banyak salah silap walaupun saya tidak pernah mengisytiharkan.
Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana menjadikan diri saya, memberikan saya keluarga, guru-guru, sahabat-sahabat, dan juga musuh untuk saya beringat. Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk menggapai syurga, walau ada neraka sebagai timbalannya. Kewujudan saya, tidak akan berlaku tanpa kehendak-Nya. Maka saya rasa diri saya amat berharga, tak ada nilai gantinya.
Penutup: Sekadar menenangkan diri
Ini sekadar satu luahan hati.
Yang datang apabila rasa tidak puas hati menjalar, kemarahan bermaaharaja lela, segala masam, pahit, busuk, pengalaman datang menjelma semula. Semuanya bersimpul-simpul hingga sukar diterjemah oleh mana-mana bahasa.
Maka di sini saya peringatkan diri saya.
Keluarga, guru-guru, sahabat-sahabat, orang yang tak suka saya, hatta saya sendiri adalah manusia biasa. Semua ada salah silapnya.
Di sini saya mengingatkan diri saya.
Keluarga, guru-guru, sahabat-sahabat, orang yang tak suka saya, malah diri saya sendiri pun ada kebaikannya. Jangan kerana sekelumit api kemarahan dan rasa ketidak puas hatian, saya bakar semuanya.
Wahai diri, jangan kesali hidup ini.
Pandang ke hadapan.
Ilahi menanti.












ape yang mampu ana kata…
SYABAS!!
enta buat ana menghargai diri sendiri dan menghargai nyawa!
[Reply]
Salam Hilal,
Mengendalikan sebuah kehidupan adalah ibarat memandu kereta di perjalanan yang jauh. Sebahagian besar tumpuan kita adalah memandang ke hadapan. Namun ada ketikanya kita perlu mengintai cermin pemanduan di sisi dan belakang. Meninjau jika ada halangan di mana-mana….memperbaiki di mana yang perlu….
Tahniah….dengan suatu renungan yang bernas….Muga Hilal terus berjaya dunia akhirat….
[Reply]
salaam ‘alayk,
jom kita lebihkan memandang kekuatan orang lain rather than looking at their
weaknesses! (ingatlah wahai syaimaa’..)
kerana kita juga manusia..
tanpa sedar, rupanya ramai yang ada di sekeliling kita kan..
“Jangan kerana sekelumit api kemarahan dan rasa ketidak puas hatian, saya bakar semuanya”.
betul3. ibarat membakar kelambu hanya kerana seekor nyamuk.
hmmm.
dan Allah bersama2 orang yang bersabar..
trimas atas renungan ni.
sebuah peringatan utk ana jugak..
wallahua’lam
-syaimaa’-
[Reply]
salam 16Zulhijjah…
hidup ibarat memarut kelapa..kelapa diparut sepenuh tenaga..berhati2 agar jari xtrluka..biar letih namun xpernah berputus asa..agar kelapa yang diparut halus jadinya…namun andai jari terluka..jgn sesekali berputih mata..bersihkan luka dan balutlah ia…kerna ini pengalaman berguna…baru kita tahu bagaimana sakitnya terseksa…dan kita tahu bagaimana utk bangun semula…dan teruskan usaha..
[Reply]
salam hilal
nta beruntung.
percayalah,nta beruntung.
mungkin kata2 kami tidak dapat menenangkan nta,
tetapi kata2 dan janji Allah itu pasti dan amat pasti.
Rasulullah, para nabi, para sahabat, para tabi’in, para tabie tabi’in,para anbiya’ dll menempuh perjalanan yg berliku2 di dunia..dagangannya kebahagiaan di akhirat sana.
nta bruntung menjadi diri anda sekarang ini,
kelemahan diri diberi peluang directly utk dibaiki,
manakala kelebihan diri nta diberi ruang utk ditingkatkan..
nta beruntung(^-^)
mereka yg tidak suka pd hilal,
apakah dlm diri kamu semua tidak ada sekelumit pun yg kurang?
alhamdulillah,kekurangan itu masih tidak terlihat,Allah tutup dan rahsiakan kekurangan kita itu drpd pandangan ramai..alhamdulillah.
kita memupuk kelebihan dan menegur pd kekurangan kerana kita ini bersaudara..saudara seIslam.jika kita ini sudah baik,apa salahnya kita ajak mereka yg kurang baik ke arah yg lebih baik dgn menegur sebaiknya,menjaga hubungan sesama kita.
ana tidak tahu apa yg berlaku pd hilal,
tetapi andai bermasam muka,bermusuhan,kutukan keras dll,
bayangkan kita yg dilayan sebegitu rupa..
atau bayangkan itu adik kandung kita..
wallahualam..
moga terus tsabat hilal!
p/s:Assyahid Sayid Qutub kan,duduk dlm penjara lg..
[Reply]
Hilal, kamu beruntung kerana mampu meluahkannya dalam bentuk teks, dari orang yang punya perasaan sama dengan kamu, tapi tak mampu untuk meluahkan semuanya, sedar atau tidak sedar, setiap manusia di ciptakan dengan kelebihan dan kekurangan masing2 untuk di renungkan dan di fikirkan nikmatnya.
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada zikrulmaut
Alhamdulillah. Sama-sama kita muhasabah…
- kepada ummunad
Terima kasih makcik. Hilal hargai pesanan makcik.
Semoga ALlah redha…
- kepada syaimaa’
Thanks syaimaa’,
moga dengan pengajaran yang kita kongsi bersama ini, Allah kuatkan kita atas jalan-Nya yang penuh berduri…
- kepada melukut
Terima kasih atas perkongsiannya… Semoga Allah beerikan kita kekuatan atas pengajaran yag dapat kita ambil…
- kepada musafir
Terima kasih musafir atas kata-katanya.
Saya hargai.
Dan luahan saya terhadap ‘orang yang tak suka saya’ itu bukanlah luahan meminta mereka berhenti, atau tanda saya tidak suka pada mereka.
Itu luahan untuk diri saya, agar beringat bahawa mereka juga ada jasanya. Cuma mungkin mereka tidak memahami tindakan mereka. Maka tugas saya adalah bersabar dan tabah.
Saya, memperingatkan diri saya, terhadap tugasan yang Allah beri pada diri saya.
Tugas menjadi hamba-Nya…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
salam.

Alhamdulillah.
sama2 la kita memperbaiki diri.
hargailah dan syukurilah org2 disekeliling kita.
berkasih syglah kerana Allah semata2
[Reply]
verily after each difficulty there’s a relief
[Reply]
Salam..
pandang ke hadapan. what ever it is just go on!
all the best! gambar2 di FB, rupanye utk blog:)
[Reply]
Assalamualaikum
Emosi nampaknya entri kali ini. Sabarlah terima dugaan, mungkin boleh mematangkan diri bila dewasa nanti. Masalah kadang-kala boleh jadi petunjuk perkara baru yang boleh dipelajari. Optimis tu yang penting.Yang memunculkan diri tu, kita boleh berdepan dan cuba selesaikan. Tapi yang diam dan memendam tu yang lagi bahaya, langsung kita tak tahu kesilapan kita dan pandangan dia pada kita kekal sama sampai bila-bila.Selesaikanlah sebaiknya. Tak semua benci datang dari benda tak bersebab. Kadang-kadang ada benda yang kita buat, kita ingat ok tapi tak berapa kena pada orang lain. Orang ada banyak ragam, kita sebagai dai’e kena pandai blend untuk sesuaikan diri dengan semua situasi, tak boleh ikut satu-satunya cara yang kita sendiri suka sahaja.Jadi, mungkin perbuatan kita sebenarnya yang ditak disukai, bukan diri kita. Cuba muhasabah balik. Cari, mana tahu mungkin ada yang boleh kita baru terperasan sekarang. Selagi boleh diubah dan diperbaiki, itu yang paling ahsan. Insyallah, Pasti keadaan boleh jadi better than before. As a conclusion, selamat berusaha menghadapi masyarakat sebaiknya. Wallahualam..
pernah terkena,
Munzir
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada athirahwani
Alhamdulillah. Kena timbang-timbangkan segala. Baru ada rasionalnya…
- kepada ‘adny
Ya. Indeed…
- kepada Iman Aisyah
Ya, gamba2 FB untuk blog. Sebab website saya ni dah tak boleh upload gambar terus…
Thanks…
- kepada Munzir
Terima kasih atas perkongsian dan nasihatnya.
Sebenarnya, ini lebih kepada masalah dalaman sahaja.
Sebab itu, ini satu monolog agar diri ini terus kuat.
Memang betul, ada orang kata, takkan orang marah kat kita tanpa sebab. Bukan tanpa sebab. Mungkin pada kita tiada sebab. Tetapi pada mereka ada. Mereka mempunyai sebab membenci kita. Dan kadangkala, kita tidak mengetahui apa sebabnya.
Di situ, kita yang tidak tahu bertindak bersangka baik sahaja.
Ini lebih kepada usaha merasionalkan diri.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]