Langit Ilahi Rotating Header Image

Membina peribadi.

Mari kita membina peribadi yang cantik

Mari kita membina peribadi yang cantik

Membina peribadi dan karakteristik. Saya hendak bertannya kepada semua pelawa blog Langit Illahi. Bagaimana agaknya anda membina peribadi dan karakteristik anda? Adakah anda mempunyai contoh atau qudwah untuk anda jadikan sebagai ikutan? Atau adakah anda telah menetapkan dalam kehidupan anda satu karakteristik, gaya hidup, dan peribadi yang mesti anda perolehi dan capai?

Di Jordan, saya bertemu dengan seorang sahabat. Dia sering berbicara mengenai kematangan mahasiswa. Wajahnya juga nampak sedikit tua. Pertama kali bertemu dengannya, dia kelihatan lebih tua dari saya. Tetapi bila sudah berkenalan, dia nyata muda setahun dari saya. Pada saya, dia benar-benar telah mencapai apa yang dia sering sebutkan, sebagai kematangan mahasiswa itu.

Bagaimana kita?



Saya tidak mahu lah menyebut bahawa qudwah kita semestinya adalah Rasulullah dan para sahabat. Itu satu perkara yang ma’ruf kepada seorang muslim. Malah kita boleh memilih syahksiah para sahabat yang sesuai dengan kita. Siapa yang mudah mengikuti gaya Abu Bakr RA, maka ikutilah dia. Siapa senang dengan cara Umar Al-Khattab RA, maka ikutilah dia. Begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain, yang mendapat didikan terus dari tangan Rasulullah SAW. InsyaALLAH, kita tidak akan lari dari landasan kebenaran, jika kita mengikuti mereka. Sebab itulah saya amat meragui kebenaran cerita salah faham antara Muawiyah dan Ali. Tapi itu perkara lain, dan saya tidak mahu mengupasnya di sini.

Yang saya hendak fokuskan di sini, bagaimanakah kita membentuk diri kita, membina peribadi diri dan mempersiapkan diri kita untuk bertemu dengan ALLAH SWT.

Pernah tak kita bertanya kepada diri kita, apakah ciri-ciri manusia yang ALLAH SWT suka?

Pernah tak kita berkata kepada diri kita, adakah solat kita sudah sempurna?

Pernah tak kita berfikir pada satu hari nanti, bagaiamana kehidupan kita di dalam kubur?

Atau anda pernah tak terfikir bagaimana dasyatnya hari-hari yang perlu anda lalui jika anda dilempar ke dalam neraka?

Nanti akan ada yang bertanya kepada saya, kenapa dirinya tidak mempunyai persoalan-persoalan yang sedemikian. Tahu kah apa yang saya akan jawab?

Itu membawa makna, hati anda belum lagi peka, dan sensitif dalam membina peribadi, dan mencari karakteristik seorang muslim dalam jiwa anda.

Ya. Membina peribadi, mencari karakteristik, biasanya manusia akan bermula dengan zahirnya. Manusia akan meniru kata-kata manusia yang ingin dicontohinya. Manusia akan mengambil cara berpakaiannya, cara berjalannya. Kalau dia adalah seorang ilmuwan agama, maka kita akan memaksa diri kita meminati buku-buku agama, menghafal Al-Quran dan sebagainya. Ada sahaja, manusia yang ingin mencontohi Rasulullah SAW, tetapi mencontohi kulitnya sahaja. Menghafal ribuan hadith, menghafal keseluruhan Al-Quran, tetapi akhlaknya huduh, suka memandang rendah orang lain, dan sentiasa merasakan dirinya betul. Adakah itu satu mimikan yang benar?

Ada juga yang hendak mengambil Umar Al-Khattab RA sebagai contoh dalam kehidupan, tetapi yang dia ambil hanya ketegasannya sahaja. Ada juga yang mengambil Abu Bakr RA sebagai contoh, tetapi yang dia ambil hanya kelembutan semata-mata. Adakah ini satu perbuatan yang tepat?

Kalau pula manusia yang sukakan ilmuwan akademik, akan mencontohi gaya seorang ilmuwan akademik. Malah, saya pernah berjumpa dengan seorang manusia, yang sengaja memakai cermin mata, yang mana cermin mata itu tidak mempunyai peranan apa pun. Biasanya orang kata, cermin mata itu tiada power pun. 0 sahaja. Bila ditanya, kenapa pakai? Dia menjawab,

“ Baru nampak macam saintis”

Betulkah itu caranya?

Yang mencontohi pemain bola, artis dan selebriti, sampai sanggup berhabis wang, membeli pakaian yang sama, atau paling kurang pun, hampir-hampir sama, meniru gaya dan sebagainya.

Majoritinya, manusia membina diri mereka, mencari karakteristik mereka hanya dengan tonjolan peribadi. Mereka lupa, apakah yang membentuk satu-satu karakteristik itu. Tahukah, kenapa kalau kita mengikut cara kehidupan para sahabat, kita tidak akan tersilap walaupun mereka mempunyai gaya hidup dan karakteristik yang berlainan?

Kalau anda meniru gaya Mus’ab bin Umair RA, anda tidak akan terpesong dari kefahaman Umar Al-Khattab RA. Jika anda mengikuti gaya hidup Uthman Al-Affan, maka anda tidak akan terpesong dari kefahaman Ali Abu Talib RA. Hal ini kerana, mereka mempunyai tarabut(keterikatan) yang sama. Itu keimanan kepada ALLAH, dan kefahaman kepada ISLAM secara benar. Itulah yang mengakar di dalam hati dan jiwa mereka, seterusnya membentuk karektersitik masing-masing.

ISLAM adalah sebuah deen yang fleksibel, maka anda dapat melihat, pokok ISLAM itu membuahkan peribadi-peribadi yang berbeda-beda, tetapi mempunyai kefahaman yang satu, matlamat yang satu, syakhsiah yang bersih dan kehidupan yang cemerlang.

Lihat apa ulasan ALLAH SWT terhadap Rasulullah SAW dan para sahabatnya:

“Muhammad itu ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama mereka sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada wajah mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar” Surah Al-Fath ayat 29.

Hati. Itulah tempat kita menanam benih, untuk kita menuai peribadi yang kita mahu. Pembinaan karakteristik, adalah bermula dari sini. Kita nak mencontohi siapa, akan digerakkan dengan hati. Kalau hati kita bersih, maka kita akan bergerak mencari manusia-manusia yang bersih untuk kita contohi. Kalau hati kita kotor, maka manusia-manusia kotor akan menjadi tarikan kita untuk dicontohi.

Sebab itulah, jika anda mencontohi manusia-manusia yang ingkar dengan arahan ALLAH, maka sebenarnya secara tidak langsung anda akan merosakkan hati anda. Saya tidak pernah percaya akan kata-kata ini,

“ Ah, ni luaran sahaja, tetapi hati saya bersih”

Sedangkan tabi’en ada berkata,

“ Iman itu bukan hanya dengan angan-angan, dengan kata-kata, tetapi apa yang tersemat di dalam hati, dan dibuktikan dengan amal”

Tersemat di dalam hati, dan dibuktikan dengan amal.

Ya.

Jadi, karakteristik mana yang anda ingin pilih?

Mulakan dari hati jika hendak membina pasaknya!


Print This Post Print This Post

12 Comments

  1. Nik Nadiah says:

    bercakap pasal peribadi, mungkin ramai yg tak perasan… dalam seseorang tu nak membina peribadi dirinya, peribadi yg nak dibina tu merujuk pada bagaimana kita nak orang lain melihat kita, atau bagaimana kita nak Allah lihat kita?
    some people tried hard to get others’ recognition…

    [Reply]

  2. pigmentasi says:

    erm,

    peribadi,

    faktor,persekitaran,darah…

    contoh:orang kat kawasan pedalaman afrika atau kawasan orang asli di pahang mungkin.

    yang dah maju boleh la cakap pasal trying hard.

    tapi bila pergi sendiri ke penempatan yang masih begitu daif pada istilah biasa…

    ada yang mungkin stress lebih,sabar lebih dan faham lebih.

    jadi kesimpulan membina peribadi nih..kita lihat root dan akhir sekali respon pada sekitar jangan ikut perasaan la yang penting.

    TAPI,bila kita tahu baca sifat dan peribadi orang lain based on kematangan dan pengalaman..

    kita akan definitely terus tahu kemahuan dan motif orang tu.WALAUPun kesemuana “biasala”masih hidup segan
    mati tidak mahu :razz:

    akhir kata2=fikir dan ‘ILMU itu kan cahaya!

    jadi,jika orang menekan anda dengan perwatakan mereka..

    sudah tentu mereka tidak faham cara dan bagaimana latarbelakang anda sewaktu anda sedang dan dalam pembesaran

    ~p/s:

    berdasarkan pengalaman temu ramah,anak sulung vs anak yang sebelum akhir…

    ramai yang akan memintas perkataan anda sebelum anda sempat bersuara kerana.
    mereka menganggap mereka lebih dahulu makan garam.

    sedangkan,masih ramai belum perhati sejarah bagaimana terbina peribadi KEKASIH agung,para NAbi,dan sahabat..

    ada yang bermula susah

    ada yang bermula mudah..

    seperti multiplication table.

    dan akhir sekali pun melayu punya pepatah!~berakit2 ke hulu,berenang2 ke tepian!
    bersakit2 dahulu,bersenang2 kemudian

    ~dan masih kuat mukjizat yang terpelihara,

    kitab ALqur’an=yang seakan menunjuk perasaan melalui kalam wahyu YANG MAHA PEMURAH.

    “WA LAQAD YASSARNAL QUR’aN”

    dan

    menunjuk perasaan perasaan dari wahyuNYA..

    ” lidz dzikri fa hal mim muddakir”
    (Al Qamar (54): 17-22-32-40).

    Dan sungguh telah kami mudahkan Al Quran ini untuk peringatan, maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran?

    dunia sementara.semua jiwa kan kembali :)

    kembali dalam dan kembali tenang.

    “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.

    (Surah Al-Anfaal: 2) :smile:

    [Reply]

  3. abu.hassan says:

    Salam Hilal,
    Saya tidak boleh berbahasa arab, tetapi pernah dengar kalimat “laisal iman bittamanni…” adalah kata-kata tabi’en. Mungkin posting ini boleh membantu menjelaskan dan mungkin sdr Hilal boleh jelaskan pada kami yang belum pandai berbahasa arab ^_^.

    http://subhan-nurdin.blogspot.com/2009/01/laisal-iman-bittamanni-qaul-tabiin.html

    [Reply]

  4. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    kepada Nik Nadiah,

    sebab itu, matlamat utama dalam kehidupan ini adalah keimanan kepada ALLAH SWT. Maka, mengubah diri kita, membina peribadi kita, semuanya adalah kerana ALLAH SWT. Sebab itu, apabila kita hendak mengajak manusia berbuat kebaikan, kita kena kembalikan dahulu kefahamannya akan keimanan kepada ALLAH SWT.

    kepada pigmentasi,

    hem. Saya setuju kata-kata anda. Dan terima kasih kerana perkongsian yang panjang lebar. Ada beberapa perkara baru yang saya dapat daripada kata-kata anda ini.

    terima kasih banyak-banyak saya ucapkan.

    kepada Abu Hassan,

    em. Terima kasih banyak2 saya ucapkan kepada Abu Hassan kerana memberikan link itu kepada saya.

    Selepas saya membacanya, sememangnya yang saya katakan hadith ini rupanya adalah qaul tabi’ien. Tapi, saya tak jumpa pula dia ulas berkenaan matan/mafhum yang saya pakai.

    Tapi, berdasarkan apa yang dia berikan, sememangnya saya telah tersilap. Terima kasih banyak-banyak Abu Hassan. Semoga ALLAH kira ini sebagai saham Abu Hassan di akhirat.

    Berkenaan menerangkan, sebenarnya apa yang dia tulis tu, semuanya diambil dari kitab-kitab hadith. Dia menunjukkan pelbagai hadith yang berkaitan dengan - Iman itu bukan sekadar kata-kata tetapi dengan amal - dan dia sertakan sekali riwayatnya.

    Semuanya kebanyakannya adalah daripada Tabi’en.

    Tapi insyaALLAH, saya akan cari lagi insyaALLAH. Namun setakat ini, saya senang dengan menganggap hadith itu sebagai hadith tabi’en.

    terima kasih banyak2 Abu Hassan. Semoga ALLAH redha kita semua.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  5. tintataghyir says:

    Hendak ubah karekter perlu ada kerendahan hati. Jika terus ego, jiwakan mati.

    [Reply]

  6. kembar says:

    :mrgreen: ..melihat peribadi orang lain dalam muka yang difamiliarkan

    [Reply]

  7. arshad says:

    peribadi, karakter, sifat, sikap…adakah benda2 ini merupakan satu benda yang sama ataupon berbeza?

    mungkin saudara hilal mempunyai idea….

    [Reply]

  8. darin.ulfah says:

    Jadi lah diri sendiri…

    [Reply]

  9. admin ihsan says:

    alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberikan artikel ini melalui langitilahi.com yang diisi oleh Hilal..

    semoga kita semua terbina peribadi… :wink:

    [Reply]

  10. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    kepada tintataghyir,

    benar sekali. Sesungguhnya, iblis dikeluarkan dari syurga adalah kerana egonya untuk tidak tunduk kepada Adam AS

    kepada kembar…

    hu? Boleh anda jelaskan?

    kepada Arshad,

    hem… Peribadi ini adalah akhlak. Karakter adalah perangai. Sifat adalah yang membentuk akhlak. Sikap adalah yang membentuk perangai.

    Boleh? hu3…

    Ada perbezaan. tapi nak terang susah.

    kepada Darin.Ulfah,

    apa yang anda maksudkan dengan menjadi diri sendiri?

    kepada Ihsan,

    Alhamdulillah. ALLAH jugalah yang memberikan hidayah dan kita tugasnya adalah berusaha. Semoga ALLAH membantu kita dalam mengejar redhaNya.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  11. umi says:

    brains alone without (heart + iman) can produce big monster..bigger monster :wink:

    [Reply]

  12. kembar says:

    quote:
    kepada kembar…

    hu? Boleh anda jelaskan

    jawapan kepada quote..

    xmampu jelaskan..

    7 serupa semakin jelas~

    [Reply]

Leave a Reply