
jauh? teringat Nasyid Mirwana...
Kenapa manusia sering buat maksiat?
Dia tahu maksiat itu salah, tapi kenapa dia lengah-lengah dalam taubatnya?
Kerana dia rasa Allah SWT itu jauh. Lambat hendak dicapai.
Kenapa manusia, jarang berdoa dan menggantuntgkan harapannya kepada Allah?
Kerana dia rasa Allah SWT itu jauh. Dia tidak nampak Allah, membuatkan dia rasa kurang yakin dengannya. Seakan-akan Allah itu sangat jauh dan mungkin lambat sampai untuk membantunya.
Kenapa manusia, tidak mampu hendak mengaitkan seluruh kehidupannya dengan Allah?
Kerana dia rasa Allah SWT itu jauh. Jadi pada dia, tiada makna mengaitkan urusan hidup dengan sesuatu yang jauh. Yang entah gembira atau tidak dengan kejayaan kita. Yang entah sedih atau tidak dengan kebencanaan yang menimpa kita. Yang entah hendak memberi ganjaran atau tidak dengan kebaikan kita.
Kerana kita rasa Allah SWT itu jauh, maka bila kita gundah atau resah, maka kita berlama-lamaan di dalam perasaan yang menyempitkan itu.
Namun, apakah Allah SWT itu jauh?
Jawapan Allah SWT sendiri
Ini masalah hubungan manusia dengan Allah SWT. Kita di pihak yang mengharap, dan pemberinya adalah Allah. Maka saya rasa, layaklah jika saya gunakan jawapan Allah SWT sendiri untuk hal ini.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186)
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya (Al Qaaf:16)
“Apakah kamu mengira akan masuk surga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kami. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, diguncang (dengan berbagai cobaan). Sehingga Rosul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Kapankah datang pertolongan Allah?” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (Al-Baqarah: 214)
Mungkin akan ada yang membahaskan, apakah rapat Allah SWT ini bermaksud memang Allah itu benar-benar di sebelah kita, atau hanya ilmu Allah SWT sahaja yang rapat dengan kita?
Untuk saya, saya tidak suka membahaskan hal itu. Sudah cukup pada saya, saya menerima bahawa Allah SWT itu amat dekat dengan saya. Saya tidak peduli sama ada benar-benar Allah yang berada dekat dengan saya, atau yang dekat dengan saya ini hanyalah ilmu-Nya. Kerana jika saya berada dalam salah satu keadaan itu, tiada apa pun kekurangan untuk saya.
Yang penting, Allah kata – Sesungguhnya aku amat dekat…
Dan Allah SWT itu tidak pernah memungkiri kata dan janji-Nya.
Pada saya, habis setakat itu. Allah nak dekat dengan saya macam mana, itu urusan Dia.
Masalah iman sebenarnya
Allah telah mewar-warkan bahawa Dia amat dekat. Dia juga berkata bahawa, Dia tidak akan memungkiri janji dan kata-Nya.
Justeru, hendak merasa keberadaan Allah SWT itu dekat atau jauh, terpulang kepada keimanan kita. Hendak yakin atau tidak Allah itu dekat, Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Menngetahui, Maha Berkuasa, Maha Perkasa, itu semua terpulang kepada kita.
Tiada paksaan dalam hendak mengimani semua ini. Tiada paksaan di dalam melaksanakan tuntutan Allah. Tapi, kebenaran itu tetap tidak akan berubah dengan pilihan kita. Kalau kita memilih untuk tidak percaya sekalipun, kebenaran bahawa Allah SWT itu amat dekat tidak akan terubah.
Hatta, kalau satu dunia ini tidak beriman akan kewujudan Allah, Allah itu tetap wujud. Yang beriman tetap akan masuk syurga walau seluruh dunia menyeksanya. Yang tidak beriman tetap akan masuk neraka walau seluruh dunia menyayanginya.
“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 256)
Namun tanda kewujudan Allah, keberdekatannya dengan hamba-Nya, sudah terbukti sebenarnya. Kan? Saya yakin ramai orang pernah merasa.
Sekarang pilihan dibuka. Siapa hendak beriman dengan keimanan yang sebenarnya?
Allah itu dekat. Dia tidak jauh.
Keimanan inilah yang membantu kita dalam langkah seterusnya. Bila yakin bahawa Allah itu bukan sekadar ada, malah dekat, sentiasa memerhati, mendengar dan memberikan sokongan, maka dunia ini akan mampu kita lalui dengan baik, segala perintah-Nya mampu kita jalankan dengan kemas.
Siapa yang susah bila dia berdua? Tambahan bila yang bersamanya itu adalah Yang Tidak Terkalahkan Oleh Sesiapa?
Sebab itu, kalau kita sorot kembali dakwah Rasulullah SAW, masalah keimanan ini adalah yang baginda selesaikan terlebih dahulu.
Nah, bagaimana keimanan anda?
Bila sudah yakin
Bila kita sudah yakin bahawa Allah SWT itu amat dekat, maka hilanglah segala resah gelisah. Susah senang dalam hidup ini kita akan harungi dengan tabah. Bila sedih kita ada tempat mengadu, bila gembira kita ada tempat bersyukur. Bila susah kita ada tempat nak minta tolong, bila senang kita ada tempat untuk luahkan kesenangan kita.
Kita juga akan rasa malu untuk membuat kerosakan dan kemungkaran. Ya, bayangkan anda mencuri di hadapan orang ramai. Adakah anda meneruskan pencurian anda dalam keadaan dilihat? Begitulah apabila kita yakin Allah itu dekat. Tidak segan kah anda berbuat maksiat dengan pemerhatian-Nya?
Kalau kita terbuat juga salah, dosa, maksiat, mungkin teralpa, terlalai atau jatuh dalam kecuaian, maka kita dengan keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat, akan segera kembali kepada-Nya, segera meminta keampunan daripada-Nya. Terasa malunya diri, bermaksiat di hadapan-Nya, dalam pemerhatian-Nya.
Sebab itu Ibrahim Adham pernah berkata kepada seorang lelaki yang ingin bermaksiat:
“Kamu boleh bermaksiat, dengan syarat kamu cari satu tempat untuk berlindung dari pandangan Allah SWT”
Di manakah kita hendak cari tempat itu? Semuanya yang ada dalam kehidupan ini, hatta sempadan dunia ini sekali pun, semuanya di dalam liputan kekuasaan pemerhatian Allah SWT. Allah SWT itu, berkuasa atas segala-galanya.
Dia meliputi segala sesuatu (Al Fushilat: 54)
Kalau ada gundah, jangan segan menangis di hadapan-Nya. Dia amat dekat, pertolongannya sentiasa ada. Bila susah, segera mengadu kepada-Nya. Dia lebih dekat dengan kita daripada sesiapa yang dekat dengan kita.
Bila sudah yakin, semua ini anda akan rasa kenikmatannya.
Saya dah buat, tapi tak dapat bantuan pun
Ya. Kadangkala, ada situasi, Allah SWT melambatkan bantuan-Nya. Itu adalah ujian. Ujian menguji keimanan kita. Kadangkala, Allah SWT tidak memberikan kita apa yang kita mahu. Namun siapakah kita hendak demand dengan Allah? Kita sendiri tidak tahu apa yang buruk dan baik sebenarnya untuk kita. Allah SWT itu lebih mengetahui.
Sebab itu saya bangkitkan masalah keimanan terlebih dahulu. Yakin kah kita bahawa segala apa yang Allah atur, beri kepada kita adalah yang terbaik?
Jangan risaukan natijah. Yang kita perlu risaukan adalah usaha. InsyaAllah, selepas usaha, segala natijah yang Allah beri adalah yang terbaik. Yakin dengan itu, semua kesusahan, kegundahan, keresahan, akan selesai.
Cuma mungkin, kita hendak rasa apa yang Allah atur itu terbaik, lambat sedikit. Kita tiada pengetahuan seperti Allah SWT. Mungkin kita hanya akan tahu perkara itu baik kepada kita, 10 tahun akan datang. Namun saya yakin, kita akan menyedari. Saya sudah lalui…
Penutup: Maka jangan lengah merapati-Nya
Maka, apakah masih pantas untuk kita berlengah-lengahan terhadap Allah SWT?
Allah amat kasih dan cinta dengan kita. Sangat dekat. Kenapa kita tidak boleh membuat permulaan, walaupun dengan langkahan kecil untuk mendekati-Nya? Kedekutnya, bakhilnya, tidak malunya kita berlagak sedemikian rupa. Sedangkan Allah SWT yang memiliki segalanya merapati kita. Kenapa kita yang memerlukan Allah SWT tidak bergerak mendekati-Nya?
Kita hanya perlu bergerak selangkah, Allah mendekati kita seribu langkah. Kita hanya perlu berjalan merapati Allah, Allah akan mendekati kita dalam keadaan pantas.
Ya Allah, apakah ada lagi yang sebaik Engkau dalam dunia ini?
“Cukuplah bagi kami Allah, dan Dia adalah sebaik-baik wakil(pengurus)” Surah Ali-Imran ayat 173.
Jangan lengah. Nanti kalau peluang benar-benar hilang(mati, kiamat) baru hendak tergadah.
Mari kita rasa Allah dekat dengan kita. Hidup benar-benar dengan perasaan bersama-Nya. Percayalah cakap saya, orang yang punya perasaan ini, dia sentiasa akan berjaya.





terima kasih saudara hilal atas perkongsian ini.
bagai terkena diri sendiri, kerana sdg bergelut dgn pelbagai masalah tika ini.
[Reply]
hari ini, sye terlalai dari melakukan solat dhuha dan baca mathurat..tersa hidup serba tidak kena dan hidup gundah gulana, dengan mmikirkan assignment yang banyak..hati tersa tenang bile membaca peringatan dari Hilal.. saya akkan berusaha meraih cinta Allah
[Reply]
assalammualaikum
setelah sekian lama, baru kini terasa dekat dengan Allah. Alhamdulillah, Allah jua yang mendorong
[Reply]
I get something from this entry. Thanks for this entry.
[Reply]
Saya dah buat, tapi tak dapat bantuan pun… teringat waktu spm thn2006…dpt result thn 2007…wktu dpat result tu, mmg tak percaya dgn result yg sy dpat..sedih pun ade jgak..smpai waktu tu rse, nape Allah tak trime doa aku…sdgkan aku solat, doa, mengaji…tp, nape aku tak cemerlang dlm xm spm kali nie? terasa khilaf sgt2..sbb tak bersangka baik pada Allah…lg2 time tu dapat plkn siri ke 2..alhamdulillah dipertemukan dgn seorang ustaz yg byk mengajar diri ini untuk mengenal Allah… setiap kejadian yg berlaku tu ade hikmahnyer…sbb Allah taw ape yg terbaik utk diri setiap hmbaNya…bersangka baik lah kepada Allah…sekadar perkongsian… moga diri ini sentiasa berada di dalam lindungan dan redha Allah SWT….begitu juga dgn muslimin dan muslimat yg semua..semoga Allah redha…amiin…
[Reply]
=)
syukran..
sememangnya pengisian mendidik jiwa..
moga Allah jaga hati kita..
[Reply]
salam wrt. wbt..entri kali ini memang tepat. sebelum ini akak sendiri pernah mempersoalkan perkara ini bersama sahabat2 dan adik2, dan yang akak sendiri jawab masa tu, kerana manusia lazimnya hanya yakin pada sesuatu yang mereka nampak..sesetengah hambaNYA kurang yakin pada janji ALLAH kerana mereka tidak nampak ganjaran ALLAH, syurga dan nerakaNYA..sedangkan janji ALLAH itu benar dan al-Qur’an sudah cukup sebagai peringatan.
sentiasalah yakin kepada ALLAH, hanya DIA yang memberi pertolongan.
[Reply]
salam hilal,
jazakallah atas perkongsian anta.mmg benar2 buat hati2 yang alpa segera berfikir dan bertindak. Ya, Allah, Allah dan Allah…nothing elseyang perlu diutamakan dalam hidup kita,anything else must come after Him, and in order to hunt HIS love only…smga Allah teguhkan keyakinan kita padaNYA sentiasa,agr kita tak lupakan Allah dalam kepekatan jahiliyyah yang sgt2 mudah meracuni keadaan hati2 yang beriman.jazakallah ats kata2 menguat keyakinan..smg amal kita bernilai di sisiNYA.amin.
[Reply]
salam,
itulah yg sepatutnya yg ada dalam setiap hati insan…
terima kasih diatas peringatan ini, teruskanlah membantu ‘mengcas’ hati2 yg ingin dekat dengan Nya.
[Reply]
“Cukuplah bagiku Engkau Ya Allah..tiada di hatiku melainkanMu”
Ya Allah kuatkan hati kami di jlnMu..walau apa jua ujian yg mendatang…moga kami sentiasa merasakan bhw sesungguhnya Engkau dekat sekali dgn kami..bantu kami Ya Allah dlm menghadapi ujian hidup ini, bantu kami dlm menyebarkan agamaMU…”
jzkallah.
[Reply]
salam,
saya pernah dengar ada seorang ini berkata mengapa dia susah untuk bangun tidur nak smayang subuh,sebab dia selalu ingat akan sifat Allah swt yang Pengasih dan Maha Pengampun..jadi,dia berharap agar Allah ampunkan kesalahan dia yg selalu bangun lewat tue..ish2.camner ye kita nak cakap kt dier balik?harap boleh membantu..
[Reply]
salam hilal,
jazakumullah khair atas article terbaru..
it just at the right time..
persoalan ni dah tertanya2 berhari2 ni..
apabila mempersoalkan kenapalah pertolongan Allah tak kunjung tiba?
tak tahu nak wat camner..
sgt takut bila ujian yg menimpa mula menguji keimanan dan keyakinan kita..
tak per ker kadang2 kita up n down dgn bende ni??
benar ker ujian itu adalah punishment untuk kita atas kesilapan2 kita yg lalu atau untuk naikkan darjat kita?
Ya Allah..berilah aku kekuatan, kesabaran, ketabahan dan keredhaan dalam berdepan dengan takdirMu ini..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada syuk
semoga Allah permudahkan masalah kamu…
- kepada buah epal
dan ketenangan itu daripada Allah juga… Allah sayang kamu sebenarnya…
- kepada klcitizen
maka berusahalah untuk istiqomah dengan kesedaran itu… Semoga Allah SWT memberikan kita semua kekuatan…
- kepada jamilah
dan Allah SWT jugalah yang memberi segalanya…
- kepada wani
terima kasih atas perkongsiannya… bagus kamu faham.
Saya keputusan SPM teruk juga. Dapat 3A aja…
Tapi sekarang, bila saya fikir, bagus 3A yang Allah susun ni untuk saya.
Tak dpat 3A, tak la saya masuk tingkatan enam, duduk dengan guru-guru saya lebih rapat. Tak dapat 3A, tak pergi la Yarmouk. Mungkin, kalau tak dapat 3A, saya tak jadi pun penulis macam hari ini…
3A, mungkin sikit di mata manusia.
Namun Allah tahu, itu adalah yang terbaik untuk saya.
Tinggal saya, nak menerima aturan Allah itu macam mana sahaja….
- kepada saljusakura
Amiiin… Segala petunjuk itu daripada Allah SWT juga…
- kepada akak sunah
ye. Allah SWT telah berjanji, dan Dia adalah yang tidak pernah memungkiri janji-Nya…
- kepada say
maka sama-samalah kita lengkap melengkapi, untuk bergerak menjadi hamba yang Allah redhai…
- kepada nur
sama-sama kita bantu membantu…
InsyaAllah, Allah juga bersama kita, membantu diri kita mendekati-Nya…
- kepada syajaah
Amiin, amiin, amiin ya rabbal ‘alamin…
- kepada permatakasih
sebenarnya, dalam berurusan dengan Allah yang Maha Pengampun, kita perlu ada rasa malu, bukan kurang ajar.
Kita malu Allah ni sangat sayang pada kita, maka kita pun bergerak mendapatkan-Nya sepenuh kekuatan dan tenaga kita.
Bukan kita kurang ajar, Allah dah sayang kita, kita pergi tinggal pula perintah-Nya. Pengampunan Allah yang luas, adalah untuk membantu hamba-Nya mendekati-Nya. bukan untuk yang sengaja meninggalkan-Nya, dan menggunakan alasan pengampunan-Nya sebagai lesen membuat dosa.
Boleh cakap begitu pada orang tu…
- kepada ummu humaira’
up and down adalah biasa untuk manusia. Iman itu bertambah dan berkurang. Memang begitu resminya.
Ujian memang didatangkan untuk menguji keimanan kita. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2:
“Adakah manusia itu menyangka, kami membiarkan mereka berkata : kami telah beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?”
Ujian memang kadangkala adalah kafarah dosa kita yang lalu. Juga, ujian turun sebagai peringatan kepada kita, agar kita kembali dekat pada Allah SWT….
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
Salam.
“Kalau ada gundah, jangan segan menangis di hadapan-Nya. Dia amat dekat, pertolongannya sentiasa ada. Bila susah, segera mengadu kepada-Nya. Dia lebih dekat dengan kita daripada sesiapa yang dekat dengan kita.
Bila sudah yakin, semua ini anda akan rasa kenikmatannya”
Terkesan dgn part ni. Plg terkesan adalah part YAKIN tu. sbb ana pnh melaluinya. Nikmatnya…mmg benar… nikmat yakin kpd Allah dgn sebenar2 yakin. tak boleh nk ucap dgn kata2. nak cerita pd org tak reti. Hanya mampu senyum sorg2. takpe pun senyum sorg2, sbb biarlah hanya Allah yg tahu ape yg sdg saye senyumkn..
[Reply]
salam saudara hilal… btul kata saudara… klu sy pulak kurang 1A daripada saudara hilal….=)..rezeki dah ditetapkan… mgkn klu bukan dgn result tu sy tak berada kat tempat sy berada skrg ni… Allah taw ape yg terbaik utk setiap hmbaNya..bersangka baiklah kepada Allah SWT… =)
[Reply]
nasihat yg berguna utk sy.
Allah yg mengetahui yg terbaik utk kita,
apa yg terbaik tk semestinya trbaik utk kita.
sgalanya telah diaturkan oleh Allah.
[Reply]
alhamdulillah..
dah beberapa hari mencari artikel sebegini..
jumpa di sini rupanya..
jzkk
teruskn lg kongsi..
hanta la slalu kat g8_crew yea!!
[Reply]
Salam Hilal,
Pertama kali Allah izin makcik rasa Dia tersangat dekat adalah pada hari pengebumian arwah Ammar Zulkifli. Makcik hadir di kuburan pada pagi tu. Suatu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Suasana pengebumian yang sungguh syahdu. Hujan renyai-renyai yang turun seperti simbolik kepada rahmat dan kasih sayangNya. Terasa sungguh kasih sayang Allah yang melimpah-limpah. Subhanallah.
Syukran atas entri sebegini. Artikel yang menghidupkan hati dan mendekatkan lagi kita denganNya. Benar Allah s.w.t. itu sangat dekat.
[Reply]
THumbs UP to this Post..
..always remember that one of ayat iN Quran…
“yuriduLLAH biKUMUL Yusr,WA LA YUridu BiKUMUL ‘USR”..(i think is not terhad in manasik haji shj.its generally for living as Hamba ALLAh
think Positive dat RahMah FroM ALLAH Are VERY WIDE….
[Reply]