Langit Ilahi Rotating Header Image

Motivasi: Allah sentiasa berikan yang terbaik.

Apa pun keputusan Allah, ia adalah yang terbaik. Tinggal kita sahaja yang perlu belajar untuk menerima keputusan-Nya dengan baik.

Apa pun keputusan Allah, ia adalah yang terbaik. Tinggal kita sahaja yang perlu belajar untuk menerima keputusan-Nya dengan baik.

Jordan ketika saya sedang menulis ini, baru pukul 6.45 pagi. Tetapi saya tahu bahawa Malaysia sekarang sudah menjejak sekitar pukul 1 petang. Pastinya, acara kemuncak pada 11 Mac 2010 yang mempunyai 1001 rasa telah berlalu.

Bagaimana keputusan SPM dan STAM anda?

Ya. Pelbagai orang, pastinya pelbagai gaya keputusan.

Tahukah anda, walau apa pun keputusan yang anda dapat, sesungguhnya itulah yang terbaik? Ini bukan sekadar menyentuh SPM/STAM/PMR dan lain-lain peperiksaan. Ini juga menyentuh keputusan-keputusan yang kita perolehi dalam mana-mana stesen kehidupan kita yang lain.

Hal ini kerana, Allah SWT tidak pernah memberikan yang tidak baik pada hamba-hamba-Nya.

Cuma pokoknya, apakah kita mampu menerima keputusan Allah dalam keadaan terbaik, yakni dalam keadaan redha pada-Nya?

Itu persoalannya.

Sikap orang beriman terhadap keputusan Allah SWT.

Orang Islam itu tidak ajaib. Tetapi, orang beriman diiktiraf sebagai menakjubkan. Kenapakah orang beriman mencapai tahap yang menakjubkan?

Hal ini kerana mereka mampu melalui segenap liku kehidupan dengan tabah dan ketenangan.

Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiad ayang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” Hadith riwayat Muslim.

Ya. Itu dia orang beriman. Segala keputusan Allah adalah baik. Anugerah kecemerlangan dan kegemilangan hidup tidak menjadikannya riya’, takabbur, ujub sehingga menyeretnya ke neraka. Timpaan musibah tidak membawa kepadanya putus asa, kecewa dan merungut-rungut sehingga menyeretnya ke dalam kalangan manusia yang tidak bersyukur.

Kenapa Rasulullah SAW menyebut ‘orang beriman’, tetapi bukan orang yang memeluk Islam?

Hal ini kerana, hanya yang ber’iman’ sahaja mampu menghubungkan jiwanya dengan Allah SWT, untuk redha dengan segala keputusan-Nya. Tunduk taat pada ketentuan-Nya. Hal ini kerana, hanya orang beriman sahaja yang percaya 100% tanpa ragu kepada Allah SWT.

Keburukan itu, hasil daripada tangan sendiri

Musibah-musibah yang menimpa kita dalam kehidupan, biasanya adalah daripada tangan kita sendiri. Tidak semestinya secara terus ia berkait.

Sebagai contoh, seorang pelajar gagal dalam peperiksaan. Tidak semestinya kerana dia tidak rajin studi. Tetapi kegagalannya di dalam peperiksaan, adalah teguran Allah SWT atas sikapnya yang angkuh, atas hubungan dengan ibu bapanya yang buruk, atas pembazirannya, atas kelupaannya dalam melaksanakan perintah-perintah fardhu da 1001 sebab lain.

Allah SWT tidak akan memberikan keburukan, melainkan kita sendiri yang menjemput keburukan itu. Lihatlah betapa pengasihnya Allah SWT menghantar rasul-rasul pada ummat yang tidak mengetahui. Allah tidak akan mengazab sesuatu kaum melainkan telah disampaikan rasul kepada mereka.

“Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).” Surah Al-Israa’ ayat 15.

Tetapi, manusia memilih untuk ingkar. Sebab itu Allah menurunkan musibah kepada mereka.

Akhirnya benarlah firman Allah SWT:

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syuura ayat 30.


Ini juga satu ujian

Bila Allah SWT menunjukkan keputusan-Nya pada kita atas sesuatu perkara, kita perlu ingat, bahawa bagaimana pun keputusan itu, semuanya adalah untuk menguji kita.

Cemerlang atau gagal, berjaya atau tewas, menang atau kalah, kedua-dua sisi keputusan itu mempunyai ujiannya yang tersendiri.

Cemerlang diuji hebat dengan ujub, riya’, takabbur, dan lupa diri.

Gagal diuji hebat dengan putus asa, kecewa, sangka dan buruk pada Allah SWT.

Maka, hakikatnya, kita perlu berhati-hati dengan keadaan ini. Baik kita cemerlang, mahupun kita di posisi gagal. Baik kita dikurniakan kejayaan, mahupun kita di posisi ditimpa musibah.

Allah SWT mengingatkan kita dalam firman-Nya:

“Apakah manusia itu mengira, mereka akan ditingalkan dengan berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji(keimanan mereka itu)?” Surah Al-Ankabut ayat 2.

Adakah check semula markah itu tanda tidak sangka baik dengan Allah?

Ini soalan yang menyeronokkan, dan hangat pada setiap pengambil keputusan peperiksaan.

Tidak salah. Hal ini kerana, check semula keputusan itu bukannya kita sangka buruk dengan Allah SWT yang memberikan kita keputusan yang kurang baik. Bahkan, check semula keputusan itu adalah satu USAHA untuk kita mencapai kecemerlangan.

Selepas check, dan telah kita dapat keputusan yang sebenarnya, ketika itu kalau tidak redha juga, maka barulah termask dari kalangan yang tidak bersyukur, dan tidak bersangka baik dengan Allah SWT.

Maka, jika anda rasa anda layak mendapat kecemerlangan pada keputusan peperiksaan anda, tetapi keputusan menunjukkan anda gagal, tiada salahnya anda pergi memeriksa.

Anggaplah, keputusan gagal yang mungkin silap itu, sebagai pengajaran besar oleh Allah SWT kepada anda.

Dan bila anda disahkan berjaya, jangan lupa bersyukur kepada-Nya.

Dan bila anda disahkan tetap gagal, jangan lupa juga muhasabah kembali diri anda.

Tiadalah pemberian Allah itu yang tidak baik.

Tetapi kitalah yang perlu belajar untuk menerima keputusan-Nya dengan baik.

Penutup: Allah sentiasa memberikan yang terbaik.

Dunia ini merupakan kembar dengan ujian. Baik buruk di dalam dunia ini adalah ujian. Mendapat kebaikan itu juga ujian, mendapat keburukan juga adalah ujian.

Hakikatnya, tiada yang buruk dalam pemberian Allah SWT. Semuanya terbaik. Cuma kita yang gagal menilainya.

Bila Allah berikan kita kejayaan, itu kebaikan dari segi balasan usaha kita. Bila Allah berikan kita kegagalan, itu kebaikan dari segi peringatan kepada kita.

Yang menjadikan pemberian Allah itu buruk adalah kita.

Bila Allah berikan kita kejayaan, kita riya’, takabbur, ujub, angkuh dan melupakan-Nya. Bila Allah berikan kita kegagalan, kita kecewa, sakit hati, putus asa dan mengeji-Nya.

Segala yang baik itu memang daripada Allah SWT. Kita sahaja yang memburukkan diri kita.

Maka marilah kita sama-sama, mendidik diri untuk redha dengan keputusan yang Allah SWT berikan.

Allah SWT sentiasa memberikan yang terbaik.

Tetapi kitalah yang kita perlu belajar bagaimana hendak menerima keputusan Allah dengan baik.

Print This Post Print This Post

21 Comments

  1. alhasanah pembaca says:

    Salam’alaik.

    Syukran atas hikmahnya.

    “Ya Allah,aku memohon kepadaMu jiwa yang tenang,yang beriman dengan pertemuan denganMu,redha dengan ketentuanMu dan berasa cukup dgn pemberianMu”

    Ameen ya rabbal ‘alameen

    [Reply]

  2. q.a says:

    Saya percaya kepada apa yang dikatakan qada’ dan qadar tuhan. Dan saya percaya kepada aturan tuhan.

    Percaya dan redha itu membuatkan saya lebih tenang.

    Kerana Dia Penjaga saya, Dia tahu apa yang terbaik untuk saya.

    [Reply]

  3. hamba lemah says:

    terima kasih saudara hilal kerana telah post kan artikel yang sgt menarik ini..Terima kasih kerana menyedarkan saya dengan artikel anda ini..

    [Reply]

  4. tulipdesa says:

    salam..akhi,nk mnta pndpt skit ni.bgaimana kita nk kembalikan kepercayaan seorg muslim yg menyalahkan takdir apbila ditimpa musibah?mgkn akhi ad cdgn cara berhikmah nk tgur dia..saya muslimh dn dia pn mslimh..

    [Reply]

  5. namia says:

    salam..
    tq for this very nice article..just on the right time..^_^

    p/s: mmm,yg utk petikan ayat dr (Surah Asy-Syu’ara ayat 30) tu,surah asy-syu’ara ke surah asy-syura?

    [Reply]

  6. zusai says:

    salam, trima kasih..
    mmg pada masa yg tepat sekali..
    sy b’syukur ats pemberianNya..
    sampai kan sy rasa sy tak percaya apa yang sy dpt skrg ni.
    Betul ke ni? Seolah2 ianya dalam mimpi.
    Takut sekali untuk sy bersikap riak,takjub,takabbur..
    Harap2nya sy dijauhkan dripda sikap2 tersebut..
    Dan sy harap nikmat ini tidak menjadi istidraj,
    malah sy mahu lebih dekat denganNya..
    doakan saya tidak lupa diri..
    alhamdulillah di ats pemberianNya..

    [Reply]

  7. insan biasa says:

    wahai saudara2 ku sekalian….bnyak komen di atas menggunakan tuhan…tahu kah anda bahawa tuhan itu maksud nya kepala dua(tuhan)… oleh itu allah tidak sepatut nya di gelar begitu…allah mempunyai banyak nama yang begitu baik sekali..patut kah kita masih menggunakan perkataan tuhan untuk nya….renung2 kan lah..

    [Reply]

  8. wany says:

    salam…
    hmm…tanx ats perkongsian ni…
    sgt2 bermakna…
    hdp ni mmg satu ujian…
    smg kt semua termasuk dikalangan hamba2NYA yg redha n bersyukur ats ketentuanNYA…amin…(^_^)

    [Reply]

  9. nooraini lai says:

    :grin:

    [Reply]

  10. lil caliph says:

    syukran.

    Allah itu Maha Tahu.

    InsyaAllah, ada hikmah di sebalik sesuatu.

    *sedang pujuk hati*

    [Reply]

  11. BIZZNURSE says:

    Salam… artikel y menyentuh hati. Sesunggunhya ada sebab Allah memberi atau menrik sesuatu dr hidup kita, kan? Alhamdulillah, Allah Maha Kuasa… Semoga Kita semua diRahmatiNYa..

    [Reply]

  12. alin alin says:

    salam…..

    Alhamdulillah :neutral:

    semoga Allah redha

    [Reply]

  13. alin alin says:

    salam…

    Alhamdulillah :neutral:
    semoga kejayaan yg diberkati dan dirahmati

    semoga Allah redha

    [Reply]

  14. kak long says:

    Syabas Hilal….sangat terkesan di hati baca article nie.

    [Reply]

  15. salam,,,

    Hadis Qudsi “Aku adalah bagaimana prasangka hambaku trhadap Aku; maka seharusnyadia memiliki prasangka yang baik tentang Aku”

    PERCAYA dan YAKIN Allah sentiasa berikan yang terbaik…

    [Reply]

  16. Sekeping Hati Dibawa Berlari says:

    “Apakah manusia itu mengira, mereka akan ditingalkan dengan berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji(keimanan mereka itu)?” Surah Al-Ankabut ayat 2 ~~ ujian diberi sebagai benchmark tahap keimanan kita.
    Bagaimana utk belajar untuk redha dengan segala ujian yang diberi?

    [Reply]

  17. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada pembaca

    Segala hikmah itu daripada Allah sahaja datangnya ia.

    Semoga Allah makbulkan doa kamu.

    - kepada q.a

    Dan manusia-manusia yang mengaku percaya kepada-Nya, perlu bergerak dan berusaha.

    - kepada hamba lemah

    Alhamdulillah. Kesedaran dan hidayah hanya datang daripada Allah SWT. Manusia hanya berusaha sahaja.

    Sama-sama kita tunduk dan redha kepada-Nya.

    - kepada tulipdesa

    Boleh bagi dia artikel ana ini.

    - kepada namia

    Alhamdulillah.
    Em.. Surah Asy-Syuura sebenarnya.
    Tersilap.
    Terima kasih kerana mengingatkan.

    - kepada zusai

    Maka, segeral tunduk dan bersyukur terhadap-Nya…
    Buktikan kesyukuran dengan amalan.
    Bukan sekadar kata.

    - kepada insan biasa

    Harap, anda boleh berikan bukti bahawan TUHAN itu bermaksud yang berkepala dua.

    Hal ini kerana, setelah saya rujuk-rujuk, tiada apa pun yang boleh membawa perkataan TUHAN mempunyai maksud kepala dua.

    Sumber rujukan anda dari mana?

    - kepada wany

    Alhamdulillah.
    Moga kita lebih rapat dengan-Nya.

    - kepada nooraini lai

    Semoga senyuman kamu itu bermakna.

    - kepada lil caliph

    Sememangnya Allah berikan kita itu yang terbaik.
    Tinggal kita sahaja perlu belajar untuk menerimanya dengan baik.

    - kepada BIZZNURSE

    Ya. Ada sebab.
    Dan kita perlu memahami, bahawa kita sedang berurusan dengan Yang Maha Mengetahui. Sedangkan kita tidak mengetahui apa-apa.

    - kepada alin alin

    Amiiinn…

    - kepada kak long

    Segala keberkesanan itu datang daripada Allah SWT.
    Kita manusia hanya berusaha.
    Semoga Allah redha dengan kita.

    - kepada mutiara solehah

    Allah memang berikan kita hanya yang terbaik.
    Kita yang perlu belajar untuk mempercayai-Nya sepenuh jiwa.

    - kepada Sekeping Hati Dibawa Berlari

    Bagaimana untuk belajar memahami?
    Bukankah artikel ini satu pembelajaran?

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  18. insan kerdil says:

    salam..
    semoga kita semua sentiasa tabah menghadapi ujianNYA..

    “Ya Allah, kau berilah petunjuk dan hidayah kepadaku, berilah kepadaku sikap istiqamah dan sentiasa tetap dijalanMU” ~amin~

    [Reply]

  19. farihah12 says:

    astaghfirullahalazim…astaghfirullahalazim..ya Allah,ampunilah dosa hambamu ini..

    [Reply]

  20. kdg2 kt lupa siapa kt… kt tahu kt adlh Dia yg pnya. tapi, kt slalu leka dn alpa. kerana ap? krn kt masih buta, masih tdk sedar akn hakikt pnciptaan kt. smga kt tmsk dlm golongn yg diredhaiNya. amin~

    [Reply]

  21. nur,, says:

    assalamualaikm,,mmg artikel yg mnyntuh d hati krn sy pnh mgalami sndri saat2 kjatuhn itu,,(SPM result),,tiap ap yg dtliskn o akhi mmg kne pd sy~tp hakikt ny,dr ujian itu sy tlh mngenl ALLAH dgn mndlm I’A..rupe2ny ALLAH mahu mnarik sy kpd NYA,sbelom sy prgi kelua jauh mliht dunia ini,,dn ALLAH msh mmbri ap yg sy cita2kn,,cme wktu yg lain(lmbt sdikit),,subhanallah,,muge kami semua dbri kekuatn utk trus brjuang mnjd khalifh d bumiNY,,amin~

    [Reply]

Leave a Reply