Langit Ilahi Rotating Header Image

Motivasi: Bukan sebab kena, tapi sebab perlu

sistem Allah itu, kita perlukannya

sistem Allah itu, kita perlukannya

Ada orang merasa malas dan letih untuk mengamalkan Islam.

Dia rasa penat. Katanya: “Islam ni susah. Itu kena buat, ini kena buat. Leceh”

Mungkin bukan seorang yang rasa begitu. Dan sememangnya, sebagai manusia yang penat dengan sesuatu yang berulang-ulang atau sesuatu yang berat perlu dilaksanakan, akan timbul dalam hatinya perasaan bosan. Akhirnya akan muncul pertanyaan: “Kenapa la aku kena buat begini, begitu?”

Saya pun banyak berfikir berkenaan hal ini. Sebab pernah satu ketika, saya rasa lemah sampai saya berkata kepada diri saya:

“Kenapa la aku kena solat 5 hari sekali? Sekali tak boleh?”

Dan apabila soalan itu muncul, saya tahu keimanan saya terganggu. Maka saya mencari jawapan. Bila saya mencari-cari, ah… saya jumpa.

Sebenarnya, Allah suruh buat itu dan ini dalam kehidupan kita, adalah kerana kita memerlukannya.

Allah Yang Menciptakan Kita

Satu perkara yang sering kita terlupa, tetapi kita tahu akan halnya adalah: Allah itulah Pencipta kita.

Di sini, kita dapat melihat kenapa Allah SWT itu Maha Mengetahui. Dia juga adalah Yang Maha Bijaksana. Keagungan Allah SWT tidak akan sampai akal kita memikirkannya, dan Dia langsung tidak akan sama dengan ciptaan-ciptaan-Nya.

Pencipta, pastu tahu apa yang diperlukan oleh yang diciptakan-Nya.

Nampak tak di sini apa point yang hendak saya katakan?

Maksudnya, apa-apa yang Allah arahkan untuk kita, suruh kita buat itu dan ini, adalah untuk kita ini, manusia ciptaan-Nya bergerak dalam keadaan terbaik sekali. Agar hidup kita tidak berdepan dengan situasi masalah. Jadi, pendek ceritanya, Allah suruh kita buat itu dan ini adalah kerana kita perlukan benda itu.

Macam kita nak main game. Pencipta Game kata: “Game aku ni, nak main kena pakai graphic Card NVIDIA GeForce 9900 GT. Kalau tak, main dia tak bagus la. Tersekat-sekat”

Maka, untuk main game dengan kepuasan tertinggi, kita pun beli la Graphic Card tu, dan letakkan di dalam komputer kita.

Macam itulah analoginya kita dengan Allah SWT. Kita hendak kehidupan yang baik, maka Allah sebagai pencipta kehidupan kita kata: “Deen di sisi Aku hanyalah Islam”. Maksudnya, hendakkan kehidupan yang terbaik, manusia kena ambil Islam. Maka, kita kena la ambil Islam. Kita ambil Islam, bukan sebab kena, tetapi sebab kita perlukan Islam untuk kehidupan yang terbaik.

Allah Maha Mengetahui.

Bagi yang menyedari

Bagi mereka yang menyedari hal keperluan ini, maka mereka akan berusaha memaksa diri mereka untuk melaksanakan apa sahaja yang Allah SWT arahkan. Hal ini kerana, mereka mengetahui bahawa, apa sahaja arahan Allah SWT adalah kerana manusia memerlukan.

Allah suruh kita solat, adalah kerana manusiamemerlukan checkpoint dalam hidup dia. Jiwa manusia perlu keluar dari dunia yang mayghul, sesak, bermasalah ini sementara, berkaunseling dengan Allah SWT, recharge semula kekuatan, kemudian masuk kembali ke dalam dunia dan mengharungi arus kehidupan. Sebab itu, 5 hari sekali solat kita, siapa yang menghayatinya, maka masalah hidupnya akan mampu dilalui dengan baik.

Allah suruh kita baca Al-Quran, kerana kita perlukan Al-Quran untuk menguatkan iman kita. Di dalam Al-Quran lah adanya aqidah kita. Kita tidak boleh nampak Allah, Rasulullah SAW pula telah wafat, maka Al-Quran sahaja wakil langit yang masih tinggal, Kalam Allah yang takkan berubah.

Allah suruh kita ambil Islam, sebab manusia perlukan satu sistem yang sempurna, lengkap, menyeluruh bagi manusia menjalani kehidupan yang baik. Akal manusia, sebagus mana pun dia mencipta satu sistem, pasti akan ada break down di mana-mana kerana mustahil akal manusia melihat sesuatu itu dengan pandangan yang sempurna kerana ia sendiri tidak sempurna dan ia sendiri ada sesuatu yang tidak dia ketahui.

Nampak?

Lagi kita tengok.

Allah suruh kita jaga hubungan dengan orang lain, sebab kita perlukan kawan, teman untuk mengharungi hidup. Allah tahu, keperluan manusia kepada ‘perkara yang terlihat’, sebab itu Dia menyuruh kita berta’aruf dan membina hubungan yang baik. Kita perlukan kesatuan untuk hidup aman damai.

Begitulah yang lain-lain. Semuanya kerana kita perlu. Manusia perlukan dan Allah tahu manusia memerlukannya, sebab itu Allah suruh manusia buat semua benda yang Dia suruh buat.

Nampak?

Kenapa kena sembah Allah?

Soalan kena ni, paling cepu mas sekali adalah kenapa Allah kita jadikan tuhan.

Kenapa tak ambil pokok, kenapa tak ambil batu, kenapa tak ambil matahari?

Saya ada jawapan yang menyeronokkan.

1. Sebab Allah itu memang Rabb, Tuhan, Ilah kepada alam ini dan segala isinya.

2. Sebab hanya Allah sahaja yang mempunyai sistem lengkap, sempurna dan memenuhi kehendak manusia yang sebenarnya, seterusnya memenuhi maslahat alam seluruhnya.

Ada ke tuhan lain dalam dunia ini? Itu satu soalan.

Ada ke sesuatu yang lain(atau kalau benar ada tuhan lain pun) dalam dunia ini mampu memenuhi maslahat kehidupan insan dan alam seperti Allah SWT memenuhinya? Itu satu lagi soalan.

Kesimpulannya, kita sembah Allah SWT, sebab kita memerlukan Rabb, Tuhan, Ilah seperti-Nya. Tanpa menjadikan Allah SWT sebagai Ilah, Rabb, Tuhan kita, mengikuti segala arahan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, kita tidak akan mampu menjalani kehidupan ini secara sempurna.

Dan, kalau kita sempurna pun, belum tentu lagi sekeliling kita akan mengalami kesempurnaan.

Kehebatan Allah SWT adalah, Islam itu bukan untuk kepuasan individu sahaja, ia punya kaitan yang sangat banyak dengan semua yang wujud di alam ini. Tahu kah kenapa Islam ajar jaga kebersihan? Kenapa Islam ajar jangan bazir air? Kenapa Islam ajar berkahlak? Kenapa Islam ajar agar jaga masa? Kenapa Islam ajar jangan potong pokok tanpa sebab? Adakah semua itu berkaitan dengan seorang manusia sahaja? Atau semua itu ada kaitan dengan manusia lain dan alam?

Ha… cuba fikir, kaitkan semuanya, dan lihat apa hasilnya. Tidakkah dengan melaksanakan Islam, seluruh dunia akan menjadi baik? Siapa yang aturkan Islam yang serba canggih dan jauh ke hadapan ini?

Allah.

Sebab itu kita sembah Dia. Sebab kita perlukan Dia.

Penutup: Maka bukalah mata, lihatlah keperluan kita

Di sini saya suka mengajak diri saya dan anda sebenarnya, perbaiki niat kita.

Jangan rasa terpaksa. Siapa rasa terpaksa, sebenarnya dia tidak bersangka baik kepada Allah SWT. Antara sifat Allah SWT adalah adil. Allah SWT tidak pernah memungkiri janji-Nya. Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya. Tapi, kalau kita lihat, manusialah yang sering menzalimi dirinya sendiri.

Kita lihat ya, kalau kita kena buat sesuatu sebab kita perlu, bukankah yang menyuruh kita buat itu sebenarnya amat mengambil berat, amat menyayangi dan amat mengasihi?

Allah SWT dengan pengetahuan-Nya yang tidak terjangkau oleh sesiapa pun, telah memberikan pilihan kepada kita manusia. Dia dah tunjukkan jalan untuk mencapai kesempurnaan hidup, kepuasan hidup tertinggi. Sebab itu Allah tetapkan peraturan, ada yang kena buat, ada yang kena tinggal. Tapi semuanya adalah kerana kita perlukan.

Lihatlah, duduklah, muhasabahlah. Cuba tengok balik arahan-arahan dan tuntutan-tuntutan Allah. Bukankah semua itu sebenarnya memenuhi fitrah, keperluan kita sebagai manusia?

Maka sistem apakah lagi selain sistem Allah SWT yang memenuhi keperluan kita sebagai manusia? Malah, ajaibnya, apa yang Allah suruh ini tidak sahaja membawa manfaat kepada kita sebagai individu, tetapi juga kepada kita sebagai masyarakat, dan masyarakat sebagai sebahagian daripada alam.

Sebab itulah, Islam itu adalah rahmat kepada seluruh alam, bukan untuk manusia sahaja.

Bukalah mata, lihatlah.

Print This Post Print This Post

14 Comments

  1. luqman hakim says:

    suka this article..

    [Reply]

  2. rasydan rasydan says:

    salamullahi alaikum.

    em, pada fikiran ana, manusia rasa terpaksa bila diperintah buat itu ini sebab kita tak biasa buat benda2 tu. Atau kerana kita rasa kalau kita buat benda2 tu, kita rasa itu bukan diri kita yang sebenar. contoh mudah, nak ajak orang pada kebaikan atau nahyul munkar sekalipun. kita rasa kita ni tak layak, “poyo” dan bermacam-macam alasan.

    maka…penyelesaiannya macam apa yang nta cakap, muhasabah, kaji alQuran dan hadis, kemudian dah sedar keperluannya, betulkan niat dan lakukan perintah tersebut..buat sikit2 lama jadi satu kebiasaan…insya Allah. (mengingatkan diri sendiri juga.)

    wallahu a’lam.

    *syuwaikh akan keluar tahun ni ke?

    [Reply]

  3. solaharis says:

    benar tersentuh, terkadang iman yanqus pada satu tahap futur dalam mengerjakan amalan-amalan kecil tetapi bermakna seperti solat berjemaah, zikir dan doa selepas solat.

    Kita menyembah Allah, kerana Dia layak disembah atas segala apa yang diberikanNya ke atas kita…saya tertarik perumpamaan saudara Hilal tentang graphic card tu, teringat saya kepada makna ayat 1000 dinar…yang bermaksud..dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, maka akan diberikannya jalan keluar.

    Sesungguhnya kita memerlukan Allah…kerana Allah itu Tuhan kita…

    [Reply]

  4. Permata says:

    Assalamualaikum..

    Sesungguhnya kita semua butuh Dia.. Rabbul Jalil…

    [Reply]

  5. na says:

    salam…
    kadang2 ana pn pnh t’pk knpe la kte kna bwt ni,tinggal ni…
    rse mcm sush sgt.klu ikutkn hati mmg sume bnda nk bwt ikut nafsu.
    rse nk ambik islam ni stgh2,yg suka bwt n yg xsuka tinggal…
    tp alhmdulillah,ksedaran 2 msih ada

    ‘wahai org2 yg beriman,msuklah ke dlm islam scra kseluruhannya, dan jgnlah kamu ikuti lgkh2 syaitan.sungguh,ia musuh yg nyata bgmu.’(al-baqarah:208)

    spt yg anta ckpkn, act apa yg Allah sruh n larang 2 mmg satu kaperluan utk kte sbg hmbaNya. hanya Allah yg tau ap yg t’baik utk makhluk2Nya

    ‘…blh jd kmu tdk mnyenangi sesuatu padahal e2 baik bgmu, dan blh jd kmu mnyukai sesuatu padahal e2 tdk baik bgmu. Allah mengetahui, sdg kmu x mengetahui.’(al-baqarah:216)

    syukrn ats perkongsian(^_^)v

    [Reply]

  6. emanaldo says:

    satu olahan yg mnarik :smile:

    [Reply]

  7. Iman Aisyah says:

    good entry!

    [Reply]

  8. nadya says:

    terima kasih..kamu menjawab soalan2 saya selama ini.terima kasih

    [Reply]

  9. razimah says:

    Tepat dan benar sekali saudara. Kita milik ALLAH, kita perlu ikut suruhanNya kerana itula paling untuk kita. Apa hak kita mempersoalkan itu ini dalam beribadah. Bukankah tujuan kita dijadikan adalah untuk beribadah? Manfaatnya kembali kepada kita semua.Kalau kita tak beribadah dan ingkar perintah ALLAH, ALLAH tak rugi apa-apa. Kita yang sangat rugi…

    Fikir-fikirkanla bersama.

    [Reply]

  10. melakukan apa yang perlu dibuat dan meninggalkan apa yang kita suka.

    [Reply]

  11. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada luqman hakim

    thanks cuzz

    - kepada rasydan rasydan

    hendak tidak hendak, kena pulang kepada sumber Al-Quran dan Sunnah. Namun tak semua mampu, maka orang yang faham perlu berusaha memahamkan orang lain..

    Syuwaikh untuk makluman enta tak akan terbit. Ana dah tarik balik, dan tidak berminat memberikannya pada sesiapa…

    - kepada solaharis

    Sebaik-baik manusia adalah apabila dia berada di bawah, maka dia akan bersegera naik semula ke atas…

    - kepada Permata

    Benar sekali…

    - kepada na

    Semoga Allah jaga kita semua, menguatkan keimanan kita, dan memberikan kita ketabahan untuk melakukan semua perintah-Nya…

    - kepada emanaldo

    alhamdulillah…

    - kepada Iman Aisyah

    Semoga bagus juga untuk dibuktikan dengan amal…

    - kepada nadya

    Alhamdulillah, Allah jugalah yang membolak balikkan hati…

    - kepada razimah

    Timbul persoalan itu biasa. Maka menjadi tugas kita menyelesaikan persoalan yang timbul itu, dengan mencari jawapannya. Pada yang tak tahu, mencari. Kepada yang tahu, memberi.

    - kepada Sekeras Batu Bertaburan

    Dan mengekalkan apa yang kita suka jika yang kita suka itu berada atas jalan-Nya…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  12. zul says:

    knapa Allah cipta Islam??
    blajaq mana la ni..

    [Reply]

  13. Fasya Farisya says:

    I am speechless! nice article.. :smile:

    [Reply]

  14. msn says:

    Bagus…
    isi yg mantap..
    moga dpt kita hyati dn amal..

    [Reply]

Leave a Reply