Apa yang menjadikan kehidupan manusia itu satu kehidupan yang bermakna?
Kerana wujudnya cabaran.
Didatangkan oleh siapa cabaran itu?
Allah. Walaupun mungkin zahirnya kita lihat bahawa yang menganiayai kita adalah sahabat kita. Walaupun yang kita nampak memecah rumah kita adalah pencuri. Walaupun yang memukul kita adalah seorang pembuli. Walaupun yang menyakitkan kita adalah kerja yang bertimbun. Walaupun yang menyebalkan kita adalah trafik jalan raya. Walaupun itu, walaupun ini.
Allahlah yang mendatangkan cabaran itu kepada kita.
Bukan untuk apa.
Sekadar menguji apakah kita ini benar-bbenar seorang hamba-Nya.
Ya, kita lelah
Tidak sembuh kecederaan semalam, hari ini muncul luka baru.
Kita rasa lelah. Rasa penat. Rasa bosan. Ayat kasarnya, fed up. Tidak kira apa pun pekerjaan kita, bagaimana pun sikap kita, macam mana pun status kita, cabaran akan wujud bersama perjalanan hidup kita.
Ini hakikatnya yang perlu kita terima.
Kita hanya hamba. Tidak layak berkata apa. Melainkan berhadapan sahaja dengan cabaran dan dugaan yang terbentang di hadapan kita. Siapa kita? Kita hanyalah hamba. Benda itu perlu dipakukan dengan kemas di dalam jiwa kita.
Namun, apakah Allah SWT sebagai TUAN dan TUHAN kita itu, suka-suka sahaja melihat kita berhadapan dengan kesukaran demi kesukaran yang mendatang?
Tidak.
Dalam celahan kesukaran ini, Dia tidak meninggalkan kita sebenarnya.
Oh, tidak pula kita nampak
Wahai manusia-manusia yang merasai dirinya ditinggalkan Allah! Wahai manusia-manusia yang merasai dirinya tidak diperhatikan Allah! Wahai manusia-manusia yang rasa dirinya dibuli oleh takdir! Wahai manusia-manusia yang merasakan dirinya dizalimi sepanjang kehidupan ini!
Saya menyeru kalian untuk membaca apa yang telah difirmankan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya, yang akhirnya disampaikan kepada kita untuk menyedari kebenaranya.
“1. Demi waktu dhuha. Dan malam apabila ia sunyi-sepi . “
“3. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu,”
“3. Dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).”
“4. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.”
“5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati”
“6. Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?”
“7. Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?”
“8. Dan didapatiNya engkau miskin(yatim piatu), lalu Ia memberikan kekayaan(menjadi rasul yang membawa risalah)?”
“9. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.”
“10. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.”
“11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.” Surah Ad-Dhuha ayat 1-11.
Ya. Perhatikanlah ayat ini. Kata-kata pujukan yang menghangat. Siapakah yang menyatakan dirimu ditinggalkan wahai manusia? Siapakah yang menyatakan dirimu dizalimi wahai manusia?
Tahukah kamu wahai manusia, apakah surah yang turun selepas Surah Ad-Dhuha?
Bacalah!
“1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? “
“2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)”
“3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?”
“4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?”
“5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, “
“6. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
“7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),”
“8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).” Surah Asy-Syarh ayat 1-8.
Siapakah yang berani menyatakan bahawa Allah meninggalkannya sekarang?
Tusukkanlah ayat-ayat ini di dalam jiwamu wahai insan. Apakah kamu ini manusia yang tidak memerhatikan?
Bukan Ditinggalkan, Tetapi Kita Yang meninggalkan
Hakikatnya, lemah apabila diduga cabaran hidup ini, yang akhirnya membuatkan kita tersungkur cacat, adalah disebabkan diri manusia yang telah meninggalkan Allah SWT sebagai sumber kekuatannya.
Allah, tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya. Tetapi, hamba-hamba-Nya sahaja yang menzalimi diri mereka sendiri.
Zalim bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Semua kita lahir di atas fitrah Islam. Tetapi kita tidak meletakkan diri kita di dalam Islam dengan sebenar-benarnya. Fitrah kita adalah mengakui bahawa Allah adalah Ilah kita, Rabb kita, tetapi kita hari ini tidak bertindak sedemikian rupa. Kita pagari Islam hanya di dalam masjid sahaja. Kita ingat Allah hanya ketika saudara mara kita mati sahaja.
Maka apakah kita punya kekuatan bila didatangkan kepada kita cabaran?
Kepada siapa kita hendak berpaut? Kepada yang menghadapi cabaran jugakah?
Oh, sesungguhnya kita telah menzalimi diri.
Penutup: Cabaran Itu Hanya Terhenti Apabila Mati
Kepada diri saya dan semua, ketahuilah bahawa kembar kepada kehidupan ini adalah ujian. Jika bukan, maka Adam AS tidak akan terlempar keluar dari Syurga.
Cabaran akan sentiasa mengejar kita walaupun kita duduk diam dan tidak melakukan apa-apa. Memasung diri dari tidak melakukan apa-apa kerana takutkan cabaran adalah tindakan terbodoh di dalam dunia.
Maka bangkitlah. Rentaslah segala lautan cabaran dan dugaan yang wujud dalam kehidupan kita ini. Kunci untuk tabah merentasinya adalah dengan menghubungkan kita kepada Pencipta Cabaran. Dialah Allah, Yang Maha Berkuasa Lagi Perkasa.
Andai kita tidak kembali kepada-Nya, maka sesungguhnya kita hanya akan tersungkur, dan tidak akan mampu bangkit semula.
Dia sedang menghulurkan tangan-Nya sekarang, apakah pantas kita melewat-lewatkan diri kita untuk menyambut tawaran-Nya?
Jika kita sengaja melewatkan diri, ketahuilah apabila kita gugur dihentam badai cabaran nanti, kita adalah orang yang merugi.





hati terisi dengan tzkrh nie.
syukran.
[Reply]
salam wbt
~ujian itu tnda sygnya Allah pd kite..kite la yg terpilih..alhmdllah [senyum la sume ye]
~lalui ujian dgn sbr+solat..nescaya gembira yg akan kite peroleh sbgai akhiran kesusahan
~
[Reply]
Thanks for this article,
insyaAllah, akan dipahat dalam hati,
akan diukir dalam jiwa. Semoga diri ini akan sentiasa tabah dan bersemangat mengharungi ujian dan cabaran, lebih2 lagi apabila mengetahui bahawa ujian dan cabaran itu tidak lain hanya untuk memberi kebaikan di akhirnya..
[Reply]
assalamualaikum~
Syukran atas tazkirah yang ringkas tetapi amat memberi kesan. Syukran kerana mengingatkan..
Ayat Allah memang sudah cukup untuk menenangkan kita di saat kita ditimpa ujian….Wahai diri, jangan sesekali berhenti berharap pada Allah…Wahai diri, yakinla pada setiap kesulitan, pasti ada kemudahan….
[Reply]
hanya hati-hati yg terpilih yg terkesan dengan ayat-ayatNya..
tidakkah bekas iman itu hati?
[Reply]
assalamualaikum..
subhanallah sungguh ana tersedar.. seringkali ana rasa marah dan adakalanya menyalahkan takdir.. sedangkan benar janji2 allah bhw disebalik kesukaran ada kenikmatan…
astaghfirullahala’zim..
terima kasih wahai saudara kerana mengetuk hati dan minda ana dengan tazkirah.. terima kasih inilah y ana perlukan di saat ini…
ihklas
serikandi
[Reply]
assalamualaikum.
terima kasih atas peringatan
hati ini rasa terubat
[Reply]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).” .
saya suka ayat ini..benar.Hanya Allah dapat tolong kita.semoga Allah meberikan kita semua petunjuk hidayah.mati dan hidup dalam agamaNya.amin
[Reply]
terima kasih…
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada o2
Alhamdulillah, kita sama-sama memperingatkan diri sebenarnya.
Semoga Allah bantu kita dalam semua hal.
- kepada cik hana plymouth
Di sinilah kita hendak menunjukkan betapa Allah itu menyayangi kita dalam selirat ujian-ujian-Nya.
Di sinilah kita hendak menunjukkan mengapa sabar dan solat itu adalah kunci kepada kekuatan dalam menghadapi masalah yang ALlah berikan kepada kita.
- kepada zaza
Semoga kita semua tabah.
Tabah datang dengan sumber.
Sumber ketabahan kita adalah keimanan yang tidak berbelah bagi terhadap Allah SWT.
- kepada Nur
Memang cukup untuk bergantung kepada Allah SWT.
Dia yang menciptakan masalah, maka mustahil bergantung kepadanya masalah kita tidak akan selesai…
- kepada Husna Sani
Tepat. Bejana iman adalah hati. Andai hati rosak, keimanan akan terganggu.
- kepada jadikan aku serikandi
Sesungguhnya, Allah SWt itu jugalah yang membolak balikkan hati.
Bersyukurlah kepada-Nya yang memberikan hidayah kepada kita.
- kepada Aisyah
Alhamdulillah….
- kepada solehah
Sesungguhnya, Allah lah sumber ketenangan kita, penyelesai kepada semua masalah kita…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
salam,
saya sedang dirundung duka sekarang. tq hilal
[Reply]
tolong ingatkan diri ini tentang ALLAH itu memang wujud.dan kebenaran akanhari akhirat.kepentingan beribadat bersungguh2.hati dan diri ini selalu alpa
[Reply]
salam.

alhamdulillah,
terima kasih ats artikel ini.
sy rasa lebih tenang utk menghadapi cabaran yg mendatang.
[Reply]
salam,

alhmdulillah,kabut yg menyelubungi hati kian hilang.benarlah Allah x prnh meninggalkan kita walau untuk sesaat sekalipun sebaliknya kitalah yg menjauh dariNya saat diuji.bukankah ujian itu tnda ksh Allah kepada kita.kerna Allah x membiarkan kita hanyut dan terleka dgn kesenangan dan kemewahan duniawi. org yg diuji adlh org2 yang dipilih,org2 yang Allah pandang.setiap kesakitan,kepedihan dan keperitan yg kita alami dr ujian tu semuanya Allah ambil kira..bukan DIA x tahu,bkn DIA x peduli.tp yakinlah ada ganjaran yg menanti di akhirat nnti…Doakan semoga saya jua kuat menghadapi setiap ujian Allah…
[Reply]
salam…
syukran atas perkongsian….
sama2 kita berusaha menjadi yang lebih baik dan mantap…
[Reply]
refreshing article..
—
[Reply]
ya Rabb…
aku tak mengharap yang terbaik untuk tiap yang berlaku andai itu bukan redhaMu..
aku cuma ingin bahagia, dalam diduga aku redha hatta bertimpa walu berganda…
Ya Rabb hinanya aku disaat rebah, luka berdarah baruku cari arah bergantung sembah…
Ya Rabb jgn biar ia menitis kerana timbunan ujianMu sdg ia mengarca jiwa membentuk rasa, jgn biar ia menitis krn sakit dunia yang meleka jiwa menyeksa atma..
biarkan ia menitis krn seulas rasa seorong hamba yang berdosa..
……………………………
sebenarnya x ade ape yang perlu kita rasa kecewa dalam hidup ni… ape yang terjadi kat atas kite itulah yang terbaik ditakdirkan untuk kite… semuanya ats kite… setiap ujian itu ada hikmahnya…
…………………………..
sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada banyak yang melalaikan…
ujian Allah datang kerana kasihNya kpd hambaNya, agar iman terus tingkat, hati semakin dekat, dan jiwa lebih akrab dgnNya…
…………………………………………..
syukran untuk artikel.. dapat menenangkan jiwa yang sentiasa dahgakan peringatan.. teruskan usaha anda…
[Reply]
penulisanmu sggh indah dibaca…
Dia semmgnye tidak pernah menzalimi hamba2Nya…..
tnpa cabaran,dunia tiada erti…
hnya dgn cabaran baru terlihat rahmat Allah yg sgt luas buat hamba2Nya~
i really miss HIM……
syukran atas peringatan bersama:)
[Reply]
Salam.
Manusia tak boleh putus asa.. tak boleh..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada iman
Semoga kedukaaan itu membuatkan kamu tertingkat.
- kepada solehah
kamu boleh cari tajuk2 yang kamu mahu itu di post2 saya yang lepas. Ada banyak.
- kepada athirahwani
Alhamdulillah. Sama2 kita kuat…
- kepada srikandi dataran syam
Allah SWT menguji untuk melihat keimanan. Sama ada benar atau hanya dustaan. Maka ujian perlu kita hadapi dengan ketaqwaan.
Perhatian untuk orang yang beriman.
- kepada nobody
Sama-sama…
sama-samalah kita…
- kepada kembar
Alhamdulillah….
- kepada aku milikNya
Mudah untuk berkata, tetapi sukar untuk melaksana.
Kita di sini mencari jalan untuk melaksana, tidak sedar berkata-kata.
Menanam kefahaman di dalam diri, untuk menterjemahkan amalan ke dalam dunia.
- kepada hambamencari
Memang tidak boleh, tetapi ada yang berputus asa. Maka di sinilah kita bermula…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
ye betul berkata-kate memang mudah… tapi nak melaksanakan kate-kate… tidak semudah yang kita sangka…
syukran untuk peringatan…
same-same la kite menginsafi diri kite..
SALAM MAAL HIJRAH..
[Reply]
rse cm nak nges…
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada aku milik-Nya,
sememangnya begitu.
Dan kata-kata memerlukan bukti daripada amalan kita.
- kepada zikrrulmaut,
jangan hanya macam. Lepaskan ia.
menangis lah…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]