
Jangan lepaskan hubungan dengan-Nya. Dia mengasihi kita. Apakah kita tidak merasakan? ~ picture by Pengiran Badi'uzzaman. model: Tengku Syakir
“Nak buat macam mana, dah takdir”
“Allah dah susun macam ni. Aku boleh buat apa lagi”
“Memang aku ni takdirnya jahat. Dah tak boleh ubah dah”
“Aku ni memang nasibnya bodoh. Belajar la macam mana pun, tak boleh”
Biasa mendengar kata-kata ini? Baik keluar daripada orang lain, mahupun daripada diri kita sendiri.
Kesilapan kita, adalah kita menyalahkan Allah SWT dalam hal ini. Kita kata, Allah dah takdirkan kita jadi jahat, bodoh, tak boleh berubah dan sebagainya. Sedangkan, kita tidak tahu apa yang Allah takdirkan untuk kita.
Jadi, jangan salahkan Allah SWT.
Lihatlah pada diri kita sendiri.
Siapa yang pada tempat pertama, memilih untuk terus menjahatkan/membodohkan/tidak mahu buat perubahan pada dirinya?
Allah itu kasih sayang-Nya luas
Allah SWT mempunyai ilmu yang sangat-sangat luas. Kasih sayang-Nya juga sangat-sangat-sangat luas.
Antara kasih sayang-Nya adalah, Allah tidak menjelaskan ilmu-Nya yang luas itu kepada manusia.
Saya bagi contoh, ilmu Allah SWT berkenaan perkara-perkara masa hadapan.
Allah tidak memberitahu kita. Allah tidak menceritakan kepada kita. Hal ini kerana, jika kita sudah tahu apa yang akan terjadi, maka terputuslah segala harapan kehidupan manusia. Manusia yang kehilangan ikhtiar, sama seperti mayat yang berjalan.
Hal ini kerana, dia tidak punya ruang untuk berusaha.
Tetapi Allah tidak memberitahu kita masa hadapan kita, apakah yang bakal terjadi pada kita, lantas mewujudkan kepada kita satu kuasa bernama IKHTIAR/PILIHAN.
Di sini, nyalaan harapan muncul pada manusia yang lemah.
Tanda kasih sayang Allah SWT yang sangat luas.
Allah suruh pilih, Allah suruh usaha
Dengan ikhtiar yang Allah kurniakan kepada manusia, maka manusia berhak memilih. Tiada paksaan. Cuma, di sini perlu diketahui bahawa, setiap pilihan mempunyai konsikuensi/kesannya.
Allah SWT berfirman:
“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 256.
Siapa yang memilih kebaikan, Allah akan berikan pengakhiran kebaikan untuknya. Siapa yang memilih kejahatan, hasilnya di akhir nanti adalah keburukan. Itu keadilan Allah SWT. Walaupun mengambil jalan kebaikan menyebabkan kita susah di dunia, Allah Maha Adil dengan memberikan kita kesenangan di syurga yang amat hebat, dan abadi selama-lamanya dalam kesenangan itu.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” Surah Ar-Ra’d ayat 11.
Allah mengarahkan kita berusaha di dalam ayat ini. Ini juga namanya adalah pemberian peluang oleh Allah SWT.
Maka, apakah kita boleh menyalahkan Allah, sedangkan kita yang tidak mengambil peluang?
Tuduhan pada Allah itu satu jenayah.
Di zaman Saidina Umar, ada seorang pencuri ditangkap. Apabila ditanya kenapa dia mencuri, dia menjawab: “Sesungguhnya, Allah telah mentaqdirkan aku untuk mencuri”
Saidina Umar berkata: “Potong tangannya, dan sebat dia 40 sebatan”
Saidina Ali yang ada ketika itu terkejut: “Wahai Umar, hudud untuk pencuri memotong tangan. Justeru, apa perlunya pada 40 sebatan?”
“Itu adalah ta’zir(hukuman dari pemerintah) kerana dia menuduh Allah SWT sesuatu yang tidak patut dituduhnya” Umar RA menjawab.
Ini menunjukkan bahawa, tuduhan bahawa Allah telah mentaqdirkan kita keburukan-keburkan, adalah satu jenayah. Kita meletakkan kepada Allah kesalahan-kesalahan kita. Sedangkan, pada asalnya, kita tidak akan tahu sesuatu perkara melainkan setelah terjadinya ia. Maka, pada ketika itu kita sepatutnya memilih untuk ke arah kebaikan, bukan mengambil keburukan.
Silap pada tempat pertama, adalah kita.
Kita yang memilih keburukan. Maka, di mana salahnya Tuhan?
Dah usaha, dapat keburukan juga
Ada banyak kes, manusia cuba menjadi baik, jadi pandai, jadi berjaya, tapi tak mampu juga. Dia dah usaha banyak kali, tetapi asyik gagal sahaja untuk mencapai kebaikan.
Akhirnya dia kecewa. Putus asa. Dan berkata: “Allah dah takdirkan aku macam ini nampaknya”
Kesilapan orang sebegini adalah, dia tidak melihat keluasan kasih sayang Allah padanya.
Apakah dia tidak melihat, bahawa umur masih ada padanya, masa masih bergerak di sekelilingnya, usianya masih diterus sambung? Jadi, di mana peluang untuk berputus asa? Putus asa ini hanya bila mati sahaja. Sebelum mati, kita punya banyak peluang dan ruang untuk berusaha. Tidakkah kita melihat kasih sayang Allah pada ketika ini?
Kesukaran kita mendapat kebaikan adalah satu ujian. Ia bukan satu alasan untuk mengambil keburukan dan redha dengan kerosakan. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Mulk ayat 2:
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup bagi menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang terbaik amalannya; dan Dia itu Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);”
Ujian perlu ditempuh dengan kecekalan. Bukan berputus asa.
Allah SWT berfirman:
“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” Surah Yusuf ayat 87.
Hanya yang tidak percaya kepada Allah sahaja akan berputus asa.
Lihat. Pilihan di tangan anda. Kenapa anda memilih untuk tidak berusaha sampai ke akhirnya?
Penutup: Allah Maha Penyayang, kenapa kita mengkhianati-Nya?
Kita banyak songeh dengan menyalahkan Allah SWT itu dan ini. Sedangkan, Allah tumpahkan kepada kita banyak kebaikan. Keburukan-keburukan yang berlaku dalam hidup kita, majoritinya adalah kerana diri kita sendiri.
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah As-Syuura ayat 30.
Kita lupa, bahawa Allah tidak pernah membutuhkan kita. Kita yang memerlukan-Nya.
“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Toha ayat 132.
Maka, apakah patut kita mengkhianati kasih-sayang-Nya yang luas itu dengan memilih keburukan, memilih untuk berputus asa, dan tidak bergerak untuk berusaha sehingga ke akhirnya?
Ketahuilah, walau usaha kita itu tidak berhasil, tetap ada pahala pada usaha itu.
“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” Surah Al-Zalzalah ayat 7.
Besarnya kasih sayang Allah. Kita yang mengkhianati-Nya.




Allah maha adil. Dia tau apa yg terbaik utk kita. Dia buat elok dah semua. lengkap dah semua. cuma kita je yg kdg2 xnmpk, kita mengeluh, kita xpuas hti.
Bersangka baiklah dgn Allah..
[Reply]
Terima kasih atas posting ini Hilal.
Peringatan utk diri yg sering lalai dan lemah saat2 diuji..
Minta izin utk saya copy dan sebarkan pada rakan2..
Moga ALLAH redha..
[Reply]
Assalamu’alaikum,,,
Sesungguhnya, yang namanya manusia ini memang tak pernah puas dan sentiasa leka dengan nikmat kurniaan dari Sang Pencipta. Sudahlah begitu, sering pula menyalahkan Yang Maha Berkuasa dan malas pula untuk bergerak kembali pada titik permulaan untuk mencari kesilapan agar dapat perbetulkannya kembali.
Hakikatnya, tiada yang sempurna melainkan Allah dan sesuatu perkara yang terjadi itu sama ada baik atau buruk telah Allah tentukan dan kita sebagai hambaNya perlu melihat hikmah yang ada di sebalik terjadinya sesuatu perkara itu agar kita akan dapat kutip dan manfaatkannya dalam kehidupan untuk terus bergerak menjadi hamba Allah.
[Reply]
Assalamualaikum. T ksh ats perkongsian ini.
[Reply]
[Reply]
Salam,terima kasih saudara Hilal atas penulisan artikel ini.
Membaca pendahuluan artikel ini sahaja sudah mampu menggerakkan jiwa.Bila masuk bahagian isi lebih-lebih lagi menusuk kalbu.
Manusia sangat memerlukan pergantungan pada Allah.
Terima kasih untuk maksud Firman Ayat AlQuran:
“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Toha ayat 132.
[Reply]
Dalam situasi begini kita tidak boleh menyalahkan pada pencipta…
kita perlulah sentiasa muhasabah diri kita sendiri dalam apa jua keadaan tidak kiralah pada waktu susah mahupun senang…
setiap kejadian yang diberi olehnya ada sebab dan musabab nya tersendiri….
percyalah pada pencipta dengan hati yang luhur tanpa keraguan….
[Reply]
mcmmne klau-si A ngan B ni kwn baik,time prikse yg A ni slalu dpt mrkh tnggi walaupun A ni xbce bku pon,tp yg B ni pnyelah bce,hfal tp dpt mrkh rndah dr A..pstu yg B ni pun tnye kt Allah(dlm ati)”knapelah A ni slalu bleh tinggi,knape aku ni slalu bleh rndah?”..bleh xkte tnye kt Allah tp xtduh Allah?
[Reply]
entri yg beri semangat kpd sy.
Alhamdulillah
[Reply]
salam.
kes mcm farihah12 cerita tu mmg dah biasa sgt terjadi di kalangan kita kan? tapi saya percaya Allah lebih pandang kepada B berbanding A. sebab Allah tak pandang hasil tapi usaha.
wallahualam
btw,nice post.syukran.
[Reply]
Salam.
kepada Farihah12
pd pandangan sy, Allah lebih memandang kpd usaha, setiap usaha kita tu akan mndpt gnjrn daripadaNya insyallah.. Lepas kita usaha, kita tawakkal pada Allah. Insyallah, kita akan redha dgn ketentuanNya.
Mungkin Allah nak kita berusaha agar menjadi lebih baik dan Dia nak uji smpai mana tahap keimanan kita kepadaNya. Apakah hanya ujian sekecil ini kita sudah nak berpaling dariNya?
Pada sy, tak salah kalau kita nak berfikir sejenak kenapa si A lebih tinggi drpd kita. mungkin sbb amalannya lebih berkat. Dia lebih fokus study dlm kelas n lebih ikhlas menuntut ilmu daripada kita?amalannya kepada Allah mungkin lebih ikhlas drpd kita. Siapa tahu? Hanya Allah yg mengenali hati2 manusia.
Jadi, ambil peluang utk bersangka baik pdNya dan muhasabah diri kita. Mungkin, dalam usaha menuntut ilmu tu, byk maksiat yg kita lakukan secara sengaja ataupun tidak. Mungkin juga, kita tidak fokus dgn study. study berjam2 tp fokusnya mungkin dlm 50minit sj.. (mcm diri sndri pulak.huhu).
dan pelbagai kemungkinan lg. Cuba refleks balik kelemahan n kesalahan kita agar dgn ujian ni, kita akan menjadi insan yg lebih baik, hamba Allah yg lebih bersyukur dan keimanan kita lebih meningkat.. insyallah..
harap perbetulkan jika ada salah di mana2..wallahualam..=)
kepada Hilal,
alhamdulillah, syukur kpdNya kerana akh dikurniakan bakat menulis drNya dan bakat itu pula disalurkan utk tujuan dakwah. Moga akh mendapat pahala yg sntiasa mengalir insyallah. Saya suka cara pemikiran akh. Dalam novel VT contohnya, sejujurnya, sy tidak begitu meminati sukan. dan sy x berminat pun hndk membaca novel tersebut. Tetapi, bila kwn sy mengesyorkan dan kata novel ni lain dr yg lain, maka hati sy tergerak utk membacanya. subhanallah, mmg bagus skali cara akh menyampaikan mesej dalam novel tersebut. alangkah indahnya jika sukan mmg benar2 mengikut lunas2 islam..begitu juga dgn segala perkara yg kita lakukan dlm kehidupan. Teruskan menulis. Semoga kita semua hidup hanya keranaNya, insyallah.
[Reply]
assalamualaikum
nak tnye..bukan ke semua perkara yang jadi kat kita memng takdir yg telah Allah tentukan??sesuatu yg kter perlu yakin qodo` dan qodarNya..
bukan give up dgn apa yg Allah kasi tapi takdir tu sesuati yg Allah dh putuskan..
kalau kita tdak terima takdir yg Allah tentukan..siapa lah kita?..
eg..Kter berusaha untuk sambung blajar di luar negara dan akhirnye xdapat..itu takdir Allah untuk kita..ade hikmahnye..
mknenye terima takdir kita sebaiknya…
[Reply]
alhamdulillah.. perkongsian yg cukup2 menarik.
[Reply]
hurm..betul3…teruskan menulis..
[Reply]
assalamualaikum…
terima kasih atas article tersebut….ia banyak mnyedarkanku kerana perkara seperti ini seringkali berlaku dalam kehidupan tanpa kita sedari. Syukur kepada Allah kerana mnggerakkan hatiku untuk membaca article ini. Alhamdulillah….
[Reply]