
Otak, siapa pakai?
Ramai orang bertanya kepada saya, apakah motivasi yang mampu membantu mereka untuk membina peribadi yang baik, cekal dan tabah. Ada juga yang meminta motivasi yang boleh menaikkan semangat dan sebagainya. Pendek kata, macam-macam la orang minta motivasi itu dan ini.
Saya boleh hendak bagi. Saya ada macam-macam jenis motivasi, kata-kata motivasi. Tapi bila ramai sangat orang tanya, saya terfikir:
“Ni aku bagi, bagi ni, kalau aku tade nanti, mati ke, sakit ke, macam mana diorang nak dapat motivasi?”
Jadi hari ini, saya memilih untuk mengajak kita semua, agar mampu memotivasikan diri kita sendiri. Masa saya ada, tak mengapa lah kan tanya saya nak minta nasihat dan sebagainya. Tapi, dengan saya beritahu hal ini, nanti kalau saya sakit ke, mati ke, sibuk ke, maka anda semua mampu untuk memotivasikan diri anda sendiri.
Sebenarnya, rahsia motivasi itu ada pada semua ciptaan Allah SWT.
Ya. Ciptaan Allah SWT itu sebenarnya adalah nasihat.
Namun, ada satu kuncinya untuk menjadikan ciptaan Allah itu nasihat.
Yakni berfikir.
Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; Surah Ali-Imran ayat 190.
Ha…
Nampak?
Hanya manusia yang menggunakan akalnya sahaja yang mampu berfikir akan ciptaan-ciptaan Allah SWT. Saya hendak kita lihat, bahawa sebenarnya, sumber motivasi itu ada di sekeliling kita.
Motivasi ada pada bapa kita, motivasi ada pada ibu kita, motivasi ada pada kawan-kawan kita, motivasi ada pada guru-guru kita. Motivasi wujud juga pada semut, kucing, kumbang. Motivasi juga tersisip pada angin, ombak, pokok-pokok, gunung. Motivasi ada juga dalam figur-figur sejarah dan sirah nabawiyah.
Boleh dikatakan, setiap apa yang ada di atas muka bumi, atau segala yang diciptakan oleh Allah SWT, semuanya mampu menghadirkan motivasi dalam diri kita.
Hatta, syaitan itu sendiri, makhluk durjana itu sendiri juga mampu memberikan motivasi kepada kita. Syaitan memang langsung tak boleh dicontohi dari apa segi sekalipun. Tapi, pasti ramai yang kagum dengan kesungguhannya yang tidak pernah putus asa menarik manusia kepada kejahatan. Maka, kalau kita fikir lebih sikit, kita akan fikir macam ini:
“Ish, syaitan tu boleh usaha sungguh-sungguh ajak orang ke neraka, kena seksa, tapi kenapa aku tak boleh usaha sungguh-sungguh untuk bagi diri aku masuk syurga, dapat segala nikmat di dalamnya?”
Ha, bukankah itu motivasi?
Pokoknya adalah berfikir.
Sebab itu, kelebihan manusia berbanding makhluk lain adalah akal. Kita adalah khalifah, justeru kita perlu bijak menundukkan segala perkara lain untuk menjadi berguna kepada kita, dalam usaha kita menjadi hamba Allah SWT dan menyelesaikan tanggungjawabnya.
Masalahnya sekarang, siapa yang berfikir lebih?
Biasanya, manusia ni, tunggu kena suap sahaja.
Sebab itu, negara kita, ramai penceramah motivasi yang hebat macam Dr Fadzilah Kamsah dan Ustaz Hasrizal Jamil. Tapi masyarakat tak meningkat pun. Salah penceramah kah?
Bukan. Tapi salah manusia itu sendiri kerana tidak berfikir untuk memotivasikan dirinya. Kalau dia nampak, motivasi itu hanya pada penceramah motivasi, maka dia akan mendapat masalah. Apa masalahnya? Masalahnya adalah, apabila dia tiada duit, dia tidak boleh pergi ke ceramah motivasi daripada penceramah motivasi yang terkenal yang mampu beri dia motivasi. Masalah lain, selalunya, manusia ni hadapi masalah dalam keadaan dia sukar berhubung dengan orang lain. Contoh masalah datang dalam hutan dan sebagainya.
Kan dah susah? Lepas tu semangat hilang, akhirnya jadi putus asa dengan kehidupan.
Kenapa? Kerana tidak mampu berfikir untuk memotivasikan diri sendiri.
Saya tak nafikan la penceramah motivasi itu penting. Jangan kata saya boikot suruh jangan pergi dengar ceramah motivasi. Penceramah motivasi, atau penulis macam saya ini, kami hanya sampingan dalam hidup anda. Akhirnya, yang hendak membantu diri anda adalah diri anda sendiri. Kalau kita ini tak mampu nak pertingkatkan diri kita, tak mampu nak memotivasikan diri kita sendiri, susahlah.
Jadi saya nak buka minda semua. Motivasi tu sebenarnya sentiasa ada di sekeliling kita. Cuma kita sebenarnya tak berfikir panjang sikit. Kalau kita mampu berfikir, menggerakkan akal kita agar kritis dan kreatif, serta mempunyai daya inovatif, nescaya kita akan mampu memotivasikan diri kita.
Saya yakin, kalau kita tadabbur alam ini dengan fikiran yang matang, pastinya akhir sekali kita akan kata: “Ah, semua ini tak sia-sia rupanya…”
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Surah Ali Imran ayat 190-191.
Ha, apa lagi?
Jom motivasikan diri!
Kuncinya adalah berfikir dengan akal kurniaan Ilahi!
Ps: Motivasi itu juga ada dalam diri anda sebenarnya…





al-quran dan rasul.. motivator terbaek~
[Reply]
tak gak.kalau kita tak mengimaninya.
[Reply]
The Motive Here
Is To Be Better,
Right?
[Reply]
salam akhi hilal..
motivasi memang ada di sekeliling kita..
namun fitrah manusia kita hanya ingin di suap sahaja taknak berfikir..
jika kita sanggup untuk berfikir, pasti ramai insan-insan yang berjaya tercipta..
sejarah telah membuktikan, insan yang bermotivasi pasti berjaya contohnya ilmuwan-ilmuwan islam kita yang mencipta nama di serata dunia..
ambillah masa untuk bermuhasabah..
selami diri, dan kita pasti memjumpai motivasi diri kita itu..
insya allah..
[Reply]
Salam Hilal..
Terima kasih atas peringatan..
Sesungguhnya Al Quran dan sunnah itu cukup utk memotivasikan kita, andai kita benar2 menghayatinya..
Semoga ALLAH redha..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada semua,
Kelebihan manusia terletak pada akal fikiran, maka mari kita gunakannya dengan sebaik mungkin.
Motivasi boleh datang daripada diri kita. Namun perlukan ilmu juga. Marilah kita sama-sama perkuatkan diri.
Motivasi yang baik, adalah apabila kita mampu relatekan sesuatu itu dengan Allah SWT. Motivasi yang baik, adalah apabila kita mampu bergerak pulang kepada-Nya dengan hati yang sejahtera.
Semoga Allah rahmati kita…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
Assalamualaikum ustaz,
Saya ada terbaca sebuah blog bercakap tentang motivasi. Saya paste kat sini ye.mintak pendapat ustaz:
“Aku mengadu kepada Waki’ (guru Imam Syafie)
mengenai buruknya hafalanku…..
Maka dia menunjukkan kepadaku supaya meninggalkan maksiat..
dan memberitahuku bahawa ilmu itu adalah cahaya…
dan cahaya Allah tidak dikurniakan kepada orang yang melakukan maksiat..”
Syair Imam Syafie.
Minggu lepas aku ada menonton rancangan Malaysia Hari Ini di tv3. Dalam rancangan tersebut ada sorang doktor tengah mempromote sebuah buku tulisan beliau.buku tentang motivasi untuk para doktor tak silap aku. Aku tak tengok dari awal.. masa aku bukak rancangan tu slot doktor tu dah nak habis..tp aku sempat dengar kata2 nasihat beliau yang aku nak kongsi dgn korang hari ni..
Doktor tu bagi nasihat supaya para doktor menjauhi sikap sombong..kerana bila menjadi doktor orang akan tumpu kepada kita untuk mendapat nasihat, bertanya dsb maka disinilah sikap sombong dan riya’ akan mudah terbentuk dalam hati… begitu juga dengan golongan2 seperti ustaz dsb yang biasanya menjadi tumpuan masyarakat untuk mendapat nasihat, bimbingan, motivasi etc…golongan2 seperti inilah yang mudah diserang penyakit2 hati seperti sombong, ujub, perasan bagus dsb…
begitulah intisari nasihat doktor tersebut…istilah perasan bagus tu aku tokok tambah…doktor tu tak sebut pun tapi ia sama saje dengan sombong dan ujub..
Aku dah banyak kali jumpa manusia perasan bagus ni…antaranya bila kita jumpa dia untuk mintak nasihat seperti:
“Doktor…macamana nak bagi rasa lebih semangat untuk belajar?”
“Prof…macamana nak jadi seorang pelajar yang cekal?”
“Ustaz…macamana nak jadi seorang pekerja yang berdedikasi?”
Lalu mereka jawab:
“Kamu semua ni asyik nak tanya saya je..cubalah fikir sendiri…kalau saya takde sapa nak tolong kamu semua kalau kamu taknak fikir sendiri?”
Ini kisah benar…ko akan jumpa ramai jenis-jenis “pakar motivasi” macam ni…
sungguh perasan mereka itu…dia ingat orang tanya dia sebab dia bijak dan orang tu bodoh takleh fikir sendiri…macam lah dia sorang yang berfikir sendiri…
Dia tak sedar motivasi yang ada pada diri dia pun bukanlah semua datang dengan berfikir sendiri…Contohnya kau belajar agama dengan tekun disebabkan kau tahu kat akhirat nanti kau akan dapat ganjaran…maka ganjaran akhirat itu lah yang menjadi motivasi luaran (extrinsic motivation) kepada kau untuk belajar agama dengan tekun…
Adakah dengan berfikir sendiri maka kau mengetahui bahawa kau akan mendapat ganjaran di akhirat? sudah tentu tidak…mesti ada seseorang samada ibu bapa atau ustaz kau yang bagitahu kau bahawa kau akan dapat ganjaran di akhirat kalau kau tekun belajar…
bukan semua motivasi boleh diperolehi dengan berfikir sendiri so kalau orang mintak nasihat/motivasi maka berilah kalau ko mampu..Dan berilah motivasi yang berpandukan al-quran dan sunnah…kau kan ustaz…
Ambillah teladan dari syair Imam Syafie yang aku letak kat atas tu…bila dia bertanya kepada gurunya maka gurunya memberikan tips bagaimana untuk membina hafazan yang baik iaitu dengan cara meninggalkan maksiat…bukannya menyuruh Imam Syafie berfikir sendiri…
Maka ingatlah kawan-kawan,
SILA BERI PERHATIAN
Bila ada orang datang kat ko bertanya
“Ustaz…macamana nak bagi rasa lebih semangat untuk belajar?”
ada 2 perkara penting ko kena ingat
1.JANGAN PERASAN HEBAT…dia tanya ko bukan bermakna ko bijak atau ko seorang yang bersemangat dalam belajar atau ko pelajar cemerlang etc..ramai pakar2 motivasi sendiri pun bukanlah seorang yang cemerlang tapi still ada orang panggil mereka bagi motivasi kat pelajar2 bagaimana menjadi pelajar cemerlang… dan ramai juga ustaz2/cikgu/ kaunselor kat sekolah yang bukanlah seorang yang cemerlang tapi orang still mintak tips dan nasihat dari diorang…sebab apa? lu pikirlah sendiri…
2. JANGAN PANDANG RENDAH ORANG LAIN…bila orang mintak nasihat ko maka jangan anggap dia bodoh takleh fikir sendiri…bila orang mintak ko bagi motivasi maka jangan anggap orang tu tak bermotivasi. ..Ko kena sedar bila dia mintak nasihat/motivasi macam tu bukan bermakna dia tak pernah berfikir sendiri macamana nak manambahkan semangat untuk belajar..mungkin dia dah cuba macam2 cara…dia bertanya ko sebab mungkin dia rasa ko ada tips2 lain yang lebih best yang dia boleh praktikkan.. .tapi malangnya bila hati ko deselubungi sifat ujub maka ko perasan yang orang lain begitu memerlukan nasihat dari ko sehinggakan ko rasa kalau ko takde atau sibuk maka orang lain akan terkapai-kapai takde orang yang boleh bagi motivasi kat diorang lalu ko pon suruh diorang berfikir sendiri…ohh. ..
kalau begitu buang saje buku2 motivasi yang ada di pasaran…hentikan saje ceramah2 motivasi…tak perlu lagi berkongsi tips2 untuk membina motivasi diri tetapi kita sama2 jayakan slogan “lu pikirlah sendiri”..
Kalau ada sekolah yang nak buat kem motivasi maka tak perlu buat…cuma suruh pelajar2 sama2 fikir sendiri…kita kumpul ramai2 kat dewan dan fikir sendiri bagaimana nak memotivasikan diri…oh… adakah berfikir sendiri untuk memotivasikan diri adalah syarat utk maju? jangan keliru antara “berfikir” dengan “berfikir sendiri untuk memotivasikan diri”…ia adalah 2 perkara yang berbeza…untuk maju kita perlu berfikir tapi untuk memotivasikan diri demi mencapai kemajuan tidak semestinya berfikir sendiri..sekali lagi aku ingatkan jangan apply mana2 slogan dalam semua situasi…ada benda yang ko boleh suruh orang fikir sendiri dan ada benda yang takleh….
cuba ko bayangkan kalau ko mintak tips nak jadi pelajar yang tekun belajar kat sorang ustaz…tetiba ustaz tu cakap “awak fikirlah sendiri…lihat kejadian Allah…kalau kita berfikir sendiri maka ia dapat memotivasikan diri kita…awak kena berfikir sendiri..nanti kalau saya takde, sapa nak bagi motivasi kat awak?”
kalau ko dengar jawapan macam ni mesti ko rasa menyampah… kita tanya ustaz tu sekadar nak dapat maklumat tambahan…of course la sebelum ni kita dah fikir sendiri mcm2 cara supaya kita jadi rajin belajar…tapi kita still tanya ustaz tu kot2 ada tips2 lain yang berdasarkan al-quran dan sunnah ke yang boleh menambahkan motivasi…bukannya sebab takleh fikir sendiri…tapi dia perasan bagus seolah2 dia sorang yang boleh bagi motivasi dalam dunia ni..
Kalau orang mintak nasihat maka bagilah nasihat kalau kau mampu…bukankah itu hak sesama muslim? mungkin dengan nasihat ko tu dapat memajukan diri dia…contohnya ko bagitahu dia yang Allah suka orang yang melakukan sesuatu dengan tekun…maka kata2 itu telah menjadi extrinsic motivation kepada dia.. menyebabkan dia tekun belajar sehingga dia berjaya dengan cemerlang walaupun motivasi itu bknlah datang dari fikirannya sendiri tapi dari nasihat ko yang berdasarkan al-quran dan sunnah…
dan ketahuilah bahawa itulah(quran dan sunnah) sumber motivasi paling agung…sebab itu kalau orang mintak tips belajar ke…ko sebagai ustaz sepatutnya mampu berikan motivasi berpandukan quran dan sunnah bukannya ko suruh dia fikir sendiri…takut2 motivasinya adalah berbentuk dunia…contohnya dia belajar untuk mendapat hadiah atau pekerjaan yang bagus etc..
Kesimpulannya di sini…kepada golongan doktor atau ustaz atau motivator ataupun sesiapa sahaja yang selalu menjadi tumpuan atau rujukan masyarakat utk mendapatkan nasihat, bimbingan, motivasi dsb maka berhati2lah dengan penyakit2 hati seperti ujub,sombong, riya’,perasan bagus dsb yang mudah menyerang dan merosakkan hati kita.
sekian terima kasih.
p/s: kadang2 aku tak suka ceramah motivasi sebab pengisiannya ntahapahapa. …
[Reply]
baru baca gak blog yg huda ckp tu..:))
[Reply]
semua manusia dn haiwan m’punyai otak..maksudnye,semua pkai otak.tp,ape lebihnye manusia??sbb manusia ade akal fikiran..m
[Reply]