Semalam saya belajar di dalam kelas Aqidah 1 yang disampaikan oleh Dr ‘Ala Hilat.
Kami berbincang berkenaan dalil-dalil yang membuktikan kewujudan Allah SWT, dan betapa Allah SWT itu kewujudannya wajib dan Dia tidak bermula dengan tiada kepada ada, tetapi Dia memang tersedia ada. Saya tak mahu berbahas panjang dalam hal ini, sebab saya tahu anda akan pening. Kena ikut kuliah kalau betul-betul nak faham. Tapi yang penting, Allah itu wujud.
Dalam berbicara berkenaan Allah itu wujud, kami membahaskan berkenaan wujud dan ‘adam(tiada). Orang-orang ateis percaya bahawa dunia ini terjadi secara tiba-tiba, daripada tiada terus mengadakan dirinya sendiri. Namun pendapat ini disangkal dengan logik akal betapa benda yang tiada, sifatnya adalah tiada apa-apa padanya, tiada kekuatan, tiada kehidupan, tiada ruh, tiada segala-galanya, jadi bagaimana yang tiada itu mempunyai kekuatan mewujudkan dirinya?
Di sinilah Dr ‘Ala berkongsikan satu perkara yang membuatkan mata saya membesar semalam, seterusnya tersenyum dengan hati yang lapang.
Perkara berkenaan betapa kita ini perlu menghargai kewujudkan kita di atas dunia ini.
Daripada tiada kepada ada
Kalau kita perhatikan di dalam dunia ini, tiada perkara terjadi tanpa sebab. Sakit datang kerana virus, bakteria. Sakit sihat dengan penjagaan yang baik, dengan ubat, dengan pemeriksaan doktor. Kita hidup kerana ibu ayah kita berkahwin dan melahirkan kita. Kita tidak lapar kerana kita makan, kita lapar kerana kita tak makan. Pokok tumbuh dengan sebaran biji benih dan ada ajen penyebaran. Air terhasil dengan gabungan dua hidrogen dan satu oksigen. Begitulah.
Semuanya ada sebab. Ada puncanya yang menyebabkan ianya ada.
Tiada benda yang tiada, tiba-tiba ada tanpa penciptanya.
Sebab itu, kata-kata bahawa dunia ini tercipta sendiri, mencipta dirinya sendiri, wujud dengan tiba-tiba, adalah kata-kata disangkal dan ditolak 100%. Teknologi dan kajian hari ini pun telah menjumpai bahawa dunia ini asalnya tiada. Mengikut teori Big Bang, bermula dengan kejadian Big Bang itulah alam ini terhasil. Jadi, siapa yang melakukan big bang? Adakah tiba-tiba, tak fasal-fasal berlaku letupan? Bagaimana hendak melakukan letupan yang maha besar itu?
Pasti adanya pencipta. Dia yang tersedia wujud, yang mempunyai kekuatan, yang awal dan akhir, yang tiada permulaan dan tiada pula pada-Nya pengakhiran, yang abadi dan azali, Dialah yang mencipta dan mewujudkan semuanya. Dialah yang menjadi pentadbir kepada aturan alam yang tersusun ini, walaupun alam ini amat kompleks aturannya.
Dialah Allah, pencipta kepada segala-galanya, Tuhan kepada kita.
Setiap perkara punya sebab, tetapi…
Setiap perkara mempunyai sebab. Semua orang faham begitu, semua orang nampak begitu. Nak tak nak, mesti ada sebab yang menjadikannya.
Hinggalah satu ketika, syaitan mengacau pemikiran insan dan memasukkan pula fahaman begini:
“Kalau sakit, ambil ubat, mesti kau sihat”
“Kalau nak anak, kahwin, mesti kau dapat anak”
“Kalau nak kaya, buat bisnes, mesti kau kaya”
Perhatikan perkataan mesti. Itu membuatkan kita akhirnya, apabila tidak mendapat sesuatu yang diingini apabila telah mengambil sebab, bila berubat tapi tak sihat, bila kahwin tapi tak dapat anak, bila bisnes bankcrupt dan muflis, maka kita menuding jari kepada Allah dan menyalahkan-Nya bersama takdir-Nya. Pada mereka, mereka telah mengambil sebab, maka mestilah mereka dapat apa yang mereka usahakan.
Perkara ini terjadi pada zaman bani Israel, sebelum Nabi Isa As dilahirkan.
Manusia sudah terlupa, memang hendakkan sesuatu perkara, kita perlu mengambil sebab. Tetapi, yang mewujudkan sesuatu yang tiada, itu hanya kuasa Allah SWT sahaja. Allah adalah sebab kepada sebab yang kita ambil itu untuk berfungsi. Terpulang kepada Allah, Dia mahu atau tidak untuk memberikan kita sihat dengan ubat yang kita ambil, memberikan kita anak dari perkahwinan kita, dan memberikan kekayaan kepada perniagaan kita.
Sebab itu, pada zaman itu, Allah SWT mencipta Nabi Isa As dan melahirkannya dari perut Maryam. Perhatikan kelahiran Nabi Isa As. Dia lahir tanpa sebab. Maksudnya, dia lahir tanpa bapa. Tadi kita kata, kalau nak lahirkan anak, kita kena kahwin. Itu sebab untuk melahirkan seorang anak. Tetapi Allah SWT mencipta Nabi Isa AS tanpa bapa.
Seakan-akan satu bentakan daripada Allah SWT kepada umat manusia ketika itu, dengan menyatakan: “AKU adalah yang menciptakan alam ini, AKU adalah yang wujudnya asli, maka AKU berhak untuk mengadakan yang tiada mengikut kehendak aku, tanpa sebab mahupun bersebab, kerana sebab itu pun AKU yang ciptakan”
Allah hendak menunjukkan kepada kita bahawa, Dialah yang berkuasa atas segala-galanya. Sebab yang kita ambil hanya usaha, dan kita sepatutnya tidak melepaskan pergantungan kita kepada-Nya dalam usaha kita.
Apa yang saya hendak anda perhatikan?
Lihat, Allah SWT itu berkuasa mengadakan yang tiada. Baik dengan sebab, mahupun tanpa sebab.
Di sini Dr ‘Ala berkata:
“Kamu yang memahami akan kudrat Allah SWT sebegini hebat ini, hendaklah melihat kepada diri kamu sekarang. Apakah kamu ini sekarang wujud atau tiada?”
Kami semua wujud, saya sedang menulis untuk anda ini wujud. Kami bukan sedang tiada.
Dr ‘Ala bertanya: “Apakah sebab kewujudan kamu?”
Semua diam. Kemudian Dr ‘Ala berkata: “Saya sebenarnya tidak mahu bercakap berkenaan seks sangat, tetapi saya hendak kamu perhatikan bahawa kamu ini terjadi disebabkan persenyawaan antara sperma ayah kamu dan ovum ibu kamu. Betul?”
Semua mengangguk.
“Ada berapa banyak sperma selain kamu?”
Banyak. Berjuta.
“Tetapi dalam jutaan sperma itu, kamulah yang Allah pilih untuk diwujudkan”
Perhatikan. Perhatikan wahai pembaca kata-kata dalam jutaan sperma itu. Kita yang terpilih. Kita.
“Jadi, apakah yang jadi pada lain-lain sperma selain kamu?” Dr ‘Ala bertanya lagi.
Semua diam.
“Itulah dia tiada” Dr ‘Ala menutup kuliahnya.
Hati saya rasa kembang. Dalam jutaan sperma, saya adalah satu-satunya yang terpilih untuk diwujudkan, saya baru terlepas dari menjadi tiada, kemudian wujud di atas dunia ini, diberi peluang ikhtiar, diberi untuk merasa bahagia sedih, suka duka, senang susah dan 1001 lagi nikmat kehidupan.
MasyaAllah…
Penutup: Maka apa anda rasa yang perlu kita buat dengan hidup?
Daripada jutaan sperma, kita yang Allah pilih untuk diwujudkan.
Dr ‘Ala berkata: “Tidakkah kamu merasa, betapa kamu perlu memuliakan, menghargai kehadiran kamu di atas dunia ini? Apakah pantas untuk kamu menghargai kehadiran kamu dengan merosakkan diri kamu dan melakukan perkara-perkara yang tidak baik untuk kamu? Sepatutnya kamu perlu hidup dalam kesyukuran yang tinggi atas kewujudan kamu”
Jadi pembaca, agak-agak kehidupan yang terbentang di hadapan kita yang kita dapat rasakan kerana kita wujud ini, apakah pantas ia kita bazirkan dengan keingkaran kepada Allah SWT?
Kita diberi peluang untuk meragut syurga sedangkan jutaan sperma yang lain tidak diberi peluang langsung menjenguk dunia. Tidakkah kita patut menggunakan peluang ini sebaiknya? Allah SWT mempunyai kudrat untuk memilih sperma lain, tetapi dengan kudrat-Nya yang mulia dan tidak terhingga itu, Dia memilih kita dengan khas.
Kita ini dijemput Allah, bukan dijemput sebarangan makhluk, tetapi dijemput oleh PENCIPTA SEGALA APA YANG ADA DI ATAS ALAM INI, untuk hadir ke dunia dan berusaha meragut syurga. Hadir dijemput, perjuangan dibalas pula.
Tidakkah anda merasakan, kita ini patut serius dengan kehidupan kita sekarang?
Apa pandangan anda?
Hargailah kehadiran kita ini. Jemputan mulia ini, bukan untuk kita persiakan.






tq 4 sharing. i learn that in commerce class
subhanallah…speechless!!
how special we are actually…
mmmm..
sy baru lps mkn tghari.. kenyang nye, ye la kan.. menu lunch arini lazat.. sape bg lazat? sape bg sy kenyang?
Allah lah yg bg nikmat tu…
chef kedai tu, tanpa pertolongan Allah, tak terdaya pon nak bg org makan kenyang2 sehingga menjilat jari……
..and yes, u are rite.
kita dipilih, dijemput utk bernafas.. mesti ade tujuan. dpt tgk dunia ni ingt Allah sesaja suka-suki bg utk seronok2 je ke. mmmmmm…
TQ for this article. love it.
salam… nice text editted. Betol tu.. from millions of sperms, we’re selected. as a succeeded person on earth. thanx for reminding me.. truskan membimbing..
terima kasih.tapi masih kurang jelas.masih ada benda yang tertanya-tanya
Good sharing, tq so much…go on..
terima kasih dengan perkongsianya.
artikel ni membuatkan saya tersedar dari kealpaan bahawa betapa bertuahnya saya diberi nikmat bernafas di muka bumi ini..
Dan dengan nikmat saya bernafas ini bukanlah untuk dipersia-siakan.
Oleh itu marilah kita insan yang dijemput kehadiranya di muka bumi ini berbuat kebaikan.
-semoga kita semua menjadi hamba yang diredhai
Salam…
Berbicara tentang Aqidah, saya menjadi hairan kenapa anda meletakkan artikel yg bercanggah dgn Aqidah. Saya melihat² sekitar artikel anda dan kata² anda sgt menghairankan saya :
“Hati saya rasa kembang. Dalam jutaan sperma, saya adalah satu-satunya yang terpilih untuk diwujudkan, saya baru terlepas dari menjadi tiada, kemudian wujud di atas dunia ini, diberi peluang ikhtiar, diberi untuk merasa bahagia sedih, suka duka, senang susah dan 1001 lagi nikmat kehidupan.”
Apakah sifat bg Allah?! Salah satunya “Wujud”… Betul kan?
Bagaimana anda mengatakan anda yg terpilih untuk “diwujudkan” ?
Wujud lawannya tiada kan?! Bermakna tiada lawan kepada yg wujud….
Adakah anda cuba untuk samakan diri anda dengan Allah?!
Astaghfirullah…
Assalamu’alaikum,
- kepada MH
good to make revision aren’t we? may Allah bless
- kepada ummuhumaira
Hargailah keistimewaan itu dengan bergerak menjadi hamba-Nya yang bersyukur.
- kepada inas
Alhamdulillah. Sebab itu, kita perlu mengambil sebab sambil meminta kepada Allah SWT agar kita diberikan apa yang kita usahakan.
- kepada baLQis
sama-sama kita muhasabah, dan koreksi diri.
- kepada nadya
maka perkara yang tertanya-tanya itu, sila perpanjangkan dalam soalan
- kepada adar
Alhamdulillah…
- kepada nur
Mari sama-sama kita belajar menghargai kehadiran kita di atas dunia ini, bergerak mencari redha-Nya..
- kepda Sejukk Panass
Saya tak mahu perpanjangkan hal ini kepada kamu. Sebab saya nampak kefahaman kamu agak lain sedikit. Saya telah baca blog kamu dalam bab Islam akhir zaman, saya perasan sudut pandangan kita berbeza.
Saya lihat kamu samakan ‘wujud’ yang saya pakai, dengan sifat ‘wujud’ Allah. Sedangkan ada beza sifat ‘wujud’ insan dengan sifat ‘wujud’ Allah. Allah wujud-Nya asli, Dia wujud tanpa permulaan dan tanpa pengakhiran. Manusia, wujudnya ada permulaan dan manusia akan berakhir. Allah memang asalnya wujud, bukan berasal dari ketiadaan. Tetapi manusia asalnya ketiadaan, kemudian diwujudkan oleh Allah SWT.
Saya rasa, kebanyakan orang bila baca artikel saya tahu bahawa saya bukan mensyirikkan Allah, bukan menyamakan diri saya dengan Allah. Tambahan, semua manusia lahir dari percantuman sperma dan ovum kecuali dua orang sahaja - Nabi Isa dan NAbi Adam.
Jangan pantas menuduh orang begitu begini. Sudah jelas bahawa perkataan wujud yang saya pakai bermaksud ada, hadir. Bukannya bermaksud wujud seperti wujudnya Allah SWT.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
aku bersetuju…aku rasa saudara sejuk panas mungkin keliru sedikit..
allah wujud,kita pun wujud..dan ini semua,kebanyakan orang tahu..allah wujud bukan drpd tiada tetapi manusia wujud drpd tiada..
aku rasa ini hanya salah faham bahasa je..
maka wujudnya diri?
adakah apabila saya memandang di antara kamu, ertinya saya sedang memandang di antara kamu?
adakah kamu memandang saya, ertinya kamu sedang memandang saya?
adakah hadirnya di antara kamu, ertinya kamu hadir di situ?
adakah hadirnya saya, ertinya saya hadir di situ?
adakah sperma yg sebanyak yang ada itu, adalah sperma yang sebanyak itu?
adakah akal yang tidak dapat dilihat, adanya akal itu?
adakah dari yang tiada diciptakan, ertinya menjadi ada dari sebelumnya?
Adakah saudara sejukk panass sebenarnya tidak wujud????
insya Allah saya tidak wujud…
insya Allah dunia ini tidak wujud…
insya Allah segala yg dilihat, dirasa, didengar, dibau tidak wujud…
insya Allah yg wujud hanya SATU…
slm ukhwah, slm ilmiah..
moga sume dlm redhoNya.
saudara sejukk panass…usah dinilai suatu kalam itu hanya pd zahir dan perbahasannya sahaja…anda perlu tambah nilai ilmu falsafah dan memahami perkara pokok perbincangannya terlebih dahulu..lg satu..fahami akan maksud drpd kalam yg disampaikn..bukan menilai kalam dr sudut kefahaman diri anda..
sila berhati2 dgn pemikiran yang tidak terdorong~
belajar dgn berpandu..
kelak tidak syaitan yang memandu..
Harap sejuk panas berhati-hati ini boleh menimbulkan kekeliruan. ~yang mencari redha illahi
TQ… nice… meleleh air mata baca artikl nie…
Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?
(Al-Mukminuun: 114-115)
nikmat yg patut disyukuri
SALAM..sejukpanas,mengelirukan.
ye aku dah nmpk..otak sejukk panas kurang normal sbb dia kata insyaallah dia wujud..padahal dia sudah pun wujud..insyaallah tu digunakan utk masa depan yang tidak diketahui..dia sudah wujud tapi dia ckp insyaallah wujud..
point pentingnya dia ckp akan wujud(mafhum drpd insyaallah)..
agaknya bila la sejuk panas akan wujud..??
sejuk panas..tolong add aku kt ym..aku nk borak2 gn ko..aku nk cuba memahami otak ko..julia_11990@yahoo.com
tadi aku tersilap taip..bukan wujud tp xwujud pd perkataan sejuk panas td..
Salam kepada saudara sejukk panass semoga saudara dikurniakan hidayah jua rahmat serta kasih sayang daripada Ilahi….aaaamiin
salam. pening pulak dgn sejuk panas
mmg panas…
Assalamu’alaikum,
- kepada raja meser
ya. Saya rasa ini memang salah faham bahasa sahaja. Kita nak tak nak, memang kena guna bahasa manusia untuk menerangkan Allah SWT. Tapi semestinya lain. Contoh: Dalam ayat Al-Quran ada menyatakan tangan Allah. tapi ‘tangan Allah’ semestinya lain dengan ‘tangan manusia’ sebagaimana tangan manusia berlainan dengan tangan haiwan.
Begitulah kewujudan Allah, berlainan dengan kewujudan manusia.
Tapi apakah mansuia wujud, saya akan katakan ya. Jika kita semua tiada, maka kita tidak akan berinteraksi sekarang. Cuma kewujudan kita sememangnya berbeza dengan kewujudan Allah SWT.
- kepada cahayabijaksana
em.. soalan yang baik. Tapi harapnya tidaklah menimbulkan persengketaan yang lebih panjang…
- kepada senang2kn
terima kasih atas tambahan dan tegurannya. Sesuai untuk kita perhatikan bersama…
- kepada Nur
Ya. Sepatutnya kita berhati-hati.
- kepada saysue
Alhamdulillah. Allah jugalah yang memberi kesan pada hati-hati kita…
- kepada AhmadFaiz.MS
Terima kasih atas tambahannya…
- kepada amin
semestinya…
- kepada PR
Benar. InsyaAllah akan usaha untuk meleraikan kekeliruan. Dia mungkin ada fahaman lain.
- kepada raja meser
Bertenang raja meser. Jangan kita terus kata otak dia tak normal. Mungkin dia belajar lain dari kita. jadi dia susah nak hadam apa kita faham.
Tindakan kamu nak berborak dengan dia tu bagus. Mungkin kamu boleh dalami dia dan fahami masalah dia.
Perlahan-lahan kita betulkan mana silap, dan kita juga berusaha mempertingkatkan diri.
- kepada aulia
Semoga kita semua juga dikurniakan hidayah, kasih sayang dan rahmat Allah SWT.
- kepada Pengemisredha
Memang. Air yang sangat panas yang diletakkan di dalam gelas, kalau diletakkan pada tempat yang sangat sejuk, maka gelas akan retak.
Sama-sama kita usaha belajar dan menambah kefahaman…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
Assalamua’laikum,
ini khas untuk sejukk panass.
Kamu ni sampai mengaku kamu sendiri tak ada. InsyaAllah tak wujud kamu kata. Jadi saya nak soal kamu beberapa perkara.
1. Kenapa kamu letak insyaAllah kamu tak wujud kalau kamu memang yakin kamu tak wujud?
2. Atau kamu nak maksudkan InsyaAllah itu adalah dengan izin Allah kamu tak wujud? Kalau Allah izin kamu wujud macam mana?
3. Atau kamu ni gaya kebanyakan orang, sebut InsyaAllah kerana tak pasti? Jadi kamu ni tak pasti la kamu ni wujud atau tidak, begitu?
Baik. Seterusnya, saya ingin kamu buat kajian sedikit dengan memerhatikan persekitaran kamu. Kamu kata, tiada apa yang wujud selain Allah SWT kan?
Saya ingin kamu buat kajian sikit ni.
1. Apabila kamu merasa lapar, saya minta kamu jangan makan. Kerana lapar itu pada kamu tak wujud, dan makanan itu pun tak wujud. Jadi jangan makan bila lapar sebab lapar tu tak ada sebenarnya, dan kalau lapar tu ada pun, makakan tu tak ada sebenarnya untuk selamatkan kamu dari kelaparan.
- kalau kamu akhirnya makan juga, minum air ke, tandanya kamu bersetuju bahawa kamu itu wujud, lapar itu wujud, makanan itu wujud.
2. Kamu umur berapa? Kalau kamu umurnya pelajar, maka saya minta kamu hentikan pelajaran kamu. Kalau kamu umurnya pekerja, maka saya minta kamu hentikan pekerjaan kamu. Buat apa kamu belajar kalau kamu sendiri tidak wujud, kalau ilmu itu sendiri tidak wujud, kalau guru itu sendiri tidak wujud, kalau pelajaran itu sendiri tidak wujud. Jadi tak payah belajar. Buat apa kamu kerja kalau kamu sendiri tak wujud, kerja kamu tu tak wujud, duit yang kamu dapat dari kerja tu tak wujud. Jadi tak payah kerja.
- kalau kamu tetap belajar dan kerja selepas ini, maka kamu mengakui bahawa kamu itu wujud, ilmu itu wujud, guru kamu wujud, duit kamu hasil kerja itu wujud, kerja kamu itu wujud.
3. Kamu kata kamu tak wujud. Tak ada. Kamu kata wujud tu sifat pada Allah, langsung tak boleh ada pada manusia. jadi saya pun tak wujud la macam itu. Maka kalau kamu tak wujud, dan saya pun tak wujud, maka perbincangan kita ini pun tak wujud. Jadi, buat apa teruskan perbincangan?
- kalau kamu teruskan perbincangan ini, maka kamu akui saya dan kamu wujud, perbincangan kita wujud.
4. Sifat Allah SWT itu langsung tak boleh ada pada manusia. Jadi kamu selepas ini jangan berkasih sayang, jangan marah, jangan hidup. Bagaimana?
- kalau kamu tetap berkasih sayang, marah pada orang, dan hidup, maka kamu akui kamu itu wujud.
5. Wujud lawannya tiada. Apa-apa yang ‘tiada’ maka dia tidak mempunyai ‘apa-apa’. Tiada kekuatan, tiada ruh, tiada kehidupan, tiada segala apa-apa yang boleh membuatkan dia ‘wujud’. Jadi, kamu yang percaya kita semua ni tak wujud, saya minta jangan keluar rumah, jangan makan, jangan minum, jangan kerja, jangan belajar, jangan kahwin, jangan berbincang dan jangan segala-galanya, dan jangan hidup. Sebab kamu tidak wujud sebenarnya.
- kalau kamu masih meneruskan kehidupan kamu, kamu mengakui kewujudan kamu.
6. Kamu kata Allah wujud, dan tiada apa yang boleh ada sifat yang sama seperti Allah SWT. Kalau Allah wujud, kita semua ni tak wujud. Semua benda tak wujud. Maka, saya minta, apabila kamu membaca permintaan-permintaan saya, kamu jangan menggunakan akal kamu untuk berfikir, kerana akal kamu itu tidak wujud. Jangan fikir langsung, sebab fikiran kamu pun tak wujud.
- kalau kamu berfikir juga, menggunakan akal kamu juga, maka kamu mengakui kamu adalah wujud.
Permintaan saya yang enam ni, kalau kamu penuhi, maka saya bersetuju bahawa kamu tidak wujud, saya tak wujud.
Sebenarnya sejukk panass, saya menghormati semua pandangan orang lain, betul atau salah. Saya hormati. Tapi saya terkilan dengan sikap kamu yang tiba-tiba menerpa dan menuduh saya mensyirikkan Allah SWT.
Saya ingin bertanya kepada kamu, berapa kali kamu menjejakkan kaki ke website saya ini? Kamu baca semua artikelnya kah? Di titik mana saya mensyirikkan Allah SWT? Malah saya mengajak semua orang kepada-Nya dan kepada-Nya sahaja.
Kemudian, bila kita nampak orang lain mempunyai pandangan yang lain, cuba la berbahas dengan elok dan menerangkan prinsip kita, mendengar pula prinsip dia.
Akhir sekali, kalau kita tak bersetuju dengan dia, maka senyapkan sahaja. Kerana ada kemungkinan kita tak betul.
Lain la sudah jelas dan terang bersuluh dia membawa sesuatu yang berlawanan dengan Islam, Al-Quran dan Sunnah. barulah kita usahakan sesuatu untuk menyekat pandangannya. Tetapi dalam masalah-masalah khilaf, kenapa hendak bergaduhan? Kenapa hendak dipanjang-panjangkan?
Saya harap, kita sama-sama lihat semula, dan duduk muhasabah kembali. Sama-sama kena ada kelapangan hati dan kerendahan jiwa. Baru boleh ada perbincangan.
Akhir sekali, harap kamu selesaikan kerja rumah yang saya beri.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
Subhanaallah..i luv this article..
fahamkan insyaAllah…
izin bermakna dgn kuasaNya….
saksikanlah kuasaNya dan nescaya kamu tidak wujud….
segala homework yg anda berikan hanyalah kembali kpd satu yakni saya tidak wujud…. sekalipun saya minum, lapar, fikir menggunakan akal, saya tetap tidak wujud sebab minum, lapar, akal dan semuanya tidak wujud melainkan Allah… fahami sebenar2 wujud sebelum membuat kenyataan….
saya taknak hurai pjg lebar sbb komen saya yg sebelumnya hilang begitu sahaja… mgkin setelah ditapis, kenyataan saya tidak berpatutan dgn hati pengarang blog ini…
saya tidak menuduh kamu mensyirikkan Allah….
saya bertanya dan ayat saya dalam bentuk pertanyaan…
cuba perhatikan tanda soal “?” yg saya letakkan dihujung ayat saya….
jika anda memandang ayat saya sbg negatif dan menuduh, jadilah ia satu tuduhan….
tetapi jika anda memandang ayat saya sbg positif dan bertanya, jadilah ia satu pertanyaan….
apa yg difikir, itulah yg dirasa….
jika beremosi dalam berbahas, maka beremosilah…
jika bersahaja dalam berbahas, maka bersahajalah….
insyaAllah…
Assalamu’alaikum,
kepada noor,
Alhamdulillah..
kepada sejukk panass,
berkenaan komen kamu yang sebelum ini, saya sendiri tidak tahu. kalau tertapis, itu bukan saya yang menapis. Mungkin komen kamu yang satu tu tak wujud, sebab tu tak muncul.
Emosi membalas? Terpulang kepada kamu ingin menilai.
Saya sudah jawab soalan anda apabila anda tanya saya menysirikkan Allah atau tidak dengan komen saya yang pertama. tapi anda berhajat keras hendak menyatakan bahawa wujud itu tetap tiada pada manusia. Sedangkan saya terang tidak setuju dengan pendapat itu.
Di dalam Al-Quran, Allah SWT ada menyebut perkataan ‘tangan Allah’. Manusia ada tangan, jadi apakah tangan Allah serupa dengan tangan manusia? Semestinya tidak. Sama juga dengan wujud.
Wujud, ada, hadir, itu semua perkataan yang sama maksud.
Kalau manusia itu hakikatnya tiada, maka kita ini tidak perlu beramal. Syurga dan neraka juga tiada kalau wujud itu hanya Allah sahaja. Kita tidak perlu makan bila lapar, makanan itu tiada dan lapar itu tiada. Kita tidak perlu kerja, kerana kerja itu tiada, duit itu tiada, tiada keperluan bekerja kerana kita juga tiada.
Saya setuju dengan pendapat sifat Allah tidak boleh ada pada manusia. Tapi bukan sama seperti apa yang kamu katakan. Kalau semua mengikut apa yang kamu katakan, maka dunia akan huru hara.
Budak yang malas belajar akan kata: BUat apa belajar, aku tiada. Pelajaran tu tiada.
Pekerja tidak akan bekerja: BUat apa aku kerja, aku tiada, pekerjaan pun tiada.
Manusia akan buat dosa bermaharajalela, sesuka hati mereka: Buat apa aku buat baik, aku tiada, kejahatan ni semua tiada, kebaikan semua tiada. Buat sesuka hati aku la.
Kamu nampak tak kenapa saya tidak menerima pandangan kamu?
Konklusinya, saya tidak menerima pandangan kamu.
Kamu sendiri sebenarnya tak dapat menyelesaikan kerja rumah yang saya beri. Jadi saya tidak mampu mengikuti pandangan kamu.
Saya harap Sejukk Panass, kamu tidak memperpanjangkan lagi perbahasan ini.
Saya ambil dalil kamu sendiri: Sebab ini semua tiada.
Jadi saya harap, kamu tenang-tenangkan diri, kerana perbincangan kita ini sebenarnya tiada. Jadi tak payah kamu kisah saya pegang apa sebab saya ini tiada pada kamu. Kamu tak payah kisah orang nak berpegang macam mana, kerana tiada orang yang ada. Semuanya tiada.
Jadi setakat ini sahaja Sejukk Panass.
Saya tidak berpegang dengan apa yang kamu pegang. Kamu tidak berpandangan seperti apa yang saya pandang.
Untuk kamu apa yang kamu rasa yakin, untuk saya apa yang saya yakin.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf