Ah… tahun 2009 hampir berakhir. Tahun ini memang satu tahun yang agak penuh, pelbagai program, pelbagai pengalaman, pelbagai anugerah, juga disertai dengan pelbagai dugaan, pelbagai kesempitan, pelbagai kehilangan dan pelbagai penderitaan. Itu bila dinisbahkan kepada saya la. Saya tidak pasti anda malalui tahun ini bagaimana.
Semalam, saya menyertai program A.P.I. atau nama panjangnya adalah Akses Pemikiran Islam. Saya diberikan jawatakan Ketua Fasilitator. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan baik walaupun di tengah-tengah program ada masalah yang datang.
Yang menarik ingin saya jadikan sumber motivasi dalam API ini adalah, kata-kata seorang penceramah yang bernama Mardhiyyah, pelajar tahun empat di Universiti Yarmouk. Dia berbicara berkenaan projek hidup.
Ya, projek hidup. Juga projek cinta.
Keremajaan yang kita ada
Saya ingin membawa anda melihat kepada satu golongan yang bernama remaja. Kalau kita perhatikan, remaja atau pemuda ini, pada setiap zaman menjadi indikator perubahan ummat. Sehinggakan Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ada berkata:
“Jika kamu ingin melihat masa hadapan sesuatu ummah, maka lihatlah remajanya pada ketika ini”
Kenapa remaja?
Hal ini kerana, remaja mempunyai kemudaan, kekuatan yang masih belum luput, semangat yang masih belum sirna, kesungguhan yang meluap-luap dalam medan yang disukainya.
Kita boleh melihat remaja yang sanggup mati dalam merempit. Kita dapat juga melihat remaja yang merogol pasangannya semata-mata untuk memastikan pasangannya milik dia. Kita juga dapat melihat ramai anak muda yang mengetahui itu ini dalam agama kerana kesungguhannya mendalami ilmu Allah ini. Kita dapat perhatikan ramai hafiz Al-Quran dari kalangan remaja atas kesungguhan mereka yang meluap-luap dalam penghafalan.
Kita lihat golongan tua, atau bahasa lembutnya veteran hari ini. Saya ingin anda lihat yang kini berada di puncak, baik pemimpin, ahli motivasi, bisnesman, pendakwah, ahli politik dan sebagainya, kalau anda kaji semula, segala apa yang mereka perolehi hari ini, adalah kerana kesungguhan dan semangat meluap-luap keremajaan mereka dahulu.
Bagi saya yang berumur 20, bagi rakan-rakan saya seangkatan yang berumur sekitar ini, bagi ayah-ayah, ibu-ibu yang punya anak-anak berumur remaja-pemuda ini, bagi pakcik-makcik yang ada anak saudara umur lebih kurang pemuda-remaja ini, tidakkah anda melihat membazirkan keremajaan atas sesuatu yang sia-sia itu merugikan?
Rasulullah SAW bersabda:
“Kerjarlah lima sebelum lima, masa muda kamu sebelum masa tuamu”
Pasti, mensia-siakan keremajaan, kepemudaan, adalah satu kesia-siaan yang besar. Bukan sahaja untuk diri, tetapi juga untuk ummah. Dan semestinya, untuk akhirat anda nanti.
Keremajaan dan keimanan
Oleh sebab keremajaan itu amat penting, dan amat rugi untuk dipersia-siakan, maka saya melihat betapa pentingnya kita melihat rugi dan untung itu melalui neraca Allah SWT. Kita kata untung dengan apa yang Allah kata untung, kita kata rugi dengan apa yang Allah kata rugi. Maka, saya ambil satu surah yang popular:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan-pesan ke arah kebenaran dan berpesan-pesan pula ke arah kesabaran” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.
Saya ambil lagi satu ayat:
“Katakanlah lagi(wahai Muhammad): Sesungguhnya orang-orang yang urgi(sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan keluarga-keluarga mereka pada hari kiamat(dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran dan kederhakaan). Tidakkah itu hakikatnya kerugian yang nyata?” Surah Az-Zumar ayat 15.
Satu lagi ayat:
“Barangsiapa yang mencari selain Islam sebagai cara hidup, maka tidak akan langsung diterima amalannya, dan dia di akhirat kelak tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi” Surah Ali-Imran ayat 85.
Ya… Itulah dia kerugian-kerugian yang kita ingin elakkan.
Maka, dengan apa kita hendak mengelak kerugian-kerugian ini? Baik mengelaknya untuk diri kita, mengelaknya untuk rakan-rakan kita, mengelaknya untuk keluarga kita, mengelaknya untuk masyarakat kita, mengelakkannya untuk negara kita dan mengelakkannya dari menyentuh apa-apa sahaja yang kita sayang. Dengan cara apa?
Mahu tidak mahu, kita perlu mengasuh dan membina keimanan di dalam jiwa kita, seterusnya menterjemahkan keimanan itu di dalam kehidupan kita. Dengan keimanan sahajalah kita mampu menyelamatkan diri kita dari kerugian yang nyata. Dengan kehidupan dalam keimanan sahajalah baru kita mampu membawa diri kita dan sesiapa sahaja yang kita sayang, mengelak dari kerugian yang merugikan ini.
Tetapi apakah cukup dengan harapan? Apakah cukup dengan usaha rambang? Adakah cukup dengan berkata: “Saya sayang awak kerana Allah, saya nak bina keluarga kita kerana Allah, saya hidup kerana Allah, saya nak bawa mak ayah saya masuk syurga”
Apakah cukup?
Projek kehidupan, projek cinta
Satu bangunan, tidak akan mampu terbina dengan baik tanpa dibuat terlebih dahulu plan untuknya. Direka rancang terlebih dahulu bentuk bangunannya. Sudah dikira dan dijangka dahulu apa kelemahanya. Sudah disediakan plan tindakan kecemasan jika sesuatu diluar jangkaan berlaku sepanjang pembinaan atau selepas selesai pembinaan – yakni semasa penggunaan bangunan.
Jadi, apakah mungkin kehidupan yang kembarnya adalah ujian yang pelbagai ini, dapat kita lalui tanpa apa-apa perancangan? Tanpa apa-apa plan? Tanpa apa-apa persediaan?
Di sinilah kita perlu membuka mata kita. Kita perlu menjadi arkitek kehidupan kita. Yang merancang kehidupan yang bagaimana hendak kita bina. Yang sudah menetapkan matlamat pada umur sekian itu apa yang hendak dicapai, pada umur sekian ini apa yang hendak dicapai. Kita juga perl menjadi pelukis kepada kehidupan. Kita melakar kehidupan kita, memilih warna yang hendak mewarnainya.
Jadi jika matlamat kita tadi hendak mengelakkan kerugian yang sebenar, hendak mencapai keredhaan Allah SWT, hendak ke syurga-Nya, maka apakah pantas kita jalankan projek hidup ini dengan perancangan-perancangan yang Allah SWT murkai? Apakah pantas kita lakarkan kehidupan kita ini dengan warna-warna yang Allah benci?
Di sinilah keimanan yang saya katakan tadi berfungsi. Neraca keimanan inilah yang akan membuatkan kita faham untuk memilih yang mana. Keimananlah yang akan bergetar untuk mengajak diri kita memilih apa yang Allah SWT mahu, meninggalkan apa yang Allah SWT larang. Keimananlah yang akan menyahut apabila Allah SWT memanggil:
“Wahai orang yang beriman…” Di dalam puluhan ayat-ayat-Nya di dalam Al-Quran.
Keimananlah, yang akan memandu kita merancang dengan perancangan yang baik. Keimananlah yang akan memandu kita untuk melakar dengan lakaran yang tercantik. Hanya dengan keimanan, kita bukan sekadar tahu, tetapi memahami dengan pasti, apa yang Allah SWT hendakkan kepada kita dalam kehidupan ini.
“Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah(mengabdikan seluruh hidup) kepada aku” Surah Adz-Dzariyyat ayat 56.
Maka, projek kehidupan kita, perlu kita usahakan.
Inilah projek cinta. Projek cinta kita kepada Allah SWT.
Penutup: Jangan sia-siakan masa muda, masa yang ada
Kepada ayah ibu, papa mama, ummi abah sekalian. Artikel ini untuk kalian juga. Anggaplah bahawa kalian masih muda selagi kalian mempunyai nyawa. Semua manusia punya peluang untuk berubah, selagi matahari belum terbit dari barat dan nyawa masih dikandung kita.
Kepada remaja, anda masih kuat. Masih bertenaga. Maka asuhlah keimanan anda. Disiplinkan diri anda sebagai seorang yang beriman. Kemudian rancanglah kehidupan, anda mesti merancag untuk megelakkan kerugian yang nyata ini. Anda mesti buat projek yang Allah SWT redha. Sama-sama tarbiyah diri, didik jiwa kita, koreksi peribadi kita.
Jangan sia-siakan kehidupan kita.
Mari sama-sama bergerak menggapai redha-Nya.






assalamu’alaikum
syukran di atas entry… btol ckp saudara… slg masih mampu apatah lg masih muda… kita harus bergerak dan memulakan projek hidup ini… harus merancang dgn teliti… dan melaksanakan dgn bijaksana…. ya… harus kita mulakan… bukan bertangguh bukan esok… bukan lusa… tp dr saat kita menyedarinya… kita harus buka langkah…
again, syukran…
insyaallah
salam
ikhlas
serikandi
[Reply]
sedikit tambahan..
arkitek yang 1st class adalah arkitek yg duniawinya adalah yg hbis phd..tapi secara hakikatnya adalah yang mampu mengutip segala ilmu dalam dunia ini dan di praktikkan untuk membina segala plan di dunia ini dan mampu pula di bawa ke akhirat sana..
p/s:baca biodata anta..anta senior ana setahun kat tadika iman,skudai kalau betullah tadika yg sama dulu..apa-apa pun mabruk akhi..5 star da’ie insyaAllah..amin.
[Reply]
Salam Hilal,
saya suka entry ini… fasa kedua dalam hidup saya, masa remaja…
InsyaAllah akan diisi untuk mencapai impian dan cita-cita
yang semestinya diredhaiNya…
All the best untuk masa remaja saudara juga!
Think big, aim for the sky… ^_^
[Reply]
iman saya lemah hari ini.lemah ketika di uji.astagfirullah hal azim..terimakasih entry ini..
[Reply]
Assalamualaikum~
Kaifahal??
Sejak sy terjumpa link saudara.. Sy teringin jd penulis cerpen yg hebat dan berbakat seperti saudara Hilla Asyraf..
Ya, teringin.. Smga saudara sentiasa thabat n istiqomah.. salam perjuagan!!
Oh ya.. saudara ambik jurusan ape ye di Jordan? Al Bayt kan??
Doakan utk sy ya.. jazakallah
[Reply]
salam
entry yg bgus untk remaja kini
termsukla sye yg kini dprgkt rmaja
mga sume dpt menggapai redha-NYA
insyaallah
amin….
[Reply]
yup..masa terlalu singkat utk disia2kan!
[Reply]
entry yg bnyak mengajar sy ………
[Reply]
salam..
syukran ats peringatan itu..
[Reply]
Ya, setuju dgn saudara hilal dan jg dgn mereka2 yg sependapat dgn saudara.
bila sesorg memiliki iman yg teguh, dan d beri ujian utk menguji keiman itu, berfikir dan meYAKINI “ini semua dari Allah, dan Allah tahu aku layak di uji dgn ujian ini” tiDAK akan ada ayat, “TIADA JALAN PENYELESIAN”
always renew and increase our iman, for the preperation for the next test as long as we still live in this world.
(Ya, Allah Kuatkan hati ku, Ya Allah kuat kan jiwa ku)
Terima kasih utk entry saudara, semoga Allah berkati. :’-)
[Reply]
sy link kn post ni dlm blog utk kwn2 bace.
post yg bmnfaat utk remaja.
syukran.
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada jadikan aku serikandi
Alhamdulillah. Maka mari sama-sama kita membumikannya.
- kepada zainab ‘aqilah
Amiiin…
Saya tak mahu jadi 5 star da’ie.
Saya nak jadi hamba Allah SWT yang terbaik…
- kepada trueblu
Alhamdulillah. masa remaja saya sudah berakhir.
Saya sekarang pemuda.
- kepada solehah
Alhamdulillah. Iman itu turun dan naik. Dan sebaik-baik orang yang beriman adalah apabila keimanannya menurun, dia mencari jalan untuk naik semula.
- kepada alfu-syifa’
Nak jadi penulis?
Maka berusahalah. Tips pertama - merendah diri.
Saya belajar di Universiti Yarmouk, Jordan.
- kepada aidan
Amiiin…
Kita harapkan kehadira generasi yang beriman kepada Allah SWT degan keimanan yang sebenar-benar.
- kepada SolaHusna
Semestinya…
- kepada aziera_anin
Maka, harapnya, pengajarannya dibumikan.
- kepada nur
Sama-sama mengingatkan diri juga.
- kepada Layang2
Semoga Allah redha…
- kepada littlecaliph
Silakan. dengan penuh kehormatan.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]