Langit Ilahi Rotating Header Image

Motivasi: Sahabat, jangan bersedih

sahabat, aku bersamamu walau mendung

sahabat, aku bersamamu walau mendung

Pandangan orang soleh-soleh, kebanyakannya akan bertukar negatif kepada mereka yang berbuat dosa. Amatlah sedikit, orang yang faham agama untuk bertoleransi dan bersabar kepada mereka yang berdosa. Jika tidak menghambur kata-kata nista, paling kurang pun mereka akan menyisihkan sesiapa yang berdosa dalam kehidupan.

Memang, dosa itu jijik. Memang, ingkar kepada Allah itu lebih busuk dari najis. Namun, perumpamaan jijik dan najis itu, hanya untuk diri kita mengajak diri kita menjauhi perbuatan dosa itu. Apabila yang jijik dan yang najis itu melekat pada orang lain, maka apakah yang patut kita lakukan?

Inilah dia post untuk kamu wahai sahabat.

Jangan bersedih. Sesungguhnya pengampunan Allah itu, lebih luas dari kemarahan-Nya.

Tiada manusia sempurna

Tiada manusia sempurna. Selain Rasul dan Nabi, tiada lagi yang maksum selain mereka. Semua manusia melakukan dosa.

Namun, sebaik-baik pembuat dosa, adalah mereka yang bergerak pulang kepada Allah SWT.

Memang, orang akan hina kita, orang akan perli kita, orang akan kata pada kita itu dan ini. Memang sukar berhadapan dengan semua kritikan dan hinaan itu. Namun kita kena tabah.

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sematkan dalam diri kita bahawa, semua kritikan, perlian, hinaan itu adalah balasan terhadap dosa kita. Kita kena bersabar melalui balasan yang Allah beri itu, di samping kita juga bergerak mempertingkatkan diri kita. Jangan kita terfikir untuk membalas hinaan mereka dengan hinaan, atau berfikir untuk berhenti dari perubahan kepada kebaikan.

Kalau kita berhenti, maka kita sebenarnya telah tertipu oleh syaitan yang mati-matian cuba menghalang kita daripada Allah SWT. Tiada manusia sempurna, bila berbuat dosa itu adalah lumrah sebagai manusia.

Namun, apabila kita ini sedar dan berusaha bangkit dari dosa kita, maka kita sebenarnya adalah yang terbaik dari kalangan manusia. Hal ini kerana, kita termasuk dalam golongan yang dicintai Allah SWT.

“Sesungguhya Allah amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.

Dan sedikit kepada yang menghina orang yang berdosa, ketahuilah bahawa anda juga tidak sempurna, dan punya dosa yang perlu diperbaiki. Maka, apa kata dari anda menghina-sisih orang-orang berdosa, anda bersama-sama mereka berpimpin tangan memperbaiki diri ke arah redha-Nya?

Keampunan Allah

Wahai sahabatku yang terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat, bila kita bangkit dan ingin melakukan perubahan, ketahuilah bahawa yang mengampunkan kita adalah Allah SWT, bukan manusia.

Yang menentukan manusia itu kafir atau Islam adalah Allah. Yang mengira dosa pahala adalah Allah. Yang memberikan syurga neraka kepada kita adalah Allah.

Maka, berubahlah memohon keampunan-Nya. Jangan kita hirau pandangan manusia. Kita tidak meminta keampunan mereka. Jangan kita kisah hinaan mereka, bukan mereka yang mengampunkan kita.

Manusia, mereka mudah menyimpan di dalam hati. Tercalar, mereka simpan sampai mati. Bila kita berdosa, mereka sukar menerima kita kerana rasa dikhianati. Tetapi Allah, keampunan-Nya lebih luas dari kemarahan-Nya. Allah, sentiasa membuka pintu taubat-Nya. Walau hamba-Nya membunuh 100 nyawa, atau lebih dari itu, andai hamba itu kembali kepada-Nya, maka Dia akan menerima.

Lihatlah kecintaan Allah SWT dalam ayat-Nya:

“Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya yang berputus asa itu adalah mereka yang kafir” Surah Yusuf ayat 12.

Allah tidak meninggalkan kita, walau seluruh dunia menyisihkan kita. Dia, menyuruh kita menyambungkan harapan kita kepada-Nya. Maka jangan berputus asa. Allah bersama kita.

Sedikit kepada yang suka menghina pendosa, ketahuilah bahawa Allah itu lebih mulia dan lebih besar dari kamu. Namun Allah pun berkasih sayang dan memberikan peluang. Kamu?

Kepada penghina yang berdosa

Satu benda saya nak cakap, jangan sesekali kita rasa kita ini sudah sempurna. Hati kita ini, di hujung kekuasasaan Allah SWT untuk membalikkannya. Jangan ingat, hari ini kita beriman, esok kita akan beriman lagi. Sepatutnya kita menjaga keimanan kita, dan menjaga pula keimanan kawan-kawan kita. Bukan membiarkan mereka di dalam lubang kehinaan selama-lamanya.

Ada satu kisah, berkenaan seorang alim. Satu hari dia berjalan, kemudian terlanggar seorang nasrani. Semasa terlanggar itu, si alim berkata: “Tak guna punya ahli neraka”

Si Nasrani marah. Si Nasrani berkata: “Apakah kau yang memegang neraka? Maka saksikanlah bahawasanya aku ini naik saksi bahawa Allah itu tuhanku, tiada tuhan selain Dia, dan Muhammad itu Rasul-Nya” Kemudian Si Nasrani meninggalkan si alim itu.

Si Alim meneruskan perjalanan, akhirnya dia melalui sebuah rumah. Keluar dari rumah itu gadis yang sangat cantik, hingga memikat dirinya. Maka dia segera bhertemu dengan ayah perempuan itu, meminta untuk dikahwinkan dengannya. Rupanya, keluarga itu adalah keluarga nasrani. Si Ayah berkata:

“Jika kau hendak mengahwini anakku, maka masuklah ke agamaku ini, dan bekerjalah sebagai penternak khinzirku selama beberapa bulan”

Oleh kerana hatinya sudah sawan dengan perempuan itu, tanpa sedar, lelaki alim tadi bersetuju.

Satu ketika, lelaki nasrani yang sudah Islam tadi, melalui kembali jalan itu dan terserempak dengan lelaki alim tadi yang sedang mengembala khinzir.

“Apa yang sudah berlaku kepada kamu wahai muslim?”

Si alim tadi menjawab: “Kerana aku menghinamu, maka Allah menukarkan kedudukan kita”

Ini kisah buat ingat-ingatan kepada yang suka menghina pendosa.

Saya nampak bahawa, orang yang berdosa ini perlu kita bimbing. Lagi-lagi yang berdosa dari galangan tersungkur. Yakni awal-awal dia baik, kemudian dia buat dosa. Sebenarnya, sesiapa yang menyisihkan pendosa, maka dia telah berdosa secara tidak langsungnya.

Orang berdosa, patut kita dekati dan rancang untuk mengubah mereka. Bukan kita hina, tinggalkan dia terkontang kanting. Kata da’ie?

Penutup: Sahabat, jangan bersedih

Kepada sahabatku yang terpalit dengan lumpuran dosa, ketahuilah bahawa kamu tidak keseorangan. Aku pun bukanlah manusia sempurna. Sama-sama kita berdosa. Sama-sama juga aku mengajak kamu untuk kembali kepada Yang Esa. Hinaan orang sekeliling kita bukanlah penutup pintu taubat-Nya.

Taubat Allah hanya tertutup kepada dua perkara: 1. Mati 2. Matahari Terbit Dari Barat.

Selain itu, maka berkejar-kejaranlah kita mencapai keampunan-Nya.

Memang susah nak tinggal dosa kita, tapi kita kena usaha. Macam usahanya pembunuh 100 di dalam hadith Nabi riwayat Muslim. Lelaki itu, tidak sempat bertaubat pun. Dia baru sahaja bergerak untuk bertaubat. Tapi Allah telah mengampunkannya dan memasukkanya ke dalam syurga. Kerana dia telah bergerak kepada-Nya.

Maka jangan kita lengah. Biar seluruh dunia menghina kita. Jangan kita jadikan itu pelambat langkahan kita kepada Allah SWT.

Saya ada satu kata-kata sebagai perkongsian:

“Sahabat, ana ni, nak pimpin tangan dengan enta masuk syurga. Jadi, kalau enta terjun ke dalam neraka sekali pun, ana akan terjun dalam api itu untuk tarik tangan enta semula”

Sebab saya ini sahabat anda. Dan andai saya ini pula yang tersungkur, saya suka kalau ada yang menghulurkan tangan. Manusia ini, perlu sokong menyokong, nasihat menasihati, bantu membantu. Baru ada sempurna menyempurnai.

Sama-sama lah kita. Jangan berputus asa dengan hinaan orang.

Kita bergerak kepada Allah yang langsung tidak menghina kita.

Allah, yang akan mengampunkan dosa-dosa kita.

Print This Post Print This Post

24 Comments

  1. saysue says:

    InsyaAllah… sama lah kita memperbaiki diri… hina menghina nie tak baik…

    [Reply]

  2. musafir says:

    insyaAllah..
    walau sahabat itu jauh beribu batu,dia tetap sahabat.
    dan diri akan terus menghulur tgn,walau jauh,walau lenguh.
    sebagaimana semangat yg hilal tunjuk melalui post website ni,utk semua.
    jzkk(^-^)

    [Reply]

  3. nurdiyana says:

    terima kasih for the wonderful post… di saat perlukan sesuatu utk kembalikan semangat insyaALLAH dan juga peringatan utk diri sendiri..

    [Reply]

  4. anita says:

    salam…
    mcm mne nk tegur sahabat klu buat benda lagha,
    tp tkut nk tegur, sbb tkt kena marh n kena ‘boikot’ :???:

    [Reply]

  5. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada saysue

    ya, memang tak baik. Sama-sama kita usaha, perbaiki diri kita…

    - kepada musafir

    kalau namanya sahabat, kenapa dia ditinggalkan? bukan begitu?

    - kepada nurdiyana

    sama-sama lengkap melengkapi sebenarnya…

    - kepada anita

    kenapa perlu takut untuk menegakkan kalimah Allah? Cuma cara kita menegur pun kena la berhikmah dan kena dengan keadaan. Jangan guna uslub tengkingan.

    Boleh usaha 1001 cara.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  6. Shukran krn mmberi post yg indah sekaligus tlh menyedarkan ana…
    bgaimana hendak menegur sahabat jika dia melakukan prkara lagha??

    [Reply]

  7. shuhada says:

    assalamualaiku.setiap hari entry anda sangat bermanfaat.terima kasih..sama2 kita membaiki diri.sama2 bgn dengan kesedaran.hidup mati kerana Allah. berusaha meniti kehidupan ke jalan Nya.moga diredhai dunia dan akhirat.amin

    [Reply]

  8. anem says:

    sebagaimana kita mahu ada seseorang untuk menunjukkan kita jalan dan memperingatkan kita setiap kali alpa, begitu juga dengan orang2 lain yakni kawan2 kita..

    jangan mudah menyisihkan orang, jangan lupa hidup ini seperti roda..

    hari ni kita sisihkan kawan, hari lusa kawan sisihkan kita :roll:

    [Reply]

  9. Guest says:

    Terima kasih. Artikel yang sgt bermakna dan menyentuh jiwa..

    [Reply]

  10. iijr says:

    masya-Allah…
    entry anta kali nih…amat mengesani ana….
    sekarang ni pun ana hadapi mcm2 masalah, semoga dosa2 kita diampuni..
    thanks..

    [Reply]

  11. ma says:

    terima kasih saya ucapkan untuk entry kali ini. sedikit sebanyak mengubati hati saya dan seorang rakan yang pernah dan masih disisihkan. cakap saja senang, bila kita hadapi keadaan sedemikian belum tentu kita akan berbuat seperti yang kita cakapkan, bukan?
    astaghfirullah…

    [Reply]

  12. Adik says:

    jgn kita hina shbt2 yg dah tsungkur dr jlnNya.. InsyaAllah klu btul2 ada yg nk brubah, mreka kn jd mnusia yg lbh baik dr kita, sbb ada yg bnr2 insaf dr dosa2nya akn penuh ikhlas mgharap redhaNya..

    [Reply]

  13. qamar says:

    salam..
    saudara hilal..
    ana minta izin unt post artikle ni ke blog ana boleh??

    [Reply]

  14. wani says:

    salam..hidayah itu milik Allah jua…

    [Reply]

  15. hamba Allah says:

    salam…mabruk ats artikel ini…ana ingin berkongsi sedikit ilmu yg ada tp ana tidak la sehebat laksamana..kdg2 org tidak boleh menerima kritikan tetapi ada yang menerima mgkn dgn kutukan di belakang…pelbagai penerimaan orang apabila menerima kritikan sama ada kritikan itu membina ataupun tidak…yg penting di sini adalah pertama kita mesti berfikiran positif dan brsangka baik dgn org yg menegur kita tu…kdua ambil lh iktibar dgn apa yang ditegur mksdnya berubh ke arah yang lebih baik apabila ditegur…mgkn ada hikmahnya..
    setiap kali sebelum tidur muhasabah diri semula dengan apa yang berlaku sepanjang hari tersebut…kdg2 pada waktu itu la kita menyedari bahawa itu adalah hikmah Allah yang tersirat di sebalik kejadian tersebut…renung2 kn lah…sekian,wsslm.

    [Reply]

  16. timunsusu says:

    salam…
    hm, betul tu.
    berbaik sangka ng orang lain dan berlapang dada bila ditegur(kalau dah mmg betul kita yang salah) tu bagus. bukan apa, secara tak langsung, sebenarnya kita dapat didik sahsiah kita ke arah yang lebih baik. satu perkara lagi, kita kena sabar sebab bila kita sabar, insya-Allah kita akan bertindak dengan rasional. sesungguhnya, Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.. .:INGATLAH ALLAH, HATIKAN TENAANG:.

    p/s: kalau de salah cakap, ana mintak maaf. mohon dibetulkan apa yang salah tu ye.

    [Reply]

  17. mujahidah says:

    syukran atas post yang begitu menarik..ana nak tanya sesuatu, allah kan maha pengampun dan dia akan mengampuni segala dosa hambanya kecuali dosa syirik..jd, adakah dosa syirik 2 allah x akan ampunkan sampai bila2?? asif sekiranya ana tersilap..syukran ala kulli hal…….

    [Reply]

  18. athirahwani says:

    salam.
    :)
    terima kasih ats artikel yg bermakna ini.

    [Reply]

  19. sis hajia says:

    Salam Hilal
    Doa doakanlah wahai hamba yang budiman akan semua umat muhammad s.a.w agar selamt dr hina menghina..Sungguh terkesan dihati ini akan butir bicara dlm tulisan ni..

    [Reply]

  20. saudari itri says:

    salam..

    terima kasih atas artikel ni….ayat-ayat dalam artikel ini memberi 1001 makna kpd sy…

    [Reply]

  21. ♥ airkoS0ng~ says:

    sahabat, aku bersamamu walau mendung..
    tima kaSeh hilal..

    [Reply]

  22. sameera says:

    salam ukhwah..artikel ny memg menyentoh ati..tp kdang2 sahabat ny ibarat habis madu sepah dibuang.tp artikel ny membuat sy bersmgat untuk bersahabat.TQ………

    [Reply]

  23. allysha says:

    “Sahabat, ana ni, nak pimpin tangan dengan enta masuk syurga. Jadi, kalau enta terjun ke dalam neraka sekali pun, ana akan terjun dalam api itu untuk tarik tangan enta semula”

    saya suka dengan kata2 ni…..terharu

    [Reply]

  24. 94057 says:

    nice posting.really got meaning and thoughtful.

    eventhough it was last year’s post.

    [Reply]

Leave a Reply