Satu perkara yang sering diajukan kepada saya adalah berknaa ingin keluar daripada lumpur dosa. Ya, ramai sebenarnya yang ingin berubah. Tetapi mereka tidak tahu apa yang mereka patut lakukan. Ada pula yang hatinya telah diketuk dengan kesedaran, tetapi dosa-dosanya yang banyak membuatkan dia merasakan dirinya tidak terampun.
Kita rasa diri kita kotor dengan dosa. Kita ingin keluar. Tetapi kita tidak tahu bagaimana.
Kita telah berusaha untuk keluar, berkali-kali mencuba, tetapi gagal juga, kita rasa kecewa.
Apakah tiada cara untuk kembali kepada-Nya?
Kita tertanya-tanya.
Untuk saya, selagi kita tidak berputus asa, selagi itulah ruang untuk menggapai keampunan Allah terbuka. Ya, selagi kita tidak berputus asa.
Pesan mudir saya
Sebelum saya ke Jordan, antara perkara yang saya paling takutkan adalah dosa. Saya risau jika saya tidak lagi tinggal di sekeliling guru-guru yang boleh menegur, tidak lagi bersama rakan-rakan yang boleh menasihat, dan apabila saya terjerumus ke dalam dosa, tiada siapa lagi boleh menarik angkat saya.
Maka saya bertanya kepada mudir MATRI, Ustaz Dahlan bin Mohd Zain.
“Ustaz, kalau seseorang itu, jatuh dalam lembah dosa, kemudian bertaubat, kemudian dia terjatuh kembali, kemudian dia bertaubat, kemudian dia terjatuh lagi, dan berkali-kali perkara itu berulang, dosa itu tidak mampu dia tinggalkan, bagaimana ustaz?”
Ustaz Dahlan menjawab dengan tenang ketika itu:
“Usaha lagi. Jangan putus asa. Berapa kali terjatuh pun, bangun balik, bertaubat kepada-Nya. Jangan putus asa”
Ringkas. Pesanannya sangat ringkas.
Jangan putus asa.
Yang kemudiannya saya belajar
Kemudian, apabila saya berada di Jordan, saya ada mengambil satu mata pelajaran bernama Hadyi An-Nabawi Fil Adab Wa Ar-Riqaaq. Bermaksud Petunjuk Nabawi Dalam Adab dan Pelembut Hati. Kitabnya terbahagi kepada dua. Pertama Adab, kedua Riqaaq.
Di dalam Kitab Ar-Riqaaq, terdapat satu bab bertajuk:
Jangan Berputus Asa Dengan Rahmat Allah Walau Telah Membunuh 100 Orang
Di bawah tajuk itu, terdapat satu hadith yang mungkin biasa kita dengar. Hadith itu mafhumnya begini:
Dari Abu Said Al-Khudri radhiallahuanhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Dulu sebelum kalian ada seorang lelaki yang membunuh sembilan puluh sembilan orang, sehingga dia bertanyakan tentang orang yang paling alim di kalangan penduduk bumi. Mereka menunjukkannya kepada seorang rahib (ahli ibadah), kemudian orang tersebut mendatanginya dan berkata bahwa dia telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Apakah masih ada kesempatan baginya untuk bertaubat? Rahib tadi berkata: “Tidak.” Orang itu lalu membunuhnya, sehingga genap menjadi seratus orang. Kemudian dia bertanya tentang penduduk bumi yang paling alim. Maka ditunjukkan kepadanya seorang alim. Dia berkata kepadanya bahawa dia telah membunuh seratus orang. Apakah masih ada kesempatan baginya untuk bertaubat? Orang alim tersebut menjawab: “Ya! Dan siapakah yang mampu menghalang antaramu dengan taubat. Pergilah ke negeri ini dan itu, kerana di sana ada orang-orang yang beribadah kepada Allah Ta’ala. Beribadahlah bersama mereka, dan jangan kembali ke negerimu karena negerimu adalah negeri yang jelek.” Kemudian orang itu pergi tetapi di tengah-tengah perjalanan dia meninggal. Lalu malaikat rahmat dan malaikat adzab saling berselisih tentangnya. Malaikat rahmat berkata: “Dia datang dalam keadaan bertaubat, menghadap Allah.” Malaikat azab berkata: “Dia belum beramal shalih sama sekali.” Kemudian datanglah kepada kedua malaikat itu seorang malaikat dalam bentuk manusia. Mereka (kedua malaikat itu) menjadikannya sebagai pemutus urusan mereka. Malaikat itu berkata: “Ukurlah antara dua negeri tersebut. Mana yang lebih dekat (jaraknya dengan kedua negeri itu) maka itulah lebih berhak.” Mereka kemudian mengukurnya. Ternyata mereka dapati bahwa dia (orang yang mati itu) lebih dekat ke negeri yang baik. Maka malaikat rahmat mengambilnya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dahulu, saya pernah terbaca juga hadith ini. Tetapi dahulu sekadar terbaca. Saya dahulu berkata, lelaki itu hakikatnya bernasib baik kerana dia mati dalam jarakk yang lebih dekat pada negeri yang baik, sebab itu dia akhirnya masuk syurga. Tetapi, hakikat hadith itu rupanya bukan sedemikian. Pensyarah saya, Dr Muhammad Al-Hawari yang memang terkenal sebagai antara pakar hadith di Yarmouk berkata:
“Kenapa hadith ini menyertakan sekali perihal jarak antaara lelaki itu dengan kampung kebaikan? Hal ini kerana, Allah hendak menunjukkan bahawa Dia telah mengampunkan lelaki ini atas usahanya bergerak ke arah taubat tadi. Allah lah yang mendekatkan jarak kampung kebaikan itu pada lelaki itu”
Ketika ini, mata saya terbuka.
Teringat pesanan mudir saya.
Usaha, jangan putus asa.
Allah kepada kita
Allah, Tuhan kita. Dia, langsung tidak sama dengan apa yang ada dalam fikiran kita. Tidak akan mampu kita bayangkan-Nya, walaupun pembayangan kita amat hebat. Hal ini kerana, kita adalah makhluk, dan kita hidup dikelilingi makhluk, maka seluruh pemikiran kita tidak akan mampu menggapai apa yang bukan makhluk.
Sebab itu, keampunan Allah SWT, yang Allah SWT katakan amat luas itu, tidak akan mampu kita bayangka keluasannya. Rasulullah SAW bersabda:
“Allah menulis pada atas arasy-Nya: Sesungguhnya rahmatku mendahului kemarahan-Ku” Riwayat Bukhari.
Di dalam riwayat lain, Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya rahmatku, lebih luas daripada kemarahan-Ku”
Inilah dia harapan yang Allah berikan kepada kita. Dia bukannya tidak tahu kelemahan yang ada pada hamba-hamba-Nya. Dia meluaskan keampunan-Nya agar kita hamba-Nya ini tidak berputus asa. Agar kita tidak berputus asa mendekati-Nya, kembali kepada-Nya, memohon ampunan-Nya.
Di dalam satu hadith qudsi, Allah SWt berfirman:
“Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu di dalam hatinya maka Aku mengingati dia di dalam hati-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat). Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Lihatlah. Berapa kali tersungkur pun, seandainya kita terus-terusan berusaha mendekati Allah SWT, dalam keadaan penuh sesal da haarapan menggunung untuk meinggalkan dosa kita, dengan penuh sangka baik bahawa Allah akan mengampunka dosa kita wallau 1000 kali tersungkur jatuh, insyaAllah keampunan Allah SWT adalah milik kita.
Masalahnya, berapa gigih kita berusaha untuk mendapatkan keampunan-Nya?
Penutup: Allah pesan – Jangan Berputus Asa Dengan Rahmat Allah
Bagi manusia yang beriman, melakukan dosa tanda imannya terganggu. Tetapi, itu bukan menandakan keimanannya tiada. Cuma resmi manusia lalai dan alpa, kadangkala kelalaiannya amat kronik hingga terheret melakukan dosa.
Tetapi, antara beza orang beriman dengan orang yang tidak beriman adalah, apabila dia berbuat dosa, dia tidak akan melengah-lengahkan taubatnya. Dia tidak akan putus asa dalam taubatnya.
Anda, yang merisaukan diri anda berkenaan dengan dosa yang anda ada sekarang, tandanya keimanan anda masih bergetar.
Maka saya berpesan kepada diri saya dan diri anda, janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. Allah sendiri berfirman:
“Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” - Az-Zumar ayat 53.
Di dalam ayat lain, Allah memberitahu kepada kita bahawa Nabi Ya’kub berpesan kepada anak-anaknya:
“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 12.
Maka bergeraklah. Bergerak dan jangan putus asa.
Jangan berhenti.
Terus mencari keampunan-Nya, dengan usaha, bukan harapan sahaja.






Subhanallah..Maha Kasihnya Allah!
jazk khair atas perkongsian bermakna,berserta dalil2nya yg mengukuhkan lagi keimanan dan keyakinan.
moga sama2 kita semua tak berputus asa dengan RAHMAT ALLAH..amin.
[Reply]
subhanallah.. allahu akbar…
sungguh besar besar kasih allah
“kasih allah tiada bertepi, sayang allah janjinya pasti”
syukran saudara atas entry ini… kini ana semakin fhm dan mengerti… never ever give up…
alhamdulillah..
ikhlas,
serikandi
[Reply]
Salam Hilal,
Post yang sangat menyentuh hati. Allah, Dialah yang Maha Pengampun dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Jazakallahukhairan kathiraa atas post ini. Sama-samalah kita bergerak menuju ke arah redha Allah swt tanpa kenal putus asa.
Ummu ‘Ali
[Reply]
sayu rse ble bce post kali ini…syukron.. moga Allah menghidupkan hati2 kita dgn iman…amiin…
[Reply]
subhanallah
Allah tak pernah meninggalkan kita, tp kita yg sendiri lupa pada Nya
Allah tak pernah menzalimi kita, tp kita sendiri yg menzalimi diri sendiri
[Reply]
sesuai dgn hari ini.teruskan..=)
adakah taubat yang dikatakan itu,adalah taubat dgn sepenuh hati?sehingga menitiskan air mta?macam mana pulak kalau taubat itu hanya sekadar takut akan”Esok mungkin bukan untuk aku”.aku harus segera bertaubat..
[Reply]
abg hilal..
syukran…
ana dah faham..
tima kasih atas nasihat nta hari tu..
dgn kluarnya post ni ana akan terus bangkit..!!!
[Reply]
syukran ats perkongsian yg sgt bermakna dan motivasi yg baik utk kita semua
[Reply]
teringat satu ceramah dari abg ali irfan..
“jika kita berrjaya meninggalkan satu dosa yang kita sayang,maka kita dalah orang yang hebat!!”
perlu usaha dan terus usaha untuk tinggalkan dosa..
~jangan diketuk pintu dosa pasti kau akan disapa!!!~
[Reply]
jawapan yg sy tggu2
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada say
Semoga, selaput dosa yang ada pada diri kita terhakis dengan kesungguhan ini…
- kepada jadikan aku serikandi
Ya, jangan mengalah. Nanti di akhirnya kemenangan yang pasti…
- kepada Ummu ‘Ali
Terima kasih makcik atas kunjungannya.
Semoga Allah redha dengan makcik, dan tidak membenarkkan kita menyentuh keputus asaan terhadap-Nya…
- kepada wani
Moga keimanan itu bergetar dengan kuat…
- kepada Sekeping Hati di Bawa Berlari
Ya. Kita lah yang menzalimi diri kita sendiri….
- kepada solehah
Yang saya katakan taubat ini, termasuk kedua-duanya sekali.
Tiada masalah pun kalau bertaubat kerana merasakan esok tiada lagi untuk dirinya. Itu salah satu wasilah taubat…
- kepada Ramadhan’don
Terus Ramadhan, terus. Semoga Allah redha dengan enta…
- kepada hatimzikri
Amiiin…
untuk kita semua. Untuk diri saya juga…
- kepada silver
Sememangnya. Dan kita hendak jadi hebat dari segi amalan yang menterjemahkan pemikiran dan kefahaman…
- kepada khazinatul asrar
Alhamdulillah. Semoga Allah pandu kamu…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
Salam.
Begitu luas kasih sayang Allah.
Itu yg ana pegang utk menjalani perubahan.
Lakukan sekarang, jgn tunggu. Apa natijahnya, kita tgk shj kemudian. Yg penting mulakan sekarang. *Based on personal experience*
[Reply]
alhamdulillah, allah dorongkan hati akak utk baca blog hilal…pengisiannya sangat-sangat membantu…
[Reply]
salam…bole tau ap2 web yg bg panduan utk menulis???
[Reply]
assalamualaikum..
syukran saudara…
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada hambamencari
Ya, jangan pula sampai kita salah guna keluasan kasih sayang ini…
- kepada siti nur
Alhamdulillah. Hidayah itu datangnya hanya daripada Allah sahaja akak. Bersyukurlah kepada-Nya…
- kepada saffwan
Ada. Antara yang popular adalah http://azmahhnordin.blogspot.com
tapi saya sendiri tidak pernah ke sana. Hanya orang cadangkan saya sahaja…
- kepada jadikan aku serikandi
Sama-sama…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
salam..
syukran hilal..
brputus asa bkn akhlak org Islam..
gambatte kudasai..sume..!
moga Allah redha..
[Reply]
subhanallah,,
thx saudara, article ni lbh menguatkan keyakinan sy..
[Reply]
allah itu maha pengampun.. jgnla kita berputus asa memohon ampun setiap hari.. dan jgnla pula kita mengambil ringan dengan menganggap jika melakukan dosa kite mudah saje boleh bertaubat. maksudnye, boleh ulangi dosa itu dan nnt boleh mntk ampun balik. itu merupakan ciri2 org yg x tau bersyukur.. ingatlah, kematian itu bile2 mase sahaja boleh tibe.. semoga allah mengampuni segale dosa yg kita lakukan dan kita mati dalam husnul khotimah.. insyaallah..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada nur
Ya. Bukan akhlak islam. bukan akhlak kita. Maka apakah kita telah berusaha untuk tidak putus asa?
- kepada aliyah
Alhamdulillah. Semoga lebih kuat peergantungannya pada Allah…
- kepada orang biase
Terima kasih atas perkongsiannya…
Moga Allah redha dengan kamu…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
Subhanallah…
Allah maha pengampun lagi maha penyayang…
Alhamdulillah..syukran kpd bro hilal atas motivasi ini..
Allah maha besar..
Setuju..perkataan putus asa perlu dihapuskan dalam kamus kehidupan kita..
Insya Allah, sama2 kita menuju kejayaan.
Semoga dirahmathi dan diberkati selalu.
Ameen!
[Reply]
terima kasih, di atas pengisian ini..semoga Allah kekalkan iman ku…amin
[Reply]
assalamualaikum..
syukran jazilan kpd saudara
krna coretan ini tlh mnjwb antara persoalan2 yg ada dlm dri ku..
[Reply]
Salam ust Hilal..
Apa habaq..?
Ana harap anta sihat dan dirahmati Allah selalu..
Alhamdulillah,artikel sungguh bermakna..
Cumanya,ana nak bertanya..
Bagaimanakah jikalau seseorang mengaggapkan bahawa “jangan berputus asa untuk bertaubat” itu sebagai alasan dia untuk terus menerus berbuat dosa…apa nasihat kita padanya..?
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada nihmathu
Ya, putus asa terhadap jahiliyyah tidak mengapa.
hu3…
- kepada Bulan
Amiiin…
- kepada budak
Maka bersyukurlah kepada Allah SWT…
- kepada saudara mendua,
ucapkanlah kepada mereka:
“Janganlah kamu khianati kasih sayang Allah SWT”
Ini hanyalah untuk mereka yang bersungguh hendakkan keampunan-Nya, tetapi sering tersungkur semula.
Tetapi, kalau dia memang ada niat nak kembali kepada dosanya, itu tidak dinamakan bersungguh hendakkan keampunan-Nya.
Mereka ini, telah mengkhianati kasih sayang Allah SWT terhadap mereka.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
[...] Sebab itu saya suka tunjukkan kamu kisah pembunuh kepada 100 orang. Dia telah membunuh 100 orang, tetapi dia masih berusaha bertaubat kepada Allah. Akhirnya Allah memasukkannya ke dallam syurga, tanpa dia sempat bertaubat. Dia hanya baru hendak bergerak ke tempat taubat sahaja. Itulah dia maknanya, keampunan Allah meluasi kemarahan-Nya. [...]
assalamualaikum saudara..
thanx atas perkongsian ini..
saya menangis kala mbaca pkongsian ini..
betapa Allah sygkan kita sbg makhluk
[Reply]
terima kasih ats post ini…
sy sudah jumpa penyelesaian pd hati sy.dgn post ini..
semoga dirahmati ALLAH..
kerana post ini,
hati sy ad suatu perasaan aneh..
terima kasih..
[Reply]