Pernah rasa ditinggalkan? Pernah rasa tertekan sehingga kadangkala terasa seperti terkorban? Pernah rasa sempit sehingga menyesakkan? Gagal dalam sesuatu perkara kemudian tenggelam dalam kekecewaan? Diuji hebat sehingga rasa kesesakan?
Kita rasa seakan sendirian. Tiada siapa mahu mendengar cerita kita. Kita rasa tiada bantuan. Tiada siapa mahu menghulurkan tangan. Lebih buruk lagi, sehingga satu tahap, kekecewaan kita sampai kepada kehilangan kepercayaan kepada Allah SWT. Kita kata…
Allah sudah tinggalkan kita.
Tenang. Tenanglah tenang.
Sesungguhnya pertolongan itu akan datang.
Hakikat ujian
Segala yang menyukarkan itu adalah ujian. Segala kesenangan juga adalah ujian. Jangan rasa sempit apabila anda disusahkan sesuatu. Belajarlah untuk berlapang dada. Anda kena yakin bahawa, hidup adalah ujian. Ya, hidup itu sendiri satu ujian. Susah senang, semuanya ujian.
Yang anda perlu kisah, bukannya ujian anda itu senang atau susah, yang anda perlu kisahkan adalah kenapa Allah memberikan ujian? Kenapa tidak Allah permudahkan sahaja segala perkara?
Di sini jawapannya:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.
Ya, ujian itu untuk menguji keimanan. Itu hakikatnya. Maka, ujian dalam bentuk kesusahan, ujian dalam bentuk kesenangan, semuanya bertujuan untuk perkara ini.
Menguji keimanan.
Jadi, kalau sehingga anda rasa telah ditinggalkan Allah, maka bagaimana dengan keimanan anda?
Kekal percaya
Satu pesan Ustaz Mahadzir(Ketua Warden MATRI) yang saya tidak pernah lupakan adalah:
“Hilal, enta kena bersangka baik dengan Allah”
Ya, bersangka baik dengan Allah yang mengatur segala-galanya. Tahukah kita bahawa, apa sahaja yang Allah aturkan dalam kehidupan kita, adalah baik untuk kita?
“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Surah Al-Baqarah ayat 216.
Jadi, kenapa kita tidak boleh bersangka baik kepada Allah SWT? Sedangkan Dia Maha Mengetahui, dan kita tidak mengetahui apa-apa?
Susah. Ya, memang susah. Saya sering kata, kalau inginkan syurga yang kesenangannya tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah terlintas di dalam jiwa, maka pasti usahanya menggegarkan dunia.
Sebab itu, Allah menyatakan dalam firman-Nya:
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.
Mereka sehingga teruji, hingga mereka berkata: “Di manakah pertolongan Allah?”
Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
Adakah anda percaya?
Selepas kesusahan, akan ada kesenangan
Kesusahan yang menyentuh kita, pasti akan berakhir. Namun sejauh mana kekuatan kita untuk sabar? Di sinilah kita perlu letakkan titik muhasabah kita.
Setiap kesusahan, akan diiringi kesenangan bagi sesiapa yang tabah melaluinya.
Allah SWT berfirman:
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” Surah Asy-Syarh ayat 5-6.
Dan lihatlah apa firman Allah SWT dalam surah sebelumnya:
“Demi waktu dhuha, Dan malam apabila ia sunyi-sepi, (Bahawa) Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)” Surah Ad-Dhuha ayat 1-3.
Ya, Allah tidak membenci kita. Jauh sekali meninggalkan kita.
Saya belajar dalam tafsir Al-Quran, bahawa perkataan Dhuha digunakan, adalah kerana ia waktu matahari naik dan dunia terang benderang. Bermakna – telah datang bantuan/kesenangan. Dan malam digunakan, kerana waktu itu gelap. Maka bila Allah berfirman: Dan malam apabila ia sunyi-sepi bermakna – dan apabila kesukaran telah berlalu/ dan apabila kesempitan telah berlalu dan sebagainya.
Ayat ini turun semasa Rasulullah SAW dalam kesukaran. Wahyu terputus agak lama. Sehingga Rasulullah SAW merasakan yang Allah meninggalkan baginda. Maka Allah menurunkan ayat ini, sebagai penenang jiwa baginda.
Penenang, untuk jiwa kita juga.
Yang menyatakan bahawa kita beriman kepada-Nya.
Penutup: Bagi yang teguh, dia akan bahagia
Saya kira, perjalanan tersukar dalam sejarah kehidupan ini adalah perjalanan hidup Rasulullah SAW. Baginda memulakan dakwah dalam keadaan sangat sukar. Dicaci, dihina, dibaling najis, dicederakan, cuba dibunuh dan dikhianati oleh kaum munafiq dan pelbagai lagi cubaan. Lebih-lebih lagi di fasa Makkah, terdapat banyak kesukaran yang baginda hadapi, antaranya dipulau selama 3 tahun 3 bulan sehingga terpaksa memakan daun kering.
Tetapi baginda dan para sahabat tabah. Kekal percaya dengan janji-janji Allah SWT. Tidak duduk diam, malah berusaha dengan kuat untuk mengejar janji-janji Allah SWT.
Akhirnya, kita lihat kegemilangan mereka di akhir period dakwah Rasulullah SAW.
Dan bukanlah di dalam kesukaran itu semuanya menyempitkan.
Bagi yang tenang, dalam kepahitan itu ada kemanisan.
Namun siapakah yang benar-benar beriman?





syukran. Bersangka baik dgn Allah.. sy igt kata2 tu.. Innala hama ana
[Reply]
terima kasih.. di saat hampir tenggelam..
[Reply]
salam..
bnyk pengajaran yang bleh ditimba ..
terima kasih
di saat memerlukan..
[Reply]
yaAllah..
terima ksih hilal coz wt artikel ni..
td sy rase sdih sgt..
mgenskan nsib dri…ttbbe,tergerak hti nk bke langitilahi…
maha suci Allah..
tersentap sy…
seolah2 Allah bg jwapn kt sy…
tq Allah..
KAU sentiasa diciciku..
sentiasa dicici hamba2MU…
[Reply]
Salam alaykk~
Syukran ya Hilal..sungguh terkesan di hati saya kerana di saat ini,musibah yg menimpa membuat hati tak keruan walaupun tetap yakinkan diri bahawa saya ada Allah..namun sesekali bila iman diuji,terasa beratnya ujian…semoga Allah memberi kekuatan!
[Reply]
salam dik..syukran jazeelan ntuk entri ni…subhanallah..memang keluar di saat-saat yang sangat diperlukan…
[Reply]
jazakallah khairan,
sekarang sedang diduga dgn ujian demi ujian kesusahan demi kesusahan hingga hampir berputus asa. Moga diberikan kekuatan olehNya..apapun natijahnya kuterima dengan redha insyaAllah
[Reply]
Salam Hilal,
Tanx Hilal for this post… especially for this tough moment…
Sdkit sbnyak melegakan sy, dgn mengingatiNya…
I know Allah know the best…. ^_^
[Reply]
teringat masa pas result spm…menangis magai nak rak…
sbb result xsampai target..dekat seminggu x contact member…
member2 bg msj ty result pon xbalas2…hahaha
rasa cam gelap ja masa depan…tp Allah maha adil…
dia bg gak chan tuk sy sambung belajar….Alhamdulillah
[Reply]
Salam.
a very good one!
hidup ini adalah ujian..semoga kita semua tabah mengahadapi ujian ini..
insyaAllah!
[Reply]
tima kasih wahai blogger langitIllahi
saya meng’link’kan blog anda kpd kakak saya yg ditimpa musibah..
saya amat berterima kasih..hope she will feel better aftr diz..wsalam
[Reply]
thanks for the article
“selepas setiap kesusahan ada kesenangan”
maka bersabarlah dengan setiap ujian dan dugaan.
~semoga Allah redha dengan kita semua
[Reply]
ya Allah..tenangkan lah hatiku..=)
[Reply]
…sy pernah kecewa dan meminta bantuan Allah…kembali ceria stlh beberapa ketika… ditawarkan bahagia untuk seketika… dgn takdirNya, kembali kecewa… berharap lagi padaNya agar dikurnia bahagia…
Saya tahu berkali kecewa bukan bermakna Dia tiada, Dia menunggu masa dan ketika untuk memberi saya bahagia… InsyaAllah, doakan saya istiqamah dalam beramal & tabah menanti saat itu tiba..amin!
Terima kasih HILAL… atas tazkirah ini… Ya Allah, dia menyenangkan hatiku, maka senangkanlah hatinya dengan rahmat dan kasih sayangMu, amin….
[Reply]
salam,
.
bila saya rasa down saya menghayati lirik lagu2 nasyeed berikut. Alhamdulillah kdg2 ia dapat membantu
1. edCoustic- muhasabah cinta
2. raihan-mengemis kasih
3. raihan-damba cinta
4. raihan cinta hakiki
5. inteam-tuhan yang Esa
6. inteam-segenggam tabah…
[Reply]
SubhanAllah, maha suci mu ya Allah…
terlalu byk dugaan dan ujian yg hanya sebesar zarah di beri sejak akhir2 ini.
Seandainya sy di beri dugaan seperti org2 yg terdahulu, Astagfirullah, hanya Allah yang tahu apa akan jd…
Semoga Allah tidak memberi kita ujian seperti ujian yg telah di lalui oleh org2 yg terdahulu..
Bersihkan hati ku ya Allah
[Reply]
pahit akan manis jua akhirnya..
[Reply]
syukran saudara hilal
saudara mbantu sy mnenangkn hati ini
semoga Allah sentiasa merahmati saudara
[Reply]
Slm ukhwah seantero dunia..
Syukran jazilan ya akhi hilal
artikel saudara mmg mencerna minda,memberi semangat disamping menegur secara berhikmah,saudara bijak menyusun kata , menitip irama seni ukiran duniawi sealun dgn muzik kehidupan akan dtg. Tahniah saudara..
Ana tidak bisa menggambarkan sanubari tika pertama kali membaca email yg saudara kirimkan ke inspirasi@iluvislam.com…menitis air mata tatkala merasakan masih hadirnya pejuang seni Islami di dunia serba moden ini….Wallahualam..
[Reply]
Penulisan yg mendalam yg memberi kekuatan dan mengetuk hati yg terlena..luka itu satu kedamaian..Subhanallah.. Jazakallahukhair bg yg mencadangkan saya baca web ni 4 the first time, and barakallahufik bagi penulisnya.. mabrouk laka.salam.
[Reply]
Assalamu’alaikum,,
Subhanallah,,pembacaan yang dimulakan dengan kalimah Allah, lantas menghayati pengisiannya dari lubuk hati yang paling dalam terus terkesan sehingga bisa mengalirkan air mata kesyahduan, air mata keinsafan atas apa yang berlaku selama ini.
Alhamdulillah, bersyukur pada Allah yang telah memberi kita ujian, lantas mendatangkan pertolongan yang disulami dengan ketenangan untuk kita menghadapinya dengan penuh kesabaran.
Teruskan perjuangan,,
Salam ukhuwwah mahabbah fillah,,
[Reply]
Assalamu’alaikum,,
Subhanallah,,pembacaan yang dimulai dengan kalimah Allah, lantas menghayati setiap susunan pengisiannya dari lubuk hati yang paling dalam terus terkesan di jiwa dan mengalirkan air mata kesyahduan, air mata kepiluan dan air mata keinsafan atas apa yang telah berlaku pada diri dan ummah selama ini.
Alhamdulillah, bersyukur pada Allah kerana memberi kita semua ujian dan dugaan untuk menguji keimanan kita padaNya, lantas memberi pertolongan dan petunjuk yang disulami dengan ketenangan agar kita sebagai hambaNya dapat menghadapi ujian itu dengan penuh kesedaran.
Teruskan perjuangan,,
Salam ukhuwwah mahabbah fillah,,
[Reply]
ASSALAMMUALAIKUM w.b.t
terima kasih saudara hilal…
sy semakin yakin yg sy tidak keseorangan dlm melalui onak ranjau duri ini…
ALLAH sentiasa ada menemani sy…tidak hairanlah kerana itu sy masih mampu bertahan dan tetap bangun walaupun telah jatuh…
” bersangka baik dgn ALLAH “…..
” ALLAH tahu ape yg terbaik utk kita”….
selepas ini, insyaALLAH sy akan lebih yakin utk melangkah walaupun berseorangan tanpa ditemani oleh manusia kerana ALLAH akan memerhatikan sy dan akan membantu sy jika sy tersandung….
terima kasih YA ALLAH….aku bersyukur atas segala ujian dan dugaan yg ENGKAU letakkan dibahuku ini kerana baru ku sedar ia mematangkan dan mengajarku erti berdikari….
YA ALLAH…
periharalah kedua org tua ku disana…
semoga roh mereka berada bersama-sama org yg beriman…
mak…abah…perjalanan anakmu ini akan tetap diteruskan kerana anakmu ini sedar inilah yg kamu mahukan selain doa yg tidak pernah putus buat kalian…
amin…
[Reply]
terkesan membca penulisan hilal..saya diuji oleh Allah swt dengan terputusnya ikatan pertunangan. deraian airmata dan rintihan silih berganti. keadaan jarak dengan keluarga yang jauh kerana saya berada di luar negara membuatkan kesedihan saya bertambah. btul kata hilal..sy seakan merintih..kenapa terjadinya pertemuan sy dengan bekas tunang sy sedangkan Allah swt tahu jdoh kami tidak panjang..kenapa ketika saya sy sedang melanjutkan pelajaran pd peringkt tertnggi ni. Bebanan pelajaran sudah mmbuatkan sy tertekan ..ditambah pula dengan masalah ptus tunang….Org akan kata..ala..rileks la bru ptus tunang….bkn bceraipn…tp hakikatnya sy sdh n kcewa dgn apa yg jadi. susah nk diertikan.pda sesiapa yg penah mngalami putus tunang pasti merasa sakitnya. alhamdulilah…sedikit demi sedikit sy cuba berlapang dada menerima segala ujian dan dugaan ni.. kala malam sy tersedar,dgn Allah swt sy mgadu n diminta berlapang dada menerima sgala ketentuanNYA ini. Biarpun berlapang dada dgn apa yg jdi..namun kesakitan,kekecewaan dan kesedihan masih lagi berbaki ..Mohon Ya Allah swt..berikanlah ak kekuatan dan bantulah ak dalam kehidupanku..amin..
[Reply]
salam..
Syukur ke hadrat-Nya, krn disaat2 ujian menimpa, artikel ini sy bc dgn penuh muhasabah diri..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada Ratu Syahadah,
Semoga kita sentiasa merasainya….
- kepada one
Sama-sama memperingatkan diri juga.
- kepada nur-najah
Alhamdulillah, Bantuan dan pertolongan itu, daripada Allah juga datangnya ia.
- kepada puang
Semoga Allah menenangkan jiwa kamu.
- kepada Hajarulhamraa
Itulah dia ujian. Hadirnya untuk membuktikan, sama ada keimanan kita benar atau dusta.
- kepada sunah
Alhamdulillah. Di tangan Allah jugalah segala kekuatan.
- kepada Rabiah88
Tiadalah putus asa itu, melainkan sikap orang-orang yang tidak beriman.
- kepada trueblu
Alhamdulillah. Sesunggunya, Allah itu tidak pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya.
- kepada ahmad asyraf
Allah, kalau Dia berikan kita kegagalan pun, itu masih termasuk dalam keadilan-Nya.
Definisi ‘adil’ untuk Allah, pastinya tidak sama dengan adil yang kita guna pakai untuk manusia.
- kepada Iman Aisyah
Amiiin… alhamdulillah…
- kepada siti mariam ma’wi
Semoga Allah berikan kekuatan kepada kakak kamu.
- kepada nur
Amiiin…
- kepada Nurul
Semoga Allah menyahut doa kamu…
- kepada Naemah
Semoga Allah membantu kamu Naemah.
- kepada iman
Gunakan apa cara sahaja untuk mencapai ketenangan, selagi mana cara itu dibenarkan oleh Allah SWT.
- kepada Layang2
Semoga Allah membersihkan hati-hati kita…
- kepada mukhlisah
Ya, itu janji Allah SWT. Tidak di dunia, di syurga sana.
- kepada lightofkeeper
Amiin, di tangan Allah juga ketenangan.
- kepada fighting4ukhwahfisabilillah
Alhamdulillah, doakan agar Allah mengurniakan saya kekuatan untuk kekal atas jalan ini.
- kepada Aishah Fauzi..
Alhamdulillah. Semoga manfaat yang Allah berikan daripada website ini, akan diterjemahkan dalam bentuk amalan.
- kepada mujahidah cinta Ilahi
Alhamdulillah. Kita berharap, kita adalah antara yang diberikan kekuatan oleh Allah SWT.
- kepada GADIS TABAH…
Alhamdulillah. Semoga Allah memberikan kamu kekuatan dan ketenangan, dan memasukkan kamu dalam kalangan yang diredhai-Nya.
- kepada terkesan
Semoga Allah meringankan bebanan kamu.
Tiadalah ujian itu datang melainkan bersama hikmah bagi yang memerhatikan.
- kepada nur illahi
Alhamdulillah. Allah jugalah yang memberikan ketenangan dan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
kawen 5/12/09 bercerai 28/2/10 diluar mahkamah.. berikan aku kekuatan
[Reply]