Langit Ilahi Rotating Header Image

Motivasi: Terus Menjadi Hebat?

Tiada siapa terus menjadi hebat.

Tiada siapa terus menjadi hebat. ~ picture by Dinardi of Deviant Art

“Ana dah ikut dah step-step dia, tetapi kenapa tak berjaya?”

“Saya dah usaha untuk contohi dia, tapi saya masih macam dahulu”

Kita merungut apabila kita lihat, kita tidak berjaya mencontohi seseorang yang cemerlang dalam medan kehidupan. Akhirnya, kita disapa rasa lemah dan berputus asa. Kita rasa diri kita memang ditakdirkan untuk tidak cemerlang dan tidak mampu melakukan apa-apa.

Sedangkan, kita baru sahaja hendak mencontohinya. Dia memakan masa setahun untuk cemerlang, kita hendak cemerlang sepertinya dalam masa sebulan sahaja. Kejayaannya memakan masa 10 tahun, kita hendak cemerlang sepertinya dalam masa setahun sahaja.

Sememangnya bila kita tidak berjaya, kita akan rasa kecewa.

Sebab di dalam dunia ini, memang tiada manusia yang akan terus menjadi hebat.

Kejayaan perlukan usaha, usaha perlukan masa

Kita melihat penulis hebat seperti A. Samad Said dan kita ingin mencontohinya. Kita pun berusaha pergi ke bengkel-bengkel untuk mencari tips penulisan agar kita mampu cemerlang sepertinya.

Selepas usaha kita itu, kita pun menulis satu karya, dan meminta rakan kita membacanya. Rakan memberikan komentar: “Apa kau tulis macam budak tadika ini?”

Kita terus rasa lemah. Kita rasa bahawa, kita memang tidak akan mampu berjaya. Usahalah banyak mana pun, kita rasa kita tidak akan sesekali mengucup kecemerlangan.

Di sini masalah kita. Kita hanya faham bahawa kejayaan perlukan usaha.

Tetapi kita terlpa bahawa usaha memerlukan masa.

Sekali gagal, 10 kali dikritik, bukanya petanda bahawa kita akan tewas selama-lamanya. Hakikatnya, kegagalan, kritikan, hinaan dalam perjalanan ke arah kecemerlangan adalah ujian daripada Allah SWT untuk melihat kesungguhan kita.

Malah, itu adalah latihan berharga daripada Allah, agar kita belajar dari pengalaman hidup.

Tiada manusia terus berjaya, terus hebat. Semuanya mengalami ujian dan halangan, kadangkala beberapa kejatuhan, sebelum dia berjaya seperti apa yang kita lihat dia berjaya hari ini.

Usaha itu, berkali-kali

Rasulullah SAW tidak berdakwah sekali sahaja kepada seorang yang tertentu. Baginda berdakwah berkali-kali kepada manusia yang sama. Sebagai contoh, kepala-kepala musyrikin Makkah. Baginda tidak pernah bosan, tidak pernah rasa kecewa dengan hinaan dan seksaan mereka.

Hari pertama baginda memulakan dakwah secara terang, baginda mengumpulkan semua ahli Makkah di buki Safa. Baginda menjerit bertanya akan kepercayaan mereka kepada baginda. Mereka semua menyatakan bahawa mereka akan mempercayai baginda. Maka baginda menyeru kepada mereka supaya beriman kepada tuhan yang satu.

Ketika itu Abu Lahab berteriak: “Celakalah tangan Muhammad. Adakah kau mengumpulan kami hanya kerana ini?”

Dan seruannya itu tidak diendahkan.

Adakah baginda berhenti dari dakwahnya dan berkata: “Aku sudah ada wahyu dari langit, mereka masih tidak menerima. Nampaknya, aku ini memang akan gagal memperbaiki ummatku”

Begitukah?

Tidak. Baginda terus berusaha, dengan pelbagai lagi teknik dan cara, dengan pelbagai uslub dan pengajaran, dan akhirnya selepas 13 tahun, baginda berjaya membina satu negara sendiri di bawah bendera Islam, dan 10 tahun selepas itu, seluruh kaum Musyrikin Makkah, beriman kepada Allah SWT dalam peristiwa Fathu Makkah.

Siapa kata gagal itu, adalah kegagalan?

Gagal itu adalah pengajaran.

Apakah gagal yang sebenar?

Berputus asa. Itulah kegagalan yang sebenar.

Penutup: Teruskan usaha. Itu sendiri satu kehebatan.

Kesilapan kita dalam mencontohi seseorang, adalah kita berhajatkan diri kita benar-benar menjadi seperti orang itu. Sedangkan, kita dengan dia adalah dua manusia yang berbeza. Kita tidak pernah boleh menjadi seperti seseorang.

Bila kita mencontohi, kita sebenarnya mengekstrak apa yang ada pada dia, dan menjalankannya pada tubuh kita. Maka adalah perkara yang biasa sekiranya kejayaan yang dia capai, kita capai lebih lewat. Hal ini kerana, kita bukan dia.

Dan adalah luar biasa, lagi mengkagumkan, jika perkara yang dia berjaya capai, kita capai dengan lebih awal. Saya kata luar biasa lagi mengkagumkan, namun perkara ini bukannya mustahil. Ini terjadi kepada Dr Zakir Naikk yang berjaya melakukan sesuatu yang lebih hebat dari Ahmad Deedat Rahimahullah hanya dalammasa 4 tahun. Almarhum Ahmad Deedat sendiri berkata:

“Kau telah berjaya mencapai apa yang aku usahakan dalam 40 tahun ini, dengan hanya 4 tahun”

Tetapi pokokya kembali kepada usaha yang tidak kenal putus asa.

Dengan terus berusaha, usaha, usaha dan usaha, itu sendiri adalah satu kehebatan sebenarnya.

Apakah Nabi Saleh adalah seorang yang gagal apabila seluruh kaumnya diazab? Apakah Nabi Lut adalah seorang yang gagal apabila seluruh kaumnya diterbalikkan? Apakah Nabi Nuh seorang yang gagal apabila hanya 83 orang dari kaumnya yang terselamat? Apakah Nabi Yahya adalah seorang yang gagal apabila akhirnya kepalanya dipenggal?

Sesekali tidak. Bahkan mereka adalah manusia yang hebat yang pernah berjalan di atas muka bumi ini, kerana kegigihan usaha mereka yang tidak kenal lelah dan putus asa.

Bagaimana pula dengan kamu, wahai manusia yang ingin menjadikan dirinya hebat?

Print This Post Print This Post

22 Comments

  1. lil caliph says:

    tak boleh putus asa.

    ingatan pd sdiri sndiri dan semua :)

    terima kasih ats entri ni.

    [Reply]

  2. BroHamzah says:

    Salam HA, nta menggerakan semangat ana.Segala apa yang kita rancang dan rancang akan kita USAHA semaksima mungkin. Ia bermula dengan diri kita dan terus kita ajak manusia yang berada di sekeliling kita.

    [Reply]

  3. try, & try again. dun give up ;)..
    juga minta pertolongan dr Allah..

    [Reply]

  4. saari lateh says:

    :smile: :idea:

    [Reply]

  5. nur_cahaya says:

    salam..gagal sekali tidak bermakna gagal untk selamanya..
    maka teruslah berusaha untuk berjaya..
    jgn sesekali putus asa..
    mohon pertolongan dr Allah..
    betulkan niat..
    InsyaAllah…(”,)

    [Reply]

  6. min malizia says:

    salam….
    what drive me to studying more even though thousand of obstacle pass trough me..??? i always put my ‘love and passionate’ in front together ALLAH as my GOLDEN AIM…

    [Reply]

  7. syaz123 says:

    terima kasih hilal atas entri ini.peringatan untuk diri yang selalu berputus asa dan mengharapkan kejayaan yang sekelip mata

    [Reply]

  8. dino says:

    Assalamualaikum :)

    Terima kasih atas post ini..
    Saya seorang pelajar dan saya hampir berputus asa..
    Biasalah tiada apa yg senang dalam mencari ilmu.
    hmm tapi betul lah..

    ‘Kejayaan memerlukan usaha dan usaha memang memerlukan masa.’

    Mungkin in yang saya lupa…terima kasih sekali lagi atas post ini.
    Terima kasih kerana mengingatkan saya.
    Semoga saudara Hilal terus berjaya di dunia dan di akhirat. amiin :)

    [Reply]

  9. auniazita says:

    Salam..suatu kegagalan terjadi bukan bermakna gagal segalanyg…tp kegagalan demi kegagalan adalah untuk kita meningkatkan lagi kehebatan yang ada pada kita..kegagalan adalah motivasi utk kita maju lg kedepan dan mencabar kewibawaan yang ada utk diperlihatkan…cuma masa yang menentukan.

    [Reply]

  10. fzl mhmd says:

    TQ entri ini saudara hilal
    moga sy tetap terus kuat berusaha
    insyaAllah…

    [Reply]

  11. musafir says:

    Salam.. yup, dengan kegagalan lah kita belajar untuk terus maju kehadapan. Kegagalan yg dialami adalah titik permulaan ke arah kejayaan jika kita mahu bangkit dan tidak berputus asa.

    Sesunguhnya di dalam kegagalan dan kejayaan itu terdapat ujian dari Allah untuk kita.

    Jika kita gagal, jgn berputus asa, kerana ia mungkin teguran dan ujian daripada Allah Taala untuk kita. Maka, muhasabah diri kembali atas kegagalan yg di alami…

    Kejayaan yg kita kecapi juga adalah ujian untuk hambanya sama ada bersyukur atau tidak.
    Maka, jangan jemu berusaha untuk mencapai kejayaan. Jadilah hamba-Nya yang sentiasa bersyukur ketika senang mahupun susah, ketika najah mahupun fashal…

    Berusaha, berusaha dan terus berusaha…

    [Reply]

  12. t says:

    Allah tu Maha Mengetahui kan..

    Dia sentiasa menghitung segala usaha dan kesabaran hamba-NYA
    Yakin lah, Allah takkan pernah mensia-sia kan orang-orang yang ikhlas dan berusaha..

    wallahu a’lam

    [Reply]

  13. Yuana says:

    Im motivated, JZKallah

    [Reply]

  14. wardatul husna says:

    thnks akhi ats perkongsian…

    [Reply]

  15. syukran Ya Akhi atas post ini. Saya seorang pelajar dan penulis, jujur, saya banyak menghadapi kekecewaan. bukan semua hal yg dicita dan diimpikan dikecapi. kekalahan dan kegagalan..byk menyeksa diri. tapi post ini benar2 membuatkan saya berfikir…merenung sebentar..menilai kesilapan.

    [Reply]

  16. misna says:

    salam..teringat cakap mak bila mengadu belajar susah, mak akan kata kalau semua senang dan dapat A, baik jadi cikgu terus..huhu

    [Reply]

  17. amamr says:

    jazakallah..

    terus menjadi hebat..dalam setiap aspek kehidupan..
    insyaALLAH..

    amamr

    [Reply]

  18. wany says:

    salam….hmm…kegagalan tu mmg satu pengalaman n pengalaman la yg membantu kt utk menjadi yg lbh baik jk kita perihatin. jika kt perhatikan, stiap kejadian yg berlaku dlm hdp kita ni mmg indah. n semuanya ade hikmah yg tersendiri…kalo xdpt yg ni, kt dpt yg ni…ssgghnya ALLAH lbh mengetahui ape yg terbaik buat hambanye…kt cume perlu sentiasa bersedia utk tdk bersedia…(^_^) wallahua’lam

    [Reply]

  19. fakhrullah azri says:

    someone fail when he stop doing something,so choose not to stop,keep aiming!
    in our content to be a good muslim day by day =)

    macam saudara hilal jugak,kalau hilal berhenti tulis blog @ cerpen dan tak konsisten dalam penulisan @ mengeluarkan post…mesti blog tak dapat sambutan @ followers akan lari..

    jauhkan kami dari putus asa ya allah~

    [Reply]

  20. arnamee says:

    Salam hilal. Yeah! Insyaaallah. Ameen,ya hilal:D

    [Reply]

  21. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada lil caliph

    ya. Semestinya.

    - kepada BroHamzah

    Allah jugalah yang menggerakkan semangat. Manusia hanya ditugaskan untuk berusaha.

    - kepada
    راتو شهادة

    Dan jalan usaha juga kena syara’. Itu penting juga.

    - kepada saari lateh

    Semoga senyumnya berfaedah.

    - kepada nur_cahaya

    Alangkah baiknya, kalau kefahama seperti itu tidak hanya kekal dalam bentuk tulisan, tetapi juga berjalan dalam bentuk amalan.

    - kepada min malizia

    Moga Allah berikan kamu keikhlasan dan kerendahan hati, serta nikmat istiqomah.

    - kepada syaz123

    Alhamdulillah. Sama-sama memperingatkan diri sendiri juga.

    - kepada dino

    Alhamdulillah. Moga Allah membantu kamu, dan mempermudahkan urusan kamu.

    - kepada auniazita

    Masalahnya, ramai yang tidak faham, dan terus tersungkur dalam kegagalan.

    - kepada fzl mhmd

    Amiiin…
    Moga Allah permudahkan urusan kamu.

    - kepada musafir

    Terima kasih atas perkongsiannya. moga ramai mendapat manfaat terhadap ulasan kamu itu.

    - kepada t

    Ya. Ramai orang tahu yang ini. Cuma ramai yang tidak mampu menterjemahkan pengetahuannya kepada amalan.

    - kepada Yuana

    Segala kekuatan itu daripada Allah, kita hanya berusaha.

    - kepada wardatul husna

    Sama-sama memperingatkan diri sendiri juga sebenarnya.

    - kepada Ariff Hafizi Radzi

    Sama-sama muhasabah. Semoga Allah permudahkan urusan kamu.

    - kepada misna

    Dan mak kamu itu betul.

    - kepada amamr

    InsyaAllah. Enta pun, terus usaha keras.

    - kepada wany

    Bukan bersedia atau tak bersedia.

    Pertama sekali kita perlu faham.

    Denga kefahaman, baru boleh munculnya persediaan.

    - kepada fakhrullah azri

    Em…
    Orang mengikuti saya sebab saya tulis hari-hari kah?

    Maka jika begitu, saya telah gagal.

    - kepada arnamee

    ????

    Semoga Allah rahmati kamu.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  22. Rabiah88 says:

    saya baru saja mngalami kegagalan..setelah puas berusaha akhinya saya xdapat apa yang saya inginkan.saya menangis sepuasnya dan sebenarnya untuk menerima kegagalan setelah puas berusaha bukanlah suatu yang mudah.Tapi disatu satu sudut saya cuba mengambil sisi positif tentang apa yang telah berlaku. Kawan saya menasihati saya bahawa Allah xbagi apa yang kita mahu tapi Allah bagi apa yang kita perlu..

    [Reply]

Leave a Reply