Bila ada manusia mengajak kepada kebaikan, kadangkala dia akan berhadapan dengan sindiran dan caci maki orang ramai. Tambah memburukkan, sindiran dan caci maki itu melemahkan kekuatan hati untuk terus menyebarkan kebaikan.
Antara kata-kata yang biasa kita dengar adalah:
“Ala, belajar pun tak habis lagi nak dakwah-dakwah”
“Diri pun tak berapa betul, nak ajak orang pada kebaikan”
“Ni dah hafal Al-Quran sepenuhnya ke, nak ajak-ajak orang buat baik ni?”
“Kau dah sempurna sangat ke?”
Dan begitulah antara ayat yang keluar, melemahkan semangat mereka yang ingin mengajak kepada Allah SWT. Kadangkala, alasan-alasan seperti itu, yakni alasan tak sempurna, belum cukup bersedia, ilmu masih tak banyak, dosa masih ada yang tak boleh tinggal, digunakan oleh kita sendiri sebagai jalan keluar untuk tidak bergerak menyebarkan kebaikan.
Adakah benar, hendak mengajak kepada kebaikan, diri kita perlu sempurna dahulu?
Kisah Abu Bakr RA
Dari kalangan lelaki dewasa, Abu Bakr RA adalah yang pertama beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Jika kita memerhatikan Sirah Nabawiyah, selepas keimanannya, Abu Bakr mengajak ramai manusia untuk mengikuti jalan kepada Allah SWT ini. Antara yang diajaknya adalah:
1. Uthman bin Affan RA – satu dari 10 yang dijamin syurga.
2. Sa’ad ibn Abi Waqqas RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
3. Talhah ibn Ubaidillah RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
4. Abdurrahman ibn Auf RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
5. Zubair Al-Awwam RA
6. Abu Ubaidah Al-Jarrah RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga
Ini adalah antara yang diseru oleh Abu Bakr RA, sebaik sahaja Abu Bakr beriman kepada Allah SWT. Kalau diperhatikan, mereka yang didakwah oleh Abu Bakr RA pada awal keimanannya ini, kebanyakannya adalah sahabat yang dijamin syurga.
Kita teliti, Abu Bakr RA ketika itu baru sahaja beriman kepada Allah SWT. Adakah Al-Quran ketika itu sudah sempurna sehingga ada ayat-ayat yang boleh menguatkan seruan Abu Bakr? Adakah Rasulullah SAW ketika itu sudah menyempurnakan dakwahnya sampai pada Abu Bakr ada pelbagai teknik yang boleh dia gunakan? Adakah ketika itu orang Islam sudah ramai sampai Abu Bakr boleh menunjukkan si fulan itu, si fulan ini gembira mengikuti Islam?
Kita perhatikan, dalam keadaan serba kekurangan, Abu Bakr RA bergerak juga menyebarkan kefahaman Islam, mengajak kepada kebaikan. Sedangkan ketika itu baru awal waktu seruan Rasulullah SAW. Ayat Al-Quran pun hanya ada beberapa sahaja. Orang Islam hanya ada dia, dan keluarga Rasulullah SAW sahaja.
Jadi kenapa Abu Bakr RA ini mampu bergerak, berani menyeru manusia kepada Islam dalam keadaan kekurangan demikian?
Kerana dia beriman, yakin dengan apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Kerana dia melihat Islam itulah penyelesai kepada masalah insan, dan dia hendakkan Islam itu berada dalam jiwa-jiwa masyarakatnya.
Maka dia bergerak tanpa menanti sempurna. Tidak berlengahan. Tidak memberi alasan itu, alasan ini. Tidak juga jatuh dengan seksaan dan hinaan.
Perbaiki diri, dan ajak orang lain
Allahyarham Sheikh Mustapaha Masyur ada berkata:
“Islah nafsak, wad’u ghairak”
Ramai orang salah faham kata-kata ini dengan menafsirkan seperti berikut:
“Perbaiki diri dulu, baru ajak orang lain”
Kalau benar itu maknanya, maka Sheikh Mustaphaa Masyur akan berkata begini:
“Islah nafsak, summa, ud’u ghairak” Perkataan summa di sini membawa maksud kemudian.
Kenapa dia menggunakan ‘dan’, bukannya ‘kemudian’? Hal ini kerana, ‘dan’ menunjukkan kebersamaan, pada waktu yang sama. Manakala ‘kemudian’ menunjukkan kelewatan, bukan pada waktu yang sama. Maka, makna pada kata-kata “Islah nafsak, wad’u ghairak” hakikatnya adalah:
“Perbaiki diri kamu, dan(pada masa yang sama) ajak orang lain(memperbaiki diri macam kamu juga)”
Kenapa dia menyeru demikian? Kenapa Sheikh Mustapha Masyur tidak suruh kita ajak orang lain lepas diri kita dah sempurna? Kenapa masa tengah perbaiki diri kita sudah perlu ajak orang lain? Kenapa?
Hal ini kerana, manusia memang tidak akan mencapai kesempurnaan. Jadi, jika hendak tunggu sempurna, sampai kiamat pun tidak akan bermulanya seruan kepada kebaikan. Justeru, manusia perlu menyeru dengan apa yang sudah ada di tangannya. Dia ada sikit, dia bagi sikit. Dia ada banyak, dia bagi banyak. Pokoknya, dia memberi, berkongsi, menyeru ke arah kebaikan, mengajak manusia kembali kepada Allah SWT. Sebab itu, Rasulullah SAW bersabda:
“Sampaikan daripada aku, walaupun sepotong ayat”
Dan dengan kita bergerak mengajak manusia lain ke arah kebaikan, insyaAllah diri kita akan mempunyai satu rasa sensitif untuk menjalankan peningkatan. Hal ini kerana, kita akan merasakan satu tolakan untuk lebih memperkemaskan diri apabila kita mula menyeru manusia ke arah kebaikan. Ini juga satu booster untuk peningkatan diri.
Guru saya ada berkata:
“Perempuan yang malas mencuci kukunya, apabila dia mencuci pakaian, maka kukunya akan tercuci sama”
Kebaikan, jangan dilewat-lewatkan
Allah SWT berfirman:
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;” Ali-Imran ayat 133.
Allah SWT juga mengingatkan kita berkenaan tindakan seorang lelaki yang apabila mendengar ummatnya menolak penyampaian rasul-rasul Allah SWT. Allah menceritakan bahawa lelaki itu berlari dengan pantas di dalam ayat berikut:
“Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dalam keadaan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu” Surah Yaasin ayat 20.
Apa persamaan dua ayat ini?
Menyegerakan kebaikan.
Hal ini kerana, kalau kita tidak menyegerakan kebaikan, maka hakikatnya kita telah terjerumus dalam kerugian. Mari kita lihat ayat Al-‘Asr yang popular:
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.
Ya, perhatikan ayat-ayat itu. Siapakah yang tidak rugi? Yang tidak rugi dalam hidup ini hanyalah mereka yang melakukan amal kebaikan, dan menyebarkannya pula.
Anda, nak untung atau hendak rugi?
Penutup: Sebarkanlah kebaikan, sebarkanlah kebenaran
Jadi jangan lengah lagi. Jangan takut untuk buat baik. Jangan takut untuk sebarkan kebaikan. Bila bersembang dengan kawan, selitkan peringatan-peringatan. Bila menghadiri satu majlis, jangan lupa ambil peluang menyebarkan kebenaran. Bila mengetuai satu program, jangan lupa adunkan program itu dengan hubungan kepada Allah SWT.
Sebarkanlah kebaikan, sebarkanlah kebenaran. Gunakan segala ruang, peluang dan cara yang ada untuk menyebarkan kebaikan dan kebenaran.
Jangan lengah, jangan lewat-lewat.
Bergeraklah.
Bersegeralah.
Tidak perlu menanti sempurna.
Inilah salah satu jalan untuk berusaha menyempurnakan diri kita.






insyALLAH..
muga ALLAH permudahkan..
andai perjuwngan ini mudah,
sudah paSti ramai y ingin mnyertainy..
andai perjuwngn ini singkat,
paSti ramai y iStiqamah..
andai prjwngn ini mnjnjikan kesenangan dunia,
paSti ramai y tertarik pdnya..
tp hakikat prjwngan bukan begitu,
turun naikny,
SAKIT PEDIHNYA,
umpama kemaniSan xterhingga..
andai REBAH, BANGKITLAH SEMULA..
andai TERLUKA, INGATLAH JANJINY..
salam perjuwangan buat semua..
~airk0S0ng
[Reply]
salam,entry ini akan jd 1 pemangkin semangat akk nk sebarkan fikrah islam supaya semua org akn dpat merasainya bersama2.nk ajak pd kebaikan nie mmg x tunggu kita sempurna & ckup ilmu..sbb ilmu Allah nie maha luas..dan sempurna itu xkn mmpu kita capai..kerna fitrah kita mmg tdk sempurna.yg sempurna cme Allah.jd,jgn berlengah lagi..mulakan seruan anda…x bley dgn kata2,kita buat dlm bntk penulisan.malah,seorg senior akk penah ckp,seruan yg plg mudah adlh bila kita menunjukkan qudwah hasanah pd org lain.shbt akk selalu ulang kata2 nie pd akk”seorg dai’e kdg2 dy nie sprt rama2,x prlu berbicara pun tp tingkah laku dy ckup untuk membuatkn org lain terpesona pd dy”.nielah antara kata2 yg selalu akk jdkn kata2 semangat bila kita rse lemah nk menyeru org lain..semoga kita sama2 dpt menyebarluas & berkongsi islam ini dgn org lain…
[Reply]
salam..hoho, xprnh trfikir pun nk amik contoh abu bakar..
nice articcle..keep it up
[Reply]
mmg klu buat baik,mst ade yang akan tersalah sangka…
artikel ni beri sedikit sbnyak kekuatan kpd sy… thanks… moga Allah redho…
[Reply]
salam…
klu org salah faham dgn ayat ” islah nafsak, wad’u ghairak “….
ade org juga yg tkut nak dakwah sbb salah faham dgn ayat 2 n 3 dari surah As-Saff…..
[Reply]
assalamualaikum..akh hilal..
entry yang menarik..
‘’sesiapa yang menyebut lailahailallahmuhammadurrasulullah..maka dia adalah daie”
andaikate seseorang itu tidak sempurna dari segi fizikal..layakkah dia untuk menjadi daie?
kadang2 insan memandang dari luaran n fizikal..tanpa memberi kite kesempatan untuk berdakwah………macam mane tu?
[Reply]
subhanallah.. nak je bagi artikel ini pada mutarabbi dan madu’… moga dibukakan hatinya agar cuba utk menyeru orang lain, bukan perbaiki diri sahaja.
syukran akh.
jzkk
[Reply]
salam..
insyaallah..
sy akn brgrk..
moga Allah prmudahkn..
gambatte kudasai hilal..!
[Reply]
Assalamualaikum,,
Alhamdulillah, sememangnya ana dapat rasakan Langit Ilahi perhentian terbaik di kala ini terutama kepada yang masih mencari-cari bagaimana hendak berdakwah secara hikmah dan terus istiqamah walaupun ujian datang membadai. Bersyukur kepada Allah, kita masih dikurniakan hidayah dari Allah dan mudah-mudahan kita dapat memanfaatkan hidayah yang diberi dengan sebaiknya.
Soal kesempurnaan inilah yang seringkali dijadikan kayu ukur untuk mematahkan misi dakwah seseorang dan akhirnya bagi yang lemah akan terus lemah, yang bernasib baik mungkin akan terus gagah namun masih ada kebimbangan. Ana lihat dengan penjelasan yang boleh dikatakan sangat mudah difahami ini maka InsyaAllah, bagi yang sering kali terjatuh dalam usaha menjalankan dakwah, sudah pasti rasa kesedaran dalam diri akan mula lahir dan kesungguhan akan mula meningkat peratusnya. Dalam suasana hari ini, memang tidak dapat dinafikan ramai yang mempunyai niat untuk menjalankan dakwah, menyeru kepada kebaikan namun kerana takut disoal tentang kesempurnaan dalam diri maka berdiam diri dianggap langkah yang terbaik. Bagi ana, dengan adanya entry motivasi ini, InsyaAllah sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk menjalankan dakwah, amar makruf nahi mungkar dengan lebih yakin dan berhikmah.
Yakinlah Allah sentiasa bersama kita,,
Salam ukhwah mahabbah fillah.
[Reply]
assalamu’alaikum…
begitulah y ana rasa… “belum cukup sempurna”… “masih bnyak y kurang”… “tunggulah”… “kalau da bnyak ilmu nnti bru leh dakwah”… “tkot lah ape dorg kate” dan seribu mcm persoalan lg…. dan ni pon… sejak istiqamah nk berubah cara pemakaian ke tudung labuh… rasa scared tuk blek kampus…. haish
but bace entry ana jd smgt blek… alhamdulillah… syukran….
p:s/ semoga entry2 hilal dpt selalu mmbakar smgt pembaca2
~amin~
[Reply]
salam syeikh.
nampak gaya hebat bahasa. tertarik dengan ‘islah nafsak wadu’ gairak’, serta tafsiran wa dan tsumma.
Cuma saya nak tanye syeikh, tafsiran ‘qul amantu billah tsumma astaqim’ tu gmana pula ya? tsumma nya?
tnx a lott
[Reply]
Masyallah…banyak manfaat yang boleh diambil..
tapi mengikut pengalaman ana, ada orang mengajak kebaikan samada secara zahir atau batin tetapi dia sendiri tidak buat apa yang diajak. Banyak tazkirah itu dan ini tetapi dia sendiri banyak cacat cela..
Jadi, bagi ana setiap daei perlu ada tahap kebaikan yang minimum supaya menjadi qudwah kepada orang lain( tidak semestinya ‘perfect’).
Sahabat seperti Abu Bakar sendiri pada ketika itu dikenali sebagai individu yang terpelihara daripada perbuatan keji Arab Jahiliyah…jadi, dakwahnya mudah diterima oleh sebilangan sahabat2 ketika itu….
So, ‘nobody perfect, but at least what they say is right to what they doing’(maaf kalau ada ‘grammar error’)
wallahualam……..
[Reply]
hilal.jazakallah ats pnerangan yang panjang dan lebar yang enta huraikan,,,moga2 menjadi kebaikan kpd pelawat2 sekalian,,,insyaallah,,,,
[Reply]
shahadatul haq!!!
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada bergerak mnjadi hambaNYA~
Apakah hendak mendapatkan syurga yang tidak terbayang kehebatannya dengan akal fikiran, lintasan hati dan kata-kata itu, boleh kita dapatkan dengan bermain-main sahaja?
Kita fikirkan bersama…
- kepada srikandi dataran syam
Kita perlu tabahkan jiwa kita.
Yakin dengan janji-janji-Nya.
Sebab itu bermula tarbiyah diri ini daripada jiwa.
Membina keimanan kita.
- kepada ariffah9
Alhamdulillah. Semuanya kita kongsi bersama, untuk menterjemahkannya ke dalam amal kita.
- kepada wani
Alhamdulillah. Kalau ada orang salah sangka, kamu bagitahu sahaja yang sebenarnya dengan berani.
- kepada mahirah
Kalau orang memberikan dua ayat itu sebagai alasan, hakikatnya mereka tidak memahami makna sebenar dua ayat itu.
Dua ayat itu bukan semata-mata ayat ancaman.
Dua ayat itu ayat motivasi.
Seakan-akan ia berkata begini:
“Kalau kamu menyeru kepada kebaikan, bukankah tidak pantas kamu tidak melakukannya?”
Jadi, sebagai penyeru kebaikan, kita perlu menjadi baik juga sambil menyeru orang lain.
- keopada mujahidah cinta umat islam
Bagi yang kekurangan dari segi fizikal, kamu boleh berdakwah dengan ketabahan hidup kamu.
Di situ juga ada nilainya.
- kepada mujahidah88
Alhamdulillah. Artikal ini juga untuk murabbi dan da’ie bagi mengingatkan diri mereka.
- kepada nur nur
Alhamdulillah.
Kita bergerak bersama insyaAllah…
- kepada mujahidah cinta Ilahi
Alhamdulillah.
Langit Ilahi bukanlah yang terbaik.
Hanya antara yang berusaha menjadi baik sahaja mungkin.
Kita harapkan, tempat ini benar-benar Allah redha untuk menjadi makanan jiwa kita.
Terima kasih atas perkongsian dan penerangan kamu.
Saya rasa terisi.
- kepada jadikan aku serikandi
Amiiin…
Semoga Allah kuatkan kamu.
Segala kesedaran, petunjuk dan kebaikan hanya datang daripada Allah SWT sahaja.
- kepada Nawfal ahmad
Hendak mengajak orang lain kepada kebaikan, tidak mengapa walaupun kita hanya ada satu ayat. Teknik kita boleh try and error.
Tetapi hendak mengamalkan syariat Allah, tak boleh try and error. Kena belajar dahulu, dan amalkan apa yang diajar. Tak boleh invent jalan baru dan sebagainya.
Sebab itu, di situ digunakan tsumma.
Nampak?
- kepada iijr
Saya rasa, kita yang perlu belajar untuk tidak melatah dengan cacat cela penyeru.
Sesiapa sahaja berhak mengajak kepada kebaikan.
Jangan sampai dengan cacat cela kita, kita takut hendak mengajak dan melakukan kebaikan.
Saya tidak nampak orang yang banyak cacat cela untuk tidak menyeru kepada kebaikan. bahkan, mungkin dengan dia menyeru kepada kebaikan, dirinya sendiri juga tertingkat.
- kepada ibnuLan
Alhamdulillah.
Sama-sama kita meningkatkan diri.
- kepada am
Kita hendak membumikan syahadah kita itu dalam kehidupan.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
subhanallah…
entry ini smkin mguatkanku…
[Reply]
sy teringin nk jd cm kwn sy..
solehah..sopan..
sy cme simple je..slalu paki sluar..
agak selekeh..
dh cbe jd cm kwn2 sy..
tp sy akn menangis coz terasa hipokrit..
bkn dri sy yg sebenar..
sy nk berubh dgn sendiri tnpa ikut org..
bleh bantu sy???
[Reply]
out of topic jap…cuma nak thu, facebook sebenarnya boikot ke x…..dengar2 fb digunakan ntuk menjatuhkan Islam…
[Reply]
syukran atas pnjelasan..memang ilmu yg kita nak tau lah yg kita harapkan dri sni…alhamdulillah..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada ice
Allah jugalah penguat kita yang sebenar.
- kepada ct
MasyaAllah, menjadi hamba yang baik itu hipokrit?
Apa hakikatnya diri kita yang sebenar?
Hakikatnya kita adalah hamba.
Justeru, kalau kita bergerak menjadi baik, apa yang hipokritnya?
- kepada hamba Allah
Boleh baca artikel saya fasal Facebook yang ada di websit ini.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
seperti ct,saya pun nk berbah gak…nk jadi seorang yang solehah seperti kawan sy(3 thn jer beza)..dia selalu berqiamullail….dan juga pernah berjumpa malam lailatur qadar dan melihat kekuasaan allah pada hari tersebut juga(tahun lepas)…..harap2 sy menjadi seorang yang selohah…amin..
cuma seorang hamba Allah…
[Reply]
salam…… semoga allah permudahkan jalan akh…..trimas atas artikel nie… sangat membantu!
[Reply]