Langit Ilahi Rotating Header Image

Motivasi:Kegigihan dalam mendidik…

kenangan bersama ustaz hadi(baju biru) ketika beliau berziarah ke jordan

kenangan bersama ustaz hadi(baju biru) ketika beliau berziarah ke jordan

Saya berjumpa dengan ramai orang yang mengibarkan panji bernama dakwah. Bila berbicara berkenaan dakwah, maka mereka akan bercakap, dengan pelbagai teori, bersama dalil naqli, dengan semangat yag berapi-api.

Tetapi, saya lihat, kebanyakan mereka mencemuh orang yang tidak mendengar ajakan mereka. Mereka menuduh dengan mudah yang hati orang tidak mendengar itu sudah ditutup oleh ALLAH, dan lebih teruk lagi, ada yang menyatakan bahawa orang tidak mendengar itu tempatnya sudah pasti di neraka.

Sedangkan, hayat belum berakhir untuk orang yang tidak menyedari, dan masa masih ada untuk mereka yang katanya membawa panji dakwah, untuk terus berusaha mengibarkan panji mereka itu agar menarik perhatian orang.

Pada saya, mereka ini adalah tidak gigih, dan hanya tahu beromongan sahaja, tanpa pembuktian dengan qudwah.

Saya hendak berkongsi kisah, berkenaan seorang manusia, yang 7 tahun saya memerhatikannya.

Manusia itu adalah merupakan guru saya, dan antara manusia yang paling saya hormat dalam kehidupan saya, namanya adalah Abdul Hadi bin Othman. Ramai yang mengenalinya dengan nama Ustaz Abdul Hadi atau Ustaz Hadi.

Ustaz Hadi, kerjanya mengajar mata pelajaran Al-Quran di MATRI. Tetapi, dia tidak berhenti sekadar menghabiskan tugasannya di kelas sahaja. Dia adalah satu-satunya guru yang tidak pernah terlepas dari mulutnya memberikan peringatan agar pelajar-pelajar MATRI menjaga ibadah dan antara guru yang tidak pernah berputus asa dalam memperbaiki syakhsiah pelajar.

Jika anda hendak tahu, umur Ustaz Hadi ini adalah sekitar 60 tahun lebih.

Orang tua lepas bersara sepertinya, biasanya akan duduk di rumah. Tak pun bercucuk tanam menanti nyawa dijemput ALLAH. Tetapi dia, tidak begitu. Saban pagi, dia akan bergerak ke musolla MATRI, menjadi imam subuh kepada pelajar-pelajar. Kadangkala, dia akan memilih dari kalangan pelajar, untuk menjadi imam walaupun dia ada di dalam musolla.

Selepas subuh, dia akan memberikan tazkirah pendek, berakhir dengan sedikit pengajaran tajwid bersama pembacaan Al-Quran.

Mungkin, kalangan anda menyangka itu adalah program yang diaturkan sekolah, pada hari-hari tertentu bukan?

Sebenarnya, MATRI tidak pernah menyusun pun program sedemikian. Itu adalah inisiatif Ustaz Abdul Hadi sendiri. Dan, tiada hari tertentu. Ustaz Hadi melaksanakan program itu setiap hari jika dia tidak mempunyai keuzuran.

Saya sentiasa melihat keadaan musolla ketika Ustaz Abdul Hadi memberikan tazkirah subuhnya saban pagi. Majoriti pelajar, tidur ketika mendengar tazkirahnya. Sepanjang tujuh tahun, boleh dikatakan ceramahnya itu hanya benar-benar didengari oleh segelintir pelajar sahaja.

Tetapi, apakah dia marah-marah?

Tidak. Bahkan, dia sering buat lawak menyatakan bahawa, pelajar MATRI ini semuanya akan masuk syurga, kerana semuanya syahid dalam majlis ilmu. Malah, kadangkala dia bercanda, tidur di dalam majlis ilmu pun ada barakahnya, sebab tidur itu dinaungi sayap para malaikat. Ada waktu, dia akan mengajak semua pelajar bersenam bersamanya di atas musolla. Tiada sedikit pun dia menengking, meninggikan suara, menegur pelajar-pelajar yang tidak mendengar ceramahnya saban pagi itu. Dia terus memberi ceramah, dan saya yakin, sehingga hari ini, dia masih begitu.

7 tahun, bukanlah satu jangka masa yang pendek. Apatah lagi jika perkara itu dilakukan dengan kerap. Tetapi Ustaz Hadi tidak pernah mengalah. Hari terakhir saya di MATRI, dia masih begitu, memberikan tazkirah di waktu pagi.

Kegigihannya memang mengkagumkan. Pada saya, inilah sebenarnya syakhsiah seorang yang mengibarkan panji bernama dakwah.

Kalau anda hendak tahu, dia bukan sahaja berceramah saban pagi kepada pelajar MATRI. Ustaz Abdul Hadi adalah antara Ustaz yang terkenal di Perlis dan banyak mendapat jemputan ceramah di masjid-masjid. Dan dia tidak pernah berhenti dari kerja menyampaikan ISLAM kepada masyarakat itu.

Di celah kesibukannya, dia tetap menjaga hal ibadah pelajar-pelajar MATRI. Tidak pernah satu kali pun pada waktu solat, yang dia tidak mengingatkan pelajar berkenaan solat sunat sebelum atau selepas solat fardhu. Suaranya akan kedengaran di corong mikrofon,

“ ha, sebelum turun musolla, solat sunat rawatib dulu naa…”

Itulah laungannya jika dia ada di musolla.

Ustaz Abdul Hadi ternyata benar-benar berjaya menterjemahkan kegigihan dan sikap seorang da’ie yang sebenar. Dan berapa banyakkah manusia yang mengibarkan panji dakwah bersikap seperti beliau?

Dengan sabar meniti hari, tanpa penat mengibarkan panji, sedikit pun tidak merungut, dan sedikit pun tidak mencaci.

Saya banyak belajar daripada Ustaz Abdul Hadi ini. Tambahan, dia adalah guru Al-Quran saya. Sememangnya, orang tua banyak hikmahnya.

Siapakah yang ingin mencontohinya?

Print This Post Print This Post

15 Comments

  1. LittleCaliph says:

    Waa! :cry:

    Rindu kat Ust. Hadi!

  2. hoodsunny says:

    Allah~ ia lahir dari kefahaman dan keyakinan yg kuat

    Tegar menyampaikan islam kerana natijahnya, bolak-baliknya hati bukan di tangan kita, manusia.. tp ditangan dan kuasa yg paling tinggi- Allah 3azzawajalla

    Hikmah org tua perlu ada dlm semangat org muda~

  3. wani says:

    s-t-p-m….=)…

  4. luqman hakim says:

    salam

    masa kat matri dulu…sangt2 suka kuliah subuh dia.. coz sangt berguna.. (bila fikr balik..rasa pnyampaian dia yg sikit tu >>best dari ceramah ..xtau napa)

    pernah sekali waktu kena siapkn sarapan pg, semua geng2 xnak gerak trus lpas solat subuh sebab nak dengr ustaz hadi punya pngisian dulu..

    anyway.. he is the one of my respected person.. (walau masa kat matri dulu asyik slah tajwid je..weee )

  5. humayra says:

    tiba2 rindu pd bumi wakafan itu..
    meskipun ana bukan warga tetap di sana..

    moga kita bisa mencontohi mereka2 yg telah lama istiqamah atas jln ini..

  6. hambamencari says:

    Salam.

    Hebat org2 di MATRI ye..
    Alhamdulillah..

  7. ~dae_meen~ says:

    Ana bukan org Teman Bumi wakafan itu juga…

    Rasa bersalah pula sebab selalu tidor lepas subuh…

    Bole kire dgn jari berapa kali ana dengar kuliah Ust Hadi selama 7 tahun di sana…

    Huhu…

  8. sdura says:

    Assalamualaikum….

    Alangkah baiknya jika dpt menghadiri kelas-kelas ugama selalu agar dpt menambahkan ilmu dan memperbaiki diri..

  9. em_as says:

    kehadiran ust Hadi sentiasa disenangi..

    Ust Hadi antara ust yg mesra dgn pelajar..

    dia slalu memanggil nama pelajar2 matri dgn nama yg baik dn mbuat pljr sng bersama dgn beliau..

    thanx 4 this post..
    harap saudara hilal menulis lg post2 sbegini spaya kita sama2 dpt mengenang jasa murobbi2 kita dn mndoakan mereka..insyaALLAH..
    =)

  10. matri says:

    assalam,jangan lupa sebelum solat kaki yang panjang pendekkan

  11. ittaqullah says:

    tengok gambar ustaz tu pon rase tenang je hati…blom lg jumpe dengan dia.. :lol:

  12. razimah says:

    Apa yang baik kita contohi dan teladani mengikut kemampuan kita. Kita juga mampu menyumbang sebagai da’ie kecil di dunia kita. Kalau kita seorang tutor di bidang sains kaitkan penciptaan alam ni dengan kehebatan ALLAH. Hatta sekecil-kecil virus itu mempunyai kitar hidup yang agak kompleks, siapakah yang menjadikannya,tentulah ALLAH. Kaitkan dengan ibadah, tujuan manusia dihidupkan adalah untuk beribadah kepada ALLAH. Jelaskan pada kawan-kawan skop ibadah yang luas bukan hanya di tikar sembahyang atau di musolla. Di mana-mana kita berada berbuat baik sesama kita, nasihat menasihati , amar maarof nahi mungkar dan lain-lain juga ibadah.

    Tingkatkan saham akhirat sementara nyawa dikandung badan….

  13. teacher afidah says:

    people like Ustaz Hadi make you feel that there are a lot you can cotribute for the betterment of the people that you taech. Though at times you feel like giving up when others seem not to bother your advice and good intention,at the end of the day you realise that your effort will some day be remembered dearly by the people you care. :smile:

  14. anok_che says:

    salam. memang patut akh n pelajar2 MATRI jd hebat sbb ada pendidik hebat spt al-fadhil ust hadi. beruntung sungguh!!

    p/s: bila akh sebut psl pendakwah skrg (sy rs sy tau siapa yg akh maksudkan) suka menuduh org yg xdgr kata/xikut islam pasti dineraka , sy harap biarlah ia adlh ulasan yg dibuat slps mendengar sendiri apa sbnrnya yg beliau ucapkan, bkn dari sekadar membaca ulasan pihak lain.

    selamat maju jaya!!! :grin:

  15. laksamana laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada LittleCaliph

    Apa lagi, turun la ke MATRI, peluk dia puas-puas. hu3…

    - kepada hoodsunny

    benar kata-kata kamu. Hendak jadi macam Ustaz Hadi, kena jelaskan niat dan matlamat, dan tiangkannya dengan

    - kepada wani

    STPM?

    - kepada luqman hakim

    kenangan lama lagi diingat2… hu3
    Semoga itu menjadi inspirasi enta untuk kuat bergerak dan istiqomah atas jalan ini…

    - kepada humayra

    Maka contohilah dengan mula mempertingkatkan diri…

    - kepada hambamencari

    Sebenarnya bukan hebat orang di MATRI. Sepatutnya, disebut, hebatnya orang yang mengambil Islam sebagain cara hidup, menjadikan keimanan sebagai masdar(perlembagaan) hidup dan mellaui proses tarbiyah islamiyyah untuk mempertingkatkan diri…

    - kepada ~dae_meen~

    Aik? Bukan teman? Lebih2 la amin… hu3…

    - kepada sdura

    maka luangkan masa, buat jadual.

    - kepada em_as

    Ana menulis bukan sebab ustaz hadi ni guru MATRI. Ana menulis sebab ada manfaat yang boleh kita ambil pada dia. Mungkin hari lain, orang lain pula.

    Semoga Allah lapangkan jiwa-jiwa kita agar kita bergerak menjadi manusia yang mampu memberikan manfaat juga…

    - kepada matri

    ha ha… ayat itu adalah antara kenangan indah…

    - kepada ittaqullah

    serius?

    - kepada razimah

    terima kasih atas perkongsian yang panjang lebarnya itu…

    - kepada teacher afidah

    definitely. Tapi harapnya, kita bergerak berusaha menyebarkan kebaikan bukanlah untuk diingati sesiapa…

    - kepada anok_che

    Alhamdulillah. Sebenarnya, pelajar yang jadi hebat itu adalah hasil kehendak mereka yang mengeluarkan usaha lebih untuk mempertingkatkan diri. Guru hanya penunjuk arah sahaja.

    Berkenaan fasal pendakwah tu, artikel ni saya tulis sekitar lima bulan lepas sebenarnya. jadi saya tidak meniatkan mana-mana pendakwah. Saya niatkan hanya pada pendakwah yang buat begitu, tanpa dalam kepala saya ada bayangan siapa pendakwah itu. Maksudnya saya cakap secara umum, tidak kepada individu tertentu.

    Yang layak terasa, hanya yang melakukannya sahaja…

    Semoga Allah redha dengan kita…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

Leave a Reply