Langit Ilahi Rotating Header Image

Motivasi&Puisi: Tidak Sunyi

Sendiri? - gambar daripada Tengku Fahmi(ambil dengan bestnya dari sahabat terchenta)

Sendiri? - gambar daripada Tengku Fahmi(ambil dengan bestnya dari sahabat terchenta)


Oleh kerana saya dah terbuat cerpen pagi buta tadi(pukul 1.01 pagi), maka pagi ini (pukul 8.00 pagi) saya rasa kena khali(tangguh) dahulu pengisian Langit Ilahi. Cerpen lebih panjang dari post, kena ambil masa baca kan?

Tapi still saya post sesuatu sebelum ke kelas(pukul 9.00 pagi) untu mengisi jadual Langit Ilahi yang ada dalam hidup saya ini.

Post pendek, dibantu sekeping gambar, dan beberapa patah puisi.

Makna? Kita boleh bincang.

Jom. Hari ini kita lepak-lepak dalam alam tersirat-sirat.

sunyi, atau mensunyikan diri?

sunyi, atau mensunyikan diri?

Gambar bertajuk Alone oleh Ticket of Heaven yang saya ambil di Deviant Art

~Terimalah - Tidak Sunyi - untuk renungan bersama~

___________

Di dalam hati, terdapat kesunyian yang takkan terubat

Kecuali dengan mendekati Ilahi

Rasa sendiri,

Namun Ilahi sentiasa mendekati

Hanya dengan jambatan keimanan

Baru mampu berkomunikasi


Di dalam hati, terdapat kegundahan yang takkan reda,

Kecuali dengan kembali kepada Ilahi,

Rasa sukar,

Namun Ilahi sentiasa membantu diri

Hanya dengan deria keimanan

Baru mampu merasai,


Di dalam hati, terdapat kekosongan yang tak dapat diterjemah

Kecuali dengan apa yang disampaikan oleh Ilahi,

Rasa kosong,

Namun Ilahi sentiasa memberi

Hanya dengan hubungan keimanan,

Baru rasa terisi


Manusia, tidak sendiri

Tetapi merekalah yag menyendirikan diri

Memisah diri daripada Ilahi

Akhirnya sepi sunyi sendiri


~angkasa

Tidak sunyi

Bilik

8.17 pagi

Sejuk

Lagu rancak

Print This Post Print This Post

11 Comments

  1. Tengku Fahmi says:

    :lol:
    hehe.
    sahabat.
    curik gambar ke??
    Sihat2 selalu sahabat :))

    [Reply]

  2. adar says:

    :neutral:
    sepi itu indah..

    [Reply]

  3. allysha says:

    sukenya puisi ni

    [Reply]

  4. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada Tengku Fahmi (inilah dia sahabat saya yang terchenta itu… hu3)

    Saje test amik tak minta izin. Nak tengok respon sahabat. ha ha…

    Abang Muhtad dulu kata, kalau sahabat betul2, amik duit dalam pket dia pun tak kisah, lagi kan gambar. hu3..(joke bro, joke)
    Thanks Fahmi.

    InsyaAllah terus sihat kalau enta terus berdoa.
    Terus hidup dalam keimanan bro.

    - kepada adar

    Namun sepi daripada cahaya Ilahi langsung tiada keindahan….

    - kepada allysha

    Alhamdulillah, semoga suka sebab ada sesuatu yang memberi pegajaran di dalam hati…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  5. wani says:

    satu perasaan yg sukar digmbarkan bila bce puisi ni… btol..hati ini minta diisi dengan iman..moga terus istiqomah…

    [Reply]

  6. nur nur says:

    puisi pnuh dgn mkne..ske gk..
    thnx saudara hilal.. :smile:

    [Reply]

  7. melatidaisy says:

    salam alaik..

    first time jejak ke sini..hati tersenyum sbb jumpe puisi..
    teruskan mujahadah semoga terus dalam rahmat-Nya .
    fi amaanillah.

    [Reply]

  8. syaimaa' says:

    salaam..

    ana suke intro post nta. menarik.
    tapi untuk puisi, frankly speaking ana tak dapat melintas ke sebelah ‘tersirat’ tu.
    maybe ana mmg bukan budak puisi kot. heh.
    but I like the susunan la. ikut rentak. every rangkap ada “rasa ….” and every rangkap tentang iman+Ilahi.
    tanpa iman+Ilahi, sunyi. ada dua elemen ni, tak sunyi.

    wallahua’lam

    p/s: kecik2 dulu suka buat poem stail budak2. main2. sekarang, kesukaan tu dah tumpul sebab tak diasah. hmm

    -syaimaa’-

    [Reply]

  9. muslimahanis says:

    salam..

    syabas..puisi yang ringkas tp sangat padat dan mendalam maksudnya..
    kadangkala menyendiri sebentar itu lebih baik dalam proses mentarbiyah diri..

    jauh dari manusia tapi dekat pd Pencipta supaya dpt upload iman dan amal..

    syabas…

    [Reply]

  10. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada wani

    Amiiin…
    memang kedahagaan di dalam jiwa ini, hanya mampu terisi dengan keimanan kepada-Nya…

    - kepada nur

    Alhamdulillah. Kamu suka, saya senang hati.

    - kepada melatidaisy

    Alhamdulillah. Moga jumpa lebih dari sekadar puisi sahaja…

    - kepada syaimaa’

    Ala, sapa suruh tak asah bakat?
    Kalau tak boleh jadi pair ana.
    hu3..

    Anyway, thanks syaimaa’..

    - kepada muslimahanis

    Sebab itu, kadangkala perlunya uzlah.
    Namun manusia tidak akan sendiri.
    Kerana sentiasa ada Ilahi…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  11. affa says:

    ada waktu..sunyi itu perlu
    saat hamba bersama RABB..di mlm sunyi

    [Reply]

Leave a Reply