Langit Ilahi Rotating Header Image

Muhasabah: 2009, selamat tinggal

selamat tinggal 2009

selamat tinggal 2009

Dulu, masa saya masih ada di Malaysia, saya sering terlihat akhbar-akhbar di Malaysia apabila tiba 31 Disember, mereka akan buat kronologi peristiwa-peristiwa besar yang terjadi pada tahun yang hendak berakhir itu.

Saya tak tahu sama ada Website Langit Ilahi perlu juga begitu. Tapi saya tahu website Langit Ilahi dah jadi ala-ala surat khabar rohani. Setiap hari ada isu, setiap hari orang buka. Sama-sama kita baiki diri kita juga.

Jadi saya fikir, saya hendak buat muhasabah kut. Boleh?

Muhasabah diri saya, dan perjalanan website Langit Ilahi sepanjang 2009 ini.

Bermula

Tahun 2009 bermula dengan saya bertungkus lumus menyiapkan Novel VT – novel sulung yang diterbitkan pada ketika musim sejuk sedang menggila di Irbid. Tak sangka, sudah setahun berlalu. Macam sekejap, tetapi kalau diberikan pilihan untuk melaluinya sekali lagi, saya mungkin akan kata tidak. Sebab saya tidak pasti boleh buat dengan lebih baik.

Dua bulan awal, hidup saya macam biasa sahaja. Masa itu, masih dengan Langitillahi.blogspot lagi.

Dan bulan Mac, Ihsan Berahim, sahabat saya yang merupakan orang yang bertanggungjawab membawa saya ke dunia maya ini, menggesa saya supaya membangunkan website. Awal-awal saya fikir, macam tidak perlu. Tetapi, dia telah berjaya meyakinkan saya.

Saya pun setuju, dan Ihsan membangunkan Website Langit Ilahi. Awal-awal tunggang langgang juga nak jalankan website ini. Ya la, function banyak. Kita dah la buta alam maya aja gayanya. Tetapi alhamdulillah, selepas seminggu dua minggu, boleh la urus sendiri. Cuma hal-hal coding, dan atur letak website, saya serah kepada Ihsan.

Semenjak ada website Langit Ilahi, saya lebih istiqomah dalam menulis. Hari-hari saya menulis. Ada la beberapa kali ambil ‘cuti’. Tapi biasanya cuti pun sebab ada kerja lain. Bukan cuti lepak. Kalaulah ada cuti lepak dalam hidup ini. Ada cuti ke dalam jadi hamba Allah?

Saya hendak pesan: “Jangan takut untuk memulakan sesuatu. Yang penting ikhlaskan niat, jelaskan matlamat. InsyaAllah dalam usaha nanti Allah bantu”

Buku terbit

Allah izin, sebulan selepas website Langit Ilahi dibangunkan, buku sulung saya terbit di pasaran. Bukan satu, tetapi dua. Kombo. Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita. Saya sendiri tak tahu hendak kata apa atas anugerah Allah SWT yang satu ini. Sebab, kalau dikira-kira semula, penerbitan dua buku inilah yang melonjakkan nama saya hingga sekarang.

Semenjak itu hidup saya berubah sikit. Saya masih ingat kawan saya kata:

“Enta kena kemas lagi lepas ni. Dah jadi qudwah kepada orang lain, sama ada enta nak atau tidak”

Ya, saya mula rasa tanggungjawab saya bertambah. Saya pernah cakap pada diri saya:

“Aku ni, orang baca penulisan aku, ambil pengajaran dari apa aku tulis, jadi boleh ke aku ni gaya cincai aja?” Soalan itu banyak kali saya ulang bila saya fikir malas nak belajar, malas nak buat baik dan sebagainya. Benarlah kata-kata guru saya, Sir Abdul Nasir:

“Perempuan yang malas mencuci kukunya, bila dia mencuci pakaian, maka kukunya akan tercuci sekali”

Sebab itu akhirnya, di tengah perjalanan penulisan saya, saya kata pada diri saya:

“Aku tulis ini untuk diri aku. Diri aku, diri aku, kemudian untuk beri manfaat kepada orang lain”

Alhamdulillah. Allah permudahkan.

Allah izin, selepas terbit buku sulung, tawaran datang mencurah-curah. Kini, saya sudah ada lima buah buku di pasaran, iaitu: Novel VT, Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita, Novel Relasi, Novel Terasing dan Novel Remaja Mulia, serta saya telah menjadi kolumnis sebuah majalah terkenal di Malaysia – ANIS.

Tahun ini juga saya dipanggil menjadi panel untuk forum, diajak memberikan beberapa ceramah dan sebagainya.

Oh ya, tahun ini juga saya pertama kali merasa: “Hilal, nak tandatangan awak boleh?” Untuk autograf buku, bukan tandatangan sebab ambil kehadiran mesyuarat.

Allah permudahkan. Semuanya anugerah Allah. Semuanya anugerah Allah.

Dan doa kalian semua.

Saya nak pesan: “Tiada apa yang mustahil, bila kita hubungkan diri kita dengan Allah SWT”

Duka 2009

Allah bagi saya banyak kesenangan, kejayaan, kecemerlangan. Tetapi Allah tidak tinggalkan saya lemas dalam semua itu. Tahun 2009 juga Allah berikan pelbagai dugaan dan cabaran, pengajaran dan peringatan kepada saya.

Antaranya adalah kematian demi kematian mereka yang rapat dengan saya. Bermula dengan Ummi Halimaton, kemudian Ammar Zukifli, seterusnya Cikgu Ghazali Omar, mengikuti selepas itu Cikgu Zainuddin Jusoh. Ustaz Dahlan dan Ustaz Omar pula jatuh sakit tenat pada penghujung tahun. Mujur Ustaz Dahlan dan Ustaz Omar dipanjangkan usia lagi oleh Allah SWT.

Kedukaan lain adalah….. Saya nak cerita susah. Sebab dah janji dengan seseorang tak mahu ungkit benda itu. Tapi boleh rujuk artikel – Hari Saya Dituntut Membuktikan Kata.

Itu pun dugaan yang sukar juga.

Ada lagi dugaan-dugaan lain seputar kehidupan saya, hubungan saya dengan manusia di sekeliling saya. Tetapi tak akan saya letakkan di sini. Cuma, cukuplah semua ini sebagai peringatan kepada diri agar tidak tenggelam dalam nikmat-nikmat yang Allah beri.

Saya nak pesan: “Allah ini, kadangkala, Dia tak tunjuk sayang Dia dengan beri macam-macam kesenangan. Ada kalanya, Dia tunjukkan kasih sayang-Nya degan memberikan kita ujian dan dugaan. Hanya yang beriman, mampu merasakan.”


Isu gambar

Mungkin isu ini saya boleh angkat sebagai isu yang menggeletek hati saya. Satu hari dalam tahun ini, saya ditegur oleh seorang pelajar perempuan kerana dia amat tidak senang akan gambar-gambar saya di dalam website.

Dan kata-katanya yang paling kelakar adalah: “Takut orang yang melihat tergoda”

Saya pun tak pasti sejauh mana kebenarannya. Tetapi saya raikanlah teguran itu. Cuma, ada waktu saya fikir saya patut letak gambar saya, saya letak la ya? Jangan la semua gambar nak ban. Habis lah saya.

Kadang-kadang, saya letak gambar sebab ada permintaan dari ibu-ibu yang mengenali saya. Mereka kadangkala nak tahu perkembangan wajah saya. Jadi saya raikan la. Dan saya fikir, saya tidak pernah lagi letak gambar saya dengan pakaian yang tidak kemas atau tidak menutup aurat di dalam website ini.

Saya pernah melihat satu website yang terkenal, website ahli motivasi, dia ada menayangkan gambarnya yang baru bangun tidur, dengan rambut tidak terurus, memakai baju pagoda sahaja. Tetapi yang saya hairannya, dalam puluhan komen pada post itu, seorang pun tak cakap apa-apa fasal penampilannya.

Jadi, apa masalah dengan gambar saya?

Ini sekadar ungkit mengenang-ngenang aja ya. Bukan ungkit tak puas hati. Yang menegur saya fasal isu gambar, jangan terasa. Saya sayang anda kerana anda berani menegur saya. Dan saya raikan anda. Buktiknya, gambar di sidebar saya dah tukar. Saya anggap semua pelawat di website ini keluarga saya, jadi saya terima baik semua kritikan dan teguran.

Saya nak pesan: “Terimalah teguran daripada sesiapa sahaja. Kadangkala teguran dari mereka itu peluang kebaikan yang tidak tersangka-sangka”

Orang bermasalah dengan saya

Baru-baru ini, ada orang cakap dengan saya bahawa, dia dan kawan-kawannya membenci saya. Mereka kata:

“I don’t know why, but when i read your books, i fell really annoyed. My friends also like that”

Ok. Saya tak tahu nak kata apa selain minta maaf. Mungkin stail penulisan saya buat anda rasa bermasalah. Mungkin juga gaya bahasa saya buat anda rasa sakit hati. Mungkin juga perlakuan saya sehari-hari buat anda amat tidak senang. Mungkin juga cerita-cerita yang saya kongsi buat anda rasa semacam. Maafkan saya, maafkan saya.

Setakat ini, orang yang main bola tampar dengan saya, yang minum teh selalu dengan saya, yang pernah tidur dengan saya, main game dengan saya, ketawa dengan saya, sedih-sedih dengan saya sahaja yang betul-betul faham saya.

Jadi saya tidak terkejut dengan orang yang walaupun mungkin satu sekolah dengan saya selama 7 tahun(orang paling lama pernah satu sekolah dengan saya rekodnya adalah 12 tahun), berkongsi satu dua benda, dua tiga peristiwa sahaja dengan saya, atau sekadar mengikuti penulisan saya di website sehari-hari nak sakit hati dengan saya.

Saya minta maaf. Sekali lagi, saya minta maaf. Saya macam ini dan macam inilah. Dan saya senang anda beritahu saya macam apa anda bagitahu. Dan kalau anda hendak saya hilangkan sakit hati anda, ketahuilah saya tidak mampu. Saya hanya boleh minta maaf.

“Kamu ni bagus tak wujud la Hilal”

Untuk orang yang kata begini, saya nak kata pada mereka: “Saya ada kerja saya dalam hidup ini. Maka hanya kerana untuk kamu beberapa orang, saya hendak menghilangkan diri, adalah satu perkara yang tidak akan saya lakukan”

Saya tak mampu buat apa-apa selain minta maaf andai ada salah silap.

Selain itu, saya hanya mampu cakap:

“Kalau sakit hati itu bermanfaat, teruskan. Kalau tidak memberi apa-apa manfaat, buatlah keputusan untuk menghentikan”

Dan saya awal-awal memaafkan sesiapa sahaja yang mengumpat, mengutuk, mengeji, cakap belakang, mencarut kepada saya. Saya ada hati juga. Tapi saya rasa saya boleh bertahan buat masa ini. Moga Allah panjangkan rahmat-Nya dalam hubungan kita semua.

Saya nak pesan: “Bukan semua kewujudan manusia yang membenci kita, menyusahkan kita. Kadangkala, mereka membantu kita muhasabah diri dan mempertingkatkan hati kita”

Muhasabah Langit Ilahi dan saya

Di titik ini, saya suka mengajak anda dan diri saya untuk sama-sama muhasabah.

Kenapa kita bersama di Langit Ilahi? Kenapa anda membaca artikel saya? Kenapa saya menulis? Saya suka muhasabah akan perkara ini.

Kalau hanya kerana: “Orang lain baca blog, saya pun baca blog. Orang lain ada blog, saya pun ada blog” Maka saya fikir kebersamaan kita di Langit Ilahi ini hanyalah sia-sia sahaja.

Kita murnikan semula niat kita. Anda tidak berada di sini kerana saya. Saya juga tidak menulis semata-mata untuk anda baca. Anda datang ke sini kerana hendak menjadi Hamba-Nya. Saya menulis untuk membawa diri saya dan diri anda menjadi pengabdi-Nya. Kita perlu bersatu, sama-sama lengkap melengkapi. Berusaha memperbaiki satu sama lain.

Dan kita tidak mahu berhenti sekadar di pagar website Langit Ilahi sahaja. Kita hendak membawa apa yang baik dalam website ini, ke dalam kehidupan kita. Kita nak sebarkan kebaikan kepada blog-blog lain juga. Kita nak membumikan kebenaran dalam masyarakat kita.

Agar semuanya nanti punya jiwa hamba.

Kita mahu bangunkan kehambaan ini, di atas batuan jahiliyyah yang telah kita robohkan. Kita tidak akan bangunkan kehambaan ini, dengan bangunan jahiliyyah masih terbina kemas di sisi kita.

Hinggalah Allah SWT menarik kita pergi, dalam keadaan Dia redha degan kita.

Saya hendak pesan: “Segala-galanya sia-sia, tanpa Allah meredhai kita”


“Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan”

Penutup: Harapan saya untuk seterusnya

Saya sedih sebenarnya nak tinggalkan 2009. Saya rasa macam saya tak guna sepenuhnya 2009 ini. Saya harap, 2010 nanti, Allah izinkan saya untuk gunakannya sebaik mungkin.

Saya harap, Allah berikan saya sedikit umur lagi agar saya mampu beramal lebih baik. Saya harap, Allah luaskan rezeki saya sedikit lagi biar saya mampu memberi yang terbaik. Saya harap, Allah izinkan saya jadi qudwah, contoh kepada orag lain agar apa yang saya usahakan untuk-Nya akan tersebar dengan lebih baik.

Saya harap, selepas ini, penulisan saya mampu mencucuk hati saya sendiri sehingga terkesan juga pada hati dan kehidupan orang lain. Saya harap Allah panjang luaskan lagi usaha-usaha kebaikan saya ini dan memendek sempitkan segala usaha-usaha kejahatan yang saya ada. Saya harap, Allah izinkan saya jadi hamba-Nya yang terbaik.

Saya harap, Allah letakkan dunia di bawah telapak kaki saya dan akhirat di dalam hati saya agar saya mampu menyebarkan amanah-Nya dengan baik.

Akhir sekali saya harap, Allah berikan apa yang saya harapkan pada diri saya ini(yakni kebaikan), kepada keluarga saya, sahabat-sahabat saya, dan juga pelawat-pelawat website Langit Ilahi ini.

Semoga tahun hadapan lebih baik dari tahun ini.

Wahai yang membaca, katakanlah amin.

Ps: tahun ini bermula dengan penulisan, maka akhirnya penulisan juga. Harap dimulakan penulisan dalam keimanan, diakhir dengan penulisan dalam keimanan juga. Allah, terimalah amalan kami semua.

Print This Post Print This Post

16 Comments

  1. theserikandi says:

    terima kasih atas penulisan2 bermanfaat anda sepanjang 2009..
    saya banyak belajar daripadanya..
    semoga terus dikurniakan kekuatan dan kesihatan utk terus menulis..
    semoga lebih berjaya..saya doakan anda..
    doakan saya juga..

  2. trueblu says:

    Salam Hilal,

    tersenyum (nk tergelak sbnrnye) saya dgn 2 ayat ni:
    1. psl autograf: “Hilal, nak tandatangan awak boleh?” sy nk jgak! :wink:
    2. psl gmbr : “Takut orang yang melihat tergoda”…. hehe.. klakar la

    tp, bg sy ‘curi’ 2 ni dr entry yg ni k!… :p
    1. “Jangan takut untuk memulakan sesuatu. Yang penting ikhlaskan niat, jelaskan matlamat. InsyaAllah dalam usaha nanti Allah bantu”
    2. Kita murnikan semula niat kita

    all the best to u!

  3. Noor Faiza says:

    Jazakallah khair Hilal…Semoga anda terus maju jaya…Moga Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan saudara dunia dan akhirat…Ameen

    Teruskan menulis, teruskan berkongsi, terus melontar kata-kata yang membawa hamba hanya kepada Penciptanya, teruskan, teruskan dan teruskan…Moga Allah permudahkan dan redha dengan usaha ini…Ameen

    Salam Maju Jaya

  4. BroHamzah says:

    Salam Hilal, semoga sihat selalu. lama tak tinggalkan komen di Langitilahi. Semoga terus sukses. Ini sahaja pesan dan ingatan bersama.

    ” Jika anta ingin puaskan hati semua pihak, ini bermakna anta sudah berada di titik kegagalan dan kekecewaan. Kerana apa? Kerana ia adalah sesuatu yang MUSTAHIL. Tetapi anta boleh lakukan yang TERBAIK dalam hidup anta, kerana ia merubahkan sesuatu yang dituntut kepada kita.”

    Terus melakar dan mencipta sejarah. InsyaAllah.
    Doakan ana selalu.

  5. Hamba Allah says:

    janganlah aku diperbodohkan dengan hanya dunia ini sebagai satu kebetulan..dunia ini bukan satu kebetulan..adanya pencipta dan itu adalah Allah..

  6. jadikan aku serikandi says:

    assalamu’alaikum…

    semoga bermula dan berakhir dgn keimanan…
    ~amin~

    ana setuju dgn saudara… ana tidak di sini kerana saudara tetapi kerana entry2 saudara… dan sekiranya tiada entry2 itu maka kemungkinan tiadalah ana atau mereka… dan sekiranya juga entry2 itu seperti kebanyakan org juga maka tiadalah juga kami… apa y ana cuba katakan di sini… ana di sini kerana ingin mengutip ilmu.. xkisahlah dr pengalaman.. dr pemerhatian atau dr penelitian… setiap kata y tertulis di blog langit ilahi… punya pengertian… dan insyaAllah walau sekecil2 perkara y saudara tulis punya pengisian… semoga tahun2 y mendatang… lebih bertambah pengertian dan pengisian…
    insyaAllah
    ~amin~

    ikhlas
    serikandi

  7. pohon pemerhati says:

    Salam, Hilal

    Awak bagus. Tapi mungkin awak boleh perkemaskan kebagusan awak itu lagi dengan mengurangkan kelemahan diri.

    Biasalah manusia, bila x senang dengan kelemahan manusia yang lain, mereka cuba menyakitkan hatinya. Macam awak dan manusia di sekeliling awak itu.

    Persoalan: mengapa orang di sekeliling x senang dengan awak?

    Saya rasa saya tahu. Dan saya rasa saya boleh menasihati dan memberi cadangan kalau awak x kisah, Hilal.

    1) Kurangkan ego

    Ya, kurangkan ego dalam percakapan dan penulisan awak. Elakkan dari banyak bercakap tentang diri sendiri, berkongsi pujian orang kepada awak dengan orang lain, hidup-hidup peribadi dan sebagainya.

    Kadang2, bagi sesetengah orang, ego adalah ketika mana manusia itu banyak perkatakan tentang dirinya.

    2) Raikan manusia di sekeliling

    Raikan? Bagaimana?

    Hilal banyak terlibat dengan program. Cuba tengok kembali. Bagaimana komunikasi Hilal dengan ajk2 lain? Ketika cadangan diajukan, bagaimana Hilal menyambutnya secara spontan? Keras bukan? Atau x rasa biasa?

    Ini lah dia.

    Jadi hebat itu penting. Dengan kehebatan orang percaya.
    Kalu orang hebat ada fikrah, orang lain akan turut percaya akan fikrahnya.

    Oh Hilal, awak akan jadi lagi hebat kalau percantikkan hubungan dengan manusia bersama2 usaha awak membentuk masyarakat manusia itu.

    Sekian.

    p/s: Pohon pemerhati adalah salah seorang manusia di sekeliling Hilal

  8. Shukor says:

    Salam Hilal,

    I read this in a blog, ‘what you see is depending on your eye glass. if your eye glass is blue, you see yellow as green. if your eye glass is green, you see red as brown. your eye glass is your worldview.’

    and unfortunately nobody has a crystal clear eye glass to let us see the exact truth and understand the whole situation except for Allah Tuhan Yang Maha Melihat…

    so Hilal, keep on writing ya…i knew about this website after I bought ur book, Langit Ilahi. Ever since that, I’ve been following it but I’ve never dropped any comment till now…I’d like to say thanks for your writing as I’ve benefited a lot from it.

    All the best to you and your journey ahead. :smile:

  9. laksamana laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada theserikandi

    InsyaAllah, saya sering mendoakan semua pelawat website Langit Ilahi.

    Semoga Allah redha kita semua…

    - kepada trueblu

    Fasal 1, tunggu saya pulang. Bila2 masa awak ada can minta autograf saya, silakan, dan saya tidak keberatan.

    Fasal 2, memang kelakar. Tetapi dia pun mungkin ada sebab tersendiri.

    Silakan mencuri apa2 yang bermanfaat di sini.

    Semoga Allah redha…

    - kepada Noor Faiza

    Alhamdulillah. Terima kasih atas doanya Faiza. Semoga kamu juga terus kuat di bumi orang dalam melalui tarbiyah untuk menjadi hamba Allah SWT.

    - kepada BroHamzah

    Allahuakbar, muncul juga enta di sini. hu3…

    Terima kasih atas perkongsiannya.
    Memang hendak puaskan hati semua orang sukar. Malah kadangkala menganggu perjalanan kerja kita. Tetapi untuk ana, selagi kerja ana masih boleh jalan dalam keadaan ana puaskan hati semua orang, ana akan usahakan.

    Tetapi, kalau kerja utama ana terganggu semata-mata hendak memenuhi kehendak orang lain…

    Itu tidak akan kita beri peluang.

    - kepada Hamba Allah

    Ya, semuanya aturan Allah SWT. Dunia ini tidak tercipta dengan kebetulan.

    - kepada jadikan aku serikandi

    Alhamdulillah. Kita sama-sama ingin memperbaiki diri sebenarnya. Seterusnya memperbaiki pula orang sekeliling kita….

    - kepada pohon pemerhati

    Ah, saya ada pemerhati rupanya. Alangkah baiknya Allah SWT.

    Pertamanya, biar saya ucapkan terima kasih atas teguran dan saranan kamu. Ya, saya tidak pernah kisah dengan teguran. Kalau saya tidak pernah kisah dengan kutukan dan hentaman, buat apa saya hendak kisah dengan teguran ikhlas bukan?

    Sebenarnya, yang bermasalah dengan saya setakat ini adalah bukan dari kalangan manusia yang sedang berada di Jordan. Jadi, saya tidak tahu kamu ini pemerhati(orang sekeliling) saya dari mana, Jordan? MATRI? Johor? Hidayah?

    Kalau dari Jordan, memang saya akan rasa sedikit kelakar dengan apa yang kamu nyatakan. Saya fikir, orang Jordan baik-baik aja dengan saya. Tak tahulah kalau saya salah nilai.

    Fasal kamu kata saya ego hanya dengan sebab saya kongsi apa saya dapat, saya cerita apa saya lalui, saya pun tak tahu nak cakap apa dengan kata-kata itu. Kalau begitu, Ustaz Hasrizal juga adalah seorang yang ego jika ego dinilai sebegitu.

    Jadi, no komen di situ. Apa-apa pun, saya sukar untuk tidak cerita fasal apa yang saya lalui, berkongsi beberapa kisah peribadi saya yang saya rasa perlu. Langit Ilahi adalah tempat muhasabah diri, dan berkongsi pengajaran hati. Jadi saya minta maaf kalau saya tidak mampu mengisi penuh fasal 1 itu.

    Fasal 2, raikan manusia di sekeliling. Pertama, saya sukar hendak pastikan anda dari komuniti mana - sekali lagi, Johor? Jordan? Hidayah? MATRI? - Dan saya harap, kalau kamu ini dari komuniti Jordan, dan benar pula saya ada terkasar, atau apa-apa sahaja macam yang kamu cakap, kamu boleh direct sahaja cakap dengan saya.

    Kadang-kadang, saya rasa itu biasa aja. Saya masa mesyuarat, saya masa main bola tampar, saya masa menulis Langit Ilahi, saya masa sembang dengan kawan-kawan, sama aja. Jadi mungkin kadangkala, orang yang tak biasa dengan saya aja akan rasa saya kasar dan sebagainya. Tapi saya benar-benar tak ingat kat mana saya berkasar di Jordan ini. Program yang saya ikut jadi AJK pun hanya tak sampai 4 kali sahaja setakat ini.

    lain la kalau kamu dari komuniti Hidayah, Johor atau MATRI. ya, saya memang dahulu sangat kasar, kurang ajar dan langsung tak jaga hati orang lain.

    Apa-apa hal pun, saya ucapkan terima kasih dan saya hakikatnya sangat senang dengan tegura terus terang begini. Sekurang-kurangnya, memberi peluang saya membuat penjelasan.

    Dan juga muhasabah diri saya sendiri.

    Dan kalau jawapan saya ini juga dikira sebagai - tidak meraikan orang lain, atau egonya tinggi - maka saya minta maaf sangat-sangat. Anda boleh terus direct dengan saya melalui e-mail.

    terima kasih.

    - kepada Shukor

    Thanks shukor. Saya nak berB.I, takut banyak grammar error.

    Saya hargai sokongan dan nasihat kamu.

    Semoga Allah redha dengan kita semua…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

  10. nur nur says:

    salam..
    trime ksh saudara hilal..pnulisan awk da byk mmbantu sy mngubah diri sy mnjd insan yg lbh baek.. :razz:

  11. dina says:

    selamat tahun baru…

    dalam usaha kita menjadi hamba yg terbaek,terkadang ada juga tersasar..

    xsedar kesilapan diri..maklumlah,hamba yg lemah..

    tp xmengapa..jgn kita semua ulang lg kesalahan yg sama..

    kerana orang yg bijak tidak akan mengulangi kesalahan yg sama berulangkali..

    bersama2 kita berpesan2 kearah kebaikan..=)

    salam kasih sayang buat sahabat semua….

  12. onesaiful says:

    Semoga ALLAH TETAP BERSAMA ANTA walau apa jua yg berlaku
    ana doakan anta,insya Allah!!!

  13. Zayu Hisham says:

    Selamat Tahun Baru 2010. Apa jua tuan buat di sepanjang tahun lepas, ia mematangkan tuan. Semoga tuan bisa melahirkan lagi karya-karya mengisi jiwa remaja masa kini khususnya. Kita tidak mampu memuaskan hati semua orang. Janji apa yang kita lakukan dengan niat yang tulus ikhlas.

  14. kembar says:

    sebagai kategori pembaca,maka saya amin~kan..terima kasih kerana terus memberi kalimah -kalimah toyyibah spanjang tahun 2 ribu 9…… :smile:

  15. farihah12 says:

    amin..

  16. ibnuLan says:

    hilal..ana tertarik dgan thread ni…baik untuk yang nak muhassabah diri,,,insyaALLAH ape tohmahan dan cemuhan yang enta terima doakan je kebaikan untuk mereka,,,adat lah dunia,,,ada pro dan ada kontra,,,apa2 pun syabas ana ucapkan pada enta atas ape2 kjyaan yng enta kecapi skrg,,,ape yg baik dtgnye dari ALLAH S.W.T DAN YANG CACAT CELA DATANGNYA DARI ALLAH,,HAKIKATNYA SEMUANYA DARI ALLAH SWT,,,akhukumfillah,,,

Leave a Reply