
Langit Ilahi dan VT, kombo sulung saya
“ Mana saya boleh dapat buku-buku awak ya?”
Itulah soalan yang paling banyak saya dapat, semenjak berakhirnyanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ’09 di PWTC pada 26hb lepas. Namun dukacita buat semua, saya tidak mampu memberikan jawapan dengan tepat. Sebabnya, saya sendiri pun tidak dimaklumkan di kedai manakah buku-buku saya dijual.
Kesian. Ada yang dari Sabah bertanya, ada yang dari Sarawak, ada juga dari Kelantan, malah yang dari Mesir, Jordan, Korea, Indonesia, hatta UK pun ada bertanya, bagaimana mereka boleh mendapatkan buku saya. Saya jadi segan, sebab saya pun tak tahu nak jawab macam mana.
Akhirnya, ada orang tanya soalan yang lain sikit dari lain: “ Beli online boleh ke?”
Agak-agak, boleh ke?
Awal-awalnya saya nampak macam tak boleh la. Sebab pihak GISB kata kepada saya, mereka belum mempunyai rangkaian yang cukup mantap untuk buat penjualan secara online. Tetapi, pada satu hari, ada satu mesej mengetuk e-mail saya.
“ Hilal, sekadar hendak memaklumkan bahawa, kami sekarang sudah menjual buku anda secara online di http://bukuonline2u.blogspot.com”
Awalnya macam kelakar juga. Ya ya je.
Tapi saya tengok la blog tu. Em, memang betul. Mereka menjual buku-buku secara online. Bukan buku saya sahaja. Buku Ustaz Hasrizal ada, buku Tuan Guru Nik Aziz ada, dan banyak lagi la. Jadi saya terus teringat yang pembaca-pembaca saya soal saya sebelum ini.
“ Beli online boleh ke?”
Jadi, jawapannya sekarang, boleh. Pergi sahaja ke http://bukuonline2u.blogspot.com, kemudian tempahlah.
Kalau kamu tanya:
“ Em, mana-mana kat dunia ni pun boleh ke?”
Bukan semua tempat la. Di kutub utara dengan kutub selatan, tak boleh kut. Luar bumi pun tak boleh. Tapi, selagi ada alamat rumah, insyaALLAH boleh. Kat mana-mana negara pun tak mengapa.
“ Bayaran maca mana?”
Kamu boleh tanya sendiri pada pemilik blog bukuonline2u tu. Cuma saya ada tanya untuk beberapa buah negara. Saya bagi contohnya:
Harga sebenar VT: RM25.00
Harga sebenar Buku Motivasi Langit Ilahi: RM21.00
Malaysia:
VT + Langit Ilahi + Postage = 25 + 21 + 4 = RM 50.00 (Malaysia)
VT + Postage = 25 + 4 = RM 29.00 (Malaysia)
Langit Ilahi + Postage = 21 + 4 = RM 25.00 (Malaysia)
Jordan:
VT + Langit Ilahi + Postage = 25 + 21 + 55 = RM 101.00 (Jordan)
VT + Postage = 25 + 50 = RM 75.00 (Jordan)
Langit Ilahi + Postage = 21 + 45 = RM 66.00 (Jordan)
Korea:
46.00(VT+Langit Ilahi) + 40.00(harga postage) = RM 86.00
Indonesia:
46.00(VT+Langit Ilahi) + 39.00(harga postage) = RM 85.00
United Kingdom:
46.00(VT+Langit Ilahi) + 74.00(harga postage) = RM 122.00
Mesir:
46.00(VT+Langit Ilahi) + 75.00(harga postage) = RM 121.00
Itu contoh beberapa negara la. Kalau kamu ada di Jepun ke, Afrika Selatan ke, Sudan ke, Russia ke, kat mana-mana la, asalkan ada alamat, boleh order jugak.
“ Bayar macam mana ya?”
Fasal bayaran ni, kamu boleh tanya sendiri kepada pemilik blog bukuonline2u itu. Macam senang je bayarannya. Bank in. Tapi nak tahu lebih lanjut, tanya sendiri la ya.
Ah, untuk sesiapa yang duduk di Skudai, kenalan-kenalan saya di Sekolah Rendah, kawan-kawan adik saya di sekolah, jiran-jiran yang duduk satu taman perumahan, atau kenalan-kenalan keluarga kami, kawan-kawan ayah atau ibu saya di pejabat, maka anda tak payah la susah-susah nak beli online ya. Sebab anda boleh je terus tempah pada mak ayah saya di rumah.
Mak ayah saya jual murah je. RM40.00 untuk dua-dua buku. Lagi untung.
Telefon je mereka. Tapi jangan suruh mereka post la ya. Jangan berani nak susahkan mak ayah saya pulak. Ambil daripada mereka la. Datang rumah ke, ataupun minta kat pejabat ke, minta adik saya kirim di sekolah ke. Pandai-pandai la berurusan dengan mak ayah saya. Ini khusus untuk kenalan la ya. Yang tak kenal tu, susah sikit la. Kalau tak kenal mak ayah saya, boleh cari sesiapa yang kenal dengan mereka dan minta tolong.
Geng-geng Matrikulasi Seri Iskandar pun jangan risau, sebab adik saya Hilmi akan jual nanti. Minta je dekat dia. Harga, kowtim dengan dia la ya.
Cuma kan, saya sebenarnya kesian dengan pelajar di luar negara. Pada saya, dari anda beli mahal-mahal lalu online/post ni, baik anda kirim sesiapa kawan anda yang nak balik ke Malaysia minta tolong belikan. Jauh lebih untung la. Saya bukan apa, kesian la kat anda keluar duit banyak-banyak. Buku saya tak lari pun. Tapi biasanya, orang suka baca buku baru tu, cepat-cepat sebab hangat lagi. Nanti bila kawan ni dah cerita, kawan tu dah cerita, macam basi pulak kan? Terpulang la. Ikut mana yang anda suka. Kalau anda budak biasiswa, apa la sangat RM100-RM200 kan?
Tapi insyaALLAH lah. Saya yakin buku-buku saya tak basi pun. Sebab saya tak rasa apa yang saya bawa dalam penulisan saya boleh basi. Saya menulis apa yang perlu untuk seorang manusia meneruskan kehidupannya menjadi seorang hamba kepada ALLAH, boleh basi ke?
Saya sebenarnya, ada dengar yang BADAN Bookstore di Plaza Angsana Johor Bahru, ada ambil buku saya. Saya juga dengar, Kedai buku MPH ada juga jual buku saya. Itu yang dimaklumkan oleh GISB la. Tetapi, saya tak tahu mereka dah pasarkan di kedai mereka atau belum. Saya masih tidak dapat informasi yang kata buku saya dah dijual di kedai-kedai tersebut.
Tetapi, saya dah dapat informasi dari kawan-kawan sekitar KL, menyatakan buku saya dah dijual di kedai, tapi kedai yang tak berapa popular la.
Kalau kamu rasa seronok nak tawaf semua kedai buku, maka saya syorkan kamu cari je di kedai-kedai.
“ Kalau habis maca mana?”
Ala, tak habis punya. Kalau habis cetakan pertama, GISB cetaklah cetakan kedua. Kalau habis cetakan kedua, diorang cetak la cetakan ketiga. Jangan risau. InsyaALLAH, saya rasa dalam sebulan lagi, banyak la buku saya di kedai-kedai buku yang jual buku novel.
Jadi, sekarang pilihan di tangan anda la. Nak beli di kedai, nak beli lalu online/post, atau yang dekat kenal-kenal dengan keluarga saya tu, nak beli terus daripada mak ayah saya. Semua boleh. Terpulang pada diri anda sahaja.
Semoga ALLAH redha dengan semua pembaca saya.
Saya sayang anda semua.
Sama-samalah kita hidup, berusaha menjadi HAMBA yang terbaik kepadaNya.





alhamdulillah,hilal sekarang dah pandai bisnes….tapi pelajaran jangan diabaikan.
orang kampong tanya bila nak balik
nak minta autograft kena bayar tak..:?:
tahniah di atas kejayaan HILAL.
[Reply]
salam perjuangan sahabat
alhamdulillah tengok banyak dah kedai jual buku2 nta. ala, kalau dah kedai2 buku yg tak popular pun jual buku galeri ilmu, takkanla kedai buku cam mph tak ade. hari tu pegi mph nampak buku ust hasrizal yg baru…mesti ada buku nta sekali betul tak?
vt dah habis lama dah…tapi langit ilahi tak sempat habiskan lagi. lepas habis exam insyaAllah. ana sempat jugak baca prolog terasing….looks like a very promising story. can’t wait for both of relasi dan jugak terasing. kombo lagi nampaknya ya hilal?
Allah yusahhil alaik ya Hilal, moga nta tetap dalam jalan perjuangan, bawa izzah Islam kepada masyarakat. …Sahhil tariqahu, ya Allah.
[Reply]
bukan kedai popular tak nak jual.belum lagi je tu.hoho.
[Reply]
salam, hilal..
saya dah baca buku hilal, ambil masa 2 hari..saya beli dari pesta buku..
apa yg saya nak katakan kat sini…saya enjpy dgn jalan cerita hilal..mmg menyentuh perasaan..sehinggakan menimbulkan minat saya utk mencari tasbih2 dan doa2 yg diamalkan oleh mereka (watak2 dlm buku tue)..
cuma tak faham..kenapa rupenye.faiz hidup lagi..dan cite cam agak tergantung..saya tak faham sgt..huhuhu
[Reply]
area klang, dekat tesco setia alam ada kedai buku baru. dlm tu ada je buku langit ilahi, tp vt xde lg =)
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kpd keluarga,
siapa yang abaikan pelajaran… awak tu yang kena belajar rajin2. Minta autograf free je la. Bila nak balik? 2011 kut.
kepada Rasydan,
tape, baca lepas exam yek…
ana bukan kata tade. Tapi ana kata ana tak tahu buku2 ana dah ada di kedai ke belum.
Thanks atas doa
kepada Fobia,
belum lagi je tu… he3…
kepada dyanne,
jalan cerita tergantung? Mungkin sebab nanti ada sambungan? he3…
kepada besi the heartless,
oho, kat tesco pun ada jual ya. hu3…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
good…!! saya akan promote kt kengkawan yg lain..
[Reply]
xjumpe lak la kat tesco setia alam..kena tesco mane la pasnih??tesco tesco
[Reply]