Post ini tidak punya title seperti motivasi, perkongsian dan sebagainya yang biasa saya letak. Ini artikel saya yang pertama untuk tahun 2010. Puisi pertama dah muncul tadi. Esok insyaAllah, Sinergi akan bersambung dan insyaAllah juga akan ada satu cerpen pada hujung minggu ini. Mungkin pada hari Ahad.
Jadi, kenapa saya tulis pemurnian?
Ada seorang ulama’ berkata: “Putus asa/kelemahan di tengah perjalanan perjuangan, adalah kerana kesilapan pada titik permulaan”
Justeru, pada post ini, saya hendak buat pemurnian. Pemurniaan akan hala tuju Langit Ilahi, pemurniaan hubungan saya dan kalian, dan pemurniaan berkenaan niat kita berada di sini.
Kita kata ingin meningkat. Hendak meningkat perlukan pemerhatian semula/muhasabah. Kemudian kita praktikkan hasil muhasabah kita dalam tindak tanduk dan langkah pergerakan hidup.
Niat kita berada di sini
Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap amal itu dikira dengan niat, dan setiap orang apa yang diniatkan olehnya. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan kepada Allah dan rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia untuk segala habuannya, dan kerana perempuan kerana hendak menikahinya, maka berhijrahlah dia kepada apa yang dia hijrahkan tadi” Riwayat Bukhari dan Muslim.
Maka pertama sekali saya mengajak diri saya dan anda untuk mengislahkan niat kenapa kita berada di sini, di Langit Ilahi ini. Kenapa anda datang ke website ini? Kenapa anda membaca artikel-artikelnya? Kenapa anda mengcopy dan menyebarkannya pula? Kenapa?
Untuk diri saya pula, kenapa saya menulis? Kenapa saya bersungguh-sungguh dalam medan ini? Kenapa saya berusaha mempromosi Langit Ilahi ini saban hari? Kenapa?
Hendaklah kita pusatkan niat kita ini, tujuan kita ini, hanya kepada Allah SWT. Anda datang di sini untuk mencari sedikit pencerahan, sedikit kesedaran, sedikit ilmu untuk menjadi hamba Allah SWT. Anda tidak datang dengan apa-apa niat pun selain niat itu. Saya juga menulis untuk membasuh diri saya, mengasuh hati saya agar mampu menjadi hamba Allah SWT yang baik. Saya tidak menulis dengan apa-apa niat pun selain niat itu. Maka saya ingin kita bina hubungan kita atas niat itu juga.
Keimanan kepada Allah SWT, itulah paksi hubungan kita. Di Langit Ilahi, juga di dalam kehidupan seluruhnya.
Wahai pembaca, mari islahkan niat kita.
Ke mana kita akan pergi?
Orang bertanya saya, ke mana saya hendak membawa pembaca-pembaca saya? Mungkin anda yang sering mengikuti Langit Ilahi juga sering tertanya-tanya, Hilal ini hendak bawa ke mana sebenarnya pembaca-pembaca websitenya?
Di sini saya membuat penjelasan dengan terang dan jelas, bersama bahasa yang sangat mudah.
Saya hanya hendak membawa kehidupan kita, kepada kehidupan yang Allah redha.
Itu, dan itu sahaja.
Maka, untuk itu, saya akan berusaha menyekat kemaraan apa-apa sahaja yang boleh menganggu jiwa kehambaan ini, juga saya akan berusaha menyebar luas apa-apa sahaja cara yang boleh membina jiwa kehambaan ini.
Berikan saya masa, terus menembak untuk saya doa, bantu saya, papah saya untuk bergerak, maka saya akan tunjukkan pada anda, Langit Ilahi tidak hanya akan bergerak sebagai website. Tetapi nanti, sedikit masa lagi ke hadapan, Langit Ilahi mungkin akan menjadi satu badan yang bergerak di tengah masyarakat. Memberikan khidmat motivasi, kaunseling, program-program kendiri dan jati hati, juga menjalankan proses-proses membentuk jiwa agar semuanya bergerak menjadi hamba Ilahi. Sedikit masa lagi, kalau Allah panjangkan umur saya.
Penulisan sahaja tidak cukup untuk mengislah ummah. Ini hanya satu dari banyak wasilah(jalan/alat/cara) dakwah. Dan dari masa ke semasa, saya akan tingkatkan, dan banyakkannya. Kita akan pergi berdagang dengan Allah SWT. Mengutip janji-janji-Nya.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” Surah As-Saff ayat 10-13.
Bersama, kita hendak pergi ke dalam redha-Nya.
Tidakkah kita rasa terpanggil?
Hubungan saya dan kalian
Saya tidak memandang kalian ini sebagai orang lain. Kalian adalah keluarga saya. Saya amat sayang kalian. Saban hari memikirkan bagaimana untuk membantu diri saya dan diri kalian untuk menjadi hamba Allah SWT.
Saya tidak peduli kalian tidak mencintai saya, menyayangi saya. Asalkan kalian mencintai dan menyayangi diri kalian sendiri. Bagaimana hendak mencintai diri kalian sendiri? Jauhkan diri kalian dari neraka Allah SWT, dan dekatkan diri kalian kepada syurga-Nya.
Saya dengan kalian, hanyalah ibarat batu-bata yang membina sebuah bangunan. Ingat ini, ingat. Hanya ibarat batu-bata yang membina sebuah bangunan. Bangunan yang kita hendak bina adalah Islam. Maka saya dan kalian adalah salah satu dari batu-bata ini. Tiada antara kita yang lebih mulia secara zahir. Kita semua saling memerlukan, perlu legkap melengkapi.
Saya terima semua. Tidak kira dari parti mana, tidak kira dari kumpulan jemaah mana, tidak kira aliran kefahaman apa, tidak kira jantina, tidak kira negara, tidak kira bangsa. Saya terima anda semua. Tetapi perlu diingat, bahawa yang menghubungkan kita adalah keimanan kita kepada Allah SWT.
“Janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling mendengki, dan janganlah kamu saling membelakangi, dan tidak dihalalkan bagi orang beriman itu untuk berselisih faham lebih dari tiga hari, dan jadilah kalian sesama hamba Allah itu bersaudara” Hadith riwayat Bukhari.
Di sini saya ingatkan, agar kita semua berkomunikasi dengan adab dan sopan. Yang menjaga kebaikan hubungan kita adalah adab. Jika kamu ingin mengkritik saya, silakan dengan penuh adab. Jika kamu ingin berkongsi pemahaman, silakan dengan penuh adab. Saya menerima dengan tangan terbuka. Saya ulang, dengan adab.
InsyaAllah, kalau benar hubungan kita ini atas keimanan, hendak mencari redha-Nya, maka kita akan beradab sesama kita. Kita akan bersatu, dan kita akan bantu membantu. Tidak kira kulit warna apa, tidak kira politik parti mana, tidak kira jemaah aliran apa. Kita semua sebahagian daripada ummah, dan kita semua bersaudara. Paksi kita adalah keimanan kepada-Nya.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka perdamaikanlah dua antara mereka yang bertelagah, dan bertaqwalah kamu kepada Allah, moga-moga kamu beroleh rahmat” Surah Al-Hujurat ayat 10.
Saya tidak kata Malaysia itu paksi kita. Saya tidak kata ini seruan 1Malaysia. Ikhwah-ikhwah dari Indonesia, saudara-saudara dari Brunei, juga rakan-rakan dari Singapura, anda adalah sebahagian daripada Islam ini juga. Saya mengajak anda bersama-sama.
Ini seruan 1ummah.
Ummah Islam yang Allah SWT redha.
Penutup: Mari Menjadi Hamba
Maka marilah kita ikat hati-hati kita dengan harapan dan azam, untuk bersungguh dalam mengembalikan diri kita kepada kefahaman, kejelasan minda, kekuatan iman dan kekuatan dalam beramal. Semuanya untuk menjadi hamba kepada Allah SWT.
Dan kita bermula dengan diri kita, mengislah apa yang ada pada kita, seterusnya kita rebakkan perkara ini ke dalam hidup sesiapa sahaja yang mampu kita capai dengan tangan kita. Keluarga kita, rakan-rakan kita, masyarakat kita, negara kita dan seterusnya dunia ini.
Mari Menjadi Hamba.
Itu seruan saya.
Menjadi hamba dengan sempurna.
Bukan separuh-separuh sahaja.
Mari bersama saya, merealisasikannya.
Moga Allah redha dengan kita.









Salam Hilal,
Satu permulaan yang baik untuk tahun baru, 2010. Permunian niat dan tujuan.Moga redha Allah swt sentiasa menjadi matlamat dan tujuan kita dalam apa saja kerja buat kita. Ingat slogan yang sering dilaung-laungkan:
“Allah adalah matlamat kami
Ar-Rasul adalah qudwah kami
Al-Quran adalah perlembagaan kami
Dan jihad adalah jalan kami”
Moga Allah redha dengan usaha Hilal.
Wassalam
Ummu ‘Ali
[Reply]
salam ziarah..
ye 1 ummah
part 1 ummah amat menarik hati..
insya ALLAH islam pasti menyinar kembali amin
[Reply]
Salam Hilal,
sy nk ‘curi’ yg ni lak:
1. Ada seorang ulama’ berkata: “Putus asa/kelemahan di tengah perjalanan perjuangan, adalah kerana kesilapan pada titik permulaan”
2. “Setiap amal itu dikira dengan niat, dan setiap orang apa yang diniatkan olehnya. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan kepada Allah dan rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia untuk segala habuannya, dan kerana perempuan kerana hendak menikahinya, maka berhijrahlah dia kepada apa yang dia hijrahkan tadi” Riwayat Bukhari dan Muslim.
Nk pegang kemas2 dua ni dulu…
Tanx!
[Reply]
post yg sungguh menarik,,
semangat perjuangan biar terus kental harmoni
[Reply]
bimbing aku tika aku lupa akan aku hanya hambaNya.ingatkan ku tika aku lalai dengan dunia.khabarkan berita gembira akan orang2 beriman yang bersabar,tika aku dirundung kesedihan,,
[Reply]
Assalamualaikum,,
Alhamdulillah, ana diberi petunjuk dan peluang oleh Allah untuk menjengah ke Langit Ilahi. Dalam era alam maya ini, bukan mudah untuk mencari sebuah perhentian yang berusaha membangunkan ummah agar lebih dekat dengan Allah. InsyaAllah, ana lihat Langit Ilahi mampu pergi jauh dengan harapan yang diredhai Allah.
Pengisian untuk permulaan tahun 2010 :pemurnian, ana lihat post ini nampak ringkas namun padat dengan makna tersirat yang jika kita hayati satu persatu, InsyaAllah, hati akan berasa insaf dan segera memanjatkan keampunan pada Yang Esa seterusnya memohon agar diberi petunjuk untuk menjadi hamba dan ummah yang terbaik.
Buat anta, InsyaAllah, doa sentiasa dipanjatkan pada Ilahi agar bukan sahaja dapat membawa Langit Ilahi lebih jauh ke hadapan malah diri anta juga akan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah. Ana berasa sungguh bersyukur dan gembira dengan kewujudan Langit Ilahi dan semoga anta akan diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan perjuangan ini.
Salam ukhwah,mahabbah fillah.
[Reply]
Assalamu’alaikum Hilal…
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKBAR
“Langit Ilahi tidak hanya akan bergerak sebagai website. Tetapi nanti, sedikit masa lagi ke hadapan, Langit Ilahi mungkin akan menjadi satu badan yang bergerak di tengah masyarakat. Memberikan khidmat motivasi, kaunseling, program-program kendiri dan jati hati, juga menjalankan proses-proses membentuk jiwa agar semuanya bergerak menjadi hamba Ilahi”.
Saya mendoakan yang terbaik untuk anda dan Langit Ilahi ini…semoga segala wasilah dakwah diatas, akan Allah permudahkan jalan dan urusannya, moga menjadi kenyataan..Ameen, Ameen, Ameen
Teruskan usaha-usaha itu Hilal…Kami semua sentiasa bersama anda, seiring dengan anda…Moga Allah redha dengan kita semua…
Sama-sama kita berdagang dengan Allah SWT
Salam Maju Jaya dr UK
[Reply]
[Reply]
salam hilal..
First and foremost, salam perkenalan dan salam ukhuwah
this is the first time i leave a comment in your website..
btw, thanks for all your entries.. they teach me a lot.. keep up your good work and may Allah bless you..
[Reply]
salam hilal..
em, nak tanya, is it ok if we have FB?
coz if i’m not mistaken, FB ni yg memperkenalkannya ialah orang yahudi kan??
minta komen..
[Reply]
baru selesai baca sebuah buku nukilan amr khaled..
,seakan membaca artikel ini ‘versi BM ‘amr khaled …(maaf jika ayat ini agak terbalik ,rasanya yg betul..”membaca artikel ini seakan versi BM amr khaled”)…gaya tulisan penuh provokasi ke arah kebaikan dan kemaslahatan,sangat inovatif
[Reply]
assalamualaikum,
segala peringtan yang ada dlm web site ni sgt berguna..trma ksh krna masih ingt akn umat islm mcm sy yang terlalu ketinggalan dlm hal agma ni..mga2 thun ni akn mnjdkan kita lebih baik dr sblumnya..smga saudara hilal akn senantiasa berda dlm redha Allah..satu jer yang sy rsa pnting unk sy ckap. mgkin betul ape yang seorang perempuan komen yang awk x patut letak gmbr awk dlam web site ni..
[Reply]
assalamu’alaikum…
subhanAllah… Allahuakkbar….
semakin hari ana semakin “jatuh cinta” pada langit ilahi… di sini, setiap hari, sentiasa memberi kan kesedaran apa y ana lupa… dan memberi pengertian apa y ana cari…. insyaAllah hilal… doa sentiasa ana utuskan bt niat murni saudara dalam penyatuan ummah… semoga sahaja Allah redha… dan semoga sahaja terlaksana…
dan, seandainya, suatu hari nanti, langit ilahi membangun sebagai sebuah organisasi, ana berdoa, agar ana turut sama menjadi seseorg dalam keluarga langit ilahi… dan bersama2 pembaca2 lain nya juga… semoga jalinan hubungan kekeluargaan langit ilahi tak terhenti disini… semoga berpanjangan smpai syurga sana…
~amin~
p:s/ ayuh sekalian pembaca kita teruskan berdoa… agar sahaja kita dpt bersama2 dalam merealisasikan pembangunan ummah… ya kita semua… xkisahlah parti apa, negeri apa, negara mana… walau apa sahaja beza kita… y penting kita masih di bawah satu paksi… agama islam tercinta… ALLAHU AKBAR!!!
salam
ikhlas
serikandi
[Reply]
salam, ikhwan Hilal..
tahniah dan syabas atas apa yang telah anda lakukan. saya berasa bangga dan berstukur kerana ALLAH telah menemukan saya dengan website LANGIT ILAHI..saya doakan Encik Hilal akan tabah dan kuat memperjuangkan Agama Allah..insyaALLAH, saya sedia membantu encik untuk terus menembak, terus bergerak dan memapah encik dengan kata-kata islam..semoga perjuangan ini mampu meningkatkan semula kemajuan islam..
hayatilah kata-kata ini:
MUTIARA ITU CANTIK, TETAPI ISLAM ITU INDAH..MENGAPA PERLU MENCARI DAM MEMILIKI SEKADAR YANG CANTIK, SEDANGKAN KEINDAHAN ISLAM LEBIH MENYAMANKAN DAN MENENANGKAN..PANDANGLAH LANGIT DIATAS. MESKIPUN HANYA SEKETIKA, BUAT TATAPAN MATA HATI, AGAR TIDAK TERLUPA BUMI YANG DIPIJAK ADALAH MILIk ILAHI..MALAH UFUK KIRMIZI MENANTI SETIAP SKRIP HATI UNTUK DITONTON DAN MENJADI SAKSI..TIKA PENGAKHIRAN HARI MENJELMA..
WALLAHU ALAM..
ALLAHUAKHBAR..SUBAHANALLAH..
yang baik itu datangnya dari ALLAH, dan buruk datang dari saya..
wataufik wanajah..insyallah..
ikhlas dari,
SFMS-LAYARKAN KU KE CINTA ILLAHI,
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada Ummu ‘Ali
Alhamdulillah. Terima kasih makcik kerana menjenguk.
Semoga banyak tunjuk ajar yang saya dapat daripada makcik.
Semoga Allah redha.
- kepada anfal
Alhamdulillah.
Itulah kebenarannya.
Negara kita adalah keimanan.
- kepada trueblu
Silakan, silakan dengan penuh kehormatan.
- kepada bayutimur
Alhamdulillah. Sama-sama kita bergerak.
- kepada Hamba Allah
Sama-sama kita perbaiki diri, dan membantu hati-hati kita.
- kepada mujahidah cinta Ilahi
Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongannya.
Saya harap, dengan kehadiran manusia seperti anda, saya ini lebih diperkuatkan oleh Allah SWT.
Mari kita sama-sama mengejar redha-Nya.
- kepada Noor Faiza
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Untuk itu, saya perlukan sokongan dan kekuatan daripada kamu.
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita semua, untuk menjadi hamba-Nya.
- kepada Islam itu Indah
Semoga senyuman itu bermakna….
- kepada cahaya kekuatan
Alhamdulillah.
Jangan rasa berat dan segan untuk menjatuhkan komen di sini.
Saya senang dengan semua orang. Berkenaan FB, kalau tidak salah cara penggunaannya, tidak mengapa pada saya.
- kepada kembar
Alhamdulillah. bersama-sama kita.
- kepada atiazni
Alhamdulillah. Kita sama-sama hendak memperbaiki diri dan hati kita sebenarnya. Berkenaan gambar, saya masih tidak nampak kenapa ia perlu dibangkitkan.
Saya fikir, kalau anda terlalu banyak membangkitkan isu gambar ini, adalah menjadi satu masalah apabila anda berhadapan dengan saya bila saya pulang ke Malaysia nanti.
- kepada jadikan aku serikandi
Alhamdulillah. Kita merasa suka dengan apa yang kamu katakan. Semoga ia akan diterjemahkan dalam kehidupan.
Saya secara jujurnya, dari hari ini lagi, meraikan semua, menjemput semua untuk bersama-sama saya. Kita sama-sama hendak menjadi hamba. Maka, sesiapa sahaja yang punya niat dan matlamat yang sama, dialu-alukan untuk bersama dengan saya.
- kepada layarkan ku ke cinta illahi..
Alhamdulillah. Terima kasih atas doa dan kata-katanya.
Saya amat menghargai.
Semoga Allah redha dengan segala usaha kita.
~seorang hamba….
Hilal Asyraf
[Reply]
Salam, semoga Langit Ilahi terus thabat dalam perjuangan menuju redha-Nya. Perjuangan yang bukan mengambil masa sehari tetapi bertahun-tahun, dan moga ALlah memberi ganjaran yang sebaiknya untuk kita semua…
[Reply]
Assalamu’alaikum…
Alhamdulillah… syukur kepada ALLAH SWT…
mempertemukan saya dgn blog ini…
terasa lebih bermakna hidup… mungkin lebih terasa hamba… Insya-ALLAH…
thanx abg hilal… penulisan yg menarik…
sungguhlah…
penulis boleh menggegarkan dunia…
teruskan usaha agar lebih mantap…
may ALLAH bless abg hilal…
p/s: doaknlah saya dapat buku VT… jenuh cari dekat bookstore… tak dpt2 smpi skang…
[Reply]