Langit Ilahi Rotating Header Image

Pendedahan: Dia bukan saya

jangan...

jangan...

Sebulan setengah yang lalu, ada seorang dengan nickname kautsar telah muncul di shoutbox Langit Ilahi. Dia bertanyakan saya, apakah saya mempunyai id iLuvIslam. Saya kata, tiada. Saya memang tidak pernah mendaftar dengan iLuvIslam sehingga kini.

Saudara Kautsar memberitahu saya bahawa, dia menjumpai satu id yang menyiarkan karya tulisan saya di iLuvIslam. Saya awalnya merasakan, itu perkara biasa. Hal ini kerana, saya memang benarkan karya saya disebarkan tanpa kebenaran, selagi mana karya itu dikreditkan kepada saya sebagai penulisnya, dan website Langit Ilahi ini sebagai sumbernya.

Tapi saudara Kautsar ingin saya melihat sendiri. Maka sebulan yang lepas, saya pun cuba search di iLuvIslam, kalau-kalau saya mampu terjumpa id yang saudara Kaustar katakan. Akhirnya saya jumpa. Dan saya amat terkejut sekali.

Sangat-sangat terkejut.


Penyamaran?

Saya, amatlah tak kisah jika pelawat website ini, pembaca karya-karya saya, hendak menyebar luaskan karya saya di mana-mana. Boleh. Saya benarkan. Tanpa izin pun tak mengapa. Dengan syarat, letakkanlah nama saya dan alamat website ini sebagai tanda bahawa itu adalah hak milik saya.

Tapi yang kes di iLuvIslam ini, adalah lain dari lain. Saya berikan link sebagai rujukan, supaya anda melihat sendiri apa yang saya katakan.

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=104&thread_id=16516&rowstart=0

Apa kesnya?

Kesnya, orang ini mengaku dia adalah saya.


Saya tiada id nama geram

Baik, pada link itu, ada forum. Di dalam forum ini, id bernama ‘geram’ telah menghantar karya saya. Karya saya itu patutnya, tajuknya adalah “Tidak Ingin Kau Pergi”. Tapi saudara ‘geram’ ni dah tukar jadi “Takdir”.

Ramai lah orang komen, dan dia pun jawab lah. Anda boleh tengok sendiri dalam forum tu. Part tu tak mengapa lagi. Kemudian, muncul satu id bernama Mawaddah bertanya lebih kurang begini:

jap..cerpen ni bukan amek kat website langit ilahi ke??? sebijik . jalan cerita..nama watak dalam citer ni pon sme

Dan yang membuatkan saya terasa adalah, id ‘geram’ ini menjawab:

wahai mawadah.. untuk mengelakkan salah faham..untuk pergetahuan mawaddah blog langitillahi..adalah blog saya..

Ah?

Saya ni, kalau saya daftar kat mana-mana laman web sosial, atau mana-mana yahoogrup, tahu nama apa akan saya pakai?

Hilal Asyraf. Itu dan itu sahaja. Saya tiada id nama ‘geram’.

Konsikuensi penyamaran

Mungkin akan ada yang hendak beri komentar fasal kes ni, macam ini:

“Ala, dia bukan niat jahat tu.”

Saya, di sini, tak kata pemilik id ‘geram’ ini berniat jahat kepada saya. Cuma, saya suka hendak mengajak semua orang agar duduk sebentar dan muhasabah.

Muhasabah, apa kesannya apabila menyamar menjadi saya.

Bila orang dalam iLuvIslam tahu yang id ‘geram’ adalah saya, maka setiap apa yang id ‘geram’ itu tuliskan, sampaikan, cakapkan, semua akan disabitkan kepada saya. Apa sahaja pandangan dia, lontaran idea dia, mungkin dia ada kritik orang ke, cakap apa-apa ke, semua akan dikembalikan kepada saya. Orang akat kata:

“Hilal Asyraf cakap begitu, Hilal Asyraf cakap begini”

Di sini, akan timbul pelbagai lagi masalah. Kalau saya dengan ‘geram’ ni kepalanya sama, mungkin tiada masalah. Masalahnya, kepala kami tidak sama. Dia mungkin ada pemikiran dia, dan saya ada pemikiran saya. Bayangkan, di Langit Ilahi saya kata sekian-sekian, di iLuvIslam, dia cakap dengan orang lain, lain dari apa yang saya cakap. Jadi orang akan kata:

“Hilal Asyraf ni, dalam Langit Ilahi cakap camni, kat iLuvIslam buat cam lain plak”

Di situ, saya akan menerima kesusahan yang besar. Pelbagai lagi masalah akan timbul bila samar menyamar ni. Ya la, orang akan ingat id ‘geram’ itu saya, pandangan yang id itu keluarkan adalah pandangan saya, kata-kata dia adalah kata-kata saya, dan segala-galanya dia adalah saya.

Masalah besar yang pelbagai akan muncul di sini.

Tambahan ya, apakah patut kita menipu untuk menyebarkan kebaikan?

Matlamat tak menghalalkan cara wahai teman-teman.

Saya sudah beri masa

Saya sudah cuba hubungi ‘geram’ melalui e-mail sebulan lepas. Saya nyatakan kepada dia, agar dia mendedahkan dirinya kepada semua, agar tidak muncul salah faham. Saya nyatakan bahawa, saya beri pada dia masa sebulan untuk dia bertindak sedemikian.

Jika tidak, saya akan dedahkan di Langit Ilahi.

Jadi, tiada langsung reply daripada dia selepas sebulan 1 minggu, maka saya hari ini melakukan apa yang saya kata.

Apa-apa sahaja…

Saya senang dengan orang yang sebarkan karya saya, artikel saya dan apa-sapa sahaja yang mungkin dia rasa dia dapat manfaat di Langit Ilahi ini. Sebab pada saya, itu semua memang saya buat untuk ummah. Sebab itu, saya akhirnya benarkan karya saya, artikel saya diambil tanpa kebenaran, namun dengan syarat dikreditkan kepada saya. Tinggal saya tak benarkan ambil untuk jual sahaja. Itu perlulah sain surat perjanjian dengan saya.

Tapi, menyamar jadi saya, mengaku karya itu karya dia, tolonglah hentikan. Apa-apa sahaja selain itu.

Di sini, kamu telah berbohong kepada orang ramai. Kamu sudah berdosa di sini. Kemudian, kamu menimbulkan pula kesusahan kepada saya. Ya, sekali kamu kata kamu adalah saya dalam satu post blog, dalam satu thread forum, maka selepas itu segala-galanya pada kamu akan disabitkan dengan saya. Orang akan cari saya.

Saya harap, semua sedar apa yang akan saya hadapi jika anda berbuat demikian.

Apa-apa sahaja, tapi janganlah berbohong. Bila anda berbohong, maka anda sebenarnya telah membuka pintu kepada kehancuran.

Apa yang beratnya bila ada orang kata: “Saya tertarik dengan artikel ini, pandai kamu tulis”

Dan kamu mengaku: “Ini bukan saya tulis. Saudara seislam saya yang tulis. Kamu boleh pergi pada link yang ada dalam artikel tu”

Habis cerita. Kamu dapat pahala sebarkan kebaikan, dan saya boleh teruskan kerja-kerja saya. Win-win situation.

Penutup: Saya berlapang dada

Saya kira dari sekarang, 0-0 la dengan semua yang mungkin pernah buat benda ni pada saya(saya ada detect beberapa blog yang buat macam itu juga ya… Cuma ‘geram’ ni lebih sket sebab dia mengaku Langit Ilahi tu dia punya)

Termasuk kamu ‘geram’, saya maafkan kamu. Sekurang-kurangnya, dari hari ini orang tidak tersilap kamu sebagai saya. Alangkah baiknya, kalau kamu sendiri yang dedahkan diri kamu.

Saya tidak mahu panjangkan perkara ini, nak saman ke, nak gaduh-gaduh ke, nak itu ini ke. Ya, hakcipta penulisan saya ada. Hakcipta terpelihara. Saya boleh saman jika saya mahu. Tapi apa la yang saya dapat? Duit? Itu tak bermakna untuk saya.

Yang saya mahu, kita semua kena faham bahawa, kita ni hamba Allah SWT, nak dapat redha-Nya. Jadi, nak dapat redha Allah, takkanlah kita sebarkan kebaikan dengan penipuan? Itu membuatkan saya amat terkilan. Saya mahu kita sedar perkara ini.

Matlamat tak menghalalkan cara.

Sekarang, saya maafkan sesiapa sahaja yang pernah buat perkara macam ini. Saya sudah bertolak ansur sampai saya benarkan karya saya diambil tanpa izin, dengan syarat semuda “Letakkan link” sahaja. Kenapa la ada orang nak overvboard sampai menyamar jadi saya? Saya rasa dikhianati pula.

So, 0-0, dan saya harap perkara ini tidak berulang.

Jangan ya. Saya tidak kisah anda buat salah dengan saya. Sekarang ini, saya amat kisah anda buat salah kepada Allah SWT, berbohong, dan anda sebenarnya sedang menipu ummat yang dahagakan kebaikan-kebaikan dan kebenaran.

Kalau benar nak buat kebaikan, marilah kita sama-sama bantu membantu, lengkap melengkapi.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita semua.

Sebaik-baik yang berdosa, adalah yang sedar akan kesalahannya, dan segera memperbaiki dirinya.

Print This Post Print This Post

34 Comments

  1. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

    [Reply]

  2. darin.ulfah says:

    Lagi liku-liku kehidupan..sabarlah

    [Reply]

  3. thegreenbird says:

    salam.

    tak baik ‘geram’ buat macam tu…curi harta orang lain tu… meskipun orang tak tahu siapa ‘geram’ sebenarnya - ALLAH TAHU. :smile:

    [Reply]

  4. fahmifariza says:

    baiknya hati saudara hilal asyraf..hurmm xmcm sesetgh org tu..sibuk nk menyamanjer.. apa2pun semoga Allah melipatkan lagi nikmat utk saudara..ada hikmahnya tu.. :smile:

    [Reply]

  5. ナディラ says:

    agak2 apa motif sebenar ‘geram’ ya?? dia geram kt Hilal ke?? huhu… siap mgaku blog kepunyaan dia lg tu… manusia… manusia… semoga Hilal tabah menghadapi dugaan yang mendatang… Gannbate Hilal!!!

    [Reply]

  6. uswatun hasanah says:

    sabar ya saudra hilal. hikmah disebalik kesusahan penyamaran ni pasti ada.]
    semoga Allah permudahkan jalan saudara.amin

    [Reply]

  7. fadaia says:

    salam….
    t’kejut jgk ad kes cm ni kt iluvislam…
    xsangka ye… :sad:

    hilal asyraf,
    sy kagum ngn awk..awk seorg pemaaf..
    kjhtn d bls dgn kbaikn..
    ad hikmahny ap yg b’laku ni..
    nasib baik ad yg menyedari…
    gud luck in ur life..

    [Reply]

  8. salam,suatu penjelasan yang bagusss,mgkin allah nak uji hakikat kerendahan hati n menuntut kesedaran yang tinggi

    [Reply]

  9. nurraudah says:

    untuk mengapai awan. kadang kalanya ada orang tiru cari kita ada kalanya kita tiru cara orang, tapi semua ini kita perlu kembali dan merayu pada ALLAH untuk mendapet penyelesaian, disamping itu kita prlu kuatkan uasaha kita juga…… tetang nasalah ini, kita ambik mjalan terbauk untuki selsaikan masalah ini, yang pentingnya kita jangan ikut emosi….. akhir sekali, kita perlu chek kembali MATLAMAT kita,……..

    [Reply]

  10. klcitizen says:

    assalammualaikum

    sampai begitu sekali ya…
    saya berpendapat saudara hilal contact jugalah admin iluvislam tu…
    sebab ini memberi sedikit sebanyak kesan pada mereka..

    [Reply]

  11. ish.. apa kes bai.. jgn la wat cm tuh.. ish2… kat iLi lak tuh… GERAM! :cry:

    [Reply]

  12. wani says:

    salam… satu lg ujian buat saudara..bersabar,ea…=)..sy kenal saudara pun di laman web iluvislam sebenarnyer… tp bukan melalui forum….

    [Reply]

  13. buah epal says:

    assalamualaikumm..saudara hilal, saya la mawaddah yang bertanyekan encik ‘geram’ tu. saya ade hantar msg kat private msg encik ‘geram’ agar die meminta maaf kepada kamu. dan dah reply. die mntak maaf. anyway, die mntak maaf dekat sye.. :???: die sepatutnye mntak maaf dekat hilal dan yang lebih utama mohon ampun pada Alllah..ape2 pun die sudah sedar kesilapan die :smile:

    [Reply]

  14. Ain says:

    Resam sebagai penulis. Orang ambil karya Hilal sebab karya tu bagus, kalau tak bagus siapa nak?

    Tapi plagiat sangat tak patut. Melanggar hak cipta + hak asasi orang lain, mengambil kredit atas sesuatu yang bukan titik peluh kita.

    P.s: Kauthar adalah saudari, bukan saudara. :mrgreen:

    [Reply]

  15. MuNsYi~SaMa says:

    die tlg promote blog anta kot hilal. :mrgreen:

    [Reply]

  16. asma amanina says:

    semoga saudara ‘geram’ cepat sedar dgn kesalahannya sebelum terlambat…
    turut terkilan atas apa yg berlaku… :cry:

    [Reply]

  17. nureins says:

    :neutral: …bersabarla hilal..x patut tul

    [Reply]

  18. JHafiz says:

    cari publisiti? rosakkan nama org?
    rasanya lebih rosakkan nama org.
    insaflah wahai insan.
    sungguh menjengkelkan perbuatan mu.
    jelez dengan pencapaian hilal?
    baikilah dirimu.
    jadilah dirimu yg sebenar.
    cubalah jd yg terbaik, hasilkan karya sendiri,
    bukan mengaku kaarya org sbg kamu punye,
    bahkan itu lebih merosakkan nama Hilal Asyraf!

    sabar lah hilal asyraf.
    moga Allah bersama mu…

    [Reply]

  19. anis says:

    salam..

    as- sabr’ min al iman.. xboleh nak dielak penyamaran bila atas talian ni.. :smile:

    [Reply]

  20. umar abdul aziz says:

    sabarlah wahai saudara seislamku..sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar..

    [Reply]

  21. Assalamualaikum akhi,
    resmi penulis,ada peminat ada ‘penumpang tuah’.
    Resmi blogger,tulisan kita dicopy paste tanpa rujukan kepada penulis asalnya.

    Sisi positifnya,berkembang idea&dakwah daripada tulisan kita.Sisi negatifnya, akan timbul kekeliruan & salah faham.

    Jalan mencari reda-Nya,penuh onak & liku :wink:

    [Reply]

  22. salam alayk ya akh…

    anggap la penyamaran itu sbg sbhgn ujian utk melihat kekuatan semangat akhi meneruskan perjuangan dlm bidang penulisan… lumrah, yg baik biasanya jd ikutan, sehingga kadangkala disalah guna… mungkin individu yg menyamar itu berhasrat utk menjadi spt akh cumanya dia xberpeluang diberikan bakat yg baik spt anta… mohonlah bantuan & pertolongan dr Allah sentiasa, utk memelihara nama anta juga memberikan kesedaran kpd sesiapa yg melakukan penyamaran & menciplak karya2 anta…

    insyaAllah, smg Allah permudahkan sgl2nya buat akh & shbt2 yg lain dlm meneruskan dakwah… smg Allah melimpahkan rahmah, barakah wannajah buat kita…amin

    [Reply]

  23. misna says:

    salam..
    mungkin ada hikmahnya..pas ni mungkin blog hilal akan bertambah pengunjung..ada yang kenal hilal by ILI. macam pas 11 september, makin ramai masuk Islam..w/bgaimanapun..yg benar tetap benar, dan yang salah tetap salah..baguslah, enta serahkan pada Allah..setle kat dunia, setle kat akhirat:)..mg terus memberi..

    [Reply]

  24. simple-shida says:

    salam ziarah..
    erm, idup ni mmg xpenah lari dgn kepelbagaian mslh.
    sama ada kita diUji, ditimpa, tertimpa dan menimpa mslh tersbut.
    kkdg kita xtahu, insan sekeliling mmerhati dgn tersirat lagi tersurat sgala
    pgerakan..pelakuan kita. ntahlaa.. mls nk ngomel..

    husnozon pd semua orang.. walakin beware & aware andai melampaui btsn yg tertentu.
    sisipkan sifat s.a.b.a.r ye ya hilal ;) just go on dgn kalam enta yg bersulamkan ramuan yg enak lagi berkhasiat utk hidangan tetamu yg malayar..

    salam perjuangn.. teruskan pena dakwah …
    yarhamkaAllah.. wa barakallahu..

    [Reply]

  25. Ummu 'Ali says:

    Manusia banyak ragamnya. Yang hasad, yang dengki, iri, yang menipu,plagiat,macam-macam. Bersabarlah banyak-banyak Hilal. Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Mohon pertolongan Allah dengan solat dan sabar. Insyaallah Allah akan bantu, kalau Hilal ikhlas dengan kerja-kerja yang Hilal lakukan ini.

    [Reply]

  26. NUR says:

    huhu…cian abg hilal kita…..
    :sad:

    [Reply]

  27. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    kepada semua, ini hanyalah peristiwa yang menguji sejauh mana kita berpegang kepada kesabaran dan hikmah dalam berhadapan dengannya.

    Saya ucapkan terima kasih atas sokongan dan kata-kata moral daripada anda.

    Saya tak raa Geram itu berniat jahat. Cuma mungkin dia tersalah cara. Saya dedahkan ini bukan kerana marah, tetapi takut timbul salah faham daripadanya…

    Maka saya mohon kepada yang terkasar bahasa dengan Geram, sila muhasabah diri. Masalah tidak selesai dengan berkasar-kasaran. BIla manusia tersilap, ada tiga kemungkinan: 1. Tak tahu 2. Terlupa 3. Tidak kisah itu salah

    Kalau 1, maka kita beritahu. Kalau 2, maka kita ingatkan. Kalau 3, kita beri amaran. Kalau tak kisah juga, baru kita fikir untuk berikan hukuman.

    Saya sebenarnya, sampai hari ini masih berharap agar geram menghubungi saya sendiri.

    Apa-apa pun, terima kasih kepada semua.

    Terasa tenang hidup ini, bila ada keluarga macam kalian di sisi…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  28. nasih says:

    assalamua’laikum

    i hope such unfair thing wont happen to you again. May Allah always be by your side. but, i would really appreciate it if you would publish all of your recent posts especially all those motivations and poems in a book. they are really a great materials for a human heart to fill up with.

    [Reply]

  29. nureins says:

    to nasih

    i think i noe u =P

    [Reply]

  30. Suri says:

    dari luahan hilal, sy dapat rasakan..betapa kecewa hilal dgn pe yg terjadi.mungkin mudah untuk kita memaafkan,tapi kecewa kerana hal itu tetap ada..semoga hilal berlapang dada dengan ape yg terjadi. hilal jugak manusia biasa..

    [Reply]

  31. nazwandy says:

    makin banyak la pahala nta ye hilal

    [Reply]

  32. nasih says:

    to nureins

    yeah, we met almost everyday, right?

    [Reply]

  33. razimah says:

    sabarla…saudara, kebenaran pasti menang. kami pasti menyokong saudara. Saudara telah tampil membela diri di atas penyamaran ‘geram”. saudara juga telah memaafkan ‘geram’. itula yang terbaik.semoga kita semua dalam pimpinan ALLAH untuk segala tingkah laku sesama muslim dan bukan muslim.

    [Reply]

  34. tihani says:

    smoga org2 yg mlakuknnya sdar akn ksilapn mrk bla bc entry ni

    [Reply]

Leave a Reply