
Siapakah yang menjadi sahabat terindah kepada sahabatnya?
Hidup manusia memerlukan sahabat.
Pada saya, saya pun memerlukan sahabat. Bergeraak dalam kehidupan yang penuh liku ini, sahabat memang antara faktor kenapa diri mampu untuik terus tabah.
Senyuman mereka, tawa mereka, kadangkala menjadi antara inspirasi saya. Kadangkala, kata-kata mereka yang pendek pun dianggap bermakna untuk saya.
Pada saya, sahabat itu tidak dihubungkan dengan harta, wajah rupa mahupun apa sahaja perkara materialisma dunia. Tetapi pada saya, yang digelar sahabat itu, adalah yang dihubungkan dengan kasih sayang. Kasih sayang itu, bersumberkan satu punca.
Punca itu adalah keimanan kepada Allah SWT.
Sahabat yang hadir dari sumber itu adalah sahabat yang terindah.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara…” Surah Al-Hujurat ayat 10.
Melihat ayat ini, keimanan itu adalah punca utama persaudaraan. Bagi manusia yang memahami ayat ini, maka dia akan mencintai sahabatnya, seperti mana dia mencintai dirinya. Hal ukhuwwah berkait rapat dengan keimanan ini, ditegaskan pula oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda:
“Tidak beriman seseorang kamu, selagi mana dia tidak mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya”
Sekali lagi, keimanan itu dikaitkan dengan ukhuwwah, kasih sayang antara sahabat.
Hanya manusia yang bersih keimanannya sahaja, akan mampu menjaga sahabatnya seperti mana dia menjaga dirinya. Hal ini kerana, persahabatan itu akan ada dugaannya, akan ada cabarannya. Sampai satu masa, kita akan perlu melakukan pengorbanan.
Pengorbanan, tidak akan mampu dilakukan, melainkan apabila kita benar-benar beriman dengan apa yang Allah SWT janjikan, dan apa yang Rasulullah SAW ajarkan.
Sahabat yang berjaya menghayati keimanan inilah sahabat yang terindah.
Saya, tidak dapat mengukur keimanan orang lain. Tetapi saya dapat merasakan kehangatan sahabat saya. Saya dapat merasakan, saya ada beberapa orang dalam hidup ini, mereka adalah sahabat terindah saya.
Kalau hendak disebut, mungkin terlalu ramai.
Tapi, apa yang hendak saya katakan di sini, hendak menyedari bahawa sahabat itu adalah sahabat terindah, bukan mudah.
Pelbagai halangan, cabaran perlu dihadapi.
Kadangkala berulang kali berselisih faham, kadangkala beberapa kali bermasam muka. Namun, kalau benar ukhuwwah itu dibina atas dasar iman, maka ia akan kembali semula bersatu. Carik-carik bulu ayam, akhirnya tercantum semula. Kerna jika iman itu benar, ia akan menjadi seperti magnet, membuang segala rasa buruk di dalam hati, meringankan diri untuk meminta maaf dan memaafkan.
Ada orang menyangka, selisih faham, masam muka adalah keburukan. Itu tanda ukhuwwah tidak kuat.
Ya. Dari satu segi. Memang itu semua keburukan. Tetapi, sedar atau tidak, itu adalah satu tapisan, ujian daripada Allah SWT. Ujian untuk menguji sejauh mana kebenaran ukhuwwah yang dibina di atas dasar iman itu. Apabila kita berjaya melepasi segala dugaan dan cabaran itu, barulah kita akan menyedari, betapa indahnya apabila iman itu menjadi perlembagaan persahabatan kita, barulah kita akan nampak bahawa, sahabat kita itu adalah sahabat yang terindah.
Sebab itu, apabila kita melalui ujian-ujian ukhuwwah, kita perlu muhasabah diri kita terlebih dahulu. Jangan lihat pada sahabat kita. Lihat apa kurang dengan diri kita, apa silap yang kita dah lakukan, apa keburukan yang telah kita buat pada sahabat kita. Kalau benar iman menjadi perlembagaan ukhuwwah, maka kita akan berlapang dada, senang memaafkan. Kita akan berani, tabah meminta maaf tanpa rasa segan.
Namun, siapa yang melihat dirinya terlebih dahulu sebelum dia menilai sahabatnya?
Sebab itu, saya teringat akan kata-kata pensyarah saya ketika dia menyampaikan khutbah:
“Apabila kebaikan kita tidak dibalas oleh sahabat kita, maka janganlah kita mencacinya. Hal ini kerana, kebaikan kita kepadanya, adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Manakala kebaikannya kepada kita, adalah urusan dia dengan Allah SWT. Kita melaksanakan tanggungjawab kita”
Siapa yang nampak, kebaikannya kepada sahabatnya, adalah tanggungjawab dia kepada Allah SWT?
Hanya orang beriman sahaja yang boleh melihat perkara ini.
Sabda Rasulullah SAW, yang mafhumnya: “Kamu tidak akan masuk syurga selagi mana kamu tidak beriman, kamu tidak akan beriman selagi mana kamu tidak berkasih sayang…”
Siapa pula yang berusaha menjadikan dirinya sebagai sahabat terindah kepada sahabatnya?
Saya melihat diri, terfikir-fikir akan diri saya.





Semuanya indah jika iman jadi dasarnya, setuju!!
Sahabat ibarat cermin diri kita
Bersahabatlah dgn penjual minyak wangi nescaya kau kan terpalit bau wangiannya.
[Reply]
membuatkan ku jatuh rindu kpada sahabat2 ku di hidayah!!
Sahabat itu lebih mahal dari permata.. maka apabila kamu berdoa, jgnlah permata yang kau pinta.. tetapi sahabat yang beriman, soleh dan solehah..
[Reply]
sahabat ….
antara yang terindah dr punyai seorang kekasih..
memahami kita,berkongsi duka,itula yang selalu di dambakan setiap insan…
[Reply]
salam.
Sesungguhnya memberi itu lebih baik dr menerima.
Biarlah letih berbuat baik..
Biarlah org tak balas, janji kita tahu, Allah itu Maha Menyayangi mereka yang menyayangi sahabatnya..
MasyaAllah, Indahnya Ukhuwwah..
[Reply]
hmmmm….
sahabat…mnguatkan kita saat kita teruji, memujuk kita saat kita menangis,memperingati kita bila terlupa…kita??
adeih…masih belum mampu mnjadi sahabat terindah…
[Reply]
..diri ini masih belum mampu menjadi sahabat terindah…..
[Reply]
alhamdulilah..
akhirnya saya kembali tenang setelah kehilangan seorang sahabat.
Bukankah hidup ini aturan Allah dan saya hanya telah menjalankan tugas sebagai seorang sahabat.Kasihnya yang sy pinjam sekejap juga kepunyaan Allah…Moga sahabat sy terus bahagia dengan pasangannya..
lihatlah dengan hati melalui sepasang mata.
[Reply]
Bila bergelar sahabat,kita melihat pada ‘tolong bile susah’,'menjadi bahu sbgi tempat menangis’ dll.. tp ade sesuatu yg org sering lupa. sesuatu yg diibaratkan sbgi semut hitam yg berada di atas batu hitam di waktu malam yg gelap gelita.
ya,ikhlas.
ambil satu cth,kalo satu ari kwn kita terpaksa makan tanpa mengajak kita atas sebab2 tertentu,adakah kita akan mengungkit “sebelum ni aku selalu tunggu dia untuk makan sama2. Ada satu hari tuh sampai gastrik aku.”? Adakah itu bermakna kita ikhlas tlg kwn kita? Manusia itu asalnya drpd root word ‘lupa’,dan mmg diprogramkan untuk lupa.jika ia adalah sesuatu penting n significant,barulah manusia akan cuba sedaya upaya utk mengingat spt tarikh lahir dsbgnya..
significant sama juga dengan lain daripada lain kan?tp berbuat baik itu bukannya special,yg mana kita boleh bilang dengan jari berapa banyak kebaikan yg kita sudah buat setahun,masa2 yg lain kita tak pula berbuat baik..bukan begitu,kita takkan perasan pun kita buat baik jika kita ikhlas..
diibaratkan berbuat baik spt sudah menjadi automatik,kita berjalan sikit aja kita sudah berbuat kebaikan,kemudian beberapa langkah lagi kita lakukan kebaikan lagi..seperti melalui kawasan penuh lalang.debunga2 lalang itu berterbangan bila kita langgar,tapi kita tak perasan pun..n jika kita perasan pun,kita tak boleh ingat mana satu lalang yg kita dah langgar.semuanya nampak sama..
jadi,ingat lagikah apa bantuan yg telah diberikan pd mereka yg digelar sahabat?ikhlas atau tidak?wallahualam..
[Reply]
Assalamua’laikum
-kepada hood sunny,
Ssememangnya apabila keyakinan kepada janji-janji Allah itu menjadi dasar, segalanya akan kita kejar bersungguh-sungguh bagi mendakap redha-Nya…
-kepada aufa,
Oh, kamu orang hidayah. Hidayah jb ke?
-kepada edar,
Kekasih itu juga mampu menjadi seorang sahabat…
-kepada hamba mencari,
Sememangnya…
-kepada huraiyah,
Ya, kita bagaimana?
-kepada ateebaha,
Contohilah Abu Bakr ketika dia menghadapi kehilangan Rasulullah SAW…
Semoga Allah memberkati kamu..
-kepada musafir,
Terima kasih atas perkongsian panjangnya…
Kita dengan sahabat kita, adalah tanggungjawab kita dengan Allah SWT. Manakala dia kepada kita, itu adalah antara dia dengan Allah SWT. Kita laksanakan tanggungjawab kita.
Kerna dasar persahabatan kita adalah iman, berhajat untuk mencapai redha-Nya. Bukan untuk mencapai redha sahabat kita…
~seorang hamba, dan juga sahabat kepada kamu…
Hilal Asyraf
[Reply]