Langit Ilahi Rotating Header Image

Pengumuman: Mencari Pembaca Testimoni Novel Sinergi

sinergi: 1+1 jawapannya bukan dua, tetapi tiga.

sinergi: 1+1 jawapannya bukan dua, tetapi tiga.

Assalamu’alaikum.

Apa khabar semua pembaca dan pelawat di Langit Ilahi? Saban hari, yang datang ke website ini semakin ramai. Bermula bulan lepas, rating Langit Ilahi naik kepada 40,089 orang sebulan, dari sebelumnya, 30,281 orang. Sekarang, sekitar 2000 orang akan datang ke website Langit Ilahi sehari.

Alhamdulillah. Tiadalah apa yang lebih saya harapkan, selain kita semua ini sama-sama hadir ke sini untuk duduk dan bermuhasabah, kemudian bergerak mengubah diri kita ke arah apa yang Allah redha. Sebab itu, tema kita adalah “Mari Menjadi Hamba”, agar kita tidak mendabik dada, angkuh dan lupa kepada apa yang Allah beri kepada kita, kepada apa yang Allah tuntut daripada kita.

Itu mukadimah sebenarnya.

Saya pada post ini, ingin memohon bantuan, membuka tawaran kepada semua pelawat website ini yang berminat.

Siapa ingin menjadi pembaca testimoni untuk Novel Sinergi?

Apa itu Sinergi?

Sinergi adalah Novel kelima saya, juga merupakan buku saya yang keenamm, selepas Novel Awal Remaja: Remaja Mulia.

Untuk lebih menjelaskan, sesuatu yang tidak pernah saya kongsikan kepada semua adalah: Sinergi merupakan sekuel kepada Remaja Mulia. Watak bernama Abdul Haq telah saya tukar kepada Irfan Hakimi, dan watak bernama Syah telah saya tukar kepada nama Rasyid Zakwan. Jadi, sesiapa yang sedang mengikuti Remaja Mulia, maka itu sebenarnya prekuel kepada Sinergi.

Namun kedua-duanya bangun dengan sendiri. Kalau tak baca Remaja Mulia pun boleh faham Sinergi, kalau tak baca Sinergi pun tak akan terganggu jalan cerita Remaja Mulia.

Sinergi mengisahkan berkenaan hubungan. Macam Relasi, tetapi kali ini fokusnya lebih meluas. Sinergi membawa mesej betapa hubungan yang didirikan atas dasar keimanan kepada Allah SWT itu mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

Editor saya kata: “Sinergi mempunyai auranya yang tersendiri berbanding VT”

Keadaan Sinergi sekarang

Sinergi telah siap saya tulis. Tetapi saya ada banyak benda lagi nak sumbat dalam tu. Memandangkan terbitnya nanti adalah pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, maka saya berhajat menggunakan masa yang ada untuk meningkatkan kualiti Sinergi.

Sinergi sekarang ibarat rangka yang baru dilekati sikit daging. Jadi saya nak rangka tu dilekati banyak lagi daging, disertai kapilari darah, sistem-sistem tubuh agar menjadikan kerangka itu satu tubuh yang hidup dan bergerak(ini analogi sahaja).

Namun asasnya, Sinergi telah siap, jalan ceritanya sudah sempurna. Cuma orang kata, nak kena tambah rencah bagi sedap lagi.

Maka, sebelum saya tambah itu dan ini, saya memerlukan orang untuk membaca cerita yang telah siap itu, memberi komen, menunjukkan saya di mana salah eja, dan mungkin boleh tegur saya kalau ada jalan ceritanya yang tiba-tiba terkeluar atau terpesong.

Syarat menjadi pembaca testimoni

Ada beberapa syarat.

1. Terbuka kepada semua.

2. Perlu melakukan beberapa perkara sepanjang membaca Sinergi:

· Menghighlightkan perkataan yang salah eja(bukan terus betulkan ya)(dalam words ada cara nak highlightkan perkataan.

· Mencari kesalahan jalan cerita

· Memberikan idea untuk mengubah redundant yang ada dalam Sinergi

· Memberikan komen berkenaan apa yang kurang dalam Sinergi

· Dan apa yang anda rasa perlu

3. Saya beri masa seminggu, bermula tiga hari dari post ini disiarkan.

4. Tawaran ini hanya terhad kepada 10 orang.

5. Berikan nama penuh, e-mail, tahap pengajian, dan tempat belajar. Kalau anda merupakan pekerja, sila nyatakan apa jawatan anda.

Kemudian, selepas anda selesai menghabiskan membaca, mencari kesalahan, memberikan komen dan idea, saya minta anda buat satu kata-kata sebagai kesimpulan kepada Sinergi secara amnya. Editor saya akan pilih kata-kata yang terbaik untuk diletakkan di kulit buku. Ini dikatakan sebagai testimonial daripada pembaca. Contohnya begini:

“Sinergi berjaya membuka mata dan hati saya berkenaan betapa keimanan itu penting sebagai asas dalam kehidupan insan”

Jadi terpulang anda hendak buat kata-kata bagaimana, mengikut perasaan dan hati anda selepas membaca Sinergi. Biar tulus daripada hati, baru sampai ke hati yang lain.

Penutup: Memang ada kekurangan

Saya cakap awal-awal. Sinergi sangat-sangat banyak kelemahan dan kekurangan. Saya pun tak rasa jalan ceritanya kuat. Sebab itu saya kata, Sinergi yang akan saya beri pada anda ini hanya rangka sahaja. Saya nak touch up lagi. Tapi saya perlukan pandangan dari ramai orang agar mampu memberikan yang terbaik.

Jadi kalau anda baca, tengok banyak sangat kekurangan, itu biasa la. Dalil-dalil Al-Quran dan hadith pun belum saya masukkan lagi.

Andalah yang membantu saya untuk memberikan terbaik nanti.

Jadi tawaran ini dibuka selama tiga hari bermula hari ini. Selepas tiga hari, tawaran ditutup.

10 orang yang terawal sahaja. Dan pastikan anda benar-benar berminat. Sebab saya akan tuntut semula dalam masa seminggu.

Setakat ini sahaja.

Terima kasih.

Print This Post Print This Post

16 Comments

  1. na says:

    salam…
    ana mmg b’mnt sbnrnye,tp nex week dh nk final exm
    so,klu nk hbs bce sinergi dlm mse sminggu ni rse mcm x smpt je.huhu
    lgpon klu nk bce kna hayati btol2,xleh men redah aje
    asif(^_^)v

  2. solaharis says:

    saya berminat…

    Muhammad Salahuddin bin Haris @ Harith
    Tahun Akhir Sarjana Muda Farmasi
    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

  3. hanif says:

    salam wrbt..

    ingin bertanya mengenai syarat ,
    adakah yg dimaksudkan:
    1) 3 hari selepas post itu disiarkan, baru ’sesi pendaftaran’ dibuka, atau
    2) penyertaan mmg sudah terbuka, dan selepas 3 hari post diterbitkan, akan diberikan softcopy untuk dibaca dlm masa seminggu, seterusnya diulas?

    mungkin saudara boleh beri sedikit pandangan kasar mengenai novel ini (eg: berapa muka surat, tentang apa). maaf, jika ia seperti mengada-ngada, tetapi takut-takut mereka yg ikhlas untuk memberi testi gagal memenuhi amanahnya untuk tepat pada masa mahupun memberikan ulasan yg setimpal dan matang.

  4. akimsensei says:

    salam saudara hilal. saya berminat since saya free dari sabtu sehingga selasa depan, insyaAllah sempat.

    mohd hakim zakaria
    eksekutif
    telekom malaysia

    syukran..

  5. laksamana laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada a

    tak mengapa, tawaran dibuka kepada yang kelapangan sahaja…

    - kepada solaharis

    sila nyatakan e-mail anda sekali..

    - kepada hanif

    tawaran telah dibuka sekarang. Tawaran ditutup tiga hari dari sekarang.
    Berkenaan muka surat, Sinergi sepenuhnya sekitar 400 muka surat. berkenaan cerita, boleh rujuk post bertajuk Sinergi dalam website ini.

    - kepada akimsensei

    sila berikan e-mail anda…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

  6. akimsensei says:

    semula..

    mohd hakim zakaria
    eksekutif
    telekom malaysia
    mohdhakimzakaria@gmail.com

    syukran..

  7. hanif says:

    saya berminat

    hanif bin kamil puat
    pelajar perubatan (degree)
    Charles University In Prague (1st Faculty)
    hanif_laloq@yahoo.com

  8. Fasya Farisya says:

    Asya pon berminat gak tp de final exam… :cry:

  9. Solah says:

    solah_pmacy@yahoo.com

  10. asad says:

    saya berminat..

  11. asad says:

    asadullah_87@yahoo.com

  12. 3ubudillah says:

    wan nor ain alyaa wan zain
    tahun 4 perubatan universiti tanta
    iman_deen@yahoo.com

  13. saya says:

    saya berminat.. saya berikan maklumat pada emel kamu ye. :)

  14. Berminat says:

    salam, if belom cukup 10 org, emel pd sy
    nurazilayahaya@yahoo.com

  15. Berminat says:

    nurazilayahaya
    degree in mgt mathematics
    final year student of uitm shah alam. ( 16hb ni habis insyaAllah)

    nurazilayahaya@yahoo.com

  16. laksamana laksamana says:

    Assalamu’alaikum.

    Kepada akim sensei, solah, hanif, asad, berminat,

    saya telah menghantarkan ke e-mail anda.

    kepada saya,

    boleh, sila berikan e-mail anda.

    kepada fasya,

    tak mengapa. hanya untuk yang berkelapangan sahaja…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

Leave a Reply