Langit Ilahi Rotating Header Image

Pengumuman: Pemergian 10 hari

dengan kasih saya ucapkan - selamat tinggal. Doa-doakan saya

dengan kasih saya ucapkan - selamat tinggal. Doa-doakan saya

Assalamu’alaikum

Ini post perpisahan. Ringkas-ringkas sahaja.

InsyaAllah sementara sahaja. Jangan risau.

Saya akan terpisah daripada internet, YM, Facebook, Friendster, YahooMail, segala YahooGrup untuk masa 10 hari insyaAllah.

Saya nak pergi bertapa. Memisah diri dari alam maya. Di alam realiti saya ada lagi. Kengkawan Jordan, saya masih boleh dijumpai di jamiah, dan sesiapa yang ingin menghubungi saya, sila hubungi melalui telefon.

Saya akan bertolak petang ini(malam waktu Malaysia). Jadi, saya akan usahakan jawab segala komen yang belum saya jawab, serta komen2 baru yang muncul sebelum saya pergi.

Di sini ada perkongsian. Perkongsian untuk perpisahan.

(hadiah perpisahan adalah Cerpen - Ekspedisi Cintaku. Perkongsian lain pula ya)

-Sedikit peerkongsian-

Tok guru saya kata:

“Pendekar yang hebat itu pun, ada masanya perlu berehat untuk mengumpul tenaga, mengasah kekuatan, agar tidak tumpul kehebatannya”

Mas’ul saya pula ada pernah kata:

“Da’ie itu ada masanya kena berhenti untuk bermuhasabah, melihat belakang untuk mencari di mana salah, agar saat dia bergerak, dia hanya melakukan kesalahan baru bersama pergerakan yang berkadar terus dengan pengalaman”

Jadi selamat tinggal pelawat-pelawat. Jangan segan nak letak komen walaupun saya tiada. Saya janji saya akan jawab semuanya, walau menggunung ala-ala Everest.


ps: Minta maaf untuk post Cerpen - Ekspedisi Cintaku, tak boleh letak gambar plak. Ada masalah apa ntah. Gomenasai ne..

Print This Post Print This Post

19 Comments

  1. jadikan aku serikandi says:

    salam saudara hilal,

    sbg pembaca buku2 saudara,
    sy baru shj menjadikan blog saudara satu kemestian,
    nmpaknya, saudara pula ingin bepergian..

    tp tidak mengapa, sy akan terus membaca dan membaca,

    oh ya, semoga saudara sihat2 selalu dan dpt meneruskan usaha dakwah y mulia ini,dan semoga bnyak pengajaran y sy pelajari dr buku dan entry2 saudara,

    salam,
    serikandi

    [Reply]

  2. shafiqah says:

    nak pergi mana hilal??

    [Reply]

  3. SolaHusna says:

    moga mendapat kekuatan baru…

    [Reply]

  4. Areef says:

    Assalamu `alaikum…

    Fi amnilLahi Ta`aala… Ma`assalamah…

    [Reply]

  5. Nur hati ini says:

    moga Allah lindung perjalanan akhi.. :smile:

    [Reply]

  6. nurfirqah says:

    Salam ukhwah bt sdra…
    entah mcm mner tgerak hati utk melawati blog sdra…
    tiada rezki, sdra ingin bepergian pula…wlau apapun sy tinggalkn titipan
    salam ukhwah br sdra,moga2 perjalanan sdra d berkati Allah hendaknya & smga apa yg dcari,ditemui dan dipermudahkan…amin..

    [Reply]

  7. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada jadikan aku serikandi

    Terharunya…
    maaflah. Untuk kamu, saya baru kamu lawati. Untuk pelawat lain, mungkin saya ini sudah hampir 2 tahun muncul dalam hidup mereka. Untuk diri saya pula, saya memang ada masa akan ambil masa melihat ke belakang dan muhasabah untuk peningkatan diri saya.

    Tak mengapa. InsyaAllah. Semuanya untuk kebaikan.

    Kamu boleh baca post2 saya yang belakang. InsyaAllah, tiada kekurangan.

    - kepada shafiqah

    Ada la.. rahsia… kalau tak rahsia, dah cerita siap2 kat atas ni ha… hu3…

    - kepada SolaHusna

    Terima kasih. Saya nak kekuatan yang lebih kuat, kehebatan yang lebih hebat. Semoga Allah kabulkan..

    - kepada Areef

    Amiiin….

    - kepada hati ini

    Terima kasih kerana mendoakan…

    - kepada nurfirqah

    Tidak mengapa. Pemergian bukan selamanya. 10 hari sahaja insyaAllah. Kalau panjang nyawa menulis semula.

    Kamu kalau baru datang sini, boleh la baca2 post yang terdahulu. InsyaAllah, ada maknanya.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  8. bay says:

    salam ‘alaik hilal….

    sy mula mnjd pmbaca setia Langit Ilahi sejak mndpt link ini dari seorang sahabat yang xdknali dan slps membaca bku VT…
    alhamdulillah,,byk manfaat yang saya dpt…

    hilall nak berpergian???
    moga sentiasa berada dlm lindungan ALLAH…

    moga slpas ini,,lbh byk perkongsian yang dpt diberikan…

    bittaufiq wannajah dalam segalanya…

    [Reply]

  9. wani says:

    salam..hilal nk pergi ke mana?
    bertapa?
    bru mule melawat blog saudara bbrpa bln yg lps..tak taw la nk wat ape kat dpn ltop ni 10 hr tak bce post saudara yg penuh pengisian lg bermanfaat…hu3=(
    pa pe pun moga Allah redho…

    [Reply]

  10. p.cik shahruddin says:

    Berfikir sesaat lebih baik dari solah sunat seribu rakaat. teruskan anak muda..InsyaAllah Allah SWT bersama mu dan doa dari saudara saudari mu dalam Islam

    [Reply]

  11. adar says:

    Salam Hilal,
    Semoga selamat pergi dan kembali.

    [Reply]

  12. ma' ul ain says:

    assalamualaikum …
    sye slalu m’lawati wbsite langit ilahi ni.tp ini firstime sye m’berikan komen .
    sblm tu minta maafla klu pertanyaan sye ni menyingung perasaan saudara.sye ingin beranya mengapa saudara slalu meletakkan gmbr saudra dlm website ini.
    klu ad cerpen lbh elok la gmbr yg diletakkan dikaitkan dgn cerpen tersebut.sye hrp saudara lebih memperbanyakkan gambr2 yg berkaitan dgn ap yg saudara tulis.supaya pelawat lebih dpt mengambarkan apa yg saudara ceritakan .
    sekian saja dr saya.
    ma’asalamah!
    wassalam….

    [Reply]

  13. Assalamualaikum akh..

    Berhenti sejenak, bermuhasabah kembali dan memperbaiki lompang2 yang ada..

    tidak mengapa.. semua orang perlukan ’service’.. insyaAllah.. moga pemergian ini benar-benar berada dalam redhaNYA.. moga pemergian ini memberi tujahan dan momentum yang lebh hebat untuk gerak kerja dakwah.. amin..

    ~ berhenti, untuk tidak lagi berhenti selepas ini..

    wallahualam..

    [Reply]

  14. sofi says:

    salam,hilal..ana mula mengetahui tentang diri enta slps membaca novel VT pd permulaan cuti akhir tahun ini.. secara tidak langsung mempelkenalkan ana pd ‘dunia’ langit ilahi ini… ana teringin membaca novel2 islam hasil pena enta yang lain namun setakat ini masih belum berkemampuan..insyallah,kalau ada rezeki…ana amat berharap enta mempunyai masa untuk merungkai kisah hidup cicit saidina umar iaitu UMAR BIN ABDUL AZIZ…walaupun hanya 2 tahun menjadi khalifah,namun zaman pemerintahannya menjadi zaman kegemilangan dunia islam ketika itu…rasai kehebatan tokoh tersebut..pada rakan2 semua,cubalah buka utube DIWANI-DI HENING MALAM sblm anda tidur malam ini..maaf hilal, ana tulis panjang sgt..salam

    [Reply]

  15. Tohir says:

    assalamu’alaikum ~

    saya ni pemerhati hilal je selama ni. what a determine person you are.
    kadang-kadang saya pernah rasa tak signifikan langsung kamu ni.
    cuma, bila kamu dah tak ada, rasa sunyi pula.
    Langit Ilahi ni dah jadi macam surat khabar harian saya. Setiap pagi, sebelum mula kerja saya buka. Nakkan pengisian agar hari bermula dengan baik. Biar ada motivasi, biar ada kefahaman.

    Hilal, balik cepat sikit ya.

    [Reply]

  16. dina says:

    salam ‘alaik..

    smua sahabat2 anta ni doakan anta sentiasa mendapat keberkatan dan redha dari ilahi..
    tabahkan hati kuatkan semangat..

    mogaa kamu dilindungiNya..

    wassalam

    [Reply]

  17. melur kuning says:

    salam saudara hilal
    slama ini saya hanya jd pembaca setia post2 saudara
    hari ini bru terasa nk komen bila tgk saudara nk ‘bercuti sebentar bersama kit kat’ huhuhu
    smoga tempoh 10 hari membolehkan saudara kembali meneruskan tulisan2 yg membimbing,membina serta memberi inspirasi kepada semua pembaca..

    [Reply]

  18. az-zahra says:

    salam sejahtera. salam pertemuan. salam ukkhuwah. salam sahabat.
    akhi hilal, sudah lama saya tidak menjengah ke web saudara. sejujurnya saya begitu mengagumi saudara kerana sentisa berjalan di atas jalan dakwah. teruskan perjuanganmu. jangan pernah berhenti. tiada perkataan penat situasi ini. tiada erti bersendiri dalam kehidupan ini, saudara. kita tidak pernah bersendiri. yang maha pencipta sentiasa bersama kita. saudara sepenat mana pun tubuh ini, semangat yang tertanam tidak pernah padam saudara. jangan pernah mengeluh, jangan sesekali merugut. setiap ujian yang diberikan adalah di dalam kemampuna kita. saudara, allah maha menyayangi. dia tidak akan membebankan hambanya diluar keupayaan hamba itu sendiri. yang maha pencipta yakin dengan kemampuan ciptaannya. kenapa kita pula tidak yakin dengan diri sedangkan Dia menyakini kita. teruskan usahamu. jangan pernah berhenti. teruskan perjunaganmu saudara.

    [Reply]

  19. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada bay

    Alhamdulillah. Terima kasih atas doanya. Manfaat itu datang daripada Allah sahaja. Mari kita berdoa semoga Allah kurniakan kita manfaat atas semua amalan kita…

    - kepada wani

    InsyaAllah, banyak lagi yang boleh dilakukan. Semoga Allah redha…

    - kepada p.cik shahruddin

    Ya. Terima kasih pakcik.

    - kepada adar

    Alhamdulillah, selamat.

    - kepada ma’ ul ain

    Berkenaan isu gambar ni, saya rasa tidak patut diperbesarkan.

    Kenapa saya suka letak gambar saya, pertama adalah kerana ini website saya.

    Kedua, adalah untuk memudahkan urusan juga. Saya tidak perlu berhadapan dengan isu copyright gambar orang lain.

    Ketiga, bukan semua post saya letak gambar saya. Jadi harap anda consider benda itu juga. Saya letak bila saya rasa saya patut letak. Saya tak letak bila saya rasa patut tak letak.

    Isu ini tak patut timbul sebenarnya. Saya hairan kenapa ia ditimbulkan. Sekurang-kurangnya saya bergambar dalam keadaan kemas. Lain la kalau saya bergambar dengan baju pagoda sahaja.

    - kepada lu’lu il maknun

    Selepas ini akan kena berhenti juga. Checkpoint muhasabah sentiasa wujud. Kita kena berusaha memperbaiki diri. Manusia yang hebat adalah manusia yang mampu memperbaiki kesalahannya.

    - kepada sofi

    Rasanya fasal Umar Abdul Aziz ini ana selalu sebut. boleh rujuk artikel-artikel yang lepas.

    - kepada Tohir

    Alhamdulillah. Ada juga orang hargai saya macam kamu ya…

    - kepada dina

    Amiiin…

    - kepada melur kuning

    Alhamdulillah. Terima kasih banyak. Semoga Allah berikan kekuatan pada kita semua….

    - kepada az-zahra

    Saya tiada niat nak berhenti. Ini juga bukan rehat. Ini pertapaan muhasabah, mencari kembali matlamat. Kita tak nak statik. Kita nak meningkat.

    Jangan risau.

    Yang berputus asa hanya orang yang tidak jelas akan niat dan matlamatnya.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

Leave a Reply