
Rindu kepadanya dan kepadaNya
Dah tengok video?
Lapang-lapang, tengoklah video saya yang berada dalam post ‘ Saya Nak Cakap Dengan Kamu’. Kita ta’aruf, sembang-sembang sikit.
Hari ini, 6hb Jun 2009, banyak post yang saya hantar.
Kerana, saya akan pergi jauh selepas ini. Jauh dari online, jauh dari website, jauh dari rumah. Jadi, saya ambil peluang kelapangan saya pada 6hb Jun ini untuk menulis beberapa artikel yang saya rasa penting, menjawab komen-komen yang belum saya jawab, dan menunaikan apa yang belum tertunai semampu saya.
Saya hendak pergi menghadap ILAHI.
Post saya pada 6hb Jun 2009 adalah seperti berikut(boleh klik untuk pergi ke pagenya):
2. Bila Kamu Bising Fasal Ikhtilat..
3. Saya Nak Cakap Dengan Kamu.
Boleh dikatakan saya pecah rekod peribadi la, hantar 4 post dalam sehari. Selama ini, paling banyak pun tiga.
Saya hendak pergi jauh lepas ini.
Agak-agak, saya hendak pergi ke mana?
Ayat pergi menghadap Ilahi gayanya macam nak pergi mati je kan?
Sebenarnya, saya hendak pergi menunaikan umrah. Hari ini, pukul 4 petang(jordan), saya akan bertolak ke Madinah menaiki bas. Saya akan berada di Madinah selama empat hari, kemudian bergerak ke Makkah, dan saya akan berada di Makkah selama empat hari juga. Selepas itu barulah saya kembali ke mari, jika ALLAH izinkan saya kembali.
Justeru, saya ambil peluang ini, meminta maaf kepada anda semua. Saya faham saya ini hamba biasa sahaja. Pastinya dalam lafaz bicara saya, tari tulisan saya, ada sahaja yang tersilap dan terkasar gayanya. Mungkin ada yang terasa, mungkin ada yang marahkan saya sebab tulisan saya. Jadi, saya mohon maaf banyak-banyak kepada kalian, dan mohon ampun kepada ALLAH SWT.
Saya postkan banyak-banyak post hari ini, sebagai hadiah sepanjang peninggalan saya. Saya tidak tahu lagi, selepas 8 hari perjalanan itu, apakah saya akan kembali pada tarikhnya yang sebenar. Kita merancang sahaja. ALLAH jugalah yang menentukan. Jadi, website Langit Ilahi kemungkinan besar akan sepi sekitar 10 hari. Saya tidak berhajat mengambil peluang di Makkah atau Madinah untuk mengepost bahan baru. Biarlah saya berehat, dan fokus kepada hajat saya di Haramain itu.
Sekali lagi, saya minta maaf kepada semua.
Saya mohon doa daripada kalian.
InsyaALLAH, kalian sentiasa berada dalam doa saya.
Semoga saya selamat pergi dan selamat pulang.
Moga saya dapat pulang dalam keadaan lebih ‘berisi’, ‘tertingkat’ dan ‘bersih’.
Rindu hendak menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah, kini cita-cita saya sudah hammpir dimakbulkan ALLAH SWT. Doakan saya benar-benar dapat sampai di sana, menziarahi Rasulullah SAW, Para sahabat, dan mengambil iktibar di tempat bermulanya ISLAM.
Labbaikallahumma labbaik….
-saudara kamu…
Hilal Asyraf
Ps: Harapnya, semasa ketiadaan saya, ambil-ambillah masa membelek-belek artikel lama di dalam website ini sebagai ulang kaji. InsyaALLAH, banyak manfaatnya.




Semoga selamat pergi dan kembali.Insyaallah
[Reply]
assalamualaikum..
semoga hari2 disana dimanfaatkan.. kerana peluang utk hanya yang terpilih..
doakan kami ye..dan semoga kamu kembali, dengan izinNya,,
[Reply]
alhamdulillah…. untungnya anta… untung sangat3…. ana memang nak pergi tempat tu…. tapi yg btol2 ada rezeki sahaja yang terpanggil untuk menjejakkan kaki di bumi suci itu..tahniah buat anta..dihadapan kaabah nnt jangan lupa doakan kami semua(pembaca setia langitilahi)… selamat pergi dan pulang…..
[Reply]
salam,jgn lpe doakn kami semua ye….selamat pergi dan selamat pulang ye…
[Reply]
salam..buat akh hilal..
ana slh sorang bks pljr m3..ana nk mnx 1 bnda ja,tlg doakn ana n shbt ana yg len krna km br mlangkah k alam yg bru iaitu alm ipt..doakn smoga km istqmah d ats jln yg mulia ini..x lupa jgk tlg doakn adk2 m3 ye,smoga mrk dbri kkuatn utk mnrskn pjuangn mrk d sna..jzkallah khairan kathira
[Reply]
waaaa..bestnyer…jelesnyer….
ni yang nak pi belajar kat Timur Tengah ni..
bleh pi wat umrah…
smoga Allah permudahkan rezeki abg hilal spya dpt wat haji plak lepas ni…
[Reply]
Smpai ati x ckp kt kiter..
Neway ana harap abg hilal igt adik dia nakal sorg ni.
Doa jd laaaaagi SOLEHAH..!
Hi3
[Reply]
salam…
kaabah…tempat ingin ku pergi..
apapun, tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com
harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian
[Reply]
Salam..
semoga selamat kembali;)
[Reply]
salam.
Selamat berangkat ke sana.
Doakn utk kami di sini juga ye..
[Reply]
Assalamualaikum akhi,
alhamdulillah saya pun selamat pulang…
walaupun tak ketemu akhi di Tanah Suci,rupanya takdir saya jumpa dgn kawan saya sendiri kat Tanah Suci.Tak sangka sungguh…hehehe
Al-Fatihah juga buat Muhammad Ammar Zulkifli,pelajar Malaysia di Mesir yang meninggal dunia.Allahyarham dengar khabar ex-MATRI juga.Satu penerbangan balik bersama jenazahnya…
http://tanya-ustaz.blogspot.com/2009/06/syeikh-fathi-yakanmuhammad-ammar-dan.html
[Reply]
Assalamu’alaikum,
Maafkan saya sebab lambat balas komen-komen dalam post ini. Saya baru pulang dari umrah, dan ambil sedikit masa untuk baca komen yang banyak.
Alhamdulillah, saya dapat pergi dan pulang dengan baik.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada yang menembak doa. Ternyata doa anda telah diperkenankan oleh ALLAH SWT.
kepada syaheed,
terima kasih.
kepada iman syauqina,
terima kasih, ternyata hari-hari di sana indah. Sentiasa mendoakan semua.
kepada ashraf,
Alhamdulillah. Ana mendoakan pembaca Langit Ilahi di sana. Jangan risau. Tak ingatkan pun ana doa juga.
kepada Srikandi dataran syam,
Hilal doakan semua kak. Alhamdulillah.
kepada insan,
ana doakan khusus untuk buat pelajar MATRI, pelajar-pelajar SRIH, sahabat-sahabat dakwah, dan beberapa kumpulan manusia lain dalam hidup ana. Jangan risau. Semoga ALLAH redha semuanya.
kepada Huraiyah,
dia sebenarnya bukan sebab duduk timur tengah. Ini semua sebab rezeki. ALLAH yang benarkan. Dan sebenarnya, untuk perempuan, kalau duduk di timur tengah pun, kena ada mahram(suami, ayah, adik, abang) untuk merentas sempadan saudi. Duduk timur tengah, belum tentu boleh pergi lagi.
kepada Aisyah,
dah tak tanya. hu3…
kepada hasell,
saya berminat juga dengan kajian-kajian sedemikian. Mungkin penting untuk karya saya akan datang. InsyaALLAH bila ada masa lapang saya akan ziarah.
kepada Arnamee,
terima kasih atas doanya. Alhamdulillah saya selamat kembali.
kepada hambamencari,
terima kasih. Sentiasa mendoakan semua.
kepada Fakhruddin,
semoga ALLAH redha kepada Ammar Zulkifli dan redha pula kepada kita semua. Tidak bertemu kita di Tanah Suci ya. Saya cuba tegur semua melayu yang boleh saya tegur. Tak ketemu pun kamu. Tak mengapa, ada jodoh kita jumpa insyaALLAH… Aturan ALLAH juga yang terbaik.
~seorang hamba
Hilal Asyraf
[Reply]
Wanna very nice joke?)) Where does a one-armed man shop? At a second hand store.
___________________________
–/ viaga online Houston /–
[Reply]
Do you want a fresh joke from net? What kind of bird can write? A penguin.
___________________________
–/ vigira order /–
[Reply]
And you so tried to do?
I have a fresh joke for you) What kind of lettuce was served on the Titanic? Iceberg.
1]vigara
pill
[Reply]