Saya lahir pada 16hb Januari 1989. Maka, pada 16 Januari 2010 baru ini, umur saya meningkat menjadi 21.
Ya, saya baru 21 tahun. Kebanyakan pelawat Langit Ilahi yang bersembang dengan saya di Facebook, rata-rata tidak mengetahui bahawa pengedali website ini, penulis novel kepada VT, dan penulis Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita adalah seorang yang baru melepasi tahun pertamanya dalam era 20-an.
Mungkin saya dianggap muda oleh golongan tua.
“Ala, budak lagi. Universiti pun tak habis”
Dan mungkin sekelompok mahasiswa atasan juga memandang demikian.
“Baru tahun dua”
Tetapi saya suka nyatakan di sini.
Umur bukan sesekali pengukur.
Tiada makna pada umur.
Saya agak jengkel dengan mereka yang memandang pada umur. Saya tidak pernah pun memandang pada umur. Oh, ada. Saya ada memandang pada umur. Ketika berkenalan, sekadar untuk mengetahui apakah panggilan sesuai untuk saya gunakan pada seseorang itu dalam rangka untuk menghormatinya.
Umur tiada makna langsung. Malah, umur tidak menjadi kayu ukur kepada kematangan dan kekuatan seseorang. Hal ini dibuktikan sendiri oleh Mu’adz RA dan Mu’awwidz RA, dua perwira cilik yang menumbangkan Abu Jahal di medan Uhud. Abdullah ibn Umar RA juga seorang yang faqih melebihi sahabat-sahabat yang lebih tua di zamannya. Usamah bin Zaid RA diangkat menjadi jeneral oleh Rasulullah SAW untuk melawan Rom yang gagah, sedang masih wujud jeneral-jeneral hebat seperti Khalid Al-Walid, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Umar Al-Khattab ketika itu. Muhammad Al-Fateh, menawan Konstantinopel pada umur 23 tahun, sedangkan sudah ramai orang tua sebelumnya berusaha selama 800 tahun, tetapi tidak berjaya.
Kenapa mesti memandang pada umur?
Saya tidak faham.
Tahukah yang membezakan manusia itu apa?
Hanya taqwa.
“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu…” Surah Al-Hujurat ayat 13.
Saya sebagai junior, yang lebih tua itu sebagai senior
Saya junior di dalam kehidupan. Sesiapa sahaja yang lebih tua daripada saya adalah senior dalam kehidupan.
Apakah yang senior-senior saya fikir apabila melihat saya? Adakah seorang junior yang hendak tunjuk jaguh di medan kehidupan?
Sedangkan, saya banyak belajar dari kehidupan senior-senior saya dalam kehidupan ini.
Saya tidak rasa apa yang saya ada hari ini, datang sebab saya banyak baca buku. Tetapi saya kira, apa yang saya ada hari ini adalah kerana saya ‘ membaca’ dan memerhatikan senior-senior saya dalam kehidupan ini.
Saya amat faham dengan ayat Almarhum Umar Tilmisani yang terkenal:
“Hikmah orang tua, perlu berada dalam semangat orang muda”
Sebab itu, saya berusaha menghabiskan masa banyak dengan duduk bersama senior-senior saya dalam kehidupan. Saya senang duduk-duduk dengan orang tua, veteran-veteran, pakcik-pakcik, ayah-ayah, dan kalau ada kesempatan saya akan berbincang-bincang bertukar pendapat dengan ibu-ibu, makcik-makcik, yang mewakili wanita.
Saya senang mengambil manfaat daripada senior-senior dalam kehidupan ini, seperti guru-guru saya di Hidayah, murabbi-murabbi saya di MATRI, pelajar-pelajar senior saya, pakcik makcik yang menjadi rakan kepada ayah ibu saya, adik beradik ibu ayah saya, sheikh-sheikh saya di Yarmouk, dan sesiapa sahaja veteran yang saya temui dalam kehidupan saya.
Saya kira, tanpa pergaulan dan pertukaran ilmu dengan senior dalam kehidupan ini, saya tidak akan mampu memandang dengan pandangan seperti yang saya ada hari ini.
Tetapi ada yang mengkhianati saya
Ya. Ada yang mengkhianati kepercayaan saya ini. Sangat tinggi saya memandang para senior dalam kehidupan, ada yang mengkhianati penghormatan saya dengan merendah-rendahkan saya. Ada yang merendah-rendahkan saya dengan menghina pandangan yang saya berikan. Ada pula dengan cuba memperkotak-katikkan saya seakan saya budak. Ada pula dengan sengaja mengungkit-ungkit bahawa umur saya baru 21.
Ya, saya baru umur 21. Setahun yang lalu, saya berumur 20. Saya menulis VT ketika saya berumur 20 tahun 15 hari. Saya mula menulis blog Langit Ilahi ketika saya berusia 19 tahun. Saya menulis Relasi dan Terasing semasa saya berumur 18 tahun.
Ada yang kata saya ini berhingus. Ada yang memperlekehkan ilmu saya kerana mengira dengan umur. Ada yang kata, saya masih budak.
Saya cukup sensitif dengan penghinaan ini. Bukan kerana ia ditujukan kepada saya. Tetapi adalah kerana, saya sukar untuk menerima senior-senior dalam kehidupan yang berpandangan sedemikian kepada anak muda seperti saya. Pada saya, ia merenjatkan graf pembangunan ummah.
Kenapa jika tidak gemar dengan penulisan saya, cara saya memberikan pandangan di dalam blog, maka senior-senior saya dalam kehidupan ini perlu mengungkit umur saya? Kenapa tidak dibatalkan, dibidas penulisan saya, cara saya memberikan pandangan dengan hujah yang cantik dan adab yang baik? Kenapa tidak pula dibimbing saya yang dikatakan ‘budak’ ini sebagaimana bimbingan seorang guru kepada anak muridnya untuk menjadikan anak muridnya lebih cemerlang?
“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” Surah An-Nahl ayat 125.
Kenapa wahai senior-senior saya dalam kehidupan?
Kenapa?
Bukankah ini satu pencalaran kepada kepercayaan?
Tidakkah kamu mengingati sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang tidak mengasihani, maka dia tidak akan dikasihi”
Contoh saya adalah mereka itu
Sebahagian orang menegur saya kerana mencipta watak Irfan Hakimi di dalam Remaja Mulia. Mereka menyatakan, watak itu terlalu matang untuk budak berumur 12 tahun.
Saya hairan. Apakah yang kita inginkan pada anak-anak kita sebenarnya?
Jika saya, saya senang anak saya matang pada usia yang awal. Kematangan anak, adalah tanda kejayaan saya sebagai seorang ayah yang mendidik dan membesarkannya.
Mari kita lihat Saidina Umar dengan anaknya Abdullah Ibn Umar. Satu hari, Rasulullah SAW melontarkan soalan kepada para sahabat. Abdullah ibn Umar RA mengikuti Umar Al-Khattab pada hari itu dan duduk bersama para sahabat veteran.
“Apakah pokok yang mempunyai ciri-ciri sama dengan orang yang beriman?”
Semua sahabat tidak menjawabnya. Akhirnya, Rasulullah SAW menjawab bahawa pokok yang dimaksudkan adalah pokok tamar.
Ketika di dalam perjalanan pulang, Abdullah Ibn Umar RA berkata kepada ayahnya, Umar Al-Khattab RA: “Wahai ayahku, sesungguhnya tadi, aku tahu akan jawapannya sebelum Rasulullah menjawab”
“Justeru, kenapa kau berdiam diri?”
“Aku kira, jika aku bersuara aku dikira tidak beradab dengan orang tua di sekelilingku”
Umar Al-Khattab ketika itu menjawab: “Tidak. Bahkan aku lebih suka kau menjawabnya”
Kisah ini boleh dijumpai dalam Sohih Muslim, bab Adab.
Contoh saya adalah remaja-remaja seperti Abdullah ibn Umar, Usamah bin Zaid, Muhammad Al-Fateh. Itu dia yang biasa saya baca kisah-kisah mereka semasa kecil, yang guru tadika saya suka bacakan semasa saya budak, yang ustaz-ustazah saya ulang di sekolah rendah dan murabbi-murabbi saya kupas di MATRI.
Apakah matang itu hanya selepas umur 30?
Hanya boleh bicara dan memberi pandangan pada masyarakat hanya selepas habis universiti?
Hanya boleh dianggap layak memberikan perkongsian hanya selepas mendapat PhD?
Saya tidak rasa kita patut mempunyai pemikiran sedemikian.
Saya kira, matang itu dikira adalah dengan ukuran: “Dia sudah mula bergerak hendak menjadi hamba Allah SWT yang baik”
Itu dia matang.
Penutup: Ini hanya satu lagi buah fikiran
Saya tidak berniat menghentam senior-senior dalam kehidupan saya yang telah mengkhianati saya itu. Itu sekadar perkongsian, menunjukkan sisi pandangan negatif dengan mewujudkan mekanisma pengukuran kematangan dengan menggunakan umur.
Artikel ini hakikatnya, hanya satu lagi buah fikiran dari penyampaian-penyampaian saya sebelum ini.
Di dalam artikel ini juga, saya sebenarnya menyeru kepada seangkatan dengan saya agar keluar dari penjara minda yang diwujudkan oleh dunia hari ini.
Jangan kata: “Aku masih muda lagi”, “Aku budak lagi”, “Aku tak habis belajar lagi” dan 1001 alasan yang memerangkap potensi kita.
Kita sudah matang bila kita nampak bahawa kita hendak kembali kepada Allah SWT.
Itulah pada saya kematangan yang sebenarnya.
Tinggal kematangan itu tidak boleh bergerak sendirian.
Perlu juga diiringi ilmu, iman, kekuatan, ketenangan, dan kerendahan jiwa.
Umar Tilmisani berkata: “Hikmah orang tua, perlu berada dalam semangat orang muda”
Saya ingin tambah: “Hikmah orang tua, perlu berada dalam semangat orang muda, dengan bantuan perhatian, bimbingan dan kasih sayang orang tua kepada orang muda”
Sebab, siapa yang hendak menyambung perjuangan veteran, kalau bukan junior macam saya?





sabar ye~
[Reply]
Salam..saya lahir pada 16 Januari 1990,jadi saya sudah 20.
[Reply]
ada apa pada umur? teruskan menulis
[Reply]
Salam..teruskan usaha lagi..walaupun adik muda 10 thn dr akak.. ermm nampak matang dr segi pemikiran … mudah2an sentiasa dlm jagaan Allah .. memberi yang baik2 utk semua pembaca ..insya Allah … caiyok..caiyok..hehe
[Reply]
Salam, ye..masa mula2 tu akak pun beranggapan begitu, terlalu muda….
tetapi….itu bukanlah ukurannya jika dibandingkan dengan cara pemikiran dan tulisan Hilal yang begitu matang..teruskan usaha ^_^
[Reply]
Assalamualaikum,
Salahkah mereka berpendapat begitu? Tidak, mereka hanya menjadi pengimbang kepada Hilal, sebagai salah satu asam garam, rempah kunyit untuk mematangkan lagi Hilal dalam sepak terajang dunia ini. Mereka memberi peluang kepada Hilal mempelajari cara berinteraksi dengan pelbagai ragam manusia di luar sana, malahan lebih dari itu.
[Reply]
salam.
betul, sy baru je bc novel terasing.kawan sy yg suggest utk bc.sy mmg perlukan pandangan sahabat2 yg dah bc certain novel before sy decide utk bc.sbb sy betul2 perlukn novel utk dijadikan santapan rohani sy.dan alhamdulillah, sy btul2 dpt mcm2 benda lepas bc Terasing.sy terus sarankn mak dan sahabat2 sy utk turut bc novel Terasing ni.bg sy,hilal asyraf mmg punya potensi utk terus maju.sy sendiri tertanya2,bagaimana utk membangunkn diri sy sendiri?mohon juga doa2 hilal asyraf sendiri dan sahabat2 lain spy hati sy dikuatkan.
utk yg suka melabel org lain sbg ‘budak’,mohon hisablah semula diri sendiri.kenapa perlu kita jatuhkan saudara sendiri?apatah lagi jika saudara kita tu bercita2 utk bawa saudara yg lain lebih dekat kpd ALLAH.sama2lah kita bersatu utk dalam mengejar cinta dan redha ALLAH.
[Reply]
ek eleh…cetek pemikiran bt0l.ana same je umur dgn enta..s0 what??xbek bt0l die0rg ni pndang rendah pd keb0lehan 0rg. p’nulisan, p’mikiran kt sume bdasarkn p’galaman..kalu x, 0rg xkt la jauh p’jalanan luas p’mandangan. kdng2 0rg yg lbey b’umur prlukan pndangan 0rg yg lbey muda..eh, t’lbey em0si la plak.ki3
[Reply]
assalamualiakum.
sndaran ilmu bukan tletak pada umur, corak khidupan dan dugaan yang berbeza yg bakal mematangkan diri kita.. andai bicara bsangkut paut dgn umur pasti sirna bicara anak muda dlm bicara org tua dan pasti kelam tinta orang tua dlm tinta org muda. umur bukan material atau angka yg tsurat namun hakiktnya ia adalah material dan angka yg trsirat..yg tersurat adalah kmatangan dan hakikat ujian daripadaNya yg mmatangkan diri.buat saudara hilal,usah gusar dipandang enteng,bicara mereka adalh penguat semangat buat anta.khabarkan pada mereka Allah myayangi anta,lantas diberikan ruang mgunakan hikmah ujian yg diberi utk manfaat insan lain.wallahualam..
[Reply]
perh…umur baru 21,tapi penulisan penuh hikmah dan berkeyakinan.
saya respect saudara kerana tidak mempazirkan masa muda dengan enjoy yang berlebihan.Teruskan penulisan saudara dan biarkan orang lain mengata, mereka cuma dengki dengan corak pemikiran matang saudara.
[Reply]
salam saudara Hilal…jgn terlalu memikirkan segolongan manusia yang berfikiran begitu…kehidupan ini mesti ada positif n negatif hatta Nabi Muhammad..jadi ini satu lumrah ..teruskan menulis idea-idea saudara yang bagaikan airterjun itu dan kongsikan bersama2 kami..sesungguhnya saudara dianugerahkan suatu yang bernilai…teruskan perjuangan dan terima segala teguran dan pujian sebagai pemangkin penulisan saudara..sesungguhnya Allah bersama2 dgn orang yng ikhlas..
[Reply]
Salam…setuju dgn pandangan penulis..tp bagaimana pula isu umur pd jodoh??..jodoh sudah ketentuan Nya..tp seringkali kita berfikir banyak kali apabila menyentuh soal ini. Contohnya si gadis baru mencecah 20-an & si lelaki sdh 50-an..saya masih lg 20-an tp apabila meletakkan diri sebagai ibu yg berdepan perkara sebegini..tentu wujud pelbagai rasa dalam hati..macam mana tu ye?
[Reply]
~wahai saudara hilal..Allah sedang menguji keikhlasan anda..~
moga Allah merahmati…
[Reply]
Assalamualaikum Hilal…
Akak banyak tahun tua dari Hilal, tapi banyak akak belajar dari penulisan & perkongsian Hilal. Almost everyday akak baca blog Hilal bila ada masa terluang di office.
Ignore ape org nak kata. Sentiasa akan ada orang yang tidak puas hati dengan kita. Teruskan apa yang Hilal buat sekarang.
Teruskan perjuangan! Akak sokong dari tepi ^_^
[Reply]
assalamualaikum
ada benar di situ
macam ada persepsi tidak menyukai orang muda bila diorang ada idea.
orang muda dikatakan tidak boleh melontarkan pandangan2 dalam isu isu berat dalam kalangan orang kita..
then nak tnggu bila lagi kita nak lontar?
tapi takpe..biarkan je..
its hard to change the mind of the ignorant
[Reply]
Antara liku-liku perjalanan yang masih panjang..
[Reply]
salam..
setiap manusia yg diciptakan adalah sbgai khalifah di muka bumi ini..
khalifah yg memperjuangkn agama ISLAM..kta sbgai daie..umur bkn bererti apa2..yg pntg ilmu yg kta dpt smpaikan bt renungan n perkongsian bersama..
xsemestinya kta msh muda,xperlu myampaikan dakwah..krn klu kta tdk mulakan dri awal,bila lg?ana kagum dgn smgt dan kematgan anta dr segi pmikiran n penulisan..ana pn msh mda.bru 19 tp ana msh xmmpu nk hsilkan karya mcm anta..insyaALLAH,kelak ana cb usahakn.. teruskan usaha anta..kami semua akn trus beri skongan.
[Reply]
salam hilal,
first2 bc blog hilal, akak memang xsangka y hilal muda setahun dr akak. pnlsn y sngt matang. Pemikiran yang sngt membina. Mabruk ya akh.. Alhamdulillah ats kurniaan Allah kpd Hilal.
Kematangan tidak mengira usia, smpaikan kebaikan itu juga x mengira usia. Y penting buat kerja u Islam dan kerana Allah. Mg trs istiqamah dlm memberi..
[Reply]
yup, agree with this article,
age isn’t the big matter to think about.
just whenever people put the blame on age matter,it such a disturbance.
thanks a lot for this reminding article.
i suddenly remember one of hadith that mention about the older to be respect and to give love to the younger…is it right the words in arabic are “”yu wakkir kabirona and yarham soghirona?”"
[Reply]
my advise to this problem is don’t be sad for sure,i face this problem too.Its like a bullying situation to us the youngsters in this field of preaching Islam.
[Reply]
pandangan dan pendapat.. sy setuju dgn saudara hilal.. umur bukan pengukur segalanya..
ia terletak pada hati, diri dan jiwa..
mencari kebnaran..insyAllah..
[Reply]
Assalamu’alaikum,,,
Situasi yang enta hadapi sekarang ini mungkin sebagai salah satu ujian yang Allah datangkan untuk melihat berapa tinggi lagi graf kematangan enta boleh pergi. Kalau kita semua lihat dengan mata hati dan akal fikiran yang terang, kita akan dapati bahawa situasi inilah sebenarnya akan menjadi pengalaman berharga bagi setiap daripada kita yang dianggap ‘budak’. Walau apa jua gelaran yang diberikan, sememangnya umur bukanlah pengukur kerana apa yang Allah jadikan di atas muka bumi ini semuanya tidak mustahil.
Moga kita semua akan bergerak untuk menjadi lebih matang dari kematangan kita sekarang ini dari pelbagai aspek, yang utama, kematangan untuk terus bergerak menjadi hamba Allah dan bergerak untuk mencari redhaNya.
Syukran,,,
[Reply]
seorang lagi orang hebat sewaktu masih muda adalah ibnu sina..masa umur 18 dah jadi doktor diraja..umur 21 dah tulis al-Majmu yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap…
[Reply]
assalam…pd sy,ada btulnya kata hilal itu..usia manusia bknlah kayu pngukur utk sgala-galanya…jika umur smakin mningkat,kita sharusnya menilai adakah amalan kita juga smakin brtmbah?itu yg pnting kerana hidup di dunia ini smentara.dunia adalah tmpt prsinggahan semata-mata..akhirat adalah matlamat akhir bg orang2 yg sedar dan faham mengapa diri kita ini diciptakan..
[Reply]
setiap jalan menuju keredhaan Allah…akan ada ujian…
bila ujian itu ditempuhi dengan sabar…tenanglah jiwa…
hidup di akhir zaman ini umpama mendongkak arus…
apabila kebenaran dan kebaikan adalah sesuatu yang pelik…
fitrah manusia adalah BAIK telah bertukar…
jadi terus menyampaikan apa yang telah diamanahkan oleh Nya…
berdoa, sabar, redha dan bersyukur…insyaAllah…
[Reply]
Saya kira yang menjadi tajuk penting dalam kupasan ini adalah “bagaimanakah kita melahirkan generasi seperti ini”? Hilal bukan isunya…tapi tahap kematangan dan peribadi yang terbentuk oleh generasi salafusoleh sebelumnya.saya berpendapat..saudara hilal memiliki sebahagian figure masa lampau itu. Saya ulang disini-Hilal bukan isunya.tapi karakternya, peribadinya yang harus diimplemantasikan pada generasi hari ini.yup, menjadi manusia luar kebiasaan di tengah manusia biasa-biasa selalu menyesakkan.kerana susah difahami. Tetapi, keindahan manusia ini terpamer, kerana begitu berusaha menjadi manusia biasa untuk mendukung manusia sekelilingnya menjadi luar biasa melalui penanya. tahniah..anda memang seorang pemikir! saya tidak ingin anda jatuh dengan keujuban.Semoga ALLAH terus membimbing kekuatan yang anda milki!uhibbukafillah…
[Reply]
Saya baru saja mengikuti penulisan sahabat Hilal ini, tetapi, dari penulisan sahabat, smmgnya mnnjukkan kmatangan sahabat dalam berfikir.. Teruskan dengan penulisan sahabat, kerana kita sememangnya memerlukan orang seperti sahabat yg bijak menyuarakan pendapat..
Berlaku adillah sesama manusia.. itu yg sebaik-baiknya.. Insya Allah
[Reply]
sorry for commenting again .this is the third i guess,
I just read your old article entitled:Perkongsian: Dia budak agama, dia pergi usrah, dia pakai tudung labuh…
and all the comments about 56 in total.
And i came across the comments by person named Guest commenting like the word in this article about the young age matter.
after read the comment about 2 times ,i think the guest is commenting about the readers of this website instead of the wirter of this website.
sorry if i’m not exactly understand ,but its obviously the guest is commenting about the readers who had website or blogsite .
gain i thanked the writer to give this article.
[Reply]
^again not gain,sorry,a bit errata in writing
[Reply]
Salam..
terkejut bila tahu umur hilal br 20 thn msh bc VT. Namun, saya bangga kerana masih ada pemuda yang muda dan matang.ramai yng saya temui yang bangga dengan penampilan ‘young at heart’ and ‘at mind’…sungguh sedih..tiada apa yg boleh diharapkan.
Moga lebih ramai lagi golongan pemuda seperti Hilal..insya allah.
[Reply]
good job akhi..
ana penah lalui pkra yg sama…
sakit…sakit…agoni..huhu
but..moga2 Allah bisa buka hati mereka….
Ada apa dengan umur,,,
teruskan dengan pisau pena mu…
[Reply]
ana bersetuju dgn Hamba kepada Pencipta….
enta x perlu cpat melatah…
sesekali baik jika diuji…
kerna di situ keikhlsan terbukti…
maaf,ni cuma pndan ana…
kbykn pgunjung wb ni byk y mmuji enta…
kdgkala pujian mmpu mlmhkan kita tnpa dsdari…
hga kita smkn hyut…
blh jd y komplen tntg umur enta 2 hnya ingn menguji reaksi enta…
agr kita kmbli ingt…
“KITA BUKANNYA MALAIKAT…KITA KAN MANUSIA…???”
[Reply]
Assalamu’alaikum
- kepada fidyatul
Saya tak ada marah pun sebenarnya. Ini hanya buah fikiran untuk berfikir. Bukan saya tulis untuk beremosi.
Namun sabar bukannya perlukan emosi baru hendak melakukannya.
hu3…
- kepada Mohd Naimul Firdaus bin Abd Latib
Tahniah. Maka, matangkanlah diri anda.
- kepada mujahidah88
Pada umur ada usia. hu3…
Terima kasih pada sokongannya.
- kepada sweet_purple
Alhamdulillah. Akak tetap saya hormati sebagai veteran dalam kehidupan. Moga saya dapat banyak belajar daripada akak.
- kepada aina
Alhamdulillah, Nikmat dan kurniaan itu daripada Allah SWT datangnya ia.
Yang muda perlu banyak belajar dari yang tua, dan yang tua perlu banyak mengambil manfaat dari yang muda.
Perlu saling lengkap melengkapi sebenarnya.
- kepada Cik Nor
Saya tidak kisah dengan teguran. Pada saya, teguran adalah pengimbang.
Tetapi, apakah hinaan itu pengimbang? Baik, dari satu sudut, yakni sudut saya sebagai penerima hinaan, itu memang boleh menjadi pengimbang.
Saya tidak kisah akan itu.
Yang saya kisah adalah masalah sikap yang ditunjukkan.
Saya tidak kisah dengan bimbingan. Tetapi perlukah hingga tahap penghinaan?
Saya tidak rasa, orang tua perlu menghina untuk mendidik.
- kepada NajlaaY
Alhamdulillah. Moga di dalam Terasing ada manfaat yang besar Allah selitkan pada pembacanya, dan dimampukan pula pembacanya untuk membumikan manfaat di dalam Terasing itu pada kehidupan.
Saya sentiasa mendoakan pembaca-pembaca saya.
- kepada lailatul
Tenang, tenang.
Saya tulis di atas tanpa niat emosi.
Saya kata dah, bukan menghentam atau menyuarakan tidak puas hati. Tetapi sekadar membangkitkan pandangan yang saya kira negatif untuk tumbesaran.
Kita rasional.
InsyaAllah ada berkatnya.
- kepada aimnjannah
Terima kasih atas perkongsian dan sokongannya.
Saya jujurnya tidak tertekan atau terganggu pun. Tulisan saya bukan dibina atas dasar emosi tidak puas hati dan sebagainya.
Itu hanya saya bangkitkan untuk menunjukkan kedengkelan pemikiran sedemikian yang saya kira negatif untuk pembesaran remaja dan ummah berkualiti.
- kepada fillah88
Alhamdulillah. semuanya anugerah pemberian Allah. Kepada Dia kita kembalikan segala kesyukuran da pujian.
Em, saya tak mahu kata mereka dengki sebab saya tidak tahu apa tujuan sebenar mereka.
Saya juga tak bangkitkan hal itu kerana marah atau sewaktu dengannya.
Tujuan saya adalah untuk menunjukkan sisi pandangan mereka.
Itu sahaja.
- kepada auniazita
Saya tidak terganggu dengan mereka. Tetapi saya tetap memikirkan pemikiran mereka itu.
Saya bangkitkan hal ini, bukan kerana saya marah dengan mereka.
Cuma, saya bangkitkan hal ini adalah untuk menunjukkan betapa sebenarnya pandangan mereka tidak patut digunakan kerana ianya membawa impak negatif. Bukan sahaja negatif kepada individu, tetapi negatif kepada masyarakat.
- kepada Ibu Wafiq
Saya bicara perihal kematangan.
Dan saya tak nampak jodoh juga terkeluar daripada isu ini.
Sekiranya pada usia 20 dia sudah matang dan mampu menguruskan rumah tangga, tiada masalah baginya.
Masalah sekarang adalah, belum matang dah sibuk nak kahwin.
Itu masalah.
Kalau umur 17 tahun dah matang, apa salahnya dia nak mendirikan rumah tangga jika dia berkemampuan?
- kepada Hamba kepada Pencipta
Allah menguji keikhlasan itu setiap masa.
Dan kita berdoa agar Allah kekalkan kita dalam kesederhanaan sentiasa.
- kepada kakfiza
Alhamdulillah. Terima kasih akak.
Saya memang jenis keras kepala dan tak berapa kisah sangat dengan kritikan orang.
Tetapi, tidaklah saya tulis ini dengan emosi.
Saya cuma membangkitkan buah fikiran satu belah pihak, dan membandingkannya dengan buah fikiran saya di pihak yang lain.
- kepada umar
Susah, tak semestinya tak boleh.
Kita usaha juga ubah.
hu3…
- kepada darin.ulfah
Ya. Seluruh kehidupan adalah ujian.
- kepada ana_farhana
Tidak semestinya dakwah dengan karya sahaja.
Dakwah dengan akhlak itu lebih penting.
Pandai berkarya, tetapi akhlak tiada, tidak guna juga karyanya itu.
- kepada mutiara solehah
Alhamdulillah. Terima kasih. semuanya kurniaan Allah SWT yang patut kita syukuri.
Masing-masing ada potensi dan kelebihan.
Tinggal hendak gunakan atau tidak sahaja.
Saya juga perlu banyak belajar dari veteran dalam kehdiupan macam kakak.
- kepada yo
Terima kasih sebab kamu komen banyak kali.
Maaf sebab saya jawab dalam BM.
Saya tak merujuk artikel ini pada GUEST di artikel lepas.
Kalau ada persamaan, itu terpulang pada yang hendak menjatuhkan hukuman.
Saya tidak menulis ini sebab saya rasa saya dibuli dan sebagainya.
Saya tulis artikel ini, kerana saya rasa situasi ini perlukan pemulihan.
Tidak sepatutnya begini.
Itu yang saya hendak sampaikan.
- kepada layarkan ku ke cinta illahi.
InsyaAllah…
- kepada mujahidah cinta Ilahi
Sememangnya semua perkara adalah ujian.
Pujian yang berjela juga ujian.
Lebih merbahaya daripada ujian hinaan.
Tetapi, saya tidak rasa saya menulis artikel ini untuk back up diri saya, atau menyatakan ketidak puasan hati saya berkenaan panggilan budak atau budak berhingus kepada saya sebelum ini.
Saya menulis, sebab saya rasa, pandangan sedemikian tidak patut muncul jika kita ingin ummah kita meningkat dengan baik.
- kepada durrotulhikmah
Terima kasih atas perkongsiannya.
- kepada putrifirus
Ya. Buah fikiran yang baik daripada kamu. Terima kasih.
- kepada QudusPutra
Terima kasih atas pesanannya.
Semoga bermakna buat saya, dan semua pembaca.
- kepada Titil
Terima kasih pada apa yang kamu nyatakan.
Kamu bicara betul.
Saya bukan subjek di sini sebenarnya.
Cuma, oleh kerana perkara di sini terjadi kepada saya, maka saya utarakan pandangan saya untuk menjernihkan pandangan yang telah terbiasa ada pada masyarakat kita.
Saya harap, penulisan ini mampu membina satu getaran pemikiran yang baru, da memacu ummah ke arah apa yang Allah redha.
- kepada Batu Kopi
Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga Allah redha.
- kepada dakwatbiru
Semoga lebih ramai yang mencontohi para sahabat Rasulullah SAW, dan baginda sendiri.
Semoga Allah redha.
- kepada aozora
Saya tidak sakit hati di sini.
Ini hanya pengutaraan pandangan.
Semoga menyalakan kesedaran.
- kepada baru kenal
Ana faham akan kebaikan diuji. Ana juga faham keburukan pujian.
Terima kasih kerana anda mengingatkannya.
Tetapi jangan salah nampak halaan penulisan ini.
Bukan dibina atas dasar ketidak puas hatian.
Tetapi hendak membawa pemikiran yang lebih menuju kecemerlangan.
Bukan dikata orang tua itu menyesakkan.
Tetapi hendak menyatakan bahawa anak muda perlukan bimbingan.
Bukan hinaan.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
takpe,teruskan jihad.ummah memerlukanmu..
[Reply]
hehehe…sy thn ni umur 24! (wah tuanya! hihi) tp nape saya xbhskan dri sy ‘akak’ pd hilal ek? sbbnya sy rs Hilal lbh TUA pengalaman drp sy, nk bhskn akak mcm xssuai jek
…xpe, abaikan je pe yg org ckp. b yourself & lakukan yg tbaik & teruskan dengan kematangan kamu~
[Reply]
bismillah walhamdulillah.
awalan.. syukur di ats nikmat + kurnianNya kpd tiap umat Muhammad s.a.w.
seakan menjadi lumrah.. persepi justifikasi dan spekulasi yg sering kali ditimbulkn.. golongn yg MUDA dari insan tersebut.. blum cukup makan GARAm dari yg SENIOR. iye.. mmg sohih kenyataan itu.
tapi.. manusia dikurniakan AKAL oleh Allah, dgn kelebihn dan kekurang itulah kita saling lengkap-melengkap.. umpama sudu + garpu, siang + malam, lesung batu + batunye..hehee.. dan mcm-mcm lagi yg boleh diList out..
btw.. buat HIlal.. kak sgt kagum lg salutee dgn penulisan ..kalam enta..
itulah nikmat Allah titipkn pada enta. jadi, gunakan nikmat itu sebaiknye..
bgus bangat
anggap segala lontaran sini.. tepi..belakang.. depan dan pelbagai penjuru sbgai batu lonjatan utk enta menongkah tetangga kehidupn yg mmg menanti utk didepani arus gelombangnye.
teruskan memasak istiqomah dalam perjuangan..
sulamkan kain sabar.. baju tabah dan sematkan bersama amanah & tabligh dlm diri agar kita semua menjadi insan yg berguna bukan shj utk diri sendiri..
tapi utk AGama, bangsa dan NEgara…
slmt berjuang!! barakallahu
wallahu’alam..
** sekadar monolog percikan pesanan…
[Reply]
teruskan perjuangan…penulisan saudara m’jadi inspirasi akak dlm m’jalani kehidupan di muka bumi yg penuh pancaroba ini…may Allah bless u!
[Reply]
x pa..
relax ar,
kami akn sokong!!
[Reply]
Buat hilal kuatkan semangat ye..itulah ada resam dunia yg sementara ni pelbagai ragamnya…kita usahlah risau pandangan manusia lain terhadap kita tetapi apa padangan Allah pada kita itu lebih penting dimana ramai manusia telah lupa tentang itu….teruskan berkarya dan menyeru ke jalan Allah..kami semua mendokan kejayaan mu…
[Reply]
salam hilal..
emm..jgn risau dgn sindidran org…agaknya mereka cuma jelous dgn kematangan hilal dan karya2 dr hilal..sbb itu mereka mempersoalkn ttg usia..:)just ignore je dik..
walaupun akak lbh usia dr hilal…tpi akak masih selesa utk menimba ilmu dr hilal…mencari kesilapan dan kekurangan diri dari penulisan hilal…akak jadi nmpk kekurangan diri akak..trima kasih byk2 buat hilal..so ..jgn pedulikn dgn segelintir kata2 dr mereka yg sebenarnya iri hati..:)..kerana ia lbh byk yg bermanafaat dr apa yg mereka katakan dgn sia2..truskn berkarya…akak doakan hilal sentiasa berjaya dlm kehidupan di dunia dan akhirat dan sentiasa dpt memberikan ilham2 yg bermanafaat buat insan2 di luar yg masih “tercari-cari”…amin 3x.
[Reply]
salam hilal…
selamat hari lahir yg ke 21
saya xpernah kenal hilal dan mungkin
juga xakan dpt mengenali hilal
tahu akan kewujudan hilal ni pun drpd sahabat, muhamad ideris othman…
mmg rasa bangga sebab ade anak melayu yg dapat buat blog seperti kamu..
rasa amat terkejut bile si deris tu ckp kamu ni kenalan kamu..
huuh…bangga benar ideris!!
tapi..memang benar…
kamu memang membanggakan….
berbangga lah wahai ibu dan ayah hilal asyraf!!
pada usia yg terlalu muda kamu diberi Allah ilham dan idea2 yg sentiasa berterusan mencurah2 untuk berdakwah melalui blog dan penulisan kamu…sehingga saya sendiri terasa amat kerdil utk dibandingkan dgn sumbangan kamu dalam islam…
caya la hilal!!
[Reply]
Assalamualaikum..
Pertama skali, ana terkejut jugak biler tau yg saudara Hilal baru berumur 21. Maka benarlah kata saudara ‘umur bukan ukuran sebenar’.. Masa ana bace Langit Ilahi, ana beranggapan yg saudara berumur 27@28.. Hehe.. Saudara matang berbanding umur saudara sendiri..
Terima kasih kerana mencoret Langit Ilahi. Buku motivasi tersebut telah menukar perwatakan ana 360′.. Terima kasih Hilal.. Teruskan usaha sedemikian..
[Reply]
Jgn jwb soalan 2 sbb biasanya senior tanya jgn mnjwb. Melainkan bila depa sruh anta jwb.
FathiYakan prnah menekankan kpd kita melalui Hadis (dr Anas) : Org Mu’min sentiasa di ambang 5 dugaan yg susah~ slh 1 drnya adalah Mu’min yg Dengki pdnya.(Bahtera Penyelamat).
Lumrah hidup. Pasti ada yg tak kena.
Namun Sabar itu cantik. & bila kita nmpak benda cantik mesti kita tersenyum.
Jadi senyumkan saja ats umur 21 yg diingatkan pd anta.
Tanyakan pd mereka jika org gila pun menyatakan perkara yg waras bukankah perkara waras itu benar dan perkara benar tidak patut disangkal?
Bila diteliti balik dlm falsafah hidup kesufian umur 20 tahun adalah permulaan tua bg manusia. & 40 thn adalah persediaan mati utk manusia.
Kajian sains mendapati proses penuaan bermula dari umur 22 tahun.
Bukankah anta mendekati tua?
La’allaka Bikhayr Ya Akhy.
[Reply]
salam,
Yang baik datang dari allah…segala-galanya pun datang dari allah. Marila kita tenang-tenang kerana sumanya datang dari allah…subhanallah…
[Reply]
Assalamualaikum,
Makcik seakan faham keluhan(boleh ke makcik kata begitu?)Hilal dalam hal ini.
Ya,umur bukanlah ukuran.
Makcik sendiri yang dah 42 tahun ni,tak rasa keberatan membaca tulisan Hilal.Malah makcik rasa bangga pada usia sebegini muda,Hilal sudah banyak meyumbang pada ummah.Makcik pun tak dapat buat seperti Hilal.Dan makcik harap Hilal teruslah berkarya dan berkongsi.
Sabar lah menghadapi mereka ‘yang lebih tua umur darimu’.
Mereka mungkin sedikit tercabar.Itu seperti sudah dapat diduga.
Tapi tanganilah dengan rasa hormat dan kasih sayang.
Dan nasihat ini buka untuk Hilal sahaja.
Malah bagi sape-sape sahaja yang ’sekapal’ ngan Hilal.
Semoga dirimu thabat di atas jalan dakwah.
[Reply]
Salam..
Hmm, entri yg menarik dn bermanfaat..
Tp, pd pndpt sy, artikel ni kurang pmbumian/ pengembalian kpd Allah, spt standard yg enta letakkan dlm artikel2 enta.. Wallahu’alam
Apapn, teruskan perjuangan.. biar apa2pn posisi kita.. semoga Allah redha akannya~ =)
[Reply]
sy juga agak terkejut dengan umur saudara hilal..kenal melalui VT…dari gaya penulisan dan isi yang disampaikn…boley di letakkan setanding dengan ust hasrizal dari gaya santai yang bermakna…tp bile mengetahui umur empunya diri hilal asyraf…kagum bertambah…kekuatan yang sgt2 jarang dijumpai dr remaja kini…umur dan kelayakan yg telah diiktiraf oleh seseorang adalah kerana kemungkinan mereka sudah punya pengalaman sendiri dlm apa yg dibincangkan…namun bg saudara hilal..pengamatan yg sgt tajam dari pengalaman mereka sekeliling dan menghasilkan sesuatu yg lebih baik menjadi kekuatan…
Dan segala yg berada di muka bumi ini hanyalah ciptaanNya hilal…
maka senyumlah…agar anak bulan ini akan terus bersinar tanpa ada yg berjaya suramkan cahayanya…teguhkan usaha hilal…=)
[Reply]
banyak2 bersabar.. dlm byk2 manusia mesti ade yg x puas hati kat kita(dengki kat kelebihan yg kite ade la, klu kita jatuh xde pulak nk dengki.suke lg ade la)
sifat hasad dengki~sifat mazmumah yg mudah membarah dlm diri hamba kalau x control memang rosak la hidup+amalan. nauzubillah…
[Reply]