Langit Ilahi Rotating Header Image

Perkongsian: 3 hari 2 malam di MATRI, dan apa yang aku dapati.

Musolla MATRI. Masih teguh berdiri menampung manusia-manusia yang diproses untuk menjadi hamba Ilahi.

Musolla MATRI. Masih teguh berdiri menampung manusia-manusia yang diproses untuk menjadi hamba Ilahi.

Hari ini, insyaAllah hari yang terakhir saya berada di MATRI untuk singgahan saya kali ini. MasyaAllah, seakan-akan jiwa ini tersiram kembali dengan satu energi yang membangkitkan kehidupan di dalam hati.

Walaupun nampak singkat, tetapi amat-amat bermakna.

Dan saya suka kongsikan apakah yang saya dapat daripada singgahan saya di MATRI kali ini.

Baik apa yang saya lihat, baik apa yang saya dengar.

Semestinya tidak mampu saya kongsikan semua.

InsyaAllah, sedikit, namun pasti bermakna.

suasana sebelum solat jenazah ghaib untuk Sir Yahya. Dan inilah juga suasana di dalam Musolla MATRI pada hari-hari lain. Indah.

suasana sebelum solat jenazah ghaib untuk Sir Yahya. Dan inilah juga suasana di dalam Musolla MATRI pada hari-hari lain. Indah.

Kematian Sir Yahya

Antara pengajaran yang pertama, yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada saya apabila menjejakkan kaki ke MATRI adalah kematian Sir Yahya.

Sungguh, tiada siapa menyangka bahawa dia akan dipanggil pulang oleh Allah SWT dalam keadaan tidak sempat balik ke Malaysia. Bahkan, saya sudah terbayang-bayangkan pertemuan dengannya dan ingin bersembang bermacam perkara dengannya. Tetapi MasyaAllah, Allah itu lebih mengetahui dari sesiapa dan kita manusia tidak mengetahui apa-apa.

Sir Yahya meninggal dunia, dan saya yang ketika itu baru sahaja hendak melelapkan mata di rumah Ustaz Dahlan, bermuhasabah panjang.

Tiada siapa tahu, di tanah mana dia akan dipanggil pulang, dan di waktu bila.

masyaAllah, pengajaran daripada Allah SWT terus.

Walaupun sudah tua, masih berusaha menabur bakti di atas jalan Allah SWT

Walaupun sudah tua, masih berusaha menabur bakti di atas jalan Allah SWT

Kegigihan guru-guru

Saya sangat terkejut apabila melihat rata-rata murabbi veteran di MATRI telah menjadi sangat kurus. Nyata mereka nampaknya sudah tua dan sakit-sakit.

Ustaz Dahlan, Ustaz Omar, Ustaz Karim, Cikgu Norizan, semuanya kelihatan kecil. MasyaAllah.

Namun, mereka terus gigih.

Saya sempat bersembang dengan Cikgu Norizan. Dia berkata: “Kami guru-guru ni, segan dengan ustaz-ustaz veteran. Mereka pun tak pernah kata nak berhenti mengajar. Apatah lagi kami yang lebih muda?”

MasyaAllah.

Terus memerah tenaga memproses manusia walau di hari tua. Walau sakit, tetap bertahan juga. Siapa yang tidak cinta kepada mereka?

Saya mencintai murabbi-murabbi saya.

Bersama Ustaz Dahlan, membantunya memasang bateri kereta Volvo.

Bersama Ustaz Dahlan, membantunya memasang bateri kereta Volvo.

Perkongsian tanpa henti

Tidak kira sama ada saya duduk bersama Ustaz Dahlan, Sir Mohd Abdoh, Cikgu Azmi, Ustaz Mahadzir atau duduk dengan guru-guru perempuan seperti Cikgu Norizan, Cikgu Zaiton, dan Cikgu Nor Asmah, perkongsian tetap wujud.

Mereka tidak pernah jemu memberikan pesanan dan nasihat kepada saya. Mereka merai saya dengan peringatan-peringatan untuk saya menjaga diri dan jiwa saya. Mereka mencintai saya dengan perkongsian-perkongsian untuk membina peribadi saya.

MasyaAllah. MasyaAllah.

Mereka tidak pernah meninggalkan anak murid mereka. Saya rasa dicintai sehabis-habisnya.

Ustaz Dahlan berkongsi beberapa perkara akan pengalamannya semasa muda, ketika belajar, dan juga berkongsi sedikit sebanyak akan kehidupannya sekarang. Tidak tertinggal, perkongsian dalam bentuk ‘tidak langsung’, yakni melalui akhlak beliau. Walaupun sakit, tetap melayani saya sebagai tetamu dengan baik. Sanggup naik ke tingkat dua rumahnya walaupun ditegah berkali-kali, semata-mata hendak memastikan tempat tidur saya selesa.

MasyaAllah.

Sir Abdoh yang terus bersemangat, walau usianya telah menjangkau 70 tahun.

Sir Abdoh yang terus bersemangat, walau usianya telah menjangkau 70 tahun.

Sir Abdoh berkongsi akan umur dan kerja-kerja Islam. Islam sebagai matlamat, adalah antara yang diulang-ulangkan dalam perkongsiannya kepada saya. Dia juga mengingatkan kembali perancangan jangka panjang yang pernah disembangkan olehnya bersama saya dua tahun yang lepas.

Cikgu Azmi pula berkongsi akan pengalaman hidup, pandangan-pandangannya berkenaan beberapa isu, antaranya isu masa hadapan, rumah tangga dan sebagainya.

Ustaz Mahadzir, satu perkongsian yang saya terharu apabila bersembang dengannya adalah apabila dia menceritakan betapa keluarganya meminta dia berpindah ke sebuah sekolah baru di Penang. Dia menjawab: “Ana ni, nak pindah saya, macam tak kena dengan jiwa ana plak. Sana mana ada padang banyak untuk ana pi potong rumput” Saya ketawa. Dia sudah terbiasa. Jadi warden, sambil jadi tukang potong rumput untuk banyak padang di MATRI. Medan amalnya yang luas, membuatkan dia sentiasa tabah. MasyaAllah.

Cikgu Zaiton pula berkongsikan akan ‘kekuatan menghidupkan harakah’. MasyaAllah. Saya langsung tak menjangka Cikgu Zaiton itu akan berkongsi dengan saya sedemikian. Rasa bersemangat, bahkan saya rasa seakan mendapat tenaga baru dalam kehidupan. MasyaAllah, masyaAllah.

Saya, Meor Muhaimin, Coach Saiful Rahman, Ikhwan Rosle, dan Raja Azman. Satu hati, MATRI!

Saya, Meor Muhaimin, Coach Saiful Rahman, Ikhwan Rosle, dan Raja Azman. Satu hati, MATRI!

Kesatuan hati yang tidak tergugah

Menziarahi kumpulan Bola Tampar MATRI, atau popularnya sebagai VT MATRI, amat menyenangkan jiwa saya. Kumpulan Bola Tampar MATRI nampaknya telah berkembang pesat di bawah jagaan Coach Saiful Rahman, atau terkenal di dalam Novel VT sebagai Hussam.

Untuk makluman, VT MATRI sekali lagi telah menggondol johan MSSP’s untuk tahun ini.

Saiful Rahman telah menyusun satu friendly antara Pemain Veteran VT dengan pemain MATRI yang terkini.

Maka turunlah beberapa senior yang kelapangan. Iaitu saya, Sahel Nordin, Ikhwan Rosle, Raja Azman, Meor Muhamin dan Meor Abdul Rahim membina satu kumpulan menandingi generasi muda.

Agak-agak apa keputusannya?

No 9 beraksi!

No 9 beraksi!

Kumpulan veteran telah menang. Ha ha. Walaupun tiada perancangan diatur, tiada latihan bersama yang dibuat, nampaknya kami para veteran masih mempunyai kesatuan hati yang utuh. Tak perlu banyak arahan ketika bermain, masing-masing seakan telah serasi.

Permainan berjalan dengan indah sekali dan lancar. MasyaAllah. Inilah dia hasil tarbiyah. Walau telah bertahun lama tidak bermain bersama, namun latihan yang selama ini dijalani atas dasar keimanan, telah berjaya menunjukkan kesan. Selagi keimanan tidak luput, insyaAllah selagi itu kami akan mampu bermain seperti satu jasad.

Tapi tak dinafikan, generasi muda nampaknya ada masa hadapan yang lebih cerah. InsyaAllah.

Memberikan sedikit penyampaian sebelum jamuan bersama Famili VT MATRI

Memberikan sedikit penyampaian sebelum jamuan bersama Famili VT MATRI

Malamnya, saya telah membelanja semua family VT, baik pemain untuk tahun ini, pelapis-pelapisnya, dan juga veteran-veteran VT.

Saya dan seluruh Famili VT yang ada.

Saya dan seluruh Famili VT yang ada.

Walaupun banyak habis duit, tetapi saya puas hati.

Saya ada famili yang indah.

MasyaAllah.

Suasana perhimpunan pagi. Indah.

Suasana perhimpunan pagi. Indah.

Penutup: Kepuasan tidak terhingga

Berada di MATRI 3 hari dua malam, memang tidak puas. Banyak benda lagi ingin saya hayati. Banyak benda lagi yang saya hajat untuk guru saya kongsikan.

Suasana tarbawi di MATRI masih berjalan. Halaqah-halaqah Al-Quran, bangkit subuh, adab sopan, akhlak mulia, masih banyak yang menunjukkannya lalu menghasilkan satu suasana yang terindah seakan-akan di taman syurga. Walaupun arus jahiliyyah kini semakin pesat, kelihatan masih wujud kekuatan mempertahankan Islam dalam kehidupan, di MATRI ini.

Aaah… tidak puas, tidak puas.

Saya akan datang lagi ke sini insyaAllah.

Semoga Allah redha dengan MATRI, murabbi-murabbinya, murid-muridnya, dan juga lepasan-lepasannya.

Katakanlah amin.

Print This Post Print This Post

23 Comments

  1. hisham79 says:

    salam
    suasana yang sungguh indah apabila hidup dilingkari oleh teman-teman yang soleh…teruskan perjuanganmu akh Hilal, jalan di depan masih panjang dan berliku, berbekallah dengan iman dan taqwa, moga syurga menjadi ganjaran terbaik….

    [Reply]

  2. Noor Faiza says:

    Assalamu’alaikum…

    Sangat sangat sangat teringin untuk ke MATRI, bila pulang ke Malaysia nanti…Moga Allah beri peluang dan kesempatan, moga Allah mudahkan juga…Bila sebut MATRI, seakan hati bergetar, jiwa tersentuh, ada sesuatu yang sangat istimewa disana…Moga MATRI dan seluruh penghuninya sentiasa di dalam pelihara, rahmat dan redha Allah…Ameen, Ameen Ameen Ya Rabb…

    [Reply]

  3. ex-matri says:

    singgah di MATRI walau berapa kali pun takkan terasa kepuasannya.setiap kali dapat menjejakkan kaki ke sana semula, terasa spt terlalu berat utk meninggalkannya.
    x dpt dinafikan, pengorbanan murabbi2 di sana terlalu besar, hanya Allah yang bisa membalasnya.moga Allah terus memberi kekuatan pada mereka utk mendidik anak2 bangsa yang bakal bekerja utk Islam insya Allah.
    Seorang demi seorang daripada kalangan mereka telah pergi, siapa lagi yg bakal menjadi pengganti kalau bukan kita?

    [Reply]

  4. 'abdu-Allah says:

    masyaAllah, masyaAllah, masyaAllah. semoga acuan-acuan MAtRI kekal dgn bentuknya, kekal dgn dakwah dan tarbiahnya walau dah keluar MATRI. ameen.

    [Reply]

  5. amiinn,

    summa amiinn..

    noevel VT memang kisah benarkah? sesiapa boleh tolong jawab.

    [Reply]

  6. iijr says:

    dulu2 Hilal sudah postkan pasal VT….

    ada link kt bwh ni….

    http://ms.langitilahi.com/vt-tu-kisah-benar-ke/

    [Reply]

    naimul firdaus Reply:

    owh, terima kasih

    [Reply]

  7. amin says:

    walaupun bukan keluaran matri…kenangan 2 dekad yg lalu sgt berbekas d hati…rindu dgn suasana matri

    [Reply]

  8. nik says:

    masyaAllah. seakan sedang membaca novel vt apabila mmbaca post ini.
    pernah bertandang ke matri beberapa kali. dan setiap kali menjengah ke sana itu, terasa amat damai yang tak pernah dirasa. smoga tanah penuh barakah ini terus giat menghasilkan anak2 islam berkualiti. amin.

    [Reply]

  9. ar9 says:

    Ameen.

    Hrm..Matri..

    [Reply]

  10. hairey says:

    nanti hilal kena bagi ceramah motivasi kepada adik2 kat srim pula ya

    [Reply]

  11. Yuana says:

    MATRI ini apa dan di mana?

    trm ksh

    [Reply]

    rumays Reply:

    matri sekolah agama di perlis.

    [Reply]

    Ikhwan Reply:

    Ma’ahad At-Tarbiah Al-Islamiah…..MATRI
    rmai yg memandang dri luarnya sebagai Sekolah Agama Rakyat..
    tpi bgi diriku,
    tempat itu ialah simbol pengorbanan, sebuah bumi wakafan, sebuah desa tarbiah, tempat semaian-semaian Islam, itu beza MATRI dengan sekolah2 lain walaupon sekolah agama, ini kesimpulan bgi yg memandang MATRI dri dalam, sedalam-dalamya,
    cerita mengenai pembinaanya shj cukup mengharukan,
    dibina oleh tangan2 yg sedar dan fhm,
    yg meletakkan harapan utk umur dakwah ini,
    harapan mereka bukanlah harapan utk kepentingan mereka, tpi selari dengan harapan ISLAM…itu MATRI…..
    walaupon video 2 dekad x sehebat video smik (sbb ana ex-smik), tpi bila sampai babak “wajah-wajah dua dekad”, satu babak yg memperlihatkn pembinaan musolla MATRI, Allah izin ayah ana lihat video tersebut, dan ayah ana ckp ” sayu tengok video nie, tengok pakcik2, muda2 lgi, time nie, kita x panggil kontraktor utk bina musolla MATRI, tpi kita bina sendiri, dengan tangan kita sendiri” (olah dri kata2 sebenar)…..itu MATRI….

    [Reply]

  12. iktiraf says:

    salam ziarah!

    Al-fatihah untuk Sir Yahya.

    [Reply]

  13. sensei says:

    memang tak jemu ke matri…walaupun dalam sehari kadang2 sampai 4 kali berulang p matri..walau sekadar menjemput pulang adik2 dari sekolah..aura tarbiyahnya tetap menyentuh hati…terutama apabila memandang musolla matri…

    sungguh,..matri bumi barakah…

    [Reply]

  14. MuNsYi~SaMa says:

    Innalillah. Takziah kpd kluarga sir yahya. Harap tabah.

    Lama benar dah tak ke Matri. tp masih spt dulu. Tak dpt nk join friendly VT, xde orang ajak. =)

    smoga dpt jdkn pengajaran dalam hidup stiap perkongsian dr guru2 matri dan dpt kongsikn lagi di sini.

    [Reply]

  15. pencinta islam says:

    ameen ya rabb

    [Reply]

  16. mivida says:

    salam

    tengok musholla MATRI mesti terasa sedih, sbb teringat waktu solat jenazah istri ustz dahlan dulu..huhu..

    perginya seorang yg banyak berjasa untuk ISlam

    [Reply]

  17. albo says:

    huhu, semakin menggila rindu ni bila baca.. moga allah beri kesempatan pada ana juga

    [Reply]

  18. insanee says:

    kadang2 kita terasa seperti berada di zon selesa apabila dilingkari oleh org2 yang soleh tetapi bila kita berada diluar lingkaran itu kita pasti akan rasa teruji kerana hanya iman didada kita yang mampu menjadi kayu pengukur jalan yang kita lalui…

    rindu untuk bertamu kembali dalam lingkaran itu tapi amanahku untuk disampaikan pada orang yang jauh kehidupannya masih terpikul dibahu dan kadangkala menjadi ibrah untuk aku mencari bagaimana aku mampu kembali bertamu disana…

    semoga kepulangan akhi hilal menjadi buah tangan buat rakyat malaysia sptmana mereka mendambakan buah tangan yg berharga dariku walaupun kadangkala kita rasa tak seberapa untuk dikongsi tapi cukup ibrahnya menjadi pedoman seumur hidup mereka yang memerlukan….iallah….

    [Reply]

  19. Kak Yong says:

    Salam alaik ya akhi…

    Subhanallah, satu perasaan yg sukar nak digambarkan dengan kata2 bila baca entry kali ini… Wpun tak pernah jejak kaki di MATRI, wpun x pernah mendapat tarbiyyah di MATRI, entah knp jiwa ni terasa dekatttttttt sgt dgn MATRI. Mungkin kesan dari membaca karya2 Hilal… Cemburu rasanya pada insan-insan yang berpeluang mendapat tarbiyyah di MATRI. Namun alhamdulillah, Allah beri peluang untuk akak terima tarbiyyah secara indirect dari ‘produk’ MATRI lewat tulisan2 Hilal. Terpasak azam di hati, andai satu saat nant Allah izinkan diri ini punya zuriat, akan kuhantar zuriat2ku utk mendapat tarbiyyah di bumi MATRI… Subhanallah… moga Allah terus memberi kekuatan demi kekuatan kepada para murobbi di MATRI dan seluruh tanah air untuk terus berjihad mentarbiyyah dan melahirkan pejuang2 ISLAM…

    Kak Yong: alhamdulillah, selesai membaca REMAJA MULIA dan SINERGI…sgt menyentuh hati… moga ASID&IRFAN dpt dicontohi oleh kita semua… Hati ini begitu mendambakan sahabat seperti IRFAN… Syukran jazilan atas perkongsian yg sgt2 bernilai… Barakallahu alaiyk

    [Reply]

  20. huraiyah says:

    ameeeeen..
    pasni meh wat perkongsian ngan khassah plak naa..kmi dh nk kuar dah……

    [Reply]

Leave a Reply