Ada orang yang dah berhenti bercouple. Saya, secara peribadi mengucapkan tahniah. Bukan mudah hendak mengikut arahan Allah SWT dengan mengenepikan kehendak nafsu diri. Saya, amat respect dengan orang yang berjaya ini.
Saya ketahui, masa-masa indah semasa bercouple pastinya membaluti hari-hari selepas meninggalkannya. Dulu bergayut-gayut dekat telefon, sekarang dah tak. Dulu keluar makan tengok wayang sesama, sekarang dah tak. Dulu sms-sms, sekarang dah tak. Jadi, mesti rasa ada kekurangan.
Artikel ini, saya tulis khas untuk anda yang telah berjaya meninggalkan couple, tetapi terbalut dengan 1001 perasaan yang mungkin membuatkan anda ingin kembali kepada perbuatan itu.
Bukan mengharamkan cinta
Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.
Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.
Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. Tunjukkan keseriusan anda.
Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga. Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.
Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.
Rindu sangat
Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.
Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.
“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”
Aha… Best perasaan ni. Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.
Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.
Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.
Tak ada masalah.
Ingat Allah
Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.
Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.
Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?
Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?
“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”
Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?
Kena serius la
Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:
1. Serius nak dapat redha Allah.
2. Serius nak bercinta dengan betul.
3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.
4. Serius jaga maruah dan harga diri.
5. Serius segala perkara.
Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.
Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?
Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?
Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?
Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?
Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?
Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”
Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?
Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. Yang main-main, bye-bye la.
Penutup: Teruskan kejayaan anda
Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.
Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?
Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.
Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?
Aha…
Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.
Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.






cmne nk bagi die(lelaki) fhm yg kite nk break bkn sbb benci tp sbb nk dpt kredhaan Allah..n berjaya dlm smua lapangan hidup..huhuw..
salam…sesuatu yg menarik bila bicara ttg cinta..
mmg ssh sgt nk cri cinta dlm redha Allah..mungkin Dia sengaja nk uji kita sebagai hamba-Nya - bagaimana nk handle perasaan yg biasa2 tu..tp at the end mmg Dia akn jmpakan kita dgn jodoh kita. (sbnrnya lme dah kan, dr loh mahfuz lg) cme kita sebagai manusia kena la bersabar, Dia takkan uji kita dgn apa yg kita tak mampu hadapi! apa ada pada cinta jika tak kekal lama?rmai lg yg merana, pts asa hnya krna hilang org yg dikatakan dh jadi sebahagian dari diri…
jadi,mari kita cari redha Allah dlm cinta!!
amin!
p/s:syukran saudara hilal atas post yg bermanfaat utk semua..
berjalan, melihat dan mentafsir…
salam…
alhamdulillah sy da xkapel skg..emm, dlu kapel n then break sbb dye curg..
emm, frust gak dlu, tp sume nie ad hikmahnya..byk hikmahnye ble tjdi cmtue..ble xkapel nie byk faedahnye…cnthnye pd dri sy sndri la…every sem rezat cukp2 mkn je…pas break sy fokus stdy, xmsg, xpayah pning2 kpla fkir sal bf/gf kite…and alhamdulillah, result sy mningkat sgt..tkejut tgk reslt… syukur sgt..sy mkin mdekatkn diri pd Allah..ble fkir blik,xde faedh nye kapel,mmg kite akn ksunyian,tiada tman tuk luahkn sumthing, tp fkirlah kapel mlalaikan kita je.. berbaloi ke kita syg sumone yg bkn milik kita?sy hepy idup single…mkin dkat ngan Allah, mkin rpat ngn family..
jdoh kita da dtetapkan, and dye akn jd yang terbaek tuk diri kita..percayalah…
Assalamualaikum….buat laksamana…
kemana awak menghilangkan diri…rasanya dah lama artikel nie tak berbalas dari awak…..
semoga awak dalam kedaan shat hendaknya dan dirahmati Allah….
salam sayang dari humairah sayang untuk semua pembaca artikel ini dan penulis blog ini….semoga hidup kalian dirahmati Allah …
wassalam….
salam..jazakallah atas artikel yg bagus.
cuma 1 yg ana kurang brsetuju..
sememangnya brcinta b4 nikah xsalah..
namun ia boleh mlibatkan zina hati..dan zina hati adlah ssuatu yg sukar di elak..
bagi yg x mmpu utk mngelak zina hati lbih baik elakkan brcinta b4 nikah..
brkaitan dgn usaha …ye jodoh tidak akn dtg tanpa usaha..
mgkin boleh gunakan org tgah dlam hal ni..
skadar pndapat…
salam…saya baru ja break-up yg xtau apa sbbnya..tiba2 ja si dia mnta putus….
saya rasa cm dipermainkan…mmg semasa bercinta saya hepi sgt..tp bila dah break saya dah x de teman nak berkongsi suka duka..malah dlu slalu sms tp skrg x pernah (mmg save la x pyh topup)..
sunyi mmg la snyi n skrg saya hlgkan kesunyian dgn mmbaca al-quran….
saya dah serik nak bercinta n aggap semua laki sama ja….bila nak terhegeh2 datang bila dah bnci sng2 ja melarikan diri…..
alhamdulillah…bile bace sume coment di atas tenang hati ini. saya dah lama putus kan hubungan kerana memikirkan hubungan yg dibina banyak melanggar batas agama..tapi sejak akhir2 ini hati ini sepeti goyah semula…macam mane nak bendung dan tetapkan hati ini….
Assalamualaikum….
terima kasih ats artikal yg cgt membantu ni….
alhamdulillah sy pn da xcouple lg…
sy stuju gn korg sume….couple ni mmg xmndtgkn ape2 faedah pn pd kite…
mule2 mse mtk break-up tu mmg rse sedih cgt n ade trdetik di hati ni rse mnyesal..
tp sy cube tabahkan hati untuk ttpkn penderian ni…
wlaupn da break-up tp d sudut hati ni masih rse syg pd die…
tp alhamdulillah makin lme makin hilang rse syg tu….
bg sy mudah je kite nk melupakan org yg kte syg n couple tu…
kite kne mndktkn diri pd Allah…
insya Allah kte le buang n lupekan org tu…
sy harap sy dpt kekalkan pendirian sy..
insya Allah…
kpd saudara Hillal teruskn menulis artikal2 yg bole membantu remaja2 zaman sekarang…
wasalam..
salamun alaik….
alhamdulillah..
bersyukur sangat sebb dpat baca artikel ni…
sungguh menggembirakan hati…
pada muda-mudi yang berkapel, fkr kan balik apa nawaitu kita..
untuk sesiapa yang dah tinggalkan benda ni, alhamdilillah, hdup boleh di teruskan tanpa cinta si dia..
tapi, sapalah kita yang hidup tanpa cinta-NYA???
salam…
biler bace artikel ni..sbnrnye bnyk persoalan sy nak tanye..sebelum ni mmg sy pnah kapel..tp tibe2 terdetik rase nak putus n dgn bantuan n nasihat dr kwn sy putus mmg btol2 krn Allah..mmg rase sunyi n sdh sgt2 lepas tu..menangis je stiap hari..mcm ape je rasenye..n then lpas tu ditakdirkan mmg btol2 dtg org y sy pon xtau nak explain mcm mane tp mmg die lbh baek dr org y dulu..bnyk bntu n bnyk menyedarkan sy ttg agama..tp ader jugak slah dan silap dr kami..kami pernah bejumpe n kluar berdue..
tp..xlame lepas tu saye rase bnd ni sume xbtol..sy bg tau die..sy xnk jumpe die dah lepas ni cukupla klu stakat di telefon..n alhamdulillah mmg kami tak jumpe..n klu die nak jumpe pon die akan dtg rumah sy n jumpe family sy..itu shj..
tp y menjadi persoalan sy..kami masih lagi berhubung menrusi hp..masih lagi seperti dulu spt org bercinta..pernah kami mencube tidak mahu menelefon n hanya skadar msg n msg pon sbg kawan..tp sume tu tak thn lame..
sy btol2 bingung n tatau nak wat ape..sbb y pasti n y mmg pasti sy tau klu sy sanggup korbankan cinta itu pasti akan ader pkr y lbh baek akan dtg sbb bnd tu dah terjadi pd sy dgn kehadiran die..
pada pendapat sume bagaimana??bolehkah kami bermsg spt kwn bese xlbh tidak lgsg spt org bercinte..???
Assalamu’alaikum,
- kepada mardhiyyah
Ya, di sinilah kita nak bagi faham bagaimana hendak bercinta hingga ke syurga.
- kepada atiazni
Hakikatnya, bila kita jadi pelajar SMKA, itu tidak bermakna kita menjadi kebal dari syariat atau dalam erti kata lain boleh lakukan apa sahaja.
Larangan Allah kepada sesiapa, sama sahaja.
Ini perlu kita perhatikan dan perjelaskan semula.
Kalau sesuatu itu telah haram, maka haramlah hukumnya, hatta untuk ulama’ sekalipun.
- kepada Humairah Sayang
Semoga Allah permudahkan urusan kamu dan meringankan bebanan kamu. Sesungguhnya, dalam setiap ujian itu terselit hikmah, cuma kita sahaja yang tidak memerhatikannya.
- kepada Nora
Sebenarnya, siapa kata couple itu satu-satunya cara berkenalan?
Saya hairan.
Kita melihat seseorang itu kaya dengan cara menipu, kita melihat seseorang itu tidak kaya-kaya kerana dia berniaga dengan jujur, maka apakah kita hendak berkata menipu itu cara yang betul untuk menjadi kaya?
Di sini kita kena lihat semula.
Hendak berkenalan tidak salah. Ada banyak lagi cara lain yang Islam ajarkan untuk berkenalan.
- kepada nadiah fatin
Siapa ajar kalau bercinta kena asyik teringat pada orang tu aja?
Saya tak faham.
Saya rasa, kalau cinta kita terbina atas hubungan terhadap Allah, maka kita akan lebihkan Allah dari orang itu.
Itu pendapat saya.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
Assalamu’alaikum,
- kepada orm4
Senang. Beritahu. Itu sahaja caranya.
- kepada raha wahida
Alhamdulillah.
Hakikatnya, kita bercinta untuk mencari redha Allah SWT.
- kepada farah_nureirya
Kita tidak bercouple bukan hanya kerana kita putus cinta, teman lelaki kurang, nak save duit, nak rapat dengan keluarga dan sebagainya.
Kita, tidak bercouple, hanya kerana Allah larang.
Itu sahaja.
Segala faedah dari tindakan kita menjauhi larangan Allah, itu semua kita berterima kasih kepada-Nya.
- kepada ana muslimah
Saya pun tak kata zina hati tu boleh.
Tapi tak ada tercatat bahawa, setiap cinta itu boleh membawa kepada zina hati.
- kepada zue
Macam saya cakap kepaa pembaca di atas, kita tidak mendekati couple bukan kerana kita putus cinta, kerana kita nak itu dan ini.
Kita menjauhi couple, hanya kerana itu larangan Allah.
Segala kelebihan yang kita dapat daripada menjauhi semua itu, kita pulangkan kepada Allah SWT.
- kepada ana muslim
Rujuk semula niat dalam mentaati Allah SWT.
Apakah kita tidak rasa segan, sudah diberikan hidayah, kemudian kita lemparkan hidayah itu semula.
- kepada Nur
Sayang itu tidak salah.
Yang salah itu adalah cara kita menyayangi.
Fikir dalam-dalam apa yang saya katakan ini.
- kepada syafiqah_92
Ya, siapalah kita.
- kepada perempuan..
Saya tidak faham maksud - boleh tak bermesej seperti orang tak bercinta -
Macam mana mesej orang tidak bercinta?
Saya tidak faham kenapa mesti diteruskan juga benda yang Allah larang?
Kenapa masih hendak mencari celahan yang kononnya membolehkan?
Kalau suka, kahwin. Kalau lambat lagi, tunang.
Saya, dengan perempuan yang saya suka, saya pakai ibu dia sahaja sebagai orang tengah.
Kamu dengan lelaki tu, hubungan kamu ni ibu bapa tahu tak?
Macam mana?
Kenapa kamu tak minta pertolongan ibu bapa kamu dalam hubungan kamu berdua?
Saya harap, kita fikir sama2 panjang sedikit akan hal ini.
~seorang hamba….
Hilal Asyraf