Langit Ilahi Rotating Header Image

Perkongsian: Bang, saya dah berhenti couple, tapi…

cinta kita, atas apa kita membinanya?

cinta kita, atas apa kita membinanya?

Ada orang yang dah berhenti bercouple. Saya, secara peribadi mengucapkan tahniah. Bukan mudah hendak mengikut arahan Allah SWT dengan mengenepikan kehendak nafsu diri. Saya, amat respect dengan orang yang berjaya ini.

Saya ketahui, masa-masa indah semasa bercouple pastinya membaluti hari-hari selepas meninggalkannya. Dulu bergayut-gayut dekat telefon, sekarang dah tak. Dulu keluar makan tengok wayang sesama, sekarang dah tak. Dulu sms-sms, sekarang dah tak. Jadi, mesti rasa ada kekurangan.

Artikel ini, saya tulis khas untuk anda yang telah berjaya meninggalkan couple, tetapi terbalut dengan 1001 perasaan yang mungkin membuatkan anda ingin kembali kepada perbuatan itu.

Bukan mengharamkan cinta

Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.

Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.

Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. Tunjukkan keseriusan anda.

Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga. Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.

Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.

Rindu sangat

Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.

Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.

“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”

Aha… Best perasaan ni. Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.

Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.

Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.

Tak ada masalah.

Ingat Allah

Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.

Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.

Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?

Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?

“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”

Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?

Kena serius la

Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:

1. Serius nak dapat redha Allah.

2. Serius nak bercinta dengan betul.

3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.

4. Serius jaga maruah dan harga diri.

5. Serius segala perkara.

Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.

Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?

Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?

Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?

Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?

Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?

Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”

Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?

Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. Yang main-main, bye-bye la.

Penutup: Teruskan kejayaan anda

Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.

Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?

Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.

Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?

Aha…

Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.

Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.

Print This Post Print This Post

85 Comments

  1. timunsusu says:

    salam. menarik artikel ni.
    pasal cinta aje mmg menarik.
    kebanyakan orang mungkin fikir macam tu.
    ana pun tergolong sama a.
    Alhamduillah, ana dah loloskan diri ana dari cinta insani ni.
    sekarang, ana tak harapkan ape2 dah melainkan cinta ILAHI.
    cukuplah apa yang pernah ana lalui dulu.
    pengajaran yang sangat berguna buat diri ana yang lemah ni.
    moga Allah sentiasa guide ana ke jalan yang diredhai-Nya…
    Aamiin3… :grin:

    [Reply]

  2. ehsas jaded says:

    terima kasih!

    [Reply]

  3. mukhlisah says:

    salam.

    bercinta tak salah cuma bagaimana kita menjaga cinta. ramai yg tak tahu manisnya cinta yg terjaga.

    Boleh tak saudara buatkan article untuk saya memberikan semangat buat seorg sahabat saya yg baru kehilangan ayahnya. dia dlm keadaan sedih, saya tak tahu mcm mane nak bagi semangat. jika boleh dikongsi bersama… Jazakalllah…

    [Reply]

  4. athirahwani says:

    :)
    artikel yg menarik.
    cinta tk blh dinafikan,tp blh dikawal.

    [Reply]

  5. farihah12 says:

    salam..trime ksih,post ni sgt bagus..em bleh sy tahu,mcmmne nk dpt cinta Allah??,sy dh cuba tp xberjye..mungkin usaha sy xcukup..

    [Reply]

  6. wani says:

    artikel ni..straight to the point…syabas!!!^_^v

    [Reply]

  7. SolaHusna says:

    …binalah cinta atas dasar iman dan taqwa.Allah telah berjanji akan mengukuhkan mahligai yg dibina atas dasar kehendakNya….

    [Reply]

  8. sinar says:

    artikel ni santai…. =)
    trs smpi mksdnya…
    mcm hilal tgh sembg dgn pembca…

    [Reply]

  9. putri lilin says:

    pernah jgk diajak bercinta…
    x terima tp mcm bg hrpn..Alhmdulillah, bila dh sedar,
    perlahan-lahan tinggalkan benda tu walaupon mula2 x 100%..
    kalau kita iklas, Allah tolong kita..Insya-Allah….

    [Reply]

  10. ADDURRAH says:

    nice artikel…
    ade la gaye macm saiful islam sket2….
    straight to the point… :razz:
    so…optional..nak tmbh sket…
    people out there..yg blum bace buku saifulislam..
    better u get that..
    insyaAllah..
    teruskan menulis…
    ilal liqa`..

    [Reply]

  11. srikandi dataran syam says:

    salam,cinta x salah..mengharamkan cinta samalah macam kita menafikan fitrah manusia ini…namun,bercintalah di atas jalan yang Allah redha..bercintalah hingga ke syurga..cinta asasnya kasih sayang..jadi,klo syg mstilah nk ke syurga bkn dgn kerana cinta menghumban psgn ke neraka..itu sedikit kata2 hilal dlm forum mahasiswa bru2 nie yg saya sematkan di hati.. moga cinta Allah sntiasa bersama kita..cinta ilahi itu yg hakiki…

    [Reply]

  12. salam,
    btul tu,
    sume bergantung pd niat,
    pengalaman diri mengatakan sng je nk berhenti couple,
    yg sshnya nk maintain isolate dr teman2 yg bukan awek kita tp kawan2 yg cuba mendekati kita setelah kita ‘free’ ni…
    astaghfirullah

    [Reply]

  13. teh ais says:

    terima kasih… artikel nie masuk dalm inbox email TEPAT PADA MASANYA… syukur…..

    [Reply]

  14. zinnirah says:

    hmm..mcm mn nk dpt yg Allah redha?? hanya menunggu dan berdoa je ke? ada x usaha2 yg boleh dilakukan selain tunggu dan berdoa?

    [Reply]

  15. everjihad says:

    setuju dengan mukhlisah.

    ada manisnya cinta yang terjaga.

    ada manisnya bila perjalanan cinta tu dalam syarak.

    tapi dalam perjalanan tu jangan cinta terlebih mendahului.

    apa-apapun, syarak yang utama. mungkin ada orang mungkin terfikir, alaah..kenapa nak fikir sangat pasal redha Allah?

    kalau kita betul nak claim kita hamba Allah, kita beriman dengan Allah, takde benda lain kot yang patut kita kena usaha dari nak dapat redha Allah.

    itu kalau dah faham dan sedar hakikat sebenar hamba.
    kalau tak sedar lagi tu yang mungkin payah sikit. tapi takpe, slow2. setiap orang ada tingkatan masing-masing.

    nak faham pasal kehambaan, kena pulak fikir, kenapalah kita ni wujud kat dunia? siapalah yang cipta kita? dah tu kenapalah kita hidup kat dunia ni?

    kalau tak mo pikir lagi pasal tujuan kehidupan kita, fikir kan aje macam kita nak main bola atau futsal tapi takde tiang gol. ha mainlah..tapi apa dapat? dapat bayangkan tak? agak2nya kan kemanalah bola tu kita nak bawakkan?

    macam tu la jugak dalam real life.
    kemanalah hidup kita ni nak bawak, kalau takde matlamat dan arah tuju.

    bagi yang dah jelas dengan apa erti dia hidup atas muka bumi Allah, yang dah betul-betul mengaku Allah itulah Tuhan yang layak untuk disembah, dan dah mengaku diri sebagai hamba abdi kepada Tuhan yang menciptakan dirinya,(mengaku bukan hanya dari perkataan tapi dari iktikad, dan perbuatan), bersyukurlah dan teruskan mujahadah dan istiqamah dengan iktikad yang sedia ada serta sentiasalah berusaha bersama-sama kuat menguatkan diri dan sesama hamba Allah yang lain. kerana atas dasar tujuan yang satu, sama-sama mencari jalan pulang, destinasi yang sama matlamat yang sama~ syurga firdausi.

    bagi yang agak-agak tak terjumpa lagi, apa matlamat hidupnya lagi. masih mencari-mencari hakikat diri…teruskanlah mencari. jangan putus asa dari rahmat Ilahi..

    ikhlaskan hati,
    sucikan diri
    demi Ilahi.

    [Reply]

  16. bayutimur says:

    :smile: semoga cinta hakiki menjadi milik kita semua…

    [Reply]

  17. “Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita”

    teringat kata-kata ni ade dlm novel terasing kamu. mantap. alang-alang dah beri feedback. saya tanya kamu satu soalan. kemusykilan bdak melayu zmn 09.

    *saya ni masih remaja, umur baru 15 tahun, nk kahwin tu jauh lagi bang, ala..couple2, x sentuh pown..serious!.. lgpown.. dekat malaysia ni, kawen umur hadnye 16, 17 tahun. susahla mcm ni.kami masih solat!*

    kalau saya, dapat ‘tangan’ lah pastinya. tapi InsyaAllah saya masih ade iman. saya jwb la hikmah2. sedaya mampu.

    [Reply]

  18. razimah says:

    ya betul tu saudara, carilah redha ALLAH wahai saudara-saudaraku.
    Ingatkan ALLAH, bercouple tu menghampiri zina bila berdating berdua-duaan. Kalau tak berdating pula rindu-rinduan, hati berbunga-bunga, berangan-angan sesuatu yang belum tentu milik kita.
    Berpada-padala nanti kecewa dan merana hidup…..masa bercinta indah belaka. Terutama sekali masa belum ada ikatan…..syaitan yang bagi nampak indah.
    Para muslimah, berhati-hati kata-kata manis jejaka…
    Para muslimin, berhati-hati godaan wanita…

    [Reply]

  19. Layang2 says:

    Salam…

    Mengelak penyakit lebih baik dari mengubati penyakit… 100% setuju…

    seandainya ada ubat yang PAKAI TELAN je mcm Paracetamol tuk ubat penyakit cinta ni kan best huhuhu…. :cry:

    Ya Allah Kuatkan diri ini…

    terima kasih dgn artikel saudara.

    [Reply]

  20. noordina says:

    hehehehehehe…taktau nak kata pa.. sbb memg betul apa y saudara hilal kata tu. da tinggalkan couple tp kenangan2 dulu masih penuh dalam kepala ni. kadang2 sy kata kat diri sendiri..knp la yg satu susah sgt sy nak lupa. astaghfirullah.. semoga sy istiqamah dgn apa y sy buat skg.

    [Reply]

  21. Bell says:

    …allow me to copy this n spread to others…
    i’ll quote it from ur webpage..TQVM

    [Reply]

  22. IN-faz says:

    salam,,,allow me to also copy
    this nice n3 to my blog…

    n also thanks with this great n3…

    [Reply]

  23. saudari itri says:

    salam..

    terima kasih atas artikel ni…mmg sentuhan yg membina…
    ape yg penting skrg sy ingin mengejar cinta Allah dlu..InsyaAllah…

    [Reply]

  24. nur nur says:

    salam..maseh..
    sy dah break hmpr sthn..
    tp kdg2 cm saudara hilal ckp la cm at ats..
    tp ble bce
    artkl nie..sgt2 mmbntu..insyaallah..

    [Reply]

  25. nur_kasih says:

    assalamualaikum…
    tahniah…
    bnyk membntu ana…
    teruskn usaha
    sling meningati.. :smile:

    [Reply]

  26. nur_kasih says:

    untuk kite semua..
    cintilah Allah..
    insyaAllah..
    cinta pasangan soleh n solehah turut dimiliki…
    InsyaAllah… :neutral: :neutral: :grin:

    [Reply]

  27. 'adny says:

    annazorun = pandang2
    wabtisaamun = senyum2
    wasalaamun = bg salam
    wakalaamun = cakap2 kosong
    wamau’idun = mula janji
    waliqa’un = pertemuan
    *syair arab yg ust sy pernah beri..ttg permulaan ‘couple’ing
    nie..tiada pengakhiran supaya kte fikir sendiri akibatnya ble dah ‘ter’jebak…
    wallahua’lam..

    [Reply]

  28. nur_cahaya says:

    Assalamualiakum….trma kasih…cukup menarik artikel ini…
    cintakan bunga,bunga akan layu..
    cintakan manusia,manusia akan pergi..
    MAKA,
    Cintailah ALLAH…
    Sesungguhnya Cinta ALLAH kekal abadi… :smile:

    [Reply]

  29. hamba Allah says:

    salam
    article sgt bgs…especially tuk bdk2 remaja sbb jiwa remaja lah yg sdg bergolak..lebih krg 75% budak2 skola bercouple..astaghfirullahalazim..

    [Reply]

  30. insan yg lemah says:

    sye sbnrnye p0n tgh brc0uple…
    dlm mse trdkat nie sye nk brusahe prlahan2 xnk c0uple..
    insyaAllah.. tp mmg brat nk tgglkn c0uple nie..sblm nie sye dh pnah c0uple dgn s0rg dak tahfiz.. n lpas dy amek smu..alhmdulillah die dh brubah.tp dy xmntk clash p0n.. die just ckp kte kne jge bts… dan slme sye dgn die.. jrang skli kteorg ungkap kte2 cinte nie.. die trsgt la mnjge ape2 p0n kteowg ckp..
    n skrg sye nk cri redha Allah.. sye nk brubh.. sye harap insan2 yg lain p0wn akn brubah ke arah yg lbih baek..insyaAllah… :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry:

    [Reply]

  31. nur says:

    terima kasih..

    [Reply]

  32. eifah says:

    i do feel d same.. makin diri cuba nak lari.. makin byk dugaan..
    si dia seorang bdk dr sekolah agama…
    sy bukanlah baik sgt… background agama pon xkuat mane..
    sy xfaham kenapa diri dia rasa terhina bila sy cuba utk lari dari semua ni utk cuba focus mencari cinta Allah dulu.. sayakah yg salah?
    do guide me frens…

    [Reply]

  33. assalammualaikum, sye suke dgn article nie. sgt2 suke. Menginsafkan :)

    [Reply]

  34. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada timunsusu

    Kita mencari Allah bukan kerana kita kecewa dengan manusia. Kita mencari Alllah adalah kerana Allah lah yang sebenarnya kita perlu cari.

    Itu pun kena betulkan juga…

    - kepada ehsas jaded

    Sama-sama kitaa berkongsi sebenarnya…

    - kepada mukhlisah

    Permintaan kamu sukar saya tunaikan memandagkan ada artikel lain yang lebih penting pada masa itu. Em, sebenarnya ada je artikel berkenaan berhadapan dengan kematian orag yang kita sayang di LI ini.

    Boleh search…

    - kepada athirahwani

    ya. Dikawal dengan keimanan….

    - kepada farihah12

    Nak dapat cinta Allah?
    Mudah.
    Buat apa yang Dia suruh. Tinggal apa yang Dia larang.
    Perdalamka kefahaman kamu di dalam Islam. Lalui proses tarbiyah. InsyaAllah cinta daripada Allah itu akan mampu kamu rasai…

    - kepada wani

    Alhamdulillah. Tidak perlu berkias sangat dalam memberikan peringatan. nanti tidak sampai pula…

    - kepada SolaHusna

    Semestinya. Cuma kita kena bagitahu pada manusia, macam mana hendak membina dari dasar keimanan dan ketaqwaan itu?

    Itu tanggungjawab kita sebenarnya…

    - kepada sinar

    Alhamdulillah. Memang harapnya pembaca dapat merasakan begitu….

    - kepada putri lilin

    InsyaAllah. Jagalah diri kamu.
    Semoga Allah jaga.

    - kepada ADDURRAH

    Alhamdulillah. Ustaz Hasrizal memang bagus.
    Boleh baca dia punya buku.
    Dia lebih berpengalaman sebab mahligai dia dah selamat terbina.
    Bagus pula tu.
    Contohi dia.

    - kepada srikandi dataran syam

    Terima kasih akak…
    Semoga Allah redha….

    - kepada Al-Tuah AL-Shahab

    InsyaAllah, kalau dia tahu kita ada prinsip yang kuat, dia pun segan nak test2. Masalahnya, apakah kita benr2 menjaga diri?

    Itu persoalan yang prlu kita soalkan pada diri kita.

    - kepada teh ais

    Alhamdulillah….

    - kepada zinnirah

    Ada. Pertingkatkan diri dan buat persiapan untuk berkeluarga dalam keadaan keluarga itu Allah redha.

    Carilah pasangan yang mampu berkongsi dengan kita dalam masalah ini. Yang ada matlamat yang sama. Yang ada rasa nak redha Allah juga.

    Bagitahu nak kahwin tak ada masalah. Itu boleh aja. Bagitahu la. Sms, e-mail, suruh orang lain bagitahu ke. Yang tu tak ada masalah.

    - kepada everjihad

    Sebenarnya, cinta itu kitaa bina atas matlamat hendakkan keredhaan Allah. Bukannya kita bina redha Allah atas sebab cinta kita.

    Kena berhati-hati di situ.

    Tetapi siapakah yang memerhatikannya?

    - kepada bayutimur

    Amiin….

    - kepada anginbayudarat

    Cakap dengan dia, nak kahwin tu perlukan persediaan. Bukan tahu layan hawa nafsu sahaja. Kena tahu fasal tanggungjawab.

    Baguslah lama lagi. Boleh train dari sekarang. Ini nak urus diri pun tak boleh lagi, brangan nak sara anak orang.

    Ish2…

    Jangan tangan dia. Sentuh hati dia. Buka jiwa dia…

    - kepada razimah

    Teerima kasih atas perkongsiannya….

    - kepada Layang2

    Boleh kamu yang mula cipta ubat panadol cinta ni. hua2…

    - kepada noordina

    Biasa la. Kenangan pahit lagi diingat, inikan pula kenangan2 manis. Itu fitrah. Tidakk mengapa. Jangan tenggelam lemas dalam ingatan itu semua sudah.

    - kepada Bell

    Silakan…

    - kepada IN-faz

    Silakan. Dengan penuh penghormatan.

    - kepada saudari itri

    Alhamdulillah. Kita sama-sama hendak diri kita tertingkat pada tahap yang Allah redha….

    - kepada nur

    Semoga Allah menjadi lebih sayang kepada kita…..

    - kepada nur_kasih

    Alhamdulillah. PEringatan itu bermakna dan bermanfaat kepada orang yang beriman.

    - kepada ‘adny

    Bila dah terjebak, akan muncul peerkataa terlajak. Dalam hal ini, tiada patah balik melainkan telah meninggalkan kesa yang sangat hitam…

    - kepada nur_cahaya

    Cinta manusia itu perlu juga. Cinta pada bunga juga perlu.

    Allah suruh kita cinta semuanya.

    Tetapi kita kena sedar, cinta-cinta itu perlu dibangunkan atas matlamat hendakkan keredhaan Allah SWT….

    - kepada hamba Allah

    75%? Agak2 kenapa 75%?

    Kerana mereka ini tiada satu sistem untuk mengajar mereka dengan betul, apa itu cinta, apa itu taat kepada Allah.

    - kepada insan yg lemah

    Bercouplelah dengan budak tahfiz pun, yang tidak syara’ itu tetap tidak syara’. Kalau berzina dengan orang belajar agama, tiadalah zina itu menjadi halal tiba-tiba.

    Kita kena sedar, betapa dosa itu ibarat gunung yang menghempap, bukan ibarat lalat yang kita kuis bila hinggap di hidung.

    Kita kena rasa semua ini.

    Baru ada kekuatan hendak meninggalkan sesuatu yang Allah tidak suka.

    Saya pun tak suruh break up.

    Saya cuma minta bercinta dengan betul sahaja…

    - kepada nur

    Sama-sama….

    - kepada eifah

    Dua-dua salah sebenarnya.
    Tapi kamu bagus, kamu cuba ubah diri.

    Larikan diri sahaja tidak cukup. Cakap dengan dia, kefahama agama tidak menghalalkan sesuatu yang Allah murka. Kalau benar cinta dengan serius, maka terus masuk melamar, jangan tunggu dalam bercouple.

    Kalau serius la.

    Boleh test.

    Cinta pada Allah bukan bermaksud kita tinggal manusia yang kita suka, sayang. Tetapi bila kita cinta pada Allah, maka kita akan bercintaa degan manusia dengan cara yang Allah redha.

    Apakah Allah redha dengan maksiat?

    Mustahil kan?

    - kepada BellaSulaiman

    Alhamdulillah. moga keinsafan itu tertumpah dalam amal kehidupan, bukan sebentar waktu sahaja…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  35. aku milikNya says:

    couple.. bercinta… remaja… macam seerti je.. he..he…
    prinsip saye..

    saye hanya akan jatuh cinta pada orang yang betul-betul jadi milik saya.. insan yang telah terungkap namenya di luh mahfuz untuk saye…

    hanya kekuatanMu aku pinta jika cinta ini diuji… percayalah janji Allah itu pasti.. pasti ada adam untuk hawa… kalau tak disini dia ada.. pasti disana dia ada…akan kutunggu dia…

    kuharap dia akan bimbingku menuju cinta yang hakiki… dalam diam aku akan cube mencintai dia.. tak kan ku khianati cinta ini..

    adakah aku dah jatuh cinta??? pada insan yang tak pernah ku tahu siapkah dirinya… siapa pun dirimu akan ku terima kamu seadanya… kerna ku tahu kau adalah yang terbaik untukku…

    so, no couple b4 nikah…he..he..

    thnk u untk artikel kat atas… buat saye lagi kuat untuk setia… teruskan usaha anda…

    sory pade siape2 yang tak suke tulisan ni..

    [Reply]

  36. everjihad says:

    kepada aku milikNya ,

    suke sangat pendirian awak.. =)
    belum lagi bercinta, dah jatuh cinta.. menarik!

    jom2! teruskan usaha. mahu bercinta hingga ke syurga.
    cinta yang fitrah tak nak jadi fitnah.
    taknak terjebak dan akhirnya terlajak

    jom sama-sama jadi hamba Allah
    kejar redha Allah

    kita kan nak masuk syurga ramai-ramai n sama-samakan? ^_^

    [Reply]

  37. menuju nur illahi says:

    assalamualaikum….
    terima kasih sy ucap kan….
    dan same2 jgak sy ucap kn….
    betul ape yg tertulis pd artikal ini…..
    alhamdulillah makin hilang N kuat semangat sy utk melupakan nya…

    mmg sy tak kan bercouple ag….
    no istilah couple in my life, my diary again….
    syukur alhamdulillah…
    syukur pada Mu ya Rabb krn mberi aku peluang tok bertaubat…

    [Reply]

  38. syafiq aizat says:

    assalam…
    firstly,sy ucapkan tahniah di ats penerbitan noel vt..

    teknik penulisan anda menggagumkan…
    apa2pun,moga dakwah kita mendapat keredhaan Allah…
    mohon agar amal kita tidak sia2..
    InsyaAllah…

    [Reply]

  39. yana says:

    good luck……..

    [Reply]

  40. zue86 says:

    salam…
    artikel mmg mmbantu saya…
    saya baru ja sbln break..pas bc artikel ni saya lebih yakin n rasa hidup solo lg bes…
    mncari keredhaan ALLAH yang pasti…

    [Reply]

  41. Assalammualaikum………..
    Sungguh indah erti pergertian penulisan tersebut….terima kasih atas segala yang diperkatakan….sesungguhnya cinta kerana Allah itulah yang kekal abadi,tiada yang lebih indah sekiranya kita bercinta sayang semuanya kerana Allah swt….untuk pasangan saya Mohd Hapidz bin ishak yang jauh dimata dekat dihati semoga tabah mengahadapi segala dugaan hidup kerana semuanya Allah telah aturkan untuk kita ,semoga Allah menyatukan kita diatas keredhaan nya…kepada semua teman2 dilaman web nie semoga anda medapat cinta yang hakiki kerana Allah dan mendapat keredhaan nya…..sesungguhnya perjalanan hidup kita Allah sudah tentukan…walaupun beribu kali kita kecewa kerana ada yang lebih terbaik menunggu kita ,,sesungguhnya Allah tak sekejam yang kita sangka….berdoa lah keran doa itu mendekat kan kita pada sang pencipta….

    selamat tahun baru islam…esok 1 muharram…semoga esok lebih baik dari hari ini..semoga kwbhagian itu menjelma untuk kita bersama…..amin yarabbul alamin…..

    salam sayang dari….

    humairah sayang….

    wassalam…. :wink:

    [Reply]

  42. faiza says:

    salam, saya suka artikel ni…
    sangat bermakna…
    :)

    [Reply]

  43. NABS~(^^,)~ says:

    Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya…Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita” “Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu-ragu?” “Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari” Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan… “Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya” -Imam Ghazali- :neutral:

    [Reply]

  44. MiaMardhiah says:

    salam…

    bukankah cinta itu, akan adanya zina hati??

    sbb baca kat treat kat ili jugak…
    merindu2…tukan zina hati..????

    [Reply]

  45. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada aku milikNya

    pertamanya, suka saya katakan, cinta-couple-remaja itu langsung tidak seerti dan sangatlah jauh makna antara ketiga perkataan itu.

    Kedua, saya ingin bertanya, adakah kamu tahu siapa tercatat untuk kamu di luh mahfuz?

    Adakah kejayaan akan datang bergolek tanpa usaha?
    Semua akan kata tidak.
    Adakah jodoh yang baik akan datang tanpa usaha?
    ramai pula yang kata ya. Menanti, menunggu, hanya nak yang dah ditakdirkan dan sebagainya.

    Saya hairan dengan perkataan-perkataan ini.

    Sedangkan, cinta itu perlu dibina, dihias, dipagari. Yang perlu dihindari adalah couple(ikhtilat) yang Allah murka. Cinta tidak bersalah. Walaupun sebelum nikah. Bercintalah dengan cinta yang baik. Kenapa pula tidak boleh bercinta sebelum nikah?

    Di sinilah apa yang saya bawa berkenaan cinta.

    Inilah maknanya artikel yang saya bawa.

    - kepada everjihad

    Ya. Kita nak masuk syurga sama-sama.

    Dengan cara apa?

    Itu persoalannya…

    - kepada menuju nur illahi

    Alhamdulillah. Bercintalah dengan cinta yang baik. Semoga Allah redha kamu. Saya tidak mengharamkan cinta di dalam artikel ini. Kalau ingin bercinta, silakan. Tetapi bercintalah dengan apa yang diredhai Tuhan.

    - kepada syafiq aizat

    Alhamdulillah. Segala yang baik itu hanya daripada Allah dan tidak akan datang daripada makhluk-Nya…

    - kepada yana

    Thanks…

    - kepada zue86

    Hidup solo?
    Moga akan ada temannya nanti.

    Cinta tidak salah. Persoalannya adalah bagaimana kita bercinta.

    Di situ titik muhasabah kita.

    - kepada Humairah Sayang

    Alhamdulilllah. Moga Allah satukan kamu dengan pasangan kamu dengan kesatuan yang baik.

    Kita sama2 bergerak ke arah redha-Nya insyaAllah…

    - kepada faiza

    Moga maknanya diterjemahkan ke dalam kehidupan…

    - kepada NABS~(^^,)~

    Cinta kepada lelaki itu tidak salah. Cinta kepada perempuan itu tidak salah. Walaupun kita bercinta dengan seseorang, Allah tetap tidak akan melepaskan penjagaan-Nya kepada kita.

    Cuma…

    Cuma bercinta dengan pasangan itu, bercinta yang bagaimana?
    Dengan cara apa kita bercinta?
    Di sini menjadi titik persoalannya.

    Di sini yang perlukan pembetulan.

    - kepada MiaMardhiah

    So, kalau ada orang tulis treat fasal itu di iLi pun kenapa?

    Ini pendapat saya.

    Pada saya, cinta tidak salah. Mengharamkan cinta, sama sahaja mengharamkan fitrah manusia. Persoalannya adalah bagaimana bercinta.

    Baik sebelum nikah, atau selepas nikah.

    Nak merindu, rindulah.
    Nak berkasih, kasihlah.

    Tetapi rindu yang bagaimana?
    tetapi kasih yang bagaimana?

    Di sinilah saya membawa manusia, agar kembali melihat diri mereka.

    Jangan kerana kita, cinta itu menjadi murah.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  46. mardhiyyah says:

    salam…best la artikel nie..memang couple tue haram…kalu nk bercinta, bercinta la sampai ke syurga..lagi best… :grin:

    [Reply]

  47. atiazni says:

    salam,
    mmg couple tu haram. saya prnah ckp pd kwn sy yg tgh bercinta. dia boleh trma dan lps tu dy tya sy balik. apa beza org couple yang tp mcm tak couple (situasi lebih kurang mcm insan yg lemah tu) dgn org yang x couple tp tangan yg berjalan tu lebih dasyat dr org yang couple? sya bkn bdk smka atu maahad. pendek kata saya bkn bdk sek agma. so, bla kwn sy tya soalan mcm tu saya rsa mcm kena tembak ngn dy..huhu..disebabkan sy br ting. 3 bkn sek agma pulak jd rami org keliling sya bercouple. sya tak yahu smpai bila sya bleh brtahan dgn godaan ni..moga kita dikurniakan iman yg kukuh dan moga cnta kta pada Allah lebih dr segalanya

    [Reply]

  48. Assalamualaikum……..
    kalau kita bercinta kerana Allah dan berpisah kerana Allah pasti ada yang terbaik untuk kita…ramai pensyarah2 saya cakap macam tu..dulu hati saya pernah kecewa..kecewa saya samapai saya pernah mempertikaikan hukum Allah kenapa tiap kali orang yang sy syg tiba2 pergi tanpa pesan tapi orang yang kita sendiri anggap mcm kawan memaksa kita ..tiap malam saya menangis2..tiap kali solat mata nie tak pernah tak bengkak,…saya suka baca artikel yang diberi,sekurang-kurangnya terubat hati nie bila melihat kebesaran Allah…hidup saya seolah-olah tak stabil bila orang yang saya syg tiba2 hilang dari pandangan saya tanpa pesan,…sampai skrg airmata sy tak penang lekang dari kelopak mata saya sbb mengenagkan nasib saya,masa saya di matrikulasi 8 tahun yang lalu sy tak pernah terpikir seorang lelaki nie sukakan sy sbb sy anggap dia mcm kawan je..tiba satu ketika dia melamar saya untuk berkhawin tapi tak sampai seminggu Allah menjemput dia 2 hari lagi keluarga dia nak datang merisik saya..saya sedih sgt masa tu….bila dah dekat 3 tahun berlalu sy sambung belajar di selatan tanah air..masa tu saya mmg seorang yang skema,ttg lelaki sy tak pernah nak ambik tahu dan tak pernah bercinta tak alih-alih saya dipinang oleh pensyarah saya sendiri masa tahun akhir,masa tu baru saya nak kenal erti cinta,saya belajar menyayangi dia,tapi perangai dia makin berubah setelah sy solat istikharah ,tapi saya redha ,masa dia putuskan saya tp sy tak menitis air mata pun ,tapi mak abah sy yang menangis,sy tahu mak abah sy sedih sampaikan mak abah saya tanya kenapa saya tak menagis,tapi sy hanya mampu tersenyum tiap kali maka abah tanya,hakikat nya setiap malam saya menangis bila menghadap ALLAH,…Setelah 2 tahun peristiwa berlalu sy terus berdiam diri,sehingga kan sy bertemu dengan seorang lelaki yang banyak mengajar saya erti penghidupan sebagai hamba Allah…sy sayang kan dia kerana Allah,sejak sy bertemu dgn dia doa saya untuk dia tak pernah hilang sehingga sekarang,dah hampir 5 bulan dia menghilangkan diri tanpa berita ( Mohd Hapidz bin Ishak ),sy dah hampir hilang akal apabila orang yang saya syg buat sy macam nie,sehingga sekarang setiap malam sy bercakap dengan sang pencipta,menangis setiap malam sbb rindukan dia,sy berharap dia kembali pada saya sbg suami saya yang sah…solat istikharah,taubat,witir,hajat setiap malam saya akan lakukan sbb sy terlampau sedih sgt,,sy tahu tiap kali org2 solat pasti mengharapkan petunjuk dari ALLAH,sy mengaku pada mulanya mmg mengharap petunjuk dari Allah tapi lama kelamaan hati saya cuma mengharap kan kerehdaan dan ketengan dari Allah,hati sys dah macam tak terbuka untuk sapa lagi,seandainya ini dosa silam sya,,sy mohon ALLAH ampunkan dan sy redha diatas ketentuannya…tujuan saya tulis ini buka untuk meminta simpati sape2 tapi sy dah luahkan segala kesedihan yang saya simpan selama 8 tahun tanpa menagis depan mak abah tapi menangis dihadapan Allah dan sbg pedoman teman 2 yang mengethui apa itu cinta kerana Allah…..
    saya tahu ketentuan jodoh Allah yang tentukan walaupun sebanyak mana kita kecewa dalam percintaan tapi cinta tu tak pernah haram selagi untuk kita yang bernyawa dimuka bumi ini ..cuma saya berharap dgn cara luahan dan membaca artikel ini dapat mengubat erti kerinduan kasih sayang, cinta dan jodoh kerana Allah swt…untuk penulis blog ini sy doakan semoga anda dirahmati Allah swt keran sekurang-kurang nya penulisan ini membuat hati yang sedih kenal erti keredhaan Allah dan cinta kerana Allah…..

    salam sayang dari …

    humairah sayang…

    wasalam

    [Reply]

  49. Nora says:

    Kelakarnya hidup ni….
    Saya dulu kenal dengan seorang lelaki. Dia jumpa saya, terus suka, terus ajak kahwin, terus jumpa mak ayah saya. Tak pernah kami bercinta cinta bersayang sayang masa sebelum kahwin. Keluar pun dengan keluarga. Daripada pertama dia jumpa saya sampai nikah cuma lapan bulan. Dia panggil saya ’sayang’ cuma selepas nikah.
    Memang cantik.
    Tapi akhirnya bercerai jugak selepas 20 bulan berkahwin. 20 bulan sahaja!
    Bila dia putuskan, saya tanya dia, kenapa dulu cepat cepat kahwin? Tujuannya untuk berkat kan? Supaya tak lari daripada ajaran Islam kan?
    Tapi dia buat2 tak dengar.
    Kawan saya bercinta 8 tahun tapi bahagia, kahwin dah bertahun tahun.
    Saya taknak kata siapa betul atau salah.
    Sampai sekarang pun saya sendiri tak selesa keluar dating, couple couple.
    Tapi saya rasa perlu mengenal hati budi seseorang. Sebab dia tak kenal saya, dia tak tahu keistimewaan saya, dia tak pernah backing saya depan mak ayah dia.
    Dia rasa mak ayah dia je betul, saya ni semua buruk. Sebab sudah pasti mak ayah yang terbaik. Tapi buruk sangat ke saya ni?
    Ni semua sebab dia tak kenal saya.
    Jadi lepas ni…….saya tak tahu apa saya nak buat. Saya tak berani kahwin tanpa mengenali lelaki itu. Dan saya tak nak dia tak kenal saya, sebab kalau dia tak kenal saya dia taknak pertahankan rumah tangga.
    Mentang-mentang senang dapat, senang pula lepaskan?????
    Tapi memang ye, saya tak selesa bercouple atau dating macam orang lain. Walaupun saya pernah berkahwin.
    Memang keliru dan menguji iman.

    [Reply]

  50. nadiah fatin says:

    xpahammm~
    mksod nye boleh bercinte ke?
    tp dlu sye de dgr la ajk badar ckp xleh sebab t hati asyek igt orang tuh je.
    takot zine hati kang.
    make skarang telah terkonpius~

    [Reply]

Leave a Reply