Tadi saya pergi lepak dengan junior-junior saya. Makan di kedai Yaman. Memang seronok ke kedai itu pada hujung minggu, memandangkan kedai itu menyediakan roti canai dan teh susu, termasuk murtabak madu yang sedap. Melepaslah rindu dengan roti canai malaysia da teh tarik di bumi sendiri. Tambah istimewa di kedai bernama Mandi Yamani itu, pengunjung boleh duduk bersila. Nak baring pun boleh.
Jadi, kami sental santai macam di rumah aja la. Lepak di situ, sambil minum teh
Sesi mengeteh malam tadi tidak berlalu begitu sahaja. Ada topik besar yang muncul.
Yakni berkenaan dakwah – menyeru manusia kepada kebaikan.
Nak ajak orang pada Islam ini, macam mana?
Qudwah qabla dakwah
Qudwah qabla dakwah bermaksud – menunjukkan contoh sebelum menyeru.
Ramai orang tertanya-tanya, terfikir-fikir kenapa seruan mereka kepada kebaikan tidak memberikan kesan kepada mereka yang diseru. Walaupun dilakukan penyeruan itu dengan penuh kesungguhan.
Jawapannya mudah, kerana dirinya tidak mampu menjadi contoh kepada yang diseru.
Di sini, yang diseru tidak akan merasakan apa-apa. Mereka hanya memandang betapa orang yang menyeru itu, sama sahaja seperti mereka gayanya. Akhlak hodoh juga, tidak kemas juga, mulut mencarut juga, dan sebagainya.
Sebab itu, medan dakwah bukanlah hakikatnya medan berkata-kata semata.
Ia medan menterjemahkan Islam secara syumul(sempurna) di dalam kehidupan.
Merujuk kembali, apakah resepi utama dakwah Rasulullah SAW mampu menarik ramai orang, pastinya kita akan menjumpai satu jawapan yang sama.
Qudwah baginda yang hasanah.
Seni menawan hati
Lain orang, lain cara pendekatannya. Maka, adalah penting bagi seorang da’ie(penyeru) untuk berta’aruf(mendalami) peribadi mad’u(orang yang diseru)nya. Kita perlu bijak menilai apakai jenis pendekatan yang sesuai dengan si fulan, dan si fulan yang lain.
Berdakwah adalah peperangan untuk menawan hati manusia, untuk menyingkir jahiliyyah dari jiwa hamba. Maka berdakwah tidak boleh main bidan terjun sahaja. Perlu ada perancangan yang rapi dan gerak kerja yang sistematik. Perlu ada target, perlu ada kajian, perlu ada pemerhatian. Barulah dakwah yang dijalankan adalah dakwah yang berkesan dan tersebar lalu merebak.
Kadangkala, perlu juga try and error. Tetapi biarlah try and error itu masih berada dalam lingkungan perancangan yang telah disusun selepas membuat satu pemerhatian. Di dalam dakwah, saya tidak rasakan teknik hentam kromo adalah sesuatu yang baik. Hal ini kerana, sekali kita terosakkan kepercayaan mad’u kepada kita, maka kali lain kita ingin mendekatinya semula, sudah ada dinding tinggi lagi tebal yang memisahkan kita dengannya.
Ada orang boleh didekati dengan belanja makan, ada orang pula degan beri hadiah, ada orang dengan merapatinya, ada orang dengan menziarahi rumahnya. Ada pula yang senang apabila kita menjadi bahu menopang masalahnya. Malah, ada juga yang hanya boleh menerima selepas menerima satu tumbukan atau satu tengkingan. Di sini, adalah penting bagi seorang da’ie mempunyai ilmu penilaian baik. Sebab itu, ta’aruf adalah step awal dalam berdakwah.
Yang paling penting, siapa pun kita dekati, cara bagaimana pun kita guna, syakhsiah kita perlulah bersih dan terjaga.
Tamayyuz
Tamayyuz berarti perbezaan. Sebagai seorang penyeru kepada kebaikan, seseorang itu perlu punya tamayyuz dengan orang yang diajaknya. Tamayyuz menutup terus teori – Kalau nak dekati orang hisap rokok, kita kena hisap rokok sama dengan dia.
Kita tidak berdakwah dengan mat rempit dengan cara kita merempit bersama. Jauh sekali berdakwah kepada penzina dengan membelanja dia pelacur. Kita juga tidak pantas mencacakkan rambut kita semata-mata kerana mad’u kita adalah geng punk.
Sebab itu, yang pertama saya utamakan tadi adalah qudwah. Kita sebagai penyeru kebaikan perlu kemas, bersih, berakhlak, sopan dan tegas. Kita ada prinsip kita. Ada ruang toleransi, kita bertoleransi. Tetapi toleransi kita berprinsip. Kita tidak akan bertoleransi sehingga menggadaikan prinsip kita.
Kita kawan dengan perokok, baik, bagus. Tetapi kita tidak merokok apabila dia menghulurkan rokok. Kita rapat dengan kumpulan pelajar bermasalah, baik, bagus. Tetapi kita tidak ikut sama bermasalah macam mereka. Kita berusaha mendekati mereka yang kaki mencarut, baik, bagus. Tetapi kita tidak ikut sama mencarut macam mereka. Geng yang kita dekati adalah kaki lewat solat, tidur terlajak subuh aja kerjanya, baik, bagus. Tetapi kita tidak melewat-lewatkan solat kita, jauh sekali tidur terlajak subuh seangkata degan mereka.
Kita ada perbezaan. Kita ada disiplin, kita ada adab. Pakaian kita kemas, perawakan kita bagus, akhlak kita beradab. Ada masa kita perlu katakan tidak, kita katakan tidak. Kalau perkara itu tidak perlu dibesarkan, kita senyap. Kalau perkara itu perlu ditegur, kita tegur dengan baik. Tidak sekali kita membenarkan yang batil, dan menyertainya.
Dan jangan takut kita akan disisihkan.
Saya percaya, manusia yang punya tamayyuz ini akan lebih dihormati.
Kadangkala, mereka yang punya tamayyuz ini tidak perlu cakap banyak. Perbezaan yang wujud pada diri mereka dengan masyarakat di sekeliling mereka sudah cukup menjadi wasilah(jalan) dakwah mereka.
Jangan putus asa
Satu pantang bagi penyeru kepada kebaikan adalah putus asa. Ini satu garis yang haram dilangkah oleh pembawa kebenaran.
Jika mula perasan tanda-tanda kelemahan di dalam jiwa untuk meneruskan perjuangan di atas jalan ini, perlu segera mendapatkan bantuan dari rakan seangkatan, bermunajat kepada Allah SWT dan berusaha kembali naik.
Allah SWT telah memberikan contoh terbaik kepada kita yakni Nabi Nuh AS yang tidak putus asa dalam berdakwah. 950 tahun ditempuh penuh gigih walaupun yang mengikuti ketika itu hanyalah 83 orang sahaja.
Allah SWT juga telah menunjukkan kepada kita Rasulullah SAW yang gigih menanam risalah Allah SWT dalam jiwa manusia walaupun diseksa, diperangi, dibaling batu dan sebagainya. Iman da Islam yang hari ini kita nikmati, adalah hasil perahan keringat dan aliran darah baginda SAW.
Jika berputus asa, maka sia-sialah apa yang kita bina selama ini.
Berputus asa juga menandakan kelemahan jiwa kita, kekurangan pergantungan kita kepada Allah SWT.
Sedangkan kita perlu yakin, bahawa tugas kita hanya menyampaikan sahaja. Hidayah itu adalah hak milik Allah SWT untuk Dia berikan kepada sesiapa yang Dia sukai.
Penutup: Itulah antara yang kami bincang
Sedar tak sedar, kami dah habiskan masa hampir dua jam di Mandi Yamani. Macam-macam topik kami utarakan. Saya juga hakikatnya amat kagum dengan junior saya yang amat bersemangat, dan amat mengambil berat terhadap keadaan ummah.
Manusia hakikatnya perlukan manusia yang sebegini. Manusia-manusia yang sensitif dan peka. Berusaha kuat dan mencuba. Melaksanakan apa yang difahami dan bergerak dengan gigihnya.
Dakwah ini bukan cukup dengan teori sahaja. Perlukan pembumian dengan amal.
Tetapi bila terjun di medan amal, ramai sahaja yang keguguran. Kenapa?
Kerana terjun dalam keadaan tiada kefahaman dan persediaan. Hanya lemas di dalam teori-teori indah dakwah, kalimah-kalimah orang dakwah, beberapa perkataan arab seperti tsabat dan sebagainya, ukhuwwah itu ukhuwwah ini, jamaah itu jamaah ini, dan akhirnya dirinya entah ke mana, mad’unya entah di mana, dan dia tidak melakukan apa-apa, juga tidak berada di mana-mana, melainkan berlari-lari di dalam dunianya sahaja.
Dakwah bukan cukup dengan teori sahaja. Saya ulang itu.
Perlukan tarbiyah dan pengorbanan. Perlukan latihan dan kejelasan fikrah. Perlukan toleransi da akhlak. Perlukan kesabaran dan ketabahan. Sebab itu, ada satu kata-kata masyhur akan jalan ini.
“Tidaklah jalan ini jalan yang ditaburi dengan bunga-bunga dan permaidani merah, tetapi inilah jalan yang bengkang bengkok, kemudian di atasnya ditaburi dengan duri-duri yang terpacak”
Duri-duri yang terpacak, bukan yang terbaring.
Maka persiapkanlah diri. Mengajak diri dan manusia lain menjadi hamba Ilahi.
Ya, menjadi hamba Ilahi. Bukan hamba satu-satu organisasi.






nice post..
Kita mesti menjadi contoh teladan sebelum dakwah
Lagi satu yang saya sokong…
Jangan kita nak dakwah golongan perokok dengan kita pun jadi perokok.
[Reply]
Qudwah, tamayyuz,seni menawan hati dan jangan putus asa.. InsyaAllah akan cuba dipegang…terma kasih Hilal memberi disaat yang sangat memerlukan suntikan.
[Reply]
salam…menarik tajuk yg dibwkan..
sbnrye sye de mslh tntg nk mengajak kwn2 ke arah kebaikan a.k.a dakwah…
tp kerana dah terlalu rapat dan baik..bagi kami gurauan merupakan penghibur dan perapat antara kami,tp gurauan itu bley menyentuh hati saye,krn agak kasar gurauan tu…bgaimnapun sye hiraukn shj krn itu adalah gurauan…kdg2 sye cube untuk bercerita tntg kebaikan sprt:amalan2 sunat,cerita2 teladan dll…ttp mereka psti akan “menganjing” saye..dgn gurauan..cnth:ala,ko ni skema sgt r,lex r…lgpun kitaorg tak alim mcm ko”
huhuh..sedey ati ni…
1 lg mslh sye bila kwn2 sye igin melanggar peraturan,sedangkan sye sndri sbgai seorg pengawas…sye tau sye bersalah..tp sye mcm tak berdaya nk menghalang mereka..hnye membiarkan mereka melakukannya…
skrg ni mslh sye,bgaimana sye mahu menegur mereka dgn cre lbih baik
[Reply]
Jelasnya maslahah ummah dan kenegaraan sangat bergantung kpd persoalan kepemimpinan adil yg mampu mengatur hal ehwal ummah.
pemuda dalam ummah sekarang.. hanya mampu menegur dan mengeluar pendapat….
[Reply]
Ada yg menjadi hamba organisasi, bangga dgn gahnya nama organisasi,
Ada yg menjadi hamba manusia, mahu dipandang hebat,
baik check balik niat.
Tidak kisah jemaaah mana pun, selagi berpaksi yg 2 itu(al-quran, as sunnah).
Yg penting kita berjaya menjadi Hamba Ilahi.
Tamayyuz, memang menduga hati. Kita lain drpd yg lain. Ttp bila kita yakin Allah sedang melihat dan menilai kita, biarkan apa manusia lain mahu kata.
[Reply]
salam amar ma’ruf nahi munkar~
(kata2 yg slalu dgr time skola dulu)
dakwah perlu kesungguhan..
tak leh buat half-hearted je..
[Reply]
Salam..
Terima kasih buat saudara Hilal atas perkongsian.
Martabak madu yang sedap~
[Reply]
Salam.
Pd pndpt ana, dlm menegur mad’u, kita tidak boleh dlm hati kita asyik berkata “Dia ni teruk. Aku betul”. Sdgkn kita tak dekati pun dia lagi. Sbb itu ta’ruf itu penting. Tidak kisah la jika ambil ms yg lama sekalipun. Usaha dan usaha. Sbb kita sudah sedia maklum, it’s not easy to gain trust from somebody.
Itu pendpt ana.
Dan ada yg kata k
Wallahu’alam.
[Reply]
assalamualaikum..
suka konsep.. Qudwah Qabla Dakwah…. dan insyaAllah ana akan berdakwah, walau di mulakan dengan sekecil2 perkara…
insyaAllah
salam ikhlas
serikandi
[Reply]
hmm.. ana nak kongsi skit, dakwah adalah salah satu produk apabila kita sbg muslim beriltizam dgn islam or in other word komited dgn agama, so marilah kita sama2 komited dgn anugerah islam nih.
p/s : mgkin enta bleh bagi huraian ttg iltizam dgn ISLAM dan bagaimana nak dapat rasa iltizam nih.
[Reply]
hmm..betul 2..berdakwah ni memang perlukan kesabaran..jdkan diri sebagai qudwah terlebih dahulu..
mudah-mudahan kita diikuti tanpa disuruh..
[Reply]
qudwah qobla dakwah…
[Reply]
salam
entry yg mnarik
brckp tntg rokok,sye trkngkn saudra2
sye…..mreka antra org2 yg mghsap rkok
byk kali sye mmbuat tgurn tntg bhayany
rkok tp mreka wat xendah je lme2 sye yg
gram n asl nmpk depa mrokok je sye trus
or jauhkn dri..btapa lmhny sye hatta
saudara sndri pon xleh tgur tp sye ttp
mnghrpkn 1 hri nnt mreka akn brhnt mrokok
jga….amin
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada nicemedicine
Ya. harap kita ada disiplin dan prinsip yang tinggi. Kita hendak mengajak orang kepada Allah SWT. Maka apakah kita boleh mengajak dengan bermain-main?
Pastinya perlu diajak dengan serius.
- kepada ummi norizan ahmad
Alhamdulillah. Saya juga masih perlukan perkongsian daripada ibu-ibu yang veteran…
- kepada me
Rapat sahaja tidak akan ke mana. Cakap-cakap sahaja pun tidak akan ke mana. Kamu kena bina qudwah terlebih dahulu. Kadangkala, kamu tidak perlu kata apa-apa pun. Kamu bina qudwah yang baik, kamu ada prinsip kamu, kamu tegas dan kuat. InsyaAllah, selepas itu mereka akan rasakan kelainan.
Tetapi, saya ingatkan di sini. Mengajak manusia ke arah kebaikan adalah perjuangan nafas panjang. Belum tentu lagi rakan kamu itu akan jadi baik dengan melihat kamu yang baik itu dalam masa sebulan dua.
Sebab itu, di akhir artikel ini, saya sebutkan fasal jangan putus asa.
- kepada menarik
Kepimpinan itu juga hakikatnya datang daripada pemuda-pemuda hari ini.
Dan bukan semua pemuda macam yang kamu katakan.
- kepada Yuana
Kita mengajak manusia kepada Allah. Kita tidak mengajak manusia ke organisasi kita.
Pada saya, kalau semua organisasi islam faham demikian, tak akan ada gaduh-gaduh sesama mereka.
Kemudian, perl difahami bahawa titik temu kita adalah keimanan. Maka apakah pantas kita meninggalkan ayat-Nya:
“Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara…”
Tamayyuz hanya mampu kita hadirkan dengan tarbiyah.
- kepada ‘adny
Benar. Kesungguhan yang teratur.
- kepada Salam Abdullah
Nanti hujung minggu depan, kita makan lagi. ha3…
- kepada hambamencari
Ya. Yang membenci, tidak akan mampu menyampaikan cinta.
- kepada jadikan aku serikandi
Alhamdulillah. Akhlak adalah penyampaian yang paling efektif.
- kepada shbtlamenta
Nanti bila ada masa, kita kongsikan.
Dan terima kasih dengan perkongsian anda.
Dan harapnya, kalau sahabat lama saya, utarakan nama anda biar saya mengingatinya.
- kepada dina
Ya. Semestinya. Sebab itu, Rasulullah SAW dikagumi semua.
- kepada ~dae_meen~
Ya Amin. Ada ternampak sesuatu kah? hu3…
- kepada aidan
Menjauhkan diri itu adalah satu kesilapan. Dakwah tidak kenal putus asa.
Kena usaha lagi. Fikirkan dengan kreatif cara-cara lain untuk menyedarkan mereka semua.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]