Manusia kalau tengah bercinta, orang kata macam orang yang mabuk. Dia sudah tidak kisah sekelilingnya. Dia sudah tidak kisah orang lain. Yang dia fikirkan adalah orang yang dicintainya sahaja. Orang kata, lautan api sanggup diredah, gunung everest sanggup dipanjat. Prinsip dan maruah diri sanggup digadai.
Saya berulang kali kata, saya tidak mengiktiraf itu sebagai cinta.
Pada saya, apa namanya cinta jika di akhirat nanti berbalahan? Apa namanya cinta jika di akhirat nanti kedua-duanya terhumban ke neraka? Ketika itu, baru kita tersedar bahawa cinta yang kita kata cinta itu bukan cinta sebenarnya.
Pada saya, hubungan lelaki perempuan yang boleh kita katakan cinta adalah, apabila Allah redha dengan apa yang dikatakan cinta oleh kita itu. Hubungan yang membawa ke syurga. Hubungan yang menyisih dari neraka.
Dan soalan popular yang menyusul pandangan saya ini adalah:
“Bagaimana?”
Bagaimana bercinta dan nak Allah redha?
Itu soalan paling popular.
Jawapan saya mudah. Masa bercinta itu, buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.
Dalam bercinta, kita dapat lihat bahawa ruang melakukan maksiat sangat banyak. Kita akan terpanggil untuk berdua-duaan, bergayut telefon berpanjangan, ingin bersama keluar makan, ingin tenung menenung bergurauan, dan 1001 macam lagi perbuatan pasangan yang belum kahwin tetapi gaya macam dah kahwin yang hari ini kita boleh lihat dan perhatikan.
Maka, hendak bercinta dalam keadaan yang Allah redha, tinggalkanlah semua itu. Jalankan cinta dengan keimanan, ketaqwaan. Rasa pengawasan yang tinggi dalam melaksanakan hak-hak Allah SWT.
Jadi macam mana cinta kita berjalan?
Mudah. Kalau sudah jatuh hati, pergi selidik dahulu latar belakangnya. Lihat profilnya macam mana. Tidak salah kalau hendak mengkaji hidupnya. Tanya kawan-kawannya. Ini untuk yang rasa nak berhati-hati memilih calon pasangan. Tetapi kalau dah suka sangat, terus terang sahaja. Hantar surat, atau cakap direct. Tak salah.
“Saya suka awak, boleh awak jadi isteri saya?” Mudah. Dosa pun tidak.
Kalau dah setuju, lihatlah keadaan. Nak bertunang dulu ke, nak bersabar dulu ke. Yang penting, selepas ungkap cinta, pergi la ta’aruf dan berkenalan degan keluarganya. Jangan lupa beritahu mak ayah supaya bina hubungan dengan keluarganya.
Kemudian, nak dating? Pergi dating dengan satu famili sekali. Rindu nak jumpa? Pergi ziarah rumah bakal mertua. Habis cerita.
Pada saya, konsep nak bercinta untuk dapat redha Allah ini mudah. Apa-apa sahaja yang membuatkan kita dengan pasangan kita ke neraka, adalah apa yang perlu kita hindari. Kita tidak mahu bergaduhan di akhira nanti, salah menyalahkan sesama sendiri.
“Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)” Surah Az-Zukhruf ayat 67.
Susah la…
Ah…
Ini satu ayat lagi yang keluar. Saya tidak faham kenapa susah. Saya ingin tanya, yang kata susah ni, nak apa sebenarnya? Anda tetap nak berdating dua-dua, pegang tangan, manja-manja? Konon-konon taktik ni tak romantik dan sebagainya?
Ah… Saya tak pernah kata taktik ni romantik. Nak buat macam suami isteri, lepas kahwin la. Ini saya bagi jalan, untuk bercinta sebelum kahwin. Jadi kena buat gaya sebelum kahwin la. Kalau nak sentuh-sentuh, nak dua-dua kat taman, nak bonceng motor sama-sama, lepas kahwin la.
Di sinilah yang membezakan mereka yang serius bercinta untuk redha Allah, dengan mereka yang bercinta main-main.
Orang yang faham cintanya adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT, akan melihat masa hadapannya jauh. Dia akan lihat bahawa dia akan jadi suami/isteri kepada orang lain, dia akan jadi ayah/ibu kepada anak-anak, dia akan jadi ketua/pembantu keluarga, dan di akhirat kelak mereka akan menjadi yang dipertanggungjawabkan atas apa yang terjadi dalam keluarga mereka.
Mereka ini, tak akan bercinta untuk seronok-seronok sahaja.
“Apakah kamu mengira, Kami menciptakan kamu sia-sia sahaja? Dan kamu kepada Kami tidak akan dikembalikan?” Surah Al-Mukminun ayat 115.
Maka, adakah dengan kefahaman ini kita yang hendak bercinta kerana Allah akan melakukan apa yang Allah tidak suka dalam perjalanan cinta kita? Malah kita akan percepatkan perkahwinan kita bagi mengelakkan banyak perkara yang Allah benci.
Kalau betul nak romantik sangat, propose la. Habis cerita.
Kemudian sambung cinta kita dengan bercinta selepas kahwin.
Tapi kalau orang tanya, bercinta sebelum kahwin itu boleh atau tidak?
Saya kata boleh. Tapi bila bercinta macam saya cakap tadi la. Selain itu, saya tak kata boleh ya.
Projek Cinta, hanya yang serius
Saya suka la nak tanya geng-geng yang bercinta ni.
Korang semua, masa bercinta ada buat plan tak? Atau terus aja i love you, you love me dan sebagainya? Ada buat perancangan ke? Ada nampak tak cinta ini macam satu projek untuk dapat redha Allah SWT? Atau bila dah suka, pakai redah aja?
Lihat firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka. Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini).” Surah Al-Hasyr ayat 18-20.
Sebab itu, saya kira, ramai yang menafsirkan cinta itu buta. Saya fikir, ‘cinta buta’ itu tak termasuk dalam cinta. Pada saya, cinta itu menghidupkan dan menjelaskan. Itulah dia cinta orang yang beriman.
Bagi yang benar bercinta untuk dapat redha Allah, pastinya membuat perancangan akan cintanya. Macam mana dia nak approach, macam mana dia nak berkenalan, macam mana dia nak melamar, macam mana dia berkahwin, macam mana dia nak bina keluarganya, dengan apa dia nak sara keluarganya, dan sebagainya.
Saya tanya, siapa yang bila bercinta fikir semua ini? Ha… anda nampak beza orang serius dengan orang yang tidak serius?
Saya hairan. Kalau orang ambil peperiksaan, dan ada niat nak berjaya, mereka pulun tak boleh blah punya la. Studi sampai lewat malam. Ada yang sampai termuntah-muntah. Semata-mata nak berjaya.
Tetapi kenapa orang yang kata nak bercinta untuk dapat redha Allah, yang bercinta kerana nak bahagia dunia akhirat, tak ada perancangan, tak ada usaha yang kemas, tak mati-matian dalam menjalankan apa yang Allah nak atas jalan percintaan ini?
Saya hairan dan sangat-sangat hairan.
Sekarang saya mahu anda lihat kembali projek cinta anda.
Persembahkan projek cinta anda itu kepada Allah. Adakah anda rasa Allah akan menerimanya?
Penutup: Bercinta, diri, keluarga, masa hadapan
Dua orang yang bercinta, dan mereka fikir keseronokan diri mereka sahaja, hakikatnya mereka telah zalim kepada cinta itu, diri mereka, keluarga mereka, dan masa hadapan mereka. Mereka yang telah melangkah larangan Allah SWT dalam alam percintaan ini hakikatnya telah mencampakkan diri mereka ke arah kehancuran. Mereka telah menolak kebahagiaan.
Oh, ada yang berkata begini kepada saya:
“Saya buat yang syara’, tapi perkahwinan saya gagal. Kawan saya, dating-dating, couple-couple, tapi perkahwinan mereka sampai sekarang kekal”
Baik, berikan saya statistik kes kahwin ikut syara’ gagal dan kahwin tak syara’ berjaya, bersama dengan statistik bilangan anak luar nikah dan remaja yang jalankan seks bebas. Ya, berikan kepada saya. Jangan anda ukur sesuatu benda itu buruk dan baik hanya dengan kes-kes terpencil sahaja. Cuba anda lihat dunia sekarang yang mengalami masalah HIV dan AIDS yang tak reda-reda?
Saya tidak menilai baik itu apa yang manusia kata baik. Saya juga tidak menilai buruk itu apa yang manusia kata buruk. Saya menilai baik itu apa yang Allah kata baik. Saya juga menilai buruk itu degan apa yang Allah kata buruk.
Dalam bercinta juga demikian.
Kita nak cinta yang Allah redha. Cinta yang Allah senang.
Cinta yang menembus ke syurga.
Bukan cinta yang terhenti sekadar di dunia.






Tidak kan kita merasai indahnya cinta jika dalam cinta itu tiadanya hadir cinta utk yg Esa
”Know that the greatest of losses is for you to be preoccupied
with one who will bring you nothing but a loss in your time with Allah – the Mighty and Majestic – ” (petikan dari http://www.coretanfisabilillah.blogspot.com)
[Reply]
salam,
great artikel! saya share di FB utk teman2 lain juga.
Jazzakallah akhi!
[Reply]
salam laksamana langit
tulisan anta benar2 mginsafkan ana.
syuqran…
namun bagaimana untuk memandu semula cinta ana yg TRLuPAKAN yg ESA spya kembali padaNYA?
[Reply]
Assalamu’alaikum
“Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi ”
~petikan nasyid setanggi syurga~
sesungguhnya , untunglah org2 y menyedari… dan rugilah org2 y tidak menyedari… sdgkan mereka telah di beri kesedaran…
[Reply]
assalamualaikum…tahniah atas perkongsian saudara hilal…mm..ana ingin bertanya …bagaimana bagi seseeorang itu mengenal yang itu merupakan jodoh mereka dan isteri mereka yang akan bersama mereka di akhirat bagi menjalinkan hubungan suami isteri…..maksud ana…kalau kita rasa yg itu mmang jodoh kita dan trus kahwin..namun…adalah kita pasti itu yg pasangan kita yg akan berkekalan hingga akhirat….
ingin mengetahui…hamba yg lemah…
p/s:ana amat setuju dgn idea dan cara yg saudara hilal katakan diats…
syukran…
[Reply]
saya setuju sgt dgn artikel ini.anak muda sekarang memang kurang berfikir sebelum ber”couple”.kenapa ber couple sedangkan si lelaki tak berani nak memasuk minang.bukan kah ber couple itu dah tidak menunjukkan yang hubungan itu sndri tak serius.lebih memaudaratkan kan,itu adalah zina hati.mendekatkan diri kepada maksiat.nauzubillah.
banyak benda yng perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu hubungan.bukan setakat seronok bercinta sahaja.wallahualam
[Reply]
salam akhi hilal…
saya sedari tadika hingga sekarang, x pernah couple dgn sape2. cuba sedaya upaya ikut syariat..tapi, sekarang mak saya dah bising2 suruh kawen cepat. MASALAHNYA, saya tak tau nak cari katne…nak usaha macamana. semuanya BLUR…family plak suruh cari sendiri, nak suruh org carikan malu la plak…yg datang tu pula, bila solat istikharah, Allah bagi hint suruh reject..HA camne tu? apa yg perlu saya lakukan, sampai bila saya mampu bersabar..HU3
[Reply]
ASSALAMUALAIKUM HILAL,,,lame rase nye ana tak jumpe enta lpas anan kuar dari matri…apa2 pon syabas dan tahniah ana ucapkan pada enta krn tlah berjaya menjadi penulis muda musleem yang mahuakn keredhaan ALLAH sbgai ganjaran,,,sungguh terharu ana dgan enta,,,cinta itu buta,,,cinta yang paling besh adlah cinta pada ALLAH DAN RASUL JEK…bagi ana bercinta atau ber couple ni membuang masa dan duit ja,,,takde pekdah pon,,,kalau nakk ikutkan cara terbaik nan rase baik bercinta slps kahwin,,,baru dapat rase nikmat cinta,,,insyaALLAH,,,
[Reply]
salam hilal. bagaimana pula bg yg bercinta bagai nak rak, pegang sana sini hampir terlanjur, dah sentuh semua, merancang nak kahwin, tapi tiba2 si lelaki ni senyap je tinggalkn pempuan tu. sebelum ni dah sumpah setia wallahi wabillahi watallahi kata nak nikah, tak akan tinggal, akan bertanggungjawab sebab dah rasai kenikmatan itu, akhirnya, dia yang tinggal, mungkir janji. nak kata tak tau agama, tapi hakikatnya belajar syariah lagi. boleh bagi komen dan pendapat saudara?
[Reply]
hanya ingin cinta yang diredhai….
[Reply]
“Kemudian, nak dating? Pergi dating dengan satu famili sekali. Rindu nak jumpa? Pergi ziarah rumah bakal mertua. Habis cerita.”
1 famili skali..
mcm mna 2 abg???
[Reply]
sgt3…SETUJU!!!
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada Layang2
Ya, sekarang ini kita mahu cinta yang Allah redha…
- kepada Iman Aisyah
Silakan dengan penuh kehormatan
- kepada melur kuning
Mudah. Muhasabah, dan berubah. Tinggalkan apa yang Allah larang. Buat apa yang Allah suruh. Uruskan kembali cinta itu, agar selaras dengan apa yang Allah mahu.
- kepada jadikan aku serikandi
Ya. Sememangnya dunia ini hanya untuk orang-orang yang merugikan diri sahaja.
- kepada peacemakerislam
Kita hakikatnya, nak confirm 100% pun tak boleh. Sebab, takdir, jodoh, ajal, maut, semuanya di tagan Allah SWT. Tetapi, manusia ada usaha. Kita kena usaha buat yang terbaik.
Jadi, antara usaha yang Allah beri kepada kita adalah istikharah ketika pemilihan pasangan. Seterusnya, usaha kita membahagiakan pasangan. Tak semestinya kita kata dengan perempuan A, kita kekal. Dengan perempuan B, kita cerai. Siapa tahu benda tu?
Jadi, bila dah berhubungan, berhubungan lah untuk kekal.
Masalah nak tahu mana satu yang kita akan kekal, itu saya pun tak boleh nak jawab. Yang saya boleh jawab adalah - berusahalah untuk kekal.
- kepada solehah
Kadangkala, mereka tidak mengetahui. Sebab itu artikel ini muncul, memberitahu.
- kepada luqman
Kalau istikharah jawapannya tolak, maka tolak tanpa ragu.
Teruskan istikharah. Kalau perasaannya kuat untuk melambatkan perkahwinan, lambatkan perkahwinan tanpa ragu. Istikharah bukan hanya untuk cari perempuan, tetapi untuk buat keputusan.
Saya tak nampak masalah dalam hal ini.
Saya senang kalau dah tak ada jalan sangat, suruh aja mak ayah cari. Kita letak spek aja. Mak ayah cakap aja cari sendiri, tetapi kalau kita mintakan, diorang ok aja.
Dan susah-susah sangat, cari la sesiapa yang thiqah sikit, dan minta mereka tolong.
Saya tak nampak ini satu masalah. Boleh fikir sendiri dengan rasional tindakan yag sepatutnya.
- kepada ibnuLan
Ana tak kenal enta sebenarnya. Sebab itu, lebih bagus kalau ada kawan2 lama ana bertandang ke Langit Ilahi ini, sebut nama sebenar agar ana mengingati dan mengenalinya.
Kedua, ana tak setuju dengan statement enta fasal bercinta itu membazir masa. Ana dah terang panjang lebar atas ini berkenaan makna cinta yang sebenar. Sebab itu, di sini, ana usahakan mengajak manusia kepada cinta yang benar.
Ya, mulut mudah cakap bercinta dengan Allah dan rasul aja. Tetapi manusia fitrahnya berteman dan berpasangan. manusia tidak boleh berkahwin dengan Allah SWT. Mestilah dengan pasangan berlainan jenis. Di sini, tidak dinafikan cinta juga wujud di kalangan manusia. Cuma tidaklah setaraf cinta kepada Allah SWT. Kita cintakan manusia, kerana Allah SWT.
Maka, harap intabih hal ini.
- kepada fairuz
Apa kata kamu tanya aja dia? Kenapa dia buat begitu padahal dia sudah ada kefahaman agama?
Saya nak beri komen pun tak tahu nak komen apa.
Pada saya, orang begini sekadar menjadi fitnah kepada Islam dan mereka yang belajar agama.
Dan saya tak pernah rasa, degree, master, PhD dalam bidag Syariah menghalalkan apa sahaja yang Allah haramkan atas muka bumi ini.
- kepada mawarsufi
Itu yang kita mahu…
- kepada nak tau saja
Maksud saya, bila nak pergi beerdating, bawa la ahli keluarga sekali.
- kepada asyRaf
Alhamdulillah. Maka praktikkan dalam kehidupan.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
syabas saudra! ats entri kli ini
[Reply]
kalau saudara hilal pun dah tak dapat nak jawab, apatah lagi si dia yang melakukannya. sumpah semua tu boleh terbatal macam tu ja ka? kalau ianya terjadi pada sahabat saudara sendiri, apa yang saudara akan lakukan sebagai seorang daie?
[Reply]
‘…Hantar surat, atau cakap direct. Tak salah.“Saya suka awak, boleh awak jadi isteri saya?” Mudah. Dosa pun tidak. …’
yang ni,merujuk pada yg kompem akan bernikah dlm mse terdekat ke,or x salah kte luahkn, even kte rasa insya Allah 3-4 tahun lg br boleh/mampu bernikah?
lepas habis study,mungkin.
[Reply]
kepada saudara LUQMAN, ana cadangkan enta pergi ke website Halaqah.Net. sembang ilmu di sana. Halaqah.Net ada panel Khusus untuk Baitul Muslim (perkahwinan).Niat yg baik Allah pasti permudahkan.sekadar cadangan ^~^
[Reply]
MAAF ATAS KHILAF ANA…ana raqiib,,,enta mesti fmiliar dgn name ini…bagi ana bercinta sblum kahwin adalah membazir masa,,,itu mksud ana sbnrnya
[Reply]
TQ hilal dan ukht Nuha….
tapi saya MALU….saya tak prepare lg…tapi mak saya yg bising…papepun Thanks
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada ma’ ul ain
Sama-sama berkongsi, harap banyak manfaatnya nanti.
- kepada fairuz
Oh, kamu nak bicara fasal sumpah dia? Bukan kamu nak bicara fasal syakhsiah dia. Saya fikir, kamu nak bicara fasal syakhsiah dia.
Baik, berkenaan sumpah, sumpah dia tak terbatal la. Dan dia nanti akan dipertanggungjawabkan atas apa yang disumpahkan dengannya.
- kepada EightyNine
Kalau dah ada rasa suka, kemudian dah istikharah dan yakin si dia itu orangnya, apa salahnya luah?
Luah aja la. Saya tak kata boleh pergi sembang melebih2.
Dan mesti la kena ada niat nak jadikan dia isteri atau suami. Kalau main2, mana boleh.
- kepada ukht nuha
Oho… Mungkin Luqman boleh usahakan benda ni.
- kepada ibnuLan
Oho…
- kepada Luqman
Sama-sama…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
contoh bila memang dia tak tunaikan sumpah dia tu, apa balasannya? di akhirat @ di dunia?
[Reply]
Assalamualaikum Hilal,
Pertama, terima kasih untuk artikel ni…
Kedua, bergembiralah kerana dari post2 yang Hilal kongsikan dengan kami ada di antaranya yang telah menjadi asbab,dengan izin Allah,terbukanya hati seorang ummat Muhammad. Saya lihat perubahannya dengan mata kepala saya sendiri…
Bukankah itu yang diharapkan oleh mana2 Daie skalipun?Menjadi tiang hidayah bagi saudaranya yang lain?
Semoga Allah memberi ganjaran pada usaha Hilal berlipat ganda…
Segala puji dipulangkan pada Allah…
[Reply]
salam alaik ya akh… saya masih lagi di alam remaja
~ibarat ulat dalam kepompong~
dari org tua saya, ada beza org tasawwuf dgn org muslim biasa yg mana hati mereka still terikat dgn keperluan dunia… tpi bgi golongan yg hati nya terlalu dalam rasa cinta allah sehingga hati mereka menolak cinta2 yg biasa cth sesama makhluk… lemah dan kerdil saya ni, sbb still bergantung dgn makhluk2 nya… mmg allah ciptakan kita makhluk dgn pelbagai variasi dan profesi yg mana saling melengkapi dalam kehidupan… cuma yg menjadi persoalan, bgaimana org2 “special” allah tadi bisa membentuk diri mereka sehingga ke tingkat seperti itu…
moga allah mengampuni saya, org tua saya dan yg lainnya…
[Reply]
salam…
bagaimana pula kalu parents tak setuju?
adakah perlu utk teruskan cinta atau berhenti setakat itu?
[Reply]
Salam
kembali muhasabah diri
apa yang tidak baik diperbetulkan kembali..
Namun matlamat hidup kita mencari Redha Allah
Cinta Allah adalah CINTA TERAGUNG…
bawalah BADAN kemana-mana
tapi HATI biarlah bersama Allah..
[Reply]
dh byk kali ada org melamar tapi hati selalu rasa ragu2…adakah ini jodoh aku?camne yek nk buat…..
[Reply]
btol ckap awk…saya sokong artikel ni…..tetapi pemikiran org2 melayu sekarang terlalu kolot….sebagai contohnya walimatulurus diadakan secara berlebih-lebihan sehinggakan ader diantara pasangan ingin menunjuk-nunjuk berapa bnyak hantaran yang diberi dan diterima…. Persoalannya sampai bilakah fenomena ini akan berlaku seterusnya menambahkan lagi isu couple serta maksiat dikalangan remaja melayu…..dan ibu bapa wajar meneliti permasalahan ini dengan sedalam-dalamnye
[Reply]
Salam, pandangan yang bernas dan patut menjadi teladan kepada yang sedang asyik bercinta. Semoga anda mendapat rahmat dari Allah.
[Reply]