Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.
Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.
Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.
Apakah pandangan anda?
Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?
Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata
Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.
Betul kan?
Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.
Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?
Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.
“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”
“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”
“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”
Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.
Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?
Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.
Saya suka bertanya.
Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?
Tiada siapa menarik mereka
Kita selalu kata begini:
“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”
“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”
Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT.
Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.
Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.
Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.
Kesilapan kita, adalah di sini.
Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.
Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu
Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.
Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.
Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya.
Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.
Jadi, apakah sikap kita?
Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?
Mereka butuh manusia yang memahami
Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.
Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.
Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?
“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?
Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.
Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.
Ini masalah kita.
Kemudian kita salahkan dia.
Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.
Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.
Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?
Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?
Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?
Yakni tegur, dan pimpin mereka.
Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.
Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama
Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”
Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.
Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.
Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?
“Dia kan budak agama, dia mesti faham”
Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.
Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?
Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?
Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.
So, macam mana sekarang?
Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.
Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan
Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.
“Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?
Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”
Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.
Kemudian, tegur bukan sekali.
Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?
1. Kamu mati.
2. Dia mati.
3. Matahari terbit dari barat.
4. Dia berubah.
Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.
“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.
Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.
Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.
Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.
Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.
Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.





subhanallah….nak nangis baca entry ne..huhuhuhu..
[Reply]
So, don’t judge a book by its cover..Am i right Mr.Hilal?
[Reply]
sy skdar mmberi pndpat..mmg ada bnarnya kte mmbntu mngingatkn mreka ni,tp ade jgk jns yg x bleh time ape yg kte tgur..sy pn bknlah seorg yg baik sgt,sy sndri ade slh slp dan kkurangan,tp apabila org yg kte tgur dn bg nasihat tu x bleh time,apa lg yg bleh sy buat…brdoa dgn hrapn mrk akan insaf dan bleh brubah…mudah2an..
[Reply]
sbb 2 ada istilah ‘tegur yg bagaimana’, kalau nabi pts asa dgn manusia,islam xkn sampai pd kt hari ni..ana ramai sgt shbt2 yg akhirnya memilih utk tggalkan pjuangan, d pling sdih tggalkn biah islam krn x tahan dgn insan2 yg seolah2 rs mrk terlalu suci..dis is sumthg unconcious yg sering kt lakukn sbg pjuang agama..entahlah, ana pn bkn baik, ana pn x kata yg ana betol..tp ana ingat pesan murabbi..agi idop agi ngaban..jgn putus asa dgn msia..msuk neraka pn bkn sbb zina semata2..tringat bila sorang sahabat tanya pada nabi..apa itu akhlak yg baik..nabi jawab..apabila manusia bebas dari tangan dan mulutnya..ada kala, bicara yg menyakitkan hati buleh jauhkan manusia dr agama juga…sama2 muhasabah..sama2 blajar..bak kata SM Zakir, kesimpulan telah kita semua buat,sama2 blajar d menerima…
[Reply]
Entahlah, saya tidak baca habis kerana persoalan didalam tulisan ini sgt klise..persoalan yang disoal, tetapi jawapan yang sgt abstrak untuk diterjemahkan. Kesimpulan yang boleh saya katakan (walaupun saya tidak membaca habis, kerana persoalan yang diutarakan adalah sgt abstrak dan klise), perlukan niat yang ikhlas untuk beragama. Saya menutup aurat bukan kerana saya hanya bersekolah di sekolah agama, tetapi kerana saya adalah muslim dan saya kena patuh walaubagaimana sekalipun. Bukan kerana nak tunjuk WARA’ atau BAIK atau nak dapat jodoh soleh/ solehah ( a crap excuse I guess) , but because I am a muslim. I have a friend that coverred every single of her aurah, but she badmouthing on people, back stab…what is all about? does she wear every single of hijab just want to show off? I might guess yess. Disinilah silapnya seseorang individu itu. Mereka mempunyai niat menjual agama. Niat untuk popular, niat meraih kuasa tetapi percayalah, golongan ini tidak akan berjaya menipu walau sesaat pun. Agama Allah ibarat kain putih yang suci, sedikit terkena debu, ia akan hitam ( pada persepsi manusia jahil) Tetapi bagi manusia berilmu, agama bukan barang dagangan, kerana harganya mahal dan tak mampu terbeli.-Psst: Teringat seorg insan junjung Al-quran untuk pemilihan parti, dan saya tersenyum sendiri…
[Reply]
yes..definitely..
yg plg pntg adalah keikhlasan kt dlm mmbawa agama..insyaALLAH…
[Reply]
subhanallah…..baguslaa anda ini…insya’allah…sy cuba kuat kan semangat untuk menegur….
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada fhmn111
Terima kasih atas perkongsian anda.
Kita bertanggungjawab pada orang sekeliling kita.
Walau siapa pun dia.
Walau siapa pun kita.
- kepada xiaoyu
Semoga, rasa hendak menangis itu Allah redha. Saya kira, apa yang kamu kongsikan itu betul.
Tapi saya tak ambil la agi idup agi ngelaban itu.
Sememangnya, Allah suruh tidak putus asa.
Sesiapa yang berputus asa adalah dari golongan orang-orang yang tak beriman.
Justeru, kita tidak boleh putus asa dalam menyeru manusia ke arah kebaikan.
- kepada miz coral
Silap rasanya.
Ana bukan ajar untuk judge/tak judge orang dalam artikel ni.
Ana nak ajak kita jangan tinggalkan pendosa, walau siapa pun dia.
Baik pendosa itu dulu budak agama, atau bukan.
- kepada putrifirus
Kalau dia tak boleh terima, tegur lagi.
Tak terima, tegur lagi.
Lagi, lagi lagi lagi lagi dan lagi.
Sampailah terjadi macam saya kata di atas, satu daripada empat perkara itu…
Jangan putus asa.
Jangan cakap - apa boleh saya buat, saya doakan aja -
Doa perlu, usaha pun perlu.
- kepada NS1
Maaf kalau saya menegur.
Saya agak kurang senang kalau orang membaca artikel saya tidak habis. Hal ini kerana, ia akan menimbulkan salah interprestasi.
Anda berulang kali menyatakan anda tidak baca kerana ia klise.
Saya tak rasa dalam dakwah tarbiyah, ada sesuatu yang dipanggil klise.
Saya juga, di dalam artikel ini, tidak mengajak pembaca saya mengukur/menjangka niat pemakai-pemakai pakaian agama, pelaku-pelaku kebaikan.
Saya hanya mengajak agar, walaupun mereka ini mengkhianati kepercayaan kita, janganlah kita tinggalkan dia.
Kerana mungkin dia diuji dengan ujian yang tak mampu ditaggungnya.
Kita perlu membantu mereka.
Itu mesej saya.
Memang betul apa awak kata fasal keikhlasan berpakaian.
Tetapi, itu perkara antara diri si pelaku, dengan Allah. Kita tak boleh kata, kesilapan dia hari ini, adalah kerana ketidak ikhlasan dia masa lalu. sebab kita pun tidak tahu dia ikhlas atau tidak.
Kita bukan penghukum. Kita penyeru.
Sebab itu, artikel saya tidak mengajak kita menghukum si pelaku agama..
Saya mengajak kita, untuk tidak meninggalkan mereka yang terjatuh ke gaung dosa.
Harapnya, selepas ini jangan dilangkau2 bacaannya.
Biar tidak silap interprestasinya.
- kepada ukthi
Yang baik2, semuanya daripada Allah.
Manusia hanya berusaha.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
salam..ada betulnya ..apa yang saudara cakap..
walaupun say tak kenla saudara..tapi kita semua saudara seislam..
sememangya ..mengikut pemerhatian sayapun ..product sekolah agama …ramai ..yang “berpaling”..kita hidup sebenarnya MESTI BERSANGKA BAIK..
bila individu tu dari sek agama jadi “tak betul ” macam dia yang dulu,, sangkaan baik kita , satunya ada yang tak kena dengan dia..
hidup manusia penuh ujian ,kesenangan juga ujian..
lebih berilmu , banyak belajr ilmu (agama) seseorang itu ,lebih kuat ujianNya.
yang tidak belajar dari sekolah agama jangan merendahkan diri dengan ‘aku bukan sekolah agama, dia sekolah agama’..tak der.. kita semua sama..hanya taqwa -yang hanya allah tahu..membezakan kita..
satu jalan memperbetulkan yang terserong ,dekati mereka ,fahami mereka ,ingatkan mereka kepada Allah semula..dan dalam masa yang sama kita memperingatkan diri kita kepada Allah..
[Reply]
Hilal Asyraf Reply:
May 30th, 2010 at 7:52 pm
minzee,
terima kasih atas pandangan kamu.
apa-apa hal pun, kita perlu melihat semula diri kita. Apakah kita ini tergolong dari kalangan yang berpaling atau kita ini adalah yang menyelamatkan manusia dari berpaling?
[Reply]
Alhamdulillah. post ni menarik, buat saya sedar dengan diri sendiri, bagi saya idea ke arah buat kebaikan dan melaksanakan tanggujawab. syukran!
[Reply]
Hilal Asyraf Reply:
May 30th, 2010 at 7:53 pm
chaptertwenty,
terima kasih. semoga Allah redha.
[Reply]
syukran ya akh atas jawapnnya..
smoge anta terus diberi ilham dan kekuatan dlm menyebarkan dakwah..insyaAllah
[Reply]
Hilal Asyraf Reply:
May 30th, 2010 at 7:54 pm
terima kasih nur.
Semoga Allah redha.
[Reply]
assalamualaikum…kata2 saudara/saudari buat saya tersedar kembali…yes,manusia mmg x t’lps drpd ksilapan dan khilaf..tpi sygnya x smua org ske m’negur n pduli trhdp org sekelilng..anyway..thanks…
[Reply]
Hilal Asyraf Reply:
May 30th, 2010 at 7:54 pm
Sama-sama kita muhasabah diri dan memperbaiki semula kekurangan kita.
[Reply]
salam,
tiba saya teringat tentang satu situasi yang ustaz penah ckp..orang yg pemarah kita boleh kenal disaat dia marah…orang yang penyabar juga kita boleh kenal disaat dia marah juga..
bagaimana kita nak menegur orang yg pemarah pula? sebab saya penah terdengar sebuah kata-kata hikmah berkenaan ‘jauhi orang yang kasar dan sombong kerana mereka adalah perosak jiwa halusmu…’
sekian.
wasalam
[Reply]
Hilal Asyraf Reply:
May 30th, 2010 at 7:56 pm
Siti,
saya rasa, kata-kata hikmah yang suruh menjauhi itu adalah bermaksud supaya kita tak menjadikan orang yang pemarah sebagai sahabat rapat kita.
Tapi saya tak rasa kata-kata itu boleh dijadikan dalil untuk meninggalkan orang yang pemarah jika mereka buat salah.
1001 cara boleh kita usahakan. Kalau bukan dengan kata-kata, kita tegur dia dengan surat, dengan hadiah dan sebagainya.
[Reply]
no body is perfect….
[Reply]
Hilal Asyraf Reply:
May 30th, 2010 at 8:02 pm
mizamy,
itu memang benar.
Tetapi apakah ianya boleh dijadikan sebagai alasan?
Persoalanya bukanlah kita menjadi sempurna atau bukan. Tetapi persoalannya adalah kita berusaha atau tidak?
[Reply]
salam saudara,saya amat setuju dgn pendpt saudara.Moga Allah berikan kekuatan kepada kita utk tidak terus membiarkan pendosa2 di sana..
dan moga dai’e diluar sana juga tidak membiarkan kita terus berbuat dosa…
cuma soalan sy,bagaimana jika kite telah menegurnya berkali2 dan akibatnya,dia mengambil tindakan utk membalas dendam.Contoh:akan berkelakuan mogok utk melakukan sesuatu apabila kita memintanya melakukan perkara tersebut?
JAzakallahu khoiran
[Reply]
Hilal Asyraf Reply:
May 30th, 2010 at 8:04 pm
anamuslim,
Berkenaan balas dendam, tunjuk tak puas hati, pada saya itu semua hanyalah rencah dalam urusan dakwah.
Jadi, no big deal. Yang sepatutnya kita lakukan adalah terus membantunya.
[Reply]
very nice..sometimes people forget yg manusia tetap manusia…prone to do mistakes xkire la betapa baik pn org tu…
[Reply]
Hilal Asyraf Reply:
May 30th, 2010 at 8:05 pm
ya.
Tetapi dalam kita sedar kita semua manusia, kita juga kena ingat yang semua manusia perlu diberikan peringatan.
[Reply]
marvelous post..thumbs up for you..
[Reply]
Hilal Asyraf Reply:
May 30th, 2010 at 8:07 pm
thanks fastaqim, moga banyak manfaatnya.
[Reply]
Salam semua.
Ada kebenarannya cerita saudara.Cuma elakkan kita asyik menilai dan melihat kesalahan orang lain.Pelajar sekolah agama lahir dari persekitaran yg berbeza.Lahir daripada keluarga yg berbeza.Tidak hairan ada yg terbabas.Tetapi setiap manusia adalah insaan.Iman juga tidak dpt diwarisi.
Orang yg melakukan kesalahan perlu dibimbing.Namun pesan saya ,jangan kita asyik menghukum pelajar sekolah agama kerana pelajar sekolah harian biasa pun tidak kurang hebatnya.Saya dah mengajar banyak buah sekolah.Namun mereka juga tidak perlu dihentam jika berbuat salah kerana mereka juga insaan.Tapi apa yg membezakan apabila berada di sekolah harian biasa , (sekolah prestasi sederhana) dengan sekolah harian agama(prestasi sederhana).Suasananya berbeza.
Kena byk sabar dengan pelajar harian biasa kerana pelajar ada yg kurang adab dgn guru(bukan semua) dan ada yang suka bercakap memaki hamun sesama sendiri,namun pelajar sekolah agama walaupun akademik sederhana dan ada saya jumpa lemah ,jarang saya jumpa yg kurang ajar.Sgt menyejukkan hati…Mostly saya lihat sangat baik.Banyak dah sekolah saya pergi.
Pelajar yg bermasalah biasanya akan menghentam pelajar yg baik,pelajar yg kurang ilmu agama pula akan menuduh pelajar yg bertudung bukannya baik sangat dan kami yg free hair hati lebih baik dan sebagainya….dan saya tahu ada yang menggunakan alasan ini sebagai escapism…
Namun yg pasti,mereka yg menuduh pelajar yg baik tanpa kita sedari sebenarnya telah memenjarakan hati mereka daripada melihat kebenaran.Apa yg saya nampak pelajar yg asyik mencari kesalahan orang tanpa kita sedari sebenarnya ia lupa bahawa dia juga dinilai .
Disekolah saya sendiri pun ,ada pelajar gugur kandungan, berzina dan tak solat memang ramai.Namun jika anda buat kajian sekolah saya dengan sekolah agama yg pelajar akademik sederhana…memang berbeza…Saya percaya pelajar sekolah agama yg terbabas tak ramai berbanding aliran biasa walaupun masyarakat suka menghentam pelajar sekolah agama yg bermasalah.Saya tidak berbohong kerana saya bercakap berdasarkan pengalaman .Agama tidak boleh diwarisi tetapi ia menjaga manusia.
Siapapun kita,hendaklah saling nasihat menasihati.Dan jika ditanya saya,saya suka mengajar di sekolah agama daripada harian biasa sebab faktor pelajar yg menyejukkan hati.Saya tidak kisah pelajar pandai atau tidak cuma yg saya concern akhlaknya .
Ini sekadar pandangan peribadi saya based on my experience as a teacher. .Dan saya bercakap dlm konteks pelajar sederhana (bkn pelajar pandai).Anda bebas untuk menerima atau tidak.
[Reply]
Hilal Asyraf Reply:
May 30th, 2010 at 8:12 pm
Guru selamanya yang saya hormati,
Saya kira bahawa penulisan saya ini bukanlah satu ‘penilaian’. Kala dilihat semula dan dibaca sehingga habis artikel ini, saya kira mesejnya adalah untuk semua orang bersangka baik walaupun pelajar agama itu melakukan kesilapan.
Dan di sini bukan masalah statistik ramai atau tidak ramai. Masalah di sini adalah kalau pelajar agama melakukan perkara yang tak sepatutnya.
Artikel ini membincangkan perihal seorang yang mempunyai status yang baik, hidupnya kehidupan yang baik, sekolahnya sekolah yang baik, dipercayai, kemudian tup-tup dia lakukan perkara yang terbalik dari keadaannya yang sepatutnya. Justeru, bagaimanakah kita perlu berhadapan dengan mereka? Itu sebenarnya yang cuba dibawakan di dalam artikel ini.
[Reply]
saudara mohon copy artikel saudara..unk peringtan teman2ku yg selalu membandingkn pelajr yg belajr agama ini…syukran
[Reply]
Hilal Asyraf Reply:
May 30th, 2010 at 8:16 pm
Silakan. Semoga Allah redha.
Tapi kena ingat, artikel ini bukan nak salahkan budak agama. Artikel ini tujuannya adalah, kalau orang yang kita sangka baik tiba-tiba melakkukan sesuatu yang tidak kita sangka, maka bagaimana kita hendak berurusan dengannya? itu sebenarnya.
[Reply]
saya sgt terkesan. terima kasih.
[Reply]
Hilal Asyraf Reply:
May 30th, 2010 at 8:16 pm
Segala hidayah dan petunjuk itu milik Allah.
[Reply]
Pernah seorang kawan membidas guru-guru agama kat sekolah dia.
” hai guru bahasa Inggeris pun bertudung labuh, ni ustazah pulak, tudung singkat, baju pulak ketat! mcamana ni?” Tunduk malu mereka itu.
Dengar tu memang la kasar, tetapi difikirkan balik ada betulnya.
Tak tahulah, mmg banyk fenomena ni berlaku. Nak salahkan makbapak, dah berhabis duit nak memberi ilmu. Nak salahkan sapa? Guru? Kawan?
Diri sendiri la kot. Tak kuat Iman. (peringatan untuk diri sendiri )
A human is always a human. Selalu berbuat silap.
Sentiasalah beringat , setiap kesilapan hendaklah cepat-cepat diperbetulkan,bertaubatlah kepada ALLAH. ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.
Jgn biarkan ia parah sehingga merobek iman kita.
WALLAHu’ALAM
[Reply]
Hilal Asyraf Reply:
May 30th, 2010 at 8:20 pm
Eyda Adam,
saya rasa, kawan kamu itu pun perlu ditegur juga. Pada saya, nak tegur orang pun kenala jaga kehormatan diri yang ditegur. Janganlah dibidas sampai memalukan.
Ini memang masalah keimanan. Tetapi keimanan juga memerlukan penjanaan. dan penjana bagi iman adalah ilmu. Jadi mungkin dia kurang kefahaman bagaimana syumulnya Islam sehingga dia boleh berkeadaan sedemikian.
Maka, sebagaimana yang kamu katakan di akhir komen kamu agar semua bertaubat, maka seperti itulah kita ajak mereka kembali ke jalan kebenaran.
Bukan mengherdik meninggalkan mereka terkapai-kapai.
Mungkin mereka ada masalah mereka.
Siapa tahu.
[Reply]
thnx kpd mrk yg mnyiarkn blog niy..maat taufiq=)
[Reply]
Hilal Asyraf Reply:
May 30th, 2010 at 8:20 pm
terima kasih nurulsafeeomar.
Semoga Allah redha.
[Reply]
this is what i thought~
well… saya ni bkn la tegolong dlm golongan yg bertudung… tetapi tdk la menonjolkn aurat dgn melampau… (agknyalah…so far tade org pn ckp seksi). sy ade seorg kenalan… yang mana die bertudung…menutup aurat…solat tak tinggal… tp dia x kesah berdua-duan dgn teman lelakinya di tempat gelap…berpegangan tangan dan juga berpelukan… so my point is… siapalah saya (golongan x menutup aurat) utk menegur si dia… kalau d tegur juga katanya cemburu… niat asal nya baik di katakan cemburu… layakkah saya utk menegur dia sedangkan dia lebih baik (menutup aurat)…? utk tdk memanjangkan isu, sy mengambil keputusan utk tdk mengambil kisah…
saya merupakan bekas pelajar sekolah rendah agama…pagi sekolah kebangsaan, petang pula ke sekolah agama… ye dahulu memang sy memakai hijab ke sekolah mahu pn d luar… namun ianya berkekalan sehingga saya di tingkatan 3.. ketika itu saya mendapati rakan2 saya hny menutup aurat (memakai hijab) sekadar mahu mematuhi peraturan sekolah di mana tidak boleh mewarnakan rambut… oleh kerana itu saya berpendapat bhw tidak semua perempuan bertudung itu baik… namun ada juga yg betul2 menunjukkan keperibadian seorg muslimah sejati… ade pepatah “kerana nila setitik rosak susu sebelanga..” sy tdk mahu menjadi nila…dgn itu sy berkeputusan utk meninggalkn hijab… sya tahu d suatu hari sy akn memakainya kembali (insyaallah) cuma buat masa sekarang saya masih belum bersedia…
[Reply]
ummu Reply:
May 28th, 2010 at 9:29 pm
miss archi..
nak berubah kepada benda baik tak boleh tangguh2. ok cuba saudari bayangkan belum sempat saudari pakai tudung, tiba2…….ajal datang menjemput saudari terlebih dahulu…. nauzubillah… kita tak tau kan bila kita mati?mati itu tak syaratnya tua.baby, budak kecik, org muda, org tua,org kaya, org miskin, PM, menteri, semua boleh mati bila2 pun Allah nak. berubah sekarang. ok?! saudari tau kan buka aurat ni adalah dosa besar.bukan perkara kecik. Nabi SAW melihat perempuan yang digantung rambutnya dengan otak yang mendidih dalam api neraka semasa peristiwa isra’ mikraj… Allahu rabbi.betapa pedih azab Allah.sy nasihat ni sbb sy syg saudari sbg saudara seakidah saya.bukan ape, sy tgk ramai sgt dh remaja sekarang dah tersasar. sedih bukan kepalang….
if saudari rasa xde kekuatan untuk pakai tudung, saudari mintak kekuatan tu dari Allah. mintak sungguh2…. dari Allah kita dtg dan kepadaNya lah kita kembali. wallahua’lam.
<3 miss archi =)
[Reply]
miss archi Reply:
May 30th, 2010 at 7:07 pm
assalamualaikum…
ye…saya tahu ajal 2 x mengira usia… dan saya juga tahu membuka aurat itu juga dosa besar… bkn saya tdk pernah memakai tudung…pernah…cuma, sy tidak mahu menjadi seperti org (perempuan) lain dimana mereka hanya memakai tudung tetapi mengenakan pakaian yg ketat…berlengan pendek… setahu sy aurat seorang muslimah itu bkn sekadar rambu sahaja… saya ada juga beberapa teman yang hanya memakai tudung tetapi tidak menunaikn solat…ataupn hanya solat during exam week… saya bkn hendak menuding jari kepada sesiapa (dont get me wrong)…sy cuma tdk mahu meletakkn diri sy seperti di tempat mereka… saudara ada berkata, “rmi sgt dah remaja sekrg dah tersasar.” saya bersetuju…namun golongan yang tersasar itu ada juga d kalangn yg memakai tudung…bagi saya adalah lebih memalukn sekiranya bg individu itu memakai tudung, tetapi melakukan perbuatan x elok di khalayak ramai atau d belakang…sesungguhnya Allah itu maha melihat~
ya..sy tidak mengenakan tudung di kepala namun alhamdulillah sehingga kini sy tidak ingkar perintahNya utk menunaikan solat. saya berpendapat kesucian di dalam itu lebih penting drpd luaran…
[Reply]
ummu Reply:
May 30th, 2010 at 8:03 pm
waalaikumussalam…
Alhamdulillah..semoga kita terus memelihara solat yg menjadi tiang agama, yg merupakan amalan pertama yg akan dihisab di akhirat kelak. emm dlm hal akhirat kan saudari, kita tak boleh nak compare dgn org yg bawah dari kita sebaliknya kita kena compare diri kita dgn org yg lebih dari kita, cth :
” dia jage pergaulan dia dgn lelaki la, aku ni pulak bebas je kawan dgn lelaki”
“dia tak ckp kasar pun dgn mak dia, aku kalu mak aku tegur aku tengking mak aku”
“sopan je dia pakai baju kurung, aku ni pulak ntah hape2 je pakai”
n bla, bla, bla…..
then bila kita sedar diri kita tak betul, kita WAJIB berusaha ke arah lebih baik.ke arah lebih baik ni bukan lah maksudnya, contoh:”aku x solat,tp sekarang ok r solat gak 2,3x sehari”. walaupun dah berubah kearah lebih baik tp still x ikut syari’at yg betul kan sbb sepatutnya solat wajib 5x sehari. so berubah kearah yg lebih baik tu maksudnya mengikut ape yg Allah nak. dlm islam, kita tak boleh nak ambik sikit2. tak blh solat je. atau puasa je. atau jage aurat je. tp kite kena ambik semua.baru sempurna diri kita sbg muslimah sejati =) ala mcm masak la, kalau kita letak rempah kari je, garam tak isi, ape tak isi.jadi ke masakan kite tu?semestinya tak kan.begitulah islam yg bersifat menyeluruh. bg org yg jage aurat je tp solat tak jage contohnya, ha kita ambik perkara yg baik dari dia tu, ikut care pakai dia, yg x solat tu payah la ambik.bg org yg jage aurat tp tak jage pergaulan dgn lelaki, so kite ikut la care pakai dia, care pergaulan dia tak payah la ikut.ambil yg jernih buang yg keruh.wallahua’lam
ummu Reply:
May 30th, 2010 at 8:10 pm
ramai yg dah tersasar tu sy tak merujuk hanya kpd golongan yg free hair. tp baik dari yg ‘tak berpakaian’ sampai la yg berlitup habis. dan sy tak maksudkan juga yg tersasar tu, tersasar dari segi cara berpakaian tetapi jugak care pergaulan dgn lelaki, promote diri(tayang pic) kat fb, n so on…
Hilal Asyraf Reply:
May 30th, 2010 at 8:36 pm
Assalamu’alaikum.
Miss Archi,
Saya berpandangan bahawa, ‘takut jadi nila setitik yang merosakkan susu sebelanga’ bukanlah alasan yang sepatutnya dikeluarkan. Artikel saya di atas ini, kalau diteliti semula, bukanlah hendak menyelar mereka yang bertudung tapi buat kejahatan. Artikel saya mengajak manusia agar bersangka baik dengan mereka. Dan saya mengingatkan juga betapa keadaan mereka itu adalah fitnah jika mereka tidak menyedarinya.
Tetapi tidak sesekali artikel ini berkata: “Maka kalau rasa diri tak bagus, janganlah buat kebaikan sebab takut jadi fitnah”
Bukan ya.
Sepatutnya, kita gerakkan diri kita untuk berubah dulu. Kemudian jatuh bangun dalam perubahan itu, kita manage. Bukannya sebab takut kita ni nanti dilihat sebagai ‘nila setitik yang rosakkan susu sebelanga’, maka kita jauhi perubahan. Sedangkan, Allah SWT menyuruh kita agar tidak melewat-lewatkan taubat. Sebagaimana bicara ummu bahawa maut itu bila-bila. Jadi lebih baik kita mati dalam keadaan berusaha menjadi baik walau tak sempurna dari mati dalam keadaan tak usaha apa-apa.
Tutup aurat dan solat itu hakikatnya adalah manifestasi keimanan. Pada saya, jangan diukur orang yang tutup aurat tapi tak solat dengan diri kita yang solat tapi tak tutup aurat. Mereka berjaya menutup aurat, tapi tak berjaya dalam jaga solat. Kamu tak tutup aurat tetapi jaga solat. Hakikatnya, tiada lebihnya kamu berbanding mereka yang tutup aurat tapi tak solat. Mereka berjaya satu sisi gagal satu sisi. Kamu berjaya satu sisi gagal satu sisi. Maka solusinya adalah kita usaha berjayakan sisi yang kita masih gagal itu. Bukannya pandang sisi yang kita berjaya itu lagi bagus sampai tak mahu nak baiki sisi yang kita gagal.
Dan saya hakikatnya tidak bersetuju dengan statemente: “Kesucian dalaman itu lebih penting dari luaran”
Hakikatnya, di dalam Islam, yang luaran itulah bukti apa yang ada di dalam. “Iman itu bukan dengan angan-angan dan bicara, tetapi apa yang tersemat di dalam hati dan dibuktikan dengan amal”
Maka, kegagalan kita dalam tutup aurat ke, dalam solat ke, itu semua bukti keimanan kita berada di tahap mana.
Apakah menutup aurat itu satu benda luaran sahaja?
tidak. Ia lebih dari sekadar pakaian menutup tubuh dari terdedah. Tetapi ia adalah bukti ketundukan jiwa kepada arahan Allah. Nampak?
Macam solat. Apakah solat itu hanya pegerakan sahaja? Tidak. Ia adalah bukti ketundukan jiwa kepada arahan Allah. Nampak?
Jadi, tak tutup aurat, sama sahajalah dengan tak menjaga dalaman diri.
Harap kamu perhatikan bicara saya, dan fikir dengan panjang akan kebenarannya.
Semoga Allah redha dengan kita semua.
ummu Reply:
May 30th, 2010 at 9:23 pm
thumbs up to hilal!
btw, firman Allah : innasolata tanha anil fahsya i wal mungkar-”sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”
maksudnya di sini, solat yg kita dirikan 5 waktu sehari itu mampu mencegah diri kita dari melakukan perkara maksiat/menyalahi hukum Allah.tapi if kita still tak tinggalkan perkara tu semua, means kita kena lihat kembali pd solat kita. adakah solat kita sempurna? atau kita solat sekadar memenuhi rukun islam yg ke2? atau kita solat krn kita lihat org lain solat jd kita pun solat? atau kita solat krn mak ayah suruh? nenek suruh? atuk suruh? kawan2 suruh? cikgu suruh?
renung-renungkan dan selamat beramal =)
lia Reply:
June 2nd, 2010 at 5:36 pm
miss archi.
jgnlah begitu….mengambil contoh yang buruk untuk menjustifikasikan diri kita untuk tidak mengikut perintah allah. allah tuhan kita, kita kena dengar cakap allah bukannya jadikan contoh org yg menutup aurat tetapi buat jahat sebagai alasan untuk tidak menurut perintah allah menutup aurat…..cubalah fikir bolehke saudari cakap depan allah esok..’aku tak tutup aurat sebab sipolan dan sipolan itu tutup aurat tapi dengan dating dengan pakwe’……jgn salahkan org…..ikut aje al-quran dan sunnah.
ouhh bila org pakai tudung labuh buat salah , “mereka manusia byse”…
then?owg yg tak pkai tudung nie alien lahh sampai dah takde perasaan untk dijagee???
p’s:i hate people yang selalu rase dye lah ‘ahli syurgaa’ !!
sory if terkasar..but siyesly menci golongan mcm tuhh
[Reply]
ummu Reply:
June 7th, 2010 at 7:14 pm
hoho beremosi ye ika. ika jom kite kawan
yg x pakai tudung pun manusia biase la ika. semua org same taraf je. hanya amalan yg membezakan kita ni mulia ke tak di sisi Allah.. bukan harta. bukan pangkat. bukan straight A’s. bukan 4 flat. bukan mumtaz….
~nk jd ahli syurga~~
[Reply]
subhanallah
[Reply]
salam cik hilal.
soalan saye, macam mane nak tgur kawan bekas satu sek agame, yang die sendiri mengaku xreti solat& mengaji? cakap macam xpernah sekolah agame. life xpayah cakap la,dah macam orang putih. teringin nak tegur,tapi tulah xtau macam mane nak approach. takut tersilap langkah. die sendiri lebih baik dari saye mase zaman sekolah. hati memang menjerit nak tegur,tapi bile depan mate xmenjadi.entahhlah doa saye moga satu hari die terbuka hati
[Reply]
mari menuju redha Allah Reply:
July 18th, 2010 at 6:50 pm
tegur je direct. or at least bg artikel2, link2. link langitilahi ni pun amat sesuai..
[Reply]