Langit Ilahi Rotating Header Image

Perkongsian: Doa tanpa usaha, tak ada makna.

Doa, doa, doa. Jangan lupa usahanya.

Doa, doa, doa. Jangan lupa usahanya. ~ picture by silver dragon of deviant art

Satu hari, di dalam kelas, Dr ‘Ala Hilat, pensyarah Aqidah saya ada berbicara berkenaan keadaan ummat Islam dan yahudi. Dia bercakap perihal kemenangan dalam peperangan di akhir zaman ini. Dan di dalam kata-katanya, dia berkata:

“Doa tanpa usaha, tidak akan memberikan apa-apa faedah”

Dia menyentuh perihal ummat Islam yang sering berdoa itu dan ini, tetapi tidak bergerak ke arah apa yang didoakan mereka. Berdoa untuk kuat, tetapi melemahkan pula diri sendiri dengan maksiat dan kerendahan disiplin. Berdoa untuk menang, tetapi menewaskan pula diri sendiri dengan keingkaran dan kerosakan sosial.

Kata-katanya mengetuk minda saya.

Allah dan kasih-sayang-Nya

Allah SWT amat pengasih dan Maha Penyayang. Tiada siapa di dalam dunia ini, yang mampu menandingi Allah SWT dalam apa jua hal. Dialah pencipta kita, Maha Tahu Segala-galanya, Maha Melihat dan Maha Mendengar, Maha Perkasa dan Maha Berkuasa.

Kita boleh lihat tanda kasih-sayang Allah SWT dalam ayat-ayat berikut:

“Apabila hambaku bertanya kepadamu(wahai Muhammad) berkenaan aku, sesungguhnya aku amat dekat. Aku memperkenankan permohonan yang berdoa apabila dia berdoa kepada Aku…” Surah Al-Baqarah ayat 186.

“Dan berkata Rabb kalian: Berdoalan kepada Aku, nescaya akanKu perkenankan…” Surah Al-Ghafir ayat 60.

Maka, ramai insan yang silap dalam kefahaman kasih sayang Allah SWT ini. Mereka kira, cukup sekadar berdoa sahaja tanpa berusaha. Mereka merasa sudah puas jika hanya berdoa, lalu perubahannya diserahkan bulat-bulat kepada Allah SWT.

Ini adalah kefahaman yang hakikatnya, mengkhianati kasih sayang Allah SWT kepada manusia.

Analogi sahabat saya

Sahabat saya, Ikhwan Subberi satu hari ada berkata:

“Kita ni, kalau berdoa tanpa berusaha, tidak akan berguna apa-apa. Macam kita hendak laci terbuka. Kita berdoa kepada Allah untuk dibantu kita membuka laci itu, tetapi kita tidak berusaha untuk membuka laci itu, maka laci itu tetap tidak akan terbuka. Sedangkan, Allah hendak memakbulkan doa kita. Yang kita perlu lakukan adalah, berusaha membuka laci itu”

Ya, kita minta pada Allah macam-macam. Hendak lulus ujian, hendak menang dalam pertandingan, hendak kahwin dengan orang yang baik, hendak jadi orang yang soleh, hendak bertaubat dari dosa, hendak kaya, hendak menewaskan Israel dan sebagainya. Tetapi kita tiada usaha. Maka apakah pantas Allah memakbulkannya?

Apa kata Allah?

Sebab itu, kita perlu melihat Al-Quran itu secara sepenuhnya. Allah SWT sendiri mengarahkan manusia untuk berusaha. Kita melihat dahulu dua ayat yang saya utarakan tadi.

Apakah sambungan ayat-ayat itu? Mari kita lihat:

“Apabila hambaku bertanya kepadamu(wahai Muhammad) berkenaan aku, sesungguhnya aku amat dekat. Aku memperkenankan permohonan yang berdoa apabila dia berdoa kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu(dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik dan betul. Surah Al-Baqarah ayat 186.

“Dan berkata Rabb kalian: Berdoalan kepada Aku, nescaya akan Aku perkenankan. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dan takabbur, daripada beribadat kepadaKu, akan masuk ke neraka jahanam dalam keadaan hina Surah Al-Ghafir ayat 60.

Lihat? Semuanya membutuhkan amal, usaha, ketaatan.

Tidak akan termakbul doa kita, tanpa usaha. Jika hendak berjaya di dalam peperiksaan, kita perlu studi. Di samping itu kita berdoa. Hal ini kerana, kejayaan tetap di tangan Allah SWT. Namun usaha kita studi itu adalah untuk memenuhi tanggungjawab kita sebagai hamba Allah SWT. Allah menyuruh kita berusaha, maka kita berusaha.

Hendak bertaubat dari dosa, kita perlu berusaha meninggalkan dosa-dosa kita. Namun, yang sebenarnya membantu kita meninggalkan dosa-dosa kita adalah Allah SWT. Namun usaha kita meninggalkan dosa tadi adalah untuk memenuhi tanggungjawab kita sebagai hamba Allah SWT. Allah menyuruh kita berusaha, maka kita berusaha.

Inilah dia hakikatnya makna ayat Al-Quran yang bermaksud:

“Sekiranya kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkal lah kepada Allah” Surah Ali Imran ayat 159.

Kenapa selepas membulatkan tekad, Allah tidak sebut berusaha, baru bertawakkal?

Hal ini kerana, tawakkal itu perlu bergerak seiring usaha yang dilakukan. Usaha itu sendiri salah satu dari tawakkal kepada Allah SWT.

Sebab itulah Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu bergerak terlebih dahulu mengubah apa yang ada dalam diri mereka” Surah Ar-Ra’d ayat 11.

Jadi, soal diri kita.

Di mana usaha kita?

Penutup: Jangan Kita Khianati Allah

Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ujian di dalam kehidupan ini adalah untuk melihat keimanan kita. Malah, jika hendak dibandingkan dengan nikmat syurga yang Allah bakal beri, maka ujian di atas dunia ini kelihatan seperti masalah kecil sahaja.

Allah berikan kita pelbagai perkara dan kemudahan. Allah SWT juga mewujudkan kepada kita banyak peluang-peluang kebaikan. Maka bagaimana kita menggunakan kasih-sayang Allah SWT ini?

Ada orang berkata begini:

“Alah, apa salahnya buat dosa-dosa ni. Nanti taubatlah. Allah kan Maha Pengampun?”

Mereka ini adalah pengkhianat kepada kasih sayang Allah SWT. Sama juga mereka yang menyangka doa akan termakbul tanpa usaha.

Allah mengasihi kita, menyayangi kita, mencintai hamba-hambaNya. Tetapi siapakah antara kita yang menghampiri-Nya?

“Allah menjadikan malam itu untuk kamu berehat di dalamnya, dan siang itu terang benderang (untuk kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan nikmat-Nya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi banyak manusia tidak bersyukur” Surah Al-Ghafir ayat 61.

Tetapi banyak manusia tidak bersyukur….

Mari kita muhasabah diri kita.

Perbaiki diri kita.

Bergerak menjadi hamba yang sebenarnya.

Print This Post Print This Post

16 Comments

  1. insan kerdil says:

    menarik…. mari kita bersama-sama bermuhasah…
    kuatkan diri untuk terus istiqamah..
    semoga dtetapkan hati sentiasa menjadi hambaNYA yg sebenar….

    [Reply]

  2. Ariffah9 says:

    salam, huhu, doa tanpa usaha~
    sgt xpatut… :oops:

    [Reply]

  3. nur-najah says:

    salam..

    btul3..
    sy jga trtarik dgn ayat ni.

    “Allah menjadikan malam itu untuk kamu berehat di dalamnya, dan siang itu terang benderang (untuk kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan nikmat-Nya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi banyak manusia tidak bersyukur” Surah Al-Ghafir ayat 61.

    semoga kita x trgolong dlm kalngan org yg x bersyukur malah, sentiasa brusaha untuk mndapatkan nikmat Allah..

    usaha
    doa + ————-> hasil
    tawakkal

    [Reply]

  4. usaha, doa, tawakal

    [Reply]

  5. pencari_cinta-Nya says:

    setuju..tanpa usaha,doa & tawakal formula kejayaan x kn sempurna.

    sedih ble melihat umat Islam yg malas mencari ilmu sdgkn hidup ini terlalu singkat dan terlalu byk perkara yg perlu kte lakukn sbg khalifatullah,hamba Allah & daei ilallah.too many things to do,but there’s only too little time.
    andainya mereka tahu bhw betapa liciknya perancangan musuh2 Islam utk melemahkan mereka.
    Islam akan menang suatu hari nanti,tp tnpa usaha dr umat Islam sendiri,mampukah kte berjaya???
    buka mata,buka hati,fikir3knlah….

    [Reply]

  6. smile_hasni says:

    salam….
    nice….
    kdang2 kte terlalu tawakkal….huhu…
    semoga kte x tergolong dalam manusia yng mengkhianati tuhan…
    teringat nasyid mawarddah,,,,terima kasih tuhan..huhu

    [Reply]

  7. Noor Faiza says:

    Assalamu’alaikum…

    “Sekiranya kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkal lah kepada Allah” Surah Ali Imran ayat 159.

    Jazakallah khair Hilal…saya memerlukan nya saat ini…Moga Allah beri yang terbaik…Ameen

    [Reply]

  8. Layang2 says:

    “Sekiranya kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkal lah kepada Allah” Surah Ali Imran ayat 159.

    Allah mengingatkan saya lagi. :’-)

    (Bulat kan tekadmu wahai diri,kerana Allah telah memperkenankan doa mu untuk menghindari dirinya.)

    Terima Kasih untuk membenarkan diri ini bermuhasabah sentiasa. :smile:

    [Reply]

  9. kakfiza says:

    Assalamualaikum Hilal..

    Terima kasih atas peringatan…

    Akak nak Hilal berkongsi pandangan, dalam kita melakukan sesuatu, memang kita berusaha, berdoa & bertawakkal.
    Tapi bagaimana membezakan sesuatu pemberian Allah itu samada ianya petunjuk atau ujian?

    [Reply]

  10. iman says:

    Apa jua sering kita lakukan setiap sesuatu sama ada baik dan buruk kita akan diuji olehNYa supaya kita merasai kehadiran Allah dalam setiap gerak hati kita untuk menjadikan diri ini lebih beriman dan juga memperingati diri supaya ingatkan yang Maha Satu..Isya Allah.. Berdoalah supaya diberi hidayah dan petunjuk menuju kejalan yang bahagia damai disana bersama umat nabi Muhammad S.A.W..

    [Reply]

  11. faqir says:

    ‘usaha…’
    ’semangat..’
    camna nak eratkan hubungn antara ‘mereka’?

    [Reply]

  12. Hamba Allah says:

    salam….sebenarnya saya da lama sgt beli VT…Tapi entah kenapa susah sekali nak mula bacanya… mungkin sebab langsung xpernah ambil tahu pasal volleyball..Lagipun macam novel utk muslimin je… Jadi, cuma simpan je novel tu.. Tiba2 semalam tergerak la hati nak baca, rupa2nya bila dah start baca, susah nak berhenti, tak sedar masa berlalu… sampai malam2 pun baca nak habiskan. Bila habis, sedih plk sebab cerita tu dah nk habis, sebab cerita tu alhamdulillah, best…. walaupun jujurnya, time part main volleyball, langsung xfaham sebab xpernah main, tapi sebab jalan cerita yang mantap dan berkesan di hati, tetap teruskan pembacaan dgn penuh minat dari awal hingga akhir…. :neutral:

    [Reply]

  13. lightofkeeper says:

    bila kita rs dh berusaha sngguh2
    tp stil xdpt hasil yg diinginkan
    adkh itu ujian dr Allah?

    [Reply]

  14. mujahidah cinta Ilahi says:

    Assalamu’alakum,,

    Ya Allah!! Lama benar ana tidak menjengah Langit Illahi. Rasa tersangat sangat rindu pada pengisiannya yang sangat memberi kesan pada jiwa.

    Ana harap tidak terlambat untuk ana mengutuskan Selamat Ulang Tahun yang ke-21!! Mudah-mudahan anta dirahmati, sentiasa berada dalam kasih sayang Allah, bahagia bersama yang tersayang dan perjuangan anta mendapat pertolongan Alah.

    Salam ukhuwwah mahabbah fillah,,

    [Reply]

  15. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada insan kerdil

    Ya, mari kita bergerak, memperbaiki diri.

    - kepada Ariffah9

    Ya, semestinya.

    - kepada nur-najah

    Semoga Allah membantu kta untuk menjadi hamba-Nya yang baik.

    - kepada karipap sardin

    Ya, itu formulanya.

    - kepada pencari_cinta-Nya

    Islam itu, Allah akan terus menjayakannya. Tetapi jika kita tidak berusaha, maka kitalah yang akan rugi kerana terkeluar dari kafilah kejayaan ini.

    - kepada smile_hasni

    Terlalu tawakkal?
    saya tidak memahami ayat ini.
    Saya rasa, tawakkal, tidak akan ada keterlaluan di dalamnya.
    Cuma, perlu faham cara bertawakkal sebenarnya.

    - kepada Noor Faiza

    Semoga, Allah memenuhi keperluan kamu.

    - kepada Layang2

    Amiiin, semoga Allah redha.

    - kepada kakfiza

    Buat apa hendak membeza-bezakan pemberian Allah SWT kepada kita?
    Pada saya, semua pemberian-Nya ada petunjuk, dan ada juga ujian di dalamnya.

    - kepada iman

    Semoga Allah membantu kita….

    - kepada faqir

    Dengan keimanan. Itu jawapan saya.

    - kepada Hamba Allah

    Alhamdulillah, semoga manfaatnya berjaya dibumikan.
    semoga Allah redha dengan kamu.

    - kepada lightofkeeper

    Ya. Itu ujian daripada Allah SWT.

    - kepada mujahidah cinta Ilahi

    Alhamdulillah.
    Jazakallah.

    Semoga Allah redha…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  16. Salam. Doa tanpa usaha itu bohong, usaha tanpa doa itu sombong~ :lol:

    [Reply]

Leave a Reply