
Berkongsi beberapa perkara dengan Ustaz Hasrizal. Dia mengajar saya beberapa perkara. Maka dia adalah guru saya juga.
Hari ini bukan 16 Mei. Tetapi saya kira, tiada halangan untuk saya menulis berkenaan menghormati guru. Hal ini kerana, hari ini saya terkenang akan guru-guru saya yang telah banyak mendidik saya.
Kamu tahu, kalaulah tiada guru yang mengajar saya 123, ABC, Alif Ba Ta, saya tidak akan berdiri di atas tempat saya berpijak hari ini. Begitu jugalah seorang perdana menteri, seorang pendakwah, seorang imam, seorang saintis, tidak akan mampu menjadi seperti apa yang mereka jadi, tanpa guru.
Hari ini, manusia memandang guru bagaimana?
Apakah masih ada rasa hormat kita pada mereka?
Mereka itu menghormati guru
Saya membawa kepada anda dua peribadi sebagai contoh, menunjukkan betapa pentingnya kita menghormati guru.
Peribadi 1: Dia adalah Imam As-Syafi’e Rahimahullah. Seorang manusia yang agung di dalam sejarah manusia, seorang genius di zamannya. Tetapi lihatlah kerendahan hatinya bila bersama gurunya.
Imam Asy-Syafi’e pula ada berkata: “Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik dengan perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak mendengar(bunyi selakan itu, lantas menganggu pengajaran)”
Dia, Imam Asy-Syafi’e yang mengasaskan mazhabnya sendiri, juga menghormati guru.
Malah, sehingga menjaga selakan kertasnya dari berbunyi.
Bagaimanakah kita?
Peribadi 2: Sultan Muhammad Al-Fateh. Seorang manusia yang hebat dalam sejarah insan, seorang genius perang yang berjiwa gigih. Pada umur 23 tahun, dia telah berjaya menawan Konstantinopel yang kukuh.
Pada peperangan yang sengit itu, dia telah membawa gurunya bersama-sama untuk membimbingnya.
Malah pada saat peperangan sedang getir dan kemuncak, dia merayu supaya gurunya mendoakannya. Sedangkan dia mempunyai ilmu perang yang genius, ketenangan yang tinggi, peralatan yang cukup untuk merobohkan Konstantinopel.
Namun dia masih merendah diri.
Seakan dia tidak tahu apa-apa.
Itu ketundukan seorang raja.
Kita?
Arahan daripada Allah dan Rasul untuk mencari ilmu
Allah SWT berfirman:
“Bertanyalah kamu kepada ahlu Dzikr, sekiranya kamu tidak mengetahui” Ayat ini terdapat dalam surah An-Nahl ayat 43 dan Al-Anbiya’ ayat 7.
Allah SWT tidak menyuruh kita duduk diam jika tidak mengetahui. Allah SWT mengarahkan kita pergi mencari.
Di sini letaknya ketinggian guru. Betapa guru itu merupakan pintu kepada ilmu.
Diriwayatkan dari Imam At-Tabrani dalam kitabnya Al-Kabir, Muawiyah RA telah berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Wahai manusia, sesungguhnya ilmu itu hanya mampu diperolehi dengan belajar. Dan kefahaman itu akan didapati dengan memperdalaminya. Dan barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT, maka akan diberikannya kefahaman pada agama. Sesungguhnya yang takut kepada Allah adalah mereka yang berilmu” Riwayat Tabrani.
Maka adalah perlulah kita menundukkan diri kita menghormati guru yang telah berjaya mendidik kita. Sesungguhnya, tanpa jasa mereka berpenat lelah melayan kerenah kita, mendidik mengasuh ilmu di dalam pemikiran kita, maka sesungguhnya kita tidak punya apa-apa.
Saidina Umar Radhiallahu’anh pula ada berkata:
“Kematian seribu ahli ibadat yang beribadah sepanjang malam itu, adalah lebih ringan dari kematian seorang alim yang mahir akan ilmu halal haram dalam syariat Allah SWT”
Justeru, adalah perlu kita mengambil peluang, selagi mana wujud untuk meneguk ilmu daripada mereka yang mengetahui. Sesungguhnya, pada ilmu itu terdapat cahaya untuk membuka jiwa kita.
Ini adalah adab
Menghormati guru, orang yang berilmu adalah satu adab yang cantik dan perlu kita perhalusi. Adab inilah yang semakin lama sudah semakin luntur dalam masyarakat kita.
Tidak salah jika kita kamcing dengan guru sehingga tahap seperti kawan. Tetapi, adalah salah jika kita tidak beradab dan kurang ajar kepadanya.
Sesungguhnya, penyampaian ilmu itu ada hubung kaitnya dengan hati.
Guru yang mempunyai rasa tidak enak pada pelajarnya, akan menyebabkan pelajaran ilmu itu akan terganggu. Mungkin sahaja si pelajar berjaya meraih 11A1 dalam SPM, tetapi dia ada kemungkinan membawa ilmu yang tidak barakah. Pelabagai perkara boleh terjadi. Paling kurang, di akhirat nanti dia akan dipersoalkan oleh Allah SWT akan adabnya terhadap guru.
Guru juga adalah manusia. Mereka juga punya silap. Tetapi kita sebagai anak muridnya perlu berlapang dada. Menerimanya seadanya. Hal ini kerana, dia memberikan manfaat kepada kita dengan sabar memberikan ilmu.
Sejahat-jahat guru, selagi mana dia menumpahkan ilmu, maka adalah perlu untuk kita menghormatinya. Jika hendak menegur bukan tidak boleh, tetapi tetap perlu ada adabnya.
Setinggi mana pun kita capai pada usia dewasa kita, ingatlah betapa ada guru yang selama ini mendidik kita. Betapa genius pun akal kita, ingatlah ada guru yang membimbingnya.
Saya tidak nampak ruang dan sebab, untuk seorang murid mendabik dada kepada gurunya.
Malah saya kira, kalau hubungan antara murid dan guru ini baik, maka akan terhasil satu sinergi yang cantik. Perkongsian ilmu yang lebih luas, dan kedahagaan kepada ilmu yang lebih tinggi.
Tiada ruginya menghormati guru. Yang merugi hanya yang tidak mengambil peluang bersama guru mereka.
Penutup: Ilmu penting, maka guru pun penting
Kita sudah tahu betapa pentingnya ilmu. Malah, bagi sesiapa yang mencari ilmu, akan dipermudahkan jalannya ke syurga.
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang merintis jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga” Riwayat Bukhari dan Muslim.
Tetapi di mana hendak mencari ilmu?
Pada guru.
Kita boleh studi sendiri, tetapi dengan mempunyai guru, ilmu kita akan menjadi lebih cantik dan besih. Tambah cantik jika kita memperbanyakkan guru kita, agar pandangan kita menjadi luas dan mampu bersikap adil.
Oh diri saya dan pembaca, siapakah yang mendidik kalian untuk menulis dan membaca artikel ini?
Sendirikah?
“Saya belajar membaca dengan ibu ayah saya, saya belajar menulis dengan ibu ayah saya”
Maka ibu ayah kamu itu juga adalah guru.
Semoga artikel ini punya manfaat.




betul2 ana sokong.
jadik pon commentot pertama
[Reply]
salam. absolutely correct. sume start dari guru..
nampak je simple ABC, alif ba ta, tp tanpa yg simple tu, kita xdpt nk blajar lbh tnggi mcm apa yg kita blaja skrg.
sesetgh org xsuka guru bg homework byk, bg task susah2. tp kita xsdar yg sume tu la yg bg pengajaran pd kita. d alam pekerjaan d luar sna, berhadapan dgn org len, lg susah, lg byk. thts y guru bg kita susah skrg so that nanti kita dh ready utk hadapi sume tu.
i do, i love all my teachers since kindergarten, schools, matriculation, university~
[Reply]
nice article..
yups..bila dah 3rd yr barau persan yg org2 berilmu ni sangt2 penting coz tanpa pensyarah2 ni, macm mana rakyat2 nak bina negara
p/s..hartu jumpa adik sahel kat Kem JatiRela..dia kata korang nak balik malaysia..betul ke?..
[Reply]
saya pernah membenci seorang guru satu ketika dulu.
saya ditampar kuat-kuat depan pelajar lain tanpa sebab. Guru tu salah faham, dan bila semua jelas, tak pernah dia minta maaf.
hari-hari saya membenci, setiap hari saya cuba buktikan bukan saya yang patut ditampar. Sampaikan saya mampu untuk terus naik dan naik kerana anti kepada guru tersebut.
Satu hari saya sedar, jika saya tidak ditampar dulu,saya tak akan ada semangat itu. Semangat mahu buktikan saya budak berjaya dan tidak patut ditampar. Sekurang-kurang saya bergerak membangunkan diri untuk membuktikan sesuatu.
saya cari guru itu kembali setelah sekian lama.
tapi dia telah meninggal dunia. Saya rasa bersalah selama dia hidup, saya membencinya.
moga jadi pengajaran buat orang lain,
wallahualam.
[Reply]
bukan stakat pengorbanan guru shaja, pengorbanan ibu bapa kita juga perlu dihargai keranan menghantar kita sekolah, dan sbgainya… btapa besarnya pengorbanan ibu bapa kita dan guru2 kita… sewaktu sekolah menengah, ckgu sy prnah bgtaw, klu jadi cikgu, pahalanya sgt2 besar..smpai ikan2 di lautan pun akan berzikir utk guru2 tersebut…subhanallah… n, sy pernah mendengar seorang pakar motivasi terkenal memberitahu, klu ingin diri kita ini dimurahkan rezeki oleh Allah,stiap pg, lpas solat subuh, kita hadiahkan surah Al-Fatihah kepada guru2 kita. ibu bapa kita..ikhlaskan niat kerana Allah… insyaAllah, dipermudahkan rezeki olah Allah…=) semoga Allah redho…amiin…
[Reply]
Salam.
Alhamdulillah, membesar dgn ibu yg juga seorang guru sehingga kini. Susah payah yg ibu saya lalui, sgt sy kagumi.
Sgt hebat kalau : guru+ibu+suri rumah+isteri. Kagum..kagum..
dan letih, mmg letih. tapi itu lah yg kita patut kagum..yakni kesabaran mereka thadap keletihan tu.
tapi tak kisah lah lelaki atau wanita, sbb kesabaran yang ada pd guru ni tiada tolok bandingnya
[Reply]
assalamualaikum wbt..
enta juga adalah guru saya..:)
[Reply]
Salam,benar,tanpa guru siapalah kita.
Bagaimana pula jika guru berlainan agama?
boleh saudara penulis terangkan serba sedikit adab dan keperluan menghormati mereka?lagipun ilmu mereka juga seakan nadi dalam menggerakkan masyarakat..
Kita semua dapat lihat kepentingan mereka menjadi ahli dalam pelbagai bidang dalam sesebuah negara.
Sekian,wassalam.terima kasih kerana menulis artikel ini
[Reply]
salam,
oho, ana baca web abu saif, nak ke jordan.
dh sampai la ni..
tringin jga nk dengar cramah dia, xprnah gi.
apa2 pun, syukran ats prkongsian artikelnyha..
[Reply]
Salam..saya juga seorg guru
sy dpt bezakan pelajar sekrang dengan saya semasa mnjdi seorg pljr dulu
sungguh berbeza….
[Reply]
salam.
sekadar mahu berkongsi..
kadang2 kita x tau betapa susahnya guru itu bersiap sedia utk mengajar,
kita asyik sahaja memikirkan diri kita, dan komen itu ini tentang guru itu, ajar x best lah..boring lh..tapi pernah kah kita terfikir betapa penat nye mereka nk siapkan diri utk mengajar? bahan pengajaran nya, siap fikir ape student nk tnye, cm mne nk grab attention student. bayang kn, mesti mrk rse sia2 kalu kita x hargai nya kn? bertuah nye guru2 yg dpt studnt mcm imam syafie..
semoga kita sentiasa menjadikan imam syafie tu idola utk kita hormati guru
[Reply]
salam..thanks buat post utk guru..geram bila kita ngajar kt depan anak murid blh main@borak kt blakang..sabo je la..jd guru ni thp ksabaran mmg kna tggi..lagi2 klau brdepan dgn ank murid yg slow learner..klau imam Syafi’e bgitu adabnya dgn guru,jauh sgt beza dgn murid2 skrg..ap sbbnya ye?ad yg kata,sbb ibu mengandung skrg x jaga cara pemakann.wallahua’lam..rindu kt ustaz n ustazah..
[Reply]
hei jelesnya tgk bergambar dgn ustaz hasrizal. kagum juga dgn penulisan dia, terutama buku yang bertajuk ‘aku trima nikahnya’ dan ruangan dlm majalah anis 2. btul2 membantu…
[Reply]
salam wbt
wahh..muka hilal dah iras2 muka ustaz hasrizal dah ni..hihihi..mcm adik bradik pon ye gak!
[Reply]
salam..
kagum dgn semangat dan kesabaran yang ada pd guru2..
rndu dan saayangg mrka sgt2..
semoga Allah redho..
[Reply]
setuju dgn cik hana plymouth
[Reply]
Adab dengan ibu bapa pun ramai yang tak amik berat
Inikan pula adab dengan guru…
[Reply]
assalamualaikum..
mekaceh atas artikelnya..
bgus2..
pas ni janji akan berusaha utk hormat guru..
sblm ni ana biadap betol ngn cikgu..
sampai jadi kes polis..
[Reply]
SUBHANALLAH,,,hebat insan yang bernama IMAM SYAFIE serta insan yang hidup di zaman para nabi dan sahabt2 baginda,,,
adakah kita masyarakat di zaman sekarang mampu memiliki adab yg begitu rupanya,,,TEPUK DADA TANYA IMAN,,,
trend masyarakat skrg anak kene rotan kat sekolah jawbnya SEE U IN COURT,,anak kene cubit ibu bapa serang sekolah ngan parang,,,macm mana pulak tu,,,walaupun ini hanya segelintir tapi mcm dah jadi satu trend zaman sekarang,,,pernah tak kita terfikir yang nasib seorang guru???tak pernah mengenal erti penat mengajar kita…mengajar sampai berjaya,,,bila dah berjaya tak kan boleh dilupakan jasa2 guru,,,kalau tanya bab komen2..mcm biasalh,,guru2 jarang di beri penghargaan secara personal…dakah ini wajar diterima seorang insan yang bernama GURU???bila student tu gagal dimarahnya guru,,,bila student tu lulus dgan cemerlang di katanya pula dia ber usaha sendiri dgan study dgan tekun di rumah???di mana penghargaan seorang guru???renung2kan lah…WALLAHUA’LAM….
[Reply]
شكرا لك,
اللهم اجعلنا ممن يستمعون القول فيتبعون احسنه
[Reply]
hu7,,,trus trg saye katekan..klu bab2 menggosip cikgu ni,saye lah y nombor satu..bagi saye,kbykn guru skrg macam nak xnak je mengajar,,kalau y pilih kasih tu x yah cakap la,,ader gak yang seolah2 da berputus harap ngn student2 y lambat pick up,,tapi itu cume segelintir,,kebanyakan guru yang saye ader,alhamdulillah banyak y memberi inspirasi pader saye,bkn akademik shj,mgkin krn saye dlu skola asrama,jadi,,cikgu2 da macam mak bapak sendirik,,,lpas bacer artikel nh,,saye sedar y guru gak adelah manusia dan stiasa buat kesilapan mcm org lain..nyesal gk dlu kutuk cikgu ngn membe2..
hu7,,doakan saye agar saye terpelihara drpd melakukan perkara y serupe,,saye mau mnjadik murid y baikkk,,
[Reply]