Kriteria isteri. Kadangkala kita meletakkan kriteria isteri yang hendak kita kahwini dengan cara ikut-ikutan. Kita lihat senior kita berkahwin dengan seorang perempuan yang sekian-sekian ciri-cirinya, kadangkala kita dengar kawan kita menetapkan dirinya untuk berkahwin dengan seorang perempuan yang sekian-sekian cirinya, kita terus sahaja menetapkan isteri kita juga sekian-sekian cirinya mengikuti ciri-ciri yang kita ikut dari orang lain.
Saya menyatakan kepada seorang sahabat saya: “Tidak semestinya, kriteria isteri yang ana tetapkan untuk diri ana, enta pun kena tiru kriteria yang sama”
Lain orang lain gayanya. Begitulah.
Isteriku dan isterimu, itu dua orang yang berbeza.
“Yang kena share, adalah kriteria yang utama sahaja”
Kriteria utama
Rasulullah SAW bersabda: “Wanita itu dinikahi atas empat perkara: yakni kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama nescaya kamu akan beruntung” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Kelihatan di sini ciri utama yang telah Rasulullah SAW jelaskan.
Wanita yang beragama. Yakni wanita yang memegang Islam sebagai cara hidupnya. Wanita yang taat kepada Allah dalam perjalanannya. Itulah dia kriteria utama.
Dan kriteria ini sepatutnya dikongsi bersama kita.
Kriteria cabang
Kelihatannya, Rasulullah SAW juga menyebut akan harta, kecantikan dan keturunan. Tetapi Rasulullah SAW tidak pula mengarahkan kita mencari isteri dengan perkara-perkara itu sebagai sebabnya.
Tetapi apakah perkara-perkara itu tidak penting?
Di sinilah kita melihat kembali. Tidak semestinya isteri berharta, menjadi satu ciri penting bagi si A. Tetapi mungkin ia adalah ciri penting bagi si B. Bapa mertua lemah lembut, penyayang, mungkin ia menjadi satu ciri penting bagi si A. Tetapi mungkin ia tidak menjadi kepentingan kepada si B. Isteri cantik, mungkin penting bagi si A tetapi mungkin tidak penting pula buat Si B. Isteri seorang yang hebat, pandai, boleh memberikan motivasi dan melakukan banyak aktiviti, mungkin tidak penting bagi si A, tetapi mungkin amat penting bagi Si B.
Begitulah dia. Kriteria-kriteria cabang yang tidak dikongsi hakikatnya.
Isteriku dan isterimu, adalah dua manusia yang berbeza. Aku dan kamu, juga dua manusia yang berbeza. Dari segi keperluan hidup, mungkin sahaja berbeza. Maka kita mencari isteri, pasangan hidup yang bersesuaian dengan kita.
Namun satu perkara yang kita kongsi bersama adalah Aqidah dan cita-cita kita hendak ke syurga Allah SWT. Maka kriteria utama: Bergama, itulah kriteria yang wajib kita kongsikan.
Maka tidak perlu terkinja-kinja membandingkan kriteria untuk isteri kamu dengan kriteria yang aku tetapkan untuk isteriku. Kamu mengenali dirimu dan faham apa yang kamu perlukan dalam hidupmu. Semestinya kita memerlukan Islam dan Allah SWT dalam kehidupan kita. Itu satu perkara yang kita kongsikan bersama. Tetapi keperluan lain, kemungkinan kita berbeza.
Prinsip diri dan ikut-ikutan
Kadangkala, kita lihat isteri orang lain, lebih-lebih lagi isteri orang yang kita kagumi, itu membuatkan kita kehilangan prinsip diri.
“Nak sama macam itu juga” Dan di manakah di dunia ini, mempunyai dua manusia yang serupa? Mempunyai kelebihan dan potensi yang serupa? Sukar untuk kita jumpa.
Pernah sekali saya ditegur Abah: “Jangan letak kriteria itu sampai tahapnya mengalahkan bidadari. Menyusahkan diri dan menyusahkan orang lain nanti”
Dan pesanan itu amat benar apabila saya melihatnya semula dewasa ini. Mujur saya sedar di tengah jalan. Kalau tidak, tak terjumpa lah Si Bintang Hati.
Kenali diri, dan nyatakan pada diri apa yang dia perlukan. Bukannya mengikut-ikut keperluan orang lain. Apatah lagi hendak mengikut-ikut rezeki dan jodoh orang lain. Sedangkan jodoh dan rezeki itu, ditetapkan oleh Allah SWT.
Maka punyailah prinsip diri. Prinsip sederhana yang tidak membebankan.
“Ana mana boleh nak cari isteri hebat-hebat? Yang hafal Al-Quran 30 juzu’, yang bawak usrah, dan sebagainya? Kalau ana dapat pun, tak mampu ana nak pimpinnya”
Maka mengapa mengkusutkan diri?
Asasnya adalah beragama. Bukanlah 30 juzu’ itu syarat beragama. Bukanlah bawak usrah itu syarat beragama. Bukanlah ketua pelajar ke, pelajar terbaik universiti ke, syarat beraga,a.
Beragama ini dalam erti kata: Dia tidak menyukai kemungkaran, dan sentiasa teruja serta berusaha hendak meletakkan dirinya berada di dalam kebenaran.
Mengapa menyukarkan diri?
Penutup: Islam tidak membebankan. Hanya menjaga manusia
Sebab itu, apabila dilihat semula, Rasulullah SAW tidak menekankan keturunan. Baginda tidak menekankan wajah cantik. Baginda tidak menekankan harta benda.
Islam tidak mahu membebankan. Bukan membebankan lelaki sahaja. Bahkan perempuan juga.
Ada sahaja perempuan wajahnya tidak cantik. Dan lelaki yang tidak hensem pun mungkin mendapat kesukaran untuk beristeri cantik. Ada sahaja perempuan tidak berharta. Dan lelaki yang tidak berharta pun mungkin mendapat kesukaran untuk beristeri yang punya harta. Dan ada sahaja perempuan yang keturunannya bukan keturunan yang baik, tetapi dirinya, yakni diri perempuan itu solehah, baik dan terjaga. Apakah mereka ini ditinggalkan? Dan apakah lelaki yang berketurunan tidak baik, tetapi dirinya itu baik, tidak layak berkahwin dengan perempuan berketurunan baik?
Tetapi mengapa disarankan agar memilih yang beragama?
Untuk maslahat diri di dunia dan di akhirat.
Yang beragama tidak akan menyimpang. Maka selamat keluarga.
Yang beragama tidak akan beremosi liar. Maka selamat keluarga.
Yang beragama akan mendidik anak dengan syara’. Maka selamat keluarga.
Dan banyak lagi. Dan selamat-selamat yang dinyatakan tadi, selamatnya dunia dan akhirat.
Islam tidak sesekali membebankan. Tetapi ia menjaga manusia agar mencapai hakikat kebahagiaan.






erkk mane isinya
[Reply]
abdullah Reply:
July 18th, 2010 at 12:25 am
tidak jelaskah isinya?
pilihlah yang beragama.
[Reply]
ar9 Reply:
July 18th, 2010 at 2:58 pm
bukanlah akhi abdullah, sbelum ni tiada artikel..post kosong.. (takdak tulis apa-apa)
bukan maksudnya tiada isi/pengajaran..
=)
[Reply]
???
[Reply]
yela..mana isinya?
[Reply]
apekah mesej yg sedang cube disampaikan oleh saudara hilal asyraf…
[Reply]
‘isteri’mu, ‘isteri’ku jua…
[Reply]
erk, ada hacker kah?
hehe
[Reply]
sepertinya saudara sedang memikirkan masa depan… apakah serunya sudah tiba?
[Reply]
setiap org ad selera berbeza,ad citarasa berbeza..maksudnya pandangan berbeza…isteriku & isterimu..sangt phm ap yg dimaksudkn oleh saudara.tq
[Reply]
Isinye, pd pndngan sy..ble pilih pasangan hidup..kene ade prinsip sndiri..bukan mengikut org lain. And, kriteria utama tu x boleh dilupekan.
btw. rsenye ade sdikit typo dkat “Prinsip diri dan ikut-ikutan” - perenggan ke 9
’syarat beraga,a.’
papepun. nice article ^^
[Reply]
pegang pada satu benda, bila kita memilih yang beragama, insya’ALLAH kriteria2 yang lain itu juga boleh kita dapati kerana kita juga memilih kerana faham agama..
[Reply]
(^_^)
[Reply]
Pilih yang paling setia…
iaitu kesetiaannya pada Allah, mengatasi setianya pada kita.
Kerana apabila dia setia pada Allah, semestinya dia akan setia pada kita.
Kerana kita adalah amanah yang perlu dipikulnya…
[Reply]
so,da conclusion is..pilihla yg beragama..no matter nak cari isteri ke suami..
nak cari yang cantik2 n hensem2..bnda tu xkan kekal lama..cukuplah cari yang sejuk mata memandang,nak cari yang berharta,bnda tu takkan pergi ke mana,cukuplah yang bertanggungjawab ingin menyara keluarga,nak cari yang berketurunan baik ,ckuplah cari.yang menjaga iman dan ketaqwaannya pada Allah azza wajalla.insyaAllah hidup bahagia dunia akhirat..
.Allah telah tetapkan di Luh Mahfuz..cuma xtau bila akan bertemu dan dimana dan dengan siapa..berdoalah kita untuk mendapat seseorang yang mencintai Allah dan mengajak kita sama mencintaiNya..orang yang mencintai Rabbnya akan mengamalkan ajaran islam yang sebetulnya dan akan menunaikan haknya ..wallahua’lam..~sekadar pandangan~
[Reply]
alhamdulillah…ada pun..;)
[Reply]
Syukran akhi..
benar ape yg saudara sampaikn..
suka saya dlm buku Aku terima nikahnya..
dlm 2 ade menyebut,
kdg2 kita terllu meletakkn sesuatu yg terlalu tinggi..
melihat mereka2 di luar sane, mendpt yg baik pasangannya, romantik dan sebagainya..
dlm buku 2 jgk memberitahu,
pilih la yg bersederhana..
mungkin akhlaknya ade turun naik..
mungkin 2 ujian Allah, nk uji kita sejauh mana kita mampu mendidik pasangan kita..
yg pasti jnji Allah itu benar..
lelaki yg baik utk perempuan yg baik..begitulah sebaliknya..
suka ana ingtkn di sini, mungkin di awalnya tidak begitu sempurna akhlaknya, namun andai kita istiqamah, insyaAllah, dgn izin Allah di akhirnya pasti kedua2nya mendapat pengakhiran yg baik (husnul khatimah)..
[Reply]
suka saya dlm buku Aku terima nikahnya..
dlm 2 ade menyebut,
kdg2 kita terllu meletakkn sesuatu yg terlalu tinggi..
melihat mereka2 di luar sane, mendpt yg baik pasangannya, romantik dan sebagainya..kita jua ingin mengikut begitu..
tidak slh sebenarnye..
tp lihatlah diri sendiri..
soleh/solehah diri dl, bru cari yg soleh/solehah..
[Reply]
laki yg baik untuk perempuan yg baik,dan perempuan yg baik untuk laki yg baik..
yakinlah..izinkan Allah memilih jodoh untuk kite
[Reply]
hmm,..pilihan biar praktikal, sesuai dengan diri dan realistik. Kalau nak pilih yang sempurna, fikirkanlah sempurna tak diri kita..padan ke idak..sbb itulah sekufu tue penting.
[Reply]
tertarik dgn kata2 ‘kalau tak..takkan terjumpa si bintang hati’…hehehe..kriteria utk suami pn mcm 2 jg kot..kdg2 bila tlalu pikir mmg jd kusut..so,luangkan masa dgn sntiasa mprbaiki diri..yakin dgn janji Allah..give da best 2 da world and da best will come 2 u..insyaAllah..=)
[Reply]