Langit Ilahi Rotating Header Image

Perkongsian: Kamu adalah sayap-sayap saya.

Arigato neh...

Arigato neh...

Saya menaip di google, nama saya. Hilal Asyraf. Tidak sangka, belum habis menaip nama saya, baru sampai pada Hilal, sudah ada suggestion nama Hilal Asyraf. Bila saya cari dengan nama Hilal Asyraf, muncul banyak pilihan laman.

Banyaknya adalah yang meletakkan artikel-artikel saya di dalam blog mereka. Ada juga laman yang mengulas karya-karya saya. Ada juga laman yang menyatakan bagaimana perasaan mereka selepas membaca artikel saya. Ada pula yang mengulas pengajaran daripada artikel saya.

Hati saya bergetar. Sukar saya ceritakan perasaan saya. Bercampur antara gembira dan sedih. Apakah ucapan yang lebih patut saya berikan selain terima kasih?

Maka post ini adalah dedikasi buat kalian.

Sebagai perkongsian kita, dan rasa terima kasih saya yang mengggunung.

Kamu telah membantu dakwah

Tiada apa yang lebih menggembirakan saya daripada hakikat ini. Yakni dakwah itu tersebar dengan teritori yang lebih meluas. Ramai sahaja manusia yang tidak membaca Langit Ilahi. Mungkin dari kalangan mereka adalah pembaca-pembaca blog kalian. Dengan sebaran kalian, mesej yang saya bawa sampai juga pada yang tidak singgah di Langit Ilahi.

Saya tidak kisah lawat atau tidak lawat Langit Ilahi. Saya tidak peduli dengan counter hit dan bilangan orang yang masuk. Yang saya peduli adalah, mesej saya sampai atau tidak. Yang saya peduli adalah, apakah amanah Allah telah sampai kepada manusia atau tidak.

Dan kamu telah membantu kerja-kerja ini.

Ada pula yang mengulas, mempromosi, memperkenalkan, dan kebanyakannya meletakkan link Langit Ilahi. Yang tidak pernah mengenali Langit Ilahi, datang melawat. Di sini juga kamu telah membantu. Saya sebagai manusia, kadar promosi dan pengiklanan saya terbatas. Dibantu oleh kamu yang memanjangkan usaha ini, akhirnya Langit Ilahi berjaya menjadi satu platform pemangkin jiwa manusia.

Semoga memberikan ganjaran yang besar kepada kalian. Tiadalah apa yang saya mampu berikan, melainkan doa. Tiadalah apa yang mampu saya doakan, melainkan agar Allah menurunkan kebaikan pada kalian.

Saham kita bersama

Di sini, saya suka berkongsi sesuatu dengan kalian. Satu perkara yang saya kira, pembawa kebaikan akan rasa gembira mendengarnya.

Allah SWT berfirman: “Siapakah yang bicaranya lebih baik, dari mereka yang menyeru(manusia) kepada Allah SWT dan melakukan amalan soleh…” Surah Fussilat ayat 33.

Ya, Allah mengiktiraf, tiada yang lebih baik dari mereka yang menyeru kepada agama-Nya, dan mengajak kepada amal kebaikan. Semoga Allah menggolongkan diri kita di dalam golongan bertuah ini. Atas sebab itu, kita berusaha bermati-matian mengharapkan keredhaan Allah SWT dengan amal kita ini.

Rasulullah SAW pula bersabda: “Demi Allah, sekiranya seseorang itu diberikan hidayah kerana (usaha)kau, maka itu lebih baik dari unta merah” Riwayat Muslim.

Dikatakan unta merah, adalah kerana unta merah adalah jenis unta terbaik dan amat mahal di zaman Rasulullah SAW. Di dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda: “Lebih baik daripada dunia dan isinya”

Moga-moga, inilah dia saham akhirat kita.

Maka saya mengajak anda dan diri saya, mengikhlaskan diri dalam melakukan amal ini. Semoga dengan kita menyelesaikan hubungan kita dengan Allah SWT, Allah memudahkan pula urusan kita dengan manusia. Hendak mengajak manusia kembali kepada Allah, apakah mungkin dengan kita menjauhi Allah SWT?

Semoga kita bertemu di dunia, dan di syurga sana

Mungkin saya tidak mengenali anda. Tetapi ketahuilah saya mencintai anda. Baik lelaki mahupun perempuan, dengan cinta yang dibina atas dasar ukhuwwah lillahita’ala.

Atas dasar ayat Allah SWT yang telah kita usaha untuk amalkan:

“Dan hendaklah kamu berbantu-bantu atas kebaikan dan ketaqwaan…” Surah Al-Maidah ayat 2.

Jika anda nanti ada terserempak saya, jangan segan menegur saya. Baik lelaki mahupun perempuan. Beritahu pada saya bahawa andalah yang mengcopy paste dan menyebarkan tulisan saya, mengulas dan mengkritik saya, memperkenalkan website saya, agar saya mampu mengucapkan terima kasih dan menundukkan kepala saya sebagai tanda menghormati anda.

Antum muhtaram fi qalbi. Kamu adalah orang yang saya muliakan di dalam kalbu saya.

Semoga kita bertemu di dunia. Semoga juga kita bertemu di syurga.

Penutup: Terima Kasih

Saya tiada ucapan lain yang lebih mulia daripada doa dan terima kasih.

Teruslah memapah saya yang lemah ini. Mengingatkan saya apa yang saya lupa, menguatkan saya apa yang saya lemah, bantu membantu dalam mencari redha Allah SWT, dan mengajak pula manusia lain ke arah yang sama.

Sekali lagi, dengan kepala menunduk ke bumi, saya ucapkan infiniti terima kasih.

Ya Allah, saksikanlah mereka ini telah memanjangkan amanah-Mu, maka kasihanilah mereka, sayangilah mereka, cintailah mereka. Satukanlah hati-hati kami atas kalimah-Mu, isikanlah hati-hati kami dengan kecintaan kepada-Mu, satukanlah kami di syurga-Mu, sesungguhnya kami hanya berharap pada redha-Mu.

Wahai pembaca, katakanlah amin.

Print This Post Print This Post

30 Comments

  1. hussam says:

    Amin,akhi.smoga Allah redha dgn usaha anta mendidik masyarakat dan kami ini.

    [Reply]

  2. amiiiiin ya robb!

    Allah yubarik fiik. Doakan agar kita semua terus thabat.

    Allah yubarik wa yusahhil wa yunajjih.

    [Reply]

  3. cimok says:

    Rasulullah SAW pula bersabda: “Demi Allah, sekiranya seseorang itu diberikan hidayah kerana (usaha)kau, maka itu lebih baik dari unta merah” Riwayat Muslim.

    Mungkin kebanyakan kita tidak terasa akan ke’power’an ganjaran yang disebutkan ini, tapi kalau ikut konteks zaman sekarang, cuba tukar unta merah itu kepada Ferrari merah, atau DBS merah ke, mesti menarik kan? Allah bagi lebih baik dari semua ini…

    ::: ((:SELAMAT BERDAKWAH:)) :::

    [Reply]

  4. jiwa hamba says:

    Ana Cemburu Dengan Anta!!

    [Reply]

  5. salam ukhuwah ya akhie…

    ameen..insyaAllah..sama2 kita bantu sebarkan da’wah melalui pena.. :neutral:

    [Reply]

  6. Iman Aisyah says:

    Amin!

    banyak ibrah saya dapat dari penulisan enta!

    ana juga memperkenalkan web ini kepada teman2..
    alhamdulillah…!

    syukran a’la kulli hal..Teruskan menulis!

    [Reply]

  7. salam
    terima ksh perkongsian ilmu..
    disini bnyk idea2 segar y dikongsikan..
    jklh

    [Reply]

  8. nur-naajah says:

    salam..

    saya juga sama2 berterima kasih kpd Hilal kerana telah banyak membimbing saya di Langit Ilahi ini…

    [Reply]

  9. mujahidah cinta Ilahi says:

    Assalamu’alaikum,,,

    Amin. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui betapa sayunya hati ini.

    Subhanallah tiada ungkapan yang dapat menggambarkan betapa gembiranya dapat singgah di Langit Ilahi ini. Mengenal dan mengetahui pelbagai perkara. Yang paling utama semuanya diterapkan bermula dari keimanan pada Allah. InsyaAllah, moga anta bersama Langit Ilahi dan penggeraknya terus maju dan sukses dan InsyaAllah kita semua akan saling dipertemukan di dunia dan di akhirat.

    Syukran buat anta dan semua penggerak di sini. Ana berharap satu hari nanti Allah akan pertemukan kita semua dalam ruang lingkungan taqwaNya dan redhaNya.

    Moga Allah redha. Buat anta, teruskan perjuangan untuk menggerakkan ummah dari hati yang benar-benar ikhlas. InsyaAllah, pasti ada doa yang mengiringi perjuangan anta.

    Salam ukhuwwah mahabbah fillah.

    [Reply]

  10. 94057 says:

    اللهم آمين~~

    [Reply]

  11. hambamencari says:

    Salam

    Ameen.. Kami akan “teruskan menembak doa”.. *unforgettable quotes by Hilal Asyraf* :)

    All the best utk nta..

    [Reply]

  12. :wink: :razz: blog yang terbaik yang pernah saya baca!teruskan pejuangan fil islam HILAL ASYRAF :!: :!: :!: kami sentiasa bersama anta!!!

    [Reply]

  13. mukhlisah says:

    berpesan-pesan dengan kebenaran.. berpesan-pesan dengan kesabaran..

    [Reply]

  14. ariffah9 says:

    salam,
    takpa..truskn, sebarkn dakwah dan mesej2 islam agar bangkitnya umat islam dari kelekaan duniawi~

    ahsanta jiddan-jiddan!

    [Reply]

  15. zu says:

    salam…teruskan usaha anta.anta antara anak didik yang dibanggakan……

    [Reply]

  16. nurul says:

    pengisian yg sgt berilmu dan bermakna…rakyat MATRI msti bngga ngn akhi..blog langit ilahi dh jdik kwajipan klau on9..sy tawuu blog ni dri sahabat sy..mmg btol ckp dy..sumenye pngisian yg brmakna dan pmbakar smangat utk brjuang d bumi allah..syukran.. :mrgreen:

    [Reply]

  17. auniazita says:

    Salam..saudara jarang kekeringan idea..saya selalu membaca web saudara ..mesti ada entri yang baru..semoga Allah membantu saudara dalam menjalankan usaha dakwah melalui penulisan…hargai apa saudara dikurniakan.

    [Reply]

  18. everjihad says:

    amiiin ya rabb…

    mahu mencontohi kebaikan dan manfaat yg ada pada diri anda. (antara contoh terdekat yg boleh dilihat. plus, umur yg tak jauh beza)

    [Reply]

  19. wani says:

    byk perkara yg ana dapat dari tulisan2 enta, hilal… ilmu, n mcm2 lg… perkara2 yang membuka minda…

    p/s: ana tak de pun blog utk link kan Langit Ilahi… tp,ade bercerita dgn kawan2 mengenai website saudara…=)

    [Reply]

  20. suha says:

    salam..
    sama-sama la kita.tulisan2 kamu banyak membantu sebenar.secara langsung atau tidak.samada saya menafikannya atau meng-iyakan-nya
    semoga usaha kamu sentiasa di-redhai

    [Reply]

  21. ali says:

    amiin. tersentuh baca artikel ini. tahniah Hilal

    [Reply]

  22. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaaikum,

    - kepada coach,

    Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongannya coach. Semoga Allah perkuatkan enta atas jalan-Nya.

    - kepada insyirahameer

    Amiin, amiin.
    Semoga Allah perkuatkan kita insyaAllah.

    - kepada cimok

    Ya, thanks sahabat atas penambahan dan kupasannya. amat membantu.

    - kepada jiwa hamba

    Moga cemburunya, membuahkan manfaat.

    - kepada bidadari_besi

    InsyaAllah. Sama-samalah kita bergerak memperbaiki diri kita.

    - kepada Iman Aisyah

    Alhamdulillah. Terima kasih ya. semoga Allah balas usaha kamu dengan ganjaran-Nya yang tidak terhingga.

    - kepada pengemisredha

    Alhamdulillah. Kita sama-sama muhasabah diri dan koreksi kesilapan kita.

    - kepada nur-naajah

    Alhamdulillah. Allah jugalah yang memberikan hidayah. Kita hanya berusaha. Dan dengan kehadiran orang macam kamu, saya juga jadi terbimbing.

    - kepada mujahidah cinta Ilahi

    Semoga Allah memakkbulkan harapan kamu.
    Sesungguhnya, di sinilah kita bersatu di atas jalan-Nya.

    - kepada 94057

    Amiiin…

    - kepada hambamencari

    Thanks. Harap tembakannya terus dilepaskan.

    - kepada shakirah sharifuddin

    Alhamdulillah. Moga yang terbaik ini Allah kira. Dia sentiasa bersama kita.

    - kepada mukhlisah

    Itulah dia tujuan kita.

    - kepada ariffah9

    Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak.
    Semoga Allah redha dengan kamu.

    - kepada zu

    Terima kasih. Adakah kamu ini cikgu saya?
    Harap boleh perkenalkan diri, agar saya dapat berikan penghormatan kepada kamu.

    - kepada nurul

    Alhamdulillah. Rakyat MATRI insyaAllah berbangga dengan sesiapa sahaja yang berusaha menjadi hamba-Nya.

    Dan redha Allah itu jugalah yang kita harapkan di website ini.

    - kepada auniazita

    Alhamdulillah. Terima kasih atas pesanan dan ingatannya.
    Semoga Allah terus memberikan kekuatan.

    - kepada everjihad

    Amiin. Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus istiqomah di atas jalan-Nya.

    - kepada wani

    Alhamdulillah. InsyaAllah, tanpa blog pun tiada kekurangan. Dakwah itu luas.
    Semoga Allah rahmati segala usaha kamu.

    - kepada suha

    Allhamdulillah. Jazakillah.

    - kepada ali

    Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga Allah redha kita semua.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  23. mumtaz says:

    alhamdulillah..ini adlh kali pertama ana msk blog ni after beli buku langit ilahi.. smoga kite smua mndpt faedah from this blog..
    ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini tlh berkumpul kerana mengasihiMu, bersatu memikul dakwahmu, hati-hati ini tlh mengikat janji setia untk mendaulat & menyokong syariatMu, maka eratkanlah antara hati-hati ini. penuhkan hati ni dgn cahaya RabbaniMu y tak kunjung malap. amin..

    [Reply]

  24. strictguardian says:

    salam shbt, moga lebih tawadhuk pd Allah, moga bertambah taqwamu… you got my support., ganbate neh….!!

    [Reply]

  25. Zainab Abu says:

    Mengajak kepada kebenaran adalah kewajipan tiap2 orang Islam. Semoga usaha anda diberkati Allah . Amin amin Ya Rabbal Alamin

    [Reply]

  26. ice says:

    amin..

    [Reply]

  27. Hilal Asyraf Hilal Asyraf says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada mumtaz

    Amiiin….

    - kepada strictguardian

    Amiiin…
    arigato neh…

    - kepada Zainab Abu

    Amiin ya robb… Moga Allah mengizinkan saya untuk istiqomah…

    - kepada ice

    Moga Allah makbulkan…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  28. maryam says:

    assalam alaik,

    Aameen…Ya Rabbal Alamin…

    [Reply]

  29. ama says:

    mata bergenang…
    terharu…

    moga saudara sukses dunia akhirat!

    [Reply]

  30. Dygku says:

    Askm brother Hilal,

    Actually saya pun tak pernah tahu tentang website langit ilahi ini….sehinggalah satu hari saya pergi ke Singapore dan saya jumpa buku bro bertajuk Kembali hamba mencari cahaya…terima kasih untuk perkongsian ini…membuka mata..membuka hati…

    [Reply]

Leave a Reply