Langit Ilahi Rotating Header Image

Perkongsian: Kata cinta…

cinta.. macam-macam orang kata.. tahukah betapa mahalnya ia?

cinta.. macam-macam orang kata.. tahukah betapa mahalnya ia?

Baru-baru ini saya dijemput menjadi ahli panel forum, berkenaan mahasiswa di Permai. Memang agak mengejutkan dipilih menjadi ahli foum. Panelis lain semuanya hebat-hebat belaka. Abang Aizat Amiruddin pelajar tahun lima, Abang Aiman Rosli seorang abang besar yang sudah berkahwin, dan kakak Mardiyah seorang pelajar master. Saya?

Saya hanya pelajar tahun dua yang tiada apa-apa. Di tengah forum, saya jadi tunggang langgang. Tersepit di tengah kebesaran senior-senior. Saya takut apa saya cakap, tak sampai pada hati pendengar.

Saya malas nak cerita fasal forum panjang-panjang. Sekadar sikit kongsi je. Kaitan post hari ini dengan forum yang saya lalui adalah, di dalam forum itu, ketika sesi soal jawab, seorang senior bertanya berkenaan cinta.

Dan saya jawab. Oleh kerana ia sesi soal jawab, saya jawab seringkas yang boleh. Dalam post ni, saya nak kongsi pendapat saya fasal cinta. Mengecilkan skop, cinta lelaki perempuan.

Asas cinta pada saya

Manusia memang suka dengan cinta. Cinta ini pada mereka indah. Saya fikir, kalau orang tanya saya apa yang paling manis dalam dunia, mungkin tak salah kalau saya jawab ia adalah cinta.

Jadi, apakah asas cinta?

Pada saya, cinta ini asasnya sayang. Saya tak tahu kalau dalam dunia ini, ada yang cinta asasnya benci.

“saya cintakan dia, sebab tu saya benci kat dia sangat-sangat”

Mustahil la kan?

Jadi, cinta mesti lah sayang. Sebab itu, kita hargai orang yang kita cinta. Kita sanggup korban segalanya. Malah ada satu kata-kata:

“Seseorang itu, sanggup berubah demi apa yang dicintainya, mengenepikan kepentingan dirinya”

Wau… cinta memang menakjubkan. Ya, kalau sayang, semua benda yang kita kurang sayang, akan kita ketepikan kepentingannya, boleh kita korbankan, boleh kita buang tepi, asalkan benda yang kita sayang, selamat.

Cinta orang hari ini

Sebahagian orang, menyatakan cinta itu murah. Malah, ada yang nampak cinta itu busuk. Ada segelintir orang, dia nampak cinta ni keji. Zaman ini, ramai orang begitu.

Bila Relasi dan Terasing keluar di pasaran, ada orang komen pada saya:

“Saya lagi suka VT, sebab dalam VT tak ada cinta. Alangkah baiknya kalau awak boleh tulis lagi cerita macam VT, tak ada cinta lelaki perempuan. Itu lebih baik”

Itu satu contoh. Hinggakan, kalau ada cinta dalam novel, novel itu dianggap pop, picisan, murah dan tidak kualiti. Kenapa sampai begitu sekali orang memandang cinta?

Sebab hari ini, cinta telah dimurahkan semurah-murahnya. Kenapa boleh jadi murah?

Kerana kebanyakan orang hari ini tidak tahu apa itu cinta, tidak reti untuk bercinta. Dia bercinta dengan cinta yang salah,d engan cara yang salah, dengan kefahaman yang salah, menyebabkan cinta yang dikibar-kibarkannya automatik menjadi murah.

Cinta hari ini dikatakan apabila kita keluar couple, apabila kita berdating, apabila kita naik motor bonceng sama-sama, bila kita pegang tangan sama-sama kita, bila kita minum satu gelas satu straw, kita makan satu pinggan satu sudu satu garfu, kita sanggup gadai dara dan teruna kita, kita sanggup beri apa sahaja. Kebanyakan orang ingat, itu cinta.

Akhirnya, cinta dikeji sebagai satu perkara nista dan busuk.

Kata cinta, kata sayang…

Tiada orang kata begini:

“Saya sayang awak, oleh kerana saya sayang awak, saya nak lempar awak dalam api”

Sepatutnya, orang kata begini:

“Saya sayang awak, oleh kerana saya sayang awak, kalau awak masuk dalam api pun, saya sanggup selamatkan awak”

Maka, orang yang bercinta tidak mengikut jalan yang syara’ benarkan, tidak mengikut apa yang telah Allah tetapkan, tidakkah sama dengan melontarkan pasangannya ke neraka? Allah larang berzina, Allah larang pergaulan bebas, tetapi kita ingkar pada Allah SWT atas nama cinta dan sayang.

Benarkah sayang? Pada saya, kalau benar sayang, kenapa melontarkan pasangan anda ke neraka? Kata sayang?

Saya pelik. Saya hairan. Kalau betul sayang dan cinta, sepatutnya kita sama-sama selamatkan pasangan kita dari api neraka, dari kehancuran. Tetapi kenapa kita pautkan dia ke dalam neraka sama-sama kita?

“Nanti taubat la…”

Nanti tu bila? Kalau tak sempat? Jangan berlagak sayang… kita tatau kita mati bila. Tengah-tengah bonceng motor seronok-seronok, eksiden, baru tahu. Orang yang tak buat apa-apa pun boleh mati, lagi la orang bergerak hari-hari.

Kalau cinta, selamatkanlah diri anda dan pasangan anda dari kemurkaan dan keingkaran Allah SWT. Saya tidak nampak itu cinta, kalau kita melontarkan diri kita dan pasangan kita ke neraka. Sama la kita campak dia dalam gaung lepas kita kata: “I Luv You sayang”. Tak ada beza.

Penutup: Bercinta, sayang, mesti la sampai syurga

Saya la kan, kalau saya dengan isteri saya, saya suka masuk syurga dengan dia. Nanti kami duduk depan mahligai kami di Syurga, di bawah pohonan rendang, dikelilingi haruman syurga, kemudian kami mengenang-ngenang cinta kami.

“Susah abang nak dekati sayang dulu” Sambil saya ketawa, menceritakan betapa saya sabar menahan diri saya untuknya.

“saya pun jual mahal lebih kat abang dulu” Dan dia pun bercerita betapa dia pun usaha menjaga dirinya.

Kemudian kami akan masuk cerita fasal anak-anak, macam mana susahnya di dunia tarbiyah anak-anak penuh cabaran, macam mana susahnya nak hidup kekal dalam redha Allah, dan kami akan cerita tu semua, dikelilingi anak-anak kami di sana. Bahagia. Perit jerih itu semua akan terbayar.

Saya nak begitu. Apa sayang kalau campak pasangan dalam kemurkaan Allah?

Cinta, sebetulnya, cinta sampai syurga.

Itu baru namanya cinta, itu baru namanya sayang.

Maka, apakah usaha kita untuk cinta itu kekal sampai syurga?

Apa usaha kita?

Print This Post Print This Post

36 Comments

  1. na says:

    i like dis post.syukrn(^_^)v

    [Reply]

  2. anem says:

    indah penutupnya.

    tapi saya betul2 benci bila mendengar remaja berbicara soal cinta.

    sia2, menghabiskan masa sahaja.

    baik, katakan ada matlamatnya.

    apa guna cinta, couple jika matlamat untuk berkahwin itu masih jauh?

    nak2 ada pula release buku “panduan bercinta & berdating”

    hai, penulis buku terlupa melihat statistik agaknya, betapa tinggi masalah sosial meningkat di kalangan remaja kita. yang melayu, yang islam, semua bertebangan entah ke mana.

    cinta akan bernilai bila tiba masanya kelak.

    wahai remaja, tumpukan kembali pada matlamat asalmu.

    [Reply]

  3. aisya says:

    this s my first time commenting.sekadar perkongsian jua,buat semua insan yg meneliti bait perkongsian di atas, seperti dalam ayat2 cinta..RASA CINTA dan RASA INGIN MEMILIKI itu TAK SAMA…cinta tu fitrah.dan fitrah itu sesuatu yang suci.mengapa kita kotori dengan hanya kerana ingin memiliki.sedang kita milik ALLAH seratus peratus…even bila dah bersuami atau beristeri pun, ALLAH shud remain d first in our heart…it is all about heart.not only words…moga kita semua dilindungi YANG MAHA CINTA.

    [Reply]

  4. nurdiyana says:

    cinta itu indah apabila niat cinta hingga ke syurga insyaALLAH.. nice post ^__^

    [Reply]

  5. Mrs SK says:

    adakah cinta i2 dibolehkan???bagaimana pula pendapat sesetengah ustaz yg mengatakan cinta i2 dibolehkn??? :?:

    [Reply]

  6. fm says:

    akhi, anta jawab la soalan Mrs SK tu.. ana nak jawab, tapi memandangkan ini website anta, anta jawab la.. hehe

    [Reply]

  7. GenXV says:

    Macam buku Ustaz Hasrizal, “Bercinta Sampai ke Syurga”

    [Reply]

  8. naurah says:

    ya,,,
    memang susah untuk mengawal hati bila terlibat dengan cinta, tapi xmustahil untuk menjaga batas yang telah allah tetapkan. yang penting, MUJAHADAH untuk melawan nafsu dan berusaha sungguh2 untuk patuh perintah ALLAH. bila difikirkan kembali, kenapa allah larang itu, allah larang ini, padahal larangan dan suruhan allah tu, xkan beri walau sedikit pun manfaat kepadaNya. tapi setiap suruhan & larangan allah tu, utk kebaikan manusia itu sendiri. betapa Allah sayang sgt kt hambanya. betapa Allah maha melindungi hamba2Nya. andai kita inginkan keberkatan hidup di dunia dan akhirat, patuhlah pd perintahNya. allah sediakan kita guideline ape yg kite perlu buat, dan allah pun beri kita akal untuk mempertimbangkan sesuatu perkara. semoga kita berusaha untuk mencapai redhaNya.

    p/s: saya juga lebih sukakan VT, tp bkn sebab xde unsur cinta dlm tu, tp sbb sangat2 trkesan dengan tarbiyyah yg diterapkan.

    [Reply]

  9. matt says:

    love this article..

    Mrs SK: cinta itu mmg dboleh kn… biarlah mengikut syarak. biarlah both masuk syurga.

    correct me if im wrong.

    [Reply]

  10. Adik says:

    salam..

    kpd ssiapa remaja yg blum brkhwn dan xpna mrasakn cnta mnusia, trusknla..
    ssguhnya cnta stlh brkhwn itu lbh indah… :wink:

    [Reply]

  11. fawwaz says:

    ana teringat dulu ada org pernah sebut

    “manusia sekarang jatuh nafsu bukan jatuh cinta.cinta itu mulia sebenarnya”

    [Reply]

  12. putri lilin says:

    assalamualaikum..
    saya rasa semua orang akn diuji dgn cinta manusia nie..
    hanya org yang bnr2 teguh akan dapat menangkisnya..
    Jiwa remaja terkadang terasa ingin disayangi, menyayangi, dirindui dan merindui..Tp, cuba kita fikir balik, buat apelh disayangi oleh manusia,dirindui, tp dimurkai oleh Allah..Sabarlah, Insya-Allah, setiap insan tlh ditetapkan jodohnya..sedangkan Nabi Adam sunyi tanpa Hawa, apatah lg kita manusia biasa..Namun mrk tlh menyalurkan cinta mereka ke jln yg diredhai Ilahi..Cintailah Allah di tmpat teratas dalam takhta hati kita, nescaya Allah akan mengurniakan cinta hamba2 yg dicintai-Nya kpd kita..Insya-Allah..sesungguhnya cinta Allah itu amat manis dan takkan membuat kita kecewa…

    [Reply]

  13. nurul says:

    entry menarik.
    tetapi macam mana pulak kalau dengan ayat ini?
    “lelaki baik untuk perempuan yang baik”
    kalau tak baik,macam mana pulak?

    [Reply]

  14. masterpiece says:

    usaha supya diri tu jadi baik

    [Reply]

  15. anem says:

    lelaki yg baik, untuk perempuan yg baik..dan begitu juga sebaliknya.

    untuk mendapat yg solehah maka perlukan diri menjadi soleh dulu?

    cuba teliti dan perhatikan, pejam mata dan nilai dengan mata hati.

    niat jd soleh semata2 untuk dapat jodohkah?

    jangan berangan di siang hari, jgn dilupakan kisah asiah dengan firaun :)

    p/s: maaf ye hilal, menyibuk di sini. this would be my last comment. :D

    [Reply]

  16. salim says:

    usaha diri mnjadi baik.dengan niat kerana Allah.iA :mrgreen:

    [Reply]

  17. n i a says:

    salam,

    aa’h, saye pon suka VT. betol, sgt terkesan dgn tarbiyah yg diterapkan.

    [Reply]

  18. na says:

    MENCARI ATAU MENJADI?

    “Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

    “Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

    Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

    Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya? Apatah lagi jika dipilih berdasarkan rupa semata-mata.

    Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

    Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

    Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa berkenalan, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa! Siapa sangka semasa berkenalan dialah Sailormoon dialah heroin tetapi selepas berumahtangga,menjadi sebaliknya.

    Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

    Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

    Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

    Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

    Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

    Sayid Qutub berkata:

    Pernikahan atau perkahwinan merupakan hubungan yang paling mendalam, paling kuat dan paling kekal yang mengikatkan di antara dua manusia. Hubungan ini meliputi sambutan-sambutan dan penerimaan timbal-balik yang paling luas yang dilakukan oleh dua manusia itu.

    Oleh sebab itu hubungan ini memerlukan kepada perpaduan hati dan titik pertemuannya dalam satu ikatan yang tidak terhurai lagi. Untuk mencapai perpaduan hati, pastilah kedua-duanya bersatu di atas satu akidah dan tujuan hidup, kerana akidah merupakan sesuatu yang paling mendalam dan luas mengimarahkan jiwa manusia.

    Akidahlah yang mempengaruhi jiwa manusia, menyesuai dan menentukan perasaan-perasaannya, penerimaannya dan seterusnya akidahlah yang menentukan perjalanan dalam seluruh kehidupan.

    Semoga Allah permudahkan urusan kita …. Marilah kita menJADI bukan menCARI …

    [Reply]

  19. eizan says:

    satu perkongsian yang amat menarik..seandainya bercita-cita mendambarkan insan soleh/solehah, hamparkan dirimu sesoleh/sesolehah terlebih dahulu…mengharap yang terbaik maka bentuklah diri jadi terbaik…kerana sebagaimana kita mengharapkan dari dirinya, begitulah juga dirinya mengharapkan dari kita…kesimpulannya, jaga diri masing-masing dan sama-sama perbaiki diri dan amal utk kepentingan bersama

    [Reply]

  20. nurul iman says:

    Sabda Rasulullah s.a.w:
    “Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman:
    Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.”
    – Riwayat al-Bukhari -

    [Reply]

  21. menarik penutupnya…

    [Reply]

  22. noordina says:

    saudara hilal..hehe a good post. tersenyum sy sendiri. :smile:

    [Reply]

  23. razimah says:

    Wah, ramai yang komen kalau bab cinta ni…
    Susah nak temui org yang cintanya kerana ALLAH…
    Semoga ALLAH membuka pintu hati kita mencintai orang-orang beriman lagi bertakwa serta membuka pintu hati mereka terhadap kita….

    Bersama mencari dan mendapatkan redha ALLAH

    [Reply]

  24. am says:

    pd saya, SAYANG saje tak cukup. kena juga ade PERCAYA + MEMAAFKAN.

    [Reply]

  25. bersabar dan menahan rasa cinta sehingga mahligai itu benar2 tercipta..

    kemudian, luahkan la pd yg berhak…

    terus bercinta krn allah~

    ~moga ada baiknya~

    [Reply]

  26. kat skolah ana byk org b’kapel…
    mcm mana nak gtau diorang kapel tu zina??

    :smile:

    [Reply]

  27. ulatcelahbatu says:

    Cintailah Allah..kerana allah sentiasa mencintai hamba2-Nya…. :smile:

    [Reply]

  28. anonymous says:

    salam,
    nk cdgkn bace blog nih…
    http://psychoaficionado.blogspot.com/2009/06/marriage-death.html

    [Reply]

  29. Nieys Manja says:

    :razz: saya suka bab mengenang-ngenang di syurga..

    [Reply]

  30. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum, hangat betul isu ni. Kalah isu Palestin.

    - kepada na

    Alhamdulillah…

    - kepada anem

    Saya tidak rasa perkataan ‘benci’ itu patut dikeluarkan dalam bentuk umum sedimikian. Ada remaja, membicarakan hal cinta dengan perbicaraan yang baik.

    Berbicara berkenaan cinta, tiada masalah. Kalau dirasakan matlamat nak kahwin tu jauh, maka itulah kita kena persiapkan diri awal-awal. Manusia, tidak boleh berubah jadi baik, cam perubahan ultraman.

    Maka apa salahnya mereka membincangkan hal cinta mereka, rancangan masa hadapan mereka, selagi mana tidak menganggu fokus dan perjalanan hidup mereka serta hubungan mereka dengan Allah SWT?

    Yang patut anda benci, adalah mereka yang lalai dalam cinta, dan melanggar arahan Allah dengannya.

    Dan, saya tak kisah anda nak komen berapa kali pun dalam website ni. hu3..

    - kepada aisya

    benar tak sama. Terima kasih atas perkongsiannya…

    - kepada nurdiyana

    dan niat itu menjadi indah, apabila disertai dengan amalannya… hu3…

    - kepada Mrs SK

    kalau cinta tak boleh, habis la dunia ni.
    Cinta, ada yang boleh, ada yang tak boleh.
    Cinta yang berjalan atas dasar keimanan kepada Allah, mengikut apa yang syara’ tetapkan, maka apa masalahnya?
    Yang tak boleh adalah apabila kita melanggar arahan Allah dengan cinta kita.
    Mengharamkan cinta pada saya satu jenayah. Sebenarnya, manusia bukan perlu pada pengharaman cinta kerana itu fitrah. Manusia perlukan cara-cara bercinta yang betul.

    - kepada fm

    Apa salahnya enta kongsi apa ilmu yang enta ada Najmi. hu3…

    - kepada GenXV

    Semoga Allah rahmati Ustaz Hasrizal dengan idea-idea bernasnya…

    - kepada naurah

    Terima kasih ataas perkongsian. benar susah, tapi tak mustahil.
    Semoga perkongsian kamu menambah lagi kefahaman yang singgah membaca artikel ini…

    - kepada matt

    thanks. Nothing wrong. chill…

    - kepada Adik

    Lebih indah adalah mereka yang bercinta dengan cinta yang betul sebenarnya. Selepas kahwin, sebelum kahwin, masing-masing ada kemanisan kerana masing-masing ada cabarannya…

    - kepada fawwaz

    Ya, cinta itu sangat mulia. Nafsulah yang memburukkannya…

    - kepada putri lilin

    Jangan kata jiwa manusia sahaja. Orang tua pun nak disayangi dan dikasihi.

    bercinta biar kena caranya. jangan terjerumus dalam lapangan yang syaitan sediakan untuk kita.

    Cinta itu indah. indahnya apabila kita bina atas dasar keimanan…

    - kepada nurul

    Kalau tak baik, jadilah baik. Habis cerita.

    Ayat tu, bukan nak kata memang lelaki jahat ni tak patut dapat perempuan baik atau sebaliknya.

    Ayat ni, sebagai encouragement kita supaya jadi baik dan muhasabah level kita…

    - kepada masterpiece

    indah jawapan anda…

    - kepada anem

    Benarlah kata kamu tu Anem. tapi ada manusia, dia tidak menemui jalan menjadi baik. Mereka ni, kadang-kadang, bila ada encouragement cam tadi baru ada rasa nak jadi baik.

    Dan manusia yang bergerak ke arah kebaikan ni, betul-betul nak ubah diri ni, insyaAllah, Allah akan lorongkan diri mereka ni kepada-Nya.

    - kepada salim

    yes…

    - kepada n i a

    Alhamdulillah….

    - kepada na

    terima kasuih atas perkongsian yang panjang dan lebar.

    Pada saya, dua-dua pun kena.

    Kena cari, dan kena jadi. Ya lah, siapa kita nak menjadikan orang lain. jadi dalam bab orang lain, kita kena cari. Tapi dalam bab diri sendiri, kita kena jadi.

    - kepada eizan

    Belajar lah bercinta dengan sebetulnya, bermula dengan apa itu asas cinta, baru la kita nampak cinta jenis apa yang Allah redha.

    Artikel ni bukan nak bagi ciri2 jodoh, kena solehah ke, kena cantik ke…

    Artikel ini, mengingatkan cinta yang sebenarnya macam mana…

    - kepada nurul iman

    benar. Thanks atas perkongsian hadithnya….

    - kepada inniakhofullah

    Alhamdulillah…

    - kepada noordina

    Tersenyum la sengsorang. hu3…

    - kepada razimah

    Susah nak bertemu, tetapi ada…

    - kepada am

    Percaya dan kemaafan tu, pada saya pula, satu pakej dalam perkataan SAYANG.

    - kepada solehah physio

    Yes…

    - kepada me my self and i

    Couple itu zina?
    Couple itu mendekati zina, bukan kcouple itu zina.

    Macam mana nak bagitahu?
    Kena cerita la dulu macam mana mendekati zina itu.

    Baru orang nampak kenapa couple tu tak boleh…

    - kepada ulatcelahbatu

    Semestinya….

    - kepada anonymous

    Alhamdulillah.. dah baca. dia senior saya…

    - kepada Nieys Manja

    Memang ramai orang suka romantik.

    Senan tu kita usaha kejar syurga.

    Sebab dalam neraka, nak romantik apanya…

    ~seorang hamba…

    Hilal asyraf

    [Reply]

  31. Hamba Allah says:

    Salam

    cinta ku bersemi untuk Allah,

    rindu ku abadi untuk Rasulullah saw,

    sayang ku kekal untuk ibu dan ayah,

    kasih ku abadi hanya untuk insan bernama suami….. :smile:

    [Reply]

  32. bibi says:

    Assalamualaikum,sy pun pnh bercinta jga tp y bkin skit hti law bernta nie mesti ada kes penipuan susah jga maw pcaya lelaki skrg..jujurlh sy benci btl law maw bercinta byk btl msalh y menimpa..hahha..sy ada knl seorg lelaki bdk kb km berkwn dr khidmt negara lg kmi berkwn nie maw dkt2 1 thn tp npa lh dya xberturus trang kt sy y dya ada f tme kcil dh bgini bru dya nk gtaw..y sy ingt km break 30.5.2009..pas sy break ngn dya kra xmaw bercinta xtawlh npa tp sy ada jmpa lelaki nie nma dya fandie joe dya nie baiklh n sy pnh jga jmpa family dya family dya pun ok jga km kra maw bertunang bln 4 nie insyallh law tda alangan ..hehe..doakn kebahagian kmi..amin.. :oops:

    [Reply]

  33. bibi says:

    setiap percintaan mesti ada hikmahnya…………. :evil:

    [Reply]

  34. phantomcute says:

    Assalamualaikum…alhamdulillah sy da sedar n berusaha memperbaiki dri dari kesilapan dl kerana pernah melafazkn..’i lov u’ kpd seseorng….. hampir setahun kami mendiamkn diri….tp baru2 ni ex bf sy berhubaung dgn sy…..sy nk tnye bole ke sy mcj ngn die??sbb bila die mcj sy,sy rase perasaan sy masih ad lg kt die…..bole bg cara mcm mana nk berterus terang dgn ex bf sy supaya die lupakan sy???sy xnk da terlibat dlm cinta manusia..kerana cinta manusia sering membuatkn kita kecewa,namun cinta ALLAH sentiasa memberi ketenangan………………………semakin banyak kemanisan y kita teguk dalam pergaulan sblm kawin, maka semakin tawar dan hambar pula pergaulan itu sebagai suami is3 kelak…..saya beharap sesiapa tlg reply pertayaan sy…terima kasih

    [Reply]

    shima Reply:

    benda pe cinta2 nie!!!!!!! wak sakit otak je……..

    [Reply]

  35. sina says:

    emmmmmm

    [Reply]

Leave a Reply