Langit Ilahi Rotating Header Image

Perkongsian: Keimanan, itulah penyelesaian

Kita hendak membina semula generasi keimanan

Kita hendak membina semula generasi keimanan

Dalam beberapa waktu ini, yakni semenjak 5-6 bulan kebelakangan ini, saya sering terfikir berkenaan keimanan. Semuanya apabila saya dihumbankan dengan soalan-soalan mencari penyelesaian kepada permasalahan negara, permasalahan jiwa, permasalahan gejala sosial, permasalahan keluarga, permasalahan hiburan, permasalahan cinta dan 1001 permasalahan lain.

Saya mencari apakah penyelesaian yang solid untuk semua itu. Dalam pencarian saya, akhirnya saya menyedari satu perkara yang mampu menjadi penyelesaian kepada semua. Itulah dia keimanan.

Ya, keimanan kepada Allah SWT.

Mungkin orang akan kata saya ini idealis bila berkata begini. Tetapi saya tak fikir ini idealis memandangkan keimanan memang pernah dibuktikan menjadi penyelesaian kepada semua perkara. Cuma, saya fikir, orang yang mengatakan saya ini idealis adalah orang yang tidak berjaya melihat realiti keimanan kepada Allah SWT.

Bukan sekadar teori

Ya, orang akan kata keimanan itu satu perkara abstrak. Bukannya boleh diukur. Bukannya boleh dilihat. Manusia memang begitu. Kononnya tidak mahu bermain di medan teori sahaja. Satu pihak lain pula menyatakan bahawa, hendak membina keimanan itu adalah sesuatu yang lambat. Jadi mereka hendak cepat.

Tetapi tiada siapa sedar bahawa, keimanan adalah sesuatu yang realiti. Ia bukan sekadar teori yang disebut-sebut oleh manusia. Sebab itu saya kira, tabi’in dahul berkata:

“Iman bukan sekadar angan-angan dan bicara, tetapi apa yang tersemat kemas di dalam hati, dan dibuktikan pula degan amal”

Ya. Keimanan ini adalah apa yang tersemat di dalam hati kemudian diiringi amal. Jika amalan tidak bergerak seiring dengan apa yang kita yakini di dalam hati, maka ketika itu hakikatnya keimanan kita ada masalah.

Lihat? Siapa kata sekadar teori?

Apakah menyebut saya beriman, saya beriman itu sudah menyatakan diri beriman? Tiada yang akan mampu begitu. Tetapi keimanan ini adalah apa yang kita tunjukkan dengan amal kita. Di sini, pembumian iman amat jelas sekali dalam kehidupan insan. Sebab itulah, Rasulullah SAW mengaitkan keimanan dengan amalan-amalan. Lihat sabda Rasulullah SAW:

“Tidak akan mencuri seorang pencuri, jika tika mana dia mencuri itu, dia beriman. Tidak akan meminum arak seorang peminum arak, jika tika mana dia meminum arak itu, dia beriman. Tidak akan berzina seorang penzina, jika tika mana dia berzina itu, dia beriman”

Lihat? Siapa kata keimanan hanya teori? Kalau hanya teori kosong, pastinya Rasulullah SAW tidak akan mengaitkan keimanan itu dengan penyisihan amalan-amalan berdosa?

Anda sendiri menilai. Melainkan anda ingin menyatakan Rasulullah SAW itu seorang pembohong atas bicara baginda.

Pengasuhan dan pembinaan iman

Satu perkara yang guru-guru hari ini lupa untuk melakukannya, ketua-ktua hari ini lupa untuk mendidik anak buahnya, pemimpin-pemimpin hari ini lupa memumupuk rakyatnya adalah keimanan.

Ya, keimanan itu telah dilupakan. Hal ini kerana, ramai yang menyangka keimanan adalah hal sendiri-sendiri. Ada pula yang menyangka, keimanan ini cukup dengan kita belajar Pendidikan Islam, PQS, PSI, Tamadun Islam dan sebagainya. Dan ramai yang tidak mengendahkannya kerana ia benda tidak terlihat, dan mungkin ramai yang tidak berminat kerana mereka tidak boleh buat duit dengan keimanan. Ya la, dunia hari ini dunia material.

Tetapi suka saya menunjukkan satu golongan yang telah berjaya mengucup langit kegemilangan, disegani kawan, digeruni lawan hanya kerana mereka telah berjaya memperkemaskan keimanan di dalam jiwa mereka.

Itulah dia golongan awal Islam. Yang bermati-matian berjuang membawa amanah Allah SWT merentas dunia. Mereka ini, adalah manusia-manusia yang amat kemas keimanan mereka. Mungkin akan ada yang berkata kepada saya:

“Ala, mereka itu sahabat-sahabat nabi. Memang la”

Ya kah? Pada saya, itu jawapan paling tidak bermoral pernah saya dengar. Hal ini kerana, sahabat-sahabat Rasulullah SAW adalah manusia. Rasulullah SAW juga adalah manusia. Mereka semua, ditarbiyah keimanan mereka oleh Rasulullah SAW, dan Rasulullah SAW ditarbiyah terus oleh Allah SWT.

Allah SWT telah memberikan mereka 13 tahun di fasa Makkah untuk membina keimanan. Mereka diceritakan perihal perjuangan Rasul dan Nabi terdahulu serta penentangan yang juga mereka hadapi. Allah SWT juga menceritakan perihal syurga, neraka agar mereka semua yakin. Allah SWT ketika itu menabur janji kemenangan walaupun mereka dalam kesulitan. Saat-saat mereka terasa sempit, Allah SWT menurunkan kata-kata penenang.

Mereka tidak dibenarkan melawan semula penyeksaan yang dilakukan. Ayat perang tidak turun. Tetapi mereka diarahkan untuk membina akhlak, peribadi da syakhsiah yang baik. Ayat hukum yang pertama turun adalah solat, itupun pada akhir fasa Makkah.

Allah menguji keimanan mereka. Menguji dan menguji. Dan ujian keimanan yang terberat adalah Isra’ Mi’raj. Ramai yang berpaling ketika itu kerana perkara itu sukar diterima logik akal. Tetapi apakah keimanan perlu dengan logik akal? Allah SWT Maha Berkuasa dan Dia boleh melakukan segala-galanya.

Kenapa? Kenapa Allah SWT lakukan demikian?

Untuk memperkemaskan keimanan mereka. Agar mereka benar-benar yakin dengan Allah SWT.

Akibat keimanan yang kemas

Apabila keimanan mereka terbentuk dengan kemas, di situlah kita dapat melihat lahirnya peribadi-peribadi seperti Abu Bakr RA, Umar Al-Khattab RA, Abdurrahman bin Auf RA, Suhaib Ar-Rumi RA, Bilal bin Rabah RA, Sa’ad bin Mu’az RA, Abu Talhah RA, Ummu Sulaym RH, Nusaibah RH, Fatimah RH dan ramai lagi sahabat yang kita kagumi syakhsiah mereka sehingga hari ini.

Bayangkan, Suhaib Ar-Rumi RA sanggup berhijrah meninggalkan Makkah sehelai sepinggang, sedangkan dia adalah pedagang yang teramat-amat kaya. Keimanannya membuatkan dia sanggup mengorbankan harta yang dia sayangi. Hal ini kerana, Allah ketika itu lebih dia cintai dari segala perkara. Kalau harta yang bernilai jutaan ringgit sanggup dia tinggal demi mentaati Allah, apakah arahan-arahan Allah SWT sanggup dia abaikan?

Lihat pula Abu Bakr RA, dia telah menginfakkan seluruh hartanya. Apabila Rasulullah SAW bertanya, apakah yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu wahai Abu Bakr? Dia menjawab dengan tenang:

“Saya meninggalkan mereka dengan Allah dan rasul” Ini hasil dari keimanan. Apakah orang yang sanggup begini, akan menjadi pemimpin yang korup?

Itu contoh pembinaan peribadi. Kita lihat pula satu contoh bagaimana keimanan menyelesaikan masalah masyarakat. Kita ambil contoh popular yakni arak. Direkodkan bahawa Amerika Syarikat pernah berusaha mengharamkan arak dengan menggunakan teknik saman, teknik penjara dan sebagainya. Tetapi mereka tidak berjaya, malah rugi berbillion dollar.

Mari kita lihat, bagaimana keadaannya masyarakat yang telah diproses keimanan mereka.

Apabila Allah SWT menurunkan ayat ketiga berkenaan arak, yakni ayat pengharaman arak, mereka terus serta merta meninggalkannya. Walaupun ketika ayat itu turun, ada yang sedang meneguk arak, mereka serta merta menghamburkannya. Tempayan-tempayan arak dipecahkan. Malah dinyatakan ketika itu, Madinah dibanjiri arak apabila ayat pengharaman arak turun.

Rugi berbillion dollar? Tidak.

Satu lagi contoh. Yakni bila berdosa. Ya, orang beriman juga berdosa. Tetapi ada beza orang beriman yang berdosa, dengan orang yang tidak beriman berdosa.

Diriwayatkan bahawa Ka’ab bin Malik tidak mengikuti perang Tabuk. Bila Rasulullah SAW pulang, dia berkata jujur kepada Rasulullah dengan tidak memberikan alasan yang tidak sepatutnya. Sedangkan, bersama beliau ada ramai lagi munafik yang memberikan pelbagai alasan yang palsu dan Rasulullah SAW tidak berkata apa-apa kepada munafik itu. Tetapi Ka’ab bin Malik jujur.

Beliau dinyatakan berkata: “Wahai Rasulullah, aku boleh sahaja berkata bohong kepadamu dengan memberikan alasan yang serupa dengan mereka itu. Tetapi aku tahu Allah SWT tahu apakah aku jujur atau tidak terhadapmu”

Ya…. Nampak? Nampak? Itu dia keimanan. Orang beriman yang berdosa, akan melihat dosa itu seperti gunung yang menghempap. Orang yang tidak beriman, tidak kemas keimanannya, apabila berdosa, dia fikir ia ibarat lalat yang hingga di hidung dan boleh dikuis pergi dengan mudah.

Bagaimana agaknya mereka mampu taat sebegitu rupa? Bagaimana agaknya mereka boleh begitu kemas dan berdisiplin?

Keimanan. Ya, keimanan yang bergetar. Yang menyahut seruan Allah SWT apabila diarahkan. Walaupun perkara itu perkara yang mereka cintai, mereka sanggup tinggalkan jika ia berselisih dengan kehendak Allah SWT.

Bayangkan, jika keimanan seperti ini tumbuh mekar dalam masyarakat kita.

Bayangkan.

Penutup: Kembali kepada keimanan

Banyak saya hendak tulis perihal keimanan. Tetapi mungkin tidak sempat untuk hari ini, dan tidak cukup di Langit Ilahi ini. Mungkin saya kena buat lagi banyak kajian dan akhirnya saya hendak keluarkan buku perihal keimanan ini.

Pada saya, penyelesaian kepada masalah kita, masalah peribadi mahupun negara, adalah dengan keimanan. Kalau seseorang pemimpin itu beriman, maka dia tidak akan korup. Kalau seseorang itu beriman, maka dia tidak akan melakukan maksiat. Kalau seseorang itu beriman, bila dia tersilap, dia akan segera bertaubat. Tidak akan ada rompakan. Tidak akan ada perpecahan. Yang meniaga akan jujur tidak menipu. Tiada orang akan mengalami masalah jiwa. Semua masalah akan mampu dihadapi dengan tenang.

Saya fikir, tajuk ini perlu diperhatikan semula. Saya suka kalau pelawat Langit Ilahi menimbang-nimbang apa yang saya nyatakan di dalam post ini.

Keimanan adalah penyelesaian masalah kita.

Jika keimanan bukan penyelesaian, saya tidak fikir Rasulullah SAW sanggup bertahan 13 tahun diseksa, dihina, dipulau. Baik baginda kumpul aja semua sahabat-sahabatnya, orang-orang miskin ketika itu, hamba-hamba yang diseksa, kemudian buat satu revolusi, tumbangkan kerajaan Makkah.

Tetapi baginda tidak buat demikian. Hal ini kerana, baginda tahu, hendak dirikan sebuah kerajaan yang baik, perlukan pemimpin-pemimpin yang kemas dan juga baik. Nak dapatkan pemimpin yang kemas dan juga baik, yang adil dan tidak korup, hendaklah mendapatkan pemimpin yang beriman.

Tidak hairanlah, selepas pemergian Rasulullah SAW, Islam bertahan lebih dari 1000 tahun mengetuai dunia. Bukan sebuah negara aja.

Resepinya?

Keimanan.

Print This Post Print This Post

12 Comments

  1. aziera_anin says:

    betul kt saudara…
    segala masalah blh di atasi skranya kt mmpunyai iman yg teguh..
    novel VT bnyk merungkai ttg keimanan dlm m’capai sesuatu kejayaan.. betul tak???
    enta apa khbar???
    mcmna keadaan enta di cna???

    [Reply]

  2. solehah says:

    alhamdulillah..keimanan asas segala aspek kehidupan..saya pon terfikir akan kehidupan berteraskan keimanan.alhamdulillah,Allah telah membenarkan saudara hilal mngupas tajuk ini dgn lebih kemas dan terperinci.terima kasih..marilah bersama2 berusaha menjadi insan dan hamba yang bertakwa serta hidup berasaskan islam.peringatan buat diri sendiri jugak

    [Reply]

  3. 'adny says:

    saudara,

    ada typo error sy rse..
    ‘…tidak akan berzina seorang penzina,jika tika mana dia meminum arak itu,dia beriman.’

    i think it should be :
    ‘…jika tika mana dia berzina itu,dia beriman.’

    agak confuse utk org yg lurus and 1st time dgr mcm sy..

    no hard feelings~

    [Reply]

  4. farhA says:

    moga Allah menyinari hati-hati kita dgn chy iman.. :grin:

    [Reply]

  5. jadikan aku serikandi says:

    alhamdulillah..
    ana percaya dan menyokong saudara perihal keimanan ini… ia adalah sebuah asas y sgt perlu dititik beratkan… setelah keimanan itu kukuh dalam hati… maka barulah sesebuah , sesuatu atau apa saja dpt dilaksanakan… dan tika mana… semua org islam berpegang teguh pd keimanan… maka tika itulah islam akan dipandang kembali didunia.. disegani.. tidak akan lagi ditindas… ya … asasnya keimanan…

    alangkah bertuah bg org2 y sedar…
    dan alangkah rugi org2 y alpa…

    dan semoga Allah SWT menjadikan ana org y beriman dan bertakwa..
    insyaAllah

    p:s/… ana setuju kalau saudara keluarkan buku perihal keimamanan… ana akan jadi org y pertama untuk beli… insyaAllah… ana doakan apa sahaja usaha dakwah saudara diberkati dan diredhai… dan lebih ramai pemuda dan pemudi… muslimin dan muslimat y mcm saudara… ~amin~

    salam
    ikhlas
    serikandi

    [Reply]

  6. hambamencari says:

    Salam.

    Mmg bnr. Kalau sebut psl keimanan, ramai yg tak mahu nk dgr. tak mahu cuba utk dgr pun. sdgkan keimananlah punca masyarakat kita lumpuh.

    Kalaulah kita bersahabat atas dasar keimanan, menyayangi apa yg kita ada semata-mata atas dasar keimanan, ana yakin, dgn izin Allah, kebanyakan masalah kritikal akan selesai.

    Entri ini amat bermakna, utk diri yg sentiasa ingin meningkatkan diri utk menjadi hamba terbaik dan bertekad utk bkn hanya omong kosong shj.

    Jazakallah utk entri ini.

    [Reply]

  7. dina says:

    salam hilal..

    mabruk ‘alaik cz artikel nta dah keluar dalam ANIS..sy dh beli dh pun.. :wink:

    [Reply]

  8. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada aziera_anin

    Alhamdulillah. Saya sihat. Keadaan saya baik.

    - kepada solehah

    Alhamdulillah. Kita mahu membentuk generasi keimanan ini.

    - kepada ‘adny

    Sudah dibetulkan. Dan saya tidak kisah pun kalau benar ada hard feelings.

    - kepada farhA

    Amiin… moga doa kamu Allah makbulkan.

    - kepada jadikan aku serikandi

    Semoga penghasilan buku itu menjadi kenyataan.
    Pertamanya, mestilah doakan saya agar mampu mempraktikkan keimanan.

    - kepada hambamencari

    Sama-sama. Kita harap, kita mampu membina keimanan ini dalam kehidupan kita.

    - kepada dina

    Alhamdulillah. Semuanya anugerah Allah SWT.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  9. farihah12 says:

    sy ade byk masalah..
    sy kne wat byk plihan..
    plihan yg sy xtau baik ke x..
    bgus ke x..
    tp…masalahnye..
    sy still xleh slesaikan masalah sy..
    sy xtau cmne nk bntuk keimanan..
    nk perkemaskn pun xreti..
    nk bntuk keimanan tu,dgn solat 5 wktu ke?
    baca al-quran tiap2 hari?
    qiamulail stiap mlm?
    xtinggal solat sunat?
    tnggal ape yg Allah xsuke?
    …….

    [Reply]

  10. ma' ul ain says:

    :grin:

    [Reply]

  11. atiazni says:

    nak membina dan menjaga keimanan bukan senang..bagi saya, seorang pelajar sekolah menengah nak membina keimanan mesti sanggup tak up-to-date dari byk segi. persekitaran yang terlalu bebas di m’sia ni membuatkan lebih ramai yang boleh di katakan hipokrit. pakai tudung labuh, tangan bercekak, pakai stokin tp dlm masa yang sama still couple. suma benda tu akan djadikan pertikaian dan dalam masa yang sama orang yang nk brubah nk jd baek dah jd ‘baek’ dr segi luaran sahaja..huhu..

    [Reply]

  12. jadikan aku serikandi says:

    assalamu’alaikum

    insyaAllah… ana doakan saudara mampu mempraktikkan iman.. dan bukan sahaja saudara… bahkan… semua pembaca, peminat2 saudara.. shbt2 saudara.. dan sesiapa shj… semoga kita sama2 dapat mempraktikkan iman..
    ~amin~

    salam
    ikhlas
    serikandi

    [Reply]

Leave a Reply