Langit Ilahi Rotating Header Image

Perkongsian: Kibutsats, Israel dan kehidupan kita

Israel, mereka bersungguh-sungguh. Kita?

Israel, mereka bersungguh-sungguh. Kita?

Satu hari, Dr ‘Ala Hilat ada bercerita berkenaan Kibutsats. Pertama kali mendengarnya, membuatkan saya tertarik untuk mendengar apa yang hendak dia ceritakan.

Dia berkata:

“Kibutsats adalah salah satu sistem tarbiyah Israel, yang hakikatnya perlu kita perhatikan”

Kibutsats adalah bandar-bandar yang dibangunkan di sekitar sempadan Israel. Terdapat banyak kibutsats. Kibutsats akan dibangunkan apabila cukup 100 orang lelaki dan semuanya adalah tentera, bersama keluarga mereka. Mereka akan membina perkampungan di sempadan Israel.

Di sini saya kongsikan apa yang saya dengar berkenaa kibutsats.


Terbina untuk membina

Kibutsats hakikatnya adalah satu sistem pembinaan masyarakat yang sangat sistematik. Semua orang di dalam kibutsats terikat dengan peraturan yang agak ketat. Tetapi semuanya hidup mentaati peraturan itu.

Mereka mempunyai jadual harian. Di dalam kibutsats, terdapat dewan makan yang sangat besar. Semua keluarga di dalam kibutsats tidak akan makan di rumah mereka, tetapi makan bersama di dalam dewan besar itu. Perempuan-perempuan akan memasak bersama dan semua lelaki akan makan bersama.

Ada waktu untuk makan, ada waktu pula untuk kerja. Semua orang akan keluar bekerja yang mana, tempat-tempat bekerja mereka juga adalah milik mereka. Contohnya ladang, itu hakikatnya adalah ladang mereka. Kilang, mereka juga yang bina. Mereka bekerja menjalankan apa yang ada dan sedikit demi sedikit meningkatkan semuanya.

Kibutsats tidak terhenti dengan kehidupan makan dan bekerja sahaja. Terdapat juga jadual riadhah dan latihan ketenteraan bagi semua. Sebaik sahaja kerja tamat, mereka akan bersama menjalani latihan ketenteraan. Semua bersama. Baik anak kecil mahupun yang tua. Terbahagi kepada peringkat masing-masing.

Di dalam kibutsats ada nurseri dan sekolah. Semua anak-anak kibutsats akan dihantar ke nurseri dan sekolah di dalam kibutsats itu juga. Tidak akan dihantar keluar. Guru-guru di dalam nurseri dan sekolah itu juga adalah dari komuniti kibutsats.

Sistem pendidikan dan penjagaan kibutsats

Sistem pendidikan kibutsats amat unik. Mereka mempunyai silibus tersendiri, disusun dan direka untuk memenuhi hajat mereka yang ingin menawa duniaa. Mereka tidak memandang pelajaran mereka adalah untuk anak-anak mendapat sijil, atau kerajaan untuk mendapat untung, atau untuk pejabat-pejabat mendapat pekerja.

Mereka menggunakan sistem pendidikan mereka untuk membina ideologi, pemikiran anak-anak mereka.

Saya bagi satu contoh mudah. Matematik.

Di Malaysia, silibus kita biasanya hanya melibatkan kenderaan, buah-buahan dan makanan. Contohnya:

Ahmad ada 10 buah epal. Ahmad ada empat lagi kawan. Semuanya nak makan epal. Maka Ahmad membahagikan 10 buah epal tadi kepada dirinya dan empat kawan lagi sama-rata. Maka berapa biji epalkah yang akan dapat dimakan setiap seorang termasuk Ahmad?

Itu contoh soalan matematik di Malaysia.

Di Kibutsats Israel, mereka belajar matematik juga, tetapi isi matematik mereka membawa kepada apa yang mereka mahu. Contohnya:

Yyvon mengetuai satu peperangan terhadap 10 daerah orang arab. Yyvon mengetuai lima platun tentera termasuk platunnya sendiri. Maka, Yyvon membahagikan serangannya terhadap 10 daerah orang arab tadi kepada semua platunnya sama-rata. Maka, berapa daerah orang arabkah yang perlu dimusnahkan oleh semua platun termasuk platun Yyvon?

Itu contoh pengajian di kibutsats. Lihatlah bagaimana mereka membangunkan pemikiran pemuda-pemuda mereka. Dan silibus sebegini, digunakan sedari nurseri lagi. Ditambah pula dengan latihan ketenteraan yang wujud di dalam kibutsats sehari-hari.

Betapa bersungguhnya mereka membina anak-anak mereka.

Kemudian mereka amat menjaga pemuda-pemuda mereka. Jika ada anak-anak muda ingin keluar ke mana-mana daerah di dalam Israel, kerana cuti contohnya, maka dia wajib memaklumkan kepada ketua kibutsats. Kemudian, ketua kibutsats akan memberikan panduan:

“Sekiranya kamu hendak ke tel aviv, kamu pergi naik bas sekian, berhenti di stesen bas sekian, kemudian kamu bergerak menuju rumah sekian dan bertemu orang sekian. Di sana semuanya telah tersedia untuk kamu, makanan, duit dan sebagainya”

Begitu sekali. Malah, pemuda-pemuda yang ingin keluar tadi akan diberikan wang pula.

Sistem di Kibutsats adalah begitu.

Tujuannya satu, membina diri mereka, masyarakat mereka agar terus kuat dan kebal. Agar yang terbangun, agar yang mantap hanyalah mereka.

Doa tanpa usaha tidak akan membawa apa-apa makna

Itu sebahagian cerita Dr ‘Ala kepada kami. Dia ketika itu baru sahaja selesai mempelajari perihal Kibutsats dalam mata pelajaran Kamasyarakatan Israel di Universiti Yarmouk. Satu kekaguman saya kepada Dr ‘Ala Hilat, dia sentiasa dahagakan ilmu. Dia hakikatnay sudah mendapat PhD dalam pengkhususan Muqorantul Adyan. Tetapi dia masih lagi masuk ke kuliah-kuliah di Yarmouk ketika masa senggangnya.

Dr ‘Ala berkata:

“Kita lihat hari ini orang Islam berdoa supaya Allah menghancurkan Israel, memusnahkan tentera-tentera mereka dan menurunkan bantuan kepada kita. Tetapi, ingatlah semua bahawa, doa tanpa usaha tidak akan membawa apa-apa makna”

Doa tanpa usaha tidak akan membawa apa-apa makna. Itu pesanannya yang paling penting buat saya. Ya, kita orang Islam sering berdoa. Lebih-lebih lagi bila Palestin diserang, berapi kita berkhutbah, berqunut dan solat hajat.

Tetapi kita sendiri tidak membina diri kita, tidak membina keluarga kita, tidak membina masyarakat kita, tidak membina negara kita. Israel, mereka membina diri mereka ke arah matlamat besar mereka, mereka bina sekali keluarga mereka, masyarakat mereka, negara mereka.

Mereka jalani proses tarbiyah juga. Proses tarbiyah jahiliyyah yang sistematik.

Kita, kadangkala ada yang dikurniakan Allah SWT nikmat fikrah Islam, tetapi tidak menghargainya. Sekolah di sekolah agama tetapi tidak mengambil kelebihan di dalamnya. Kita tidak jalani proses tarbiyah Islamiyah dengan berdisiplin. Kita malas. Kita kuat main. Kita sering berfoya-foya membazir masa. Studi pun kita dapat nampak betapa orang Islam keterbelakang.

Maka apakah pertolongan Allah SWT akan sampai kepada kita?

Penutup: Itu adalah orang yang tidak beriman kepada Allah

Penduduk kibutsats adalah manusia yang tidak beriman kepada Allah SWT. Malah mereka hendak menghapuskan agama Allah SWT dan mereka yang menganutnya.

Tetapi, mereka sistematik mencapai apa yang mereka mahu. Mereka bersungguh-sungguh. Mereka ada kebersamaan. Mereka ada perancangan yang mantap. Mereka adun pengajian mereka, kultur mereka agar menyokong apa yang mereka bawa, apa yang mereka kejar.

Kita adalah manusia yang beriman kepada Allah SWT. Yakin dengan janji-janji-Nya, percaya dengan ketetuan-Nya. Tetapi kenapa kita begini hodoh? Tidak sistematik? Tidak bersatu? Tidak ada perancangan? Tidak pun kita berani bangun dengan adunan Allah SWT dalam kehidupan dan pendidikan kita. Kenapa?

Kenapa?

Di sinilah kita perlu duduk bermuhasabah semula.

Diri kitakah yang hendak menaikkan Islam?

Apa kata kita cermin diri, dan memperbaiki semula hati.

Sesungguhnya, kitalah yang menzalimi diri.

Palestin teraniaya bukan di tangan Israel hakikatnya.

Tetapi di tangan kita yang meninggalkannya.

Print This Post Print This Post

13 Comments

  1. hambamencari says:

    Salam.

    Ana amat setuju dgn yg terakhir itu.
    Malulah wahai ummat…

    [Reply]

  2. littlecaliph says:

    penyatuan hati,

    kesepaduan mtlamat,

    msyrkt plu ad kjasma.

    [Reply]

  3. AhmadFaiz.MS says:

    Salam Hilal, entry yang mantap.

    (Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: Dari mana datangnya (kemalangan) ini? Katakanlah (wahai Muhammad): (Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
    (Ali ‘Imran: 165)

    Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
    (Asy-Syura: 30)

    Maka..

    Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq (derhaka).
    (Al-Hadid: 16)

    [Reply]

  4. fathiyah says:

    Assalamualaikum…moga dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.. apabila ana terbaca komentar dan syering anta ttg post ni membuatkan ana tertarik utk syer sedikit apa yg ana tgk dan jumpa kat tv dan internet..mmg benar apa yg dr Ala’ ceritakan bilamana ana compare dengan dokumentari oprah wenfray (yg terkenal) ttg “YEARNING FOR ZION”. oprah ni telah pergi keperkampungan tersebut dan melihat kehidupan mereka…sebagaimana dr ‘ala bercerita..begitulah oprah melihat…so sesiapa yang nak tgk video oprah and yearning for zion boleh tgk…ana dah tgk…mmg kehidupan depa teratur kemas…dan bersistemetik serta tak bercampur dengan org ramai…w/pun perkampungan tersebut di Amerika..ini websitenya-boleh tgk beberapa video temuramah oprah dgn mereka disini.. mungkin sama kibutsats dgn yearning of zion..

    http://www.oprah.com/media/20090325_tows_zion-hair

    [Reply]

  5. fathiyah says:

    ini ttg sekolah anak2 mereka…

    http://www.oprah.com/media/20090325-tows-zion-second-graders

    [Reply]

  6. solehah says:

    bangunlah wahai umat Islam.kurangkan dunia,lebihkan akhirat

    [Reply]

  7. jadikan aku serikandi says:

    assalamualaikum..

    syukran saudara di atas perkongsian ilmu ini…. benar kata saudara… sesungguhnya kitalah yang menzalimi diri… bkn org lain … jauh sekali Allah… kita alpa dan terlupa… seolah2 hanya dengan berdoa maka Allah akan membantu kita… sedangkan usaha kita entah ke mana… firman Allah, terjemahannya, “allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubahnya sendiri” jadi jelas… bukan dengan hanya berdoa dan berserah… tetapi usaha sekali lagi saya tekankan USAHA…

    jd marilah sama2 kita berusaha tanpa rasa jemu… biar nmpak kecil tp cukup besar untuk menjadi asas… seperti pepatah melayu “sikit2 lama2 jd bukit”

    asif,

    salam
    ikhlas
    serikandi

    [Reply]

  8. 'adny says:

    mereka amt kuat kebersamaan dlm mncapai matlamat mereka..
    kita,bila lagi?? bangunlah..
    ‘waking up a sleeping giant ain’t easy’..tp boleh,kan??

    [Reply]

  9. orang biase says:

    sebuah artikel ilmiah yg menarik… i like this type of article.. mmg betul zionis kita tgk mmg maju n sistematik.. + putarbelitnye.. menjadikan mereka ni bangsa yg hebat di akhir zaman ni.. dalam dunia ni saya rase org islam jauh lebih ramai drpd depa ni, tp cannot compete.. why? because org islam pun x amalkan ape yg islam ajar.. bukan nak kate dari segi ibadat je, but dari segi akhlak dan sebagainye.. islam ni dah ajar kite istiqamah, bersatu padu, iltizam, niat sume tp pengamalan xde.. tula sbbnye jadi gtu.. diantara negare2 islam sendiri kite tgk, x sepakat.. bnyk sbb.. carilah titik pertemuan antara kite walaupun berlainan fahaman supaya kita bersatu padu.. jgnla berfahaman sempit walhal kdg2 melibatkan benda yg kecik.. sampai bile kite xkan boleh compete dengan depan..
    akhir kata, selamat berjaya kepada penulis.. moga bnyk lagi info2 yg baru boleh didapati dalam web ni..

    [Reply]

  10. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada hambamencari

    Ya. Malulah kerana kita hakikatnya menzalimi diri kita sendiri. Kita yang tidak berusaha, kita yang tidak mempertingkatkan diri…

    - kepada littlecaliph

    Ya. Di sinilah kita mencari kunci penyatuan itu…

    - kepada AhmadFaiz.MS

    Jutaan terima kasih atas ayat2 al-qurannya. Ini menguatkan lagi jiwa saya.

    Semoga Allah redha…

    - kepada fathiyah

    Terima kasih kepada ketua helwi kerana berkongsi. Perkongsian ini juga amat besar maknanya. Menguatkan lagi apa yang saya tuliskan di sini.

    Terima kasih…

    - kepada solehah

    Tawan dunia, dan tawan akhirat hendaknya…

    - kepada jadikan aku serikandi

    Ya. Di sinilah kita bermuhasabah, untuk mengumpul kekuatan dalam usaha ke arah pembaikan. Memupuk kesedaran ke arah usaha untuk membawa kekuatan.

    Semoga Allah redha…

    - kepada ‘adny

    Ya. Memang boleh. Tidak mustahil.
    Di sinilah kita bersama berfikir, bagaimana hendak membangunkan sleeping giant itu?

    - kepada orang biase

    Alhamdulillah. Masalah terbesar ummat Islam ini hanya satu.

    Kesatuan.

    Itu masalah paling besar.

    Hal ini kerana kehilangannya iman.

    Mereka tidak mampu mencari satu paksi ampuh untuk kesatuan.

    Maka terus-terusanlah manusia ini berada dalam kerosakan…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  11. cahaya ALLAH hadiah buat soleha says:

    Bismillah pembuka kata..israel memang sistematik dan mereka menyebarkan ideologi mereka juga sistematik..masyarakat islam pada umum nya sudah mula terpengaruh dengan ideologi mereka cuma impak yang berlaku masih di lihat kecil oleh umat manusia islam di dunia..pada pandangan saya islam boleh mantap dan boleh kukuh jika nawaitu dalam diri setiap insan yang bergelar islam itu bersatu dan mewujudkan organisasi yang lebih besar..islam boleh memerintah dunia kalau semuanya bersatu..bagi saya yang amat mencintai agama pemberian ALLAH ingin sangat ad nya organisasi yang boleh menyumbang idea yang amat bernas dalam merealisasikan tujuan dan hasrat bagi islam boleh memerintah dunia dengan cara islam itu sendiri yang dalam nya amat amat indah… :razz: :razz: :smile: :smile:

    [Reply]

  12. wan says:

    salam..
    nice entry.. info yg sgt menarik yg mmbuatkan diri ini tersedar d atas kelemahan dri ini..

    first time dgar pasal kibutsats ni..
    patutla dorg hebat.. rupa2nya inilah rhsia kehebatan dorg.. :shock:

    kita umat umat islam berlu bgun bersama2 untuk bersatu..

    sya yakin kalo ramai yg mmbaca entry ni, pasti semangat ingin berubah tu tinggi.. demi islam yang tercinta..

    [Reply]

  13. fathiyah says:

    salam..maaf hilal..anta maksudkan ana ketua helwi?..maaf anta salah orang kot..

    [Reply]

Leave a Reply