Langit Ilahi Rotating Header Image

Perkongsian: Malaysia dipuji khatib di Jordan.

Bayangkan, negara kita dipuji oleh khatib jumaat negara orang

Bayangkan, negara kita dipuji oleh khatib jumaat negara orang

Ini cerita seminggu lepas. Pada hari Jumaat yang lalu, Dr Jamal, pensyarah yang mendalami ilmu Al-Quran di dalam University of Yarmouk, Irbid, Jordan telah menjadi khatib di Masjid Universiti Yarmouk.

Beliau membicarakan perihal ummah dan masa hadapan masyarakat Islam dalam mengharungi kehidupan masa kini. Diceritakan kelemahan dan juga kekurangan yang menghinggapi ummah di dalam khutbahnya.

Kemudian dia menyebut negara Islam yang patut dijadikan contoh.

Dan dia menyebut Malaysia.

Bersama wawasan 2020.

Kata seorang arab kepada kita

Apa kata Dr Jamal?

Lebih kurang, kata-katanya begini:

“Mari kita lihat satu negara Islam contoh yang membangun, itulah dia Malaysia. Negaranya maju dan membangun, kemas dan teratur, bersih. Malaysia mempunyai wawasan untuk menjadi negara yang hebat pada 2020. Kalau kamu bertanya kepada rakyatnya, hatta anak-anak kecil dan pemandu teksi, semuanya memahami wawasan 2020 itu. Kita lihat di sini, semua rakyat Malaysia faham dan bersatu untuk bergerak mencapai matlamat itu. Tidak lama dahulu, mereka tidak maju. Tetapi sekarang, mereka berjaya menjadi antara negara yang membangun di alam ini. Hal ini kerana mereka mempunyai perancangan dan matlamat yang jelas, untuk mengubah diri mereka. Mereka kemas, berwawasan, beradab, bersatu. Kita warga Jordan sepatutnya mencontohi Malaysia dan membuat perancangan kita. Di mana perancangan kita?”

Itu yang saya terjemahkan mengikut makna la. Kata-katanya secara kalimah per kalimah sudah saya lupa.

Dan perlu diingat, kata-kata ini bukan disebut di dalam dewan kuliah yang hanya menempatkan 75 orang – 100 orang. Tetapi kata-kata ini dilaungkan di atas mimbar yang paling terkenal di Irbid, di Masjid Universiti Yarmouk yang paling menjadi tumpuan ramai orang di daerah Irbid Jordan.

Selepas usai solat Jumaat, ramai orang memandang pelajar-pelajar Malaysia. Ada yang bersalaman dan menyambung pujian. Lebih-lebih lagi mereka yang pernah belajar atau mempunyai saudara-mara di Malaysia. Bagi yang tidak pernah melihat Malaysia pun akan menepuk dan memuji. Kagum dengan pencapaian Malaysia yang didengari mereka tadi.

Pandangan masyarakat arab amnya

Guru saya, Dr Muhammad Faleh, antara ulama’ dari mazhab As-Syafi’e yang terkenal di Jordan pernah memujid pelajar Malaysia yang berjaya menjawab soalannya dengan berkata:

“Orang Malaysialah yang akan menjatuhkan Yahudi, meruntuhkan Israel dan mengembalikan Palestin”

Malaysia di Jordan memang terkenal lebih-lebih lagi pada orang akademik. Pensyarah-pensyarah di Yarmouk yang pernah datang, atau belajar di Malaysia akan amat mengihtiram pelajar-pelajar melayu kerana kekaguman mereka pada Malaysia. Mereka semua merasakan betapa Malaysia itu adalah negara Islam contoh kepada semua.

Memang kalau dikira dari aspek pembangunan, Jordan ketinggalan sekitar 10 tahun daripada Malaysia. Sebab itu, Malaysia, negara Islam yang kecil dan dahulunya langsung tidak pernah didengari, dapat meningkat naik dalam masa sekitar beberapa dekad adalah amat mengkagumkan. Lebih-lebih lagi, Malaysia bukan negara berbangsa arab.

Pandangan mereka, kepercayaan mereka

Saya yang mendengar khutbah Dr Jamal, tersenyum-senyum. Namun, di dalam selitan rasa kagum, saya mengingatkan diri saya untuk menghargai pandangan mereka yang merupakan satu kepercayaan itu.

Ya, mereka mempercayai kita. Ya, mereka tidak melihat sisi-sisi buruk yang kita ada.

Saya tidak akan memilih untuk melemahkan diri kita dengan berkata:

“Ala, diorang tak tengok lagi mat rempit kita, yang kena tangkap khalwat dan sebagainya”

Tetapi saya memilih untuk meletakkan kepercayaan masyarakat arab ini di dalam jiwa saya. Satu kata-kata saya – Jangan Khianati Kepercayaan Mereka. Di situ, kepercayaan mereka menjadi antara pacuan saya untuk mengubah diri dan mempertingkatkan diri pada tahap yang lebih baik. Sebab saya tahu, pujian itu tidak layak sebenarnya untuk kita. Terlalu melambung. Namun, bukanlah mustahil untuk merealisasikannya.

Maka, kita perlu bergerak merealitikan kepercayaan mereka.

Tidakkah cukup untuk menyatakan bahawa kita ini pengkhianat, jika ada sekumpulan masyarakat mempercayai kita dan kita menghancurkan harapan mereka dengan merosakkan diri kita?

Pesanan kepada kalian di Malaysia

Pesanan saya, ketahuilah ada masyarakat yang meletakkan harapan tinggi kepada anda. Ketahuilah ada masyarakat yang mempercayai anda. Apakah pantas kkita mewarnai kepercayaan-kepercayaan ini dengan sikap buruk kita, sikap tidak ambil endah kita, sikap rosak akhlak kita?

Kalau di Jordan, berita kemajuan sampai. Tahukah di Korea, berita apa yang sampai berkenaan Malaysia?

Berita rakyat Malaysia ditangkap khalwat. Keluar dalam surat khabar terkenal Korea. Sudahlah negara Korea bukannya negara Islam.

Saya tidak bersetuju sangat melekatkan Islam pada bangsa. Tetapi dunia sekarang memandang begini – Malaysia=Negara Islam. Melayu=Orang Islam. Kalau saya tidak setuju pun, dunia tetap memandang begitu. Dan saya tidak anggap ini satu tasyrif(kemuliaan). Saya anggap ini satu taklif(tanggungjawab).

Maka adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga nama baik negara kita, diri kita, untuk menjaga nama baik Islam yang wujud pada diri kita.

Adakah pantas wahai rakyat Malaysia, sedang dunia melihat kepada anda, dan anda mencemarkan bukan sahaja diri anda, tetapi nama baik keluarga anda, imej bersih negara anda, dan sekaligus mengheret kesempurnaan agama anda dalam lumpur yang busuk?

Sekarang saya bertanya kepada diri saya dan anda.

Sudah di tahap manakah kita?

Ketahuilah, kemajuan material sahaja tidak cukup untuk mengisi kehidupan manusia dengan baik. Kemajuan material itu perlu dipandukan oleh manusia-manusia yang mempunyai komposit rohani yang stabil. Barulah kemajuan material itu boleh bergerak dengan sepenuh potensinya, dan membawa kebaikan kepada penggunanya.

Sudah di tahap manakah kerohanian kita?

Penutup: Jangan rosakkan kepercayaan manusia kepada anda

Jangan. Ketahuilah bahawa ini adalah tanggungjawab. Pujian hanya datang dalam tiga bentuk sahaja. Memuji untuk menyindir, memuji untuk menghancurkan, memuji kerana mempercayai. Dan saya tidak rasa Dr Jamal memuji Malaysia untuk menyindirnya. Juga tidak logik bagi Dr Jamal untuk memuji Malaysia di tengah orang ramai hanya untuk menghancurkan pemimpin-pemimpinnya(biar tenggelam dalam riak, takabbur dan bongkak). Jelas bahawa, Dr Jamal memuji Malaysia kerana mempercayainya, dan merasakan bahawa Malaysia adalah negara Islam contoh kepada semua.

Maka, di mana kita dalam merealisasikan kepercayaan seorang arab, suku sakat Rasulullah SAW dan para sahabat, penduduk bumi anbiya dan pakar pula dalam ayat-ayat Allah SWT. Di mana kita dalam merealisasikan kepercayaannya?

Di mana kita?

Wahai rakyat Malaysia, di mana kita?

Jangan sesekali anda merosakkan kepercayaan manusia kepada anda.

Sebab mereka amat mempercayai anda kerana Islam yang ada pada anda.

Jika tidak, saya yakin Dr Jamal akan mengambil contoh Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya.

Jangan anda jadi fitnah kepada Islam, dengan merosakkan kepercayaan mereka ini.

Print This Post Print This Post

23 Comments

  1. akmal jhr yarmouk university (syariah ekonomi & perbankan islam) says:

    salam hilal. nice work. yup.. kawan dr ngntok dgr khutbah. bile masuk bab msia. kawan trus senyum lebar… hhehe…

    [Reply]

  2. abuhakim says:

    sebelum2 ni pon dr jamal ade ckp cmtu jgk..dlm kls,klu ade ceramah2…ade sekali tu dlm ceramah kt dewan tarbiyah time prgrm yarmouk ahla,aku sorg je pljr mlysia dlm tu(klu x silap)huhu..mmg dia ckp cmtu la…nk kate bangga,x jgk…malu ade la..cm saudra hilal ckp la..ape2 pon sama2 kita muhasabah balik..”Malaysia tanah air ku”

    [Reply]

  3. ibnu_ajed says:

    betul2…
    org malaysia sampai jordan jd hebat..
    dipandang hebat..
    berwawasan…
    maka kita memg kene jadi hebat…
    kne sama mcm apa mreka kata
    mreka pandang…
    sama2 bangkit bangunkan islam..
    sikap pelu melambangkan peribadi Islam…

    saya sokong hilal! :razz:
    ~pelajar syariah, ekonomi perbankan islam (Yarmouk)

    [Reply]

  4. Ariffah9 says:

    salam, malunya~
    Negara lain mmandang tinggi pada Malaysia..
    Huhu, smoga Malaysia bnar2 mnjadi Negara Islam yg m’amalkan syariah islam~
    Melayu, Umat islam, Malaysia~ Bangunlah!

    [Reply]

  5. nur-najah says:

    salam..

    sy bgga mnjadi rkyat malaysia..
    bgus artikl ni, ia dpt mnaikkn lg semangat utk lbih mnjaga nama Malaysia seperti yg hilal tulis.
    Malaysia=Negara Islam
    dan - Jangan Khianati Kepercayaan Mereka - .
    sy sebagai rkyt..
    Malaysia akn brusaha brsuggh2 ke arah itu
    jadi siapa yg mau ikut jom!

    [Reply]

  6. Farizuda says:

    “Orang Malaysialah yang akan menjatuhkan Yahudi, meruntuhkan Israel dan mengembalikan Palestin”
    Jangan Khianati Kepercayaan Mereka.
    pujian itu tidak layak sebenarnya untuk kita. Terlalu melambung.
    Namun, bukanlah mustahil untuk merealisasikannya.

    Memang benar. bukan mustahil.
    Kalau kepercayaan itu sudah ada.
    Kenapa tidak diusahakan?

    [Reply]

  7. MuNsYi~SaMa says:

    perlu dibace oleh org malaysia,melayu kite. mereka masih tidur. :neutral:

    [Reply]

  8. fawwaz says:

    baru saja dgr malaysia kena puji,
    beberapa hari lepas tu ada org arab sebut,

    “apa jadi dgn malaysia skrg…bakar2 gereja pulak..”

    [Reply]

  9. mer says:

    that’s right,, bro fawwaz. UMNO/BN dah gagal tangani isu ni. “Penggunaan kalimah Allah di gereja”.
    Sedangkan Saiyidina Umar pun menggesa umat islam hormat gereja. Rasulullah pun pesan sewaktu panglima2 islam hndk brperang.
    Jangan dibunuh org2 yg sdg beribadat di gereja. (jgn kacau gereja).
    Sedih dan malu. Apa nak jadi??

    [Reply]

  10. donat says:

    erm…saya mungkin nampak mcm seorang penganut agama islam yg xmemikirkan tentang negara,bangsa melayu tp sebenarnya saya amat mementingkan semua ini.disini saya hanya ingin berkongsi sedikit luahan hati saya.pada saya negara m’siA maju kerana bangsa lain.maaf mungki ada yg xsetuju tP peratus yg membangunkan negara kita msh bukan bgsa kita.kita dari segi luaran mungkin mmbgun tP dr segi mentaliti msh berada dikalangan duniA k3.membuAng sampah merata2,walaupun hanya kulit gula2 dbuang dtepi jalan tp sebenarnya sudh melmbgkan tahap pemikiran kita.sya juga amat plik kenapa bila sesuatu keluarga,komuniti itu semakin kaya,mewah,moden mesti dlambangkan dengan corak hdup yg kebaratan.ADAKAH MODEN ITU BARAT?mesti famly2 yg l0aded anak2nya xpkai tudung,seksi.entah…saya mmg slalu bpkr tentang perkara2 ini.mungkn ada yg ckp saya kol0t,tah2 hape pk prkr remeh tP bg saya agama yg menguatkan mentaliti kita.tp rme juga pak2 alim yg saya lihat buang smph merata2.plik sgt2…mgkin kamu sume plik knp saya ask ckp sal buAng smph.sbb benda itu r yg paling mudh untuk menunjukan attitude kita yg sebenar.maaf kalu mgrut.saya suke meluah isi hati tP xd bl0g.sori ye cik HILAL ASYraf <> gune bl0g awak nie.hehehe=)

    [Reply]

  11. littleturtle says:

    subhanallah..
    jauhnye berita mesia tersebar..
    insyaAllah same2 merealisasiknnye…
    kt sini pun..isu tudung slalu jadi masalah disuratkhabar..
    n wanita bertudung kdg2 “bias” dlm akademik..
    isu terbaru pulak..wanita disini xdibenarkan pakai purdah..n if pakai jgk,akan didenda..
    but kte amek bnde tue sbgai ujian..slagi mampu pertahankan agama kita, insyaAllah boleh~[Allahsentiasabersamahamba2Nya]

    [Reply]

  12. salam.
    mohon izin tuan blog untuk menyebarkan artikel ini…

    [Reply]

  13. MuNsYi~SaMa says:

    Stuju dgn donat. Islam pttnye tunjuk contoh yg baik. Benda skecik2 mcm buang smpah d tmpat yg spatutnya pon ibadah.

    [Reply]

  14. safiyyah says:

    moga rakyat Malaysia dapat merealisasikan kepercayaan khatib tu
    ameen…

    [Reply]

  15. afifisa says:

    saya mengharapkan blog ni x menjadi pentas politik
    malas la nak sebut nama2 parti kat sini

    saya berharap semua orang masih komited dengan wawasan 2020

    kita mesti jadi negara maju dengan acuan kita sendiri

    [Reply]

  16. kak niza says:

    Assalamualaikum Hilal

    Terharunya baca entri ni….semoga semua rakyat Malaysia yang berugama Islam berusaha keras menjaga dan menaikkan imej Islam dipersada dunia spt yg digambarkan oleh Dr. Jamal . Semoga benar orang Malaysia yang akan menghancurkan rejim jahat israel dan mengembalikan tanah Palestine kepada yang hak..

    keep on writting Bro!….

    ~Adios~

    [Reply]

  17. hatimzikri hatimzikri says:

    salam,

    kepercayaab yg agak sukar dipercayai, tp baggus utk dijadikan motivasi utk terus baiki diri..tentang malaysia yg akan kalahkan israel tu..byk mekanisme yg perlu difikir2kan

    [Reply]

  18. hatimzikri hatimzikri says:

    salam,

    kepercayaan yg agak sukar dipercayai, tp baggus utk dijadikan motivasi utk terus baiki diri..tentang malaysia yg akan kalahkan israel tu..byk mekanisme yg perlu difikir2kan

    [Reply]

  19. Fasiha says:

    Hilal,
    dah agak lama rasanya tak ke sini, bukan kerana malas dengan langitilahi tapi membaca langitilahi memerlukan masa yang ‘betul’ untuk dibacai bukan sekadar baca-baca saja.
    Malaysia dipuji? menjadi contoh?
    oh! itu amanah dan tanggungjawab. Di Malaysia, yang terlihat didepan mata ni memang banyak golongan yang diceritakn oleh para peng’komen’ lain tetapi, jangan lupa tetap ada segolongan yang memperjuangkan agama. Mereka itu ada.. tetapi sedikit kerana tersepit dek ujian. Mereka ada tapi sebahagiannya menjadi buih.
    Kita? Kita…lah yang dipertanggungjawabkan untuk memegang amanah seperti yang diperkatakan khatib itu. Kita semua.

    [Reply]

  20. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada akmal jhr yarmouk university (syariah ekonomi & perbankan islam)

    Hu3… Budak2 Malaysia yang faham aritu, semua gembira. hi3… Yang tak faham pun buat gaya faham aja bila dengar nama Malaysia.

    - kepada abuhakim

    Hi3… Di sinilah kita nak buktikan apa yang mereka katakan itu.
    Dr Jamal memang best. hi3…

    - kepada ibnu_ajed

    Gaya macam kau nak aku jadii Perdana Menteri aja Yaqzan?
    ha3…

    Ya, kita kena jadi hebat.
    Lebih hebat dari apa yang mereka katakan.
    Buktikan Islam itu yang terbaik.

    - kepada Ariffah9

    Semoga, Allah kurniakan nikmat keimanan bersama kesedaran kepada kita.

    - kepada nur-najah

    InsyaAllah, kesedaran ini, biar dasarnya keimanan. Semooga Allah redha.

    - kepada Farizuda

    Jadi, inilah usahanya.

    - kepada MuNsYi~SaMa

    Gegarkan mereka. hu3… Entala Syu’bah, kena usaha.

    - kepada fawwaz

    Ha ha…

    - kepada mer

    Harap jangan babitkan apa-apa isu politik dalam Langit Ilahi.
    Tambahan, kita bab bakar gereja tu saya tak rasa patut dikaitkan secara terus dengan UMNO/BN.

    - kepada donat

    Saya tidak kisah anda gunakan website ini. lagi saya suka, andai pengisiannya bermakna seperti yang anda katakan ini.

    Ya, siapa kata moden itu barat.

    Dan siapa kata, yang hari ini ini dinamakan moden?

    Kena fikir panjang sikit.

    - kepada littleturtle

    Semoga Allah perkuatkan kita.
    Di sinilah kita perlu ada rasa tanggungjawab yang besar untuk membangunkan semula Islam dalam diri-diri kita.

    - kepada mysterious_musafir

    Silakan.

    - kepada safiyyah

    Amiiin…
    Semoga rakyat Malaysia dapat realisasikan apa yang Allah mahu.

    - kepada afifisa

    Blog ni jadi pentas politik kah?

    - kepada kak niza

    Sebab itu, pertama sekali kita perlu bina keimanan kita.

    - kepada hatimzikri hatimzikri

    Itu hanya pujian sebab melayu bagus dalam kuliah.
    Guru saya bukan berkata sedemikian kerana Negara Malaysia benar-benar boleh tewaskan Israel.
    Tetapi di sini, ‘menewaskan Israel’ adalah pujian yang tinggi sebenarnya.

    - kepada Fasiha

    Ya, siapa yang merasakan tanggungjawabnya?

    Kita la yang perlu menyemaikan rasa tanggungjawab ini.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  21. afifisa says:

    biler saya kata jadi pentas politik tu, saya tak merujuk saudara hilal
    tapi merujuk pengkomen yg lain
    itu aje

    [Reply]

  22. faizal says:

    salam, saya pernah pergi Jordan 2 tahun lepas, menghadiri conference. Bila dia tahu saya org malaysia, dia terus memperlekehkan negara kita. Itu pandangan org industri.

    Saya pernah tinggal di UK. Pernah satu ketika saya dengar talk dari seorang aktivis NGO di sana (org arab), bila sebut pasal Malaysia saja terus dia kaitkan dengan masalah birokrasi yg melampau.

    So, nasihat saya kena dengar banyak sumber, baru kita boleh percaya. (walaupun dlm kes ini kita dah tahu kedudukan kita :-).

    sekadar renungan. jgn perasan lebih-lebih ye…

    [Reply]

  23. afifisa says:

    insyaAllah kta sama2 perbaiki benda ni

    [Reply]

Leave a Reply